zulkefli bin ismail - fp.utm.my fileborang soal selidik telah digunakan sebagai instrumen kajian....
Post on 17-Aug-2019
266 Views
Preview:
TRANSCRIPT
PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP KESEDIAAN
MENCEBURI BIDANG KERJAYA USAHAWAN TANI.
ZULKEFLI BIN ISMAIL
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pandangan saya karya ini adalah
memadai dari segi skop dan kualiti untuk penganugerahan Ijazah Serjana Mudan
Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”
Tandatangan : …………………………………………….
Nama penyelia : DR. YAHYA BIN BUNTAT
Tarikh : ……………………………………………
PERSEPSI PELAJAR TAHUN AKHIR SARJANA MUDA TEKNOLOGI SERTA
PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) TERHADAP KESEDIAAN MENCEBURI
BIDANG KERJAYA USAHAWAN TANI
ZULKEFLI BIN ISMAIL
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
ii
“saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-
tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ………………………………………
Nama Penulis : ZULKEFLI BIN ISMAIL
Tarikh : ………………………………………
iii
DEDIKASI
KHAS BUAT
Teristimewa buat,
Ayahanda ku yang tercinta,
Ismail bin Mohd
Segala pengorbanan mu menjadi perangsang diri ku,
Bonda ku yang ku kasihi,
Wan Nik bt. Wan Ahmad
Nasihat dan doa mu yang menjadi pedoman hidup ku,
Untuk ahli-ahli keluarga ku,
Kamu semua adala perangsang semangat ku,
Terima kasih tak terhingga,
Dr. Yahya bin Buntat
Segala tunjuk ajar mu kekal sepanjang hayat ku.
Terima kasih di atas segala sokongan dan pengorbanan yang telah kalian lakukan…
Semoga Allah akan membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Insyaallah…
iv
PENGHARGAAN
Pertama kalinya ingin dipanjatkan rasa kesyukuran kepada Allah S.W.T. kerana
dengan keizinan dan rahmatNya dapat saya menyiapkan Projek Sarjana Muda ini
seadanya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah S.A.W. serta pada sahabat
baginda.
Dalam usaha untuk menjayakan projek ini, penulis ingin merakamkan ucapan
terima kasih yang tidak terhingga kepada Dr. Yahya bin Buntat yang banyak
memberikan bimbingan, teguran dan dorongan sepanjang tempoh penyediaan projek ini.
Kesabaran dan keikhlasan yang beliau berikan, tidak akan dilupakan sampai bila-bila.
Sekali lagi “terima kasih daun keladi”. Tidak lupa juga kepada teman serumah yang
banyak membantu dari segi idea dan tenaga.
Rasa penghargaan juga dihulurkan kepada semua pihak yang terlibat secara
langsung ataupun tidak, penulis sekali lagi memohon sepuluh jari memohon maaf dan
ucapan terima kasih tidak terkira. Semoga keikhlasan yang diberikan mendapat hidayah
dariNya.
Sekian, terima kasih…
Wassalam…
v
Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti persepsi pelajar tahun akhir Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup) terhadap kesediaan menceburi
bidang kerjaya usahawan tani. Sampel kajian terdiri daripada 71 orang pelajar dari
jabatan pendidikan teknikal dan kejuruteraan, Fakulti Pendidikan. Borang soal selidik
telah digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian yang dibuat berkaitan dengan ciri-ciri
peribadi, kurikulum yang dipelajari, jaminan masa hadapan dan kemahiran asas yang
ada pada responden. Nilai indeks kebolehpercayaan item dalam kajian rintis yang
dijalankan adalah 0.925. Data dianalisi menggunakan perisian “Statistical Package For
Social Scieces”(SPSS 13.0) untuk mencari min, peratus dan kekerapan. Hasil kajian
mendapati bahawa para pelajar tahun akhir Sarjanan Muda Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup) mempunyai ciri-ciri peribadi yang sesuai menceburi bidang usahawan tani.
Hasil kajian juga menunjukkan pelajar tersebut bersedia menceburi bidang kerjaya
usahawan tani. Pelajar juga bersetuju bahawa kurikulum yang dipelajari mampu
menyediakan pengetahuan asas kerjaya usahawan tani. Kajian mendapati bahawa
bidang usahawan tani dapat menjamin masa depan mereka. Kajian ini juga mendapati
para pelajar berpandangan mempunyai kemahiran asas yang cukup untuk menceburi
bidang pertanian.
vi
Abstract
The purpose of this study is to identify perception of final year undergraduate
students in technology with education (living skill) as a preparation to involve in
entrepreneur farming career. The study sample 71 students from department of
engineering and technology education in faculty of education are involve in this
research. Questionnaire are used as an instrument. The research study related to
personal characteristic, curriculum study, future guarantee and basic skill of respondents.
