analisis karya dan tokoh sayang serindit

18
ANALISIS KARYA : SAYANG SERINDIT TEMA DAN PERSOALAN Tema Tema bagi Sayang Serindit ialah kasih sayang terhadap haiwan. Tema ini diketengahkan dengan beberapa contoh yang terdapat dalam Sayang Serindit. Marzuki telah terjumpa burung serindit ketika dia hendak pulang ke rumahnya dari kebun. Marzuki telah membantu seekor burung serindit yang telah tercedera pada sayapnya.Perhatikan contoh di bawah : Marzuki kasihan melihat anak burung itu. Dia mendekatinya sambil mencapai anak burung tersebut. Kasihannya kamu, bisik hatinya. Dibelek- beleknya burung itu. Anak burung itu kelihatan seperti tercedera jatuh dari atas pokok”. Persoalan 1. Kasih sayang terhadap haiwan. Marzuki sangat sayang akan burung serinditnya. Permulaan berlaku apabila Marzuki terjumpa seekor burung serindit yang jatuh dari pokok di kebun ayahnya. Marzuki terus membawa burung serindit tersebut balik ke rumah untuk dirawat kerana sayap burung serindit tersebut telah tercedera. Apabla burung serindit tiada, Marzuki jadi gelisah dan risau akan burung tersebut sehingga termimpi-mimpi akan burung serinditnya.

Upload: adibah-ismail

Post on 26-Dec-2015

144 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sastera Kanak-Kanak

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

ANALISIS KARYA : SAYANG SERINDIT

TEMA DAN PERSOALAN

Tema

Tema bagi Sayang Serindit ialah kasih sayang terhadap haiwan. Tema ini diketengahkan

dengan beberapa contoh yang terdapat dalam Sayang Serindit. Marzuki telah terjumpa burung

serindit ketika dia hendak pulang ke rumahnya dari kebun. Marzuki telah membantu seekor

burung serindit yang telah tercedera pada sayapnya.Perhatikan contoh di bawah :

“Marzuki kasihan melihat anak burung itu. Dia mendekatinya sambil

mencapai anak burung tersebut. Kasihannya kamu, bisik hatinya. Dibelek-

beleknya burung itu. Anak burung itu kelihatan seperti tercedera jatuh dari

atas pokok”.

Persoalan

1. Kasih sayang terhadap haiwan. Marzuki sangat sayang akan burung serinditnya. Permulaan

berlaku apabila Marzuki terjumpa seekor burung serindit yang jatuh dari pokok di kebun

ayahnya. Marzuki terus membawa burung serindit tersebut balik ke rumah untuk dirawat kerana

sayap burung serindit tersebut telah tercedera. Apabla burung serindit tiada, Marzuki jadi

gelisah dan risau akan burung tersebut sehingga termimpi-mimpi akan burung serinditnya.

2. Bertanggungjawab menjaga ibadah solat. Keluarga Pak Cik Harun sangat mementingkan

solat dan telah mendidik isteri dan anaknya untuk menjaga solat lima waktu.

3. Rajin membaca dan menuntut ilmu. Marzuki seorang murid yang rajin dan menjadi harapan

guru-guru sekolahnya. Ini dapat dibuktikan dalam bab satu iaitu dialog antara Cikgu Fauziah

kepada Marzuki iaitu “Kamulah satu-satunya harapan bagi cikgu-cikgu yang tinggal”. Selain itu,

dalam bab dua, “dia akan berehat di sana. Sambil itu dia membawa sebuah buku cerita untuk

dibaca. Dia akan berbaring sambil membaca buku cerita tersebut”.

Page 2: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

LATAR

Latar tempat

1. Kebun buah

Pak Cik Harun iaitu ayah kepada Marzuki mempunyai dusun buah sendiri. Kebunnya luas

dan banyak pokok rambutan dan mempelam sudah berbuah. Malah, terdapat juga buah duku

dan langsat. Pak Cik Harun bekerja sebagai pekebun di dusun buahnya sendiri. Bab 1

menceritakan tentang kehidupan keluarga Pak Harun yang bekerja di dusun buah Pak Cik

Harun dibantu oleh anaknya, Marzuki yang akan membantunya serba sedikit selepas pulang

dari sekolah untuk menebas dan menebang pokok-pokok kecil yang baru tumbuh.

2. Pondok di kebun.

Pak Cik Harun telah mengusahakan kebun buah-buahan dan pondok telah menjadi

tempatnya untuk berehat setelah bekerja di kebunnya.

