an dan penceraian di selangor

140
BAB I PERCERAIAN 1.1 Pengenalan Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam a.s.cara-cara perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan panduan kehidupan manusia. 1 1 Bagi masyarakat Melayu, perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna dan tidak akan dilupai. Ia merupakan majlis yang penuh berwarna-warni dan penuh dengan kemeriahan. Bukan sahaja fenomena tersebut wujud pada masa lalu, bahkan hingga ke hari ini. Majlis yang objektifnya untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin secara sah ini turut mempunyai falsafahnya sendiri. Masyarakat dan saudara mara dapat merapatkan hubungan. Secara tradisional, saudara-mara lelaki merisik terlebih dahulu pihak perempuan untuk mengetahui statusnya sama ada masih belum terikat dengan lelaki lain. Selepas timbul rasa puas hati dan yakin dengan kebaikan dan status perempuan, hari pertunangan ditetapkan. Pihak perempuan menerima banyak hadiah seperti cincin sebagai tanda pertunangan. ? Kemudian ditetapkan pula hari menghantar belanja. Ini merupakan sumbangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan dan secara tidak langsung dapat meringankan beban bakal isterinya untuk menyediakan kelngkapan hari perkahwinan. Adat perkahwinan ini sudah dianggap menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu untuk dilaksanakan. Ia merupakan upacara gemilang bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Atau dengan lebih tepat pengiktirafan sosial. Pada hari perkahwinan pasangan pengantin bersanding di atas pelamin dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan perlu mengikut norma masyarakat iaitu perlu adapt dan tradisi yang perlu dipatuhi. Lihat Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru. 1

Upload: md-rasul-haron

Post on 24-Jun-2015

1.913 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: an Dan Penceraian Di Selangor

BAB I

PERCERAIAN

1.1 Pengenalan

Sejak daripada kejadian Adam a.s. lagi Allah s.w.t. telah mengajarkan Adam a.s.cara-cara

perhubungan yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia iaitu hubungan antara lelaki dan

perempuan melalui ´perkahwinan´ sebagai petunjuk dan panduan kehidupan manusia.1

Maka sejak itulah bermulanya perkembangan manusia di bumi iaitu melalui

perkahwinan dan proses perkahwinan inilah yang dapat membezakan antara manusia

dengan haiwan. Sehingga wujudnya suatu sistem perkahwinan yang lengkap dan tersusun

rapi yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. seperti yang tertulis dan tercatat dalam al-

Quran.

Perkahwinan merupakan faktor utama bagi mewujudkan institusi kekeluargaan

kerana dari permulaan proses perkahwinan iaitu memilih pasangan, pertunangan, mas

1 Bagi masyarakat Melayu, perkahwinan merupakan hari yang paling bermakna dan tidak akan dilupai. Ia merupakan majlis yang penuh berwarna-warni dan penuh dengan kemeriahan. Bukan sahaja fenomena tersebut wujud pada masa lalu, bahkan hingga ke hari ini. Majlis yang objektifnya untuk meraikan pasangan yang baru berkahwin secara sah ini turut mempunyai falsafahnya sendiri. Masyarakat dan saudara mara dapat merapatkan hubungan.

Secara tradisional, saudara-mara lelaki merisik terlebih dahulu pihak perempuan untuk mengetahui statusnya sama ada masih belum terikat dengan lelaki lain. Selepas timbul rasa puas hati dan yakin dengan kebaikan dan status perempuan, hari pertunangan ditetapkan. Pihak perempuan menerima banyak hadiah seperti cincin sebagai tanda pertunangan.? Kemudian ditetapkan pula hari menghantar belanja. Ini merupakan sumbangan daripada pihak lelaki sebagai hadiah kepada pihak perempuan dan secara tidak langsung dapat meringankan beban bakal isterinya untuk menyediakan kelngkapan hari perkahwinan.

Adat perkahwinan ini sudah dianggap menjadi satu kemestian bagi masyarakat Melayu untuk dilaksanakan. Ia merupakan upacara gemilang bagi mengesahkan sesuatu perkahwinan. Atau dengan lebih tepat pengiktirafan sosial. Pada hari perkahwinan pasangan pengantin bersanding di atas pelamin dan pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan perlu mengikut norma masyarakat iaitu perlu adapt dan tradisi yang perlu dipatuhi. Lihat Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru. Selangor: Penerbit Fajar Bakti. Hlm.299-300.

1

Page 2: an Dan Penceraian Di Selangor

kahwin, wali, saksi, ijab kabul dan hubungan kekeluargaan serta tanggungjawab suami

isteri, ibu bapa dan anak-anak semuanya berkaitan antara satu sama lain dan mesti

berlandaskan ajaran dalam al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w.2

Jadi sebagai pasangan yang berkahwin semestinya inginkan perkahwinan yang

dibina kekal sehingga ke akhir hayat. Bagaimanapun tidak semua yang kita inginkan

akan menjadi kenyataan kerana banyak halangan dan cabaran yang ditempuhi sepanjang

tempoh perkahwinan yang indah itu sehingga terjadinya penceraian.3

Banyak faktor yang menyebabkan berlakunya penceraian dalam sesebuah

perkahwinan. Antaranya ialah ketidaksefahaman dan kurangnya sifat tolak ansur antara

suami isteri. Penceraian juga mungkin berlaku disebabkan oleh pasangan masing-masing

yang tidak dapat memuaskan tuntutan kehendak semasa melakukan hubungan seksual.

Selain itu faktor ekonomi dan jurang pendapatan juga menjadi punca penceraian, dan

paling utama jika si suami tidak bertanggungjawab dan mendera isteri atau isteri yang

berlaku curang dan lain-lain faktor lagi. Penceraian merupakan sesuatu yang dibenarkan

oleh Islam walaupun tidak sukai oleh Allah. Ini merupakan jalan terakhir sekiranya tiada

jalan penyelesaian ataupun perdamaian yang dicapai serta perkahwinan itu tidak dapat

diselamatkan lagi dan khuatir perkara-perkara lain yang tidak baik akan terjadi barulah

penceraian ini dilakukan.4 Seperti firman Allah dalam al-Quran,

“Dan jika seorang wanita melihat kesalahan suaminya atau telah berpaling

hatinya, maka tiada berdosa keduanya, jika keduanya mengadakan perdamaian antara

keduanya. Berdamai itulah terlebih baik daripada bercerai .Memang manusia itu bersifat

kikir. Jika kamu berbuat baik kepada isterimu dan bertaqwa, sungguh Allah Maha

Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan.”

(Surah An-Nisa´:128)

2 Imam Habib Abdullah Al-Haddad. 1981. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional. Hlm. 67-68.3 Abu ‘Urwah. 1986. Risalah Usrah Jilid II: Wanita dan Keluarga. Kuala Lumpur: Pustaka Islam. Hlm. 22.4 Risalah. “Perceraian”(Pembubaran Perkahwinan).2008. Jabatan Kemajuan Syariah Malaysia(JKSM).

2

Page 3: an Dan Penceraian Di Selangor

JADUAL I: Statistik Perceraian Di Malaysia 2000-2007

Negeri/Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007

Perlis 188 186 226 253 164 228 326 247

Kedah 1,168 1,549 1,133 1,085 1,474 1,737 2,006 2,188

P.Pinang 647 717 911 925 916 913 813 917

Perak 1,234 1,103 1,975 1,363 1,508 1,475 1,577 1,551

Selangor 2,075 1,878 1,977 3,158 3,136 3,030 3,295 3,722

K.Lumpur 499 721 798 885 1,296 1,250 1,423 1,141

N.Sembilan 625 564 629 684 638 807 867 907

Melaka 463 475 530 589 553 612 726 758

Johor 1,942 963 1,627 1,612 1,690 1,521 1,647 1,931

Pahang 1,016 1,042 894 917 616 1,505 1,541 1,502

Trengganu 1,005 1,046 813 897 1,172 1,285 1232 1,537

Kelantan 1,784 2,042 1,472 1,926 1,952 1,900 2,014 2,257

Sarawak 486 602 634 652 826 820 974 910

Sabah  433 311 161 570 514 582 923 924

W.P Labuan  40 79 61 28 50 84 99 37

Malaysia 13,605 13,278  13,841 15,544 16,505 17,749 19,463 20,529

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia : 2008

Di antara sebab meningkatkan gejala sosial dalam kalangan masyarakat pada

masa kini,adalah disebabkab runtuhnya institusi keluarga,yang mana ia mengakibatkan

anak-anak hilang tempat bergantung,tidak memperolehi kasih sayang serta hidup mereka

terbiar. Allah s.w.t mensyariatkan perkahwinan dengan menjadikannya satu daripada

kurnia dan nikmat yang besar kepada manusia.Perkahwinan memberi kepuasan jasmani

3

Page 4: an Dan Penceraian Di Selangor

dan rohani kepada mereka dan membantu mencegah daripada kerosakkan akhlak didalam

masyarakat serta memberi ketenangan dalam kehidupan. 5

Malangnya,tidak semua perkahwinan mampu menghasilkan ketenangan yang

diharapkan.Malah ada yang akhirnya mendapati perkahwinan itu satu penderitaan,oleh

kerana tidak bijak melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya,perkahwinan yang

menjanjikan seribu kebahagiaan,berakhir dengan perceraian dan perpisahan.6

Dalam carian statistik sepanjang tahun 1990 hingga 2005 (16 tahun) daripada 1.5

juta pasangan yang berkahwin,terdapat sebanyak 200,000 ribu lebih berlaku perceraian di

Malaysia. Hitung panjang 35 pasangan bercerai setiap hari. Bayangkanlah,betapa

ramainya anak yang kehilangan tempat bergantung dan belaian kasih sayang ibu bapa

mereka.

Menurut laman web jabatan kemajuan Islam malaysia (JAKIM) pada tahun 2005

sahaja, terdapat 17,749 perceraian berlaku diseluruh negara. Negeri Selangor merupakan

kes perceraian yang tertinggi iaitu 3,030 perceraian diikuti dengan negeri Kelantan 1900

dan negeri Kedah 1737 pasangan. Jumlah tersebut terus meningkat pada tahun 2007,

terdapat 3722 kes perceraian di negeri Selangor.

Sebenarnya, tujuan perkahwinan dalam Islam untuk membentuk keluhuran

peribadi, keselamatan keluarga,kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara, namun

ianya belum memihak kepada kita.

Kata Imam Al-Ghazali :"Sebenarnya perkahwinan itu bermakna jihad dan latihan

jihad itu mengawal dan mentadbir,menunaikan hak-hak keluarga,bersabar terhadap

telatah budi pekerti wanita, memimpinnya kepada jalan agama, berjuang mencari rezeki

5 Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Nikah Kahwin Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru. Hlm. 9-10.6 “Memperkukuh Modal Insan Kelas Pertama,” dalam Teks Khutbah Jumaat JAIS, 26 Oktober 2007.

4

Page 5: an Dan Penceraian Di Selangor

yang halal untuk mereka serta berusaha mendidik anak-pinak. Maka semua tugas-tugas

tersebut merupakan kerja-kerja dan tanggungjawab besar".7

Untuk memastikan satu-satu perkahwinan itu berpanjangan ,maka persediaan dan

persiapan dalam aspek hendaklah dilaksanakan seperti kerohanian,kesihatan

jasmani,mental dan keupayaan membuat keputusan yang betul perlu dititiberatkan dan

diberi perhatian sewajarnya.8

Penceraian membawa banyak kesan negatif bukan sahaja kepada suami isteri

malah anak-anak juga merasa bahang panas akibat daripada penceraian ibu bapa. Maka

dengan sebab itu penceraian ini merupakan cara terakhir sekali dan sangat tidak

digalakkan dalam Islam. Antara kesan akibat penceraian ialah kesan emosi terhadap

pasangan seperti perasaan sedih, jiwa terganggu, rasa tidak bermaya, marah, rungsing dan

kecewa serta kesunyian akan membebani perasaan pasangan yang bercerai. Malahan

kesan ini juga turut dirasai oleh ahli keluarga dan orang yang terdekat dengan mereka.9

Selain itu, mereka yang melalui proses penceraian juga akan dibebani dengan

tanggungjawab yang lebih berat dan mungkin akan timbul masalah kewangan. Ini lebih

dirasai oleh si isteri jika dia bergantung sepenuhnya kepada suami untuk perbelanjaan

harian. Malah kesan yang paling ketara dan sangat membimbangkan ialah kesan

terhadap anak-anak. Mereka menjadi mangsa keadaan dan mengalami tekanan perasaan

yang sangat mendalam dalam proses pembesaran. Mereka mengalami gangguan emosi

kerana kurang mendapat kasih sayang serta mereka juga kurang mendapat perhatian dan

bimbingan daripada kedua-dua ibu bapa setelah penceraian berlaku.10

7 Mustaffa Daud. 1989. Institusi Kelaurga Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Hlm.67.8 Siti Zulaikha Mohd Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: ABIM&Budaya Ilmu Sdn.Bhd. hlm.35-36.9 Ismaliza Ismail. 1999. Tesis, “Cerai Taklik: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu.” Universiti Malaya.10 Che Latifah Ismail. 2004. Tesis, “Tuntutan Hak Selepas Perceraian di Kalangan Ibu Tunggal. : Kajian Kes di Mahkamah Syariah Perlis”. Universiti Teknologi Mara.

5

Page 6: an Dan Penceraian Di Selangor

Oleh kerana itu, ibu bapa perlu memainkan peranan untuk membantu anak-anak

menghadapi kenyataan bahawa mereka tidak dapat bersama seperti dulu lagi atau telah

berpisah. Jangan menganggap anak-anak tidak tahu apa-apa, mereka masih mentah

kerana setiap apa yang berlaku melibatkan kehidupan mereka kerana anak-anak adalah

sebahagian daripada ahli keluarga. Ibu bapa harus bijak menangani perasaan sedih yang

dialami oleh anak-anak serta elakkan perbalahan sekiranya terpaksa bersua muka dengan

bekas pasangan hidup masing-masing. Berilah peluang kepada anak-anak untuk

meluahkan apa yang terpendam dalam hati mereka dan pandangan mereka akibat

daripada penceraian ini. Jangan biarkan anak-anak melalui hidup tanpa ada kawalan atau

perhatian kerana ini akan menjadikan mereka hilang arah tujuan dan hanyut seperti kata

pepatah Melayu “ibarat layang-layang terputus tali” dan “seperti anak ayam kehilangan

ibu”, merata perginya tanpa ada tujuan dan pedoman hidup.11

Jadi sebagai suami isteri atau pasangan yang ingin berkahwin mantapkan diri

dengan ilmu keibubapaan dan tahu tanggunjawab yang mesti dipikul di atas bahu masing-

masing kerana bukan mudah untuk menempuh alam perkahwinan.

Mengapa mesti terjadinya perpisahan dan penceraian sekiranya perkahwinan yang dibina

berdasarkan cinta atau pilihan ibu bapa? Mengapa terjadi perpisahan terhadap

perkahwinan yang dirasakan begitu sempurna, malah telah mengikut segala hukum-

hakam yang telah ditentukan oleh agama dalam mencari ciri-ciri dan calon hidup? Jangan

lupa juga bahawa kita telah berusaha untuk menjadi pasangan yang sempurna dan

bertanggungjawab.

Di dalam Islam, penceraian merupakan sesuatu yang dilaknat oleh Islam tetapi

diharuskan dengan alasan dan sebab-sebab tertentu. Penceraian boleh dilakukan dengan

cara talak, fasakh dan khuluk atau tebus talak.

1.2 Prosedur Perceraian

11 K.H Muhammad Nawawi Banten. 1999.Panduan Hidup Suami Isteri Yang Soleh. Bandung: Mestika. Hlm.39.

6

Page 7: an Dan Penceraian Di Selangor

Sebelum membuat keputusan untuk berpisah selalunya pasangan suami isteri berhadapan

dengan masalah yang rumit atau krisis genting. Hal tersebut hendaklah segera diadukan

kepada Unit Pembangunan Keluarga untuk mendapatkan khidmat nasihat. Kedua-dua

pihak akan dipanggil untuk dinasihati. Jika kedua-dua pihak tidak dapat didamaikan atau

kedua-duanya tekad untuk berpisah maka suatu tuntutan perceraian hendaklah difailkan

di mahkamah.12

Mahkamah mempunyai bidang kuasa untuk melayani tuntutan perceraian jika:

a) Perkahwinan didaftarkan menurut undang-undang.

b) Perkahwinan adalah sah menurut hukum syarak.

c) Permohonan hendaklah dikemukakan di tempat tinggal salah satu pihak kepada

perkahwinan.13

Suami dan isteri yang ingin memohon perceraian hendaklah mengemukakan

permohonan perceraian ke mahkamah di dalam borang yang ditentukan. Jika salah satu

pihak tidak bersetuju untuk bercerai atau ada kemungkinan bagi kedua-dua pihak untuk

berdamai maka mahkamah akan melantik Jawatankuasa Pendamai yang terdiri daripada

seorang pegawai agama selaku pengerusi dan dua orang yang terdiri daripada wakil pihak

suamai dan wakil pihak isteri. Keutamaan diberi kepada saudara-mara terdekat kepada

kedua-dua pihak.14

Masa yang akan diambil oleh Jawatankuasa Pendamai ialah selama enam bulan

atau lebih jika dibenarkan oleh mahkamah. Jika suami telah melafazkan talak di luar

mahkamah, talak tersebut tetap jatuh dan perceraian hendaklah dilaporkan kepada

mahkamah.15

12 Syeikh Ghazali Abd Rahman et al. 2004. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Hlm.35-36.13 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS) Bil 2, 2005.14 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil. 3, 2005.15 Ibid. hlm.35

7

Page 8: an Dan Penceraian Di Selangor

C arta I: Prosedur Perceraian

Isi borang permohonan

  Lampirkan dokumen :Salinan kad pengenalan pemohon Surat keputusan perceraian dari

Mahkamah Syariah. Bayaran RM 25.00

 

  Hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah  

  Lengkap  

  Terima surat makluman mengambil Surat Perakuan Cerai Dalam tempoh 14 hari

 

  Tandatangan pengesahan penerimaan Surat Perakuan Cerai  

  Terima Surat Perakuan Cerai  

  Selesai  

  

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor : 2008

Kita perlu lihat kedudukan perceraian dulu. Walaupun perceraian adalah suatu

yang amat dibenci Allah, namun sekiranya perkahwinan itu tidak lagi dapat melahirkan

8

Page 9: an Dan Penceraian Di Selangor

suasana mawaddah dan rahmah dalam kehidupan pasangan, maka perceraian jalan keluar

disediakan Islam.

Firman Allah yang bermaksud:

“…… dan lepaskanlah mereka dengan cara yang sebaik-baiknya.”

(Surah al- Ahzab, ayat 49)

Apabila kedua belah pihak bersetuju untuk bercerai, maka prosedur sesuai diikuti

adalah permohonan bercerai atas persetujuan bersama. Jika di Selangor, permohonan

boleh dibuat mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor

2003.

Sesi kaunseling di Pejabat Agama sememangnya tidak diwajibkan untuk dihadiri

pasangan yang pada dasarnya sudah mempunyai kata sepakat untuk bercerai. Apa yang

perlu dilakukan, salah satu pihak sama ada suami atau isteri boleh membuat permohonan

untuk bercerai di mahkamah rendah syariah berdekatan dengan alamat tempat tinggal.

Borang permohonan perceraian boleh diperoleh di mana-mana mahkamah rendah

syariah.

Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama adalah:

i). Salinan kad pengenalan (tiga salinan)

ii) Sijil nikah (tiga salinan)

iii) Sijil kelahiran anak (tiga salinan).

Pihak pemohon juga akan dikehendaki membuat Surat Akuan yang antara lain

mengatakan mengenai maklumat pernikahan dan maklumat peribadi seperti alamat surat-

menyurat, tempat bernikah, wali, pekerjaan, anak hasil perkahwinan dan maklumat lain

berkaitan pernikahan. Surat Akuan itu hendaklah diikrarkan di hadapan Pendaftar

Mahkamah atau Pesuruhjaya Sumpah Islam.

Jika kedua belah pihak, isteri dan suami sudah mempunyai kata sepakat mengenai

nafkah edah, mutaah dan nafkah anak hasil perkahwinan iaitu ia adalah masih bidang

9

Page 10: an Dan Penceraian Di Selangor

kuasa mahkamah Rendah Syariah iaitu jika persetujuan itu tidak melebihi RM100,000,

maka persetujuan itu boleh dinyatakan dalam borang permohonan perceraian supaya

boleh di rekodkan di mahkamah dan seterusnya mahkamah boleh mengeluarkan perintah

berdasarkan persetujuan kedua belah pihak.16

Walau bagaimanapun jika tiada persetujuan dicapai merujuk kepada isu di atas,

maka mahkamah hanya akan memutuskan permohonan cerai yang dimohon oleh kedua-

dua pihak. Pemohon akan diberi tarikh sebutan pertama dalam masa 21 hari daripada

tarikh permohonan perceraian difailkan dan pada tarikh sebutan pertama itu, jika

mahkamah berpuas hati tiada peluang untuk kedua-dua pihak bersama semula dan atas

persetujuan kedua belah pihak untuk bercerai, maka mahkamah boleh membenarkan

suami melafazkan cerai pada tarikh berkenaan di hadapan mahkamah.

Kebenaran mahkamah itu dengan syarat isteri mesti berada dalam keadaan suci.

Jika tidak satu tarikh sebutan lain akan diberikan iaitu ketika isteri berada dalam keadaan

suci bagi membolehkan suami melafazkan talak di hadapan mahkamah. Kedua belah

pihak akan memperoleh surat cerai, selepas tamat tempoh edah isteri iaitu dengan

membawa surat keputusan atau perintah perceraian daripada mahkamah ke pejabat agama

Islam yang berdekatan dengan tempat tinggal untuk mendapatkan surat cerai.

Perlu diingat bahawa sesuatu lafaz cerai yang ingin dilafazkan mestilah dengan

kebenaran mahkamah syariah dan di hadapan mahkamah. Jika berlaku lafaz cerai di luar

mahkamah dan bukan dengan kebenaran mahkamah, maka ia bersalahan dengan

peruntukkan undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM1000

atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya mengikut Seksyen 125

Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

1.3 Jenis-Jenis Perceraian

16 Buletin At-Taqwa. Bil.4 Muharram 1425 H(Mac 2004). Shah Alam: Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan.

10

Page 11: an Dan Penceraian Di Selangor

Firman Allah swt di surah An Nisa' ayat 19:

" Perbuatan halal yang dimurkai Allah ialah talak"

Ayat Al-Quran dan Hadis di atas ini dengan jelas memberikan kita penjelasan

bahawa perceraian merupakan suatu perkara yang paling dibenci oleh Allah swt. Agama

Islam tidak mengalakkan umatnya bercerai berai, kerana ia akan mengakibatkan

implikasi yang negatif kepada pasangan itu sendiri, anak-anak, keluarga mahupun

masyarakat amnya.

