analisis kadar upah di institusi ar rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/ic...

10
Proceeding of the 4 th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017) e-ISBN: 978-967-2122-15-9 434 Analisis Kadar Upah di Institusi ArRahnu Norfadilah Bahari 1 [email protected] Nurul Wajhi Ahmad 2 [email protected] Wan Shahdila Shah Shahar 3 [email protected] Khairul Anwar Ahmad 4 [email protected] 1,2,3 Faculty of Management and Muamalah 4 Faculty of Syariah and Law International Islamic University College Selangor (KUIS), 43000 Bangi, Malaysia ABSTRAK Setelah 25 tahun penubuhan industri pajak gadai Islam(Ar-Rahnu) di Malaysia menunjukkan penerimaan yang positif dikalangan masyarakat dan menyumbang kearah pertumbuhan ekonomi negara. Prinsip dan amalan gadaian islam atau dikenali sebagai Ar-Rahnu menerima persetujuan ulama sebagai perinsip berteraskan tabarru. Namun begitu, kajian lepas mendapati beberapa isu yang timbul dalam amalan dan operasi Ar-Rahnu. Secara praktisnya pada hari ini Institusi Ar-Rahnu dikatakan mendapatkan keuntungan yang berlebihan daripada penggadai. Oleh itu objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pengiraan kadar upah simpan yang dikenakan oleh Institusi Ar-Rahnu dan caj-caj lain yang terlibat dalam operasi Ar-Rahnu. Kajian kes dilakukan keatas dua kategori Institusi Ar-Rahnu yang bergerak aktif menawarkan produk pajak gadai Islam. Penentuan sampel kajian menggunakan kaedah persampelan bertujuan(purposive sampling) dengan memilih salah sebuah Institusi Ar-Rahnu yang merupakan kategori institusi Perbankan dan Institusi Koperasi Negeri sebagai kajian. Bagi mencapai objektif kajian,analisis dokumen dan temubual separa struktur dilakukan bersama pegawai operasi bagi institusi yang di pilih. Kata Kunci : Ar-Rahnu, Upah Simpan, dan Keuntungan. ABSTRACT Since 25 th years establishment of Islamic pawn broking industry in Malaysia, its reflect the positive acceptance among the Malaysian and contribute to the economic development of the country. The Islamic pawn broking principles received consensus among the majority Islamic scholars as based on tabarru concept. However, previous literature found that, numbers of issues arises in Ar-Rahnu operation. One of the issues highlighted by previous studies was extra profit charged by the Ar-Rahnu institutions. Thus this research primarily to examine the current safe keeping charge imposed by the Ar-Rahnu institutions and comparative analysis on safe keeping fees among two categories institutions. This research undertakes case study of two selected Ar-Rahnu institution; Cooperative bank and State link Cooperative

Upload: vanduong

Post on 19-Mar-2018

235 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

434

Analisis Kadar Upah di Institusi Ar–Rahnu

Norfadilah Bahari

1

[email protected]

Nurul Wajhi Ahmad2

[email protected]

Wan Shahdila Shah Shahar3

[email protected]

Khairul Anwar Ahmad4

[email protected]

1,2,3Faculty of Management and Muamalah

4Faculty of Syariah and Law

International Islamic University College Selangor (KUIS), 43000 Bangi, Malaysia

ABSTRAK

Setelah 25 tahun penubuhan industri pajak gadai Islam(Ar-Rahnu) di Malaysia menunjukkan

penerimaan yang positif dikalangan masyarakat dan menyumbang kearah pertumbuhan

ekonomi negara. Prinsip dan amalan gadaian islam atau dikenali sebagai Ar-Rahnu menerima

persetujuan ulama sebagai perinsip berteraskan tabarru. Namun begitu, kajian lepas

mendapati beberapa isu yang timbul dalam amalan dan operasi Ar-Rahnu. Secara praktisnya

pada hari ini Institusi Ar-Rahnu dikatakan mendapatkan keuntungan yang berlebihan

daripada penggadai. Oleh itu objektif kajian adalah untuk mengenalpasti pengiraan kadar

upah simpan yang dikenakan oleh Institusi Ar-Rahnu dan caj-caj lain yang terlibat dalam

operasi Ar-Rahnu. Kajian kes dilakukan keatas dua kategori Institusi Ar-Rahnu yang

bergerak aktif menawarkan produk pajak gadai Islam. Penentuan sampel kajian

menggunakan kaedah persampelan bertujuan(purposive sampling) dengan memilih salah

sebuah Institusi Ar-Rahnu yang merupakan kategori institusi Perbankan dan Institusi

Koperasi Negeri sebagai kajian. Bagi mencapai objektif kajian,analisis dokumen dan

temubual separa struktur dilakukan bersama pegawai operasi bagi institusi yang di pilih.

