ulasan artikel sc ver2

Post on 08-Jan-2016

74 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

konsep bermain

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGANBILPERKARAHALAMAN

1.0ULASAN ARTIKEL 12-4

2.0ULASAN ARTIKEL 25-7

3.0ULASAN ARTIKEL 38-12

4.0ULASAN ARTIKEL413-17

5.0PENGENALAN18-20

6.0ISU BELAJAR SAMBIL BERMAIN21-23

7.0PENUTUP24-25

8.0LAMPIRAN ARTIKEL/ LAMPIRAN BERGAMBAR26

9.0RUJUKAN27

1.0Ulasan Artikel 1Tajuk : Kajian-kajian Lepas Berkaitan Pendidikan Awal Kanak-kanak Di Peringkat Tadika Atau Prasekolah.

Oleh : Jabatan Kemahiran Hidup Fakulti Pendidikan Teknikal Dan

Vokasional.

Pengenalan.

Artikel ini berkisar tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak di peringkat tadika atau prasekolah. Penulisan ini menekankan aspek isu yang timbul, polisi kurikulum dan dasar yang perlu dipatuhi, masalah yang didapati serta penglibatan ibu bapa dalam membina dan membentuk kanak-kanak di bawah bimbingan guru.

Isu-isu Yang Timbul Dalam Pendidikan Prasekolah.

Kaedah yang sering digunapakai untuk mentaksir kanak-kanak adalah menggunakan portfolio iaitu rekod pembelajaran yang dilalui oleh kanak-kanak. Portfolio ini sangat penting dalam memerihalkan perkembangan kanak-kanak sepanjang berada dalam prasekolah.namun pelaksanaannya di dapati hanyalah sekadar sebuah fail yang menyimpan hasil lembaran kerja seseorang individu kanak-kanak itu.

Kaedah lain yang digunakan untuk mentaksir kanak-kanak pula ialah rujukan norma atau penggedan melalui ujian bertulis. Namun kaedah ini sangat tidak bersesuain untuk dijalankan di peringkat prasekolah.

Satu kajian lain menunjukkan guru tidak mempunyai banyak masa untuk membuat penilaian formatif terhadap kanak-kanak kerana guru banyak memberikan tumpuan kepada persediaan dan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah, proses pemerhatian dan senarai semak . Ini berlaku kerana desakan ibu bapa yang lebih menekankan pencapaian akademik dan kognitif kanak-kanak berbanding perkembangan sahsiah dan sikap kanak-kanak yang lebih menyeluruh.

Bagi menangani isu yang timbul ini, guru perlu mempunyai kemahiran yang cukup dan cekap dalam pemerhatian terhadap muridnya.Aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual (JERI) seharusnya dinilai menggunakan pendekatan yang berbeza. Penulis berpendapat perkembangan kanak-kanak dalam aspek kognitif, fizikal atau kerohanian perlu lebih diterapkan di rumah berbanding di prasekolah itu sendiri.

Isu Dan Permasahan Yang Terdapat Ketika Mengajar Di Peringkat Prasekolah.

Celik Huruf. Kesukaran Menguasai Konsep Nombor.

Penggunaan Portfolio bagi Penilaian Kanak-kanak Prasekolah.

Kurang Pengetahuan Dalam Pengajaran Sains Awal.

Pengajaran dan Pembelajaran.

Belajar sambil bermain merupakan satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak khususnya dalam lingkungan usia 4 hingga 6 tahun iaitu sebelum kanak-kanak melangkah ke pendidikan yang lebih formal.teknik ini membantu pembentukan minda yang positif dengan emosi yang lebih stabil, perkembangan bahasa dalam menguasai perbendaharaan dan kosa kata. Pertumbuhan fizikal dan penguasaan psikomotor yang lebih terarah.Belajar sambil bermain juga mampu member kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Melalui permainan, kanak-kanak meneroka alam di sekeliling mereka dan menimba satu pengalaman cara bagaimana menghadapi masalah serta menjadikan kanak-kanak itu lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

I

Namun begitu, isu yang timbul ialah kesukaran guru untuk melaksanakan kaedah belajar melalui bermain kepada kanak-kanak. Proses Pengajaran dan Pembelajaran dilihat masih banyak menumpukan aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Antara faktor yang ditimbulkan di sini ialah kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksanakan aktiviti belajar sambil bermain. Guru juga kurang memahami psikologi kanak-kanak, Guru kurang faham kurikulum, Guru mengalami kesukaran dalam membuat pemerhatian dan penilaian. Guru kurang mahir memilih bahan bantu mengajar yang sesuai.

Dasar.

Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan ialah dasar

yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua kanak-kanak dari usia bayi hingga 4 tahun. Kanak-kanak ini penting untuk dibesarkan mengikut acuan Malaysia kea rah melahirkan modal insane yang berkualiti tinggi dan berperibadi mulia.

Penglibatan Ibu Bapa Dalam Prasekolah.