Amanah dan tanggungjawab ini hanya dapat dilaksanakan oleh kedua pasangan

suami isteri dengan baik dan sempurna, jika keduanya menjadikan dasar ikatan atau

perjanjian yang suci ini dengan bersumberkan iman dan taqwa kepada Allah swt. Selagi

kedua pasangan ini menjadikan sumber pegangan mereka berpandukan dengan ajaran

Islam, Insya Allah tujuan dan matlamat perkahwinan yang didambakan akan berkekalan

hingga ke akhir hayat mereka.17

Perceraian bukanlah suatu perkara yang mudah, dan ia tidak pernah

dipermudahkan dan digalakkan oleh agama Islam. Islam hanya membenarkan perceraian,

jika kedua pasangan suami isteri telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan

bantuan dan nasihat yang diperlukan, sehingga tiada lagi ruang bagi mengatasi

permasalahan mereka untuk berdamai.18

17 Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah. 1986. Undang-Undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie. Hlm. 34-35.18 Akhlak Husain. 1987. Ibu Bapa Muslim: Panduan Untuk Bakal Suami Isteri. Terj: Mustafa Ramadhan. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran. Hlm.52.

11

Page 12: an Dan Penceraian Di Selangor

Jika semua usaha-usaha ini telah mereka laksanakan, namun rumahtangga mereka

masih tidak dapat diselamatkan, maka Islam membenarkan pasangan tersebut bercerai.

Perceraian merupakan perkara yang halal tetapi paling dibenci oleh Allah swt. Firman

Allah di surah Al Baqarah ayat 229 yang bermaksud,

"Rujuklah mereka (isteri-isteri kamu) dengan cara yang ma'ruf atau ceraikanlah mereka

dengan cara yang baik"

Begitu juga Islam melarang seorang isteri yang minta diceraikan tanpa ada sebab-sebab

yang syar'ie, sebagaimana hadis Rasulullah saw yang bermaksud;

"Dari Sauban r.a bahawa Rasulullah saw bersabda : "Mana-mana perempuan yang

meminta cerai daripada suaminya tanpa ada apa-apa keuzuran syar'ie, maka haram ke

atasnya bau syurga"

(Riwayat : Abu Daud dan Ibnu Majah)

Perkara di atas ini berlaku juga terhadap suami yang menceraikan isterinya, tanpa

ada sebab-sebab atau alasan yang kuat sehingga isteri terasa dizalimi atau

menceraikannya dengan cara penganiayaan. Begitu juga haram bagi suami menceraikan

isterinya sewaktu sedang haid atau sewaktu isteri dalam keadaan suci tetapi telah

dicampurinya.19

1.3.1 Talak

19 Lihat Mahmood Zuhdi Abd.Majid & Raihanah. Hlm. 86-87.

12

Page 13: an Dan Penceraian Di Selangor

Talak menurut bahasa bermaksud melepaskan ikatan dan menurut syarak pula, talak

membawa maksud melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak dan seumpamanya.

Talak merupakan suatu jalan penyelesaian yang terakhir sekiranya suami dan isteri tidak

dapat hidup bersama dan mencari kata sepakat untuk mecari kebahagian berumahtangga.

Talak merupakan perkara yang dibenci Allah s.w.t tetapi dibenarkan.

Hadis Rasululllah SAW bermaksud:”Sebenci-benci perkara yang halal disisi Allah ialah talak.”

(Riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)20

Dengan Perintah atau izin mahkamah, perceraian didalam mahkamah yang

berlaku dengan izin mahkamah, setelah suami atau isteri membuat permohonan kepada

Mahkamah Syariah dengan mengisi borang tertentu sekiranya kedua-dua pihak bersetuju

untuk bercerai. Borang tersebut boleh didapati di mana-mana Mahkamah Syariah yang

berhampiran dengan tempat suami atau isteri bermastautin.Talak yang dilafazkan diluar

mahkamah adalah satu kesalahan dan ia perlu dirujuk ke mahkamah untuk mengesahkan

lafaz tersebut.21

1.3.1.1 Talak Raj'ie

Suami melafazkan talak satu atau talak dua kepada isterinya. Suami boleh merujuk

kembali isterinya ketika masih dalam idah. Jika tempoh idah telah tamat, maka suami

tidak dibenarkan merujuk melainkan dengan akad nikah baru.

20 Muhamad Nor Ibrahim et al. 1982. Mustika Hadis Rsulullah(saw) Jilid I . Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri.21 Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS 2003) memperuntukkan seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah. Lihat Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952.

13

Page 14: an Dan Penceraian Di Selangor

1.3.1.2 Talak Bain

Suami melafazkan talak tiga atau melafazkan talak yang ketiga kepada isterinya. Isterinya

tidak boleh dirujuk kembali. Si suami hanya boleh merujuk setelah isterinya berkahwin

lelaki lain, suami barunya menyetubuhinya, setelah diceraikan suami barunya dan telah

habis idah dengan suami barunya. Ia boleh dibahagikan kepada dua;

i. Talak bain Sughra(kecil)

Iaitu apabila suami menceraikan isteri dengan talaq raj'ie samada satu atau dua kemudian

tidak merujuknya hingga tamat tempoh iddah. Begitu juga perceraian yang berlaku

sebelum persetubuhan, perceraian denagn sebab 'ila,fasakh dan khulu' (tebus talaq) dan

pertukaran agama suami isteri.22

ii. Talak Bain Kubra (besar)

Iaitu talak tiga (talaq raj'ie atau talaq bain sughra) yang telah berlaku sebanyak tiga kali.

Apabila berlakunya talak tiga, maka suami tidak boleh kembali mengahwini isterinya

biasa melainkan setelah syarat berikut dipenuhi:

a. Setelah selesai iddah isteri itu.

b. Bekas isteri berkahwin dengnan lelaki lain.

c. Suami kedua menyetubuhi bekas isteri itu.

d. Suami kedua menceraikan si isteri.

e. Selesai iddah dari suami yang kedua itu.23

1.3.1.3 Talak (Faraq) Bain Muabbad (kekal)

22 Ibid.23 Ibid.

14

Page 15: an Dan Penceraian Di Selangor

Iaitu pembubaran perkahwinan yang terjadi sebagai implikasi daripada proses li'an, dan

tidak ada peluang lagi bagi suami isteri untuk berkahwin semula melalui apa cara sekali

pun, selama-lamanya. Ia hanya berlaku dengan cara li'an.

1.3.1.4 Talak Sunnah (Mengikut Sunnah)

Iaitu talaq yang digalakkan oleh syarak dan menurut adab yang telah ditentukan seperti

mentalaq isteri yang pernah disetubuhi ketika sedang suci dan belum berlaku

persetubuhan ketika suci tersebut,dan talaq yang berlaku sekali lalu diikuti dengan rujuk

dalam tempoh iddahnya, kemudian talaq kedua lalu diikuti dengan rujuk. Talaq sebegini

hukum asalnya diharuskan dan menjadi sunat jika dilakukan dengan alasan yang

munasabah di sisi syarak dan ia dikira sah.24

1.3.1.5 Talak Bid'ah (Tidak Mengikut Sunnah)

Iaitu talak yang tidak digalakkan oleh syarak dan tidak menurut adab yang

ditentukan.Contohnya mentalakkan isteri dengan talak tiga sekaligus, atau mentalakkan

secara berturut-turut 3 kali dalam satu majlis sebelum sempat tamat iddah bagi setiap satu

talak, atau mentalakkan ketika keadaan haid atau nifas atau ketika masa suci tetapi telah

disetubuhinya. Ijma' ulamak telah menyatakan bahawa talaq bid'ah haram dilakukan dan

pelakunya (suami) adalah berdosa.Namun jumhur ulamak menyatakan bahawa talak

bid'ah ini tetap jatuh.

1.3.2 Khulu’(Tebus Talak)

Perpisahan antara suami dan isteri melalui tebus talak sama ada dengan menggunakan

lafaz talak atau khuluk. Pihak isteri boleh melepaskan dirinya daripada ikatan

perkahwinan mereka jika ia tidak berpuas hati atau lain-lain sebab. Pihak isteri hendaklah

24 Ibid.

15

Page 16: an Dan Penceraian Di Selangor

membayar sejumlah wang atau harta yang dipersetujui bersama dengan suaminya, maka

suaminya hendaklah menceraikan isterinya dngan jumlah atau harta yang ditentukan.

Hukum khuluk adalah berdasarkan surah al-Baqarah ayat 229 :

“Tidak halal bagi kamu mengambil apa-apa yang telah kamu berikan kepada mereka suatu jua pun, kecuali jika takut kedua-duanya tidak akan mengikut peraturan Allah s.w.t.. Jika kamu takut bahawa tidak akan mengikut peraturan Allah maka tiadalah berdosa kedua-duanya tentang barang yang jadi tebus oleh perempuan.”

Talak boleh jatuh dengan menyebut “Saya menceraikan kamu dengan bayaran

RM 10,000,” dan isterinya menjawab, “Saya menerimanya.” Apabila suami melafazkan

demikian, dan isterinya menyahut tawaran itu, dengan serta-merta jatuhlah talak dengan

khuluk dan isterinya wajiblah beridah. Suami isteri hanya boleh merujuk dengan akad

nikah baru sahaja. Tujuan khuluk;

a. Memelihara hak wanita

b. Menolak bahaya kemudaratan yang menimpanya

c. Memberi keadilan kepada wanita yang cukup umurnya melalui keputusan

mahkamah.

1.3.3 Penceraian Ta’lik

Ta'lik membawa maksud mensyaratkan atau menggantungkan sesuatu kepada sesuatu

yang lain. Cerai ta'lik ini berlaku dalam beberapa hal; Ta'lik yang diucapkan suami di

hadapan Kadi dan saksi setelah ijab kabul sebagaimana yang termaktub di dalam sijil

pernikahan.

Perceraian seumpama ini (ta'lik yang diucapkan suami di hadapan Kadi) hanya

boleh disabitkan oleh Hakim di dalam perbicaraan. Perkara ini berlaku jika isteri ingin

menuntut perceraian di hadapan Hakim, sementara suami tidak mahu menceraikan

16

Page 17: an Dan Penceraian Di Selangor

isterinya dan belum melafazkan talak kepadanya. Isteri dikehendaki membuktikan

bahawa suaminya telah melanggar perjanjian (Ta'lik) yang telah dibuat sewaktu bernikah

dahulu.25

Jika Hakim dapati suami telah melanggar ta'lik dengan hujah yang jelas yang

dikemukakan oleh isteri di dalam perbicaraan, maka Hakim berhak memisahkan kedua

pasangan dan menghukumkan jatuh talak kepada pasangan tersebut. Ta'lik yang

diucapkan oleh suami kepada isterinya sebagai contoh:

"Jika awak keluar rumah ini, maka jatuhlah talak satu kepada kau"

Jika isteri tetap keluar dari rumah tersebut setelah memahami ucapan yang dibuat

oleh suaminya maka jatuhlah talak ke atasnya. Tetapi jika ada lafaz tambahan umpama

kalimah "hari ini", dalam lafaz yang diucapkan oleh suami, maka jika isteri keluar dari

rumah pada esok hari , lusa atau sebagainya maka tidaklah jatuh talak ke atasnya. Walau

bagaimanapun, pasangan dinasihatkan agar membuat pengaduan di Mahkamah Syariah

bagi mendapatkan pengesahannya.

Perceraian ta'lik ialah suatu bentuk perceraian yang berlaku disebabkan terjadinya

sesuatu perkaar atau lafaz yang dilafazkan oleh suami selepas akad nika. Lafaz Ta'lik

hanya boleh dibuat oleh pihak suami dan ia tidak boleh ditarik balik dan berkekalan

hinggalah perkara yang disyaratkan itu terjadi.

Contoh lafaz ta'lik yang digunapakai mengikut Enakmen Undang-Undang

Keluarga Islam Negeri Selangor 2003:

”Saya mengaku apabila saya tinggalkan isteri saya................... selama 4 bulan Hijrah berturut-turut atau saya dengan sengaja atau paksaan dan saya atau wakil saya tiada memberi nafkah kepadanya selama tempoh masa tersebut padahal ia taatkan saya atau saya melakukan sebarang mudarat kepada tubuh badannya, kemudian ia mengadu kepada Mahkamah Syariah dan apabila sabit aduannya disisi Mahkamah Syariah dan ia 25 Lihat Risalah. “Perceraian”(Pembubaran Perkahwinan).

17

Page 18: an Dan Penceraian Di Selangor

memberi kepada Mahkamah Syariah, yang menerima bagi pihak saya satu ringgit maka pada ketika itu tertalaqlah ia dengan cara talak khulu'.” 26

Seseorang isteri boleh mendapatkan perceraian mengikut syarat-syarat ta'lik yang

telah dibuat oleh suami menurut surat ta'lik, atau memohon pengesahan lafaz ta'lik lain

yang telah dibuat oleh suami dalam masa perkahwinan

1.3.4 Fasakh

Erti fasakh menurut bahasa ialah rosak atau putus. Manakala menurut syarak pula,

pembatalan nikah disebabkan oleh sesuatu sifat yang dibenarkan syarak, misalnya,

perkahwinan suami isteri yang difasakhkan oleh kadi disebabkan oleh suaminya tidak

mempu memberi nafkah kepada isterinya. Fasakh tidak boleh mengurangkan bilangan

talaknya. Fasakh hanya boleh dituntut oleh suami sekiranya terdapat beberapa sebab atau

kecacatan yang terdapat pada pihak isterinya. Mengikut mazhab Shafie, seorang isteri

boleh menuntut fasakh melalui kadi atau mahkamah disebabkan oleh kekurangan

suaminya seperti gila (berkekalan atau sekejap); penyakit kusta; penyakit sopak; penyakit

yang menghalang mereka daripada melakukan persetubuhan; suami tidak mampu

memberi nafkah belanja kepada isterinya seperti makan dan minum serta tempat tinggal,

pakaian, memberi mahar dengan cara tunai sebelum bersetubuh kerana kepapaan atau

muflis atau sebagainya; suami tidak bertanggungjawab dengan meninggalkan isterinya

terlalu lama dan tidak memberi khabar berita; suami yang menzalimi dan memudaratkan

isterinya; suami yang fasik serta melakukan maksiat terhadap Allah dan tidak

menunaikan kewajipan kepada Allah; dan murtad salah seorang (suami atau isteri).27

Jika suami atau isteri mempunyai sebab yang mengharuskan fasakh. Membuat

aduan kepada pihak kadi supaya membatalkan perkahwinan mereka jika dapat

dibuktikan pengaduan yang diberikan adalah betul, pihak kadi boleh mengambil tindakan

26 Lafaz ini terdapat di muka surat dua Surat Perakuan Nikah yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor.27 Temubual penulis dengan Tn.Hj.Syafie bin Ahmad, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Mukim Batu, Gombak diadakan di pejabat beliau, Masjik Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada 11 November 2008, pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi.

18

Page 19: an Dan Penceraian Di Selangor

membatalkannya. Pembatalan perkahwinan dengan cara fasakh tidak boleh dirujuk

kembali melainkan dengan akad nikah yang baru.

Berdasarkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003;

Fasakh ialah pembubaran perkahwinan yang dipohon samada oleh isteri atau

suami dengan kebenaran oleh hakim Mahkamah Syariah disebabkan oleh alasan-alasan

yang dibenarkan oleh hukum syarak iaitu:

a. Suami tidak diketahui(ghaib) selama tempoh melebihi satu tahun.

b. Suami cuai menyediakan peruntukan nafkah selama tiga bulan atau lebih.

c. Suami dihukum penjara selama tempoh tiga tahun atau lebih.

d. Suami tidak menunaikan nafkah batin selama tempoh satu tahun.

e. Suami mati pucuk pada masa perkahwinan dan masih lagi sedemikian dan isteri

tidak mengetahui perkara itu sebelumnya.

f. Suami telah gila selama tempoh dua tahun,mengidap penyakit kusta, vitiligo, atau

penyakit kelamin yang berjangkit.

g. Isteri yang telah dikahwinkan oleh walinya sebelum mencapai usia 16 tahun, lalu

menolak perkahwinan itu sebelum berumur 18 tahun dan masih belum disetubuhi

suaminya.

h. Suami telah menganiaya isteri dengan cara:

i. menjadikan isteri hidup menderita

ii. berkawan dengan perempuan jahat atau hidup berperangai keji

iii. memaksa isteri hidup secara lucah

iv. melupuskan harta isteri atau menyekat hak isteri terhadap hartanya

v. menghalang isteri daripada menunaikan kewajipan dan amalan agama

vi. tidak adil kepada isteri-isteri(poligami)

i. Suami dengan sengaja enggan meyetubuhi isteri dalam tempoh empat bulan.

19

Page 20: an Dan Penceraian Di Selangor

j. Perkahwinan tanpa izin isteri atau izinnya tidak sah disebabkan oleh

paksaan,kesilapan, ketidaksempurnaan akal,atau alasan lain yang diakui oleh

Hukum Syarak.

k. Apa-apa alasan yang diiktiraf sah bagi membubarkan perkahwinanan menurut

hukum syarak. Sebagai contohnya, pembubaran perkahwinan yang berlaku kerana

alasan teknikal berkaitan dengan kesahihan sesuatu akad nikah seperti, wujudnya

pertalian mahram antara suami dan isteri yang tidak diketahui semasa akad nikah

berlangsung;berlaku perkahwinan poligami secara menghimpunkan dua orang

mahram dalam satu masa; nikah tanpa wali yang diiktiraf sah; nikah secara

kontrak (mut'ah); nikah melebihi daripada empat orang isteri dalam satu masa;dan

perkara ini hanya diketahui setelah perkahwinan diakadkan. Dalam hal ini,

Mahkamah berbidang kuasa untuk membubarkan perkahwinan tersebut.

l. Fasakh yang berlaku disebabkan dari pihak suami seperti kerana ia dihukum

penjara selama tiga tahun,maka fasakh ini mengurangkan bilangan talak yang

dimiliki suami.Jika pasangan itu belum pernah bercerai maka fasakh sedemikian

dikira sebagai talak pertama. Oleh itu, suami hanya memiliki dua kali talak lagi,

jika ia mengahwininya semula.

m. Fasakh yang berlaku disebabkan seperti kecacatan daripada pihak isteri,seperti

kecacatan anggota peranakannya maka fasakh sebegini mengurangkan bilangan

talak yang dimiliki oleh suami. Maka jika si suami mengahwininya semula, ia

masih memiliki tiga kali talak terhadap isterinya seperti sediakala.

1.3.5 Pertukaran Agama Suami Isteri

Pertukaran agama salah satu pihak dalam perkahwinan akan menyebabkan pembubaran

perkahwinan mengikut hukum syarak. Walau bagaimanapun hanya Mahkamah Syariah

sahaja yang boleh mensabitkan pembubaran perkahwinan itu samada berlaku atau tidak.

20

Page 21: an Dan Penceraian Di Selangor

1.3.6 Anggapan Kematian

Isteri boleh memohon pengesahan perceraian disebabkan oleh keadaan suami yang

dipercayai telah mati tanpa menemui jenazahnya, atau tidak diketahui perkhabaran

mengenainya selama tempoh 4 tahun atau lebih sehingga wajar bagi si isteri untuk

berkahwin semula.

1.3.7 Li’an

Perceraian boleh terjadi sebagai implikasi daripada proses Li'an. Ia merupakan sumpah

yang dilafazkan oleh suami sebanyak 4 kali, iaitu menggantikan 4 orang saksi,untuk

menyatakan bahawa isterinya telah berzina dengan lelaki lain atau menafikan nasab

kandungan isterinya itu. Li'an mestilah dilakukan di Mahkamah Syariah.Contoh lafaz

li'an ialah “Aku bersaksi dengan nama Allah bahawa aku melihat isteriku berzina”.

Setelah selesai proses li'an maka terbubarlah perkahwinan mareka serta tidak boleh rujuk

atau berkahwin semula sesama mereka selama-lamanya.

1.3.8 Ila’

Berlaku apabila suami yang berkuasa mentalak isterinya,bersumpah dengan menyebut

nama Allah untuk tidak bersetubuh dengan isterinya selama empat bulan atau lebih. Ila'

haram dilakukan kerana ia memudaratkan isteri. Jika suami berila' tidak menyetubuhi

isterinya sehingga tamat tempoh ila’ maka gugurlah talaq bain ke atas isterinya sebagai

alasan atas kezaliman suami dan rahmat pula bagi membolehkannya berkahwin dengan

lelaki lain. Walau bagaimanapun,perceraian dengan sebab ila' hendaklah dirujukkan

terlebih dahulu ke Mahkamah Syariah.

Jika suami melanggar sumpahnya dengan menyetubuhi isterinya sebelum cukup

empat bulan atau lebih maka dia wajib menbayar kifarah yamin dengan memilih salah

satu daripada 3 perkara berdasarkan Surah Al-Maidah ayat 89 dan Ijma'. Memberikan

21

Page 22: an Dan Penceraian Di Selangor

makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak seorang. Memberikan

pakaian yang menutupi aurat kepada 10 orang miskin, sepasang seorang. Memerdekakan

seorang hamba (muslim) jika suami tidak mampu melakukan salah satu daripada perkara

di atas maka wajiblah dia berpuasa 3 hari,sebaik-baiknya berturut-turut.

1.3.9 Zihar

Pada zaman jahiliyah zihar digunakan untuk menceraikan isteri. Hukum ini telah

dibatalkan dan ia tidak boleh lagi digunakan untuk menceraikan isteri. Maka jika si suami

menziharkan isterinya dengan niat talak, ia tetap dikira sebagai zihar. Zihar terjadi

apabila suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang merupakan mahram

muabbadnya iaitu ibu kandung, khususnya dari aspek keharaman berkahwin.

Contoh lafaz zihar ialah kata suami: ”Engkau sama seperti ibu kandungku yang

haram bagiku. ”Maka haramlah bagi si suami menyetubuhi isterinya.Jika penyamaan itu

bertujuan untuk memuliakan isteri seperti kata suami “kepandaian tangan kamu

memasak tak ubah seperti ibuku.”, maka ia tidak dikatakan zihar menurut mazhab Syafie.

Sebenarnya zihar ini adalah satu pernyataan kinayah untuk tidak menyetubuhi

isteri. Perbuatan zihar hukumya haram dan si suami dikira berdosa kerana mengharamkan

yang halal. Jika suami ingin kembali menyetubuhi isteri ia wajib membayar kifarah

terlebih dahulu, mengikut keutamaan salah satu daripada perkara dibawah :

a. Memerdekakan seorang hamba (muslim)

b. Berpuasa 2 bulan berturut-turut

c. Memberikan makanan yang mengenyangkan kepada 10 orang miskin, secupak

seorang.

22

Page 23: an Dan Penceraian Di Selangor

Sebaliknya jika suami terus tidak mahu menyetubuhi isterinya sehingga tempoh 4

bulan maka zihar ini telah hampir sama hukumnya seperti ila' kerana isteri telah

dizalimi(tidak mendapat nafkah batin).