Kata Kunci : Ar-Rahnu, Upah Simpan, dan Keuntungan.

ABSTRACT

Since 25

th years establishment of Islamic pawn broking industry in Malaysia, its reflect the

positive acceptance among the Malaysian and contribute to the economic development of the

country. The Islamic pawn broking principles received consensus among the majority Islamic

scholars as based on tabarru concept. However, previous literature found that, numbers of

issues arises in Ar-Rahnu operation. One of the issues highlighted by previous studies was

extra profit charged by the Ar-Rahnu institutions. Thus this research primarily to examine the

current safe keeping charge imposed by the Ar-Rahnu institutions and comparative analysis

on safe keeping fees among two categories institutions. This research undertakes case study

of two selected Ar-Rahnu institution; Cooperative bank and State link Cooperative

Page 2: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

435

institution. The manual product of each institutions and interviewed with operation officer

has been employed to meet the objectives of the study.

Key word ; Ar-Rahnu,Safe keeping fees,and Profit.

PENGENALAN

Institusi pajak gadai Islam atau Ar-Rahnu telah ditubuhkan pada awal tahun 1990-an.

Penubuhan pajak gadai Islam yang berlandaskan shariah tercetus daripada penubuhan

institusi perbankan Islam pada tahun 1983. Namun sebelum kewujudan sistem pajak gadai

Islam atau Ar-Rahnu, sistem pajak gadai konvensional telah lama beroperasi. Operasi pajak

gadai konvensional bermula seawal tahun 1811 oleh syarikat swasta atau persendirian

majoriti daripada kaum berbangsa Cina(Skully, 1992). Kewujudan sistem pajak gadai

konvensional ini membuka ruang kepada masyarakat kepada ketika itu untuk mendapatkan

pembiayaan segera tanpa melalui prosidur pinjaman yang ketat seperti Institusi kewangan

formal. Namun, Institusi Pajak Gadai konvensional memberi sedikit tekanan kepada

pengguna Muslim ketika itu apabila mengenakan caj upah yang tinggi dan tidak telus dalam

urusniaga. Kelemahan Institusi pajak gadai konvensional ini antara menjadi pendorong utama

kepada penubuhan sistem pajak gadai Islam. Keperluan penubuhan sistem pajak gadai Islam

menjadi keutamaan kepada masyarakat pada ketika itu bagi mengelakkan mereka di tindas

dan terlibat dengan aktiviti yang berunsurkan riba.

Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia iaitu

Muasasah Gadaian Islam Terrengganu(MGIT). Penubuhan MGIT adalah inisiatif kerajaan

Terengganu dalam membantu masyarakat Terengganu ketika itu yang aktif berdagang dan

memerlukan modal segera untuk perniagaan mereka. Kemudian di ikuti oleh beberapa

Institusi pajak gadai dibawah kerajaan negeri seperti Ar-Rahnu Permodalan Kelantan

Berhad(PKB) dan diikuti Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia(YAPEIM) dengan

kerjasama Bank Kerjasama Rakyat menubuhkan koperasi pertama pada Oktober 1993.

Kelebihan institusi Ar-Rahnu dalam menawarkan pembiayaan segera, proses dan prosidur

yang mudah, kadar pinjaman yang murah memjadi faktor penerimaan masyarakat keatas

institusi ini. Sehingga ke hari ini setelah 25 tahun penubuhan Ar-Rahnu, perkhidmatan Ar-

Rahnu juga ditawarkan oleh pelbagai kategori institusi seperti institusi perbankan, Ar-Rahnu

Koperasi, Ar-Rahnu Koperasi dibawah kerajaan Negeri dan syarikat-syarikat swasta.

