analisis 2012

8
PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E 3.1.1 Analisis dan Interpretasi Elemen KBAT soalan UPSR Tahun 2012 berdasarkan Model Taksonomi Bloom (semakan Anderson dan Krathwohl, 2001) Aras Mengaplikasi 13% Aras Menganalisis 40% Aras Mencipta 5% KBAR 43% Peratus Elemen KBAR dan KBAT Soalan UPSR Tahun 2012 Rajah 2 : Peratus Elemen KBAR dan KBAT Soalan UPSR Kertas 1 (Pemahaman) Tahun 2012 Rajah 1 dia atas merujuk kepada peratusan pengisian KBAR dan KBAT dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR tahun 2012. Berdasarkan ilustrasi carta pai tersebut, elemen KBAR membawa peratusan 43%. Manakala elemen KBAT pula sebanyak 58% iaitu hasil peratusan daripada tiga aras KBAT berdasarkan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001) iaitu Aras Mengaplikasi, Aras Menganalisis dan Aras Mencipta. Dalam elemen KBAT, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan dalam penggubalan ujian iaitu aspek aras soalan, item soalan, sistem bahasa dan kemahiran. Merungkai 12

Upload: nadiahmy

Post on 20-Dec-2015

238 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

JSU BM Tahun 4

TRANSCRIPT

Page 1: Analisis 2012

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E

3.1.1 Analisis dan Interpretasi Elemen KBAT soalan UPSR Tahun 2012

berdasarkan Model Taksonomi Bloom (semakan Anderson dan

Krathwohl, 2001)

Aras Mengaplikasi13%

Aras Menganal-isis

40%Aras Mencipta

5%

KBAR43%

Peratus Elemen KBAR dan KBAT Soalan UPSR Tahun 2012

Rajah 2 : Peratus Elemen KBAR dan KBAT Soalan UPSR Kertas 1

(Pemahaman) Tahun 2012

Rajah 1 dia atas merujuk kepada peratusan pengisian KBAR dan KBAT

dalam semua soalan Kertas 1, Bahasa Melayu bagi peperiksaan UPSR tahun 2012.

Berdasarkan ilustrasi carta pai tersebut, elemen KBAR membawa peratusan 43%.

Manakala elemen KBAT pula sebanyak 58% iaitu hasil peratusan daripada tiga aras

KBAT berdasarkan Model Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl,

2001) iaitu Aras Mengaplikasi, Aras Menganalisis dan Aras Mencipta.

Dalam elemen KBAT, terdapat beberapa aspek yang perlu dititikberatkan

dalam penggubalan ujian iaitu aspek aras soalan, item soalan, sistem bahasa dan

kemahiran. Merungkai elemen KBAT di bawah aspek aras soalan, berdasarkan

analisis yang telah saya laksanakan, saya dapati terdapat hanya tiga aras dalam

Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001) yang diaplikasi dalam

soalan UPSR tahun 2012 iaitu bermula aras mengaplikasi, menganalisis dan

mencipta.

12

Page 2: Analisis 2012

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E

Membincangkan aras mengaplikasi, bersumberkan JSU yang telah saya

hasilkan, aras mengaplikasi melibatkan lima soalan daripada 40 soalan iaitu soalan

13, 29, 30, 21 dan 22.Aras mengaplikasi ini membawa peratusan sebanyak 12.5%

daripada keseluruhan soalan.

Merujuk buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terbitan

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, aras mengaplikasi ialah melibatkan soalan yang

menguji kebolehan murid menggunakan fakta, konsep, hokum, teori, prinsip,

pengetahuan dan kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang berkaitan. Dalam

erti kata lain, kata kerja yang biasa digunakan dalam pembinaan soalan aras

mengaplikasi ini ialah tunjukkan, kirakan, selesaikan, demonstrasikan, susunkan,

uruskan dan gunakan.

Bersumberkan Buku Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2007-2014

Bahasa Malaysia (2014), sebagai contoh bagi soalan aras mengaplikasi ini ialah

soalan 21. Soalan tersebut adalah seperti berikut ;

Berdasarkan soalan di atas, ia merupakan soalan aras mengaplikasi. Hal ini

kerana soalan tersebut menguji murid untuk menggunakan KBAT dalam menjawab

soalan ini. Pada pendapat saya, soalan ini memerlukan murid untuk mengetahui dan

memahami sistem bahasa yang digunakan iaitu berkaitan tatabahasa di bawah

bidang ilmu bahasa sintaksis iaitu tentang Ayat Tanya dan Jawapan. Oleh itu, murid

perlu mengaplikasikan pelajaran tentang Ayat Tanya dan Jawapan yang mereka

telah pelajari dalam menjawab soalan ini. Murid pula perlu tahu kata kunci Ayat

Tanya yang terdapat dalam soalan tersebut iaitu berapakah jarak. Dengan

13

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat Tanya di bawah.

