analisis struktur naratif tiga babak blake · pdf file · 2017-10-03format dan...

16
Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147 78 ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE SNYDER FILEM TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK (2013) (NARRATIVE ANALYSIS OF BLAKE SNYDER THREE ACTS STRUCTURE IN THE SINKING SHIP OF VAN DER WIJCK {2013}) Nur Elyana Binti Madah, Zairul Anwar Md Dawam (PhD) Faculty Humanities, Arts and Heritage University Malaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah Malaysia [email protected] Abstrak Kertas kerja ini menganalisis struktur naratif filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013) arahan Sunil Suraya yang merupakan adaptasi dari novel Hamka. Analisis ini menggunakan struktur naratif yang diperkenalkan oleh Blake Synder melalui bukunya bertajuk Save The Cat (2009). Analisis struktur naratif filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wick dilakukan kerana filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel yang mempunyai format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya dalam novel gambaran aksi dan penggunaan dialognya lebih panjang, penekanan subtema dan subplot mengenai budaya masyarakat minangkabau di Indonesia yang lebih mendalam. Justeru adaptasi novel ke filem memerlukan pengubahsuaian berdasarkan pendekatan struktur naratif sebuah filem. Ini bagi memastikan pergerakan naratif lebih lancar dan dapat menarik perhatian audien untuk menonton sesebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel. Kertas kerja ini diharap dapat memberi penerangan mengenai kepentingan struktur naratif filem. Ia juga dapat memberi panduan dan bagaimana adaptasi sebuah novel menjadi filem menggunakan struktur-naratif struktur tiga babak. Kata kunci : Adaptasi Novel, Filem, Struktur Filem, Blake Synders, Struktur Tiga Babak Abstract This paper will analyze the narrative structure of the film Sinking Ship Van Der Wijck (Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 2013), which was directed by Sunil Suraya and is an adaptation of Hamka’s novel. The analysis uses the narrative structure introduced by Blake Synder through his book Save the Cat (2009). Analysis of the narrative structure of the film Sinking Ship Van Der Wijck is focused on the adaptation of the novel which is in a different format and presentation from a movie. In novel, there is a lot of action and use of long dialogues; there is also an emphasis on subthemes and subplots in deeper exploration of Minangkabau culture in Indonesia. Adaptation of the novel to the film also requires modification on the narrative structure of a movie. This is to ensure smoother movement of the narrative to gain more attraction from the audience to watch the film. This paper plays a important role to show the importance of the narrative structure of the film. In addition, it

Upload: lamnga

Post on 06-Mar-2018

291 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

78

ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE

SNYDER FILEM TENGGELAMNYA KAPAL VAN DER WIJCK

(2013)

(NARRATIVE ANALYSIS OF BLAKE SNYDER THREE ACTS STRUCTURE IN THE

SINKING SHIP OF VAN DER WIJCK {2013})

Nur Elyana Binti Madah, Zairul Anwar Md Dawam (PhD)

Faculty Humanities, Arts and Heritage

University Malaysia Sabah, Kota Kinabalu Sabah Malaysia

[email protected]

Abstrak

Kertas kerja ini menganalisis struktur naratif filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck

(2013) arahan Sunil Suraya yang merupakan adaptasi dari novel Hamka. Analisis ini

menggunakan struktur naratif yang diperkenalkan oleh Blake Synder melalui bukunya

bertajuk Save The Cat (2009). Analisis struktur naratif filem Tenggelamnya Kapal Van Der

Wick dilakukan kerana filem tersebut merupakan adaptasi daripada novel yang mempunyai

format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya dalam

novel gambaran aksi dan penggunaan dialognya lebih panjang, penekanan subtema dan

subplot mengenai budaya masyarakat minangkabau di Indonesia yang lebih mendalam.

Justeru adaptasi novel ke filem memerlukan pengubahsuaian berdasarkan pendekatan struktur

naratif sebuah filem. Ini bagi memastikan pergerakan naratif lebih lancar dan dapat menarik

perhatian audien untuk menonton sesebuah filem yang diadaptasi daripada sebuah novel.

Kertas kerja ini diharap dapat memberi penerangan mengenai kepentingan struktur naratif

filem. Ia juga dapat memberi panduan dan bagaimana adaptasi sebuah novel menjadi filem

menggunakan struktur-naratif struktur tiga babak.

Kata kunci : Adaptasi Novel, Filem, Struktur Filem, Blake Synders, Struktur Tiga Babak

Abstract

This paper will analyze the narrative structure of the film Sinking Ship Van Der Wijck

(Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 2013), which was directed by Sunil Suraya and is an

adaptation of Hamka’s novel. The analysis uses the narrative structure introduced by Blake

Synder through his book Save the Cat (2009). Analysis of the narrative structure of the film

Sinking Ship Van Der Wijck is focused on the adaptation of the novel which is in a different

format and presentation from a movie. In novel, there is a lot of action and use of long

dialogues; there is also an emphasis on subthemes and subplots in deeper exploration of

Minangkabau culture in Indonesia. Adaptation of the novel to the film also requires

modification on the narrative structure of a movie. This is to ensure smoother movement of

the narrative to gain more attraction from the audience to watch the film. This paper plays a

important role to show the importance of the narrative structure of the film. In addition, it

Page 2: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

79

provides guidance to the scriptwriters and directors on how to adapt a novel into a film using

a three act structure-narrative approach.