1.4 Hukum talak

Wajib

a) Jika perbalahan suami isteri tidak dapat didamaikan lagib) Dua orang wakil daripada pihak suami dan isteri gagal membuat kata sepakat perdamaian rumah tangga merekac) Apabila pihak kadi berpendapat bahawa talak adalah lebih baikd) Jika tidak diceraikan keadaan sedemikian, maka berdosalah suami

Haram

a) Menceraikan isteri ketika sedang haid atau nifasb) Ketika keadaan suci yang telah disetubuhic) Ketika suami sedang sakit yang bertujuan menghalang isterinya daripada menuntut harta pusakanyad) Menceraikan isterinya dengan talak tiga sekali gus atau talak satu tetapi disebut berulang kali sehingga cukup tiga kali atau lebih

Sunat

a) Suami tidak mampu menanggung nafkah isterinyab) Isterinya tidak menjaga maruah dirinya

Makruh

Suami menjatuhkan talak kepada isterinya yang baik, berakhlak mulia dan mempunyai

pengetahuan agama

Harus

Suami yang lemah keinginan nafsunya atau isterinya belum datang haid atau telah putus

haidnya

23

Page 24: an Dan Penceraian Di Selangor

1.4.1 Rukun talak

Suami

a) Berakalb) Balighc) Dengan kerelaan sendiri

Isteri

a) Akad nikah sahb) Belum diceraikan dengan talak tiga oleh suaminya

1.4.2 Lafaz

a) Ucapan yang jelas menyatakan penceraiannyab) Dengan sengaja dan bukan paksaaan

1.4.2.1 Contoh lafaz talak

Talak sarih

Lafaz yang jelas dengan bahasa yang berterus-terang seperti “Saya talak awak” atau

“Saya ceraikan awak” atau “Saya lepaskan awak daripada menjadi isteri saya” dan

sebagainya.

Talak kinayah

Lafaz yang digunakan secara sindiran oleh suami seperti “Pergilah awak ke rumah mak

awak” atau “Pergilah awak dari sini” atau “Saya benci melihat muka awak” dan keluar

dari rumah tanpa izin suaminya, maka jatuhlah talak satu secara automatik.

Ia juga boleh berlaku selepas akad nikah (ia dipraktikkan di Malaysia dan wajib

oleh semua pengantin lelaki untuk melafaznya), berkata, “Jika saya menyeksa isteri saya

dengan sengaja, atau saya meninggalkan isteri saya selama empat bulan berterusan

24

Page 25: an Dan Penceraian Di Selangor

dengan sengaja tanpa kerelaannya, dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi,

apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri saya.”

Ia juga boleh berlaku dengan cara, “Jika saya menyeksa isteri saya dengan

sengaja, atau saya meninggalkannya selama empat bulan berterusan tanpa kerelaannya,

dan jika ia mengadu kepada kadi atau naib kadi serta membayar RM 1.00 sebagai tebus

talak, apabila disabitkan oleh kadi atau naib kadi maka jatuhlah talak satu ke atas isteri

saya dengan nilai tebus talak tersebut.”

1.5 Rumusan

Salah satu masalah yang sering dihadapi oleh pasangan yang baru mendirikan

rumahtangga ialah masalah ekonomi. Si suami tidak mempunyai pekerjaan yang tetap

25

Page 26: an Dan Penceraian Di Selangor

atau pun pendapatan yang tidak mencukupi. Terdapat juga si suami yang gagal

menguruskan kewangan rumahtangga dengan berkesan. Justeru itu, si suami gagal

menyempurnakan tugas dan tanggungjawabnya sebagai suami terutama dalam

menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk isteri dan anak-anak.

Konflik rumahtangga dalam kalangan pasangan yang baru berkahwin juga

berpunca daripada kejahilan pasangan tentang agama. Kurang pengetahuan agama Islam

terutama mengenai munakahat menyebabkan pasangan jahil tentang tugas dan

tanggungjawab masing-masing.

Terdapat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga menghadapi tekanan jiwa.

Keadaan ini berlaku kerana suami atau isteri ataupun kedua-duanya belum bersedia untuk

memasuki alam perkahwinan. Mereka tidak bersedia untuk memainkan peranan sebagai

suami ataupun isteri. Akibatnya tanggungjawab sebagai suami atau isteri tidak

dilaksanakan dengan sepenuh hati.

Dalam institusi perkahwinan, Allah s.w.t telah mengamanahkan tanggungjawab

tertentu kepada pasangan suami isteri. Tanggungjawab ini merupakan ibadat yang mesti

ditunaikan oleh pasangan dan pelaksanaan tanggungjawab sepertimana yang dikehendaki

Allh s.w.t akan membawa kebahagiaan kepada keluarga..

BAB II

26

Page 27: an Dan Penceraian Di Selangor

PERKARA BERBANGKIT DENGAN PEMBUBARAN PERKAHWINAN

2.1 Pengenalan

Perkara-perkara berbangkit jika berlaku pembubaran perkahwinan ialah perkara yang

menjadi tanggungjawab pasangan selepas perkahwinan mereka dibubarkan. Tanggung

jawab ini adalah menjamin keadilan sosial masyarakat Islam melalui institusi keluarga

iaitu semua pihak yang terlibat mendapat perlindungan dan hak masing-masing dalam

Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. Dengan itu setiap pihak akan terjamin

daripada pengabaian dan penganiayaan.

Pada asasnya konsep penyelesaian pertikaian secara damai atau muafakat pihak-

pihak tanpa melibatkan institusi pengadilan formal seperti mahkamah merupakan amalan

tradisi dalam kalangan anggota masyarakat dan ia telah diamalkan secara meluas dalam

kalangan bangsa-bangsa didunia meskipun istilah ini tidak didefinisikan secara jelas pada

masa itu. Sejarah juga mencatitkan bahawa semua masyarakat dan bangsa-bangsa di

dunia samada Ponisia, Rom, Greek, Hindu, Yahudi, Kristian, China dan Muslim

menggunakan aturan-aturan agama dan adat dan bukannya sistem mahkamah atau proses

litigasi bagi menyelesaikan pertikaian-pertikaian sivil. Campurtangan proses litigasi

kalaupun perlu hanya setelah penyelesaian secara tidak formal menemui jalan buntu dan

keadilan tidak mungkin akan tercapai kecuali melalui proses tersebut. .( Buxbaum 1968;

Jandt & Pedersen 1996; Syed Khalid 2002)

Setiap bangsa dan agama di dunia mempunyai metod dan istilah tersendiri dalam

merealisasikan amalan ini . Umpamanya dalam kalangan orang-orang Cina, proses

penyelesaian secara damai yang dikenali sebagai mediasi dianggap sebagai “one of

China’s fine tradition” . Proses ini di kesan sebagai telah diamalkan dalam era Dinasti

Zhou hampir 1,100 tahun dahulu. (Jandt & Pedersen 1996)

Di dalam Islam penyelesaian pertikaian tanpa melalui prosedur litigasi dikenali

sebagai sulh. Pada zaman pra Islam konsep ini yang diaplikasi melalui kaedah tahkim

27

Page 28: an Dan Penceraian Di Selangor

merupakan amalan tradisi masyarakat Arab dalam menyelesaikan pertikaian yang berlaku

dikalangan mereka samada ia melibatkan pertikaian komersil atau pertikaian antara

kabilah dan juga kekeluargaan. Meskipun dalam sistem kehidupan masyarakat pra Islam

tidak ada kekuasaan politik dan sistem pengadilan yang tersusun, namun jika terjadi

pertikaian mengenai hak milik, hak warisan dan pelanggaran hukum selain dari

pembunuhan, maka pertikaian ini akan dirujuk untuk diselesaikan oleh jurudamai yang

dipanggil hakam yang mewakili pihak masing-masing. Oleh kerana sistem sosial pada

masa itu didominasi oleh sistem suku atau kabilah maka setiap suku kaum mempunyai

hakamnya sendiri. (Madkur 1964;Coulson 1991;Schacht 1955)263.

Sejarah juga mencatitkan Nabi Muhammad s.‘a.w sebelum dilantik menjadi Rasul

pernah menjadi hakam dalam pertikaian yang hampir-hampir mencetuskan pertumpahan

darah di antara pembesar Quraysh. Peristiwa ini berlaku apabila masing-masing pihak

tidak mahu bertolak ansur dalam pertikaian bagi menentukan siapakah yang akan

meletakkan kembali hajar al-’aswad ketempat asalnya. (Iqbal 1961)

2.2 Perkara-perkara Berbangkit dengan Pembubaran Perkahwinan

2.2.1 Ihdad

Perkara yang timbul dengan sebab kematian bagi isteri yang kematian suami wajib

berkabung dalam tempoh yang tertentu. Dia antara perkara-perkara yang perlu dijaga

dalam tempoh berkabung ialah tidak boleh bersolek berlebih-lebihan dan tidak boleh

keluar dari rumah tanpa ada tujuan yang diharuskan oleh syarak. Tempoh berkabung

kepada seseorang isteri ialah empat bulan sepuluh hari.28

2.2.2 Rujuk

28 Akmal Mohd Zain. 1992. Kegoncangan Rumah Tangga: Penyelesaian Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn.Bhd. Hlm. 45-46.

28

Page 29: an Dan Penceraian Di Selangor

Menurut bahasa rujuk boleh didefinisikan sebagai kembali. Manakala menurut syarak, ia

membawa maksud suami kembali semula kepada isterinya yang diceraikan dengan ikatan

pernikahan asal (dalam masa idah) dengan lafaz rujuk.

2.2.2.1 Hukum rujuk

Wajib

Bagi suami yang menceraikan isterinya yang belum menyempurnakan gilirannya dari isteri-isterinya yang lain

Haram

Suami merujuk isterinya dengan tujuan untuk menyakiti atau memudaratkan isterinya itu

Makruh

Apabila penceraian lebih baik antara suami dan isteri

Harus

Sekirannya rujuk boleh membawa kebaikan bersama

2.2.2.2 Rukun Rujuk

Suami

a) Berakalb) Balighc) Dengan kerelaan sendiri

Isteri

a) Telah disetubuhib) Berkeadaan talak raj’ic) Bukan dengan talak tigad) Bukan cerai secara khuluke) Masih dalam idah

29

Page 30: an Dan Penceraian Di Selangor

2.2.2.3 Lafaz

a) Ucapan yang jelas menyatakan rujukb) Tiada disyaratkan dengan khiar atau pilihanc) Disegerakan tanpa dikaitkan dengan taklik atau bersyaratd) Dengan sengaja dan bukan paksaan

2.2.2.4 Contoh lafaz rujuk

Lafaz sarih

Lafaz terang dan jelas menunjukkan rujuk. Contoh : “Saya rujuk kembali awak” atau

“Saya kembali semula awak sebagai isteri saya.”

Lafaz kinayah

Lafaz kiasan atau sindiran. Contoh : “Saya jadikan awak milik saya semula” atau “Saya

pegang awak semula”. Lafaz kinayah perlu dengan niat suami untuk merujuk kerana jika

dengan niat rujuk, maka jadilah rujuk. Namun jika tiada niat rujuk, maka tidak sahlah

rujuknya.29

2.2.3 Iddah

Iddah bermaksud suatu jangka waktu yang perlu dilalui oleh isteri yang telah diceraikan

oleh suaminya (cerai hidup atau mati). Isteri tersebut harus menunggu supaya dapat

dipastikan sama ada beliau hamil. Iddah ialah satu tempoh masa yang perlu dinanti oleh

seseorang perempuan yang diceraikan oleh suaminya bagi mengetahui bersih rahimnya

daripada hamil untuk mengharuskan dirinya berkahwin dengan lelaki lain. Ia tidak boleh

berkahwin dengan lelaki lain sehinggalah tamat tempoh iddah tersebut.30

Iddah hukumnya wajib. Jika seseorang perempuan yang di dalam Iddah

berkahwin dengan lelaki yang lain maka perkahwinan itu tidak sah pada hukum syarak

dan wajib difasakhkan serta merta.31

29 Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia, 19 Disember 2007. Hlm.2.30 Ibid.Hlm.3-4.31 Lihat Syeikh Ghazali Abd Rahman.et al. Hlm.44.

30

Page 31: an Dan Penceraian Di Selangor

2.2.3.1 Jenis-jenis Iddah:

Iddah Talak

Iddah yang disebabkan oleh perceraian

Iddah Wafat

Iddah bagi seorang isteri yang kematian suaminya, iddahnya adalah empat bulan sepuluh

hari.

Iddah Hamil

Iddah bagi isteri yang diceraikan semasa beliau sedang hamil. Iddah isteri yang hamil

ialah sampai beliau melahirkan anak.

Iddah Kehilangan suami

Bagi seorang isteri yang kehilangan suami dan tidak mengetahui di mana suaminya

berada, iddah isteri tersebut adalah empat tahun lamanya, dan setelah cukup empat tahun

maka hendaklah dia beriddah lagi selama empat bulan sepuluh hari.

2.2.3.2 Hikmah Iddah

a) Untuk memastikan kesucian rahim perempuanb) Perkara ta’abbud (ibadat)c) Memberi peluang kepada suami berfikir semula dan kembali merujuk isterinya

semasa di dalam iddah . Hal ini tertakluk kepada kes talak rajie sahaja

2.2.3.4 Tempoh Iddah

31

Page 32: an Dan Penceraian Di Selangor

a) Iddah perempuan yang hamil ialah gugur kandungannya itu sama ada melalui kelahiran biasa atau keguguran sama ada ia perempuan yang diceraikan atau kematian suami

b) Iddah perempuan yang masih didatangi haid ialah sebanyak tiga kali suci

c) Iddah perempuan yang tidak ada haid sama ada telah putus haid atau belum kedatangan haid maka iddahnya ialah tiga bulan

d) Iddah perempuan yang kematian suami dengan syarat dia tidak hamil maka iddahnya ialah empat bulan sepuluh hari. Sekiranya dia kematian suami dan dia pula hamil maka iddahnya ialah melahirkan kandungan tersebut32

Seorang perempuan yang baru dinikahi atau telah lama bernikah tetapi tidak

pernah disetubuhi suaminya itu maka perempuan itu tidak perlu beriddah. Tetapi dia

wajib beriddah selama empat bulan sepuluh hari sekiranya suaminya itu meninggal dunia

walaupun tidak pernah disetubuhi suaminya.33

Berkaitan isu ini mahkamah merujuk kepada beberapa ayat al-Quran, hadis

Rasulullah SAW dan pendapat fuqaha-fuqaha seperti di bawah ini:-

Maksudnya: Dan isteri-isteri itu hendaklah menunggu dengan menahan diri mereka (daripada berkahwin) selama tiga kali suci dari haid. Dan tidaklah halal bagi mereka menyembunyikan dan tidak memberitahu tentang anak yang dijadikan Allah dalam kandungan mereka, jika betul mereka beriman kepada Allah dan Hari Akhirat. Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali (rujuk) isteri-isteri itu dalam masa eddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai. Dan isteri-isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka terhadap (suami-suami itu) mempunyai satu darjat kelebihan atas orang perempuan (isterinya). Dan ingatlah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al- Baqarah:Ayat 228)

2.2.4 Nafkah

32 Lihat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor. 2003.33 Ibid. hlm 45-46.

32

Page 33: an Dan Penceraian Di Selangor

Nafkah yang dimaksudkan ialah pemberian selepas perceraian. Pemberian nafkah ini

tertakluk kepada keadaan isteri yang diceraikan sama ada talak rajie atau bain atau

perceraian sebelum persetubuhan.

Pemberian nafkah oleh suami kepada keluarga merupakan satu tanggungjawab

yang mesti ditunaikan. Nafkah tersebut merangkumi perbelanjaan makan dan minum,

tempat tinggal, keselamatan dan perlindungan. Walaupun ia merupakan satu

tanggungjawab, pemberian nafkah juga boleh diibaratkan sebagai sedekah kepada

keluarga.34 Ini telah dijelaskan dalam hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

Sesiapa yang memberi nafkah kepada isterinya, anaknya dan ahli keluarga, maka(iaitu nafkah yang diberikan adalah sedekah

(Riwayat Ibnu Majah)

Pemberian nafkah tersebut tersebut mengikut kemampuannya. Firaman Allah

s.w.t yang bermaksud:

Hendaklah menafkahkan orang-orang kaya itu dari kekayaannya dan sesiapa yang sempit rezekinya maka nafkahkanlah daripada apa yang Allah berikan padanya. Tidakkah Allah membebankan sesuatu jiwa itu kecuali sekadar apa yang Allah berikan kepdanya. Nanti bakal Allah jadikan selepas kesusahan itu kemudahan

(Surah al-Talaq: 7)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

Cukup berdosa ke atas orang yang menahan nafkah ke atass orang yang ditanggungnya

(Riwayat Muslim)

2.2.4.1 Nafkah isteri yang diceraikan

34 Lihat Syeikh Ghazali Abd Rahman. Hlm. 62.

33

Page 34: an Dan Penceraian Di Selangor

a) Sekiranya seseorang isteri diceraikan oleh suaminya dengan talak rajie maka

menjadi tanggungjawab ke atas suami menyediakan nafkah berikut kepada

isterinya selama ia di dalam iddah:

i) Menyediakan makanan yang sepatutnya

ii) Menyediakan pakaian yang sepatutnya

iii) Menyediakan tempat tinggal untuk isteri yang diceraikan itu

iv) Menyediakan apa-apa yang patut kepada seorang isteri seperti alat soleh,

belanja perubatan dan sebagainya35

b) Sekiranya ia diceraikan dengan talak bain maka isteri tersebut hanya layak

mendapat kemudahan tempat tinggal daripada suaminya selama ia di dalam iddah. Tetapi

sekiranya ketika diceraikan ia sedang hamil maka dia juga layak medapat keempat-empat

kemudahan seperti perempuanyang diceraikan dengan talak rajie.

Sekiranya isteri yang diceraikan belum lagi disetubuhi maka dia tidak layak

mendapat apa-apa nafkah daripada suaminya. Pemberian nafkah akan gugur dengan

sendirinya apabila suami meninggal dunia ketika isterinya di dalam iddah. Perempuan

yang nusyuz juga tidak berhak mendapat nafkah daripada suaminya semasa di dalam

iddah.36

2.2.5 Mutaah

Mutaah ialah sebarang bentuk pemberian yang diberikan oleh suami kepada isterinya

sebagai ganti terhadap kemungkinan si isteri akan terdedah kepada kesempitan hidup dan

lain-lain kemudharatan. Dalam kalangan masyarakat Melayu, mutaah difahami sebagai

saguhati perceraian.37

35 Ibid. Hlm. 48.36 Ibid.37 Lihat Che Latifah Ismail. Hlm.34.

34

Page 35: an Dan Penceraian Di Selangor

Perempuan-perempuan yang berhak mendapat mutaah:

i) Perempuan yang diceraikan dengan kehendak suamiii) Perempuan yang dihukum oleh kadi, jatuh talaknya(fasakh) disebabkan

suaminya ada keaiban atau hilang atau mendatangkan mudharat kepadanya38

Perempuan-perempuan yang tidak berhak mendapat mutaah:

i) Perempuan yang diceraikan sebelum bersetubuhii) Perempuan yang bertebus talak (Khulu’)iii) Perempuan yang difasakh nikahnya dengan li’aniv) Perempuan yang diceraikan oleh suaminya di atas permintaannya sendiriv) Perempuan yang tercerai dengan sebab keaiban yang ada pada dirinya

sendiri39

2.2.6 Hadhanah

Hadhanah ialah mendidik dan menjaga anak bagi mereka atau sesiapa yang berhak

berbuat demikian. Hukum hadhanah adalah wajib kerana sekiranya diabaikan maka

anak-anak akan terdedah kepada segala bahaya dan mudharat.

2.2.6.1 Hak Mendapatkan Hadhanah

Jumhur fuqaha berpendapat bahawa ibu lebih berhak mendapatkan hak hadhanah

daripada bapa. Ini kerana ibu sebagai seorang perempuan dilihat lebih pengasih daripada

bapa dan ibu juga lebih tahan menanggung sabar dalam mendidik anak jika dibandingkan

dengan bapa, tambahan pula ibu lebih rapat dengan anak jika dibandingkan dengan

bapa.

Hak hadhanah boleh juga beralih kepada bapa dalam keadaan-keadaan berikut:

i) Ibu enggan menjaga anak-anaknya

38 “Dalam Hal Tuntutan Mutaah.” Enakmen Undang-Undang Kelaurga Islam Negeri Selangor 2003. berkaitan tuntutan mutaah.39 Ibid.

35

Page 36: an Dan Penceraian Di Selangor

ii) Ibu tidak layak menjaga anak-anaknya disebabkan gila, fasik dan tinggal

dalam persekitaran yang boleh menjejaskan pembesaran anak dalam

suasana Islam

iii) Anak enggan tinggal bersama ibunya

Walaupun Kadi mempunyai kuasa sepenuhnya menentukan kepada siapakah hak

hadhanah hendak diberikan setelah mengambil kira keadaan-keadaan ibu bapa (suami

isteri yang bercerai) dari segi kewangan, pendidikan, persekitaran tempat tinggal, tahap

keagamaan dan sebagainya.40 Penjagaan anak atau hadanah bermaksud penjagaan kanak-

kanak yang masih kecil yang belum berupaya untuk menguruskan diri sama ada lelaki

atau perempuan sesudah berlakunya perceraian di antara kedua ibu bapa mereka.41

 

Ibu adalah yang paling berhak daripada orang lain bagi menjaga anak kecil sama

ada dalam masa perkahwinan atau selepas berlakunya perceraian. Tanggungjawab itu

akan berterusan sehingga anak kecilnya mencapai umur mumaiyiz (kecerdikan).

Mahkamah akan membuat keputusan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan berikut:

i) Kebajikan kanak-kanak tersebut.

ii) Kemahiran ibu bapa kanak-kanak

iii) Kemahuan kanak-kanak itu sekiranya dia dalam peringkat umur yang

boleh menyatakan pendapatnya.42

  Anggapan yang boleh disangkal bahawa adalah untuk kebaikan seseorang kanak-

kanak yang masih kecil supaya ia berada bersama ibunya. Anggapan ini boleh dipatahkan

sekiranya dapat dibuktikan bahawa pihak lain dapat menjaga dengan lebih sempurna.

Bahawa adalah tidak baik untuk mengganggu kehidupan kanak-kanak dengan bertukar-

tukar penjagaan dari seorang penjaga kepada seorang penjaga yang lain.

40 Jurnal Hukum JAKESS. Kes Mal Bil. 1000-050-060. 2006.41 Risalah “Hak Penjagaan Anak”. 2008. Biro Bantuan Guaman. Jabatan Perdana Menteri.42 Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadhanah dan Nafkah Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004. Gurney Resort Hotel and Residences. Pulau Pinang. 21-22 Julai 2004.

36

Page 37: an Dan Penceraian Di Selangor

Sekiranya terdapat lebih daripada seorang anak hasil daripada sesuatu

perkahwinan mahkamah tidak terikat untuk meletakkan hak penjagaan kedua-dua atau

kesemua anak-anak itu dalam penjagaan seorang yang sama kerana kebajikan setiap

kanak-kanak tersebut dipertimbangkan secara berasingan.

Walaupun terdapat penjaga yang sesuai untuk diberi hak penjagaan anak,

mahkamah boleh pada bila-bila masa membuat perintah untuk meletakkan kanak-kanak

dalam penjagaan pihak-pihak lain sekiranya mahkamah berpendapat wujud keadaan yang

luar biasa yang menyebabkan tidak diingini kanak-kanak itu diamanahkan kepada

seseorang atau kepada kedua-dua ibu bapanya.

Orang yang bertanggungjawab membayar upah ialah orang yang

bertanggungjawab menanggung nafkah anak iaitu bapa kanak-kanak. Ini adalah kerana

upah penjagaan anak dikira sebagai sebahagian daripada nafkah wajib keatas bapa untuk

membayarnya. Sekiranya bapa tidak sanggup untuk menjaga anak tersebut, kewajipan

bapa untuk membayar nafkah tetap ada.