The index values of item reliability in pilot study were 0.925. Statistical package for
social science (SPSS 13.0) software is chosen as an instrument to analyze and to get the
mean, percentage, and frequency. Research found that The final year undergraduate
student in technology with education (living skill) have a suitable personal characteristic
to involved in entrepreneur farming career. Research also found students has been ready
to involved in entrepreneur farming career. Students also agreed that the curriculum
what their learned, able to prepare basic skills in entrepreneur farming career. Research
found that entrepreneur farming career is batter for future live. The last research found
that students agree that have enough basic skills to involved in entrepreneur farming
career.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
BAB 1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1 - 2
1.2 Latar belakang masalah 3 - 7
1.3 Penyataan masalah 7 - 8
1.4 Objektif kajian 8
1.5 Persoalan kajian 8 - 9
1.6 Kepentingan kajian 9 - 10
1.7 Batasan kajian 10
1.8 Definisi / istilah 10
1.8.1 Usahawan 11
1.8.2 Usahawan tani 11
1.8.3 Sikap 12
viii
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.1 Ciri-ciri peribadi 13
2.1.1 Sikap 13 - 16
2.2 Kurikulum 17
2.2.1 kajian mengenai kurikulum usahawan 17 - 19
2.3 Jaminan 19 - 23
2.4 Kemahiran 23 - 27
2.4.1 Kemahiran berkomunikasi 27 - 28
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 29 - 30
3.2 Reka bentuk kajian 30
3.3 Tempat kajian 31
3.4 Populasi dan sampel kajian 31
3.5 Instrumen kajian 32
3.5.1 Bahagian A : Latar belakang responden 32
3.5.2 Bahagian B : Persoalan kajian 33 - 34
3.6 Keesahan soal selidik 34
3.7 Kajian rintis 35
3.8 Prosedur kajian 36 - 37
3.9 Analisis data 38 - 40
ix
BAB 4 ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan 41
4.2 Analisis bahagian A 42
(Latar belakang responden)
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Bangsa 42
4.2.3 Taraf perkahwinan 43
4.2.4 Umur 43
4.3 Analisis data bahagian B (Persoalan Kajian) 44 - 45
4.3.1 Adakah ciri-ciri peribadi mempengaruhi
kejayaan siswazah usahawan tani. 45 - 48
4.3.2 Adakah kurikulum yang dipelajari dapat
membekalkan kemahiran asas untuk
kerjaya bidang pertanian 48 - 51
4.3.3 Adakah bidang usahawan tani dapat
menjamin masa depan mereka 52 - 54
4.3.4 Adakah siswazah telah menpunyai
kemahiran yang cukup dalam bidang
pertanian. 54 - 57
4.5 Ringkasan dapatn kajian 58 - 59
BABA 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 60
5.2 Ringkasan dapatan kajian 60 - 61
5.3 Rumusan 61
5.3.1 bahagian A (latar belakang Responden) 62
5.3.2 bahagian B (Persoalan Kajian) 52 - 65
x
5.4 Perbincangan 65 - 66
5.4.1 Adakah ciri-ciri peribadi mempengaruhi
kejayaan siswazah usahawan tani 66 - 67
5.4.2 Adakah kurikulum yang dipelajari
dapat membekalkan kemahiran asas
untuk kerjaya bidang pertanian 68 - 69
5.4.3 Adakah bidang usahawan tani dapat
menjamin masa depan mereka 69 - 71
5.4.4 Adakah siswazah telah menpunyai
kemahiran yang cukup dalam bidang
pertanian 71 - 73
5.5 Kesimpulan 73
5.6 Cadangan 74
5.7 Cadangan kajian lanjutan 75
5.8 Penutup 75 - 76
BIBLIOGRAFI 77 – 79
LAMPIRAN
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Pembahagian item mengikut persoalan
Kajian 33
3.2 Skala Likert 34
3.3 Klasifikasi kekuatan kolerasi 36
3.4 Maklum balas dan skor skala likert
terhadap item 40
3.5 Peratusan Skor 40
4.1 Taburan kekerapan dan peratusan
responden mengikut jantina 42
4.2 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut bangsa 42
4.3 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut status perkahwinan 43
4.4 Taburan kekerapan dan peratusan responden
mengikut umur 43