Keyword: Adaptation of Novel, Film, Film Structure, Blake Synders, Three Acts Structure

2017 JHLCB

PENGENALAN

Skrip yang diadaptasi daripada novel ataupun karya sastera merupakan salah satu kaedah

penghasilan cerita untuk perfileman. Adaptasi novel ke filem telah banyak membantu

pengarah filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang berkualiti terutama dari aspek

naratif seperti tema, watak, konflik, plot dan subplot. Kebanyakan filem yang diadaptasi

daripada novel yang sudah dikenali ramai dan mempunyai ramai pembaca. Justeru, produser

dan pengarah filem menyakini bahawa filem yang diadaptasi daripada novel tersebut akan

dapat menarik perhatian penonton kerana para pembaca yang telah membaca novel tersebut

dijangka mempunyai keinginan untuk melihat gambaran cerita dalam bentuk penulisan itu

ditonton dalam bentuk visual atau imej bergerak (filem). Namun, proses interpreatsi daripada

naratif teks kepada visual tidak boleh berlaku secara mudah dan ringkas. Ini bukan sekadar

memindahkan tetapi melibatkan interpretasi baharu.

Naratif secara umumnya merupakan satu kata hubung ataupun wacana terhadap cerita

yang dipersembahkan melalui pelbagai bentuk media melalui kaedah komunikasi

termasuklah kaedah lisan (Fludemik 2009). Struktur naratif merupakan rantaian peristiwa

yang berlaku dalam ruang dan waktu yang di sebut sebagai cerita (Brodwell dan Thompson,

2008). Elemen naratif yang diterapkan dalam lakon layar meliputi pelbagai aspek mengikut

perkembangan cerita itu sendiri. Menurut Prince (2003), naratif merupakan sebuah

penceritaan satu ataupun lebih peristiwa yang benar dan yang tidak benar oleh satu atau

beberapa pencerita kepada satu atau beberapa penerima cerita. Menurut Gennette (2002),

cerita merupakan verbal secara kronologi oleh pengarang terutama dari aspek plot, watak

perwatakan dan hubungan pengarang dengan cerita, penonton serta pembaca.

Definisi secara menyeluruh menyifatkan bahawa naratif merupakan satu representasi

dunia dalam bentuk linguistik ataupun medium visual dalam menyampaikan mesej.Istilah

naratif yang diterapkan dalam novel dan filem mempunyai persamaan namun analisis naratif

mempunyai banyak jenis dan cara. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis naratif Blake

Snyder iaitu struktur tiga babak. Analisis naratif ini dinilai bagi mengenal pasti bagaimana

asas penceritaan yang digunakan dalam filem adaptasi pilihan untuk menyampaikan cerita

dan mesej kepada khalayak melalui filem tersebut.

SUBJEK KAJIAN

Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck merupakan filem adaptasi daripada novel karya

Hamka 1939 di Indonesia. Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Sunil Soraya

diterbitkan oleh Soraya Intercine Films pada 19 Disember 2013. Filem ini berdurasi 2 jam 34

minit. Filem adaptasi novel ini mendapat rating tertinggi dengan jumlah perolehan 1724110

bilangan penonton (Henryhens,2014). Dua watak utama dalam filem ini iaitu Herjunot Ali

dan Pevita Pearce meraih anugerah dalam Festival Filem Bandung 2014 sebagai Pameran

Utama Pria Terpuji dan Pameran Utama Wanita Terpuji. Kejayaan filem ini membuatkan

penerbit mewujudkan versi lanjutan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck yang

Page 3: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

80

memaparkan durasi masa filem yang lebih lama iaitu 3 jam 45 minit. Pemilihan filem ini

adalah kerana merupakan filem adaptasi daripada novel dan mengekalkan jalan cerita karya

asal dari aspek naratifnya. Filem ini mengisahkan mengenai kekuatan adat Minangkabau

yang menjadi aras tanda dalam kehidupan seharian masyarakat.

Sinopsis Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (2013)

Filem ini memaparkan kisah cinta dua insan yang dilandasi oleh keikhlasan dan kesucian.

Cerita ini berlatar belakangkan keteguhan adat Minangkabau yang kuat dan menjadi paksi

dalam kedudukan masyakarat. Zainuddin merupakan seorang anak yatim piatu yang tinggal

di Makasar dan ingin berhijrah ke Padang Panjang, Batipuh negeri asal kelahiran ayahnya.

Ayahnya Pendekar Sutan merupakan anak asli Minang tetapi telah diusir keluar dan

dipenjarakan kerana menyebabkan kematian Datuk Mantari Labih, mamak di kampung

ayahnya. Mulanya Zainuddin tidak pernah mengetahui bahawa negeri asalnya adalah

Minangkabau dan mendapat tahu perkara tersebut daripada pesan terakhir ayahnya.

Zainuddin memutuskan untuk pergi ke Padang Panjang tetapi di sana Zainuddin di anggap

orang asing oleh keluarga ayahnya kerana adat Minang mementingkan keturunan sebelah ibu.

Zainuddin merasakan bahawa kehadirannya tidak diterima dengan baik kerana dia memang

bernasib malang sejak kecil lagi. Tetapi perkenalannya dengan Hayati seorang gadis Minang

yang berketurunan dan bermaruah tinggi menjadi pengubat rasa hiba dan sedihnya semasa

berada di kampung kelahiran ayahnya. Zainuddin dan Hayati sering berbalas surat dan

daripada surat menyurat mereka memahami antara satu sama lain. Perasaan kasihan yang

terbit kepada Zanuddin lama kelamaan membuahkan perasaan cinta Hayati kepada pemuda

dianggap orang asing itu. Namun hubungan mereka dihalang oleh Mamak Hayati kerana

perbezaan adat dan Zainuddin dihalau keluar dan diarahkan berhijrah ke Batipuh. Zainuddin

dan Hayati telah berjanji setia untuk tetap bersama walau apa pun terjadi dan Hayati telah

mengirimkan tanda rambutnya sebagai ganti bahawa dia tetap menunggu Zainuddin untuk

menjadi isterinya.