 

Orang yang bertanggungjawab membayar upah dan hadanahnya ialah orang yang

bertanggungjawab menanggung nafkahnya kerana perbelanjaan hadanah dikira sebagai

sebahagian dari nafkah dan ia merupakan perkara wajib keatas seseorang bapa ataupun

penjaganya.

 

Jika orang yang mengendalikan hadanah itu seorang perempuan asing, iaitu

bukan ibunya sendiri, maka dia, berhak mendapatkan upah kepada pelbagai khidmatnya

untuk si kecil, kecuali jika dia rela memberikan khidmatnya dengan percuma maka

gugurlah haknya itu. Bayaran hadanah dikira dari permulaan hari perempuan tersebut

menjalankan tugasnya. Bayaran itu tidak akan gugur sama sekali kecuali dengan

membayarnya atau menghalalkannya.

  2.3 Bahagian Undang-Undang Keluarga JAIS

37

Page 38: an Dan Penceraian Di Selangor

Visi

Berusaha membantu membina dan mengukuhkan institusi keluarga yang cemerlang

bertemakan

"Baiti Jannati" yang menepati kehendak Syariat Islam dan diredhai Allah

Misi

Menyediakan perkhidmatan, memupuk kefahaman dan mendidik masyarakat Islam

mengenai pembangunan dan pengurusan kekeluargaan berlandaskan Enakmen Undang-

Undang Keluarga dan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan

cemerlang.

Objektif

a) Mewujudkan dan menyediakan perkhidmatan hal-ehwal pengurusan kekeluargaan

Islam kepada pelanggan dalam suasana penuh tanggungjawab, mesra, cekap dan

amanah.

b) Menyebarkan maklumat dan mendidik masyarakat Islam mengenai cara hidup

kekeluargaan Islam mengikut pendekatan pembinaan keluarga 'Baiti Jannati' yang

selaras dengan Hukum Syarak untuk melahirkan modal insan yang berkualiti dan

beriman.

38

Page 39: an Dan Penceraian Di Selangor

c) Menyebarkan dan memberi kefahaman kepada masyarakat Islam berhubung

peraturan dan perundangan semasa, berkaitan pengurusan hal-ehwal keluarga

Islam untuk keharmonian institusi kekeluargaan

d) Menyediakan modul dan melaksanakan kursus-kursus pembangunan keluarga

yang berinformasi, berkualiti, berkesan dan mampu melahirkan modal insan yang

akan berfikiran positif serta mempunyai daya usaha tinggi selaras dengan cara

hidup Islam yang cemerlang

e) Menyediakan dasar, garis panduan, kaedah dan perkhidmatan

rundingcara/khidmat nasihat keluarga dan guaman syarie dalam suasana

mesra,beretika dan bertepatan dengan peruntukan dalam Enakmen Undang-

undang Kekeluargaan Islam serta Hukum Syarak

f) Melahirkan Pegawai Rundingcara / Khidmat Nasihat, Pegawai Syarie dan

Pendaftar Nikah yang berkualiti, berhemah dan professional.

g) Memantau pelaksanaan pengurusan perkhidmatan hal-ehwal keluarga Islam untuk

penyelarasan secara turun padang, berjadual dan efisen untuk penambahbaikan

serta pencegahan pelanggaran peraturan secara berterusan

h) Merancang dan meningkatkan penggunaan Teknologi Maklumat bagi

pengumpulan dan penyebaran data-data aduan keluarga, pernikahan, perceraian

dan rujuk untuk melancarkan aktiviti harian dan penyusunan program pelan

tindakan pembangunan institusi keluarga secara berterusan

2.3.1 Peranan JAIS dalam Institusi Kekeluargaan

Dalam usaha untuk menyelamatkan institusi kekeluargaan, JAIS sentiasa

meningkatkan tahap profesionalisme para pegawai rundingcara keluarga. Pegawai-

39

Page 40: an Dan Penceraian Di Selangor

pegawai ini sentiasa menunjukkan imej yang baik serta sentiasa mahu berusaha bagi

meningkatkan ilmu sama ada ilmu kaunseling atau hukum hakam bagi meningkatkan

mutu bidang khidmat kaunseling keluarga di Jabatan Agama Islam Selangor.

Pegawai Rundingcara sentiasa tabah dan cekal hati dalam memberi perkhidmatan

kepada orang ramai terutamanya mereka yang bermasalah dalam rumahtangga. Banyak

cabaran yang ditempuhi dalam memberi khidmat rundingcara kepada mereka yang

mempunyai masalah, oleh itu kesabaran dan ketabahan mereka amat diperlukan.43

Begitu juga dengan urusan berkaitan nikah, cerai dan rujuk masyarakat Islam di

Selangor kini lebih mudah, pantas dan tepat berbanding sebelum ini selepas Jabatan

Agama Islam Selangor melancarkan sistem Nikah, Cerai dan rujuk secara online. (Sistem

NCR Online).

Urusan yang mencakupi urusan permohonan kursus pra perkahwinan, permohonan

kebenaran berkahwin, permohonan perkahwinan, aduan serta khidmat nasihat,

permohonan cerai, permohonan rujuk dan permohonan salinan surat nikah, kini boleh

didapati dengan melayari Laman Web Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Jika sebelum ini, orang ramai perlu hadir ke Pejabat Agama Islam Daerah (PAID)

hanya semata-mata hendak mendapatkan borang yang berkaitan, kini mereka boleh

mendapatkan borang tersebut dengan mengisi data maklumat yang diperlukan dan

mencetaknya sebelum di bawa ke PAID yang berkenaan untuk proses selanjutnya.

2.4 Latarbelakang JAKESS

Agama Islam di negeri Selangor telah ada diawal kurun 15 melalui Melaka kerana

Selangor pada masa itu berada di bawah jajah takluk Melaka. Pada zaman pemerintahan

43 Seminar Peningkatan Pegawai Rundingcara Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor. Hotel Carlton Holiday. Shah Alam. 13 November, 2008.

40

Page 41: an Dan Penceraian Di Selangor

Melaka tersebut, telah wujud jawatan kadi untuk menguruskan hal ehwal agama Islam di

negeri tersebut. Sejarah penubuhan mahkamah syariah di negeri Selangor Darul Ehsan

pula telah wujud dalam kurun ke-17.44

Undang-undang Mencegah Berzina Tahun 1894 (Prevenatation of Adultry

Regulation 1894) adalah undang-undang pertama yang dikanunkan di negeri Selangor.

Diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada 26hb September 1894 dan

undang-undang ini hanya berkuatkuasa untuk yang beragama Islam sahaja. Mengikut

undang-undang ini, seorang lelaki yang melakukan perhubungan jenis dengan seorang

perempuan yang telah bersuami adalah bersalah dan boleh dihukum 2 tahun penjara bagi

lelaki dan 1 tahun penjara bagi perempuan dan mungkin kedua-duanya didenda.45

Pada tahun 1900 pula, Majlis Mesyuarat Negeri telah meluluskan Undang-undang

Pendaftaran Nikah Kahwin dan Cerai Orang-Orang Islam 1900 (Muhammadan Marriage

and Divorce Registration Enactment 1900) iaitu undang-undang berhubung dengan nikah

kahwin dan cerai orang-orang Islam di negeri Selangor.46

Undang-undang ini memperuntukkan suami atau wali hendaklah melaporkan

perkahwinan kepada kadi atau naib kadi daerah dalam masa 7 (tujuh) hari selepas akad

nikah dan kadi atau naibnya hendaklah mendaftarkannya dan mengeluarkannya sijil

perkahwinan. Begitu juga dengan percerian, hendaklah dilaporkan kepada kadi dalam

masa 7 tujuh selepas bercerai dan sijil cerai akan dikeluarkan kepada mereka yang

berkenaan. Sekiranya ini tidak dipatuhi, tindakan boleh diambil dengan hukum denda

tidak melebihi daripada RM 25.00. Dengan adanya undang-undang tersebut dan untuk

membicarakan hal nikah kahwin dan cerai, maka diadakan mahkamah kadi. 47

Pada tahun 1900 juga, jawatan kadi mula diperluaskan ke daerah-daerah dalam

negeri Selangor dan pada tahun 1922 tiap-tiap daerah ada kadinya masing-masing iaitu

44 Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil.1, 2004.45 Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, “Undang-Undang Mencegah Berzina 1894” . Bil. 1, Disember 1895.46 Buletin JAKESS. Bil.2. 2004.47 Ibid.

41

Page 42: an Dan Penceraian Di Selangor

daerah Klang, Kuala Lumpur, Kuala Langat, Ulu Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam,

Kuala Kubu dan Rawang.48

Pada tahun 1948 Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah ditubuhkan, dengan

itu usaha menggubal undang-undang telah dilakukan dan menghasilkan Undang-undang

Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dengan nama Enakmen Undang-

undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952 dan mula dikuatkuasakan

pada 5 Disember 1952. Dengan adanya undang-undang ini maka termansuhlah undang-

undang terdahulu daripadanya. Sehingga ke hari ini undang-undang ini telah mengalami

pindaan sebanyak 7 kali iaitu pada tahun 1969, 1960, 1961, 1962, 1966, 1972 dan pada

1979. Pindaan ini dibuat berkaitan dengan urusan mengemaskinikan pentadbiran hal

ehwal Islam di negeri Selangor.49

Pada tahun 1984 Undang-undang Keluarga Islam Selangor No. 4 tahun 1984 telah

diluluskan dan dikuatkuasakan pada 23 Januari,1989 di seluruh negeri Selangor.

Perlaksanaan Undang-undang ini telah memansuhkan bahagian ke 6 dan 7 seksyen 155,

156, 158, 160 dan 178 perenggan (n) Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor

No. 3 tahun 1952.50

Pada tahun 1989 Enakmen Perundangan Islam Selangor No. 2 tahun 1989 telah

diluluskan. Berdasarkan enakmen ini, Mahkamah Syariah Selangor ditubuhkan secara

rasmi dan berasingan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Pada tahun 1991,

Enakmen Kanun Prosedur Jenayah Syariah Selangor No. 6 tahun 1991 dan Enakmen

Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 telah diluluskan dan mula

dikuatkuasakan pada 1hb September 1991. Mulai tarikh itu Mahkamah Syariah Selangor

telah diasingkan secara rasminya dari JAIS.51

48 Ibid.49 Buletin JAKESS. Bil.4.2006.50 Ibid.51 Ibid.

42

Page 43: an Dan Penceraian Di Selangor

Pada tahun 2003 nama Mahkamah Syariah Selangor telah ditukar kepada Jabatan

Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) selaras dengan perkembangan dan

peningkatan kualiti perkhidmatan kepada pelanggan.Penubuhan Mahkamah Syariah di

Negeri Selangor adalah di bawah peruntukan Seksyen 55(1), 55(2), 55(3) dan 55(4)

dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

2.4.1 Mahkamah Syariah

Mahkamah Rendah Syariah Negeri Selangor ditubuhkan berdasarkan peruntukan di

bawah Seksyen 55(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. Akta

tersebut memperuntukan bahawa “Duli Yang Maha Mulia Sultan, di atas nasihat majlis

melalui pemberitahuan dalam Warta menubuhkan Mahkamah Rendah Syariah bagi

Negeri Selangor di tempat-tempat yang difikirkannya patut.

Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah pula diperuntukan di bawah Seksyen

62(1) iaitu sesuatu Mahkamah Rendah Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di

seluruh Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah Rendah.

Selain itu dalam Seksyen 62(2) dalam akta yang sama menjelaskan bidang kuasa

Mahkamah Rendah Syariah iaitu:

(a) Dalam bidang kuasa jenayahnya membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan

oleh seorang orang Islam di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 atau

mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap

rukun-rukun agama Islam yang baginya hukuman maksimum yang diperuntukan oleh

Enakmen atau mana-mana undang-undang bertulis itu tidak melebihi tiga ribu ringgit,

atau pemenjaraan selama tempoh dua tahun atau kedua-duanya, dan boleh mengenakan

mana-mana hukuman yang diperuntukan bagi kesalahan itu; dan

(b) Dalam bidang kuasa malnya, mendengar dan memutuskan semua tindakan dan

prosiding yang Mahkamah Tinggi Syariah diberi kuasa untuk mendengar dan

memutuskannya,jika amaun atau nilai hal perkara yang dipertikaikan itu tidak melebihi

43

Page 44: an Dan Penceraian Di Selangor

seratus ribu ringgit atau tidak dapat dianggarkan dengan wang (tidak termasuk tuntutan

hadhanah atau harta sepencarian).52

 

2.4.2 Senarai Mahkamah Syariah Negeri Selangor53

1) Ketua Hakim Syarie Negeri SelangorJabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor,Tingkat 5 & 6,Bangunan Mahkamah Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Pegawai, Seksyen 5, 40000 Shah Alam.Selangor Darul Ehsan

2) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah KlangTingkat 3, Unit 3-05 & 3-06,Garden Business Centre,No 3, Jalan Istana, 41000 Klang.Selangor Darul Ehsan

3) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Bandaraya Shah AlamTingkat 3, Bangunan Umno Selangor, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40000 Shah Alam.Selangor Darul Ehsan

4) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling JayaJalan Othman, 46000 Petaling Jaya.Selangor Darul Ehsan

52 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003. 53 Buletin JAKESS. Bil. 3.2007.

44

Page 45: an Dan Penceraian Di Selangor

5) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu LangatJalan Low Ti Kok,43000 Kajang,Selangor Darul Ehsan

6) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Sabak BernamJalan Parit 1 Timur,45300 Sungai Besar,Selangor Darul Ehsan

7) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak BaratBatu 17 ¾ , 48050 Kuang,Selangor Darul Ehsan

8) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak TimurJalan Au 2A / 17, Taman Sri Keramat,54200 Keramat,Kuala Lumpur

9) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Hulu Selangor44000 Kuala Kubu Bharu,Selangor Darul Ehsan

10) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala SelangorBandar Baru Kuala Selangor,45000 Kuala Selangor,Selangor Darul Ehsan

45

Page 46: an Dan Penceraian Di Selangor

11) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah SepangBandar Baru Salak Tinggi,43900 Sepang,Selangor Darul Ehsan

12) Hakim Mahkamah Rendah SyariahMahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala LangatSungai Manggis,42700 BantingSelangor Darul Ehsan

2.4.3 Penyelesaian Kes Mal 2005

Hulu Langat Mahkamah Syariah Paling Sibuk Pendaftaran kes mal tertinggi dicatatkan

antara MRS (Mahkamah Rendah Syariah) telah diraih oleh daerah Hulu Langat. Dengan

pendaftaran sebanyak 1,224 kes sepanjang tahun 2005. Daerah Hulu Langat juga telah

mendahului pesaingnya yang terdekat MRS Klang dengan majoriti 300 kes. Berdasarkan

keluasan bidang kuasa serta kepadatan penduduk di daerah tersebut, kekuatan fizikal dan

mental setiap pegawai dan kakitangan di lokasi berkenaan adalah diperlukan pada tahap

yang tinggi. Jesteru tidak hairanlah jika pencapaian kes selesai paling banyak juga

disandang oleh daerah tersebut dengan catatan sebanyak 908 kes. Manakala MRS

Petaling hanya ketinggalan satu kes dibelakang MRS Klang yang mendapat 924 kes.

Pendaftaran kes paling sedikit adalah MRS Sepang iaitu sebanyak 169 kes dan diikuti

dengan MRS Kuala Selangor sebanyak 220 kes dan MRS Hulu Selangor 252 kes. Seperti

yang dimaklumkan kes yang paling banyak selesai adalah MRS Hulu Langat diikuti oleh

MRS Petaling Jaya 704 kes, MRS Klang 676 kes dan tangga keempat Bandaraya Shah

Alam sebanyak 659 kes.

2.5 Sulh: Suatu Kemestian atau Sukarela

46

Page 47: an Dan Penceraian Di Selangor

Secara prinsipnya, menurut Islam pihak-pihak kepada pertikaian berhak menentukan

samada memilih penyelesaian secara perbicaraan atau sebaliknya. Namun demikian

pihak-pihak yang terlibat digalakkan mengadakan sulh bagi menyelesaikan pertikaian

kerana jelas ia memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Secara dasarnya proses sulh di Mahkamah Syariah Selangor merupakan suatu

kemestian( compulsory ) sebelum suatu kes dikemukakan untuk perbicaraan, kecuali kes-

kes yang dikemukakan di bawah seksyen 45 dan 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam

1984. Dengan lain perkataan perbicaraan hanya akan dijalankan jika sulh gagal mencapai

persetujuan samada atas keseluruhan atau sebahagian perkara yang dipertikaikan.

Prosedur ini bertujuan untuk memastikan bahawa usaha yang maksima telah diambil bagi

menyelesaikan pertikaian secara damai melalui rundingan antara pihak-pihak dan

seterusnya mempercepatkan proses penyelesaian kes-kes.

Begitupun samada prosedur tersebut bersifat kemestian atau sukarela, pada

prinsipnya iahanya boleh diteruskan jika pihak-pihak kepada pertikaian tersebut bersedia

untuk meneruskannya. Pihak-pihak dalam konteks ini mempunyai hak samada untuk

meneruskannya sehingga mencapai penyelesaian atas keseluruhan perkara-perkara yang

dipertikaikan atau sebahagian daripadanya atau menarik diri dan menamatkan proses

tersebut pada mana-mana peringkat proses tersebut berjalan selagi belum ada apa-apa

bentuk perjanjian.

Oleh yang demikian apa yang dimaksudkan sebagai prosedur sulh yang bersifat

kemestian ialah keperluan untuk melalui prosedur sulh sebelum sesuatu kes dikemukakan

untuk perbicaraan dan bukannya kemestian dalam menerima apa-apa cadangan

penyelesaian atau bukannya kemestian membuat perjanjian persetujuan. Pelaksanaan dan

Penguatkuasaan Perintah Persetujuan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini oleh

kerana sulh yang diamalkan di Mahkamah Syariah ini berasaskan kepada Kaedah

Tatacara Mal Sulh 2001 dan ia menjadi sebahagian dari perkara yang tertakluk di bawah

bidangkuasa mahkamah, maka setiap penyelesaian yang dicapai menerusi sulh ini akan

47

Page 48: an Dan Penceraian Di Selangor

direkodkan sebagai “penghakiman berasaskan persetujuan”oleh mahkamah. Ini bermakna

dari segi praktiknya amalan sulh yang dipakai di negara ini lazimnya akan menggunakan

mahkamah sebagai kuasa pemutus sesuatu pertikaian meskipun sesuatu kes itu begitu

mudah untuk diselesaikan diluar mahkamah.

Fakta telah membuktikan bahawa pada asalnya masyarakat Melayu memang

menggunakan mahkamah sebagai rujukan terakhir bagi menyelesaikan kes-kes

kekeluargaan. Mimi Kamariah telah menjelaskan “in Malaysia where familial ties are

still fairly strong, parties whose marriages are facing difficulties should invirably seek

help from members within the family circle”. Beliau kemudiannya menambah “ only if

that fails, a party wuld consult a lawyer and be advised on the procedures, requirements

and implications relevant to divorce proceeding”. (Mimi 1999)

Namun demikian belum ada kajian berbentuk kuantitatif yang membuktikan

kecenderungan itu berada pada peratus yang paling tinggi, malah beberapa kajian

mutaakhir menjelaskan bahawa atas beberapa alasan, kecenderungan itu sudah semakin

berkurangan terutamanya dikalangan penduduk bandar. (Aida 2002; Lim 1997)

Oleh yang demikian, apabila rujukan kepada proses rundingcara bagi tujuan

perdamaian yang dijalankan di Jabatan Agama Islam Selangor bukan lagi suatu

kemestian maka tanggungjawab tersebut mestilah dipikul oleh Mahkamah Syariah

sebagai institusi pertama yang dituju oleh masyarakat bagi menyelesaikan masalah. Ada

benarnya kenyataan bahawa pihak-pihak yang mengemukakan permohonan terutamanya

tuntutan dibawah seksyen 47 sememangnya tidak berminat untuk meneruskan lagi

kehidupan suami-isteri, namun demikian tindakan ini menampakkan suatu bentuk

pengabaian terhadap salah satu fungsi sulh iaitu berusaha mendamaikan kembali

pasangan yang bertikai (reconciliation). Apalah ertinya pelaksanaan sulh yang dapat

mempercepatkan penyelesaian kes-kes dan mengurangkan lambakan kes-kes di

mahkamah tetapi dalam waktu yang sama kes-kes perceraian semakin meningkat

bilangannya.

48

Page 49: an Dan Penceraian Di Selangor

Begitu pun usaha-usaha kearah mendamaikan kembali pasangan yang bermasalah

hendaklah dilakukan pada peringkat awal sebelum sesuatu petisyen itu difailkan di

mahkamah. Kajian telah menunjukkan bahawa prosedur perdamaian yang bermula

setelah kes tersebut berada dalam situasi yang kronik dan kritikal atau prosedur

perdamaian yang bermula apabila sesuatu petisyen di failkan di mahkamah telah

menunjukkan peratus kejayaan yang terlalu rendah dan kadang-kadang lebih bersifat sia-

sia.(Zaleha 1993).

2.5.1 Penyelesaian Kes Sulh 2005

Dengan mengasingkan kategori sulh yang dijalankan di MTS (Mahkamah Tinggi

Syariah) dan MRS mungkin boleh memberi gambaran tepat tentang pencapaian sebenar

pelaksanaan Sulh di Selangor, jika dilihat gabungan MTS Dewan 1 dan Dewan 2

menjadikan kes yang didaftarkan di MTS adalah sebanyak 414 kes, berjaya diselesaikan

melalui perundingan sebanyak 151 kes mewakili 31% dan yang terpaksa dirujuk ke

Dewan Bicara sebanyak 258 mewakili 50% manakala baki 98 kes atau 19%

ditangguhkan untuk tahun berikutnya. Bagi kategori MRS pencapaian tertinggi mengikut

peratusan pendaftaran kes sulh untuk kes yang berjaya diselesaikan melalui perjanjian

penyelesaian disandang oleh MRS Sabak Bernam sebanyak 88% dituruti oleh MRS

Kuala Langat sebanyak 85%, MRS Sepang sebanyak 81%, MRS Klang 76% dan MRS

Kuala Selangor 65%. Secara keseluruhannya untuk MTS dan MRS kes yang didaftarkan

adalah sebanyak 1906 kes, berjaya diselesaikan melalui perjanjian penyelesaian sebanyak

1218 kes atau 58%.Gagal diselesaikan sebanyak 666 kes atau 32% dan tangguhan

sebanyak 10%. Apapun catatannya Pegawai Sulh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

masih berjaya mengekalkan rekod kes berjaya melebihi 50% dari kes yang diserahkan

pada tahun 2005.