Kepelbagian institusi yang terlibat dalam perniagaan Ar-Rahnu dan ketiadaan kawalan akta

atau peraturan yang selaras mewujudkan beberapa isu dalam operasi. Penentuan Upah simpan

dan keuntungan oleh institusi Ar-Rahnu menimbulkan keraguan. (Naim, 2004) menegaskan

perlaksanaanya pada hari ini dikatakan bercanggah dengan prinsip sebenar Ar-Rahnu dan

menjanakan keuntungan dengan cara mengenakan tambahan caj kepada upah simpan. Kajian

oleh Hayati dan Ruzian (2014) mengenai keberkesanan garis panduan Institusi Ar-Rahnu

kategori bank dan bukan bank mendapati terdapat perbezaan penentuan kadar upah simpan,

margin pinjaman dan tempoh gadaian setiap Institusi. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk

mengenalpasti kadar pengiraan upah simpan dan membuat analisis perbandingan kadar upah

simpan diantara institusi Ar-Rahnu bagi kategori institusi perbankan dan Ar Rahnu Koperasi

Kerajaan Negeri.

Page 3: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

436

KAJIAN LITERATUR

Keupayaan Institusi pajak gadai Islam dalam memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat

pada hari ini di lihat memberi impak yang positif kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kewujudan institusi Ar-Rahnu memberi kebaikan kepada masyarakat dan juga peniaga kecil.

Kajian lepas banyak membuktikan bahawa Ar-Rahnu dijadikan sebagai sumber modal

kepada peniaga terutama mikro kredit dalam mendapatkan pembiayaan segera(Naim, 2004;

Awang, 2005; Hassan, 2011; Othman dan Hashim , 2013; Sharif et al., 2013). Walaupun

institusi ini memberi sumbangan positif kepada ekonomi masyaraat amnya namun

kepelbagaian kategori institusi dan pertumbuhan pesat Institusi pajak gadai ini sedikit

sebanyak timbul beberapa isu dalam operasinya.

Kajian lepas menghuraikan beberapa isu yang timbul dalam operasi Ar-Rahnu antaranya

ialah kewajaran kadar upah simpan dan caj-caj yang dikenakan oleh institusi Ar

Rahnu.Naim, (2004) menekankan bahawa konsep Ar-Rahn merupakan sebuah kontrak

bersedekah(tabarru). Namun perlaksanaanya pada hari ini dikatakan bercanggah dengan

prinsip sebenar Ar-Rahnu dan menjanakan keuntungan dengan cara mengenakan tambahan

caj kepada upah simpan. Penghutang seharusnya membayar jumlah kos sebenar simpanan

barang gadaian sahaja. Sebarang lebihan caj atau keuntungan yang dikenakan oleh

pemiutang semasa memberi pinjaman diklasifikasikan sebagai riba.Shamsiah Mohamad &

Safinar Salleh, (2008) dalam kajiannya menyatakan menjadikan prinsip al-wadi‘ah yad

damanah sebagai asas bagi membolehkan institusi menawarkan kemudahan gadaian Islam di

Malaysia adalah tidak menepati hukum syarak. Kos penjagaan yang perlu dibayar balik oleh

penggadai tidak melebihi kos sebenar dan sekadar kos yang telah dibelanjakan dan

munasabah.

Isu kadar upah sebelum ini juga mendapat perhatian Muzakarah Fatwa Kebangsaan Kali Ke-

78 pada 2007 sebelum ini pernah mengemukakan cadangan untuk mengenakan kadar upah

yang seragam bagi setiap Institusi, namun sehingga kini kadar upah simpan masih belum

berjaya diseragamkan. Kajian oleh Nur Hayati dan Ruzian (2014) mengenai keberkesanan

garis panduan Institusi Ar-Rahnu kategori bank dan bukan bank mendapati terdapat

perbezaan penentuan kadar upah simpan, margin pinjaman dan tempoh gadaian setiap

Institusi. Contohnya, kadar upah simpan yang dibuat kebanyakannya dibuat secara harian dan

bulanan berdasarkan polisi setiap Institusi tersebut. Abdul Khir et al. (2013) juga

menunjukkan kadar upah simpan bagi setiap Institusi berbeza antara RM0.65 sehingga

RM0.75 bagi setiap nilai marhun. Pengenaan upah simpan pada kadar yang rendah akan

meningkatkan margin pinjaman seterusnya akan memberi kelebihan kepada penggadai.

Seterusnya Fairooz & Khir, (2012) telah membuat kajian kadar pengiraan upah Ar-Rahnu

oleh dua Institusi perbankan. Pengkaji menekankan bahawa tidak seharusnya peratusan kadar

keuntungan bergantung kepada nilai pinjaman mahupun nilai barang gadaian(marhun).