4.5 Penentuan tahap dan peratusan 44
4.6 Skala min 44
4.7 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Rersponden Bagi Ciri-Ciri Peribadi Siswazah
Usahawan Tani 45 - 46
4.8 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan
Min Rospendon Bagi Kuirkulum Yang
xii
Dilepejari Dapat Membekalkan Kemahiran
Asas Untuk Bidang Pertanian. 48 - 49
4.9 Taburan Kekerapan, Peratusan Dan Min
Responden Bagi Jaminan masa Depan
Usahawan Tani 52
4.10 Menunjukkan Taburan Kekerapan, Peratusan
Dan Min bagi siswazah telah mempunyai
kemahiran yang cukup dalam bidang pertanian. 54 - 55
4.11 Rumusan Dapatan Kajian Mengikut Persoalan
Kajian 58
xiii
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL
RMK - Rancangan Malaysia Ke-9
KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar
SPH - Program Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran
Hidup)
UPM - Universiti Putra Malaysia
UTM - Universiti Teknologi Malaysia
IPTA - Institut Pengajian Tinggi Awam
IPTS - Institut Pengajian Tinggi Swasta
SAW - Sallallah Hualaihi Wasallam
BPM - Bank Pertanian Malaysia
HPPNK - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan
FAMA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
MARA - Majlis Amanah Rakyat
SPSS - Statistical Package For Social Science
SS - Sangat setuju
S - Setuju
TP - Tidak pasti
TS - Tidak setuju
STS - Sangat tidak setuju
f - Frekuensi
% - Peratus
BAB 1
1.0 Pengenalan.
Pembangunan ekonomi yang pesat di Malaysia sejak kemerdekaan adalah
berpunca daripada sektor pertanian dan sumber alam. Terutamanyan pengeksport getah,
minyak kelapa sawit dan K.B. disamping menyumbangkan sumbangan yang besar
terhadap penjanaan tukaran wang asing di Negara. Berkembangnya sektor pertanian
adalah hasil daripada keadaan pasaran dunia yang menggalakkan dan juga dasar yang
digubal oleh kerajaan ( Ahmad Mahdzam Ayob 1997).
Menurut beliau lagi, walaupun sektor pertanian di Malaysia masih memberi
sumbangan yang besar, tetapi semakin berkurang jika berbanding dengan masa dahulu.
Semua ini adalah hasil daripada proses pembangunan apabila ekonomi semakin
meningkat, kepentingan sektor pertanian akan menurun. Disamping itu, sektor
perkilangan dan perkhidmatan pula akan menjadi lebih penting. Keadaan ini telah
menimbulkan beberapa masalah bagi Negara Malaysia. Masalah yang utamanya ialah
terpaksa mengimport makanan dan bahan mentah yang untuk kegunaan operasi industri
dengan banyak dari Negara luar. Sebagai contoh, pada tahun 1999, Negara Malaysia
terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang tinggi untuk mengimport makanan dari luar
Negara iaitu sebanyak RM10.9 bilion (Salaudin Ahmad. Et AL 2002)
2
Menurut Redzuan Ibrahim (2002) Negara maju seperti Amerika Syarikat,
Belanda, Australia, Kanada dan lain-lainnya bergantung kepada bidang pertanian
sebagai salah satu sumber kekuatan ekonomi negara-negara sekiranya Negara
pengeksport ini dilanda masalah. Apa yang akan terjadi kepada rakyat Malaysia. Oleh
kerana itu, kerajaan sangat peka terhadap perkara ini.
Pada Disember 1998, pegawai-pegawai yang berkaitan dengan sektor pertanian
telah bekerjasama menghasilkan Dasar Pertania Negara Ketiga (DPN3). Rangka dasar
ini adalah amat diperlukan bagi mengatasi cabarang-cabarang baru yang dihadapi oleh
sektor ini. Antarnya adalah seperti kekurangan tanah dan tenaga buruh, liberalisasi
perdagangan serta peralihan modal dan pelaburan secara global. DPN3 ini tetap
berteraskan kepada DPN1 dan DPN2 tetapi mengambil kira perkembangan ekonomi
semasa, umpamanya kesan kejatuhan ringgit terhadap keselamatan bekalan makanan
Negara dan kesan liberalisasi perdagangan terhadap daya saing pengeluaran dan
perdagangan pertanian. (Dato’ Abi Musa ‘Ari b. Mohamad Nor, 1999).