2.5.2 Implikasi Tidak Mematuhi Perintah Persetujuan

49

Page 50: an Dan Penceraian Di Selangor

Pada prinsipnya oleh kerana penyelesaian pertikaian menerusi sulh dicapai berdasarkan

persetujuan dan kerelaan kedua-dua pihak, maka sepatutnya tidak timbul isu mengenai

pelaksanaan persetujuan tersebut. Begitupun jika berlaku keengganan oleh mana-mana

pihak untuk melaksanakan apa-apa perkara yang dipersetujui melalui sulh, disebabkan

persetujuan ini kemudiannya menjadi sebahagian dari perintah mahkamah, maka

peruntukan yang berkaitan dalam Enakmen Acara Mal berhubung pelaksanaan dan

penguatkuasaan perintah mahkamah bolehlah dirujuk untuk dipakai bagi tujuan

pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Keunggulan sulh sebagai kaedah dalam menyelesaikan pertikaian adalah suatu

hakikat yang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan data-data yang terkumpul, dan laporan-

laporan media massa di Malaysia menunjukkan meskipun pelaksanaannya baru bermula,

namun prosedur ini telah memperlihatkan hasil yang membanggakan dalam pengurusan

kes-kes kekeluargaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Selain dari

berjaya menanggani masalah kes-kes tertunggak (Harian Metro 4/9/02) pelaksanaan

kaedah ini juga dilihat mampu memberikan kepuasan hati kepada pihak-pihak yang

bertikai, disamping beberapa faedah lain seperti pengurangan kos tanggungan oleh pihak-

pihak bertikai. Adalah menjadi harapan semua, meskipun perubahan yang telah dilakukan

kepada sistem yang digunapakai ini dapat mempermudah dan meringkaskan prosedur-

prosedur kehakiman serta memberikan impak yang positif kepada pengurusankes-kes

kekeluargaan, dalam masa yang sama ia perlulah terus memastikan prinsip keadilan dapat

ditegakkan.

50

Page 51: an Dan Penceraian Di Selangor

2.6 Rumusan

Syariah menggariskan peraturan hidup individu dan kolektif. Peraturan ini mencakupi

bidang-bidang ritual, moral, keluarga, social, ekonomi, warganegara, system undang-

undang, undang-undang perang dan damai serta hubungan antarabangsa. Ringkasnya, ia

mencakupi semua bidang hidup manusia. Syariah menunjukkan perkara baik dan buruk

yang berfaedah dan yang merosakkan. Ia menunjukkan cara-cara untuk mencapai

matlamat yang luhur dari peraturan-peraturan berkenaan. Syariah menunjukkan cara-cara

untuk menggerakkan masyarakat dinamik di bawah peraturan dan disiplin.

Syariah berbeza dari undang-undang yang lain kerana ia merupakan segugus

peraturan skima sistem kehidupan yang digariskan oleh kesepaduan hidup insan. Hukum-

hukum syariah mempunyai kaitan dengan kehidupan masyarakat Islam. Jadual

Kesembilan Perlembagaan Persekutuan menentukan aspek-aspek tertentu di mana

enakmen-enakmen syarak boleh digubal oleh State Legislature (Badan Penggubal

Undang-Undang Negeri). Terbatasnya skop Islam sebagai agama rasmi Malaysia juga

dapat dilihat daripada pencabulan bidang kuasa oleh Mahkamah Sivil ke atas bidang

kuasa Mahkamah Syariah yang sememangnya telah terhad itu.

51

Page 52: an Dan Penceraian Di Selangor

Dalam tahun 1998, di dalam usaha untuk menaikkan taraf Undang-Undang

Syariah dan Mahkamah Syariah, Parlimen telah meminda Perkara 121 dengan

memasukkan klausa 1A yang tidak lagi membenarkan Mahkamah Sivil menceroboh

bidang kuasa Mahkamah Syariah. Masih banyak lagi perkara yang harus dilakukan demi

untuk memperbaiki martabat Islam, hukum Islam dan Mahkamah Syariah

keseluruhannya. Pentadbiran Mahkamah Syariah haruslah diperkemaskan bagi

melicinkan pengendalian kes.

  

BAB III

PERCERAIAN MELALUI KHIDMAT PESANAN RINGKAS

3.1 Pengenalan

Pada 24 April 2003, masyarakat Islam dikejutkan dengan isu cerai SMS, iaitu lafaz cerai

atau taklik dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi telefon bimbit. Ianya hanya

sebuah pesanan ringkas tapi membawa natijah yang baru dalam kehidupan

berumahtangga. Isu ini menjadi semakin hangat apabila adanya campurtangan dari Dato

Seri Dr Mahathir Muhamad dan juga Menteri Pembangunan Wanita, Dato’ Shahrizat

Haji Jalil. Isu ini sebenarnya tidaklah sekronik mana, tetapi medialah yang memainkan

peranan mewarwarkan seolah-olah isu ini merupakan isu penting untuk didiskusikan di

kedai-kedai kopi, tidak kira di kafe berinternet atau kedai-kedai runcit. Kebanyakan

tukang cerita-cerita ini berbicara hingga melangkaui batas hukum syarak.

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini hari ini mengesah dan

mensabitkan perceraian satu pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui sistem

52

Page 53: an Dan Penceraian Di Selangor

pesanan ringkas (SMS) pada April 2003. SMS yang dihantar oleh Shamsudin Latif

kepada bekas isterinya, Azida Fazlina Abdul Latif tertera: “kalau engkau tak keluar dari

rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga”. Pada masa lafaz itu dihantar pada pukul

10.04 pagi 18 April 2003, Azida berada di rumah keluarganya dan dia hanya

membacanya pada pukul 8 malam apabila telefon bimbitnya dipasang. Hakim Syarie

Mohamad Fauzi Ismail semasa membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan

sabit serta gugur talak tiga terhadap Azida.54  Pada prosiding 9 Julai 2003, Azida yang

bertindak sebagai plaintif memberitahu mahkamah bahawa dia pasti SMS itu dihantar

oleh suaminya (ketika itu). Shamsudin yang dinamakan sebagai defendan ketika ditanya

oleh mahkamah, memperakukan keterangan yang diberikan oleh Azida.55

 

Berasaskan sumber berita dari media-media tempatan ini maka lahirlah berbagai

spekulasi berkenaan dengan cerai SMS ada yang pro dan kontra. Ada yang melampau-

lampau membangkang cerai SMS dan merasakan seolah-olah ia penghinaan kepada

wanita, tidak terkecuali Dato’ Seri Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Seri Shahrizat Hj Jalil,

Sisters in Islam, beberapa pertubuhan NGO wanita yang kurang dikenali. Isu hukum

syarak tidak ditonjolkan berkenaan dengan cerai SMS, yang ditonjolkan ialah isu

‘menghina wanita’, mereka bersikap anti-kepada keputusan Mahkamah Syariah itu. Ada

satu tulisan menarik dari sebuah rencana dalam Utusan Malaysia yang betul-betul

mempertikaikan tidakan Hakim Syarei. Seolah-olah Hakim Syarei tersebut tidak teliti,

yang amat menggelikan hati, rencana tersebut cuba mengajar pihak tertentu bagaimana

untuk mengesahkan SMS itu ditulis oleh suaminya dan sebagainya.

 

Tidak kurang juga yang betul-betul mempermainkan isu ini, ada yang membuat

andaian kalau seseorang itu poligami, tiba-tiba isteri pertama cemburu hantar SMS

menceraikan isteri kedua dengan talak tiga sekali gus, habislah sang suami. Itulah

beberapa kedangkalan pihak yang kononnya mereka berfikiran kritis tetapi sebenarnya

masih dangkal dalam mengkaji idea ini secara menyeluruh, bahkan mereka mungkin

tidak merujukpun kepada written decision, mungkin mereka ini hanya merujuk kepada

54 Utusan Malaysia. Muka Depan. 25.8.2003.55 Ibid.

53

Page 54: an Dan Penceraian Di Selangor

laporan akhbar dan media massa yang agak terhad laporannya dan mengarah kepada

memenangkan pendapat pihak tertentu.

3.2 Pendapat dan Hukum Penggunaan SMS

Kemudian bermulalah isu mempertikaikan kewibawaan Hakim Syarei Mahkamah

Gombak Timur bermula apabila Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan

Masyarakat akan meminta Jabatan Agama Islam memberi penjelasan lanjut mengenai

kedudukan perceraian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang disahkan oleh

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Menterinya, Datuk Dr. Siti Zaharah

Sulaiman berkata, beliau ingin mengetahui kedudukan sebenar mengenai fatwa atau

perkara-perkara yang membolehkan perceraian dengan cara itu disahkan.56 Beliau ingin

mendapatkan maklumat mengenai perkara tersebut dan tidak akan mengeluarkan

kenyataan mengenainya, sehingga mendapat penjelasan sepenuhnya. Soal yang menjadi

pokok sekarang ialah institusi kekeluargaan yang harus sentiasa dilindungi dari

menghadapi masalah perpecahan. Perpecahan boleh mengakibatkan beberapa masalah

lain dan elak menambah masalah. Ahli keluarga mesti bertanggungjawab terhadap

keluarga masing-masing dan tidak boleh membiarkan masalah itu diselesaikan secara

berasingan atau mengambil pendekatan sambil lewa. Beliau menambah, jika menghadapi

masalah dalam keluarga, perkara itu perlu dirujuk kepada pihak tertentu yang mahir.

 

Para mufti dan ahli agama berpendapat walaupun lafaz perceraian melalui alat

telekomunikasi moden termasuk e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) dibolehkan

dalam Islam tetapi ia tidak digalakkan bagi mengelakkan kekeliruan. Mereka turut

meminta umat Islam supaya menggunakan kaedah lebih terhormat apabila melafazkan

cerai terhadap isteri kerana agama Islam sendiri membenci perceraian. Mufti Kedah,

Datuk Syeikh Hasbullah Abdul Halim berkata, Islam tidak pernah menghalang umatnya

daripada menggunakan kemudahan teknologi semasa termasuk dalam berkomunikasi

dengan seseorang. Bukan sahaja SMS, kalau guna Internet juga boleh kerana yang

penting ialah maklumat itu mesti sampai kepada si isteri. Lafaz melalui SMS dinamakan

56 Utusan Malaysia. “Berita Dalam Negeri”. 26.7.2003.

54

Page 55: an Dan Penceraian Di Selangor

sebagai lafaz kinayah (tidak terus terang) sementara lafaz ucap (bersemuka) pula

dipanggil sebagai lafaz soreh (terus terang). Perbezaan antara kedua-dua lafaz tersebut

ialah lafaz talak kinayah hanya sah jika diikuti dengan niat manakala lafaz talak soreh

cukup menerusi kata-kata sahaja.57

 

Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Datuk Dr. Ismail Ibrahim berkata,

penggunaan teknologi dalam kehidupan seharian adalah perkara baik tetapi ia tidak harus

disalahgunakan terutama bagi perkara yang membabitkan hukum agama. Penggunaan

sewenang-wenangnya e-mel, Internet atau SMS walaupun latar belakang mereka yang

menghantar pesanan boleh disiasat untuk mengesahkannya. Menurut beliau, meskipun

menyampaikan sesuatu seperti talak melalui SMS perlu disahkan oleh mahkamah, ia

dibimbangi akan menimbulkan masalah lain.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemajuan

teknologi tidak sepatutnya disalah guna termasuk bercerai melalui SMS telefon bimbit.

Beliau yang kesal dengan kejadian menimpa sepasang suami isteri terbabit berkata,

walaupun dibolehkan oleh syarak namun ia tidak sepatutnya diamalkan. Beliau tidak

menyokong perceraian melalui SMS. Sepatutnya kalau hendak bercerai kena bersemuka

bukan SMS, Mereka (pasangan terbabit) boleh menggunakan teknologi ini untuk

bersemuka atau berbual, dan dari situ mungkin timbul perasaan kasihan dan tidak jadi

bercerai. Inilah kemajuan dalam bidang telekomunikasi. 58

 

Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad berkata mesyuarat mingguan Kabinet

berpandangan bahawa perceraian pasangan Islam tidak sepatutnya dilakukan dengan

lafaz cerai melalui perkhidmatan pesanan ringkas (SMS). Kabinet memutuskan yang

sementara mereka mungkin betul daripada sudut lain, ia bukan cara untuk bercerai.59

Penceraian melalui SMS adalah sesuatu hal menghina wanita, dengan berhujahkan

bahawa lelaki yang menggunakan SMS perlu menfailkan kesnya ke Mahkamah , ini

menunjukkan bahawa wanita diberi hak. Dengan sinis beliau menyelar orang

57 Ibid.58 Utusan Malaysia. Muka Depan. 30.7.2003.59 Utusan Malaysia. Muka Depan. 31.7.2003.

55

Page 56: an Dan Penceraian Di Selangor

mengatakan cerai SMS bersifat jalanan, dalam masa yang sama mengiktiraf cinta jalanan

dengan sms.60

 

Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga tidak bersetuju dengan budaya

tersebut. Ia merupakan satu penghinaan kepada wanita dan membawa imej yang negatif

kepada Islam. Kementerian meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul

Hamid Zainal Abidin mengambil kira perkembangan terbaru ini agar SMS tidak menjadi

alat untuk wanita diceraikan. 61

 

Manakala dalam tajuk “Pinda Undang-undang Keluarga Islam jika lemah”.

Utusan Malaysia.31.7.2003.   Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga akan

mengesyorkan supaya Undang-undang Keluarga Islam dipinda jika terbukti wujud

kelemahan sehingga membolehkan lafaz cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)

dibuat sewenang-wenangnya. Kabinet memandang berat perkara itu dan sependapat

dengan kementerian bahawa perceraian melalui cara tersebut tidak selaras dengan

semangat Syariah. Tegasnya, ia tidak harus dilihat sebagai penghinaan ke atas wanita

sahaja, sebaliknya boleh mencemarkan imej agama suci itu dan menjatuhkan maruah

lelaki Islam di negara ini.62

Kementerian akan mengesyorkan pindaan undang-undang kalau jelas dan nyata

ada kelonggaran di dalamnya yang menyebabkan perceraian melalui SMS berlaku di

negara ini. Bukan setakat menerusi SMS bahkan melalui e-mel pun kerana dianggap

telah menyalahgunakan teknologi yang ada. Kabinet membincangkan isu lafaz cerai

melalui SMS ekoran timbul kontroversi sama ada cara itu beradab atau tidak dan apakah

ia satu penghinaan kepada wanita serta kesannya kepada imej Islam.

 

  Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin

berkata bahawa Lafaz cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) tidak sah sehingga

diperakukan oleh Mahkamah Syariah di negara ini. Menurut beliau, jika seseorang suami

60Dalam Ruangan Forum Utusan Malaysia. 30.7.2003.61 Lihat Utusan Malaysia. 30.7.2003.62 Utusan Malaysia. “ Pinda Undang-Undang Keluarga Islam Jika Lemah.” 31.7.2003.

56

Page 57: an Dan Penceraian Di Selangor

menghantar SMS menyatakan cerai kepada isteri, talak tidak jatuh kerana ia tertakluk

kepada hukum bahawa mengikut undang-undang Islam di negara ini ia perlu dibawa ke

mahkamah untuk disahkan. Situasi itu dianggap sebagai cuba untuk bercerai dan ia tidak

sah sehingga diperakukan oleh Mahkamah Syariah mengikut Undang-Undang Keluarga

Islam 1984. Merujuk kepada lafaz cerai melalui SMS yang dihantar oleh Shamsudin

Latif kepada bekas isterinya, Azida Fazlina Abdul Latif pada 18 April 2003 dan

disabitkan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 24 Julai 2003, Lafaz

cerai itu tidak sah dan mereka masih suami isteri yang sah dalam tempoh mula SMS itu

dihantar sehingga mahkamah sahkan perceraian itu pada 24 Julai 2003.

Talak yang dilafaz oleh suami termasuk menggunakan e-mel, faksimile dan surat

juga dikategorikan sebagai `cuba' melakukan perceraian di luar mahkamah atau tanpa

kebenaran dan ia bertentangan dengan undang-undang Islam di negara ini. Undang-

undang itu diwujudkan mengikut kaedah fiqah iaitu sesuatu tindakan imam (pemimpin)

ke atas rakyat bergantung kepada kepentingan umum. Ia adalah untuk memastikan si

suami tidak melafazkan talak dengan sesuka hati yang boleh menganiaya isteri. Oleh itu,

mengikut Seksyen 124 undang-undang berkenaan, sesuatu perceraian di luar mahkamah

atau tanpa kebenaran mahkamah akan dikenakan denda sehingga RM1,000 atau penjara

tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.Jadi, jika suami cuba melakukan

perceraian menggunakan SMS, maka tidak jatuh talak. Bukan SMS yang `berkuasa'

menceraikan pasangan suami isteri tetapi mahkamah.

Undang-undang keluarga Islam di negara ini tidak membenarkan suami

melafazkan talak dengan sesuka hati bertujuan untuk memelihara kehormatan kaum

wanita. Selain itu ujarnya, ia bagi memastikan proses perceraian berlaku dalam suasana

harmoni, sekalipun ia dibenarkan oleh Islam. Oleh yang demikian, Jabatan Kefahaman

Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) ditugaskan

mengkaji semula peraturan berkaitan. Mungkin denda boleh dinaikkan kepada penjara

tiga tahun atau denda sebanyak RM5,000, ini semua akan dirujuk semula.63

   

63 Ibid.

57

Page 58: an Dan Penceraian Di Selangor

Melafaz talak melalui SMS tidak seharusnya berlaku kerana ikatan perkahwinan

dalam Islam jauh dari sikap emosional. Seorang Muslim sejati seharusnya memiliki

kesopanan, budi, kesabaran dan kekuatan diri dalam menangani persoalan ini. Seseorang

itu mungkin tidak menyukai sesuatu dan cuba untuk menjauhinya padahal dari segi

kenyataannya ia mengandungi banyak kebaikan dan rahmat.64

Bergaullah dengan isteri kamu menurut yang sepatutnya. Kalau kamu benci kepada mereka (hendaklah kamu bersabar), kerana boleh jadi kamu benci pada sesuatu sedang Allah menjadikan kebaikan yang banyak di dalamnya. (Surah an-Nisa ayat 19)

Peraturan yang membabitkan perceraian di luar mahkamah mungkin

diperketatkan termasuklah cadangan memperkenalkan hukuman penjara mandatori

kepada suami yang melafazkan cerai melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telefon

bimbit. Hukuman yang ada sekarang gagal menghalang perkara tersebut walaupun ia

sebenarnya sudah cukup tegas. Bagaimanapun, walau setegas mana undang-undang

sekalipun ia bukanlah satu jaminan bahawa masalah berkenaan dapat diatasi kerana yang

paling penting adalah kesedaran di dalam diri para suami. Suami hendaklah ingat bahawa

mereka mesti menggunakan cara yang lebih beradab dan bertanggungjawab walaupun

lafaz cerai yang dilakukan di luar mahkamah, ia tetap jatuh dari segi syarak.65

 

Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) berpendapat cadangan

memperkenalkan hukuman penjara mandatori ke atas suami yang melafazkan cerai

melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS) telefon bimbit mampu mengatasi masalah

perceraian melalui SMS daripada berleluasa. Yang Dipertua NCWO, Profesor Datuk Dr.

Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin berkata, hukuman berkenaan akan menjadikan

golongan suami lebih berhati-hati dan membendung perbuatan melafazkan cerai dengan

sewenang-wenangnya melalui perkhidmatan SMS. Hukuman penjara adalah lebih berat

dan serius berbanding dengan hukuman mengenakan denda.66

64 Mohd Shauki Abdul Majid. “ Lafaz Talak SMS”. Buletin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Ogos 2008.65 Sheikh Ghazali Abdul Rahman. “Peraturan cerai SMS”. Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Ogos 2003. 66 Utusan Malaysia. Muka Depan. 4.8.2003.

58

Page 59: an Dan Penceraian Di Selangor

Pengerusi Perkhidmatan Hotline MCA, Tai Sim Yew dalam satu kenyataan yang

dikeluarkan berkata, masalah lafaz cerai melalui SMS harus dibendung demi memelihara

kesucian dan kehormatan institusi kekeluargaan dan perkahwinan. Selain itu perbuatan

tersebut juga adalah satu bentuk diskriminasi, prejudis dan penghinaan kepada maruah

dan martabat kaum wanita di negara ini.67

  

Isu ini benar-benar mengajak pelbagai pihak terdiri daripada orang ramai, ulama

dan terutamanya golongan wanita melihat perkembangan kurang sihat ini. Kebanyakan

mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara talak itu `dilafazkan'. Bahkan,

lafaz cerai melalui SMS disifatkan sebagai menghina kaum isteri selain dilihat sebagai

diskriminasi terhadap wanita. Pertubuhan Sisters In Islam (SIS) melalui Pegawai

Penyelidiknya, Nik Noriani Nik Badlishah berkata, lafaz cerai menerusi SMS

menunjukkan si suami tidak mempunyai adab ihsan di dalam diri. SIS begitu terkejut

kerana Majlis Agama Islam membenarkan perkara tersebut tanpa adanya tatatertib atau

ihsan di dalam perkara tersebut. Seorang pekerja pun tidak boleh dibuang kerja melalui

SMS, inikan pula perceraian yang merupakan satu pekara besar yang melibatkan rumah

tangga.68

Walaupun perceraian memang merupakan hak suami tetapi selalunya pihak

isterilah yang akan menanggung segala proses perundangan dan sebagainya. Proses

perceraian selalunya akan berakhir dalam jangka masa yang lama dan menelan kos yang

mahal. Menurut SIS, Majlis Agama Islam sudah bersedia untuk menggunakan alatan

moden bagi tujuan lafaz cerai yang sudah tentu memberi banyak kelebihan kepada pihak

suami. 69

Dalam pada itu, Exco Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO), Faridah

Khalid berkata, perceraian menerusi SMS merupakan satu penghinaan kepada institusi

perkahwinan itu sendiri. Tambahan pula katanya, implikasi terhadap isteri dan keluarga

adalah besar akibat perceraian dengan cara demikian. Kita tidak tahu sama ada SMS

67 Ibid.68 Ruangan Keluarga. “Jangan Hina Isteri”. Utusan Malaysia. 3.8.2003.69 Ibid.

59

Page 60: an Dan Penceraian Di Selangor

tersebut dilakukan dengan tujuan penganiayaan oleh pihak yang sakit hati dengan

pasangan tersebut. Ini sudah tentu akan menghuruharakan sesebuah rumah tangga.

Ikatan perkahwinan adalah sesuatu yang suci, namun dilihat untuk meleraikannya sebagai

paling mudah dan terlalu singkat. Untuk bercerai bukanlah satu yang mudah. Suami perlu

mempertimbangkan banyak perkara sebelum membuat perisytiharan perceraian ke atas

isterinya. Bukan hanya setakat menggunakan SMS sahaja.70

Sementara itu Pengerusi Wanita Ikram, Maryam Abdul berkata, perceraian

menggunakan SMS adalah terlalu mudah, terutamanya bagi suami yang sudah `hilang

pertimbangan'. Penyalahgunaan teknologi canggih untuk membuat sesuatu yang boleh

menjatuhkan makhluk Tuhan yang lain. Jika perlu bercerai, pergi ke mahkamah untuk

kemukakan perceraian. Adalah tidak adil dan satu diskriminasi terhadap wanita sekiranya

saluran ini tetap digunakan. SMS tidak boleh dijadikan satu medium untuk perceraian

dan kaum lelaki perlu dididik mengenai hal itu.71

Presiden Pekerja Wanita Malaysia (Perwanis), Silam Hassan berkata, sekiranya

perkara itu menjadi amalan, beliau khuatir lafaz cerai menerusi SMS akan menjadi satu

polisi Undang-Undang Keluarga Islam pada masa akan datang. Jika ini berlaku katanya,

ia merupakan satu penganiayaan, penghinaan dan diskriminasi terhadap golongan isteri

dan wanita. Banyak kes yang melibatkan tuntutan perceraian daripada isteri akan

mengambil masa berbulan-bulan malahan bertahun sedangkan suami dengan hanya satu

petikan butang boleh melafazkan perceraian. Suami yang bertanggungjawab sepatutnya

menghargai isteri mereka dan tidak melakukan perkara sewenang-wenangnya apabila

sudah tidak suka. Perceraian menggunakan SMS akan merendahkan kedudukan wanita,

perkara ini akan mengakibatkan imej agama Islam dipandang negatif. Kalau sesuatu

perceraian perlu dilakukan, ia hendaklah dilakukan dengan penuh berhemah dan beradab.

