ucapan belanjawanperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · belanjawan 2020...
Post on 17-Jan-2020
24 Views
Preview:
TRANSCRIPT
UCAPAN
BELANJAWAN 2020
oleh
YANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
MENTERI BESAR TERENGGANU
Dicetak oleh:
Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu
Tel: 09-666 8611 / 6652 / 8601 Faks: 09-666 0611 / 0063
YAYASAN ISLAMTERENGGANU SDN. BHD.No. Pendaftaran 144692-D
Syarikat Percetakan
UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2020
Oleh
YANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR
MENTERI BESAR TERENGGANU
KETIKA MEMBENTANG RANG ENAKMEN PERBEKALAN 2020
DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU
24 NOVEMBER 2019
“MEMBINA GENERASI TERENGGANU SEJAHTERA”
negeri terengganu darul iman
4
ucapanBelanjawan 2020
5
ucapanBelanjawan 2020
MUQADDIMAH
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
PENDAHULUAN
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
1. Marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat
Allah SWT atas nikmat dan inayah yang telah dicurahkan
kepada kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan
mulia, Nabi Muhammad SAW. Seterusnya kepada
para sahabat baginda, para tabi’in dan mereka yang
telah berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kita
mengecapi kemanisannya pada hari ini.
6
ucapanBelanjawan 2020
2. Marilah kita menitipkan doa setulus keikhlasan kepada
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan
Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud
Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi
Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan
takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah
Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Semoga Allah
meluaskan kerahmatan, keberkatan dan petunjuk untuk
terus menaungi Negeri Terengganu Darul Iman yang
dikasihi ini.
3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-
ahli Yang Berhormat, para pegawai dan kakitangan
kerajaan serta para tetamu yang berada di dalam Dewan
Undangan Negeri yang mulia ini. Tidak dilupakan juga
kepada seluruh rakyat yang turut menyaksikan secara
langsung di atas talian untuk bersama-sama mengikuti
pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu Tahun
2020.
4. Sebagai pembuka bicara, marilah kita sama-sama
menghayati tugas kita di bumi yang indah ini sebagai
mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat
ke-30.
7
ucapanBelanjawan 2020
“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada
Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan
seorang khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang
hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah
Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu
orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan
darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa
bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”.
Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan
apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
8
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Menanam anggur di Daerah Marang,
Pemandangan indah udaranya nyaman,
Minta sabar dan minta bertenang,
Belanjawan 2020 saya bentangkan.
5. Sesungguhnya Negeri Terengganu Darul Iman ini telah
dikurniakan oleh Allah SWT dengan pelbagai khazanah
alam di daratan dan di lautan. Segenap pemberian
yang dianugerahkan ini mesti digembleng selari dengan
kehendak-Nya supaya seluruh manusia dan makhluk
yang lain merasai kemakmurannya. Justeru, KERAJAAN dan RAKYAT mestilah menggalas tanggungjawab
bersama.
6. MASA HADAPAN Negeri Terengganu yang mahu kita
lakarkan di atas kanvas kehidupan adalah indah sekali.
Rakyat yang menjiwai hidup bertuhan, menghayati
amalan keagamaan. Rakyat yang merasa aman, bebas
daripada kesengsaraan. Rakyat yang mengikat tali
9
ucapanBelanjawan 2020
persaudaraan, benci kepada perpecahan. Rakyat yang
mencintai ilmu dan pendidikan, menghindari kejahilan.
Rakyat yang bersyukur dengan kecukupan, menjauhi
kekufuran. Rakyat yang sihat tubuh badan, menghijaukan
persekitaran.
7. Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar memberi
taufik dan hidayah kepada kita semua, seluruh rakyat
Negeri Terengganu untuk menjayakan peta perancangan
ini. Insya-Allah.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
8. Saya mohon untuk membentangkan di dewan ini
Enakmen Perbekalan Tahun 2020 bagi menggunakan
sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk
membiayai Perbelanjaan Bekalan, Perkhidmatan dan
Pembangunan Negeri pada tahun 2020. Pembentangan
lengkap dan perincian peruntukan Belanjawan 2020
ini terkandung dalam Buku Belanjawan Terengganu Tahun 2020.
