analisis strategi kajian kes

7
ANALISIS STRATEGI KAJIAN KES i) Strategi Membina Hubungan Positif Guru-Murid serta Rasionalnya Berdasarkan kes yang telah dikaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, saya telah memilih strategi membina hubungan positif guru-murid kerana saya dapati ianya lebih berkisar tentang hubungan di antara guru dan muridnya iaitu hubungan Alia Maisara dan cikgunya, Cikgu Anis. Dalam kes ini saya dapati tiada hubungan positif yang wujud di antara mereka berdua. Malah hubungan interpersonal diantara mereka juga lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif. Hal ini demikian kerana Cikgu Anis telah berpandangan negatif sejak dari awal lagi terhadap Alia Maisara atas sikap pendiamnya. Dengan itu secara tidak langsung, hubungan mesra di antara mereka ini tidak dapat dijalinkan akibat pandangan negatifnya itu. Untuk itu, saya berpendapat sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah seperti Alia Maisara ini, guru haruslah mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka bagi mengatasi masalah peribadi dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid lain. Guru juga harus mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid seperti Alia Maisara ini dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkannya. Cara ini akan dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di antara satu sama lain.

Upload: fitri-ibrahim

Post on 25-May-2015

487 views

Category:

Education


4 download

DESCRIPTION

tugasan

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis strategi kajian kes

ANALISIS STRATEGI KAJIAN KES

i) Strategi Membina Hubungan Positif Guru-Murid serta Rasionalnya

Berdasarkan kes yang telah dikaji iaitu “Cerdik Tetapi Diherdik” ini, saya telah

memilih strategi membina hubungan positif guru-murid kerana saya dapati ianya

lebih berkisar tentang hubungan di antara guru dan muridnya iaitu hubungan Alia

Maisara dan cikgunya, Cikgu Anis. Dalam kes ini saya dapati tiada hubungan positif

yang wujud di antara mereka berdua. Malah hubungan interpersonal diantara

mereka juga lebih banyak mendatangkan kesan negatif daripada kesan positif. Hal

ini demikian kerana Cikgu Anis telah berpandangan negatif sejak dari awal lagi

terhadap Alia Maisara atas sikap pendiamnya. Dengan itu secara tidak langsung,

hubungan mesra di antara mereka ini tidak dapat dijalinkan akibat pandangan

negatifnya itu.

Untuk itu, saya berpendapat sekiranya terdapat murid yang mempunyai

masalah seperti Alia Maisara ini, guru haruslah mengadakan sesi kaunseling untuk

membantu mereka bagi mengatasi masalah peribadi dan seterusnya menggalakkan

mereka menyertai aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid lain. Guru juga

harus mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid seperti

Alia Maisara ini dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkannya. Cara ini akan

dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di antara satu sama lain.

Dalam kes ini, saya juga berpendapat bahawa sepatutnya cikgu Anis patut

bertanggungjawab dalam memainkan peranan penting bagi mewujudkan hubungan

yang positif. Dengan itu, secara tidak langsung hubungan guru dengan murid yang

berkesan dapat diwujudkan dan akan dapat membantu memotivasikan Alia Maisara

tersebut supaya dapat berinteraksi dengan berkesan serta tidaklah dia berdiam diri

sahaja apabila disoal. Seharusnya gurulah yang harus bertindak dalam membina

hubungan yang baik serta teknik menyoal yang berkesan ini. Untuk mengamalkan

komunikasi yang berkesan dalam bilik darjah, Cikgu Anis haruslah menguasai

kemahiran-kemahiran penggunaan kaedah dan teknik mengajar, khasnya teknik

menyoal kerana komunikasi yang berkesanlah yang membantu dalam membentuk

iklim alam belajar yang kondusif.

Page 2: Analisis strategi kajian kes

Selain daripada itu, saya juga berpendapat bahawa tindakan Cikgu Anis yang

menampar Alia Maisara adalah tidak wajar belaku. Seharusnya sebagai seorang

guru kita harus mengurangkan emosi-emosi yang negatif seperti ini terhadap murid-

murid. Perasaan negatif seperti marah, , tidak puas hati dan bosan seperti yang

ditunjukkan oleh Cikgu Anis ini seharusnya dielakkan bagi mengekalkan hubungan

yang positif. Oleh yang demikian, dalam situasi ini saya berpendapat jika seseorang

murid tidak dapat menjawab soalan yang diajukan walaupun berkali-kali, kita

sepatutnya menilai cara penyampaian kita sama ada jelas ataupun tidak. Malah

dalam bersoal jawab juga kita haruslah peka terhadap kadar percakapan kita sama

ada sesuai ataupun tidak serta haruslah menunjukkan air muka yang berseri demi

membina hubungan yang positif di dalam kalangan guru dan murid.

