analisis perbandingan sukatan alternatif pendidikan khas bp

17
7 SUPIAH BT MAT YUSOF PGSRPK 08 ANALISIS PERBANDINGAN SUKATAN ALTERNATIF PENDIDIKAN KHAS, SUKATAN ALIRAN PERDANA DAN KSSR PENDIDIKAN KHAS DALAM SUBJEK SAINS. Kurikulum Alternatif PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksible untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan kearah kehidupan yang bermakna. KSSR bermatlamat untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR bermatlamat memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh , seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek JERIS badi melahirkan insan yang seimbang , harmonis dan berakhlak mulia.

Upload: cikgusuepkhas

Post on 20-Jun-2015

2.015 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

7 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

ANALISIS PERBANDINGAN SUKATAN ALTERNATIF PENDIDIKAN KHAS, SUKATAN ALIRAN PERDANA DAN KSSR PENDIDIKAN KHAS DALAM SUBJEK SAINS.

Kurikulum Alternatif PKBP bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan

pembelajaran yang fleksible untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan kearah kehidupan yang

bermakna.

KSSR bermatlamat untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu. Perkembangan

ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan

serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan.

KBSR bermatlamat memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh , seimbang dan bersepadu yang meliputi aspek

JERIS badi melahirkan insan yang seimbang , harmonis dan berakhlak mulia.

Page 2: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

8 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

ASPEK SUKATAN ALTERNATIF PENDIDIKAN KHAS.

KBSR SAINS (ALIRAN PERDANA) KSSR SAINS PENDIDKAN KHAS.

MATLAMAT

PENGAJARAN

SAINS

Komponen ini memberi

pendedahan tentang pendidikan

sosial dan alam sekitar kepada

murid-murid Pendidikan Khas

Bermasalah Pembelajaran

sekolah rendah dan menengah

untuk diaplikasikan dalam

kehidupan seharian mereka.

Murid-murid dididik mengamalkan

nilai-nilai murni dan sikap positif

dalam menjalinkan hubungan

sosial dengan keluarga, rakan

sebaya dan masyarakat di

peringkat asas.

Kurikulum Sains sekolah rendah

bertujuan untuk menyemai minat murid

terhadap sains dan teknologi dan

memberi asas pengetahuan dan

kemahiran sains dan teknologi. Justeru,

murid mempunyai landasan untuk

mengaplikasikan sains dan teknologi

dalam kehidupan harian untuk mengikuti

pelajaran sains di peringkat yang lebih

tinggi di samping mengamalkan budaya

sains dan teknologi ke arah

pembentukan masyarakat bersifat

prihatin, dinamik, progresif,

bertanggungjawab terhadap alam

sekeliling serta mengagumi penciptaan

alam.

Belum dijalankan dengan

rasminya lagi. Sains , Sosial dan

Alam Sekitar akan dijalankan

pada KSSR tahun 4.

Secara dasarnya matlamat dan

objektif KSSR Sains adalah

sama pada semua peringkat.

1. Menanam minat dan

mengembangkan kreativiti murid

melalui

pengalaman dan penyiasatan

bagi menguasai ilmu sains dan

teknologi, kemahiran serta nilai

murni

2.Kemahiran yang ingin

dikembangkan melalui tema ini

merangkumi kemahiran proses

sains, kemahiran berfikir,

kemahiran manipulatif/

Page 3: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

9 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

psikomotor

dan kemahiran TMK.

OBJEKTIF

Objektif :

Komponen Sains, Sosial dan

Alam Sekitar membolehkan

murid:

1. Mengenal dan menamakan

benda hidup dan bukan hidup

yang terdapat di sekitar

kehidupan murid.

2. Menamam jenis alat

perhubungan dan

pengangkutan yang terdapat

di sekitar mereka.

3. Menunjukkan perlakuan

bersopan santun semasa

berinteraksi dengan ahli

keluarga dan masyarakat.

Kurikulum Sains untuk sekolah rendah

membolehkan murid:

1. Memperoleh pengetahuan asas sains

dan teknologi dan dapat

menghubungkaitkan pengetahuan ini

dengan fenomena alam semula jadi dan

pengalaman harian.

2. Memperoleh kefahaman tentang

fakta dan konsep sains bagi membantu

mereka memahami diri sendiri serta

alam sekeliling.

3. Menguasai kemahiran berfikir dan

strategi berfikir melalui pembelajaran

berfikrah.

4. Menguasai kemahiran saintifik iaitu

kemahiran proses dan kemahiran

Belum dijelaskan lagi secara

terperinci.

Page 4: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

10 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

4. Menggunakan alat

perhubungan dan

pengangkutan dengan cara

yang betul

5. Mengamalkan sikap dan nilai-

nilai murni dalam kehidupan

seharian dan

6. Menjadi rakyat yang baik

dan berguna kepada

masyarakat dan Negara.

manipulatif melalui pendekatan inkuiri

penemuan.

5. Mengaplikasikan pengetahuan dan

kemahiran secara kritis dan kreatif

berasaskan sikap saintifik dan nilai

murni dalam penyelesaian masalah,

membuat keputusan dan

mengkonsepsikan.