10
ucapanBelanjawan 2020
9. Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif sedia ada
yang telah dan sedang dilaksanakan, dengan melakukan
perubahan untuk disesuaikan dengan kekangan
kewangan negeri yang memuncak pada tahun 2020.
Manakala pembentangan pada hari ini memfokuskan
kepada sebahagian perkara-perkara baharu dan tertentu
yang ingin dilaksanakan pada tahun 2020.
10. Belanjawan Negeri Terengganu 2020 dirangka
berasaskan kepada perancangan negeri dan kepentingan
rakyat, di mana Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif
menganjurkan bengkel Cadangan Belanjawan Rakyat
Terengganu (CBRT) di setiap daerah dan melancarkan
laman sesawang e-CBRT. Ini merupakan saluran penting
bagi mengumpul cadangan daripada semua pemegang
taruh (stakeholders) yang berkaitan.
11. Susulan itu, sebanyak 1,367 cadangan telah
diperhalusi dalam Retreat Belanjawan 2020 Negeri
Terengganu bersama dengan agensi-agensi kerajaan
dan diterjemahkan mengikut keutamaan dalam
belanjawan kali ini. Hasilnya, 132 cadangan telah dipilih
untuk dilaksanakan dalam Belanjawan 2020 Negeri
Terengganu.
11
ucapanBelanjawan 2020
PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
12. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)
global berada pada tahap yang sederhana sekitar
3.2% pada Suku Kedua tahun 2019. Ia dipengaruhi
oleh kelembapan ekonomi beberapa buah negara maju
seperti Amerika Syarikat (2.3%), Jepun (1.2%), Kesatuan
Eropah (1.1%) dan United Kingdom (1.2%). Perang
perdagangan Amerika Syarikat yang menghadapi krisis
bersama Iran dan China, ketidaktentuan gerakan Brexit
yang masih berterusan dan krisis hutang Argentina
dengan International Monetary Fund menyebabkan
ekonomi global akan berhadapan dengan ‘serious risk
recession’ yang pertama sejak 10 tahun yang lalu.
13. Namun, indikator ekonomi negara menunjukkan
Malaysia masih berdaya tahan dan dijangka mencatatkan
pertumbuhan sederhana sekitar 4.7% pada tahun 2019.
Penggunaan swasta kekal menjadi pemacu utama
pertumbuhan. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi
12
ucapanBelanjawan 2020
Terengganu juga berada pada kadar yang perlahan iaitu
2.5% pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, KDNK
per kapita bagi Negeri Terengganu telah meningkat
daripada RM29,855 pada tahun 2018 kepada RM30,216
pada tahun 2019.
14. Kerajaan Negeri memikul bebanan kewangan yang agak
besar setelah Jemaah Menteri membuat keputusan
drastik dengan memotong 25% amaun Bayaran Tunai
Petroleum (BTP) mulai tahun 2019 sebagai pembayaran
semula hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan
Persekutuan. Walaupun tindakan secara paksa ini telah
menyusutkan hutang Kerajaan Negeri Terengganu pada
nilai RM425 juta, tetapi ianya telah memberikan tekanan
terhadap kedudukan kewangan negeri. Tambahan
pula, kaedah pembayaran paksa ini akan melibatkan
baki hutang yang belum cukup tempoh matang
pembayarannya oleh Kerajaan Negeri. Pada masa yang
sama, Kerajaan Negeri juga mempunyai komitmen wajib
bagi pembayaran tertangguh dan berjadual berjumlah
RM403.48 juta sepanjang tahun 2020. Insya-Allah,
kesukaran yang akan kita semua hadapi tahun 2020 ini
13
ucapanBelanjawan 2020
akan berkurang pada tahun 2021 nanti setelah semua
bayaran hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan
Persekutuan sepenuhnya selesai pada tahun 2020 ini.
15. Komitmen wajib ini melibatkan dua (2) projek keutamaan
daripada pembayaran tertangguh (deferred payment)
iaitu Kerja-Kerja Membaik Pulih dan Menaik Taraf Loji
Rawatan Air di Bukit Sah, Kemaman dan Skim Bekalan
Air Kuala Terengganu Utara. Manakala, empat (4)
projek keutamaan daripada pembayaran berjadual
(scheduled payment) adalah Pembangunan Pusat
Pentadbiran Daerah Kuala Nerus, Pembangunan Muara
Sungai Terengganu, Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri
Terengganu dan Pembangunan Bandar Baru Kijal Fasa
2.