3. Sekolah.

Situasi

4. Rumah keluarga Pak Cik Harun

Latar tempat di rumah Pak Cik Harun banyak diceritakan berlatarkan rumahnya. Hal ini

kerana penceritaan tentang kehidupan Pak Harun bersama isteri dan anaknya iaitu Marzuki

dan Mak Cik Suriani.

Latar Masa

1. Tengah hari .

Page 3: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Situasi yang menceritakan tentang Pak Salim iaitu pemandu bas sekolah yang akan menunggu

di pintu pagar sekolah untuk menghantar Marzuki dan rakan-rakannya yang lain untuk pulang

ke rumah masing-masing.

2. Pagi

Waktu pagi juga merupakan antara latar masa yang terdapat dalam cerita Sayang Serindit iaitu

tentang rutin harian pagi Marzuki. Hal ini dapat dibuktikan dengan petikan yang terdapat dalam

bab dua, “Seperti biasa Marzuki bangun tidur lalu pergi mandi dan bersembahyang”.

Latar Masyarakat

Latar masyarakat yang telah diketengahkan berdasarkan Sayang Serindit ini ialah masyarakat

kampung yang hidup dalam kehidupan yang bermasyarakat dan saling membantu antara satu

sama lain. Selain itu, latar masyarakat murid-murid sekolah yang telah menceritakan mengenai

Marzuki murid Tahun Enam dan kawan-kawannya akan bercuti hujung tahun. Latar masyarakat

kekeluargaan juga mengenai keluarga Pak Cik Harun yang hidup secara sederhana. Pak Cik

Harun telah menyara keluarganya dengan hasil-hasil di kebun buahnya.

BINAAN PLOT

Page 4: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Eksposisi

Marzuki merupakan anak kepada pasangan Pak Cik Harun dan Mak Cik Suriani. Bapa Marzuki

memiliki kebun buah-buahan seperti buah mempelam, buah rambutan, duku, langsat dan

banyak lagi. Pada suatu hari, ketika Marzuki berjalan-jalan di kebun ayahnya dan menjumpai

seekor anak burung serindit yang terjatuh dari atas pokok. Dengan rasa belas kasihan, Marzuki

membawa pulang burung yang cedera tersebut untuk dirawat. Setelah kecederaan yang dialami

sembuh,anak burung serindit yang sudah pandai terbang itu menghilangkan diri. Marzuki

tertanya-tanya ke mana anak burung itu pergi dan ternanti-nanti kepulangannya namun tetap

hampa.

Pertengahan

Ketika musim buah-buahan telah tiba,Pak Cik Harun pergi ke pekan untuk mencari peraih dan

menjual buah-buahan di kebunnya yang sudah masak ranum. Dalam pada itu, Marzuki

bercadang mencari anak burung serindit itu di kebun. Ketika pencariannya masih hampa,

Marzuki teringin untuk makan buah mempelam yang sudah masak. Marzuki memanjat pokok

mempelam tersebut setelah tidak menjumpai galah dengan gelojoh. Marzuki terpijak dahan

reput lalu jatuh dari atas pokok tersebut. Marzuki tidak mampu berjalan ke rumah dengan

kakinya yang cedera lalu meminta tolong. Tiba-tiba anak burung serindit yang dicarinya selama

ini datang menghulurkan bantuan lalu terbang ke rumah Marzuki untuk menyampaikan berita

buruk tersebut kepada Pak Cik Harun dan Mak Cik Suriani. Akhirnya, Marzuki dapat

diselamatkan dan burung serindit tersebut menemani Marzuki sepanjang tempoh rawatan

kecederaan kakinya.

Klimaks

Hasil jualan Pak Cik Harun amat memberangsangkan.Dalam masa yang sama, kecederaan

yang dialami Marzuki beransur pulih. Hubungannya dengan burung serindit itu semakin erat.

Marzuki bercadang untuk memelihara burung tersebut dan tidak mahu burung tersebut

meninggalkan dirinya lagi. Namun,sekali lagi burung serindit itu menghilangkan diri seakan-

akan tahu rancangan Marzuki hendak mengurung dan memeliharanya. Marzuki diamuk rindu

yang teramat sangat ketika kehilangan burung tersebut buat kali kedua sehingga tidak begitu

berselera untuk makan. Marzuki kerap teringat saat mula-mula burung tersebut ditemui ketika

membantu ayahnya di kebun.