6. Menilai maklumat berkenaan sains

dan teknologi dengan

bijak dan berkesan.

7. Mengamalkan sikap saintifik dan nilai

murni .

8. Menyedari saling hubungan antara

kehidupan dan pengurusan alam semula

jadi untuk keberterusan hidup.

9. Menyedari bahawa penemuan

melalui penyelidikan sains adalah usaha

manusia berasaskan kemampuan akal

Page 5: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

11 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

untuk memahami fenomena alam ke

arah mencapai kesejahteraan hidup

manusia sejagat.

ORGANISASI Bidang / komponen Mata pelajaran Mata pelajaran

BAHASA PENGANTAR Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Malaysia

PENDEKATAN DAN STRATEGI

1. Analisis tugasan

2. Belajar Melalui Bermain

3.Pengajaran Bertema

4.Pembelajaran Pengalamanian

5.Pembelajaran Masteri

6. Pendekatan Kolaborasi

7.Pendekatan Mutisensori

- Inkuiri

- Konstruktivisme

- Pembelajaran konstektual

- Pembelajaran interaktif

- Pembelajaran koperatif

- Perbincangan

- Simulasi

- Projek

- Kajian lapangan

- Pembelajaran Masteri

- Kecerdasan pelbagai

- Penyelesaian masalah

.

Belum dijelaskan lagi.

( Mana –mana pendekatan boleh

diuahsuai dengan tajuk Sains,

Sosial Alam Sekeliling)

PERLAKSANAAN MASA

60 minit seminggu

150 minit seminggu

60 minit seminggu

Page 6: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

12 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

(fleksibel mengikut keupayaan dan kebolehan murid.)

(fleksibel mengikut keupayaan dan kebolehan murid.)

TEMPOH PEMBELAJARAN MURID

Rendah dan menengah Tahun 1 - 6 Tahun 4 belum dimulakan

NILAI SAINTIFIK DAN NILAI MURNI

Tidak dinyatakan dengan jelas Jelas dinyatakan

• Minat dan bersifat ingin tahu tentang

alam sekeliling.

• Jujur dan tepat dalam merekod dan

mengesahkan data.

• Rajin dan tabah dalam menjalankan

atau menceburi sesuatu perkara.

• Bertanggungjawab ke atas

keselamatan diri dan rakan serta

terhadap alam sekitar.

• Menyedari bahawa sains merupakan

satu daripada cara untuk memahami

alam.

• Menghargai dan mengamalkan

kehidupan yang bersih dan sihat.

• Menghargai keseimbangan alam

semula jadi.

Belum dijelaskan lagi.

Mungkin akan sama dengan

KSSR Sains aliran perdana

kerana dari segi konsep dan

dasar KSSR adalah sama.

Page 7: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

13 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

• Berhemah tinggi dan hormat-

menghormati.

• Menghargai sumbangan sains dan

teknologi.

• Mensyukuri nikmat yang dikurniakan

Tuhan.

• Berfikiran kritikal dan analitis.

• Luwes dan berfikiran terbuka.

• Baik hati dan penyayang.

• Bersifat objektif.

• Sistematik.

• Bekerjasama.

• Adil dan saksama.

• Berani mencuba.

• Berfikir secara rasional.

• Yakin dan berdikari.

BIDANG DAN

TEMA DALAM

STANDARD

KANDUNGAN

1. Hubungan Manusia Dengan Alam Sekitar.

2. Perhubungan Dan Pengangkutan.

3. Pengunaan Perkhidmatan Masyarakat.

TAHUN 1, 2, 3:

- Benda Hidup- Dunia Di Sekeliling

Kita TAHUN 4 , 5 , 6 :

1. 1. Benda hidup dan bukan hidup

2. Manusia

3. 3.Haiwan.

4. Tumbuhan

5. Kejadian alam.

6. Diri dan persekitaran

Page 8: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

14 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

4.Pendidikan Luar - Menyiasat Alam Kehidupan

- Menyiasat Alam Fizikal

- Menyiasat Alam Bahan

- Menyiasat Bumi dan Alam Semester

- Menyiasat Dunia Teknologi.

7. Komunikasi

PENGETAHUAN DAN

KEMAHIRAN1. Mengenal dan menamakan.

2 .Mengenalpasti

3. Mengetahui dan memahami

4. Mengetahui kepentingan dan

kegunaan.

5.Menyatakan

1. Menamankan.

2. Mengecam

3. Mengenalpasti

4. Membandingkan

5. Menjelaskan

6. Memerhati

7. Demonstrasi

8. Mengelaskan

9. Mencirikan

10. Membandingbezakan

11. Menghubungkaitkan

12. Mendefinasikan

13. Membuat inferens

1. Mengenal dan menamakan

2 .Menyenaraikan ciri-ciri

3. Menyatakan

4. Menerangkan

5. Menyebut

Page 9: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

15 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

14. Mengukur

15. Menganggar

16. Mensyukuri

17. Memerihalkan

18.Mensintesiskan

19.Mengeksperimen

BBM Dinyatakan dengan jelas

Tidak dijelaskan. Tidak dijelaskan.