Menurut Dato’ Abi Musa ‘Ari b. Mohamad Nor, 1999), DPN3 telah
menunjukkan bahawa bidang pertanian semakin mendapat tumpuan selepas kemelesetan
ekonomi berlaku pada tahun 1997. walau bagaimanapun, dasar kerajaan tidak akan
berjaya tampa usaha para petani. Dalam aktiviti ekonomi, usahawan petani merupakan
seorang yang memainkan peranan yang aktif dlam menghasilkan produk tanaman dan
melayan pelanggan. Usahawan petani berhak menentukan strategi pengurusan terhadap
tanaman yang ingin ditanam dan cara pemasaran tanaman yang dihasilkan.
Seseorang usahawan petani yang berjaya bukan sahaja tahu tentang kerja
penanaman malah perlu mahir dalam segala yang brkaitan dengan bidang pertanian.
Bidang-bidang yang berkaitan ini termasuklah sistem pengurusan ladang, teknik-teknik
perancanan, cara pelaksanaan dan sebagainya. Selain itu, seseorang itu juga perlu
mengetahui dasar-dasar dan perancangan kerajaan dari semasa ke semasa. Walaupun
3
usahawan petani tidak berkeupayaan mengubah perkara-perkara yang sedang berlaku,
tetapi adalah berkemapuan mengubah strategi-strategi yang sedia ada untuk
menyesuaikan dari dan usahanya kepada perubahan-perubahan tertentu. Dengan itu,
rintangan bagi seseorang usahawan tani mencapai kejayaan adalah cukup mencabar.
1.1 Latar belakang masalah
Dalam era kegemilangan sektor pertanian dalam tahun 1960-an dan 1970-an,
pemacu utama kepada pertumbuhan sektor ini adalah firma perladangan Eropah yang
menjalankan usaha perladangan sebagai satu perniagaan. Walaupun kini syarikat ini
telah `dimalaysiakan' dari segi ekuiti, syarikat ini telah berjaya menyediakan landasan
yang kukuh untuk industri getah dan kelapa sawit bergerak sebagai satu perniagaan
pertanian hingga mampu menghasilkan pelbagai keluaran `nilai tambah' untuk industri
tempatan dan eksport.
Firma ini juga mampu melahirkan inovasi tempatan seperti benih tanaman yang
lebih baik dan kaedah pemprosesan. Bagaimanapun usaha untuk menerima pakai model
estet kepada perusahaan pertanian makanan masih belum menunjukkan prestasi yang
menggalakkan. Data pertanian dunia membuktikan bahawa industri pertanian terutama
makanan berpotensi sebagai satu perniagaan yang menguntungkan.
Malah beberapa sektor ini mengalami kelembapan yang serius sehinggakan
Malaysia terpaksa bergantung kepada import untuk bekalan dalam negara. Dalam tahun
2004, nilai import makanan Malaysia bernilai RM16.6 bilion dengan kurangan sebanyak
RM6.6 bilion. Senario kelembapan sektor makanan di Malaysia adalah bertentangan
dengan perkembangan pesat dalam sektor makanan dan minuman dunia. Ia juga
4
bertentangan dengan ciri alam semula jadi Malaysia yang kaya dengan bahan genetik
dan sumber asli.
Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) kerajaan menetapkan untuk
mencapai imbangan positif dalam imbangan pembayaran makanan. Salah satu strategi
adalah dengan mewujudkan persekitaran perniagaan pertanian yang dinamik yang
dipandu oleh usahawan tani. Persoalannya, dengan tanggapan semasa bahawa pertanian
bukan satu perniagaan yang menguntungkan, bagaimanakah kita boleh melahirkan
usahawan tani yang berdaya maju yang mampu bersaing dalam Negara dan
antarabangsa?
Sapora (2006) antara cabaran besar negara dewasa ini ialah bilangan graduan
menganggur yang agak tinggi jumlahnya. Dianggarkan kira-kira 20,217 graduan institusi
pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) menghadapi masalah mendapatkan
pekerjaan. Berdasarkan jumlah itu, dianggarkan kira-kira 70 peratus adalah graduan
lulusan IPTA.