Peleraian

Page 5: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Cuti sekolah Marzuki telah banyak dimanfaatkan dengan membantu ayahnya di kebun dan

mempelajari serba sedikit ilmu pertanian. Dia mula menerima nasihat ibu dan bapanya bahawa

burung serindit tersebut mungkin sedang meneruskan kehidupannya dengan berkeluarga dan

mempunyai tanggungjawabnya tersendiri sebagaimana tanggungjawab dirinya terhadap Pak

Cik Harun dan Mak Cik Suriani. Pada suatu hari, tiba-tiba sekawan burung datang menyapa

Marzuki. Sedarlah Marzuki anak burung serindit yang diselamatkannya dahulu sudah dewasa

dan mempunyai anak. Pada kali ini Marzuki telah dapat menerima pemergian burung serindit

kesayangannya itu untuk menjalani kehidupannya sendiri.

TEKNIK PLOT

Dialog

Pengarang banyak menggunakan teknik ini untuk menggerakkan,memperihalkan dan

mengembangkan cerita selanjutnya. Melalui dialog juga, pengarang memaparkan atau

menggambarkan pendapat berkenaan dengan tema atau persoalan dalam novel ini. Misalnya

persoalan tentang pergaulan lelaki dan perempuan mengikut syariat islam digambarkan dalam

dialog di bawah :

“Kamu tak boleh berpeluk dengan kami,”kata Maisarah sambil tersenyum.

Dalam kesedihan itu dia masih sempat bergurau.

“Memang la.Kita berlainan jenis mana boleh buat macam tu,”sahut Marzuki

Monolog

Teknik ini merujuk kepada pengucapan atau tutur kata oleh sesuatu watak secara bersendirian.

Contohnya, Marzuki bermonolog ketika mengaduh kesakitan seorang diri setelah jatuh dari atas

pokok mempelam :

“Aduh,sakitnya!” keluh Marzuki sambil membelek kakinya.

Monolog Dalaman

Page 6: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Teknik ini digunakan oleh pengarang ketika Marzuki membuat keputusan untuk membantu anak

burung serindit yang cedera dan ketika Marzuki tercari-cari burung serinditnya yang terbang

pergi tidak kembali :

“ Ah,baiklah aku bawa balik ke rumah! Bisiknya lagi. Boleh juga aku

pelihara dan merawatnya “.

Pemerian

Teknik pemerian digunakan untuk menggambarkan rutin harian Marzuki yang tidak begitu

penting untuk dihuraikan dalam bentuk dialog seperti solat, makan bersama keluarga, menyalin

pakaian, dan sebagainya :

Kemudian, Marzuki terus ke dapur untuk makan tengah hari. Dia

membuka peti ais lalu mengeluarkan botol air minuman. Selepas itu,

Marzuki membuka tudung saji di atas meja.

Imbas Kembali

Pengarang menggunakan teknik ini melalui ingatan, kenangan, lintasan atau imbasan watak

Marzuki bagaimana dia pernah membantu burung serindit tersebut yang tercedera akibat jatuh

dari atas pokok dan bagaimana keadaan yang sama menimpa dirinya,termasuk proses rawatan

kecederaan :

“ Minyak angin lagi,” rungut Marzuki. Dia teringatkan minyak angin yang

digunakan untuk mengurut kaki dan sayap anak burung serindit tempoh

hari.

Imbas Muka

Imbas muka merupakan satu teknik plot yang digunakan untuk memberikan bayangan awal

tentang sesuatu peristiwa atau perkara yang akan berlaku dan masih belum berlaku lagi.

Contohnya,pengarang menceritakan beberapa kali aksi Marzuki memerhatikan buah

mempelam yang digemarinya dan membolehkan pembaca mengagak bahawa Marzuki akan

mendapatkan buah mempelam tersebut apabila masak :

“Marzuki memerhatikan buah-buah tersebut kerana dia tidak pandai

memanjat. Hendak dikait, buahnya tinggi…..

Page 7: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Tidak ketinggalan ialah buah mempelam epal yang wangi dan banyak air itu

apabila amsak.Itulah buah kegemarannya berbanding buah epal ataupun

laici”..

WATAK DAN PERWATAKAN

1. Marzuki

Marzuki adalah w atak utama cerita Sayang Serindit. Marzuki merupakan murid Tahun

Enam Gemilang dan juga murid harapan guru-guru sekolahnya. Dia seorang yang rajin

membantu ayahnya, Pak Cik Harun di kebun buah. Marzuki akan pergi membantu ayahny di

kebun setelah pulang dari sekolah dengan membawa bekal makanan dari ibunya iaitu Mak Cik

Suriani. Marzuki juga seorang yang suka membaca buku. Contohnya dalam bab kedua dalam

cerita Sayang Serindit, “Dia akan berbaring di pondok sambil membaca buku cerita tersebut.