Wanita mempunyai maruah yang tinggi. Bukannya apabila dihargai diambil, bila dibenci,

dibuang begitu sahaja bagai sampah tidak berguna.72

70 Ibid.71 Ibid.72 Ibid.

60

Page 61: an Dan Penceraian Di Selangor

 

3.3 Kes Cerai SMS Pertama yang dikendalikan oleh Mahkamah Syariah

Pada tahun 2003, Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan ensabitkan

perceraian sepasang suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila si suami

menghantar mesej kepada isterinya bertulis, “Kalau engkau tak keluar dari rumah mak

bapak engkau, jatuh talak tiga.”

SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam

apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan, dia yakin suaminya yang

mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan soalan kepada defendan, dia

memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim Syarie ketika membuat keputusan

berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur talak tiga terhadap plaintif.

Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang

bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan

mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah, talak dalam bentuk

tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada isterinya secara khusus seperti

melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah talak berbentuk kinayah dan sah jika

disertai dengan niat. Namun semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah

untuk mensabitkan talak berkenaan. Apapun, talak yang dilakukan dengan menggunakan

alat komunikasi moden adalah kaedah perceraian yang dianggap tidak menepati adab

perceraian digariskan oleh syarak.

Dalam keterangannya di mahkamah, Azida Fazlina menyatakan bahawa dia ada

menerima dan membaca mesej itu yang berbunyi seperti berikut “Kalau engkau tak

keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh talak tiga”. Suami Azida pula, dalam

61

Page 62: an Dan Penceraian Di Selangor

keterangannya di mahkamah, mengakui bahawa dia ada menghantar mesej itu kepada

isterinya.

 

Berlandaskan peruntukan undang-undang berhubung keterangan, seperti yang

terkandung dalam Enakmen Keterangan Syariah yang sudah lama berkuat kuasa di

mahkamah syariah, apabila setiap pihak dalam sesuatu kes itu telah berikrar di hadapan

mahkamah semasa prosiding berjalan (iaitu mengakui apa yang berlaku itu adalah

perbuatannya dengan sengaja dan rela hati), maka mahkamah tidak perlu melihat kepada

keterangan-keterangan lain. Kes akan hanya menjadi rumit sekiranya (sebagai misalan) i

suami menafikan ada menghantar SMS itu atau isteri menafikan ada menerima dan

mengetahui kandungan SMS itu.

 

Kesimpulannya dalam kes yang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah

Gombak Timur itu, disebabkan hakim bicara dalam kes itu telah mendengar ikrar kedua-

dua pihak (suami dan isteri) tentang penghantaran (oleh suami) dan penerimaan (oleh

isteri) lafaz taklik menerusi SMS itu, dan syarat atau perkara yang disebutkan dalam

taklik itu benar-benar telah berlaku, hakim bicara tidak ada pilihan lain lalu mensabitkan

perceraian telah berlaku. Dengan lain perkataan, dalam kes Azida dan suaminya ini,

ikatan perkahwinan mereka bubar disebabkan mahkamah terima ikrar kedua-dua pihak

sebagai bukti lalu mengesahkan perceraian berlaku disebabkan lafaz taklik suami kepada

isterinya.

Mahkamah juga mengaitkan persoalan mengenai ikrar bagi mensabitkan

perceraian tersebut. Bila menyebut tentang lelaki berikrar, di dalam Kitab I’anat At-

Talibin juzu’ 3 muka surat 187 ada menyebut:

Maksudnya: Iqrar dari segi bahasa bererti mensabitkan, manakala menurut syarak

diertikan sebagai memberitahu hak seseorang atas dirinya. Iqrar disebut juga sebagai

I’tiraf.

Dalam kitab I’anat At-Talibin juzu’ 4 muka surat 27 ada menyebut:

62

Page 63: an Dan Penceraian Di Selangor

Maksudnya: Perkara talaq itu disabitkan dengan persaksian dua orang lelaki yang adil

lagi merdeka, sebagaimana pula ianya di sabitkan dengan iqrar adanya talaq.

Dalam Seksyen 17 (1) Enakmen Keterangan Syariah Selangor 1996 menyatakan:

“Iqrar adalah suatu pengakuan yang dibuat oleh seseorang secara bertulis atau atau

lisan atau dengan isyarat menyatakan bahawa ia mempunyai obligasi atau tanggungan

terhadap seseorang lain berkenaan dengan sesuatu hak.”

Manakala Seksyen 17 (2) dalam Enakmen yang sama menyatakan:

“Sesuatu iqrar hendaklah di buat:

a. dalam Mahkamah, di hadapan Hakim; atau

b. di luar Mahkamah di hadapan dua orang saksi lelaki yang

akil baligh dan adil.”

Menurut Seksyen 55 (1) Enakmen yang sama memperuntukkan bahawa:

i) Pengakuan mengenai tulisan, tandatangan atau meterai hendaklah diterima

sebagai pengakuan orang yang menulis atau yang melaksanakan dokumen itu;

ii) Sesuatu pengakuan melalui dokumen yang ditulis atau disebabkan ditulis oleh

seseorang di bawah tandatangan atau meterainya dan diserahkan kepada orang

lain boleh diterima sebagai iqrar dengan syarat.

Berdasarkan kepada keterangan dan ikrar Plaintif dan Defenden dengan ini,

Mahkamah berpuashati di atas iqrar Plaintif yang menyatakan Plaintif telah menceraikan

Defenden. Dengan lain perkataan, ikrar Plaintif telah memenuhi kehendak peruntukan

hukum syarak dan peruntukan Seksyen 17(1) dan (2) Enakmen Keterangan Syariah 1996.

Mengenai rukun ketiga bagi talak iaitu qasad (niat), oleh kerana lafaz cerai menggunakan

lafaz yang sareh maka ianya dan Plaintif tidak lagi memerlukan niat untuk menceraikan

63

Page 64: an Dan Penceraian Di Selangor

Defenden sebagaimana huraian sebelum ini. Manakala rukun keempat bagi perceraian

iaitu kepada siapa lafaz cerai ditujukan, Mahkamah berpuashati daripada ikrar dan

keterangan-keterangan yang diberikan oleh Plaintif dan Defenden adalah ditujukan

kepada Defenden. Defenden ketika lafaz cerai dilafazkan oleh suaminya adalah isteri

yang sah kepada Plaintif dan beliau tidak berada dalam eddah ba’in walaupun ketika itu

defenden haid.

  Kes ini bukan kes seorang suami menggugurkan (melafazkan) talak terhadap

isterinya menerusi SMS, lalu mahkamah terus memutuskan perceraian telah berlaku

tanpa usul periksa lagi. Justeru, harap tidak akan ada mana-mana pihak, walau

bagaimana baik sekalipun motif mereka, mempertikai atau mempersoal keputusan

Mahkamah Syariah Gombak Timur itu.

 

3.4 Kedudukan Cerai SMS dari Kaca Mata Peguam Syarie

Isu bercerai melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) sememangnya menjadi polemik

dalam masyarakat. Ada yang berjuang mendesak supaya cerai secara SMS dianggap tidak

sah kerana tindakan itu tidak bermaruah, memalukan serta mempersendakan keutuhan

institusi keluarga yang menjadi inti pati kekuatan ummah. Apakah sebenarnya kedudukan

cerai SMS?

Secara umumnya kuasa menjatuhkan talak berada di tangan suami. Apabila suami

menjatuhkan talak, maka berlakulah perceraian sama ada lafaz talak menggunakan

bahasa Arab atau bahasa lain, melalui tulisan atau bahasa isyarat boleh difahami. Talak

dijatuhkan itu boleh dibahagi kepada dua iaitu talak dilafazkan secara jelas (talak al-

soreh) dan talak yang berlaku secara sindiran (talak al-kinayah). Talak soreh iaitu lafaz

yang jelas maknanya merujuk kepada cerai dan ia memberi kesan walaupun suami

menyebutnya tanpa niat atau pun secara main-main. Contohnya, seorang suami berkata

kepada isterinya, “A” “Abang ceraikan awak dengan talak satu” “A” atau lain-lain.

64

Page 65: an Dan Penceraian Di Selangor

Talak kinayah iaitu talak secara kiasan atau sindiran di mana ia boleh membawa banyak

maksud sama ada cerai atau tidak, ia hanya menjadi sah apabila ada niat di pihak suami.

Contohnya, suami berkata, “Awak baliklah ke rumah ayah awak”, “A” “Kita berdua

sudah tiada hubungan lagi””A” dan lain-lain.73

Di sinilah datangnya jawapan kepada kedudukan bercerai menggunakan kaedah

tulisan SMS. Jumhur fuqaha berpandangan talak melalui tulisan dianggap sah jika ketika

suami menulisnya ada disertai niat untuk bercerai. Menurut mazhab Syafie dan Maliki,

talak melalui tulisan walaupun dalam bentuk jelas (soreh) dan dapat difahami maksudnya

tetap tidak sah dan tidak mendatangkan kesan kecuali disertakan dengan niat. Contohnya,

suami yang menulis catatan perbincangan dan menguji dakwat pen dengan menulis, “Aku

ceraikan kamu” maka tidak jatuh talak melainkan memang suami berniat berbuat

demikian. Selain itu, tulisan berkenaan juga hendaklah ditulis sendiri oleh suami kepada

isterinya.

Dalam kes Azida Fazlina lawan Shamsudin Latif yang diputuskan pada 2003,

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur mengesah dan mensabitkan perceraian

pasangan suami isteri yang dilafazkan melalui SMS apabila suami menghantar kepada

isteri SMS berbunyi,“Kalau engkau tak keluar dari rumah mak bapak engkau, jatuh

talak tiga.”

SMS itu dihantar pada jam 10.04 pagi dan isteri membacanya pada jam 8 malam

apabila telefon bimbitnya dipasang. Isteri mengatakan bahawa dia yakin suaminya iaiitu

defendan dalam kes ini yang mengirim mesej itu dan apabila mahkamah mengajukan

soalan kepada defendan, beliau memperakukan keterangan diberikan plaintif. Hakim

Syarie ketika membuat keputusan berkata, lafaz taklik cerai itu sah dan sabit serta gugur

talak tiga terhadap plaintif.

Untuk menjawab kekeliruan masyarakat berhubung hal ini, Muzakarah

Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Kali Ke-55 yang

73 Nurhidayah Muhd Hashim. “SMS Talak Sah Jika Suami Ada Niat Bercerai”. Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 17 Disember 2007.

65

Page 66: an Dan Penceraian Di Selangor

bersidang pada 27 Julai 2003 membuat penelitian mendalam dan memberi pandangan

mengenai hukum perceraian itu. Fatwa yang diputuskan adalah:

i) talak dalam bentuk tulisan yang jelas daripada suami yang ditujukan kepada

isterinya secara khusus seperti melalui faks, SMS, emel dan sebagainya adalah

talak berbentuk kinayah dan sah jika disertai dengan niat.

ii) Semua perceraian perlu dikemukakan ke mahkamah syariah untuk mensabitkan

talak berkenaan.

iii) Talak yang dilakukan dengan menggunakan alat komunikasi moden adalah

kaedah perceraian yang tidak menepati adab perceraian digariskan oleh syarak.

Apabila berlaku situasi sebegini, ke mana pasangan perlu pergi untuk

menyelesaikan masalah itu? Jawapannya, pihak isteri atau suami perlu membawa kes ke

mahkamah syariah untuk mengesahkan kedudukan lafaz itu. Mereka tidak boleh

mendiamkan diri atau memutuskan sendiri kes itu sama ada suami mengatakan ada niat

atau tiada niat dan sebagainya. Hanya mahkamah syariah yang ada kuasa untuk

mendengar dan memutuskan pertikaian sebegini sekali gus mensabitkan atau tidak

mensabitkan perceraian antara pasangan terbabit.

Seksyen 57 Enakmen Undang-undang Keluarga Negeri Selangor 2003 (EUKIS

2003) memperuntukkan seseorang yang menceraikan isterinya dengan lafaz talak di luar

mahkamah dan tanpa kebenaran mahkamah, hendaklah dalam masa tujuh hari daripada

talak dilafazkan, melaporkan kepada mahkamah. Selepas itu, mahkamah hendaklah

mengadakan siasatan untuk memastikan sama ada talak yang dilafazkan itu sah mengikut

hukum syarak. Jika mahkamah berpuas hati bahawa talak yang dilafazkan sah mengikut

hukum syarak, maka mahkamah hendaklah membuat perintah membenarkan perceraian

dengan talak, merekodkan perceraian itu dan menghantar salinan rekod kepada pendaftar

yang berkenaan dan kepada Ketua Pendaftar bagi pendaftaran.

66

Page 67: an Dan Penceraian Di Selangor

Kita semua perlu melihat bahawa semua urusan perkahwinan, perceraian dan

rujuk adalah suatu yang penting dalam Islam. Apabila seseorang berkahwin secara baik

dan terhormat, membuat kenduri dengan begitu meriah, maka apabila perkahwinan tidak

dapat diselamatkan, sewajarnya perceraian dilakukan dengan baik dan terhormat, bukan

menggunakan SMS dan sebagainya. Sungguh tidak beradab orang yang berkahwin

dengan penuh kebesaran dan keriuhan tetapi mengakhiri perkahwinannya dengan

menggunakan kaedah SMS.

3.5 Rumusan

Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada laman web Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (Jakim), trend perceraian di kalangan umat Islam di Malaysia amat

membimbangkan iaitu merangkumi kira-kira 10 peratus daripada jumlah perkahwinan

setiap tahun.

Pada 2004 dan 2005, sebanyak 111,944 dan 110,951 perkahwinan didaftarkan di

jabatan agama Islam seluruh negara, dan pada tahun sama juga sebanyak 16,509 dan

13,465 perceraian dicatat. Kes rujuk di kalangan pasangan bercerai dalam kedua-dua

tahun itu pula hanya membabitkan jumlah kecil iaitu 2,267 pada 2004 dan 1,749 pada

2005.

Adalah penting bagi pasangan suami isteri meminta maaf atau mengaku kesalahan

selepas bertengkar. Ini kerana dengan meminta maaf antara satu sama lain dapat menjaga

perasaan marah dan mengawal kemarahan serta membenarkan perhubungan perasaan

dengan lebih mesra. Selain daripada itu, dengan meminta maaf dapat membantu

pasangan dalam membuat komen yang membina dan menjalinkan perhubungan yang

67

Page 68: an Dan Penceraian Di Selangor

mesra sebagaimana termaktub dalam al-Quran antaranya surah al-Baqarah 2 : 263 yang

bermaksud:

Perkataan yang baik dan pemberian kemaafan lebih baik daripada sedekah yang diiringi

dengan sesuatu yang menyakitkan ( perasaan penerima)

Kebanyakan daripada pasangan mengadu bahawa masalah yang wujud dalam

kalangan mereka telah lama berlaku dan tidak dapat diselesaikan. Keadaan ini berpunca

akibat daripada pasangan mempercayai bahawa masalah yang dihadapi selama ini tidak

dapat diselesaikan adalah disebabkan oleh pasangan dalam mengubah personalitinya.

(Weiner-Davis, 1992). Sebagai contohnya, pasangan mungkin sering digambarkan

sebagai ‘marah’, ‘kebencian’, ‘tidak hormat’, ‘tidak mengambil berat’ atau ‘tidak

sensitif’ dikatakan tingkah laku mereka adalah berpunca daripada pergolakan personaliti

yang berpunca dariapada masalah dalaman. Malangnya dalam kes seperti ini, pasangan

mula membuat jangkaan ke atas tingkah laku yang dilakukan. Dengan ini, jangkaan

demikian sentiasa berhubung terus dengan pasangan. Cadangan bagi mengatasi

rintangan:

i) Membantu pasangan untuk berubah kelakuannya kepada respon yang

lebih positif dan jelas

ii) Berhadapan dengan pasangan secara lebih terbuka untuk mengubah

persekitaran di mana mereka membincangkan hal tersebut.

iii) Mengelakkan daripada menerima pandangan atau anggapan bahawa

pasangan tidak akan berubah

Dalam membicarakan isu rumah tangga, umat Islam seharusnya menjadikan

junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w sebagai contoh untuk memastikan keharmonian

dalam rumah tangga.Sebagai contoh, baginda tidak keberatan membantu melakukan kerja

rumah. Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda

(nabi) yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa

dikerjakan lelaki di rumah mereka.” (Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban) Sikap baik

68

Page 69: an Dan Penceraian Di Selangor

Rasulullah terhadap isteri diakui sendiri oleh isteri Baginda Aisyah yang meriwayatkan:

“Rasulullah tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat

Bukhari)

BAB IV

KESAN-KESAN PERCERAIAN TERHADAP MASYARAKAT

4.1 Pengenalan

Islam tidak menggalakkan perceraian kerana ia akan mengakibatkan implikasi dan

permasalahan yang besar disebabkan oleh perpisahan tersebut. Berbagai-bagai

permasalahan akan timbul apabila berlaku perceraian di antara suami dan isteri.

Sesungguhnya, penyelesaian secara sulh ini wajar digalakkan kerana adakalanya

keputusan mahkamah tidak dapat memuaskan hati pihak-pihak yang terlibat. Sedangkan

sulh adalah lahir dari perasaan tolak ansur dan reda meredai yang akhirnya membawa

kepada penyelesaian secara muafakat. Penyelesaian secara sulh juga lebih tepat dalam

mencapai keadilan kerana kedua-dua pihak lebih mengetahui tentang hak yang

sepatutnya diperolehi.

69

Page 70: an Dan Penceraian Di Selangor

Prinsip mengutamakan sulh ini bukan sahaja digalakkan kepada mereka yang

mempunyai hubungan kekeluargaan sahaja malahan kepada semua orang. (Ibn Yaman

1393H) Dalam konteks yang lain, pertikaian merupakan perkara yang lumrah dan sering

berlaku dalam kehidupan masyarakat samada pertikaian dalam institusi keluarga atau

dalam sesebuah komuniti. Boulle (Boulle 2001) menjelaskan: konflik merupakan suatu

kenyataan dalam proses kehidupan, manakala Wan Halim Othman (Wan Halim 1990)

pula menyatakan “konflik yang berlaku di dalam sesebuah keluarga merupakan satu

gejala yang berlaku sejak asal sejarah manusia lagi”. Noone menyimpulkan bahawa

“pertikaian antara individu yang terhasil dari konflik-konflik tertentu adalah suatu yang

tidak dapat dielakkan dan ia merupakan suatu perkara yang normal dalam kehidupan”.

(Noone 1996)

Keadaan ini sudah tentu akan merumitkan jika semua kes pertikaian dirujuk

kepada institusi mahkamah untuk diselesaikan, malah apabila sesuatu kes dibawa ke

mahkamah biasanya ia akan mengambil masa yang lama dan terpaksa mengeluarkan kos

perbicaraan yang bukan sedikit dan terpaksa ditanggung oleh ke dua-dua pihak.

Sehubungan itu penyelesaian secara sulh adalah yang terbaik kerana selain dari

mampu memuaskan hati ke dua-dua pihak ia dapat menghubungkan kembali perasaan

kasih sayang dan persaudaraan di antara pihak-pihak bertikai, mempercepatkan proses

penyelesaian pertikaian dan paling penting ia dapat memberikan keadilan kepada ke dua-

dua pihak kerana kedua-dua pihak memaklumi secara jelas hak yang sepatutnya

diperolehi atas objek yang didakwa. Ini juga kerana sulh di asaskan atas prinsip reda

meredai atau tolak ansur antara satu dengan lain dan muafakat pihak-pihak bertikai.

4.1.1 Insitusi Keluarga Semakin Rumit

Para sarjana pelbagai disiplin ilmu sepakat bahawa masalah dalam institusi keluarga yang

semakin rumit adalah akibat daripada pembangunan sosial dan ekonomi negara yang

pesat. Para sarjana pengajian Islam sudah lama menyedari bahawa pembangunan sosio

70

Page 71: an Dan Penceraian Di Selangor

ekonomi negara yang pesat tanpa diimbangi oleh pengisian aspek spiritual boleh

meninggalkan kesan negatif ke atas individu dan keluarga.

Akibat perubahan sosio ekonomi yang pesat juga, institusi keluarga akhir-akhir

ini semakin kehilangan fungsi dan menjadi porak peranda dan dengan itu semakin banyak

rumah tangga yang dibina berakhir dengan perceraian. Masalah perceraian dan konflik

rumah tangga sudah menjadi masalah negara yang memerlukan sokongan dan kerjasama

pelbagai pihak. Yaacob Harun(1992) menyatakan proses pembandaran menyebabkan

berlakunya perubahan fungsi keluarga. Fungsi keluarga, seperti fungsi ekonomi,

pendidikan, keagamaan, perlindungan dan rekreasi bagi keluarga di bandar banyak yang

telah diambil alih oleh institusi lain yang turut melaksanakan fungsi tersebut.

Akibatnya terjadilah perubahan dari segi peranan dan juga kuasa dalam keluarga.

Pemindahan sebahagian fungsi keluarga kepada institusi lain seperti kilang dan industri

telah melemahkan institusi keluarga. Oleh itu tidak hairanlah jika dalam masyarakat

bandar terdapat pelbagai macam masalah sosial berkaitan dengan keluarga sehingga

keluarga itu sendiri sudah tidak lagi mempunyai keupayaan menyelesaikan segala

persoalan keluarga atau rumah tangga yang timbul. Akhir-akhir ini penerimaan

masyarakat ke atas proses kaunseling sebagai satu bentuk sistem sokongan menjadi

semakin meluas. Institusi kaunseling itu sendiri sudah dapat diterima kewujudannya

dalam masyarakat.

Bagi kebanyakan pasangan pula, khususnya pasangan yang mengalami masalah

rumah tangga di Selangor, mendapatkan perkhidmatan kaunseling sebagai satu cara

menyelesaikan permasalahan rumah tangga bukan lagi dianggap sebagai satu tindakan

yang luar biasa.

Bagaimanapun tidak semua proses kaunseling yang diberikan kepada pasangan

yang bermasalah yang datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling di institusi-institusi

yang menawarkan perkhidmatan kaunseling tersebut berakhir dengan kejayaan.

Kebanyakan orang menyangka bahawa perkahwinan yang bahagia itu wujud secara

71

Page 72: an Dan Penceraian Di Selangor

semulajadi sekiranya pasangan itu serasi di antara satu sama lain dan saling suka

menyukai. Dalam hubungan ini Jacobson (1981) menekankan tentang keperluan untuk

mengembangkan kemahiran hubungan.