16. Ironinya, Kerajaan Persekutuan juga masih berhutang
dengan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.431 bilion
sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat
Kementerian Kewangan pada Mac 2018 untuk
pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2. Kita berharap
pembayaran hutang tersebut juga dapat dilangsaikan
oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri
dengan kadar yang segera.
14
ucapanBelanjawan 2020
17. Belanjawan Persekutuan 2020 yang diumumkan
pada 11 Oktober 2019 di Dewan Rakyat lalu tidak
memperuntukkan projek mega sebagai ‘catalyst’ untuk
memangkin perkembangan ekonomi Terengganu.
Namun, kita tidak akan kecewa, sebaliknya akan
berusaha lebih kuat untuk memakmurkan negeri yang
disayangi ini.
18. Kerajaan Negeri juga tetap optimis untuk menjalinkan
hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan
bahkan akan terus memperkukuhkannya demi
kepentingan rakyat dan kemajuan negeri. Konsep
Federalisme akan terus diperkasakan agar agihan
kemajuan dan infrastruktur di Negeri Terengganu dapat
dibangunkan seiring dengan negeri maju yang lain.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus
berusaha menerusi perbincangan dan perundingan
dengan agensi-agensi Kerajaan Pusat, Kementerian
dan Jabatan-Jabatan untuk memperolehi manfaat dari
Rancangan Malaysia ke-12 dan matlamat daripada
Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.
15
ucapanBelanjawan 2020
PERUNTUKAN BELANJAWAN 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Anggaran Belanjawan Kerajaan Negeri Terengganu 2020
19. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menyediakan
dasar pengurusan bajet defisit 10% iaitu sebanyak
RM166 juta. Anggaran Perbelanjaan Mengurus dianggarkan sebanyak RM1.832 bilion berbanding
Anggaran Hasil yang bakal diperolehi sebanyak
RM1.666 bilion. Daripada jumlah Anggaran Hasil
tersebut, 85.41% adalah daripada Pemberian Kerajaan Persekutuan.
20. Bagi melaksanakan Belanjawan Tahun 2020, Kerajaan
mencadangkan peruntukan sebanyak RM1.832 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus, RM700 juta untuk
Perbelanjaan Pembangunan dan RM1.63 juta untuk
Kumpulan Wang Bekalan Air.
16
ucapanBelanjawan 2020
21. Pendapatan daripada Hasil Cukai adalah sebanyak
RM66.93 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM170.37 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.43 bilion.
22. Bagi melaksanakan strategi Belanjawan Tahun
2020, Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan
sejumlah RM1.832 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus. Daripada jumlah ini, sebanyak RM86.83 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan
sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang
dan sejumlah RM1.745 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan.
23. Di bawah Perbelanjaan Bekalan pula sebanyak
RM277.59 juta untuk Emolumen, RM207.15 juta untuk
Perkhidmatan dan Bekalan, RM28.52 juta untuk Aset, RM1.23 bilion diperuntukkan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM1.16 juta untuk Lain-Lain Perbelanjaan.
24. Di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM500 juta akan dicarumkan kepada
17
ucapanBelanjawan 2020
Kumpulan Wang Pembangunan bagi menampung
baki semasa sehingga 31 Oktober 2019 iaitu berjumlah
defisit RM671 juta. Peruntukan ini adalah bagi tujuan
melaksanakan projek-projek pembangunan. Sebanyak
RM215 juta juga diperuntukkan bagi pemberian kepada
Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun dan pelbagai Agensi, RM145 juta bagi pemberian kepada
Jabatan-Jabatan Kerajaan dan RM370 juta bagi
pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 - Pelbagai Perkhidmatan.
25. Dari segi agihan di bawah Perbelanjaan Pembangunan,
sebanyak RM618.49 juta (88%) diperuntukkan untuk
Pembangunan Sosial merangkumi sektor Pendidikan,
Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pembangunan
Bandar & Luar Bandar, Sukan dan Perumahan. Sebanyak
RM40 juta (6%) pula diperuntukkan untuk Pentadbiran merangkumi Teknologi Maklumat, Pentadbiran Am,
Projek Khas dan Projek Penting Luar Jangka dan
sebanyak RM41.6 juta (6%) untuk Ekonomi merangkumi
Pertanian, Pelancongan dan Industri termasuk IKS.