Ibu bapa hari ini mempunyai masa yang agak terhad bersama anak-anak mereka kerana bekerja. Ada sebahagian keluarga yang kurang berkemampuan dan tidak mementingkan peri pentingnya usia kanak-kanak di peringkat ini. Faktor di rumah lagi tidak membina dan kurang merangsang pembelajaran yang maksima kepada kanak-kanak.

Kajian menunjukkan penglibatan ibu bapa yang lebih tinggi di peringkat prasekolah dapat membantu penguasaan kemahiran bacaan kanak-kanak yang lebih baik. Jelas menunjukkan penglibatan ibu bapa sangat penting dalam membentuk ketrampilan dan perilaku kanak-kanak di dalam kelas.

Pihak pentadbir sekolah dan pengurusan prasekolah harus menyusun aktiviti bagi melibatkan ibu bapa terlibat dengan program yang dijalankan berkaitan proses pengajaran dan pembelajran dan seterusnya perkembangan sahsiah kanak-kanak prasekolah.

Beberapa masalah yang ditimbukan berkaitan penglibatan ibu bapa di prasekolah antaranya :-

Persepsi ibu bapa terhadap pendidikan prasekolah.

Ibu bapa yang kurang berkemampuan maupun di luar Bandar masih belum mengganggap peri pentingnya pendidikan awal ini.

Persepsi yang rendah mengakibatkan penglibatan di prasekolah juga minima.

Masa yang agak terhad kerana bekerja suami isteri untuk terlibat di prasekolah.

Ibu bapa yang berkemampuan pula menyerahkan tugas sepenuhnya kepada prasekolah kerana beranggapan kuasa wang adalah segalanya.

Pandangan.

Secara peribadi saya bersetuju dengan apa yang diutarakan oleh penulis dalam kesimpulannya iaitu kerjasama semua pihak terutamanya pihak kerajaan harus diwujudkan dengan pihak kementerian pendidikan supaya semua prasekolah di Malaysia ini berteraskan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan.

Saya agak kurang bersetuju bila mana dikatakan proses pengajaran dan pembelajaran seharusnya dimulakan oleh ibu bapa sepenuhnya dahulu di rumah. Bagi saya,situasi kanak-kanak itu tidak sama antara satu sama lain. Kadang-kadang mentaliti ibu bapa itu sendiri yang cukup sekadar mencari nafkah untuk menyekolahkan anak-anak mereka tanpa memikirkan betapa pentingnya hubungan dan perhatian yang diperlukan oleh seorang kanak-kanak itu untuk membesar.

2.0Ulasan Artikel 2Tajuk : Identifikasi Psikomotor, Kognitif, Sosioemosi dan Bahasa Dalam `

Kalangan Kanak-kanak Prasekolah Menggunakan Pendekatan Belajar Melalui Bermain.

Oleh : Najeemah Bt Mohd Yusof.

Pengenalan.

Artikel ini menulis tentang satu kajian pelaksanaan belajar secara bermain terhadap tingkah laku melibatkan psikomotor, kognitif, sosioemosi dan bahasa dalam kemahiran sains kanak-kanak prasekolah. Menggunakan pendekatan belajar sambil bermain diharapkan dapat mewujudkan beberapa perubahan pada kanak-kanak antaranya peningkatan keyakinan diri, perubahan sikap, sosioemosi, perkembangan kognitif dan psikomotor yang lebih positif dan bermotivasi untuk meneroka pelajaran yang baharu khususnya untuk mata pelajaran sains dalam kurikulum prasekolah.

Tunjang sains di prasekolah memberi peluang kanak-kanak mengenal dan mengetahui benda-benda dan kehidupan semula jadi dengan cara memerhati, memeriksa dan menyiasat. Kanak-kanak dapat melahirkan perasaan kasih sayang dan mencintai setiap benda hidup, menarik minat dan sikap ingin tahu mengenai pelbagai hidupan di sekeliling mereka, dapat mengumpul dan mengelas kumpulan benda hidup dan bukan hidup.Tujuan kajian.

Memastikan item-item yang disediakan bagi Menilai Pencapaian Kemahiran Awal Sains seperti mengasingkan biji benih, menilai aspek membuat buku skrap, menilai dari aspek pertumbuhan biji benih, menilai dari aspek mengkaji peringkat percambahan biji benih dan menggayakan peringkat pertumbuhan biji benih.Penyataan Masalah. Kajian Abruscato (1982), Kajian Wilson (1994) mendapati guru prasekolah lebih menfokuskan pengajaran kepada konsep membaca, menulis, dan mengira berbanding kaedah belajar sambil bermain. Persepsi sebahagian ibu bapa dan masyarakat dewasa tentang kefahaman pendekatan belajar sambil bermain tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Ramai tenaga pendidik prasekolah yang kurang ilmu pengetahuan dan tidak bermotivasi untuk mengaplikasi kaedah belajar sambil bermain ini.Persoalan kajian.

Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek psikomotor semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain. Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek sosioemosi semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek kognitif semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

Meninjau tingkah laku kanak-kanak prasekolah dari aspek bahasa semasa mempelajari sains dengan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain.

Peringkat Kemahiran Asas Dalam Kemahiran Sains.Psikomotor.

Melibatkan psikomotor kasar dan halus. Penggunaan pelbagai deria dan anggota badan. Deria lihat digunakan semasa aktiviti mengasingkan biji benih, kanak-kanak dapat melihat setiap saiz biji benih yang berbeza. Dengan penghasilan buku skrap, kanak-kanak menunjukkan bakat kreativiti yang ada dengan melukis peringkat pertumbuhan biji benih.Sosioemosi.

Kanak-kanak dapat berkomunikasi dan berinteraksi, bekerjasama dalam kumpulan, melahirkan perasaan gembira dalam aktiviti mengasingkan biji benih mengikut saiz, warna, bentuk. Kanak-kanak juga menunjukkan minat dan kesungguhan dan bertanggungjawab dalam mengkaji pertumbuhan dan peringkat percambahan biji benih.

Kognitif.

Kanak-kanak berfikir semasa mengasingkan biji benih, membuat pengelasan biji benih yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan, mengikut turutan dan mengira bilangan biji benih yang digunakan.

Bahasa.

Kanak-kanak dapat menggunakan laras bahasa sains seperti tunas, pucuk, akar, bercambah, tabung uji, oksigen, karbohidrat.Metodologi

Sasaran kajian terdiri daripada 25 orang murid prasekolah yang mengikuti kaedah Pendekatan Belajar Sambil Bermain. Kajian ini menggunakan kaedah pengumpulan data melalui teknik yang digunakan iaitu kaedah pemerhatian dan senarai semak.

Dapatan Dan Perbincangan Data

Melalui Jadual 1 iaitu Nilai min bagi setiap dimensi tingkah laku menunjukkan tingkah laku psikomotor mencapai nilai min paling tinggi diikuti tingkah laku bahasa, sosioemosi dan kognitif. Secara keseluruhan semua tingkah laku ini menunjukkan skala memuaskan.

Melalui Jadual 2 iaitu Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen konstruk psikomotor menunjukkan peratus tingkah laku psikomotor berada pada skala memuaskan bagi aktiviti mengasingkan biji benih, membuat buku skrap dan mengkaji percambahan biji benih. Peratus cemerlang bagi aktiviti mengkaji pertumbuhan dan menggayakan peringkat pertumbuhan bij benih. Jadual 3 pula memaparkan Nilai min, kekerapan dan peratusan bagi tinjauan mengikut komponen konstruk sosioemosi bagi semua aktiviti iaitu mengasingkan biji benih, bekerjasama dalam kumpulan, melaksanakan kerja dengan gembira, berinteraksi dengan rakan dan guru dan aktiviti menggayakan peringkat pertumbuhan mencapai skala memuaskan.

Jadual 4 melibatkan konstruk kognitif juga menunjukkan skala memuaskan bagi setiap aktiviti iaitu mengasingkan biji benih, membuat buku skrap, mengkaji pertumbuhan, mengkaji peringkat pertumbuhan dan mengira biji benih.Jadual 5 merupakan konstruk bahasa yang juga mencapai peratus skala memuaskan bagi semua komponen bahasa iaitu bagi aktiviti menyebut perkataan dengan baik, kemahiran bersoal jawab dengan guru, mengkaji dan bertutur, menerangkan peringkat pertumbuhan, menggayakan dan menerangkan percambahan biji benih.

Hasil Kajian

Dapatan kajian menunjukkan wujudnya amalan tingkah laku kanak-kanak prasekolah dalam kemahiran sains dalam semua konstruk tingkah laku psikomotor, sosioemosi, kognitif dan bahasa melalui pendekatan belajar sambil bermain. Bagi setiap komponen yang mewakili setiap konstruk, data telah menunjukkan peratusan pada skala memuaskan.Pandangan.

Saya bersetuju dengan penulis bilamana dia menjelaskan bahawa amalan pendekatan belajar sambil bermain dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran daripada umum kepada spesifik. Pendekatan belajar sambil bermain juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif dan kemahiran bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Bermain membantu kanak-kanak menjadi lebih kreatif dan bermotivasi dalam menguasai sesuatu kemahiran manipulasi dan dapat melahirkan rasa seronok, gembira dan kepuasan.Justeru itu adalah amat penting bagi semua pendidik peringkat prasekolah menguasai pendekatan belajar sambil bermain khususnya dalam matapelajaran sains awal kanak-kanak. Untuk subjek ini pendekatan seharusnya menggunakan semua deria rasa yang ada bagi memberi peluang kanak-kanak memupuk minat menguasai kemahiran asas proses sains pada bagi peringkat awal lagi. 3.0Ulasan Artikel 3Tajuk: Mengenalkan Sains Pada Anak Pra Sekolah.Oleh : Drs. Kartini Marzuki, M.SiPengenalan