Perkahwinan yang baik dipercayai adalah bukan dibentuk secara semulajadi,

tetapi adalah dibina dari pembelajaran (coping ) tingkah laku yang efektif. Jacobson

(1981) juga menyatakan bahawa perkahwinan yang bahagia adalah umpama seperti salah

seorang pasangan mengekalkan kadar pulangan ganjaran yang tinggi dan kadar kos

rendah dalam hubungan tersebut. Ini kerana perkahwinan memainkan peranan yang

penting dalam proses pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Institusi

perkahwinan tidak hanya berperanan mendidik anak, menyediakan persekitaran fizikal

dan mental yang selamat malah turut berfungsi dalam mewujudkan suasana yang bahagia

dan mesra, serta membentuk budi pekerti dan nilai hidup yang baik di kalangan ahli

keluarga (Hinde, 1989).

4.2 Sosial

Jika berlaku perpisahan, kehidupan sosial seseorang itu juga mengalami kepincangan.

Berbagai permasalahan yang berhubung dengan pergaulan dan interaksi sesama manusia

akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh:

Pasangan akan dipandang sinis oleh masyarakat dengan gelaran yang mereka miliki

(janda/duda). Berbagai pertanyaan dan soalan yang perlu dihadapi dari kaum kerabatnya.

Suami dan isteri akan kehilangan keluarga, saudara-mara dan kawan dari pasangan

masing-masing.

Pasangan terpaksa mendapatkan bantuan dan pertolongan dari keluarga dan

saudara-mara dalam hal penjagaan anak-anak. Jiwa akan lebih tertekan jika selama ini

pasangan hanya bergantung di antara satu sama lain dalam hal-hal seharian. Pasangan

kadang-kadang terpaksa mendapatkan bantuan kebajikan dari badan-badan tertentu.

4.3 Kesan Terhadap Anak

72

Page 73: an Dan Penceraian Di Selangor

Dalam perceraian, anak-anak menjadi mangsa terutama jiwa dan perasaan mereka.

Mereka kurang mendapat kasih sayang, perhatian dan bimbingan dari ibu bapa mereka.

Di antara kesan-kesan perceraian terhadap anak-anak ialah sebahagian daripada perkara-

perkara yang akan dihadapi oleh anak-anak ini adalah:

a) Kehilangan kasih sayang dari ibu dan bapa

b) Kadangkala terpaksa berpisah dari adik-beradiknya

c) Rasa bersalah, malu, tidak selamat, hilang rasa keyakinan diri

d) Mengalami tekanan jiwa dan perasaan

e) Perasaan terganggu dan bingung

f) Hilang tumpuan pada pelajaran

g) Akan menunjukkan tabiat dan sikap yang negatif

Perkara-perkara di atas jika dibiarkan berlaku dan berlarutan dalam diri anak-

anak, maka ia akan mengakibatkan kesan-kesan yang negatif sepanjang hayat mereka.

Pasangan yang ingin berpisah perlu memberikan tumpuan yang mendalam terhadap

kesan-kesan yang berlaku kepada anak-anak mereka. Pasangan yang bercerai harus

prihatin terhadap perkara-perkara berikut:-

a) Perceraian tidak memutuskan ikatan anak dan ibu bapa, hanya hubungan

perkahwinan suami-isteri saja yang terputus. Anak-anak tidak harus dilibatkan di

dalam konflik antara ibu dan bapa.

b) Anak-anak perlu bantuan dan sokongan ibu bapa agar dapat mengendalikan

segala perubahan yang mereka alami setelah ibu bapa bercerai.

c) Anak -anak juga mempunyai perasaan yang sensitif. Bila kehilangan sesuatu,

pastinya perasaan bimbang, geram dan marah timbul. Mereka memerlukan

banyak perhatian, sokongan dan bantuan.

73

Page 74: an Dan Penceraian Di Selangor

d) Anak-anak memerlukan kasih sayang dari kedua orang tuanya, perasaan negatif

yang wujud di antara pasangan tidak harus ditanamkan dalam jiwa anak-anak.74

4.4 Kesan Emosi

Setiap pasangan yang menghadapi pergolakan rumahtangga pasti akan merasakan

tekanan-tekanan perasaan berikut :

a) Jiwa terganggu

b) Marah

c) Sedih

d) Tidak bermaya

e) Rasa bersalah

f) Terpencil

g) Rendah diri

h) Runsing

i) Putus asa/kecewa

j) Kesunyian

Beban perasaan ini pasti akan menimpa pasangan yang menghadapi perceraian,

baik sebelum, semasa atau sesudah berpisah. Tekanan perasaan ini bukan hanya

menganggu emosi dan jiwa individu tersebut, tetapi ia juga akan mewujudkan implikasi

dan kesan yang negatif terhadap keluarga dan mereka yang terdekat.

 

4.5 Dua Tanggungan

Bagi pasangan yang telah berpisah, mereka juga akan dibebani dengan tanggungjawab

dan peranan yang bertambah; sebagai ibu/bapa tunggal terpaksa mencari nafkah.

4.6 Masalah Kewangan

74 Nora Abdul Hak. “Hak Kanak-Kanak dari Aspek Nafkah: Menurut Undang-Undang Keluarga Islam.” Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam, Isu-Isu Mahkamah Syariah ke 6. AIKOL IIUM. 24 April 2004.

74

Page 75: an Dan Penceraian Di Selangor

Jika seseorang itu berpisah disebabkan oleh masalah kewangan, perkara ini akan tetap

menghantui diri mereka setelah bercerai nanti. Sebahagian dari permasalahan yang akan

mereka hadapi adalah : Keperluan mengurangkan perbelanjaan kerana pendapatan sudah

berkurangan.

Kemewahan hidup sebelum ini terpaksa disekat, disebabkan oleh mata

sepencarian yang tunggal. Masalah kewangan akan semakin menekan jika seorang isteri

sebelum ini hanya bergantung kepada nafkah yang diberikan oleh suami. Keperluan dan

perbelanjaan hidup seharian anak-anak akan terjejas dan ini mungkin akan turut menjejas

pretasi mereka. Berlaku tuntutan berhubung isu nafkah anak di Mahkamah Syariah.

Suami perlu menanggung beban kewangan yang lebih besar dalam membiayai nafkah

anak-anak yang di bawah jagaan isteri yang telah diceraikannya, dan tanggungan ke atas

keluarga baru jika sudah berumahtangga lagi

4.7 Undang – undang

Perceraian akan melibatkan satu penukaran dalam status seseorang itu dari segi undang-

undang. Ini akan menimbulkan masalah-masalah yang boleh menambah beban-beban

yang sedia ada: lebih banyak sekatan-sekatan yang harus, dilalui oleh orang orang yang

sudah bercerai;

a) Lebih berat tanggungjawabnya sebagai ibu/bapa tunggal.

b) Perbelanjaan guaman.

c) Kerugian jika berlaku penjualan rumah atau lain-lain harta sepencarian.

d) Bersambungnya perbalahan di Mahkamah jika bekas pasangan mengingkari

tanggungjawabnya dan timbulnya tohmahan yang berkaitan dengan perbicaraan.

Implikasi-implikasi di atas ini merupakan sebahagian kecil dari perkara-perkara

yang akan menimpa pasangan-pasangan yang telah membuat keputusan untuk berpisah.

Walaupun pada hakikatnya ada pasangan yang terpaksa membuat keputusan yang pilu

75

Page 76: an Dan Penceraian Di Selangor

ini; disebabkan pasangannya tidak bertanggungjawab atau telah lama mengabaikan

kewajipannya sebagai seorang suami atau isteri. Perceraian, walau bagaimanapun,

bukanlah jalan keluar yang dapat menghuraikan segala masalah yang dihadapinya.

4.8 Rumusan

Pasangan harus bersifat amanah dan bertanggungjawab setelah bercerai terutama di

dalam hal penjagaan anak-anak dan dalam menangani isu kehilangan. Sokongan yang

padu dapat mewujudkan perhubungan yang baik di antara ibu bapa dengan anak-anak

setelah bercerai.

Berdasarkan fail rekod Bahagian Informasi Islam, JAKIM (2007), terdapat

pelbagai sebab yang mendorong berlakunya perceraian. Antara sebab-sebab tersebut ialah

poligami, cemburu, masalah seks, suami isteri tidak bertanggungjawab, kahwin paksa,

kurang didikan agama, curang, kekerasan, cerewet, gila, campur tangan mertua, politik

(berlainan fahaman), bergurau, pendapatan tidak mencukupi, suka sama suka, isteri

engkar, tiada persefahaman, isteri bisu, isteri mandul, masalah kesihatan (isteri tidak

boleh mengandung), terlibat dengan najis dadah (suami), cacat anggota, kurang sabar,

hamil sebelum kahwin, judi, minum arak, zina, suami dalam penjara, suami tidak

memberi nafkah, suami ada perempuan lain, isteri ditinggalkan suami (ghaib), kezaliman

atau penganiayaan terhadap isteri, isteri melayan lelaki lain atau tidak senonoh serta

pengabaian terhadap nafkah dan kasih sayang. Bagi memulihkan semula kestabilan

perkahwinan kaunseling dianggap dapat memainkan peranannya.

76

Page 77: an Dan Penceraian Di Selangor

Merujuk kepada Gottman (2000), setiap pasangan yang baru berkahwin akan

membentukbudaya yang baru berdasarkan perikatan budaya yang mungkin sama atau

tidak sama. Gottman berhujah dalam ‘sound marital house’ pasangan menimbulkan

perkongsian maksud simbolik – the meshing of individual life dreams, myths and

metaphors. Ini bermaksud pasangan mesti mengkaji maksud adat resam keluarga,

peranan, matlamat dan simbol. Contohnya oleh kerana kebanyakan konflik perkahwinan

berlaku adalah disebabkan pasangan mempunyai maksud yang berlainan dan

mengasosiasikan kepada situasi atau komunikasi, ahli terapi akan menaksir makna bagi

perkara seperti keseronokan, cinta, penyakit, rumah dan keluarga. Salah satu tugas bagi

pasangan yang menjalani terapi perkahwinan iaitu mereka perlu bertutur di antara satu

sama lain mengenai makna dan matlamat hidup serta belajar bagaimana menyokong dan

memenuhi harapan di antara satu sama lain.

77

Page 78: an Dan Penceraian Di Selangor

BAB V –RUMUSAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Terdapat persepsi negatif daripada masyarakat terutamanya kaum wanita yang

menganggap Mahkamah Syari'ah tidak cekap dalam mengendalikan kes-kes

kekeluargaan. Persepsi ini diperkuatkan lagi oleh media yang mengenengahkan kes-kes

tertentu seperti kes Aida Melly. Sebagai institusi yang melaksanakan hukum Islam,

persepsi yang negatif akan mencemar imej Islam secara tidak langsung. DYMM Sultan

Selangor telah menitahkan supaya suatu kajian dibuat bagi mengatasi isu kelewatan

perceraian di negeri Selangor. Sebuah jawatankuasa telah dilantik yang dipengerusikan

oleh Y.B Dato' Haji Zawawi bin Haji Salleh bertanggungjawab untuk mengenalpasti

tahap dan sebab-sebab kelewatan kes-kes perceraian dan mencadangkan langkah-langkah

mengatasi kelewatan tersebut di Selangor.

Negeri Selangor mempunyai sebelas buah Mahkamah Rendah Syariah iaitu MRS

Petaling Jaya, MRS Shah Alam, MRS Gombak Timur (Keramat), MRS Gombak Barat

(Kuang), MRS Hulu Selangor, MRS Klang, MRS Kuala Langat, MRS Hulu Langat,

78

Page 79: an Dan Penceraian Di Selangor

MRS Sepang, MRS Kuala Selangor dan MRS Sabak Bernam dan sebuah Mahkamah

Tinggi Syariah bagi seluruh negeri Selangor yang terletak di Shah Alam.

Kelewatan kes perceraian ini, antaranya ialah kurangnya atau tiada kerjasama

daripada pihak-pihak yang terbabit dalam kes tersebut seperti suami, isteri, saksi dan

peguam, saman tidak sempurna atau tidak sampai kepada responden kerana alamat yang

diberikan tidak lengkap, terlalu banyak kes di mahkamah, prosedur untuk perbicaraan

mengambil masa yang panjang, dan sikap kakitangan mahkamah sendiri.

Faktor utama perceraian di mahkamah syariah dapat diselesaikan dalam tempoh

yang singkat adalah kerana tuntutan tersebut diselesaikan melalui Majlis Sulh. Majlis ini

berfungsi sebagai tapisan pertama kepada kes-kes tersebut tidak perlu dibicarakan di

mahkamah sekiranya ia telah selesai di majlis ini.

Mengikut kuasa-kuasa yang diberikan oleh seksyen 254 Enakmen Kanun

Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991 negeri Selangor telah mengambil

tindakan proaktif dengan mewartakan Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Sulh Selangor 2001

pada Disember 2001 mengikut Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U.44. Sungguhpun

kaedah penyelesaian secara sulh ini mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2001 tetapi ia telah

beroperasi secara resmi di mahkamah-mahkamah Syariah di seluruh negeri Selangor

hanya pada 1 Mei 2002. Operasi ini bermula dengan perlantikan Pegawai Syariah Gred

L3 secara kontrak seramai sepuluh orang oleh Kerajaan Negeri Selangor untuk

berkhidmat sebagai Pegawai Syariah (Sulh) di sembilan buah Mahkamah Rendah Syariah

di Selangor dan seorang di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam. Ini bermakna proses

sulh di Mahkamah-Mahkamah Syariah negeri Selangor dikendalikan oleh seorang

pengantara atau mediator yang dikenali sebagai Pegawai Sulh. (Ghazali 2002) Bagi

melaksanakan Kaedah Tatacara Mal (Sulh) Selangor 2001 satu Manual Kerja Sulh telah

digubal untuk diguna pakai dan dipatuhi oleh semua Pegawai Sulh. Antara objektif

manual kerja ini ialah untuk memperjelas dan menyeragamkan prosedur yang perlu

diikuti oleh semua pegawai sulh dalam mengendalikan Majlis Sulh .

79

Page 80: an Dan Penceraian Di Selangor

Kedua, kehadiran kedua-dua pihak (suami dan isteri ) amat penting untuk

menyelesaikan kes perceraian. Kehadiran mereka akan memudahkan segala urusan yang

melibatkan kedua-dua pihak.

Ketiga, tuntutan perceraian yang ditukar kepada persetujuan bersama untuk

bercerai didapati mempercepatkan proses perceraian.

Keempat, faktor lain menyumbang kepada kecepatan kes perceraian selesai ialah

kerjasama daripada kedua-dua pihak, kedua-dua pihak tahu dan faham apa yang mereka

hendak pohon, dan saman dapat disempurnakan dengan segera.

5.2 Cadangan

Antara cadangan yang dikemukakan untuk mengatasi masalah kelewatan adalah seperti

berikut:

i. Peruntukan Undang-Undang.

a. Satu kertas kerja berkenaan Cadangan Pindaan kepada Enakmen Keluarga Islam

Selangor no.4 Tahun 1984 Pindaan 1989 dan Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam

Selangor no.2 1989 telah diusulkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Antara

pindaan yang dicadangkan ialah berkenaan dengan pemindahan kuasa daripada Hakim

Syarie kepada Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam bagi

mempercepatkan proses permohonan perceraian secara talak, fasakh, khuluk dan taklik.

Cadangan ini, antara lain akan membantu meringan bebanan Mahkamah Syariah dalam

mengendalikan kes-kes yang semakin bertambah serta mengurangkan kes kes-kes yang

tertangguh. Walau bagaimanapun, ahli jawatankuasa mesyuarat tersebut berpendapat

cadangan itu mungkin tidak dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri Selangor telah

bersetuju untuk menerima pakai Rang Undang-Undang Keluarga Islam yang telah

digubal oleh Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak dan Sivil yang telah

80

Page 81: an Dan Penceraian Di Selangor

diperkenankan oleh Majlis Raja-raja. Cadangan ini bagaimanapun, boleh dikemukakan

kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut untuk dipertimbangkan sewajarnya.

ii. Prosedur

a. Berdasarkan peruntukan-peruntukan sedia ada di dalam Enakmen Keluarga Islam

Selangor no. 4 tahun 1989, terdapat beberapa prosedur seperti kehadiran untuk sesi

kaunseling, rujukan kepada Jawatankuasa Pendamai dan juga Hakam yang perlu dilalui

oleh pihak yang menuntut perceraian. Prosedur-prosedur ini dilihat sebagai punca-punca

yang menimbulkan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Tempoh yang terlalu

lama dan tidak seragam bagi setiap peringkat dalam prosedur yang terlibat adalah

menjadi sebab utama kelewatan yang berlaku. Di dalam sesetengah kes, walaupun

Mahkamah telah mengesahkan sesuatu perceraian , kelewatan pula timbul dalam isu

pengeluaran Sijil Cerai yang turut mengambil masa yang lama. Ahli Jawatankuasa

berpendapat kajian semula perlu dibuat berhubung dengan prosedur kaunseling dan

Jawatankuasa Pendamai/ Hakam. Jika perlu, suatu tempoh hendaklah ditetapkan bagi

setiap peringkat dan pengendaliannya diberi kepada satu pihak sahaja.

b. Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia dicadangkan mengeluarkan Arahan

Amalan berhubung dengan jenis-jenis kes yang perlu dirujuk untuk sesi kaunseling,

tempoh masa yang ditetapkan dan bentuk laporan yang diperlukan.

c. Peranan Pegawai Sulh dan Jawatankuasa Pendamai atau Hakam perlu dijelaskan

kepada orang ramai. Mahkamah Sulh perlu diperbanyakkan supaya kes-kes dapat

diselesaikan dalam masa yang singkat. Selain dari itu, Arahan Amalan mengenai kes-kes

yang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Pendamai atau Hakam perlu dikeluarkan bagi

memastikan kes-kes yang mempunyai potensi untuk didamaikan sahaja yang dirujuk

kepada Jawatankuasa tersebut.

d. Satu kajian terperinci perlu dibuat untuk pengendalian kes-kes fasakh dan taklik

terutamanya bagi aspek pembuktian termasuk prosedur pembuktian. Kajian tersebut amat

81

Page 82: an Dan Penceraian Di Selangor

penting kerana seperti yang dibuktikan dalam kajian ini kebanyakan kes-kes perceraian

yang mengalami masalah kelewatan adalah dalam kategori ini.

iii. Amalan-amalan Yang Terpakai Dalam Tuntutan Perceraian

a. Amalan-amalan yang terpakai di dalam tuntutan perceraian di Mahkamah Syariah

turut menimbulkan kerumitan dan kelewatan penyelesaian kes-kes perceraian. Sebagai

contoh mahkamah memerlukan laporan sesi kaunseling dalam permohonan untuk

perceraian. Sekiranya pasangan tersebut tidak menghadiri sesi kaunseling kerana

merasakan perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan lagi akan mengalami kerumitan. Ini

adalah kerana pihak mahkamah tetap mengarahkan supaya sesi kaunseling dijalankan

terlebih dahulu. Ini terbukti apabila laporan dari Bahagian Perundangan Keluarga,

Jabatan Agama Islam Selangor mengesahkan terdapat kes-kes yang terpaksan ditangguh

kerana pemohon tidak hadir untuk sesi rundingcara setelah dipanggil melalui surat

sebanyak tiga kali atau pihak yang diadu terlibat dengan jenayah dan di tahan di dalam

lokap dan pelbagai kes yang tidak dapat diselesaikan kerana kedua belah pihak tidak

memberikan kerjasama dalam menyelesaikan masalah rumahtangga kepada pegawai

rundingcara. Kes-kes yang melibatkan tuntutan perceraian secara persetujuan jua perlu

mematuhi prosedur yang sama. Persepsi dan corak pemikiran pihak Mahkamah yang

lebih cenderung untuk membawa pihak-pihak yang terlibat dalam kes tuntutan perceraian

ke arah perdamaian (sulh) walaupun perkahwinan itu tiada harapan lagi untuk

diselamatkan, menyumbang kepada penangguhan kes-kes tersebut. Mesyuarat

berpendapat bahawa prosedur ini perlu dikaji semula dan suatu garis panduan yang jelas

dikeluarkan bagi mempercepatkan lagi prosedur tuntutan perceraian.

iv. Pengendalian Perbicaraan di Mahkamah Syariah

a. Antara punca-punca kelewatan pengendalian perbicaraan kes-kes perceraian di

Mahkamah Syariah ialah masalah kekurangan kakitangan mahkamah termasuk hakim-

hakim dan pendaftar-pendaftar yang kecil bilangannya berbanding dengan jumlah kes

yang dirujuk dan dibawa ke Mahkamah. Dengan penambahan hakim dan pegawai sulh

82

Page 83: an Dan Penceraian Di Selangor

pada tahun 2002, tahap pengendalian kes perceraian mengalami peningkatan yang sangat

positif. Tahap pengendalian kes boleh ditingkatkan sekiranya kakitangan mahkamah

mempunyai pengalaman.

b. Walau bagaimanapun, penambahan hakim sahaja tidak mencukupi untuk

mempercepatkan penyelesaian kes-kes perceraian. Jawatankuasa turut mencadangkan

supaya urusan penyediaan surat-surat. Tauliah bagi hakim-hakim dan pendaftar-pendaftar

yang akan dilantik dipercepatkan bagi membolehkan pegawai-pegawai terbabit

mengendalikan kes-kes mahkamah khususnya yang masih lagi tertangguh.

c. Antara punca lain kelewatan adalah ketidakhadiran pihak yang dituntut. Waran-

waran tangkap yang dikeluarkan oleh Mahkamah terhadap pihak yang tidak hadir,

menambah lagi kekusutan yang sedia ada apabila tidak dapat dilaksanakan oleh Pegawai

Penguatkuasa Agama dan pihak polis. Suatu persepakatan perlu dibuat antara pihak

Mahkamah dan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam bagi membolehkan

waran, perintah atau arahan yang dikeluarkan oleh Mahkamah data dilaksanakan dengan

segera terutamanya bagi memastikan pihak-pihak yang terlibat hadir semasa tarikh

perbicaraan ditetapkan.

d. Bidangkuasa Mahkamah Rayuan Syari'ah berkenaan kes-kes tuntutan penceraian

perlu diperjelaskan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat tentang kes-kes yang

boleh dirayu. Prosedur rayuan ke Mahkamah yang lebih tinggi perlu juga dikaji semula

bagi mengelakkan pihak-pihak menyalahgunakannya bagi tujuan melewat-lewatkan

penyelesaian kes atau atas tujuan membalas dendam terhadap pihak yang satu lagi

5.3 Memartabat Wibawa Mahkamah Syariah

Menjengah seketika episod perebutan tuntutan jenazah Wira Everest M. Moorty atau

nama Islamnya Muhammad Abdullah dan Nyoya Tahir di Melaka , pastinya ramai

diantara kita menarik nafas lega kerana pengakhir isu tersebut telah di adili dengan

83

Page 84: an Dan Penceraian Di Selangor

sebaiknya dan sedikit sebanyak menafikan bahawa Mahkamah Syariah bukan lagi di

label sebagai Mahkamah Kelas Dua.