Namun, Hayati yang merupakan perempuan kampung telah terpengaruh dengan

kehidupan temannya Khadijah yang mewah dan sosial. Dia yang berkenalan dengan abang

Khadijah, Aziz telah mula merasa suka dengan layanan yang diberikan dan memikirkan

hubungannya dengan Zainuddin yang tiada kesudahan. Hayati telah menerima rombongan

meminang keluarga Aziz dan peminangan melalui surat oleh Zainuddin telah ditolak. Aziz

yang merupakan pemuda Minang asli dan mempunyai kekayaan diterima daripada Zainuddin

yang tidak beradat dan tidak setaraf dengan keluarga Hayati. Perkahwinan Hayati dan Aziz

menyebabkan Zainuddin jatuh sakit selama dua bulan, namun dia tetap berusaha meneruskan

kehidupannya. Zainuddin dan sahabatnya Muluk pindah ke Jawa dan mulai menulis dan

mengarang dan menjadi pengarang terkenal yang dikenal sebagai hartawan yang

dermawan.Kehidupan Hayati dan Aziz mula berubah akibat kelakukan Aziz yang boros dan

suka berfoya-foya. Akhirnya dengan bantuan Zainuddin mereka mula berubah dan Aziz yang

merasa bersalah dan putus asa dengan kehidupannya telah membunuh diri. Hayati pulang

semula ke Batipuh dengan menaiki kapal Van Der Wijck tetapi kapal tersebut telah karam

dan akhirnya Hayati meninggal dunia.

Page 4: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

81

METOD KAJIAN

Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif melalui analisis kandungan. Menurut

Taylor dan Bogdan (1984), data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata-kata lisan

mengenai tingkah laku manusia yang dapat diperhatikan. Data kualitatif dapat dikategorikan

kepada tiga jenis data iaitu (Patton, 1990) :

1) Hasil pemerhatian melalui huraian terperinci mengenai situasi, kejadian, interaksi dan

komunikasi serta tingkahlaku yang diperhatikan dalam subjek kajian.

2) Hasil pembicaraan daripada kutipan langsung dari pernyataan orang-orang mengenai

pengalaman, keyakinan, sikap dan pemikiran mereka dalam temubual mendalam

3) Bahan bertulis, berupa petikan ataupun keseluruhan dokumen, karya sastera, rakaman,

kes sejarah dan surat menyurat.

Dalam kajian ini, pengkaji memfokuskan kepada pengumpulan data teks daripada subjek

filem kajian sebagai sumber data utama dalam penyelidikan kualitatif. Bagi mendapatkan

data, subjek filem ditonton dan analisis dilakukan dengan menggunakan semua data yang

terdapat di dalam filem. Struktur naratif filem iaitu plot cerita, sub plot dalam kandungan

cerita digunakan untuk mendalami analisis yang dilakukan. Audio dan visual filem

merupakan sumber utama untuk mendapatkan data analisis. Analisis dilakukan terhadap

semua babak dalam peringkat permulaan, pertengahan dan pengakhiran cerita. Selain

daripada itu, pengkaji akan memecahkan adegan-adegan di dalam filem untuk dimasukkan

dalam model struktur teori kajian dan mendapatkan analisis melalui teori yang dipilih. Proses

analisis ini menggunakan apa yang dicadangkan oleh Othman (2009) yang mana menjelaskan

bahawa analisis data sebagai proses mengatur, menstruktur dan menginterpreatsi data yang

dikumpul.

Struktur Tiga Babak Blake Synder

Struktur tiga babak Blake Snyder (2005) merupakan analisis naratif yang menerangkan

secara terperinci struktur cerita dengan memfokuskan pembangunan watak utama. Snyder

menggambarkan masa yang menentukan apabila protagonis melakukan sesuatu yang bagus

secara harfiah. Ia merupakan adegan apabila audien bertemu watak utama (hero) yang

menyebabkan menarik minat mereka untuk menonton cerita tersebut di peringkat permulaan

cerita tersebut.

Struktur tiga babak yang diperkenalkan oleh Blake Snyder terbahagi kepada tiga

bahagian yang dikenali sebagai permulaan, pertengahan dan pengakhiran cerita. Tiga

bahagian ini juga disebut sebagai tesis, antitesis dan sintesis. Struktur tersebut mengandungi

15 bentuk iaitu opening image, theme stated, set up, catalyst, debate, break into two, B story,

fun and games, midpoint, bad guys close in, all is lost, dark night of the soul, break into

three, finale dan final image (Jadual 1). Struktur naratif tiga babak yang ini banyak

digunakan dalam penulisan skrip terutamanya di Hollywood.

Page 5: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

82

Jadual 1 : Deskripsi Struktur Tiga Babak Blake Snyder Save The Cat 2005

Babak Ringkasan Halaman

Opening Image Penetapan nada dan gaya filem 1

Theme Stated Idea dan pokok utama cerita 5

Set-Up Latarbelakang filem/cerita 1-10

Catalyst Perubahan cerita/kehidupan watak 12

Debate Pilihan oleh protagonist untuk memilih.

Perbahasan mengenai pilihan yang dibuat dari

pemangkin.

12-25

Break into Two Meninggalkan dunia lama (Struktur 1) dan

memasuki dunia baru (Struktur 2).

25-30

B Story Pertengahan cerita dalam mengembangkan lagi

tema dan persoalan cerita.

30

Fun & Games Watak mula membiasakan diri dengan dunia

baru dan perkembangan tema berlaku. Saat

yang mendebarkan.

30-55

Midpoint Satu titik dalam filem dimana konflik mula

dibangkitkan. Boleh menjadi baik atau buruk

tetapi merupakan perubahan utama.

55

Bad Guys Close In Watak antagonis mula menonjol sekiranya

mereka menopoli “midpoint” cerita. Ataupun

watak protagonist mula mengambil langkah

akan keadaan dan perjalanan hidupnya

55-65

All Is Lost Watak utama mula putus asa dan hilang arah

tujuan hidup. Semuanya telah hancur dan

seakan kemenangan tidak berpihak kepadanya.