Artikel ini secara keseluruhannya menerangkan sains dan aplikasinya dalam kehidupan sehari-hari kanak-kanak prasekolah. Pengenalan Sains dalam pendidikan awal kanak-kanak seharusnya bersifat intergrasi dan bersepadu dengan subjek lain. Mengenali Sains pada peringkat awal dapat membantu kanak-kanak melalui satu pengalaman meneroka dan seterusnya dapat menghubungkan sebab dan akibat sesuatu fenomena itu berlaku. Pengenalan kepada sains lebih menekankan prosesnya daripada hasil ouputnya. Pendekatan Bermain Sambil Belajar diperlukan oleh kanak-kanak dalam mengenali bagaimana sesuatu proses sains itu berlaku. Pengalaman bermain dalam sesuatu aktiviti bermain itulah merupakan satu proses dalam memahami sains itu sendiri. Pendahuluan Artikel.

Kehidupan kanak-kanak masa kini semuanya dikelilingi dengan sains dan teknologi. Kegiatan sains perlu diteroka secara perlahan-lahan dalam aktiviti bermain. Ini kerana kanak-kanak dengan sendirinya mampu meneksplorasi semua benda di sekitarnya. Tujuan utama kajian ini adalah untuk menyedarkan guru-guru tadika memahami peri pentingnya aktiviti belajar sambil bermain. Di samping itu, penulis juga menerangkan teknik-teknik dan aktiviti yang betul dan perlu digunakan oleh guru, mengenalpasti kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti ini dan mengenalpasti kesesuaian latihan yang diperoleh guru-guru ini.

Persoalan kajian.

Apakah persepsi guru akan faedah konsep belajar sambil bermain.

Apakah teknik-teknik yang digunakan.

Apakah kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti ini.

Adakah guru mendapat latihan yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti ini.

Metodologi

Data dan hasil kajian ini adalah dapatan melalui proses temu ramah secara langsung dan pemerhatian ke atas guru guru tadika, murid-murid tadika, pembantu serta pentadbir tadika yang melibatkan lima jenis tadika dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang melibatkan 25 orang guru dan 810 kanak-kanak tadika. Lima jenis tadika yang dipilih ialah Tabika Kemas, JAIM, Tabika Perpaduan, tadika swasta dan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dalam menjalankan proses kajian ini, pengkaji telah menjalankan sesi penerangan prosedur kajian kepada responden yang terlibat, menemubual guru secra langsung berkenaan latarbelakang guru dan tadika serta melakukan pemerhatian semasa proses pengajaran di dalam kelas.

Pengkaji menerangkan bagaimana pelaksanaan kajian ini dijalankan yang melibatkan pemilihan subjek kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisa kajian.

Pengkaji menggunakan 3 borang soal selidik bagi tujuan mengumpul maklumat tentang latar belakang tadika dan guru-guru dan pelaksanaan pengajaran di dalam kelas. Borang soal selidik ini terdiri daripada borang pemerhatian proses pengajaran dan pembelajaran, set senarai semak dan temubual.

Pengumpulan dan Penganalisaan Data

Maklumat dan data yang diperoleh melalui proses temubual dan soal selidik dengan guru-guru, pemerhatian kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dan senarai semak di buat secara diskriptif. Oleh itu, dapatan dari kajian ini boleh diukur secara kualitatif.

Pengkaji mendapati, persepsi guru melalui kaedah belajar sambil bermain menunjukkan 7 orang guru faham dan 3 orang guru kurang faham, yang membawa keputusan hanya 70 peratus guru faham akan kepentingan kaedah belajar sambil bermain ini.

Sebaliknya, pada pemerhatian pengkaji mendapati aktiviti belajar melalui bermain tidak dijalankan di lapan tadika yang dikaji. Kebanyakan tadika menjalankan aktiviti menggunakan buku kerja dan lembaran kerja. Ada juga tadika yang hanya membenarkan aktiviti bermain sambil belajar ini dijalankan selepas kanak-kanak ini menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru kelas.

Seterusnya pengkaji juga mendapati persepsi ibu bapa dan penjaga adalah sederhana faham. Pencapaian murid tadika menunjukkan skala memuaskan bagi aspek minat murid terhadap pembelajaran, penglibatan, kreativiti murid dalam melakukan aktiviti dan tingkah laku positif. Bagi aspek kefahaman murid menunjukkan skala sederhana.

Hasil Kajian

Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan dan dapatan kajian, kebanyakan sampel menyatakan bahawa semua guru menyedari betapa pentingya kaedah belajar sambil bermain dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas-kelas tadika ini.

Masalah utama dalam melaksanakan kaedah ini adalah penyediaan Bahan Bantuan Mengajar (BBM). BBM ini haruslah sesuai dengan konsep permainan dan selari dengan kehendak pembelajaran. BBM juga didapati tidak mencukupi bagi setiap kelas tadika.