Malah, saya juga berpendapat bahawa apabila murid tidak dapat menjawab

sesuatu soalan itu, guru haruslah berperanan dalam menghuraikan secara teliti

kepada murid yang kurang faham dan haruslah mengelak daripada menyindir murid

tersebut seperti apa yang dilakukan oleh Cikgu Anis. Dalam hal ini, guru juga tidak

seharusnya merungut kerana murid tidak menjalankan tugas, malah haruslah

mengenalpasti masalah atau punca berlakunya keadaan sedemikian. Tindakan guru

yang mengecil-ngecilkan usaha murid juga tidak harus wujud dalam diri seorang

guru, jika ianya wujud secara tidak langsung sikap negatif ini akan menyebabkan

muridnya hilang rasa hormat terhadapnya dan berkemungkinan nilai dan

kepercayaan murid terhadap gurunya juga akan hilang seperti apa yang berlaku

diantara Alia Maisara yang hilang rasa hormatnya terhadap cikgunya, Cikgu Anis.

Dalam kes ini, saya juga berpendapat bahawa Cikgu Anis ini bukanlah

seorang guru yang kreatif dalam berkomunikasi, malah hanya bertindak mengikut

emosinya sahaja. Jika dia seorang guru yang keatif dan bertanggungjwab terhadap

pelajarnya, berkemungkinan besar dia akan terus mencuba dan tidak berputus asa

serta tidak akan melakukan tidakan yang negatif seperti yang dilakukan olehnya.

Seharusnya sebagai seorang guru, dalam sesi bersoal jawab, kita haruslah pandai

menyesuaikan pertanyaan kita mengikut tahap murid tersebut. Mungkin kita boleh

menggunakan perkataan-perkataan yang mudah supaya murid dapat memahaminya

dengan baik tanpa keraguan.. Untuk itu, dalam menghadapi pelajar seperti Alia

Maisara ini saya berpendapat bahawa guru haruslah memainkan peranan penting

Page 3: Analisis strategi kajian kes

dengan mempelbagaikan nada variasi ransangan demi menarik perhatian pelajar ini

serta menunjukkan reaksi yang positif.

Seterusnya, dalam membina hubungan yang positif, guru juga perlu

berusaha untuk memahami masalah pelajarnya serta mengambil berat terhadap

mereka. Dengan adanya tindakan seperti ini secara tidak langsung membolehkan

guru memotivasikan pelajarnya supaya dapat menimbulkan minat dan perhatian

mereka terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Proses ini

juga dapat membantu mewujudkan kemesraan di antara pelajar dan guru

seterusnya turut membantu dalam membina hubungan yang positif dalam kalangan

guru dan juga muridnya. Interaksi-interaksi seperti ini adalah penting dalam proses

pengajaran dan pembelajaran kerana ianya merupakan proses utama bagi guru

dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar-pelajarnya. Oleh yang

demikian saya dapati corak interaksi guru dengan murid dalam bilik darjah amatlah

bergantung kepada jenis kepimpinan guru tersebut sama ada secara autokratik,

demokratik ataupun laissez-faire.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian kes ini, saya dapati strategi ini amat

membantu dalam mengatasi masalah pelajar seperti Alia Maisara ini. Dalam kes ini

guru yang memainkan peranan penting dalam pengurusan pelajar dan masalah-

masalah yang berlaku dalam bilik darjah. Seseorang guru itu haruslah sering

mengingatkan diri masing-masing bahawa menjalinkan hubungan yang positif

dengan pelajar amatlah perlu dan membantu dalam mengekalkan suasana bilik

darjah yang kondusif. Oleh yang demikian, seseorang guru itu haruslah bersabar

dalam pembentukan hubungan positif dengan murid ini walaupun banyak

rintangannya.