Berapakah jarak pekan yang terdekat dari kampung ini?

A Tidak jauh sangat, kira-kira empat puluh minit perjalanan dari sini.

B Saya juga hendak ke sana kerana jaraknya tidak jauh dari sini.

C Pekan yang paling dekat terletak di timur kampung ini sahaja.

D Tidak jauh, lebih kurang lima kilometer sahaja.

Page 3: Analisis 2012

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E

pengetahuan sedia ada murid dalam mengenalpasti Ayat Tanya yang telah mereka

pelajari, mereka dapat menjawab soalan ini dengan mudah.

Selain itu, soalan ini merupakan soalan yang perlu diselesaikan dengan

mencari jawapan kepada persoalan. Oleh itu, masalah diselesaikan dengan cara

tersendiri menggunakan gabungan teori, pengalaman dan pelbagai kaedah

penyelesaian masalah yang mempunyai unsur persamaan (Husna Hakimi, 2012).

Soalan ini juga merupakan soalan item aneka pilihan iaitu jenis ujian objektif yang

paling popular dalam kalangan Pembina item ujian. Melalui item ini murid perlu bijak

memahami soalan dan ayat yang digunakan untuk memilih jawapan yang paling

tepat dan sesuai. Oleh itu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) amat diperlukan

dalam menjawab item soalan ini.

Seterusnya, aras menganalisis iaitu aras yang keempat berdasarkan Model

Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001) yang mana salah satu

aras yang termasuk dalam elemen KBAT. Oleh itu, dalam kertas soalan UPSR 2012

ini, terdapat 16 soalan dalam aras menganalisis ini iaitu soalan 19, 20, 23, 24, 25,

26, 27, 28, 31, 32, 33, 34, 36, 37, 38 dan 39. Aras ini merupakan aras yang paling

banyak digunakan dalam soalan UPSR tahun 2012 ini, hal ini kerana sebanyak 40%

daripada 57.5% soalan KBAT adalah daripada aras menganalisis ini.

Bersumberkan buku Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terbitan

Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd, aras menganalisis ini adalah aras untuk menguji

kebolehan murid membanding dan menghuraikan faktor-faktor kesamaan,

perbezaan dan perhubungan di antara satu sama lain. Bagi mengetahui soalan

tersebut adalah aras menganalisis antara kata kerja yang digunakan ialah bezakan,

bandingkan, asingkan, tafsirkan, bahagikan dan klasifikasikan.

14

Page 4: Analisis 2012

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E

Oleh yang demikian, berikut merupakan contoh bagi soalan aras

menganalisis yang terdapat dalam soalan UPSR tahun 2012 ;

Berdasarkan soalan 19 di atas, dapat saya kenalpasti ia merupakan soalan

bagi aras menganalisis. Hal ini dapat dibuktikan memetik daripada sumber Husna

Hakimi (2012) iaitu aras kemahiran menganalisis ini adalah menguji kemahiran

mencerakinkan atau mengumpul maklumat atau bahagian-bahagian sehingga

pertalian antara bahagian-bahagian tersebut dapat ditunjukan dengan jelas.

Sistem bahasa yang digunakan dalam soalan ini ialah lebih tertumpu kepada

bidang morfologi iaitu mengkaji golongan kata di bawah aspek semantik iaitu kata

banyak makna. Melalui soalan ini, murid perlu mencari ayat yang betul berdasarkan

penggunaan perkataan cerah. Tambahan lagi, soalan ini memerlukan murid untuk

mencari maklumat yang sesuai berdasarkan makna perkataan yang dinyatakan

pada setiap jawapan. Ini jelas menunjukkan bahawa Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

(KBAT) perlu ada pada setiap murid untuk menjawab soalan ini.

Selain itu, soalan ini merupakan item ujian aneka pilihan iaitu item jenis

cantuman. Item ujian ini juga dapat kita lihat dalam soalan 27, 28 dan 20. Ini dapat

kita lihat dalam soalan tersebut yang mana murid perlu memilih beberapa ayat-ayat

yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul. Melalui soalan ini, murid perlu

15

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul

I Penerangan yang diberikan oleh Cikgu Roslan amat cerah.

