· web viewbahan bantu mengajar : video, bahan power point , peta pemikiran (ithink), borang 1...
Post on 25-Jan-2020
22 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Kursus : Murid dan Alam Belajar (EDU 3033)
Tajuk : Pendekatan Pengajaran
Tarikh : 17 Februari 2014
Masa : 11.00 pagi -1.00 petang (2 Jam)
Bilangan Pelajar : 20 orang
Hasil Pembelajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat
1. Memberi definisi, jenis dan prinsip pelbagai pendekatan pengajaran dan menghuraikan ciri-ciri
utamanya.
2. Menganalisis maklumat dari pelbagai pendekatan serta merumuskan kekuatan dan kekurangan
setiap pendekatan.
Pengetahuan sedia ada : Pelajar telah mempelajari konsep pengajaran dan pembelajaran
Bahan Bantu Mengajar : Video, Bahan Power Point , Peta Pemikiran (iThink), Borang 1 (PMI) dan Borang 2 (Banding beza)
Nilai Murni : Inovatif, dan optimistik
Peringkat / Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
Set Induksi (5 minit)
Pendekatan pengajaran tradisional
1. Tayangan Video : Cikgu Shaari (P.Ramlee)
2. Aktiviti sumbangsaran; Jelaskan impak pengajaran sedemikian terhadap ;
murid negara
KBAT:Analisis: Aktiviti sumbangsaran
BBM: Video
Perkembangan PdP
Langkah 1(15 minit)
Definisi konsep dan prinsip-prinsip pendekatan pengajaran
1. Pensyarah menayangkan Peta Buih Pendekatan-pendekatan Pengajaran.
2. Pelajar dibahagikan kepada 5 kumpulan.
BBM: Sumber rujukan pelajar;
Internet Buku
Power Point
Peringkat / Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
3. Pembelajaran Koperatif;
a. Pelajar membincangkan pendekatan dari aspek; Definisi dan konsep Prinsip pendekatan
secara kumpulan & menghasilkannya dalam Peta Bulatan.
b. Pembentangan hasil perbincangan. K1: Pendekatan Induktif K2: Pendekatan Deduktif K3: Pendekatan Tematik K4: Pendekatan Eklektik K5: Pendekatan Integratif
Penggunaan Peta Pemikiran dalam perbincangan
Perkembangan PdPLangkah 2(30 minit)
Pengaplikasian pendekatan dalam aktiviti PdP
1. Secara kumpulan, pelajar membina/ merancang satu aktiviti PdP tentang aplikasian pendekatan yang diberi untuk subjek major mereka.
KBAT:Cipta: Bina aktiviti PdP
Perkembangan PdP
Langkah 3(60 minit)
Kekuatan, kelemahan dan perkara yang menarik tentang setiap pendekatan pengajaran
1. Setiap kumpulan membuat demontrasi aktiviti PdP yang mereka bina.
2. Semasa demontrasi berjalan, ahli-ahli kumpulan lain akan membuat penilaian aktiviti PdP kumpulan tersebut dengan menggunakan pengurusan grafik PMI.
3. Aktiviti Three-Minute Review. Selepas setiap demontrasi kumpulan, ahli kumpulan penilai membuat Three-Minute Review tentang hasil dapatan kumpulan mereka terhadap kumpulan yang dinilai.
KBAT: Penilaian: Aktiviti Three-Minute Review: Penilaian dengan menggunakan Borang PMI (Plus, Minus & Interesting)
Bahan: Borang 2
Peringkat / Masa Kandungan Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan
Mereka juga boleh mengajukan soalan kepada pembentang untuk pencerahan sesuatu maklumat.
Penutup(10 minit)
1. Aktiviti Round Robin .a. Pelajar membuat refleksi kritis tentang;
Bagaimana pendekatan-pendekatan pengajaran mempengaruhi proses PdP guru dalam bilik darjah. Jelaskan dengan mengambil kira aspek latar belakang dan persekitaran murid, serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) dengan prestasi pedagogi guru dalam bilik darjah.
2. Arahan tugasan pelajar. Pelajar akan membuat pembentangan dalam Tutorial.a. Setiap kumpulan membuat banding-beza pendekatan-
pendekatan berikut menggunakan pengurusan grafik; K1: Induktif + Deduktif K2: Tematik + Eklektik K3: Integratif + Eklektik K4: Tematik + Induktif K5: Deduktif + eklektif
b. Itlak dan konsepsi kesesuaian aplikasi pendekatan berkenaan dalam konteks murid, subjek dan PdP.
KBAT:Penilaian/ Sintesis: Aktiviti Round Robin:
Reflektif Kritis:Pelajar membuat imbas kembali yang dipelajari secara lebih luas dengan mengaitkan beberapa aspek yang dikehendaki.
Analisis: Aktiviti Banding beza
BBM: Pengurusan Grafik Borang 1 dan 2
BORANG 1
BORANG 2
top related