Rentetan peristiwa itu juga sebenarnya secara tidak langsung membuka mata

pihak-pihak bahawa peranan Mahkamah Syariah di mata masyarakat yang selama ini

mempunyai persepsi hanya terhad kepada penyelesaian masalah keluarga yang

melibatkan kes perceraian , rujuk dan khalwat sahaja semakin di sedari wibawanya. Pun

begitu, sebenarnya masih terlalu sukar bagi kita untuk menyakinkan masyarakat umum

agar menerima status Mahkamah Syariah setaraf dengan Mahkamah Sivil lantas

mempertingkatkan wibawa nya tanpa diperlekeh dan diprejudiskan sama ada daripada

orang Islam sendiri maupun bangsa lain. Pelbagai usaha dan idea yang di cadangkan

mudahmudahan mampu merealisasikan tuntuan ini.

5.3.1 Penyeragaman Undang-Undang

Usaha penyeragaman Undang-Undang Syariah di seluruh Malaysia yang di lakukan oleh

Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia ( JKSM ) semenjak beberapa tahun yang lalu

dianggap sebagai jalan penyelesaian yang utama dalam semua permasalahan yang

berkaitan dengan orang Islam. Dengan penyeragaman yang selaras ini, apa jua perkara

yang timbul pasti akan dapat dirungkai dan diadili dengan jayanya bagi semua peringkat

di seluruh Malaysia tanpa ada pertikaian daripada mana-mana pihak.

Isu status keagamaan yang timbul ini juga sebenarnya boleh di selesaikan dengan

secara baik tanpa kontroversi seandainya sistem keadilan Islam tidak di pinggirkan oleh

Masyarakat hari ini. Seandainya kefahaman yang jelas tentang perkara ini dimiliki oleh

masyarakat betapa konsep institusi kehakiman yang ada semuanya menuju kepada

keadilan, tidak timbul prejudis terhadap orang bukan Islam tidak mendapat keadilan

berkaitan kesnya di Mahkamah Syariah.

5.3.2 Penubuhan Suruhajaya Reformasi Undang-Undang

84

Page 85: an Dan Penceraian Di Selangor

Cadangan dan idea ahli akademik untuk membuat Suruhanjaya Reformasi Undang-

Undang Syariah wajar di puji kerana melaluinya beberapa kajian dan penambahbaikan

dapat menjadikan sistem perundangan yang sedia ada ini lebih mantap dan perkasa lagi.

Langkah yang perlu diambil sebagaimana dinyatakan oleh Pengerusi Majlis Perunding

Wanita Islam Malaysia , Datuk Kamilia Ibrahim menyatakan bahawa kita perlu kepada

sistem yang tidak terlalu impersonal, inflexsible dan imprerious ( tidak insani, tidak

fleksibel dan angkuh ).

Apa yang lebih penting ialah kebenaran dan mencapai keadilan dilihat mampu

memberikan kepercayaan kepada institusi kehakiman yang lebih dipercayai oleh

masyarakat agar ianya lebih harmoni, tidak terikat dengan pandangan yang rigid sehingga

Islam itu sendiri diberi persepsi yang negatif.

5.3.3 Pemilihan Hakim Syarie

Tidak dinafikan kriteria seseorang yang menjadi hakim perlu memiliki ilmu pengetahuan

serta mempunyai pengalaman yang luas di dalam mengadili sesuatu kes yang di

kendalikan olehnya. Oleh itu, seseorang hakim yang dilantik perlulah diperhalusi

kewibawaannya secara menyeluruh terutama di dalam bidang kependidikan Islam dan

hukum hakam agar kerja buat yang di lakukannya bertepatan dengan hukum Syarak

lantas menjadikan golongan hakim diiktiraf dan dihormati .

5.4 Tradisi Kaunseling dalam Budaya Masyarakat Islam

Walaupun perkhidmatan kaunseling yang disediakan untuk pasangan yang bermasalah

dalam perkahwinan di Jabatan Agama Islam Selangor merupakan program yang masih

baru bagi masyarakat Muslim di Selangor, tetapi tradisi memberikan bantuan kepada

orang yang bermasalah sudah menjadi budaya sejak lama dalam masyarakat Islam.

Perkhidmatan kaunseling boleh dikatakan telah wujud sejak era dakwah Nabi

Muhammad (s.a.w.) iaitu sejak Baginda dilantik sebagai Rasul pada tahun 610M. Hal ini

85

Page 86: an Dan Penceraian Di Selangor

disebabkan peranan Rasulullah (s.a.w.) sendiri pada masa itu yang menjadi tempat

kepada umat Islam mengadu masalah, mendapat tunjuk ajar dalam menghadapi krisis

atau masalah dan mendapat bantuan bagi menyelesaikan masalah yang dialami. Namun,

proses Rasulullah (s.a.w.) membantu umat Islam memahami, menghadapi, menerima dan

menyelesaikan masalah yang dihadapi, tidak dikenali sebagai perkhidmatan kaunseling,

sebaliknya ia lebih terkenal dengan nama sistem hisbah.

Hisbah adalah satu konsep syarak yang bererti perintah mengerjakan kebaikan

(makruf) yang sudah nampak ditinggalkan dan larangan mengerjakan kemungkaran yang

sudah nampak dikerjakan serta membaiki hubungan antara sesama manusia (Hassan

Langgulung,1990). Mengikut Abd al-Karim Zaidan (1978), hisbah ialah fungsi

keagamaan yang terkandung dalam al-amr bi al-macrüf wa al-nahy can al-munkar yang

merupakan fardu bagi sesiapa yang memerintah kaum Muslimin. Ibn Khaldun (1981)

pula berpendapat hisbah adalah satu jawatan dalam urusan agama yang

bertanggungjawab untuk menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.

Manakala al-Faruqi, Isma’il R. & Lois Lamya (1986) berpendapat hisbah adalah

satu institusi yang berkonsepkan al-amr bi al-macruf wa al-nahy can al-munkar.

Walaupun hisbah ini tidak dijalankan secara profesional dan formal pada zaman

Rasulullah (s.a.w.), namun al-Mawardi berpendapat ia berjaya membentuk sahsiah dan

tingkah laku anggota masyarakat Islam untuk hormat, berkasih sayang dan bertimbang

rasa (Abd al-Karim Zaidan, 1997). Kejayaan perlaksanaan hisbah ini mempunyai

hubungan yang rapat dengan firman Allah (s.w.t.) yang menegaskan bahawa sesiapa yang

menyeru kepada kebajikan dan menyuruh membuat segala perkara yang macruf serta

melarang daripada segala perkara yang mungkar, maka mereka yang bersifat demikian

ialah orang-orang yang berjaya.

Oleh kerana hisbah banyak memberi faedah kepada umat Islam, pada zaman

Saiyidina Umar al-Khattab, satu institusi yang diberi nama Diwan al-Hisbah telah

ditubuhkan. Penubuhan Diwan al-Hisbah ini adalah langkah awal ke arah menjadikan

hisbah sebagai satu profesion dalam program dakwah. Pada peringkat permulaannya,

86

Page 87: an Dan Penceraian Di Selangor

Saiyidina Umar al-Khattab menyusun organisasinya dengan melantik muhtasib yang

berkebolehan, daripada golongan khalifah, amir, peniaga, pengusaha, peladang, guru,

imam masjid, bapa, ibu, belia, beliawanis, suami, isteri, rakan, kaum kerabat dan jiran

yang secara umumnya bertanggungjawab terhadap kebajikan orang awam dan untuk

membimbing manusia kepada kebaikan. Selepas itu sistem hisbah dijalankan di pelbagai

tempat seperti di rumah, masjid, pasar ataupun jalan. Untuk memenuhi tugas sebagai

muhtasib, mereka dikehendaki keluar kepada orang awam untuk menyiasat dan

memastikan syariat Islam dilaksanakan (al-Faruqi,& Lois Lamya’, 1986).

Pada zaman al-Mahdi iaitu Khalifah Abbasiyyah yang ketiga, Diwan al-Hisbah

telah diperkenalkan sebagai sebuah jabatan yang tidak memisahkan antara politik dengan

agama. Sejak penubuhannya, Diwan al-Hisbah dikembangkan sebagai sebuah institusi

separa kehakiman yang menguruskan perkara-perkara yang tidak terikat atau dikawal

sepenuhnya oleh undang-undang Syariah. Diwan al-Hisbah ini bertanggungjawab dalam

pelbagai tugas seperti mentadbir aliran dan tukaran wang, timbangan dan nilai wang

syiling, memelihara akhlak masyarakat, menghalang perbuatan bidcah, melindungi tanah

perkuburan daripada dijadikan tempat minum dan berfoya-foya atau sebagai tempat

berjual beli, memelihara perilaku antara jantina di jalan raya atau permandian awam serta

menyiasat sebarang usaha menyembunyikan atau menghalang kebenaran. Diwan al-

Hisbah juga menyelia perkahwinan semula balu dan wanita yang diceraikan dengan

menyediakan calon suami yang sesuai, bertanggungjawab dan berkemampuan (Abdul

Malek,1995).

Dalam konteks masyarakat Malaysia sekarang ini pula, perkhidmatan kaunseling

telah dijadikan sebagai satu kaedah di Jabatan Agama Islam Selangor, sebagai usaha

untuk membantu pasangan suami isteri yang mengalami konflik rumah tangga

mewujudkan kembali persefahaman dan mencari jalan mengeratkan hubungan kasih

sayang di antara mereka serta menangani keruntuhan institusi kekeluargaan. Semua

aduan daripada pasangan suami isteri yang bermasalah dikendalikan oleh pegawai tadbir

agama dengan cara memberi bimbingan dan nasihat, bukannya kaunseling dalam erti kata

87

Page 88: an Dan Penceraian Di Selangor

sebenar. Fenomena ini menunjukkan masyarakat Muslim kini semakin menyedari tentang

kepentingan perkhidmatan kaunseling.

5.5 Kesimpulan

Perceraian membawa implikasi besar kepada pasangan dan keluarga. Perceraian adalah

perkara halal yang amat dibenci Allah. Lafaz talak jangan sekali-kali dibuat mainan

kerana walaupun tanpa niat ia mungkin membawa kesan gugurnya talak. Apatah lagi jika

dilafazkan berkali-kali yang mungkin membawa kepada perceraian tidak boleh dirujuk.

Apabila perkara itu berlaku, penyesalan tidak bermakna lagi.

Perkara yang sering dilupakan pasangan pengantin ialah belajar ilmu agama

walaupun sepatutnya bergelar suami atau isteri persoalan itu tidak perlu diungkit lagi.

Namun, sebagai peringatan kita yang sering lupa, suami wajib mengajar sekurang-

kurangnya ilmu fardu ain kepada isterinya. Jika suami tidak mampu mengajar isterinya,

hendaklah mencari pengajar. Juga amat baik jika suami meluangkan masa mendalami

ilmu agama kerana jika ada masalah dalam keluarga, suami isteri boleh merujuk agama

bagi mencari penyelesaian. Risiko perceraian akan dapat dikurangkan. Bagi orang Islam

di Malaysia, ada undang-undang khusus berhubung perkahwinan dan perceraian.

88

Page 89: an Dan Penceraian Di Selangor

Undang-undang itu digubal bagi memelihara hak seperti mana dianjurkan Islam. Undang-

undang itu dinamakan Akta/Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam.

Akta itu digubal dan diluluskan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri seluruh

negara. Penting bagi suami isteri mengetahui hak dan tanggungjawab mereka mengikut

undang-undang. Undang-undang itu mengawal peraturan dan tatacara sebelum

perkahwinan, ketika dalam perkahwinan dan selepas perkahwinan dibubarkan.

Ketahuilah hak masing-masing supaya apabila berlaku masalah, mudah mencari jalan

penyelesaian atau sekurang-kurangnya bersedia menghadapinya.

Sudah tentu kursus perkahwinan beberapa hari terlalu singkat untuk mendedahkan

perkara sebenar kepada pengantin. Kursus itu hanya memberi lontaran idea dan gambaran

kasar alam perkahwinan secara teori. Ia tidak mencukupi bagi mengeratkan simpulan

ikatan pernikahan antara kedua pasangan. Sentiasalah berbincang dalam semua perkara

walaupun dalam isu dianggap remeh. Hormati pasangan. Semakin hari tanggungjawab

semakin berat dan jika kita tidak mendekatkan diri kepada Allah, pasti Allah tidak

membantu kita meringankan beban berkenaan. Jangan akhiri pernikahan yang suci di

Mahkamah Syariah atau tempat tidak sepatutnya. Pernikahan yang disulami adat dan

ibadat jangan dinodai dengan perceraian. Jika tidak dapat dielakkan, lakukanlah ia

dengan penuh hormat dan rasa tanggungjawab.

Keunggulan sulh sebagai kaedah dalam menyelesaikan pertikaian adalah suatu

hakikat yang tidak dapat dinafikan. Berdasarkan data-data yang terkumpul, dan laporan-

laporan media massa di Malaysia menunjukkan meskipun pelaksanaannya baru bermula,

namun prosedur ini telah memperlihatkan hasil yang membanggakan dalam pengurusan

kes-kes kekeluargaan di Mahkamah-Mahkamah Syariah di negeri Selangor. Selain dari

berjaya menanggani masalah kes-kes tertunggak (Harian Metro: 4.9.2002) pelaksanaan

kaedah ini juga dilihat mampu memberikan kepuasan hati kepada pihak-pihak yang

bertikai, disamping beberapa faedah lain seperti pengurangan kos tanggungan oleh pihak-

pihak bertikai.

89

Page 90: an Dan Penceraian Di Selangor

Adalah menjadi harapan semua, meskipun perubahan yang telah dilakukan

kepada sistem yang digunapakai ini dapat mempermudah dan meringkaskan prosedur-

prosedur kehakiman serta memberikan impak yang positif kepada pengurusankes-kes

kekeluargaan, dalam masa yang sama ia perlulah terus memastikan prinsip keadilan dapat

ditegakkan.

Bibliografi

Abd al-Karim Zaidan.1997. Usul al-Dacwah. Ed.6. Beirut: al-Resalah Pub. House

Abdul Malek, A. al-Sayed. 1995. Etika Sosial dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Abu ‘Urwah. 1986. Risalah Usrah Jilid II: Wanita dan Keluarga. Kuala Lumpur: Pustaka Islam

Ahmad Mohd Salleh. 2003. Pendidikan Islam. Asas Dinamika Guru. Selangor: Penerbit Fajar Bakti

Akhlak Husain. 1987. Ibu Bapa Muslim: Panduan Untuk Bakal Suami Isteri. Terj: Mustafa Ramadhan. Kuala Lumpur: Syarikat Ali Imran

Akmal Mohd Zain. 1992. Kegoncangan Rumah Tangga: Penyelesaian Menurut Al-Quran dan Al-Sunnah. Kuala Lumpur: Mahir Publication Sdn.Bhd.

90

Page 91: an Dan Penceraian Di Selangor

Aida Othman .2002., “Introducing Alternative Dispute Resolution In Malaysia: Prospects And Challenges”, 2 MLJ

Al-Faruqï, Ismail R. & Lois Lamya. 1986. The Cultural Atlas of Islam. New York: Macmillan Publishing Company

Al-Quranul Karim

Al-Quran dan Terjemahan .1974. Jakarta; Yayasan Penyelenggaraan dan Terjemahan Al-Quran

Baharuddin Yaa’cob.2004. Tesis, “Faktor-Faktor Berlakunya Perceraian di Kalangan Masyarakat Islam: Satu Kajian di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur” . Universiti Malaya

Buletin At-Taqwa. Bil 4. Muharram 1425 H(Mac 2004). Shah Alam: Jabatan Mufti Selangor Darul Ehsan

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil.1. 2004

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil.2. 2004

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS) Bil 2. 2005

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor(JAKESS). Bil. 3, 2005

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor( JAKESS). Bil.4.2006

Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (JAKESS). Bil. 3.2007

Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 19 Disember 2007.

Che Latifah Ismail. 2004. Tesis, “Tuntutan Hak Selepas Perceraian di Kalangan Ibu Tunggal. : Kajian Kes di Mahkamah Syariah Perlis”. Universiti Teknologi Mara.

David C Buxbaum.1968. Family Law And Customary Law in Asia, A Contemporary Legal Perspective . Netherlands: The Hague, h.xxvi-Introduction

Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995

Enakmen Kanun Prosedur Mal Syariah Selangor No. 7 tahun 1991

Enakmen Keluarga Islam Selangor no.4. Tahun 1984 Pindaan 1989

91

Page 92: an Dan Penceraian Di Selangor

Enakmen Keterangan Syariah Selangor.1996

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003

Enakmen Undang-Undang Keluarga Negeri Selangor(Pindaan) 2003 (EUKIS 2003)

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor no.2. 1989

Gottman, J. 2000. Why marriages succeed or fail. New York: Simon & Schuster.

Hak Kanak-Kanak dari Aspek Hadhanah dan Nafkah Di Bawah Undang-Undang Keluarga Islam di Malaysia. Simposium Kebangsaan Kebajikan Kanak-Kanak 2004. Gurney Resort Hotel and Residences. Pulau Pinang. 21-22 Julai 2004

Harian Metro. 4.9.2002

Hassan Langgulung.1990. Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Kertas kerja Seminar Kaunseling dalam Masyarakat Islam. Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, Kuala Lumpur, 25-26 September.

Hinde, R.A. 1989. Reconciling the family systems and relationships approaches to child development. Oxford: Clarendon

Imam Habib Abdullah Al-Haddad. 1981. Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Singapura: Pustaka Nasional

Ismaliza Ismail. 1999. Tesis, “Cerai Taklik: Kajian Kes di Mahkamah Syariah Kota Bharu.” Universiti Malaya

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Bahagian Informasi Islam.2007. Fail Rekod Perkahwinan dan Perceraian Seluruh Negeri (2000-2007).

Joseph Schacht (1955) “Pre Islamic Background And Early Development of Jurisprudence” dalam Majid Khadduri & Herbert J. Liebesny (ed) Law in The Middle East, Vol. 1, Washington D.C. The Middle East Institute

Jurnal Hukum JAKESS. Kes Mal Bil. 1000-050-060. 2006

92

Page 93: an Dan Penceraian Di Selangor

Kaedah-Kaedah Tatacara Mal Sulh Selangor 2001. Warta Kerajaan Negeri Selangor Sel. P.U.44

K.H Muhammad Nawawi Banten. 1999.Panduan Hidup Suami Isteri Yang Soleh. Bandung: Mestika.

Laporan Persidangan Majlis Mesyuarat Negeri Selangor, “Undang-Undang Mencegah Berzina 1894” . Bil. 1, Disember 1895

Mahmood Zuhdi Abdul Majid & Raihanah. 1986. Undang-Undang Keluarga Islam Konsep dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Karya Abazie

Undang-undang Pentadbiran Agama Islam Selangor No. 3 tahun 1952

Utusan Malaysia. 26.7.2003

Utusan Malaysia. 3.8.2003

Utusan Malaysia. 4.8.2003

Utusan Malaysia. 25.8.2003

Utusan Malaysia. 30.7.2003

Utusan Malaysia. 31.7.2003

Sheikh Ghazali Abdul Rahman. “Peraturan cerai SMS”. Buletin Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) Ogos 2003

Michael Noone.1996. Mediation – Essential Legal Skills, cet.1. London: Cavendish Publishing Limited

Mimi Kamariah Abd. Majid.1999. Family Law In Malaysia. Malayan Law Journal

Mohammad Nidzam Abdul Kadir. 2006. Soal Jawab Remeh Temeh Tentang NikahKahwin Tapi Anda Malu Bertanya. Kuala Lumpur: Telaga Biru

Mohd Shauki Abdul Majid. “ Lafaz Talak SMS”. Buletin Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim). Ogos 2008

Muhamad Nor Ibrahim et al. 1982. Mustika Hadis Rsulullah(saw) Jilid I . Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri

93

Page 94: an Dan Penceraian Di Selangor

Mustaffa Daud. 1989. Institusi Keluarga Islam. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors.

Nik Roslina Raja Ismail, ‘Kajian Perbandingan Mengenai Jangkamasa yang Diambil Untuk Menyelesaikan Kes-Kes Berhubung Perceraian Serta Kekerapan Penangguhan Kes-Kes Di antara Mahkamah Syariah Dan Mahkamah Sivil, Modul Praktikum, Kursus Diploma Pengurusan Awam INTAN. 1999

Nora Abdul Hak. “Hak Kanak-Kanak dari Aspek Nafkah: Menurut Undang-Undang Keluarga Islam.” Seminar Kefahaman Undang-Undang Keluarga Islam, Isu-Isu Mahkamah Syariah ke 6. AIKOL IIUM. 24 April 2004.

Nurhidayah Muhd Hashim. “SMS Talak Sah Jika Suami Ada Niat Bercerai”. Buletin Persatuan Peguam Syarie Malaysia. 17 Disember 2007.

Risalah Perceraian (Pembubaran Perkahwinan). 2008. Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia(JKSM)

Risalah “Hak Penjagaan Anak”. 2008. Biro Bantuan Guaman. Jabatan Perdana Menteri

Seminar Peningkatan Pegawai Rundingcara Keluarga Jabatan Agama Islam Selangor. Hotel Carlton Holiday. Shah Alam. 13 November, 2008

Siti Zulaikha Mohd Nor. 1992. Kaunseling Perkahwinan Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: ABIM&Budaya Ilmu Sdn.Bhd.

Syeikh Ghazali Abd Rahman et al. 2004. Memasuki Gerbang Perkahwinan. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Surat Perakuan Nikah, Jabatan Agama Islam Selangor

Teks Khutbah Jumaat JAIS, “Memperkukuh Modal Insan Kelas Pertama”.26 Oktober 2007

Temubual penulis dengan Tn.Hj.Syafie bin Ahmad, Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Mukim Batu, Gombak diadakan di pejabat beliau, Masjik Jamek Kampung Nakhoda, Batu Caves, Selangor pada 11 November 2008, pukul 8.30 pagi hingga pukul 11.00 pagi

Wan Halim Othman,“Konflik Keluarga dan Intervensi” kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Kaunseling dan Kemanusiaan pada 15-16 Disember 1990

94

Page 95: an Dan Penceraian Di Selangor

Wan Halim Othman (1996), “Community Mediation In Malaysia”, in Fred Edmunt Jandt & Paul. B

Yaakob Harun.1992. Keluarga Melayu Bandar. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Zaleha Kamarudin (1993)., A Comparative Study of Divorce Among Muslims and Non Muslims in Malaysia, Tesis Ph.d. University of London.

Zaleha Kamaruddin, “Delays in Disposition of Matrimonial Cases”, IIUM Law Journal, Volume 7, Number 1, 1999

Rujukan Lain

Jenis-Jenis Kes Dan Seksyen:

Seksyen 13-Persetujuan wali, Seksyen 23-Poligami, Seksyen 45- Pengesahan cerai, Seksyen 47 Permohonan Cerai, Seksyen 50-Ta‘liq , Seksyen 52-Fasakh, Seksyen 56-Mut‘ah, Seksyen 58-Harta Sepencarian, Seksyen 59- Nafkah isteri, Seksyen 65- Nafkah ‘iddah, Seksyen 66-Ubah Perintah Nafkah Isteri, Seksyen 69-Nafkah Tertunggak, Seksyen 73-Nafkah Anak, Seksyen 75-Ubah Perintah Nafkah Anak, Seksyen 81-Hadanah, Seksyen 132-Penguatkuasaan perintah, Seksyen 134/, 135, 7/91-Pelaksanaan Perintah, Seksyen 155 /220(2)7/91 Perintah Memenjara/Menghina Mahkamah

95

Page 96: an Dan Penceraian Di Selangor

96