Namun secara praktisnya institusi telah mengenakan kadar upah simpan berdasarkan nilai

pinjaman atau nilai marhun. Namun begitu kadar upah simpan yang dikenakan oleh Ar-

Rahnu masih ditahap yang lebih rendah dan boleh diterima oleh masyarakat bagi sesetengah

institusi Ar-Rahnu. Ini dibuktikan oleh kajian (Ahmad, Mansor, & Nadiah, 2012). Sebagai

salah sebuah Institusi kewangan islam yang bergiat aktif dalam memberikan sumber dana

segera kepada masyarakat adalah menjadi kewajipan untuk memenuhi prinsip shariah dan

menjadi penanda aras kepada Institusi kewangan Islam. Kepatuhan kepada prinsip shariah ini

merupakan salah satu faktor pemilihan pelanggan terhadap pajak gadai Islam((Amin &

Chong, 2011; Dahlan, & Supinah, 2007). Oleh itu sebagai sebuah Institusi pembiayaan

Page 4: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

437

Islam, kepatuhan kepada prinsip shariah ini yang membezakan pajak gadai Islam dengan

konvensional. Seharusnya kebajikan sosial dititikberatkan manakala elemen riba dan

berteraskan keuntungan seharusnya dikawal dalam Institusi pajak gadai Islam.

Page 5: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

438

METHODOLOGI KAJIAN

Kajian ini merupakan kajian kualitatif berbentuk kajian kes dimana pengkaji telah

menemubual pegawai operasi bagi setiap sampel yang dipilih dan analisis manual gadaian

dilakukan. Kaedah kualitatif melalui temubual secara individu merupakan kaedah terbaik

dalam mendapatkan maklumat yang lebih mendalam (Gary King, Robert, 1996). Kaedah

temubual (indepth interview) telah dipilih dalam kajian ini bagi mendapatkan data ngn ingin

diperolehi.Kaedah ini juga merupakan strategi pengumpulan data yang kerap digunakan

dalam kajian sosial (Blee and Tylor,2002). Temubual separa struktur dilakukan bersama

pegawai operasi institusi Ar-Rahnu.Melalui kaedah ini objektif kajian untuk mendapatkan

maklumat berkaitan penentuan kadar upah dan caj-caj sampingan yang dikenakan dapat

dikenalpasti. Kelebihan teknik temubual separa struktur ini lebih memudahkan penemu duga

mendapatkan pandangan yang lebih tepat berbanding secara berkumpulan. Lantaran itu, ia

boleh mengeratkan hubungan yang baik, sifat percaya antara penyelidik dan responden yang

diselidik(Web (1955). Dapatan yang diperolehi juga dikatakan lebih berkualiti. Kajian ini di

sokong oleh Stokes & Bergin, (2006) dengan menjelaskan bahawa data kajian diperoleh

secara temuduga sesuai kepada kajian yang berbentuk spesifik, khusus kepada sesuatu isu

yang ingin dikaji yang memerlukan pemahaman yang lebih mendalam. Oleh itu, kajian ini

menerima kaedah temubual separa struktur secara individu sebagai kaedah pengumpulan

data. Selain itu juga, dalam melihat operasi dan penentuan kadar upah, kaedah analisis

dokumen melalui penelitian manual gadaian turut di lakukan.

Kaedah penentuan sampel yang sesuai bagi kajian ini adalah berdasarkan kaedah

persampelan bertujuan (purposive sampling). Persampelan bertujuan kebanyakannya

dilakukan keatas kajian kualitatif bagi pengenalpastian dan pemilihan kes-kes yang kaya

dengan maklumat untuk penggunaan sumber yang terhad(Patton,2002). Selain itu pemilihan

strategi persampelan adalah bergantung kepada fokus kajian dan penilaian pengkaji tentang

pendekatan yang sesuai untuk dilakukan bagi memenuhi objektif yang ingin dicapai. Bagi

kajian ini pengkaji telah memilih untuk membuat perbandingan penentuan kadar upah keatas

dua kategori sampel kajian iaitu koperasi Ar-Rahnu dibawah kerajaan negeri dan bank

koperasi. Pemilihan ini memandangkan kedua-dua institusi ini merupakan antara yang

terawal menawarkan perkhidmatan Ar-Rahnu dan dijangkakan mempunyai kaedah penentuan

caj dan upah yang lebih baik.

ANALISIS KAJIAN

Bab ini membincangkan ciri-ciri produk Ar-Rahnu bagi dua kategori institusi yang dipilih.

Kajian kes dijalankan keatas dua kategori institusi iaitu Institusi A mewakili Institusi Bank

Koperasi dan Institusi B adalah kategori Koperasi Ar-Rahnu dibawah Kerajaan Negeri.

