usrahversity remaja diy bab4 hakikat kehid… · hakikat kehidupan penciptaan nabi adam a.s....

Post on 05-Oct-2020

6 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

USRAHVERSITY

BAB 4

HAKIKAT KEHIDUPAN

USRAHREMAJA

HAKIKAT KEHIDUPAN

Penciptaan Nabi Adam a.s.

Kehidupan di Dunia

Alam Akhirat

KEHIDUPAN DI DUNIA

Dr. Yusof Al Qardawi mengingatkan:

Setiap manusia perlu mengetahui mengapa ia diciptakan. Kewujudan kehidupan manusia ini, adakah ia mempunyai tujuan dan sebab? Dan apakah tujuan itu?

Ulas beliau: “Setiap orang yang jahil (atau lalai) biar besar mana pun kejahilannya (kelalaiannya), ia masih boleh diampuni. Tetapi tidak bagi manusia yang jahil (atau lalai) tentang kewujudannya, matlamat kehidupannya, tugas dan tanggungjawabnya.

Kerana ia adalah satu keaiban, kebodohan dan kegagalan yang paling besar.”

Setelah memahami permulaan dan penghujung kehidupan manusia,

maka seharusnya;

APAKAH MATLAMAT KEHIDUPAN

seorang manusia?

KEHIDUPAN DI DUNIA

Mencari KEREDHAAN ALLAH adalah matlamat utama kehidupan manusia.

Meletakkan KEREDHAAN ALLAH sebagai matlamat tertinggi kehidupan menjadikannya seseorang kekal lurus di jalan yang betul dalam membuat segala keputusan mengenai kehidupannya.

Malah, mencari KEREDHAAN ALLAH adalah jawapan kepada segala persoalan di dunia ini.

Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia

melainkan supaya mereka menyembahKu

(beribadat kepadaKu).

(Ad Dzariyat 51:56)

نس إل ليعبدون وما خلقت الجن وال

Apa akan jadi pada manusia jika tidak memenuhi tujuan asal

dia diciptakan?

TV rosak –> LUPUS!

Pekerja tidak menjalankan tugas –> PECAT!

Barang-barang tidak berguna –> TONG SAMPAH!

Manusia ingkar perintah Tuhan –> ??

APA AKAN JADI?

MENCARI KEREDHAAN ALLAH

Maka, hakikat kehidupan dunia adalah untuk

MATLAMAT yang jelas akan menjadi panduan kepada segala persoalan dan ‘persimpangan’

kehidupan

Umpama menentukan destinasi

perjalanan. Jika destinasi yang

dituju adalah salah, maka segala

usaha, masa dan tenaga akan

menjadi sia-sia kerana anda akan

tiba ke tempat yang salah.

MATLAMAT

Dan orang-orang yang sabar kerana mengharapkan keredaan Tuhan mereka

semata-mata, dan mendirikan sembahyang, serta mendermakan dari apa yang

Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka; dan

mereka pula menolak kejahatan dengan cara yang baik; mereka itu semuanya

adalah disediakan baginya balasan yang sebaik-baiknya pada hari akhirat

(Ar-Ra'd 13:22)

HAKIKAT KEHIDUPAN

RUMUSAN

Tujuan dan matlamat kehidupan kita hidup adalah

mencari KEREDHAAN ALLAH.

Mencari keredhaan Allah adalah jawapan bagi

setiap persoalan dan destinasi bagi setiap

perjalanan.

top related