amway lampiran

5
AMWAY (MALAYSIA) HOLDINGS BERHAD (340354-U) Fakta-fakta Syarikat Sekilas Pandang PROFIL KAKITANGAN PENGEDAR BEBAS PENGERUSI PENGARAH URUSAN PEMILIKAN PENYENARAIAN BSKL PRESTASI KEWANGAN (TK2010) PRODUK Amway (Malaysia) Holdings Berhad (AMHB) 100% Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. (AMSB) 100% Amway (B) Sdn. Bhd. (ABSB) AMSB adalah satu daripada 10 syarikat gabungan yang terkemuka antara 58 syarikat gabungan Amway Corporation di seluruh dunia. AMSB beroperasi dari ibu pejabatnya di No. 28 Jalan 223, Petaling Jaya, 46100 Selangor Darul Ehsan. AMSB dan ABSB menyediakan pekerjaan kepada 414 kakitangan di seluruh Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Kakitangan bukanlah Pengedar Amway. AMSB dan ABSB mempunyai tenaga pengedar teras seramai 221,000* di seluruh Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Pengedar adalah pemilik perniagaan bebas. Produk dan perkhidmatan Amway hanya dipasarkan melalui Pengedar Amway bebas. * pada 31 Dis 2010 Dato’ Abdul Halim Bin Mohyiddin Low Han Kee AMHB dimiliki oleh GDA B.V., syarikat yang diperbadankan di The Netherlands dengan majoriti pemilikan sebanyak 51.7%. Papan : Utama Sektor : Dagangan Tahun disenaraikan : 1996 Hasil untuk tahun kewangan berakhir 31/12/2010 Keuntungan Sebelum Cukai untuk tahun kewangan berakhir 31/12/2010 Keuntungan Selepas Cukai untuk tahun kewangan berakhir 31/12/2010 RM719.4j RM109.1j RM78.3j AMSB dan ABSB memasarkan rangkaian produk premium yang luas di bawah tanda niaga AMWAY, yang dikategorikan di bawah lima barisan produk teras:

Upload: givamathan

Post on 31-Dec-2015

154 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Amway Lampiran

AMWAY (MALAYSIA) HOLDINGS BERHAD (340354-U)

Fakta-fakta Syarikat Sekilas Pandang PROFIL

KAKITANGAN

PENGEDAR BEBAS

PENGERUSI PENGARAH

URUSAN PEMILIKAN PENYENARAIAN

BSKL PRESTASI KEWANGAN

(TK2010)

PRODUK

Amway (Malaysia) Holdings Berhad (AMHB)

100%

Amway (Malaysia) Sdn. Bhd. (AMSB)

100%

Amway (B) Sdn. Bhd. (ABSB)

AMSB adalah satu daripada 10 syarikat gabungan yang

terkemuka antara 58 syarikat gabungan Amway Corporation di seluruh dunia. AMSB beroperasi dari ibu pejabatnya di No. 28 Jalan 223, Petaling Jaya, 46100 Selangor Darul Ehsan. AMSB dan ABSB menyediakan pekerjaan kepada 414 kakitangan di seluruh Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Kakitangan

bukanlah Pengedar Amway.

AMSB dan ABSB mempunyai tenaga pengedar teras seramai 221,000* di seluruh Malaysia dan Negara Brunei Darussalam. Pengedar adalah pemilik perniagaan bebas. Produk dan perkhidmatan Amway hanya dipasarkan melalui Pengedar

Amway bebas. * pada 31 Dis 2010

Dato’ Abdul Halim Bin Mohyiddin

Low Han Kee AMHB dimiliki oleh GDA B.V., syarikat yang diperbadankan di The Netherlands dengan majoriti pemilikan sebanyak 51.7%.

Papan : Utama Sektor : Dagangan Tahun disenaraikan : 1996

Hasil untuk tahun kewangan berakhir

31/12/2010

Keuntungan Sebelum Cukai

untuk tahun kewangan berakhir

31/12/2010

Keuntungan Selepas Cukai untuk tahun

kewangan berakhir 31/12/2010

RM719.4j RM109.1j RM78.3j

AMSB dan ABSB memasarkan rangkaian produk premium yang luas di bawah tanda niaga AMWAY, yang dikategorikan di bawah lima barisan produk teras:

Page 2: Amway Lampiran

PUSAT PENGEDARAN DAERAH (RDC) &

SHOP (KEDAI)

• Pemakanan & Kesejahteraan (termasuk suplemen makanan dan minuman di bawah jenama NUTRILITETM). Semua produk NUTRILITETM (termasuk produk gel lembut) adalah disahkan

Halal oleh Majlis Makanan & Pemakanan Islam Amerika Syarikat (IFANCA). IFANCA diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM, Pusat Islam) sebagai badan Islam yang mengeluarkan Sijil Halal untuk daging dan produk yang dieksport ke Malaysia.