II Senyumannya cerah setelah menerima berita yang menggembirakan itu.

III Cermin tingkap kelas itu kelihatan cerah setelah dibersihkan oleh murid.

IV Harapannya untuk Berjaya dalam pertandingan syarahan itu amat cerah.

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Page 5: Analisis 2012

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E

memilih beberapa jawapan yang betul sama ada I, II, III atau IV kemudian

menandakan satu sahaja jawapan yang serasi dengan ayat-ayat yang telah dipilih.

Oleh itu, jelaslah bahawa pengisian KBAT wujud dalam soalan ini. Selebihnya

menggunakan item soalan aneka pilihan yang berkaitan dengan aspek kemahiran

bahasa dan semantik.

Seterusnya, menelusuri aras mencipta iaitu aras tertinggi dalam Model

Taksonomi Bloom (Semakan Anderson dan Krathwohl, 2001) yang mana

merupakan kemahiran yang paling tinggi dalam KBAT. Merujuk Dokumen Standard

Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP), aras mencipta ini merupakan aras untuk

menguji kebolehan murid menghasilkan idea, produk atau kaedah yang kreatif dan

inovatif. Oleh itu, dalam kertas soalan UPSR 2012 ini, hanya terdapat dua soalan

dalam mencipta ini iaitu soalan 35 dan 40. Hal ini kerana aras ini merupakan aras

yang paling sukar dicapai oleh murid. Oleh yang demikian, soalan aras mencipta ini

membawa peratusan sebanyak 5% daripada keseluruhan soalan. Berikut

merupakan contoh soalan bagi aras mencipta untuk UPSR 2012 ini iaitu soalan ke

35;

Berdasarkan soalan 35 di atas, dapat saya kenalpasti bahawa soalan ini

merupakan soalan mencipta. Hal ini kerana soalan ini menguji kebolehan murid

dalam merekakan sendiri jawapan yang dirasakan sesuai kemudian memilih

jawapan yang lebih tepat berdasarkan rekaan tersebut yang mana memerlukan

pemikiran yang kritis dan kreatif. Bagi menjawab soalan ini, murid juga perlu

mempunyai kemahiran dalam membaca. Ini disebabkan soalan aras ini menguji

murid dalam aspek membaca secara kritis yang mana berkaitan dengan cara murid

mencari jawapan bagi soalan tersebut. Hal ini kerana murid perlu mengetahui

16

Rangkai kata keyakinanku mula berputik dalam petikan bermaksud

A penulis melihat keupayaan semua sepupunya bermain ombak.

B Kak Ani ada bersama-sama ketika menyelamatkan penulis.

C penulis semakin mahir berenang walaupun ombak besar.

D perasaan penulis kembali tenang dan berani.

Page 6: Analisis 2012

PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH BMM 3033 E

maksud keyakinanku mula berputik setelah membaca secara keseluruhan petikan

tersebut bukan memahami berdasarkan maksud asal bagi setiap perkataan tersebut.

Selain itu, soalan ini juga merupakan soalan aneka pilihan berdasarkan

pemahaman terhadap cerpen dan berita. Bagi menjawab soalan ini, murid perlu

bijak menggunakan kemahiran membaca. Hal ini kerana, melalui pembacaan

tersebut murid akan dapat menjawab soalan dengan mudah dan baik. Oleh itu,

jelaslah aras mencipta ini sememangnya penyumbang kepada Kemahiran Berfikir

Aras Tinggi yang paling teratas kerana melibatkan pelbagai kemahiran.

3.1.2 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, dapat saya simpulkan bahawa soalan UPSR tahun

2012 ini menerapkan elemen KBAT sebanyak 58%, manakala KBAR 43%. Jadual di

bawah memfokuskan peratusan yang telah dianalisis.

Aras Kemahiran

Berfikir

Aras

Taksonomi

Bloom

Jumlah soalan PeratusJumlah

Peratus

Kemahiran

Berfikir Aras

Rendah

(KBAR)

Mengingat 6 15%

42.5%Memahami 11 27.5%

Kemahiran

Berfikir Aras

Tinggi

(KBAT)

Mengaplikasi 5 12.5%

57.5%Menganalisis 16 40%

Menilai - -

Mencipta 2 5%

JUMLAH 40 100% 100%

Jadual 2: Analisis KBAT soalan UPSR tahun 2012

17