Antara penyebab kepada masalah ini dikatakan berpunca antara lainnya
berikutan kebanyakan graduan tidak memenuhi keperluan pasaran pekerjaan
terutamanya kemahiran dari segi keterampilan, kewibawaaan dan penguasaan bahasa.
Selain daripada itu, masalah pengangguran di kalangan graduan berpunca daripada
subjek ataupun kursus yang diikuti graduan tidak sesuai dengan permintaan pasaran.
Kekurangan dari segi kemahiran dalaman seperti penguasaan bahasa, kebolehan,
kewibawaaan dan seumpamanya juga dilihat sebagai punca mengapa pengangguran di
kalangan graduan IPTA lebih tinggi daripada graduan IPTS. Memahami dilema mereka
yang belum memperoleh pekerjaan selesa yang dapat menampung kehidupan serta
5
membalas budi dan jasa keluarga, amat perlu usaha berterusan dan berfokus dilakukan
dalam memastikan bahawa apa yang dipelajari di universiti boleh dimanfaat sebaik
mungkin. Agama Islam amat memuliakan bidang perniagaan dan seperti mana yang kita
tahu, Nabi Muhammad s.a.w merupakan seorang ahli perniagaan yang amat berjaya.
Islam juga amat mengutamakan perniagaan yang diredhai tanpa menggunakan tipu
helah.
Kerajaan tidak pernah berdiam diri dalam menangani isu graduan menganggur.
Keprihatinan kerajaan melalui pelbagai usaha banyak memberi dorongan kepada
graduan untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan keusahawanan. Peluang-
peluang yang diwujudkan ini amat perlu direbut oleh graduan terutamanya graduan
Melayu demi kesejahteraan hidup dan untuk meningkatkan peratus pegangan ekonomi
kaum Melayu.
Usahawan tidak dapat dilahirkan dalam masa sehari. Ia memerlukan
perancangan dan satu pakej strategi merangkumi penyediaan persekitaran perniagaan
yang menggalakkan, pendidikan dan latihan yang berterusan, insentif fiskal, sokongan
kredit, teknologi dan infrastruktur yang mencukupi. Semua strategi ini telah digariskan
oleh kerajaan dalam dokumen pembangunan keusahawanannya dengan terperinci.
Namun, bilangan usahawan tani yang dilahirkan masih di bawah kadar yang dijangka.
Sumbangan sektor pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
adalah di bawah anggaran. Ini kerana sektor asas tani seperti perkilangan tidak dikira
sebagai `pertanian.' Sistem ini tidak memberi gambaran yang menyeluruh tentang
kepentingan ekonomi sektor ini di samping memberi salah tanggapan bahawa sektor ini
kian mengecil kepentingannya kepada ekonomi walaupun kepentingan strategiknya kian
membesar. Maka sistem perakaunan negara perlu diubahsuai untuk mengatasi masalah
ini. Pendidikan pertanian perlu diberi penekanan yang lebih di sekolah dan institut
6
pengajian tinggi. Insentif seperti biasiswa, pinjaman murah dan peluang kerja perlu
disediakan untuk menarik pelajar ke dalam bidang ini.
Program pertanian secara kerjasama dengan universiti pertanian antarabangsa
perlu digalakkan untuk pertukaran idea dan teknologi. Modal dan teknologi merupakan
faktor utama dalam perniagaan tani. Akses kepada modal terutama pinjaman daripada
bank tempatan adalah terbatas kerana bank mengenakan syarat yang sama dengan
perniagaan lain. Walhal, perusahaan pertanian memiliki ciri tersendiri seperti wujud
beza masa antara tarikh penanaman dan penuaian dan risiko perniagaan yang tinggi.
Untuk membantu firma mengharungi risiko yang tinggi, kerajaan perlu
menanggung sebahagian daripada risiko tersebut melalui pinjaman yang murah dan
fleksibel. Teknologi bergerak dengan pantas daripada kadar pembelajaran kita. Keluk
pembelajaran ke atas teknologi ini memang sukar di tahap awalan, namun faedahnya
berbaloi dan meluas iaitu memberi kesan kepada produktiviti, kecekapan dan inovasi.
Pengusaha baru perlu menggabungkan keusahawanan dengan teknologi untuk
menghasilkan inovasi untuk bersaing.