Guru-guru juga kurang kreatif untuk menghasilkan sendiri BBM ini dari bahan-bahan mudah ataupun bahan-bahan terbuang seperti kotak dan sebagainya. Cuma, persoalannya adakah guru-guru sanggup membuat persediaan dari segi masa dan tenaga untuk menyediakan BBM ini.

Persepsi ibu bapa juga agak berbeza kerana ada juga yang mahukan anak-anak mereka belajar dan cepat pandai membaca dan selebihnya bertanggapan tadika adalah tempat untuk bermain.

Namun, kebanyakan mereka bersetuju dengan konsep bermain sambil belajar dipraktikkan di dalam kelas-kelas tadika anak-anak mereka.

Pandangan

Saya sangat bersetuju dengan penulis bilamana beliau menjelaskan kajian tentang peri pentingnya kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan teknik belajar sambil bermain ini dijalankan di dalam kelas-kelas tadika.

Guru-guru seharusnya tidak hanya memberikan tunjuk ajar sahaja malah harus memberikan contoh dengan melibatkan diri melalui aktiviti belajar sambil bermain ini walaupun mereka sedar akan kepentingan kaedah ini. Kebanyakan guru hanya memerhatikan aktiviti yang dilakukan oleh murid-murid di dalam kelas, dan tidak turut serta melibatkan diri dalam semua aktiviti yang dilakukan oleh kanak-kanak tersebut.

Walaupun terdapat kekangan dari penyediaan BBM oleh pihak sekolah atau kementerian, namun guru-guru juga agak kurang kreatif dalam menyediakan BBM ini sendiri. Menurut kajian pengkaji juga, guru-guru yang mempunyai kelayakan akademik dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih memahami strategi belajar yang sepatutnya dijalankan di dalam kelas berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik.

Saya juga bersetuju dengan cadangan penulis yang mencadangkan agar guru-guru menjadi lebih aktif dan kreatif dalam proses pembelajaran di dalam kelas dan melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak dalam setiap aktiviti yang tidak hanya berfungsi mengarah tetapi membimbing. Guru-guru juga haruslah diperlengkapkan dengan kursus-kursus yang selayaknya bagi member keyakinan dan kemahiran dalam proses pengajaran dan pembelajaran sambil bermain ini.

Adalah diharapkan agar konsep berlajar sambil bermain ini dipraktikkan di dalam kelas-kelas tadika di Malaysia kerana aktiviti ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam memupuk perkembangan dan jati diri kanak-kanak agar seimbang dan menyeluruh.

2.0 Ulasan Artikel 2

Tajuk : Keperluan Aktiviti Bermain Dan Kepentingannya terhadap Motivasi

Kanak-Kanak Prasekolah.

Oleh : Zakiah Mohamad Ashari.

Pengenalan.

Artikel ini merupakan satu kertas kerja yang menulis tentang pendekatan belajar melalui bermain memberikan kepuasan dan mampu meningkatkan motivasi murid-murid di peringkat prasekolah..

Tujuan Kertas Kerja.

Menerangkan keperluan aktiviti bermain terhadap perkembangan

kanak-kanak.

Membincangkan tentang kepentingan bermain terhadap motivasi

kanak-kanak.

Konsep Bermain di Prasekolah.

Bermain menyumbang kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosial, kognitif, afektif dan psikomotor kanak-kanak.

Bermain adalah kehidupan bagi seorang kanak-kanak dan tahap yang paling asas dalam membantu proses perkembangan kanak-kanak.

Bermain dapat mendedahkan keupayaan dan kreativiti kanak-kanak.

Pendekatan Bermain yang perlu dipraktikkan.

Persekitaran yang perlu dilengkapi dengan bahan dan aktiviti yang membolehkan kanak-kanak menggunakannya untuk berinteraksi dengan persekitaran mereka.

Pengalaman belajar berasaskan aktiviti penerokaan dan penemuan.

Guru berperanan menggalakkan proses penerokaan diteroka, dan member bimbingan dalam proses pembinaan pengetahuan.

Kurikulum dan pengalaman pembelajaran kanak-kanak disusun berasaskan minat bagi merangsang rasa ingin tahu kanak-kanak.

Aktiviti bermain secara bebas, diikuti dengan aktiviti bermain secara lebih berstruktur dan tersusun, seterusnya permainan berpandu dan diakhiri dengan pembelajaran yang menyeronokkan.

Bermain Dan Motivasi Kanak-kanak Prasekolah.

Motivasi merupakan aspek penting dalam proses pembelajaran kanak-kanak. Motivasi merupakan satu mekanisme psikologi yang mampu mengawal arahan, intensif dan tingkah laku yang berterusan.