Cerita buku itu mengisahkan perjuangan pahlawan Mat Kilau dan ayahnya Tok Gajah yang

menentang campur tangan Inggeris dalam pemerintahan di negeri Pahang. Dia suka membaca

cerita tersebut kerana mengisahkan bagaimana pahlawan Melayu sanggup meninggalkan

kemewahan hidup semata-mata menentang penjajahan”. Tambahan pula, Pak Cik Harun

banyak membeli buku untuk Marzuki kerana dia tahu Marzuki suka membaca buku. Contohnya

dalam bab empat, dialog antara ayahnya, Pak Cik Harun dengan Marzuki “ Ada apa-apa yang

kamu nak pesan, boleh ayah belikan? Kata Pak Cik Harun bertanya. “Tak ada apa-apa, ayah.

Cuma kalau ayah singgah di kedai buku, bolehlah ayah belikan buku cerita untuk Marzuki”.

Selain itu, Marzuki juga seorang anak yang telah dididik untuk menjaga solat dan

mementingkan keagamaan kerana Marzuki akan bangun pagi, mandi seterusnya sembahnyang

subuh. Di samping itu, watak dan perwatakan utama, Marzuki sangat sayang akan burung

serinditnya yang menunjukkan seorang yang amat sayang akan haiwan.

2. Pak Cik Harun

Pak Cik Harun merupakan antara watak sampingan dalam cerita Sayang Serindit ini

iaitu ayah kepada Marzuki dan suami kepada Mak Cik Suriani. Pak Cik Harun bekerja sebagai

pekebun di kebun buah-buahnya sendiri. Pak cik Harun menyara keluarganya dengan hasil

pendapatan setelah mendapat wang hasil jualan buah-buahan dari kebunnya. Pak Cik Harun

juga sangat sayang akan anaknya Marzuki kerana Pak Cik Harun risau akan Marzuki apabila

Page 8: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Marzuki masih belum pulang ke rumah lewat senja setelah keluar dari rumah entah ke mana.

Malah, Pak Cik Harun telah membawa Marzuki balik ke rumah setelah mendapat isyarat dari

burung serindit Marzuki dan mendapati Marzuki jatuh dari pokok di kebunnya.

3. Mak Cik Suriani

Merupakan ibu kepada watak utama iaitu Marzuki dan isteri kepada Pak Cik Harun. Mak

Cik Suriani mengmbil upah menjahit baju di kampungnya. Hasil upah menjahitnya untuk

pendapatan sampingan untuk membantu suaminya mendapatkan wang untuk menyara

keluarga mereka.

GAYA BAHASA

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian

yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya (marzuki) berisi keriangan ,

memasang telinga.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda,

keadaan atau suasana. Gaya bahasa 'perorangan' iaitu pemberian sifat manusia kepada

objek, benda atau konsep tertentu untuk menggambarkan kedaan tertentu.Contoh yang

terdapat dalam Sayang Serindit ialah :“burung ketiduran”, terbang bagikan melambai

kepadanya”.

       

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora

boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: “Lautan fikirannya memikirkan burung

serindit tersebut”(Lautan bermaksud laut ataupun banyak). Fikiran pula hanya ada satu maksud

iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan.

Page 9: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini.

Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api,

“menerkam ke bilik”.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang

tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: “segar angin” (pengulangan vokal a).contoh lain

ialah “bangun tidur lalu” iaitu pengulangan vokal “u”.

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

contoh lain ialah “panjang dan lonjong” iaitu pengulangan konsonan “ j ” dan “ g ” .

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama.

Contoh nya ,buah mempelam yang besar,buah yang sedap. Pengulangan perkataan buah

dalam satu baris memperlihatkan unsur repitasi berlaku. Contoh lain ialah “bulunya hijau dan

bulunya sangat cantik”.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh yang terdapat dalam Sayang Serindit ialah “

Aduh! keluh Marzuki apabila perit rasa datang menyerang” . pembalikan kata telah berlaku dan

ayat asal ialah “ Aduh! keluh Marzuki apabila rasa perit datang menyerang

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya “sekejap burung itu berbunyi cip

cip cip ,sekejap bunyinya hilang”. Contoh lain ialah “memang ada kesan tayar ,dan memang

kesan itu datang dari bawah rumah”. Pengulangan kata di baris depan berlaku iaitu perkataan

“sekjap” dan perkatan “ memang”.