18
ucapanBelanjawan 2020
26. Setelah mengambil kira semua aspek di atas, izinkan
saya membentangkan Belanjawan 2020 bagi Negeri
Terengganu yang bertemakan “MEMBINA GENERASI TERENGGANU SEJAHTERA”. Belanjawan ini akan
didokong oleh lima (5) teras utama dan diperkukuhkan
dengan 25 strategi dan 134 inisiatif. Lima (5) teras utama
tersebut adalah:
Teras Pertama : Memartabatkan Pelaksanaan Islam
Teras Kedua : Menjana Pertumbuhan Ekonomi
Teras Ketiga : Membangun Modal Insan
Teras Keempat : Melestari Kehidupan Sejahtera
Teras Kelima : Memantapkan Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri
19
ucapanBelanjawan 2020
TERAS 1 : MEMARTABATKAN PELAKSANAAN ISLAM
Utaranya Besut, selatannya Kemaman,
Timurnya laut, baratnya hutan,
al-Quran bukan sekadar bacaan,
Suatu petunjuk panduan berkerajaan.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 1 : Merancakkan Program Keagamaan dan Penghayatan Syariat Islam
27. Sejarah Batu Bersurat pada tahun 1303 Masihi dan
penggubalan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri,
Itqan Al-Muluk bi Ta’dil As-Suluk pada tahun 1911
membuktikan bahawa Islam sudah terpahat erat
dalam denyut nadi rakyat. Usaha penghayatan dan
memartabatkan Islam ini diteruskan oleh Kerajaan Negeri
Terengganu pada awal tahun 2000 dengan penggubalan
dan pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah Islam.
20
ucapanBelanjawan 2020
28. Lantaran itu, bagi meneruskan kesinambungan
pelaksanaan syariah dalam segenap aspek kehidupan
rakyat, Kerajaan Negeri dalam proses akhir menyediakan
beberapa polisi dan garis panduan patuh syariah seperti
Garis Panduan Hiburan, Pelancongan, Sukan, Persembahan Kebudayaan dan Kerajaan Tempatan.
29. Selari dengan penggubalan undang-undang dan
penguatkuasaan peraturan, Kerajaan Negeri juga
berusaha menyemarakkan penghayatan syariat Islam
dalam semua lapisan masyarakat di setiap DUN melalui
pelbagai aktiviti dan program yang bersesuaian seperti
Klinik Hukum Agama, Taman Syurga di Pasar, Tautan
Mahabbah Wanita dan Aktiviti Pelaksanaan Syariat iaitu
Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar. Bagi menjayakan
agenda ini sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan.
30. Pada bulan Ramadan yang lalu, Kerajaan Negeri telah
berjaya melaksanakan Program Madinah Ramadan
selama sebulan di Padang Taman Awam Batu Buruk,
Kuala Terengganu. Program ini telah memberi manfaat
kepada ribuan pengunjung yang datang dan dihidangkan
dengan pelbagai pengisian seperti iftar perdana, solat
21
ucapanBelanjawan 2020
tarawih berjemaah, tazkirah, bicara ilmu dan fiqh wanita.
Menyedari akan kepentingan program ini, Kerajaan
Negeri telah bersetuju untuk meneruskan Program
Madinah Ramadan pada tahun 2020. Selain itu, Kerajaan
Negeri juga akan meneruskan Bantuan Berbuka Puasa kepada seluruh masjid dan surau di Negeri Terengganu.
Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat ini sebanyak
RM2.05 juta diperuntukkan.
31. Bagi memastikan semua kelompok masyarakat dapat
meningkatkan kefahaman Islam, pihak Kerajaan
Negeri akan membangunkan Modul Itqan Insani yang
menggabungkan aspek fizikal, intelektual dan spiritual
yang melibatkan pelajar sekolah, belia, MPKK, penjawat
awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan
untuk memahami dasar-dasar Islam yang dibawa oleh
Kerajaan Negeri.