• Penjagaan Kulit & Kosmetik (Produk penjagaan kulit dan

kosmetik ARTISTRYTM)

• Dandanan Diri (termasuk produk penjagaan mulut GLISTERTM, kelengkapan dandanan diri dan penjagaan rambut SATINIQUETM)

• Penjagaan Barangan Di Rumah (termasuk produk pencucian pakaian, penjagaan kereta dan barangan di rumah)

• Alatan Berteknologi Di Rumah (termasuk sistem rawatan udara ATMOSPHERETM, sistem rawatan air eSpringTM dan periuk masak iCOOKTM)

Di samping itu, Program Personal Shoppers Catalogue memasarkan rangkaian produk pengguna yang luas yang diperoleh atau dikilang di Malaysia termasuk makanan dan minuman, aksesori diri, pakaian dan peralatan di rumah. Terdapat 9 RDC yang terletak strategik di seluruh Malaysia dan

sebuah di Negara Brunei Darussalam * Butterworth * Ipoh * Johor Bahru * Kota Kinabalu * Kuching * Sibu * Miri * Petaling Jaya * Sandakan Pengenalan konsep Kedai Amway yang baru adalah sebahagian

daripada gerakan perluasan Amway masa kini ke lokasi baru yang strategik di seluruh negara bagi menjana keterujaan di kalangan Pasukan Pengedar Teras berjumlah 221,000 orang, meningkatkan pendekatan pengguna ke atas produk Amway dan memberikan penampilan lebih luas bagi jenama Amway

Amway mempunyai 16 buah Kedai Amway (termasuk 1 Fasiliti Kedai di HQ) di: * Seremban (Ogos 08) No 38, Ground Floor, Jalan S2 B18, Biz Avenue Seremban 2, 70600, Seremban, Negeri Sembilan

* Kuala Terengganu (Sept 08) No 24, Tingkat Bawah, Pusat Niaga Paya Keladi, Bandar Kuala Terengganu, 20000, Kuala Terengganu

Page 3: Amway Lampiran

* Kota Bharu (Sept 08) No 10 & 11, Bangunan Yakin, Jalan Raja Perempuan Zainab 2

Bandar Baru Kubang Kerian 16150, Kota Bharu, Kelantan * Batu Pahat (Okt 08) No 26 & 27, Jalan Flora Utama 1, Taman Flora Utama, 83000, Batu Pahat, Johor

* Bintulu (Mei 09) Lot No 4075, 4076, 4077, Parkcity Commercial Square, Jalan Tun Ahmad Zaidi, 97000 Bintulu, Sarawak * Pulau Pinang (Jul 09) Lot 28-G-1, Jalan Tanjong Tokong, 10470, Pulau Pinang

* Klang (Jul 09) No 55 & 57, (Ground Floor) Jalan Mahogani 5/KS7, Bandar

Botanic, 41200, Klang, Selangor Darul Ehsan *Wangsa Maju (Okt 09)

34N-0-3, Jalan Wangsa Delima 6, (Jalan 1/27F), KLSC Section 5, Pusat Bandar Wangsa Maju, 53300, Kuala Lumpur

*Fasiliti HQ (Jan 10) 28, Jalan 223, 46100 Petaling Jaya, Selangor

*Mentakab (Jun 10) 8B & 28C Jalan Azbidin, 28400 Mentakab, Pahang *Taiping (Aug 10)

No.13,15 & 17, Tingkat Bawah, Jalan Medan Saujana Kamunting, Taman Medan Saujana Kamunting,

34600 Kamunting, Taiping, Perak

*Melaka (Sept 10) 108A, Ground Floor, Jalan Berkat 15, Taman Malim Jaya, 75250 Melaka

*Segamat (Oct 10) No. 31 & 32 Jalan Genuang Kampong, Segamat, 85000 Johor *Brunei (Jan 11) No. 6 & 7, Block A, Kompleks Shakirin, Kampong Kiulap,

Bandar Seri Begawan BE1518 Brunei Darussalam *Alor Setar (Feb 11) No. 35, Taman Bandar Baru Mergong, Lebuhraya Sultanah Bahyah,

06250 Alor Setar, Kedah *Kuantan (Mar 11) A255, Jalan Air Putih, Kuantan, Pahang

Waktu beroperasi: Hari Isnin – Sabtu, 10.00pagi hingga 9.00mlm Tutup pada hari setiap hari Ahad dan Cuti Umum

KHIDMAT MASYARAKAT

Amway Malaysia, melalui Kempen One By One, memfokus pada mencipta minda yang lebih ceria dan lebih sihat di kalangan kanak-kanak. Syarikat telah memulakan inisiatif-inisiatif berikut

untuk memberi impak terhadap kehidupan kanak-kanak di

Page 4: Amway Lampiran

Malaysia:

• Projek Wad Riang Sihat Projek Wad Riang Sihat bertujuan mewujudkan persekitaran

yang lebih kondusif dan ceria untuk kanak-kanak yang menjalani rawatan di hospital-hospital kerajaan. Amway Malaysia telah memperuntukkan RM300,000 untuk menghias semula fasiliti pediatrik di enam buah hospital kerajaan untuk tempoh tiga tahun bermula Tahun Fiskal 2006.