Page 10: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

12.. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris sebagai contoh ketika ayah marzuki

pergi untuk mendapatkan Marzuki,beliau menyahut, “ jatuh pokok, ayah. Tidak boleh jalan,

ayah”. Unsur epifora hadir dalam perkataan ayah.

13. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu). Dalam Sayang

Serindit,“mudah-mudahan tak ada apa-apa ?kata pak cik harun”. Perkataan “tak” adalah

diringkaskan daripada perkataan “tidak”. Contoh lain ialah, “ tak mahu bawa di ke hospital kea

bang?”.

14. Imej Alam juga digunakan dalam penulisan Sayang Serindit sebagai contoh: serindit,

mempelam, bunyi burung cip cip cip.

NILAI DAN PENGAJARAN

Antara contoh nilai dan pengajaran yang terdapat dalam penulisan sastera Sayang Serindit

ialah

1. Baik hati

Ibu marzuki dan ayahnya seorang yang sangat baik hati dalam melayan kerenah anaknya

Marzuki. “ Ayah Marzuki terus mencampakkan saja basikalnya ke tepi dan terus meluru ke arah

anaknya” .Pengajaranya, sebagai seorang ayah dan ibu kelak, perlulah mengamalkan nilai baik

hati dalam mendidik anak dan membentuk anak bagi menjadi suri tauladan kepada anak kelak.

2. Berdikari

Marzuki boleh dikatakan seorang budak yang sangat berdikari kerana sanggup mengayuh

basikal sendiri dan tidak mengharapkan bantuan ayahnya iaitu Pak Cik Harun untuk

menghantarnya. Beliau juga sangat berdikari dalam melakukan usaha mengait buah mempelam

epal yang yang dilihatnya berair ,harum dan manis dari atas pokok.

Page 11: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

3. Hemah tinggi

Nilai hemah yang tinggi dapat dilihat pada pada sikap Marzuki yang sentiasa berhemah dalam

mendapatkan burungnya kembali. Oleh itu, pengajarannya , untuk mewujudkan nilai hemah

dalam tinggi,seseorang perlulah meneruskan usaha dengan lebih gigih tanpa mengenal erti

kegagalan.

4. Kasih sayang

Jelas dapat dilihat nilai kasih sayang dalam penulisan ini. Sebagai contoh,ibu Marzuki yang

sayangkan Marzuki risaukan anaknya itu,menyuruh suaminya Pak Cik Harun untuk mencarinya

di kebun dan mendapati Marzuki telah terjatuh dari pokok. Pengajarannya,sebagai penjaga

kepada seseorang samada ibu atau bapa ,mungkin saudara terdekat,hendaklah mengamalkan

nilai kasih sayang dalam mendidik dan melaksanakan tanggungjawab yang dipikul.

5. Kebebasan

Nilai kebebasan dapat digambarkan dengan sikap Marzuki yang sentiasa ingin mencuba

sesuatu yang baru dan melakukan apa yang diminatinya dengan cara yang betul dan baik.

Sebagai contoh,beliau berulang alik ke kebun ayahnya kerana sukakan suasana di kebun serta

membawa buku cerita berkaitan tokoh-tokoh pejuang Negara Malaysia untuk dibaca.

Pengajaranya ,menjadikan diri seorang yang bebas bermksud kita menjalankan tanggungjawab

ke atas diri dengan sempurna untuk mendapatkan gaya hidup dengan lebih baik

6. Keberanian

Nilai keberanian dapat dilihat dalm diri Marzuki dapat dilihat semasa beliau memanjat pokok

mempelam yang berumur 20 tahun yang sangat tinggi untuk mendapatkan buah mempelam

yang sedang ranum masak. Hal ini menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat berani

menempuh cabaran dan menerima risiko .Pengajaranya ,kita hendaklah menjadi seorang yang

berani dalam kehidupan, supaya kita tidak ketinggalan dalammembentuk diri dengan lebih baik

serta berani menghadapi cabaran hidup dengan lebih baik..

7. Rasional

Nilai rasional yang dapat dilihat dalam karya sastera ini ialah semasa Marzuki memilih untuk

membawa pulang anak burung serindit yang dijumpainya di bawah pohon. Beliau memilih untuk

membawanya pulang kerana memikirkan kemungkinan anak burung itu dimakan oleh ular atau

biawak yang berada di sekitar kawasan kebunnya. Pengajaranya, pertimbangan keadaan

Page 12: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

secara rasional membolehkan satu keputusan itu dibuat dengan lebih baik dan hasilnya juga

akan memperlihatkan kesan positif.