Juga merupakan kekalahan palsu.

75

Dark Night of The

Soul

Titik sebelum watak utama menundukkan

dirinya oleh ransangan dan menyelamatkan

dunia. Tersedar dari kekejaman yang melanda

dirinya.

75-85

Break Into Three Semua plot datang bersama dan watak utama

mendapatkan petunjuk yang membantu dia

menyelesaikan masalanya. Ia adalah kunci

terakhir untuk mencapai tahan pengakhiran

cerita.

85

Finale Di mana segala-galanya bersatu dan semua

persoalan dijawab. Watak utama mengalahkan

musuhnya dan mula beralih ke dunia baru

dengan mencapai kejayaan.

85-100

Final Image Perubahan besar daripada opening image dan

membuktikan bahawa watak utama berubah

watak. Dunia mulai berubah dan pengajaran

dipelajari.

110

(Sumber : Save The Cat Blake Snyder 2005)

Page 6: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

83

Dalam Jadual 1 dapat dilihat bawah struktur tiga babak Blake Synder mengandungi 15

bentuk dalam menggambarkan setiap bahagian struktur cerita. Dalam struktur pertama

terbahagi kepada opening image,theme stated,set up, catalyst, debate dan break into two.

Manakala bahagian kedua pula mengandungi B story, fun & games, midpoint, the bad guys

close in, all is lots, dark night of the soul dan break into act three. Struktur ketiga pula

mempunyai dua bentuk iaitu finale dan final image. Struktur tiga babak Blake Snyder

mempunyai 15 bentuk yang merangkumi 110 halaman dalam penulisan skrip. Namun, dalam

kajian ini halaman tersebut akan disesuaikan berdasarkan urutan halaman tersebut. Pengkaji

menggunakan pengiraan struktur babak Blake Snyder dan menyesuaikan dengan bilangan

adegan di dalam filem kajian.

Rajah 1 : Struktur Tiga Babak Blake Snyder Save The Cat Blake

(Sumber : Blake Snyder Enterprises 2010)

Blake Snyder dalam bukunya juga menggunakan model The Hero’s Journey sebagai panduan

dalam struktur tiga babak. Bentuk struktur popular ini diperoleh dari Monomi dari Jopseph

Campbell dalam bukunya The Hero With a Thousand Faces 1949 dan disesuaikan oleh

Christopher Vogler dalam Twelve Stage Hero’s Journey 1992. Pada dasarnya ia merupakan

keterangan watak perwatakan utama yang lebih terperinci berdasarkan struktur tiga babak.

Page 7: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

84

Rajah 2 : The Hero’s Journey Model menggunakan Struktur Tiga Babak Blake Snyder

(Sumber : Save The Cat , Blake Snyder 2005)

Melalui model The Hero’s Journey, halaman setiap struktur babak akan disesuaikan

mengikut pengiraan babak dalam model struktur Blake. Pengkaji melampirkan rajah ini

sebagai pemahaman yang lebih untuk menunjukkan proses pergerakan struktur mengikut

analisis struktur tiga babak Blake Snyder.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

1. Opening Image (Gambaran Awal)

Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dibuka dengan adegan satu (1) yang memaparkan syot

penuh (full shot) pemandangan senja di tepi sebuah tebing pantai di Makassar diiringi dengan

monolog Zainuddin. Suara latar Zainuddin memberi gambaran awal mengenai kehidupannya

yang dirundung malang sejak kecil lagi dan dia ingin mengubah takdir hidupnya itu.

Gambaran awal ini bertujuan memperkenalkan latarbelakang watak. Ia menjelaskan

kehidupan watak Zainuddin sebagai watak utama yang tidak mempunyai apa-apa dan

terpisah dari keluarga ayahnya yang berada di Batipuh. Pengenalan watak dalam Opening

Image pada adegan awal pembukaan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck menarik

minat audien untuk menonton atau mengikuti perkembangan Zainuddin dalam menjalani

kehidupannya. Ia menimbulkan persoalan bagaimana Zainuddin akan mengubah nasibnya.

Elemen pengenalan latar watak memberi sedikit gambaran mengenai keseluruhan cerita yang

bakal dipaparkan.

2. Theme Stated (Penetapan Tema)

Penetapan tema dapat dilihat pada bahagian ini yang akan menjadi titik utama dalam

perkembangan cerita. Pengarah Sunil Suraya ternyata berhasil mengukuhkan penetapan tema

pada adegan empat (4). Dalam adegan tersebut, ia memberi paparan tema dan persoalan yang

dikemukakan di dalam isi kandungan cerita. Dalam adegan empat ia memaparkan persoalan

utama yang mencetuskan konflik dalam filem ini adalah perbezaan darjat atau kelas

Page 8: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

85

disebabkan perbezaan budaya. Ini jelas apabila watak Zainuddin datang berkunjung ke rumah

emak saudaranya di Batipuh untuk menumpang teduh, namun tidak mendapat layanan yang

baik. Ini kerana ibu Zainuddin yang berketurunan Makassar dan adat Minangkabau

mengutamakan kaum ibu walaupun ayahnya berketurunan Minang. Dalam struktur

masyarakat Minangkabau, organisasinya lebih berpusat kepada ibu dan dianggap istimewa

kerana Indonesia sebagai unit kebudayaan kebangsaan memiliki lebih banyak kebudayaan

etnik yang lebih menjurus kepada sistem patrilineal (Iskandar Kemal, 2008).

JAMILAH

“Jadi baik bicarakan dulu dengan penghulu adat suku mande.

Begitulah cara kami menerima tamu di sini.”

(Sumber : Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ,2013)

Berdasarkan dialog di atas, jelas bahawa adat menyebelahi hubungan sebelah ibu

yang merupakan adat tetap dan disanjung tinggi sehingga mengatasi hubungan kekeluargaan.