Pada 16 Jun 2006, Amway Malaysia menyerahkan Pusat Jagaan

Harian Pediatrik yang pertama dihias semula dan bilik permainan kanak-kanak yang baru kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang (HTAR).

Pada 4 Januari 2007, Amway menyerahkan Pusat Jagaan Harian Pediatrik dan bilik permainan kanak-kanak kedua yang dihias semula kepada Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh

(HoSHAS).

Pada 3 September 2007, Amway Malaysia menyerahkan Pusat Jagaan Harian Pediatrik dan bilik permainan kanak-kanak ketiga yang telah dihias semula serta binaan tambahan Pusat Jagaan Harian yang baru di mana ia menempatkan bilik konsultasi doctor, tempat makan dan tempat menunggu kepada Hospital

Batu Pahat, Johor.

Pada 13 Mac 2008, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti keempat yang dihias semula termasuk tempat menunggu klinik pediatrik, bilik rawatan dan lima bilik konsultasi doktor kepada Hospital Ipoh.

Pada 23 Oktober 2008, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti

kelima yang telah dihias semula termasuk Klinik Pakar Pediatrik, tempat menunggu, bilik rawatan dan lima bilik konsultasi doktor di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Pada 5 Mac 2009, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti keenam yang dihias semula termasuk wad pediatrik, dua bilik rawatan

dan empat bilik pengasingan di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang. Di bawah Fasa II projek, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti ketujuh yang dihias semula yang merangkumi tempat menunggu klinik pediatrik dan binaan tambahan untuk menempatkan bilik

main kanak-kanak kepada Hospital Tuanku Jaafar, Seremban pada 31 Oktober 2009. Pada 14 April 2010, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti kelapan iaitu wad pediatrik 1 dan 4 yang dihias semula kepada Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu Kelantan.

Pada 29 September 2010, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti kesembilan iaitu Ruang Menunggu, Bilik Medikal dan Bilik Surgikal di Unit Rawatan Harian Pediatrik yang dihias semula kepada Hospital Kuala Lumpur.

Pada 21 Januari 2011, Amway Malaysia menyerahkan fasiliti kesepuluh iaitu Pusat Jagaan Harian Kanak-Kanak Pediatrik dan Bilik Permainan Kanak-kanak yang telah dihias semula kepada Hospital Umum Sarawak.

• Bengkel dan Kem Minda Riang Sihat telah dianjurkan untuk mendekati secara langsung kanak-kanak di bawah umur 12 tahun. Di bengkel dan kem ini, kanak-kanak diajar

mengamalkan tingkah laku positif, membina interaksi lebih baik di kalangan rakan sebaya dan secara asasnya memperoleh minda yang ceria lagi sihat.

• Seminar Keibubapaan telah dianjurkan untuk

Page 5: Amway Lampiran

KEPIMPINAN INDUSTRI

LAMAN WEB KORPORAT

LAMAN WEB JENAMA

mewujudkan kesedaran di kalangan ibu bapa dan penjaga dan memastikan pematuhannya di rumah – Dijalankan oleh sekumpulan pakar psikologi, ibu bapa mempelajari panduan-

panduan keibubapaan yang berguna mengenai pembentukan jati diri, keyakinan diri kanak-kanak, dan meningkatkan kemampuan belajar. Seminar ini menggabungkan penyertaan aktif daripada ibu bapa menerusi lakon peranan dan diskusi.

• Program Pendidikan Awam One by One telah menaja artikel dalam akhbar-akhbar utama

untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang awam mengenai topik dan isu yang berkaitan kesihatan mental kanak-kanak.

Kesukarelawanan Pengedar dan kakitangan Amway adalah digalakkan untuk berbakti kepada masyarakat dengan meluangkan masa secara sukarela dalam aktiviti-aktiviti ceria yang dianjurkan oleh Amway

di fasiliti-fasiliti yang dihias semula di bawah projek Wad Riang Sihat.

Amway Malaysia adalah ahli pengasas Persatuan Jualan Langsung Malaysia (DSAM). Wakil-wakil Amway Malaysia terlibat secara aktif dalam pelbagai jawatankuasa industri. DSAM, yang diasaskan pada tahun 1978, mempunyai 55 ahli (pada 1 July

2009) yang terdiri daripada syarikat jualan langsung multinasional dan juga tempatan.

www.amway2u.com

www.artistry.com

www.nutrilite.com

www.espring.com