analisis dapatan ujian diagnostik

3
ANALISIS DAPATAN UJIAN DIAGNOSTIK Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak. Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu, soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian diagnostik pengamatan, diagnostik lisan, dan diagnostik tulisan. Diagnostik Pengamatan adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid. Kami telah menjalankan ujian diagnostik untuk memastikan masalah penglihatan Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-komponen itu ialah diskriminasi penglihatan atau visual , ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan, menyudahkan atau melengkapkan, menyalin, rajah dan latar bertindih, koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mencari jalan keluar, dan benda tersembunyi. Kami telah menjalankan ujian diagnostik kepada Adam Lim dalam kelas pemulihan SJK (C) Taman Rajang. Kami telah mendapat keizinan daripada guru pemulihan Adam, iaitu Puan Wong Feng Eng untuk menjalankan beberapa ujian diagnostik untuk Adam. Salah satu daripada ujian diagnostik tersebut ialah aktiviti mencari perbezaan antara 2 gambar seperti berikut.

Upload: winnie-kho

Post on 16-Nov-2015

234 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Analisis Dapatan Ujian Diagnostik

TRANSCRIPT

ANALISIS DAPATAN UJIAN DIAGNOSTIK

Ujian diagnostik merupakan satu instrument yang digunakan untuk mengukur daerah kelemahan murid secara terperinci. Melalui ujian ini, guru dapat mengenal pasti apakah masalah sebenar murid di peringkat awal. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan guru merancang kejayaan program Pemulihan kelak. Ujian diagnostik dibina berdasarkan beberapa perkara iaitu, soalan dibahagikan kepada beberapa bahagian diagnostik pengamatan, diagnostik lisan, dan diagnostik tulisan. Diagnostik Pengamatan adalah untuk mengesan kelemahan keupayaan murid seperti gerak mata, koordinasi mata-tangan dan kecekapan saraf. Sebahagian soalan mengandungi arahan-arahan yang perlu disebut oleh guru dan dilakukan oleh murid.Kami telah menjalankan ujian diagnostik untuk memastikan masalah penglihatan Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri. Komponen-komponen itu ialah diskriminasi penglihatan atau visual, ingat kembali, orientasi kedudukan, turutan, menyudahkan atau melengkapkan, menyalin, rajah dan latar bertindih, koordinasi mata dan tangan, pertalian jarak (ruang), ketetapan bentuk atau kedudukan dalam rajah, gambar bersiri, pembalikan, mencari jalan keluar, dan benda tersembunyi. Kami telah menjalankan ujian diagnostik kepada Adam Lim dalam kelas pemulihan SJK (C) Taman Rajang. Kami telah mendapat keizinan daripada guru pemulihan Adam, iaitu Puan Wong Feng Eng untuk menjalankan beberapa ujian diagnostik untuk Adam. Salah satu daripada ujian diagnostik tersebut ialah aktiviti mencari perbezaan antara 2 gambar seperti berikut.

Aktiviti mencari perbezaan antara gambar-gambar tersebut adalah untuk mengenalpasti masalah penglihatan dari aspek diskriminasi. Diskriminasi juga dikenali sebagai visual, merangkumi keupayaan murid untuk melihat dan mengamati persamaan dan perbezaan sesuatu objek, bentuk geometri, gambar, huruf dan perkataan. Ada dua tujuan, iaitu membolehkan murid membezakan perkataan, huruf, nombor dan perkataan yang hampir sama manakala tujuan kedua untuk melatih murid mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, huruf, nombor, corak dan sebagainya.Berdasarkan kedua gambar tersebut, Adam dikehendaki untuk mencari 10 perbezaan. Namun begitu, Adam tidak dapat membezakan benda-benda dalam gambar tersebut. Adam kurang kemampuan untuk mencari semua perbezaan daripada gambar tersebut. Adam hanya dapat mencari 7 daripada 10 perbezaan tersebut. Dari sinilah kita boleh nampak bahawa Adam ketidakbolehan membezakan bentuk atau gambar dalam gambar.Selain itu, masalah pengamatan penglihatan Adam ialah dia tidak nampat ciri-ciri persamaan yang terdapat dalam gambar-gambar tersebut. Sebagai contohnya, dia telah menanda di tempat yang sama dalam kedua gambar tersebut. Kemungkinan dia juga menghadapi masalah sensori motor kerana dia tidak dapat mengkordinasi mata dan tangannya.Pada masa yang sama, masalah pengamatan penglihatan Adam juga boleh dilihat daripada masa yang digunakan untuk menjalankan ujian ini. Adam telah menggunakan masa selama 25 minit untuk membuat ujian ini. Walaupun masa yang digunakan panjang, namun begitu, dia juga tidak dapat mencari semua perbezaan dalam gambar-gambar.Kesimpulannya, dari ujian diagnostik ini, kami merusmukan bahawa Adam mempunyai masalah pengamatan penglihatan dari aspek diskriminasi.