Zainuddin dianggap sebagai pendatang luar dan kehadirannya harus dimaklumkan terlebih

dahulu kepada Tok Penghulu Adat. Kata sepakat hendaklah dipersetujui oleh semua pihak

yang termasuk dalam adat nan teradat (Bustanul Ariffin, 1994). Maka, filem Tenggelamnya

Kapal Van Der Wijck mengangkat tema perbezaan darjat disebabkan perbezaan budaya.

Perbezaan darjat disebabkan perbezaan budaya dan adat Minangkabau menjadi subteks dalam

filem selari dengan tema di dalam novel asal Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya

Hamka. Perbezaan ini menimbulkan konflik kepada Zainuddin dan hubungannya dengan

Hayati serta masyarakat di kampong tersebut.

3. Set Up ( Pengenalan )

Babak satu, dalam struktur tiga Babak Blake Snyder amat penting kerana ia merupakan

adegan awal yang bertujuan menarik minat penonton untuk terus menonton sehingga akhir

cerita. Pengenalan yang baik akan membuatkan penonton memahami jalan cerita dengan

mendalam dan menanti adegan seterusnya untuk ditayangkan. Dalam filem ini adegan satu

(1) sehingga adegan lapan (8) adalah pengenalan cerita. Bermula dengan watak utama iaitu

Zainuddin yang digambarkan mempunyai nasib malang dan ingin berhijrah ke tanah

kelahiran ayahnya untuk mengubah nasib diri. Tetapi dia tidak menerima sambutan yang baik

oleh keluarga ayahnya kerana perbezaan adat dan keturunan yang menjadi isu utama dalam

masyarakat Minangkabau.

Dalam pengenalan ini juga teks untuk novel dan filem tersebut iaitu kisah percintaan

Zainuddin dan Hayati yang mendapat tentangan akibat pegangan adat dan dasar materialistik

divisualkan. Zainuddin mula berkenalan dengan Hayati dan menjalinkan persahabatan

dengan berutus surat. Kehidupan Zainuddin sedikit demi sedikit berubah dengan adanya

kehadiran Hayati dalam hidupnya.

Page 9: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

86

4. Catalyst (Pemangkin)

Pemangkin dalam cerita seperti yang dikategorikan mengikut perkiraan struktur tiga babak

Blake Snyder terdapat dalam filem kajian dan dapat disesuaikan. Dalam filem Tenggelamnya

Kapal Van Der Wijck, pemangkin cerita ialah perbezaan adat dan budaya yang menonjol dan

membawa perubahan besar kepada watak utama iaitu Zainuddin. Dalam adegan sepuluh

(10), Zainuddin yang ingin menyertai perbincangan para belia di sebuah surau telah dihalau

untuk turut serta kerana dia bukan berketurunan Minang asli.

PEMUDA BERBANGSA MINANG

“Maaf Zainuddin, ini urusan kami, sebaiknya kamu

tidak usah ikut-ikutan. Kau bukan orang Minang.

Pergilah…”

(Sumber : Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ,2013)

Perbuatan ini sememangnya menggambarkan keadaan watak utama yang bergelut dengan

keturunan dirinya yang dipandang rendah oleh masyarakat kampung malahan keluarga

ayahnya sendiri. Penerimaan yang dingin dan kurang baik menjelaskan lagi persoalan dan

tema yang ingin ditonjolkan dalam filem. Hubungan masyarakat Minang dengan orang yang

tidak dianggap tidak bersuku menyebabkan perilaku mereka berubah sama sekali dalam

konteks sosial. Zainuddin yang menjadi mangsa adat tersisih dari tanah nenek moyangnya

sendiri. Dalam novelnya, Hamka menyatakan ‘Bukanlah orang mencela perangainya,

hanya yang dipandang kurang indah bangsanya. Alangkah kejamnya adat negeri kita ini,

sahabatku’ (Hamka, 1939:38).

5. Debate (Perdebatan)

Perdebatan ataupun perkembangan cerita banyak melibatkan pilihan daripada watak utama

cerita. Adegan sepuluh (10) sehingga adegan 18 merupakan bahagian perdebatan mengikut

struktur naratif Save The Cat dalam filem kajian ini. Ternyata elemen naratif plot Blake

menjadikan cerita lebih menarik dan mempunyai dinamik dalam perkembangan tema dalam

perwatakan dan konflik cerita. Zainuddin yang dianggap tidak bersuku menerima kecaman

dan hinaan masyarakat Minang lebih-lebih lagi persahabatannya dengan Hayati yang

dianggap kurang sopan dan tidak beradab. Perdebatan ini mencetuskan pelbagai konflik

dalam watak-watak filem tersebut. Kesannya akibat perbezaan faktor sosial dan adat ini,

Zainuddin di halau dari Batipuh oleh Datuk Penghulu Adat yang merupakan ketua keluarga

Hayati. Ternyata Zainuddin membuat keputusan untuk keluar dari Batipuh namun akan terus

berhubungan dengan Hayati walau mendapat tentangan. Konflik menyebabkan cerita menjadi

semakin menarik dan berkembang ke peringkat seterusnya. Audiens semakin teruja untuk

mengikuti perkembangan selanjutnya yang akan berlaku pada watak-watak tersebut terutama

watak utama.

6. Break Into Two (Pemecahan kepada Dua)

Bahagian yang dikenali sebagai Break Into Two ini menjelaskan bahawa plot akan

meninggalkan struktur pada babak pertama dan akan memasuki babak kedua cerita. Dalam

adegan 18 ia dipaparkan melalui adegan Zainuddin berdiri di tepi sebuah tasik sebelum

meninggalkan Batipuh. Adegan ini adalah permulaan untuk watak memulakan pengembaraan

ke peringkat seterusnya. Jika Blake Snyder memberi istilah Break Into Two, Syd Field

Page 10: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

87

menggunakan istilah Plot Point 1. Kedua-dua istilah ini mempunyai tujuan yang sama iaitu

membawa cerita atau watak ke peringkat yang lebih mencabar di mana watak utama akan

menghadapai pelbagai cabaran yang lebih berat. Antaranya dalam filem ini, babak seterusnya

akan memaparkan kekecewaan Zainuddin dalam percintaannya dengan Hayati.