Motivasi dibahagikan kepada dua iaitu motivasi ekstrinsik dan instrinsik. Motivasi ekstrinsik merupakan elemen di bawah faktor luaran. Instrinsik pula menumpukan elemen dalaman diri. Motivasi instrinsik merupakan penyumbang kepada keupayaan kanak-kanak memahami isi pelajaran, menyelesaikan masalah dan melalui proses pembelajaran yang menggembirakan. Kanak-kanak ini akan melibatkan diri secara optimum untuk beroleh keseronokan dalam pembelajaran, yakin dengan diri sendiri dan cenderung melakukan aktiviti yang member makna.

Isu Yang Berbangkit.

Beberapa kajian telah menunjukkan sebilangan prasekolah menganggap konsep bermain sambil belajar ini tidak relevan dan lebih menjurus kepada kurikulum prasekolah yang bersifat akademik dan berorientasikan peperiksaan. Ini terjadi kerana proses pengajaran dan pembelajaran ini dilabelkan sebagai membuang masa kanak-kanak dan kesukaran menjalankan aktiviti di dalam kelas kerana tiada pendedahan dan kurang pengetahuan para guru.

Hasil kajian

Setelah kaedah hands-on ini diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran, murid-murid telah menunjukkan peningkatan minat dalam memberi perhatian dan menunjukkan kefahaman mengenai tajuk dan aktiviti yang dijalankan.

Pandangan

Dalam artikel ini saya bersetuju dengan pendapat penulis dalam kesimpulannya bahawa aktiviti bermain merupakan teknik yang mudah untuk guru prasekolah aplikasikan kepada kanak-kanak tanpa perlu dipaksa dan diajar secara rumit. Pendapat saya pula, seorang guru seharusnya merancang sesuatu aktiviti yang menarik minat dan motivasi kanak-kanak, guru bukan sahaja memikirkan objektif yang bakal dicapai tetapi juga menitikberatkan aktiviti yang akan dijalankan bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak . Konsep bermain sambil belajar dapat meningkatkan motivasi instrinsik dalam diri kanak-kanak. Kanak-kanak akan berasa seronok dan dengan ini merangsang emosi positif dalam diri. Seorang guru prasekolah hendaklah lebih kreatif dan kritis dalam menyediakan bahan dan material dalam membentuk pengetahuan kanak-kanak melalui proses bermain. Guru juga hendaklah menjadi pemerhati yang cekap semasa kaedah bermain sambil belajar ini berjalan. Secara tidak langsung guru mampu mengenali setiap watak dalam diri kanak-kanak tersebut.

5.0PENGENALAN

Kanak-kanak pada hari ini adalah penggerak kepada kemajuan bangsa dan pembangunan negara pada masa depan. Maka, menjadi tanggungjawab masyarakat pada hari ini untuk menyediakan bekalan mencukupi kepada anak ini supaya mereka mampu menggalas amanah yang diletakkan di bahu mereka. Komitmen tinggi kerajaan dalam memastikan modal insan yang dihasilkan negara pada masa depan adalah individu berilmu dan berkemahiran jelas ditonjolkan melalui sistem pendidikan negara.Pernah suatu ketika pendidikan di Malaysia cenderung menyamakan pendidikan prasekolah dengan pendidikan sekunder atau tinggi. Oleh itu, wujudlah desakan untuk menghasilkan aktiviti-aktiviti bersktruktur di tadika anak-anak kecil. Dapat lihat suatu ketika di mana, pusat-pusat asuhan kanak-kanak milik kerajaan maupun swasta dibangunkan bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Masing-masing bersaing dalam memperkenalkan kurikulum yang lebih menjurus kepada satu sukatan pelajaran yang tegar dan presktriptif di mana kanak-kanak terpaksa mengorbankan keaktifan, keseronokkan dan kreativiti semula jadi mereka.. Kesan persaingan ini membawa kepada sistem desakan yang berterusan sehingga ke sekolah rendah. Desakan seperti ini bukanlah suatu persediaan yang baik dalam dunia globalisasi kini, di mana daya cipta dan bakat merupakan nilai ekstra bagi seseorang.

Untuk itu perlu bagi masyarakat dewasa ini memahami matlamat Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan yang menjelaskan Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta melalui aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak.

Pendidikan prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk kanak-kanak berusia antara empat hingga enam tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998)., (Sufean Husin 1993, Kamaruddin Sulaiman, 1996).Justeru itu saya memilih satu isu iaitu kaedah Pengajaran dan pembelajaran belajar sambil bermain di prasekolah. Bagaimana satu-satu kaedah yng diguna pakai itu mampu menarik minat murid untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sepenuhnya.Saya memilih 4 artikel untuk dibaca dan secara tidak langsung dapat membantu saya dalam menulis isu yang bakal saya utarakan.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Bermain juga adalah satu bentuk kesenian bagi seorang kanak-kanak. Ia saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Belajar melalui bermain akan menjadi satu hiburan dan asas rangsangan kanak-kanak mempelajari sesuatu itu dengan aktif secara tidak formal. Ia dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan konsep, di samping mempertingkatkan perkembangan individu mengikut kemajuan masing-masing terutama kanak-kanak lemah akan mendapat bantuan dari rakan sebaya yang lebih pintar.