8. Kerajinan

Ibu kepada Marzuki seorang yang sangat rajin dalam menguruskan kehidupan keluarnya.

Beliau memasak,mengemas rumah dan melakukan pelbagai kerja lain dalam kehidupan

harianya tanpa mengambil kira balasan. Oleh itu, nilai kerajinan yang ditunjukkan beliau

memberikan kita pengajaran yang wajar untuk dicontohi bagi menjalani kehidupan dengan lebih

baik.

9. Kesederhanaan

Pak CikHarun dan keluarganya menjalankan kehidupan secara kesederhanaan .beliau

menjalankan kehidupan dengan kerja sampingan iaitu menjual buah- buahan yang subur di

kebunnya. Keadaan keluarganya yang sederhana mengelakkan kehidupan mereka dibebani

dengan beban hutang dan beban lain. Pengajarannya,untuk mendapatkan kehidupan dengan

baik tidak semestinya perlu menjalani kehidupan mewah sebaliknya, kehidupan bersederhana

sudah memadai untuk hidup dengan selesa .

ANALISIS TOKOH : SAYANG SERINDIT

Sudut Pandangan Pengarang

Dalam penghasilan karya Sayang Serindit ini, pengarang menggunakan Sudut

Pandangan Orang Ketiga Serba Tahu. Dalam hal ini, pengarang berada di luar lingkungan

Page 13: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

cerita diciptanya tetapi amat mengenali semua watak yang diciptanya. Hal ini dapat dilihat

apabila pengarang bukan sahaja menceritakan pergerakan fizikal watak-watak, malah dapat

menceritakan perasaan dan fikiran semua watak.

Pak Cik Harun :

“ Buat baik dibalas baik..itu dengan binatang,” “Orang berbudi kita berbahasa. Inikan pula kita

sesama manusia,” kata Pak Cik Harun.

Marzuki :

Dia mulai diamuk rindu pada burung kesayangannya itu.Sesekali dia terasa bimbang juga.

Mak Cik Suriani :

Mak Cik Suriani semakin pasti bahawa itu adalah kali yang terakhir burung serindit itu datang ke

situ.

Gaya Penulisan Pengarang

Gaya penulisan pengarang boleh dilihat melalui 3 perkara :

1. Gambaran objek/peristiwa

Pengarang, Rabiatul Adawiyah Shafie merupakan seorang penulis wanita muda dan

menulis dengan menjadikan kanak-kanak sebagai golongan sasaran pembacanya.

Maka bahasa yang digunakan olehnya dalam karya Sayang Serindit ini adalah mudah

difahami dan dekat dengan golongan kanak-kanak. Selain itu, beliau banyak

menggunakan dialog sebagai alat untuk menggambarkan objek atau peristiwa

Page 14: Analisis Karya Dan Tokoh Sayang Serindit

berbanding memerikannya dengan teks yang panjang yang mungkin akan

membosankan pembaca kanak-kanak.

2. Gagasan

Melalui buku cerita ini juga pengarang menggambarkan proses kitaran hidup melalui 3

perkara iaitu buah mempelam, burung serindit dan juga watak Marzuki sendiri. Ketika

Marzuki menemui anak burung serindit, buah pokok mempelam tempat burung itu jatuh

masih muda kehijauan dan burung serindit tersebut masih kecil. Hari demi hari berlalu,

burung serindit semakin membesar dan tiba masa buah mempelam masak dan

mendatangkan hasil setelah dijual, burung serindit tersebut juga telah mempunyai anak.

3. Ideologi yang   terkandung   di dalam   penulisannya

Pengarang memperlihatkan cara pemikiran kanak-kanak yang boleh disifatkan lurus

bendul dan menerima bulat-bulat apa yang diajarkan oleh guru mereka apabila Marzuki

dan rakan-rakannya bertindak bersalaman berlapikkan sapu tangan kerana diberitahu

guru mereka lelaki dan perempuan tidak boleh bersentuhan.Hal ini boleh jadi kritikan

dan juga perlian pengarang terhadap golongan dewasa yang lebih tahu hukum dan

syariat islam tetapi tidak mengamalkannya.

Pengarang juga bertindak mengkritik golongan petani Melayu yang masih berfikiran

tertutup dan terjajah apabila masih bergantung kepada perkongsian modal dengan

kaum Cina dalam berniaga.