7. B Story ( Bahagian Kedua Cerita)

Bahagian ini merupakan pertengahan cerita dalam filem yang menjurus kepada permasalahan

dan konflik berat plot. Pembukaan bahagian kedua cerita ialah dalam adegan 22. Perubahan

baru berlaku dalam hidup Zainuddin apabila dia berhijrah ke Padang Panjang yang sejajar

dengan teori Blake Snyder iaitu perubahan watak utama ke dunia baru. Zainuddin

diperkenalkan dengan Mande Ana dan Muluk yang membawa kesan positif dan membawa

perubahan besar terutamanya dalam elemen naratif watak perwatakan Zainuddin.

8. Fun & Games ( Konflik dan Masalah)

Konflik dan masalah ataupun babak-babak yang dipaparkan dalam trailer filem banyak

terdapat dalam bahagian ini. Konflik dan masalah yang dihadapi oleh watak terutamanya

watak utama iaitu Zainuddin dan Hayati memberi tekanan yang tinggi dan berat. Adegan 22

sehingga adegan 31 merupakan konflik dan masalah berat untuk mengekalkan dan

menonjolkan tema utama cerita. Zainuddin yang berjauhan dari Hayati telah mengubah

presepsi Hayati terhadap dirinya. Bermula dengan adegan pengenalan kepada watak Aziz,

Hayati mendapat satu perubahan baru dan dengan kehadiran rakannya Khadijah juga turut

membantu mengubah dirinya.

Faktor keluarga juga merupakan faktor dalam mendorong supaya pergaulan hanya dengan

orang yang setaraf dan Hayati mula menyedari bahawa kehidupannya dengan Zainuddin

tidak akan membawa apa-apa makna. Dalam kisah cinta ini, sub teks dan teks filem jelas

menggambarkan bahawa perbezaan budaya dan adat menyebabkan kisah cinta tidak berakhir

dengan kebahagiaan. Adegan Hayati bertemu Zainuddin di pesta kuda hanya menyebabkan

konflik jiwa pada kedua watak tersebut. sindiran dan hinaan daripada rakan-rakan Aziz dan

Khadijah mengenai penampilan dan personaliti diri Zainuddin menguatkan lagi bahawa

masyarakat tidak akan memandang golongan Marhaen lebih-lebih lagi yang tidak mempunyai

keturunan keluarga yang jelas. Secara umum, filem kajian banyak dan menepati ciri-ciri fun

& games yang diperkenalkan oleh Blake Snyder dari segi dinamik plot dalam konflik dan

menjawab penetapan tema yang ditonjolkan dalam awal cerita.

9. Midpoint ( Penanda Utama)

Penanda utama merupakan penentu kepada kemenangan ataupun kekalahan palsu. Dalam

bahagian ini struktur pertama dan kedua bergabung dan seperti ringkasan akan apa yang

terjadi kelak di akhir cerita. Dalam filem kajian, adegan 31 iaitu adegan keluarga Aziz

membincangkan lamaran untuk menjadikan Hayati sebagai isteri Aziz adalah penanda utama

cerita. Adegan ini menunjukkan bahawa adakah kisah cinta Zainuddin dan Hayati akan

berakhir ataupun akan diakhiri dengan kebahagiaan. Titik utama ini merupakan perubahan

besar yang akan membawa kepada elemen naratif filem. Blake Snyder menyatakan “This is

whre the stakes are raised and timeclocks appear. The pace should pick up from thispoint

forward. The A Story and B Story should cross here”.

Page 11: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

88

10. The Bad Guys Close In ( Penonjolan Watak Antagonis)

Dalam filem yang dikaji, watak antagonis tidak berapa ditonjolkan tetapi perwatakan yang

menjadi musuh ataupun tidak menyukai watak utama Zainuddin tetap ada seperti Datuk

Penghulu Adat, Aziz dan Khadijah. Dalam filem bermula adegan 31 iaitu dimana

perbincangan lamaran Aziz, perwatakan Aziz banyak ditayangkan untuk memudahkan

penonton memahami personaliti watak dan memahami konsep watak yang dihasilkan

pengarah. Dalam aspek ini juga, adegan perbincangan mengenai lamaran Zainuddin dan Aziz

terhadap Hayati dibincangkan oleh Datuk Penghulu Adat dan para penasihat seperti berat

sebelah di mana mereka mementingkan adat, budaya dan taraf sosial seseorang. Hayati

dengan pengaruh daripada keluarga dan Khadijah telah menerima lamaran daripada Aziz dan

Zainuddin menerima khabar dukacita dengan penolakan Hayati.

Walaupun begitu, Zainuddin yang ingin melindungi Hayati dalam adegan 35, beliau

telah meminta Muluk menyiasat dan mengambil tahu akan latar belakang Aziz. Muluk yang

sememangnya berperwatakan sebagai seorang pemuda yang suka bersosial mengetahui akan

tingkah laku Aziz yang terkenal dengan sifat foya-foya dan suka menganggu rumah tangga

orang. Perwatakan Aziz dalam adegan tersebut secara tidak langsung memberikan gambaran

tentang sikap Aziz yang kurang baik tetapi mempunyai keturunan keluarga yang

berketurunan dan mempunyai sosial tinggi dalam masyarakat. Zainuddin yang merasakan

bahawa dia patut memberitahu akan kelakuan Aziz yang sebenar mengutus surat kepada

Hayati namun dia disuruh berhenti mengirimkan surat kerana Hayati kekal dengan keputusan

menerima Aziz sebagai suami. Perkahwinan Aziz dan Hayati pun berlangsung dengan meriah

di Batipuh yang menyebabkan Zainuddin putus asa dalam hidup dan jatuh sakit. Secara

khususnya bab ini menerangkan aspek yang dinyatakan oleh Blake Snyder dalam penonjolan

watak perwatakan yang menjadi penghalang kepada watak utama cerita dalam 31 satu

sehingga adegan 39.