AKTIVITI YANG DICADANGKAN

Jelas Jelas dinyatakan Tidak djelaskan

KEMAHIRAN PROSES SAINS

Tidak jelas Jelas dinyatakan Meramalkan

Berkomunikasi

Menggunakan perhubungan dan masa

Mentafsir data

Mengeksperimen

Memerhati

Mengelas

Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens

Mendefinasikan secara operasi

Belum dijelaskan.

Mungkin akan sama dengan

KSSR Sains aliran perdana

kerana dari segi konsep dan

dasar KSSR adalah sama .

Page 10: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

16 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

Membuat hipotesis

Mengawal pemboleh ubah

KEMAHIRAN MANIPULATIF

Tidak dijelaskan Dinyatakan dengan jelas

• Menggunakan dan mengendalikan

peralatan dan bahan

sains dengan betul.

• Menyimpan peralatan dan bahan

sains dengan betul dan

selamat.

• Membersihkan peralatan sains

dengan cara yang betul.

• Mengendalikan spesimen dengan

betul dan cermat.

• Melakar spesimen, peralatan dan

bahan sains dengan

tepat.

Belum dijelaskan lagi

PENILAIAN1. Senarai Semak

2..Rancangan Pengajaran

Individu

D

Sumatif dan Formatif

- Secara berterusan

Page 11: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

17 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

3. Rekod Tingkah Laku

4. Penilaian Berasaskan

Kurikulum

5. Penilaian Pencapaian

6. Peperiksaan Awam

  - Kaedah pentaksiran pelbagai

yang  bersifat autentik dan

holistik.

P -Pentaksiran Berasaskan

Sekolah.

ELEMEN MERENTAS KURIKULUM

 Kemahiran berfikir Secara Kritis dan Kreatif

KBKK

Nilai Tambah:

Kreativiti dan inovasi,

Keusahawanan

Teknologi Maklumat dan

komunikasi (ICT)

UNSUR TERAPI Dinyatakan dengan jelas

Terapi PertuturanTerapi FizikalTerapi CarakerjaTerapi Muzik

Tidak dijelaskan Tidak dijelaskan lagi

Page 12: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

18 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

RUMUSAN:

Hasil dapatan analisa ini menunjukkan hasil-hasil pembelajaran yang perlu dicapai di peringkat sekolah rendah yang

mengambil kira tahap keupayaan dan kebolehan murid termasuk murid-murid Pendiidikan Khas. Semua kategori murid

mempunyai hak untuk belajar ilmu-ilmu sains berdasarkan kemampuan mereka dengan pelbagai teknik dan kaedah bagi

meningkatkan keberkesanan pembejaran.

Usaha-usaha kerajaan dalam meningkatkan kualiti pengajaran sains di peringkat sekolah rendah . Usaha-usaha yang

dilakukan bagi memantapkan lagi dokumen standard bagi memudahkan lagi para guru menyampaikan ilmu sains dengan

berkesan dan mudah difahami. Perubahan-perubahan dasar ini merupakan satu tranformasi dalam mencapai hasrat

negara menuju kearah negara maju dalam sains dan teknologi.

Pengajaran sains diperingkat sekolah rendah merupakan saru mata pelajaran elektif yang semakin di utamakan. Ini

bertepapatan dengan Falsafah Pendidikan Sains di Malaysia berhasrat memupuk budaya Sains dan Teknologi dengan

memberi tumpuan kepada perkembangan individu yang kompetitif,dinamik, tangkas dan berdaya tahan serta dapat

menguasai ilmu sains dan keterampilan teknologi. Sains membolehkan murid memahami alam sekeliling mereka. Ilmu

pengetahuan sains ini menjadi lebih bermakna kepada murid apabila mereka dibimbing untuk menghubungkaitkan fakta

dengan konsep, membuat pengitlakan, mengaitkan pembelajaran baru dengan ilmu yang sedia ada serta

mengaplikasikan ilmu ini dalam kehidupan harian.

Bertujuan untuk menyediakan murid yang cenderung, berminat dan berupaya dalam bidang sains untuk menceburi

kerjaya bidang sains dan teknologi yang khusus dan profesional. Golongan murid ini akan menjadi sumber tenaga

manusia dalam bidang sains dan teknologi yang memainkan peranan penting dalam pembangunan negara. Perubahan –

perubahan yang berlaku dalam pendidikan masa kini mempunyai hasrat mentransformasikan sains sebagai salah satu

Page 13: Analisis perbandingan sukatan  alternatif  pendidikan khas bp

19 SUPIAH BT MAT YUSOFPGSRPK 08

subjek utama dalam menjayakan misi negara kearah menbangun sebagai negara maju dalam teknologi sains pada masa

akan datang.

Walaubagaimana pun semua terkandung dalam satu hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar

secara menyeluruh dan bersepadu supaya dapat dibentuk dalam aspek jasmani , emosi, rohani intelek dan sosial.

Semua usaha ini berhasrat melahirkan pelajar yang seimbang , harmonis dan berketrampilan serta berkeupayaan

memberikan sumbangan pada keluarga, masyarakat dan negara.