6.0ISU YANG DIUTARAKAN

Kaedah pengajaran dan pembelajaran yang di pilih oleh guru untuk sesuatu aktiviti mampu menarik minat murid dalam mengikuti isi pelajaran dan seterusnya dapat mencapai objektif yang ingin di capai oleh guru dalam slot pengajaran tersebut. Pengalaman menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di prasekolah dengan memilih satu kaedah iaitu belajar sambil bermain secara tidak langsung sebenarnya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang semula jadi

Sesi pengajaran dan pembelajaran saya memerlukan proses mental iaitu kognitif di mana kanak-kanak diminta mengenalpasti bentuk-bentuk geometri yang diperkenalkan kepada kanak-kanak. Sambil bermain bersama kepingan kad-kad bentuk itu, kanak-kanak secara tidak langsung menggunakan otaknya untuk membuat pengamatan dan mengingat rupa bentuk sesuatu bentuk itu. Di sini proses pembelajaran kognitif telah berlaku. Kajian telah menunjukkan hubungan yang positif akan berlaku antara main dan belajar (( Kumar & Harizuka,1998: Lieberman, 1977), mereka telah mengenal pasti kemajuan dalam penumpuan, kemahiran persediaan dan sikap kanak-kanak akan menjadi lebih positif dan tersedia dalam memahami proses pembelajaran yang melibatkan operasi mental.

Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya sediakan untuk kanak-kanak prasekolah ini ialah permainan menyusun kepingan pelbagai bentuk-bentuk geometri. Saya memilih bermain sambil belajar yang berunsurkan kognitif kerana fokus saya, kanak-kanak dapat mengingat dan mengecam rupabentuk bahan permainan tersebut sekurang-kurangnya tiga dari lima jenis yang ada. Kanak-kanak juga sekurang-kurangnya dapat menyebut nama sekurang-kurangnya tiga dari lima bentuk yang diperkenalkan dengan betul. Kesepaduan lain yang boleh dikira unsur kognitif dalam aktiviti sambil bermain kad bentuk geometri ini ialah kanak-kanak boleh mengenal warna dan mengira.Kanak-kanak juga pada akhir pelajaran dapat menyurih rupa bentuk geometri itu sekurang-kurang tiga dari lima bentuk yang ada.

Nilai murni yang dapat dilihat sepanjang aktiviti belajar sambil bermain ini berlangsung antaranya ialah unsur bekerjasama, berkongsi dan tolong menolong dalam satu kumpulan. Pada individu pula nilai yang dpaat diterapkan ialah kesabaran dan ketekunan. Penggunaan bahan untuk aktiviti bermain kad pelbagai bentuk ini juga amat sesuai kerana struktur bahan maujud ini senang dipegang, selamat, sangat menarik pelbagai warna, pelbagai bentuk dan dalam kuantiti yang banyak.

Langkah awal, saya memberikan arahan secara berstruktur. Kanak-kanak melalui proses langkah demi langkah untuk menghabiskan aktiviti belajar sambil bermain ini.Kanak -kanak diuji kemahiran mata, tangan dan pengamatan mengikut langkah-langkah yang disediakan oleh guru.

Sebagai satu ganjaran pula,peluang bermain secara bebas merupakan saat yang sangat dinantikan oleh kanak-kanak. Setelah selesai aktiviti bersama guru, kanak-kanak diberi ruang dan peluang untuk menggunakan kepingan kad pelbagai bentuk geometri ini untuk membentuk apa sahaja rekabentuk mengikut daya imiginasi dan kognitif kanak-kanak tersebut. Dan dapat di lihat dengan jelas keterujaan untuk memenuhi arahan guru apabila diminta untuk menyurih reka bentuk geometri itu, kanak-kanak kelihatan bersedia dan mencuba untuk meneruskan proses belajar seperti yang diarahkan oleh guru.

Morison ( 1995 ) menegaskan bahawa dalam menjayakan sesuatu permainan di pusat-pusat persekolahan, guru memainkan peranan yang penting untuk mencipta persekitaran dan juga merangsang serta memperkembangkan daya berfikir kanak-kanak. Menurut Joan Packer Isenberg dan Mary Renck Jalongo (2003), sebagai langkah awal, untuk memastikan aktiviti bermain dapat digunakan dengan lebih berkesan, guru-guru perlu menyediakan diri terhadap realiti dalam pengajaran seperti Memahami bahawa mereka terpaksa meringkaskan pengalaman yang tidak langsung dan menjadikan ianya berguna dan bermakna serta menyeronokkan kepada kanak-kanak terutama kanak-kanak yang mempunyai latar belakang pendidikan yang agak kurang baik dan juga tidak dapat memenuhi keperluan asas mereka.