11. All is Lost ( Kejatuhan Watak Utama)

Adegan dalam filem kajian yang menyebut dan menepati ciri-ciri struktur kedua kejatuhan

watak utama terdapat dalam adegan 39. Selepas perkahwinan Hayati dan Aziz berlangsung,

Zainuddin jatuh sakit berbulan-bulan dan hilang pedoman hidup. Dia meratapi kehilangan

Hayati dan hampir menjadi kurang waras akibat patah hati dan memendam perasaan. Doktor

yang merawat Zainuddin memberi nasihat agar Hayati dapat bertemu dengan Zainuddin

kerana hanya Hayati penawar kepada kesakitan yang dialami Zainuddin. Pengenalan titik plot

yang dikenali sebagai All is Lost bertujuan menimbulkan simpati audiens kepada watak

utama. Selain itu ia menimbulkan perasaan ingin tahu audiens apakah yang akan berlaku pada

watak utama dalam mengatasi masalah yang dihadapi.

12. Dark Night of The Soul ( Kebangkitan )

Ciri-ciri yang terdapat dalam bahagian ini terdapat dalam adegan 39 sehingga adegan 63.

Khabar Zainuddin yang jatuh sakit membuatkan Hayati dan Aziz menziarahinya dan

membuatkan Zainuddin tersedar. Dalam pada itu, adegan Muluk menasihati Zainuddin

membawa kepada penghijrahan Zainuddin ke Pulau Jawa untuk mengubah nasib dengan

menghasilkan karya dan tulisan yang dihantar ke akhbar-akhbar dan penerbitan buku.

Zainuddin mula sedar dan mencuba mengubah nasib hidupnya agar tidak dipandang rendah

dan terus maju ke hadapan. Karya-karyanya mula dikenali dan dia ditawarkan untuk menjadi

Page 12: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

89

rakan kongsi di sebuah penerbitan buku di Surabaya kerana bakat dan perwatakannnya yang

membuatkan orang mempercayainya. Karya Zainuddin mengenai kisah hidupnya yang

berjudul Teroesir mula menjadi perhatian ramai termasuk Hayati.

Hayati yang merasakan bahawa Aziz telah berubah sering menghabiskan masa dengan

membaca buku tetapi hobinya itu tidak disukai Aziz. Kehidupan rumah tangga mereka

semakin teruk disamping ekonomi yang tidak stabil disebabkan sikap Aziz yang suka

melakukan aktiviti yang tidak sihat. Pertemuan semula Zainuddin dengan Hayati dan Aziz

semasa majlis makan malam Klub Anak di rumah Zainuddin menyebabkan Hayati dan Aziz

merasa terkejut dan kagum dengan kehebatan dan kejayaan Zainuddin. Bermula saat itu,

mereka bertiga mula berkawan baik dan saling bantu membantu. Ekonomi rumah tangga

Aziz dan Hayati yang teruk sehingga di halau keluar rumah menyebabkan Hayati dan Aziz

meminta tolong dari Zainuddin. Dalam bab ini, jelas bahawa Zainuddin yang dahulunya tidak

memiliki apa-apa nekad bangun dan merubah nasib hidupnya dengan kelebihan bakat yang

ada pada dirinya dan berjaya mengatasi konflik dan masalah yang menjadi teras untuknya

berubah.

13. Break Into Three ( Struktur Ketiga Cerita)

Struktur ketiga cerita dalam filem ialah pada adegan 63 dimana Aziz yang sudah sebulan

berteduh di rumah Zainuddin jatuh sakit. Setelah sembuh, Aziz ingin keluar untuk mencari

rezeki di tempat lain dan meninggalkan Hayati di rumah Zainuddin. Adegan ini membawa

kepada pemecahan kepada struktur ketiga filem.

14. Finale (Kemuncak)

Peringkat kemuncak merupakan peringkat di mana segala persoalan terjawab. Begitu juga

dalam filem kajian yang dapat dilihat dalam adegan 63 sehingga adegan 81. Setelah Aziz

yang telah berubah dan keluar dari rumah untuk mencari pekerjaan dia meninggalkan

isterinya Hayati di rumah Zainuddin. Hubungan Zainuddin dengan Hayati pula agak janggal

dan mereka tidak selalu bersemuka walau tinggal di rumah yang sama. Berita kematian Aziz

telah menyebabkan Hayati hilang arah tujuan dan Zainuddin merasa bahawa Hayati tidak

perlu kembali kepadanya seperti yang dikatakan oleh Aziz dalam suratnya. Pra klimaks pada

adegan 75 filem dan merupakan satu adegan terbaik filem tersebut iaitu adegan Zainuddin

dan Hayati meluahkan perasaan masing-masing yang berakhir dengan Hayati disuruh pulang

ke Padang Panjang. Kemuncak cerita ialah pada adegan kapal Van Der Wijck yang dinaiki

Hayati tenggelam ke dasar lautan.