Kedua-dua Institusi ini bergiat aktif dalam menawarkan perkhidmatan gadaian Islam kepada

masyarakat dan menjadi pelopor kepada industri pajak gadai. Jadual 4.1 menerangkan

margin pinjaman, jumlah pinjaman, jenis barang gadaian,tempoh gadaian, tempoh lanjutan

gadaian dan lelongan bagi dua kategori Institusi.

Page 6: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

439

Jadual 4.1 Operasi Ar-Rahnu bagi Institusi A dan Institusi B

Bank Koperasi(A) Ar-Rahnu Negeri(B)

Margin pinjaman Pelanggan Ar-Rahnu (baru)-65%

atas nilai marhum.

-Pelanggan Ar-Rahnu sedia ada

adalah 70% atas nilai marhun.

- 80% margin pinjaman pada

waktu promosi sahaja

Sehingga 80%

Jumlah pinjaman Minimum RM100 Sehingga

RM50, 000 bagi setiap gadaian.

>RM100,000 pakej untuk

perniagaan

Maksimum RM5,000 - RM10,

000 bagi seorang individu bagi

cawangan tertentu.

Jenis Barang Gadaian Barang Emas

Barang Kemas

Bar emas

daripada bank dan syarikat yang

telah disenaraikan.

Jongkong, wafer, syiling atau

ketulan emas dengan syarat

mempunyai resit pembelian

Barang Emas

Barang Kemas

Berlian

Tempoh Gadaian 6 Bulan

Pakej gadaian maksimum

RM100,000 tempoh maksimum

gadaian sehingga 3 tahun.

6 Bulan

Tempoh Lanjutan gadaian 6-8 bulan

lanjutan selama maksimum 18

bulan tetapi dengan syarat perlu

menjelaskan keseluruhan kos

upah.

4 bulan sehingga 10 bulan

Lelongan Setelah tempoh 18 bulan Setelah tempoh 10 bulan

Berdasarkan jadual tersebut, setiap Institusi Ar-Rahnu mempunyai ciri-ciri produk yang

tersendiri dan mengikut manual gadaian yang tersendiri. Bagi Institusi A sebuah Institusi

perbankan koperasi, margin pinjaman yang diberikan antara 65% bagi pelanggan baru dan

70% bagi pelanggan lama. Namun bagi Institusi B margin pinjaman yang ditawarkan

sehingga 80% daripada nilai barang gadaian. Berdasarkan temubual yang dilakukan bersama

Pegawai Operasi Institusi A hanya menawarkan margin pinjaman sebanyak 80% jika untuk

masa-masa tertentu atau semasa promosi. Di sini dilihat pelanggan boleh mendapatkan

lebihan nilai pinjaman daripada Institusi B. Namun begitu, Institusi A menawarkan jumlah

maksimum pinjaman yang lebih tinggi berbanding institusi B. Institusi A menawarkan

pinjaman sehingga RM100, 000 bagi pakej perniagaan dan RM10,000 sehingga RM50,000

bagi individu. Berbeza bagi Institusi B yang hanya menyediakan jumlah pinjaman per

individu sebanyak RM10,000.

Manakala bagi aspek barang gadaian, kedua-dua Institusi menerima barang gadaian

berasaskan emas namun hanya Institusi B menerima berlian sebagai barang gadaian. Institusi

A tidak menerima berlian sebagai barang gadaian atas sebab tidak mempunyai kepakaran

dalam menilai berlian. Namun kedua-dua Institusi masih tidak menerima barangan atau asset

selain emas seperti yang dilakukan oleh kedai pajak gadai konvensioanal. Selain itu, kedua-

dua Institusi memberikan tempoh gadaian selama 6 bulan sahaja. Namun begitu Institusi A

memberikan tempoh lanjutan gadaian paling lama iaitu maksimum 18 bulan berbanding

Page 7: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

440

Institusi B yang memberikan lanjutan gadaian sehingga 10 bulan sahaja. Secara keseluruhan

kedua-dua Institusi mempunyai kelebihan produk tersendiri namun jika pelanggan

mementingkan jumlah pinjaman yang lebih tinggi terutama untuk tujuan perniagaan Institusi

A lebih bersesuaian kerana menyediakan maksimum nilai pinjaman sehingga RM100,000

bagi peniaga dan maksimum RM50,000 bagi individu.

Analisis Perbandingan Pengiraan Kadar Upah Simpan bagi Institusi A dan Institusi B.