Page 4: Analisis strategi kajian kes

ii) Perlaksanaan Strategi yang dipilih

            Sebagai seorang guru kelas, saya berpendapat proses dalam menjalin dan

membina sesebuah hubungan yang positif haruslah kena pada caranya. Secara

umumnya, terdapat dua cara untuk menjalin hubungan guru-murid yang positif.

Pertamanya, hubungan ini perlu dibina sejak bermulanya penggal pertama

persekolahan. Sebagai seorang guru kelas, saya perlulah menarik minat murid ke

alam pembelajaran dengan sikap mesra, mudah didekati tetapi tegas dalam

menentukan batas-batas pembelajaran. Keduanya, saya juga berpendapat sikap ini

juga perlu kekal sepanjang masa dalam setiap situasi tanpa ada diskriminasi antara

murid. Saya juga akan mengurangkan emosi-emosi negatif terhadap murid dan

sentiasa menggalakkan emosi positif dalam membentuk sahsiah murid. Dengan

cara ini secara tidak langsung dapat membantu saya mengajar  dengan lebih mudah

apabila hubungan guru-murid terjalin dengan baik.

Oleh yang demikian, langkah yang pertama yang akan saya ambil dalam

perlaksanaan strategi ini ialah, sebagai seorang guru kelas saya akan berusaha

untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama

persekolahan. Saya juga akan berusaha mengelakakan daripada memanggil murid

dengan menggunakan nombor pendaftaran atau kata ganti diri am,

contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya

‘awak yang duduk di belakang sekali...’. Saya berkeyakinan bahawa kebanyakan

murid akan berasa bangga apabila gurunya mengingati nama mereka. Situasi itu

menandakan bahawa guru ingat mereka dan mereka wujud dimata guru disamping

menunjukkan usaha guru yang bersunguh-sungguh untuk mengenali murid-

muridnya. Saya berpendapat guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih

cepat mesra dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat membantu saya sebagai

guru kelas dalam mengawal tingkah laku murid. Apabila berlaku salah laku saya

bolehlah terus memanggil nama murid dan menegurnya.

Seterusnya, untuk langkah yang kedua, saya akan cuba menanamkan

semangat cintakan kelas dalam kalangan murid bagi membangkitkan motivasi

intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Saya akan cuba

menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat

Page 5: Analisis strategi kajian kes

yang seronok untuk menimba ilmu. Saya juga akan cuba menanamkan sifat

kepunyaan dalam diri murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang akan

dilakukan secara bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan

semangat ahli di dalam kelas. Selain itu, saya juga akan cuba membimbing murid

untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka. Saya juga

akan berbincang dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian

kelas dan akan mendapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Saya

juga akan mengunakan pujian dan memberi peneguhan kepada usaha yang telah

ditunjukkan oleh mereka.

Manakala, untuk langkah ketiga pula, saya juga akan cuba melibatkan murid

dalam membuat keputusan dan bersama memikul tanggungjawab melibatkan kelas

dan P&P. Saya akan cuba memberi peluang dan ruang kepada murid-murid untuk

memikul tanggungjawab untuk menjaga kesejahteraan kelas, iaitu bermula dengan

bersama-sama membuat peraturan bilik darjah serta berbincang dalam menentukan

peraturan, matlamat, harapan dan sebagainya. Selain itu, sebagai guru kelas saya

juga akan menunjukkan teladan yang baik terutamanya dari segi kuasa yang

diperuntukkan dalam pengurusan penyelesaian konflik di dalam kelas. Saya juga

akan cuba memainkan peranan dalam memberikan perhatian terahadap mereka.

Sehubungan itu, saya juga akan memastikan bahawa murid-murid di dalam kelas

saya berasa diri mereka adalah sebahagian daripada bilik darjah tersebut.

Untuk langkah yang terakhir, saya akan lebih menumpukan kepada

mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-murid yang akan dapat

membantu saya dalam menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-murid. Saya

juga akan memastikan sikap saya sebgai guru kelas ini juga akan menjadi contoh

yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang

dipersekitarannya. Saya juga akan memastikan keikhlasan dalam setiap

keprihatinan yan diberi. Dalam situasi ini, saya juga akan cuba mengelakkan diri

daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada

kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Saya akan cuba memberikan

perhatian sama rata kepada semua murid.