Pada akhirnya dengan belajar sambil bermain ini hasil pembelajaran yang ingin dicapai juga telah berlaku secara tidak langsung. Nilai motivasi kanak-kanak untuk belajar itu terjalin secara dalaman dan semulajadi sesuai dengan keperluan diri kanak-kanak itu kerana kanak-kanak berasa mereka sedang bermain, tanpa disedari mereka diminta untuk memproses keupaayaan kognitif mereka untuk berfikir.7.0PENUTUPPendekatan belajar melalui bermain , bertema dan bersepadu menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Penekanan menggunakan pendekatan belajar melalui bermain ini amat penting kerana daya kreativiti seorang kanak-kanak itu perlu dicungkil, digilap untuk berkembang secara semulajadi dan bukan secara desakan. Amalan yang perlu ada iaitu menyuburkan, aktif penglibatan, selamat dan seronok perlu diterapkan dalam aktiviti yang ingin dijalankan di prasekolah.

Adalah agak mencabar bagi kanak-kanak yang baharu sahaja mengalami suasana alam pembelajaran yang baharu menginjak ke minggu ketiga dan masuk hari yang kesepuluh. Ini kerana,.sebelum kanak-kanak mula mengenal alam persekolahan, mereka tidak mempunyai rutin yang tetap. Mereka dibiarkan bermain, meneroka dan bermimpi di siang hari tanpa disuruh mengikuti satu-satu arahan. Kini rutin kanak-kanak tersebut cuba dibentuk untuk mencapai hasil yang diinginkan.

. Saya memilih satu aktiviti permainan yang mampu memberi pendedahan pengetahuan, kemahiran dan nilai murni kepada kanak-kanak secara praktikal dan secara tidak formal bagi memberikan suasana yang pembelajaran yang menyeronokkan. Pendekatan ini merupakan satu kaedah yang senang untuk menarik perhatian kanak-kanak secara fleksibel dan interaktif di samping mencapai objektif pengajaran yang disasarkan. Pendekatan ini membantu proses penerokaan berlaku secara semulajadi dan menggalakkan naluri ingin tahu di kalangan kanak-kanak.

Jelas, dalam huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan KPM 2003 muka surat 260 menghuraikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain itu menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran.

Apa yang saya dapat lihat, setelah proses permainan berakhir, kanak-kanak masih leka dengan kepingan kad bentuk dan kanak-kanak ini terus meneroka membina menghasilkan bentuk-bentuk mengikut kreativiti masing-masing. Pendekatan bermain sambil belajar ini secara tidak langsung mampu mengurangkan tekanan murid-murid dalam melalui proses pembelajaran setiap hari.

Apabila rasa seronok untuk belajar itu timbul, ianya sekali gus menanam minat dan semangat untuk datang ke sekolah setiap hari, seperti mana kata. Caplan dan Caplan 1973 mengatakan bermain penting sebagai penentu untuk kekuatan perkembangan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek serta meningkatkan perkembangan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan kanak-kanak.Piaget ada menyarankan, kanak-kanak senang belajar melalui pengalaman dan melakukan aktiviti hands-on. Pendekatan yang dipilih juga mampu untuk mencipta mood dengan penyediaan persekitaran yang menarik dan merangsang murid melakukan aktiviti dengan bebas tetapi terkawal. Aktiviti seni dan kreatif jelas menjadi minat semua murid sekiranya diberi peluang. Kanak-kanak suka merealisasikan imiginasi mereka di dalam pelbagai cara termasuklah aktiviti menyurih sesuatu bentuk itu. Sesuai dengan pembacaan empat artikel yang telah dipilih, adalah diharapkan agar konsep berlajar sambil bermain ini dipraktikkan di dalam kelas-kelas tadika dan prasekolah di Malaysia kerana aktiviti ini mempunyai peranan yang sangat penting dalam memupuk perkembangan dan jati diri kanak-kanak agar seimbang dan menyeluruh. mereka di dalam pelbagai cara termasuklah aktiviti menyurih sesuatu bentuk itu.

9.0RUJUKAN Dokumen Standard Kurikulum Prasekolah. 2010 Putrajaya. Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia

Kasnani Ab Karim 2010. Perkembangan Pendidikan Prasekolah Untuk Kursus Persediaam dan KPLI (Pendidikan Awal Kanak-Kanak). Kumpulan Budiman. Subang Jaya. Nani Menon & Mohd Sharani & Rohani Abdullah.2003. Panduan Kurikulum Prasekolah. Cergas(M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Ingin Menjadi Bijak &Aktif Seperti Saya? 2007. Majalah Ibu &Ayah!. Media Genius Sdn.Bhd. Cheras, Kuala Lumpur. Sistem Pendidikan Prasekolah Teras Kemajuan Negara. 2010. Majalah Pendidik. Widad Publication Sdn Bhd. Ampang, Selangor. http://kheru2006.webs.com/prasekolah/konsep_pp_prasekolah.htm http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index http://www.forumsains.com/artikel/204/

http://www.theborneopost.com/2013/11/11/pendekatan-sambil-bermain-langkah-terbaik-di-prasekolah

m/s 11

top related