Analisis perbandingan kadar upah simpan bagi kedua kategori Institusi ini dilakukan bagi

menjawab objektif kajian dalam menilai kaedah pengiraan kadar upah dan perbandingan

diantara dua kategori Institusi. Caj-caj lain turut dikenalpasti. Berdasarkan kajian yang

dijalankan, kedua-dua Institusi mengenakan kadar upah yang berbeza mengikut nilai

pinjaman yang diberikan. Manakala nilai pinjaman yang diluluskan mengikut nilai semasa

emas dan kuantiti berat barang gadaian. Jadual 4.2 menunjukkan kadar upah bagi dua

Institusi yang dipilih dan contoh pengiraan dijelaskan dalam sampel senario yang disediakan.

Jadual 4.2: Kadar Upah Bulanan (bagi setiap RM100 nilai marhun)

Bank A Ar-Rahnu Negeri(B)

Kadar upah simpan Pinjaman<RM1000

= RM0.65

Pinjaman>RM1000 =RM0.75

Formula pengiraan upah

Nilai marhun x (kadar upah

simpan/100) x 12 x (tempoh

gadaian/bilangan hari setahun)

>1000 percuma

1,001-3,000-RM0.50

3,001-5,000-RM0.60

5,001-10,000-RM0.70

10,001 ke atas-RM0.75

Nilai upah dikira berdasarkan

bulanan.

Kaedah bayaran kadar upah Sekaligus atau berperingkat sekaligus

Caj-caj lain i. upah simpan dan caj lewat

ii. Menyediakan khidmat francais

Ar- Rahnu

iii.Menyediakan perkhidmatan

mencuci emas.

iv. Membuka kedai emas.

v. Khidmat konsultansi.

i. upah simpan dan caj lewat

ii. Menyediakan perkhidmatan

simpan emas jika pelanggan

ingin menunaikan haji atau

umrah.

iii. Perkhidmatan cuci emas dan

emas crown.

iv.Perkhidmatan fotostat

Berdasarkan pengiraan kadar upah bagi dua sampel institusi iaitu Institusi A dan B, setiap

institusi mengenakan kos upah yang berbeza mengikut nilai pinjaman. Kadar pinjaman yang

diberikan mengikut nilai barang gadaian. Berdasarkan kaedah penentuan kadar upah, kedua-

dua institusi menentukan nilai pinjaman dan kadar upah mengikut nilai barang gadaian.

Berikut contoh pengiraan kadar upah bagi dua sampel Institusi A dan B. Situasi 1

menjelaskan kaedah pengiraan kadar upah dan jumlah upah yang dikenakan bagi nilai

pinjaman tidak melebihi RM1000 seperti di Jadual 4.3.

Page 8: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

441

Jadual 4.3: Contoh Pengiraan Kadar Upah Institusi A dan B bagi nilai pinjaman tidak melebihi RM1000(

pinjaman<RM1000)

Pengiraan Kadar Upah Simpan

Situasi Pertama Institusi A Institusi B

Nilai semasa Emas :

RM200/g

Berat Emas : 5g

Nilai barang gadaian:

RM1000

Jenis Barang : Barang Kemas

Tempoh Gadaian: 6 bulan

Kadar Pinjaman : 65% x RM1000

Jumlah Pinjaman: RM650

Kadar Upah Simpan : Dikira mengikut

kadar harian dan bersamaan dengan

kadar pinjaman.

Kadar Upah :

= RM585 x 0.65/100 x 12 x 180/365

= 38.7

Jumlah keseluruhan bayar balik

pinjaman = RM 688.70(tambahan

RM38.70 kadar upah)

Kadar Pinjaman : 80% x RM1000

Jumlah Pinjaman : RM800

Kadar Upah simpan : Institusi B

tidak mengenakan upah simpan

kepada nilai pinjaman tidak

melebihi RM1000.

Jumlah keseluruhan bayar balik

pinjaman = RM800

Berdasarkan contoh di situasi 1, penggadai mendapat lebihan pinjaman daripada Institusi B

berbanding Institusi A kerana margin pinjaman yang lebih tinggi iaitu 80% daripada nilai

barang gadaian. Kadar upah bagi Institusi B juga tidak dikenakan kepada pelanggan kerana

jumlah pinjaman tidak melebihi RM1000 tetapi bagi Institusi A kadar upah yang dikenakan

kepada penggadai adalah sebanyak RM38.70. Keistimewaan yang diberikan oleh Institusi B

ini lebih memberikan kebaikan dan faedah kepada penggadai terutama kepada penggadai

yang berpendapatan rendah, golongan pertengahan dan mereka yang memerlukan wang

segera untuk tujuan kecemasan

Bagi situasi ke 2 adalah merujuk kepada situasi apabila jumlah gadaian adalah melebihi nilai

RM1000.00. Kaedah pengiraan kadar upah adalah seperti yang dinyatakan didalam Jadual

4.4.