Page 13: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

90

Gambar 1 : Kapal Van Der Wijck Tenggelam

(Sumber : Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, 2013)

Sejurus mendapat berita mengenai kapal Van Der Wijck tenggelam Zainuddin dan Muluk

menemui Hayati yang nazak di sebuah rumah sakit. Hayati menghembuskan nafas yang

terakhir dan Zainuddin mengucup Hayati setelah kematiannya. Keadaan Zainuddin semakin

bersemangat menulis karya setelah kematian Hayati. Setelah setahun kepergian Hayati,

Muluk memberitahu akan bernikah dengan Ida, kekasihnya kepada Zainuddin. Zainuddin

semakin giat berkarya dan karyanya bertajuk “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” khas

untuk Hayati. Peringkat kemuncak ini menjawab semua persoalan yang muncul pada awal

pertengahan cerita. Dalam kajian filem ini, Zainuddin akhirnya terlerai dari permasalahan

yang dihadapinya iaitu tidak lagi menjadi bahan cacian dan makian dan Hayati telah

meninggalkannya buat selama-lamanya. Tetapi Zainuddin redha dan menerima perjalanan

hidupnya dan terus melangkah ke hadapan. Elemen naratif plot ini banyak memberi nilai-

nilai moral walaupun mempunyai perbezaan besar dari akhir cerita novel asal.

1. Finale Image ( Pengakhiran Cerita)

Pengakhiran cerita selepas kemuncak cerita dalam kajian filem ialah adegan 81, Zainuddin

berada di rumahnya bersama dengan anak-anak yatim. Zainuddin tetap bangkit dan

meneruskan hidupnya dengan terus berkarya dan membuka sebuah rumah yatim piatu yang

diberi nama “Hayati”. Pengakhiran cerita ini ternyata berlawanan dengan opening image

cerita sejajar dengan elemen yang diterapkan oleh Blake Snyder dalam bukunya Save The

Cat (2005).

Gambar 2 : Zainuddin menyerahkan manuskrip karya terbarunya

Page 14: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

91

(Sumber : Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck ,2013)

Rajah 3 : Struktur Tiga Babak Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck Struktur

berdasarkan Babak Blake Snyder dan Model The Hero’s Journey

Sumber : The Hero’s Journey Model dan Blake Snyder 15 Babak

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, hasil kajian telah memberikan satu gambaran kepada pengkaji

tentang isi kandungan filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dari aspek naratif dan

struktur tiga babak Blake Snyder Save The Cat. Hasil yang diperoleh dari segi struktur naratif

adalah dalam plot dan cerita filem, watak perwatakan filem, teknik penceritaan plot dan tema

yang ingin disampaikan. Struktur tiga babak Blake Snyder yang digunakan dalam analisis

filem ini menunjukkan bahawa perkembangan watak dan konflik dilakukan secara tersusun

melalui sebab dan akibat yang jelas. Ia juga menyebabkan elemen naratif lain seperti tema,

plot dan subplot serta sudut pandangan watak dijelaskan dengan baik. Ini menyebabkan filem

Tenggelamnya Kapal Vand Der Wijck merupakan sebuah filem yang menarik perhatian

audien untuk ditonton. Buktinya file mini mendapat sambutan box-office ketika ditayangkan.

Struktur naratif yang dilakukan oleh Blake Snyder ini boleh dijadikan panduan oleh penulis

skrip dan pengarah filem dalam menyusun cerita yang disampaikan.

Page 15: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

92

Rujukan

Buku

Blake Snyder (2005). Save The Cat! The Last Book on Screenwriting You’ll Ever Need.

Michael Wiese Productions.

Bustanal Arifin. (1994). Budaya Alam Minangkabau. Jakarta: Cv. Art Print.

Campbell,J. (1949). The Hero With a Thousand Faces. New York : Bollingen

David Bordwell, Kristin Thompson.(2008). Film Art : An Introduction. McGraw Hill.

Gerard Genette. (1980). Narrative Discourse an dessay in method. Cornell University Press.

Hamka. (1939). Novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. Jakarta: Balai Pustaka.

Iskandar Kemal. (2008). Pemerintahan Nagari Minangkabau dan Perkembangan. (Tinjauan

Tentang Kerapatan Adat). Yogyakarta: Graha Ilmu.

Lester, P. M. (2003). Visual communication: Images with messages

(2nd ed.). Belmont, CA: Thomson Wadsworth.

Othman Lebar. (2009). Penyelidikan Kualitatif Pengenalan kepada Teori dan Metod.

Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Patton.M (1990). Qualitative evaluation and research methods ) Beverly hills, CA : Sage

Prince,G. (2003).A dictionary of narratology. Lincoln, NE:University of Nebraska.

Steven J. Taylor & Robert Bogdan.(1984) Intoduction to Qualitative Research Methods : The

Search For Meanings. University of Michgan : Wiley.

Vogler,Christopher (1992). The Writer’s Journey : Mythic Structure for Storytellers and

Screenwriters. Studio City CA : Michael Wiese Productions.

Jurnal

Mohd. Nor Shahzan Ali Hashim & Mus Chairil Samani (1949). Analisis Naratif Filem

Dokumentari The Kinta Story. Jurnal Komunikasi. Vol. 27 (2) : 183-202

Mus Chairil Samani, (2006). Visual images in advertisements: An alternative language.

Jurnal Komunikasi. Vol. 22:49-57.

Rosmawati Mohamad Rasit & Azimah Misrom.(2016). Analisis Elemen naratif patuh syariah

dalam filem Nur kasih the movie 2011 berdasarkan teori filem ar-risalah. Jurnal

komunikasi. Jilid 32(1) : 1-21.

Page 16: ANALISIS STRUKTUR NARATIF TIGA BABAK BLAKE · PDF file · 2017-10-03format dan teknik penyampaian yang berbeza berbanding sebuah filem. Antaranya ... Filem ini berdurasi 2 jam 34

Journal of Humanities, Language, Culture and Business (HLCB) Vol. 1: No. 4 (September 2017) page 78-93 | www.icohlcb.com | eISSN: 01268147

93

Filem

Filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck. 2013. Sunil Suraya. Jakarta : Soraya Intercine

Films.

Electronic Source

Henryhens.2014. 10 march 2015. M.bintang. com.