Jarak antara usahawan dan teknologi perlu didekatkan melalui perkhidmatan
pengembangan perniagaan. Perniagaan semasa tidak semudah dijangkakan kerana
perubahan persekitaran. Lantaran itu khidmat pengembangan sangat diperlukan bukan
setakat bakal usahawan tetapi juga pengeluar. Beberapa usahawan tempatan telah
berjaya menempah nama dalam pasaran eksport seperti tanaman bernilai tinggi dan ikan
hiasan. Ladang atau perusahaan pertanian yang berjaya perlu dijadikan model inspirasi
kepada pengeluar. Kebun atau ladang `model' perlu disediakan sebagai rujukan kepada
pengeluar yang lain.
7
Kadar pengangguran secara keseluruhannya sebenarnya telah menurun, iaitu
daripada 3.6% pada tahun 2001, kepada 3.4% pada suku ketiga tahun 2003. Penurunan
kadar pengangguran ini dapat dicapai walaupun ekonomi negara menghadapi
kesukaran/kemelesetan sementara akibat perkara-perkara luar dugaan seperti peristiwa
9/11 dan SARS. Walaubagaimanapun, masalah peningkatan kadar pengangguran di
kalangan siswazah diakui telah meningkat, iaitu daripada 47,600 pada tahun 2002,
kepada 59,600 pada akhir tahun 2003. Peningkatan kadar tersebut adalah akibat :
1. Penyertaan siswazah-siswazah lepasan baru ke dalam tenaga pekerja.
2. Kelayakan kebanyakan siswazah tidak menepati keperluan
majikan/pasaran.
3. Kemelesetan ekonomi dunia yang turut memberi kesan kepada ekonomi
Malaysia.
1.2 Penyataan masalah
Malaysia merupakan sebuah Negara yang pesat membangun dan sangat
bergantung kepada kegiatan ekonomi. Semasa ekonomi dalam keadaan baik, para
pertani sentiasa berusaha meluaskan kawasan tanah untuk meningkatkan jumlah
tanamannya supaya dapat memasarkan tanamannya yang dihasilkan. Pada masa
kegawatan ekonomi pula, usahawan tani berusaha memastikan tanaman-tanaman yang
ditanam masih ada permintaan. Walaubagaimanapun, kejayaan seseorang usahawan tani
adalah bergantung kepada banyak faktor. Diantaranya termasuklah faktor dalaman dan
faktor luaran. Faktor dalaman ini adalah seperti sikap dan cara pengurusan manakala
faktor luaran adalah seperti perkembangan ekonomi Negara, perancangan kerajaan dan
sebagainya.
8
Memandangkan pada zaman sekarang telah berlaku lambakan siswazah lepasan
institut pengajian tinggi sama ada awam mahupun swasta yang menganggur, memang
sukar untuk mereka memperolehi kerja terutamanya dengan sektor kerajaan. Oleh itu,
dalam rancangan Malaysia ke-9, kerajaan telah menitikberatkan kepada bidang
pertanian. Golongan muda diperlukan dalam menjayakan rancangan Malaysia ini.
Tetapi masih ramai yang belum sedar akan kewujudan peluang ini. Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenal pasti tanggapan pelajar-pelajar tahun akhir (4SPH) fakulti
pendidikan terhadap kesediaan mereka menceburi bidang kerjaya usahawan tani
berdasarkan aspek-aspek ciri-ciri peribadi, kurikulum yang dipelajari, jaminan masa
depan dan kemahiran asas.
1.3 Objektif kajian.
1. Mengenal pasti kesesuaian ciri-ciri peribadi untuk mereka menceburi bidang
usahawan tani.
2. Mengenal pasti aspek kemahiran asas usahawan tani dalam kurikulum yang
dipelajari
3. Mengenal pasti jaminan masa depan untuk menceburi bidang usahawan tani.
4. Mengenal pasti tahap kemahiran asas dalam pertanian untuk pelajar
menceburi bidang usahawan tani.
9
1.4 Persoalan kajian.
Beberapa persoalan kajian berkaitan dengan penyataan masalah kajian adalah seperti
berikut.
1. Apakah para pelajar mempunyai ciri-ciri peribadi yang sesuai untuk mereka
menceburi bidang usahawan tani?
2. Apakah kurikulum yang dipelajari dapat membekalkan kemahiran asas untuk
kerjaya bidang pertanian?
3. Apakah bidang usahawan tani dapat menjamin masa depan mereka?
4. Apakah pelajar telah mempunyai kemahiran asas yang cukup dalam bidang
pertanian untuk mereka menceburi bidang usahawan tani?
top related