Jadual 4.4: Contoh Pengiraan Kadar Upah Institusi A dan B bagi nilai pinjaman melebihi

RM1000

( pinjaman>RM1000)

Situasi Kedua menjelaskan jumlah pinjaman, kaedah pengiraan dan kadar upah bagi Institusi

A dan Institusi B jika nilai gadaian melebihi RM1000.00.

Pengiraan Kadar Upah Simpan

Situasi Kedua Institusi A Institusi B

Kuantiti/Berat Barang Gadaian

: 15gram

Kadar semasa emas : RM 200

per gram

Tempoh Gadaian: 6 bulan

Jumlah Pinjaman

: RM3000 X 65%

: RM 1950

Kadar Upah :

RM 1950 x 0.65/100 x 12 x

180/365

: RM 74.53

Jumlah Bayaran balik : RM

2024.53

Jumlah pinjaman : RM3000 x 80%

: RM2400

Kadar Upah :

RM2400 x 0.50/100 x 6 bulan

: RM 72.00

Jumlah Bayaran balik : RM2472.00

Page 9: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

442

Berdasarkan dapatan bagi situasi ke 2, nilai barang gadaian adalah sebanyak RM3000. Bagi

Institusi A jumlah pinjaman yang dibenarkan adalah sebanyak RM1950 iaitu bersamaan 65%

margin pinjaman manakala bagi Institusi B nilai pinjaman sebanyak RM2400 melebihi

Institusi A kerana margin pinjaman yang tinggi iaitu sebanyak 80% . Kelebihan margin

pinjaman yangh tinggi yang ditawarkan oleh Institusi B ini mampu menarik minat penggadai

untuk menggadai kerana jumlah pinjaman yang berjaya diperolehi lebih tinggi. Manakala

bagi kaedah pengiraan kadar upah, Institusi B mengenakan pengiraan secara harian dan kadar

upah sebanyak RM0.65 setiap 100g. Bagi Institusi B kaedah pengiraan secara bulanan dan

kadar upah bagi pinjaman RM1001 – RM3000 adalah sebanyak RM0.50. Ini menunjukkan

kadar upah yang dikenakan oleh Institusi B adalah lebih rendah berbanding Institusi A.

Jumlah bayaran balik bagi Institusi A adalah sebanyak RM2024.53 iaitu tambahan RM74.53

bagi kos upah simpan. Jumlah bayaran balik bagi Institusi B pula adalah sebanyak

RM2472.00. Secara kesimpulannya, Institusi B menawarkan jumlah pinjaman yang lebih

tinggi berbanding Institusi A dan kadar upah simpan yang lebih rendah berbanding Institusi

A. Ini menjadikan Institusi B adalah pilihan terbaik kepada pengguna untuk membuat

gadaian.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

Kedua-dua kategori institusi mempunyai kadar upah simpan yang berbeza mengikut polisi

dan prosidur Ar-Rahnu setiap institusi. Institusi B mempunyai kelebihan dengan

menyediakan margin pinjaman yang tinggi dan kadar upah yang lebih rendah berbanding

institusi A. Keupayaan institusi B menawarkan kos sifar kadar upah bagi pinjaman kurang

daripada niali RM1000.00 adalah kerana suntikan modal oleh pihak tertentu untuk membantu

masyarakat setempat mendapatkan pembiayaan. Manakala bagi institusi A, status sebuah

bank koperasi tanpa suntikan dan bantuan modal daripada pihak tertentu menyekat

keupayaan institusi menawarkan kos upah sifar dalam perniagaan. Namun begitu kadar upah

simpan yang dikenakan keatas penggadai masih tidak melebihi 1% dan lebih murah

berbanding pajak gadai konvensional sebanyak 2% upah simpan sebulan. Dicadangkan demi

memenuhi konsep Ar-Rahnu yang berteraskan tabarru, disarankan kepada semua institusi

Ar-Rahnu tidak mengenakan upah simpan bagi pinjaman tidak melebihi RM1000. Ini kerana

motif perniagaan dalam islam tidak sekadar mementingkan keuntungan sebaliknya

menyumbang kepada kebajikan sosial. Institusi Ar-Rahnu telah dikenali sebagai institusi

kewangan Islam yang membantu pengguna terutama yang berpendapatan rendah atau

pertengahan mendapat dana segera.

Selain itu juga digalakkan agar institusi Ar-Rahnu meningkatkan nilai maksimum pinjaman

supaya Ar-Rahnu boleh dijadikan sumber modal segera bukan hanya kepada individu tetapi

kepada peniaga. Mengekalkan prosidur pinjaman yang mudah untuk mendapatkan

pembiayaan perlu bagi membantu golongan yang tidak memenuhi syarat pinjaman institusi

kewangan formal. Mekanisma penentuan kadar upah juga perlu penambahbaikan agar aspek

yang dilarang seperti unsur riba dan mendapatkan keuntungan yang tinggi daripada

perniagaan Ar-Rahnu seharusnya ditangani dikalangan institusi Ar-Rahnu. Cadangan agar

kadar upah simpan dikenakan pada kadar yang tetap tidak mengikut nilai pinjaman wajar

dilaksanakan. Aspek pemantauan keatas operasi Ar Rahnu seharusnya dilakukan oleh pihak

regulator bagi menjamin ketelusan dan kestabilan industri pajak gadai Islam.

Page 10: Analisis Kadar Upah di Institusi Ar Rahnuconference.kuis.edu.my/icomm/4th/eproceedings/IC 039.pdf · Bermula pada tahun 1992 tertubuhnya Institusi pajak gadai pertama di Malaysia

Proceeding of the 4th International Conference on Management and Muamalah 2017 (ICoMM 2017)

e-ISBN: 978-967-2122-15-9

443

Rujukan.

Abdul Halim, Z.(2015). Kontrak hubungan penggadai dan pemegang gadaian dalam

pelaksanaan Ar-Rahnu di Malaysia. Tesis PhD. Universiti Kebangsaan Malaysia. Ahmad, S. a B., Mansor, N., & Nadiah, a. N. (2012). Customer Acceptance on Islamic Pawn

Broking: A Malaysian Case. Interdisciplinary Journal of Contemporary Research in

Business, 3, 748–763.

Amin, H., & Chong, R. (2011). Determinants for ar-Rahnu usage intentions: An empirical

investigation. African Journal of Business Management, 5(20), 8181–8191.

http://doi.org/10.5897/AJBM11.423

Fairooz, M., & Khir, A. (2012). Critical Appraisal Of The Rahn -Based Islamic Microcredit

Facility.

Hanudin, A., Rosita, C., Hazlan, D., & Rostinah, S. (2007). Ljms 2007, 1. Labuan E-Journal

of Muamalat and Society, 1, 82–94.

Mohd Sharif Baharudin. (2002). Skim Ar- Rahnu: Ke arah pengukuhan kerjasama serantau.

Konvensyen Pajak Gadai Islam (Ar- Rahnu) Serantau, Kuala Lumpur, 27-28 Oktober

2002.

Mohamed Fairooz, K., Bahroddin, B., & Lokmanulhakim, H. (2013). Critical appraisal of

the Rahn-based Islamic microcredit facility. ISRA International Journal of Islamic,

7(3), 221-231.

Naim, asmadi mohamed. (2004). Sistem Gadaian Islam. Iislamiyyat, 26(2), 39–57.

Nurhayati R.& Ruzian Markom.(2014). An Overview on Implementation of Ar-Rahnu in

Malaysia. Prosiding Perkem ke-9 (2014) 561 - 570 ISSN: 2231-962X.

Othman, A., Hashim, N., & Abdullah, S. (2013). Perkembangan Ar-Rahnu di Terengganu:

Kajian kes terhadap Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM).

Prosiding Perkam VIII, Jilid, 2, 951-959.

Patton MQ. (2002).Qualitative research and evaluation methods. 3rd Sage Publications;

Thousand Oaks, CA

Shamsiah Mohamad, & Safinar Salleh. (2008). Upah Simpan Barang Dalam Skim Ar-Rahnu:

Satu Penilaian Semula. Jurnal Fiqh, 5, 47–65. Retrieved from

http://myais.fsktm.um.edu.my/8000/

Skully, M. T. (1992). The Development of the Pawnshop Industry in East Asia. East Asia.

Stokes, D., & Bergin, R. (2006). Methodology or “methodolatry”? An evaluation of focus

groups and depth interviews. Qualitative Market Researh: An International Journal,

9(1), 26–37. http://doi.org/10.1108/13522750610640530