22
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 2 : Menyemarakkan Kecintaan Terhadap al-Quran
32. Menyedari peri penting penghayatan al-Quran dalam
sistem pendidikan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk
melahirkan lebih ramai lagi rakyat yang mencintai
dan celik al-Quran. Justeru, bagi Program Skim Mus’ab Bin Umair, Kerajaan Negeri bercadang untuk
menambahkan peruntukan pada tahun 2020 kepada
RM7.85 juta. Peruntukan ini dijangka akan memberikan
manfaat kepada 1,924 guru al-Quran di seluruh Negeri
Terengganu.
33. Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Program Kembara Menghayati al-Quran bersama Dai di
samping akan meneruskan pemberian sagu hati atau
elaun khas kepada guru agama dan tokoh ulama.
23
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 3 : Mengembangkan Dakwah Islam
34. Memahami bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan,
pada tahun 2019 Kerajaan Negeri telah menubuhkan
Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) sebagai agensi yang akan bertanggungjawab melatih
para pendakwah dan merangka program-program
pembangunan dakwah seiring dengan hasrat Terengganu
Maju, Berkat dan Sejahtera.
35. Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan Pusat Dakwah Ummah yang pertama di Pulau Redang yang
akan dibangunkan bagi melahirkan pendakwah dan
mewujudkan masyarakat yang cintakan ilmu dan celik
agama di kalangan penduduk setempat. Sasaran utama
pelatih Pusat Dakwah Ummah adalah anak-anak remaja
Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang berusia
13-18 tahun. Sekaligus, menjadikan kedua-dua pulau ini
sebagai lokasi Pelancongan Islam.
24
ucapanBelanjawan 2020
36. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan mewujudkan
Program Smart Ukhuwwah sebagai platform
menyantuni golongan bukan Islam. Program ini adalah
bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum. Program
ini juga akan menjadi wadah untuk menyampaikan mesej
perpaduan sekaligus menjadikan bumi Terengganu
sentosa sejahtera.
37. Bagi menambah nilai dan kualiti para pendakwah,
Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan
Himpunan Pendakwah Nusantara dan Ijtima’ Sukarelawan Dakwah yang melibatkan pendakwah dari
dalam dan luar negara.
38. Media sosial telah menjadi sumber rujukan bagi
kebanyakan rakyat. Menyedari perkembangan ini,
Kerajaan Negeri berhasrat untuk memanfaatkan saluran
ini demi kepentingan dakwah. Oleh itu, satu Program Dakwah Kreatif akan dilancarkan untuk melahirkan para
pendakwah maya yang mampu untuk membangunkan
kandungan dakwah kreatif. Program ini adalah kerjasama
dengan Urus Setia Penerangan Darul Iman dan pihak
25
ucapanBelanjawan 2020
TD1303. Demi menyokong usaha dakwah ini, sebanyak
RM1.8 juta diperuntukkan.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 4 : Mengimarahkan Institusi Masjid
39. Masjid bukan sekadar syiar bahkan jantung, hati
dan nadi ummah. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri
akan memperuntukkan sebanyak RM17.5 juta untuk
membina empat (4) buah masjid baharu di beberapa
lokasi terpilih seluruh Negeri Terengganu.
40. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan
sebanyak RM4 juta untuk kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara masjid sedia ada. Manakala,
kos sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan untuk
membaik pulih Masjid Pulau Perhentian di Besut bagi
kemudahan rakyat di sana.
41. Di samping pembangunan fizikal masjid, Kerajaan
Negeri juga menyediakan Bantuan Pengurusan
26
ucapanBelanjawan 2020
Jawatankuasa Masjid yang berjumlah RM1.01 juta
melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).
Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan
pengurusan 514 buah masjid yang ada di seluruh Negeri
Terengganu.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 5 : Membangunkan Institusi Pendidikan Islam
42. Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyung yang berkonsepkan
Edu-Tourism di Taman Tamadun Islam yang akan
dibangunkan dengan seni bina kayu tradisional
Terengganu. Pondok ini akan menjadi pusat bagi
melahirkan ulama serta guru yang mampu menguasai
Kitab Turath. Selain itu, pusat ini juga akan menjadi
pusat pengajian lanjutan kepada pelajar lepasan
madrasah moden, Pondok Darul Iman serta pusat
pengajian pondok serata tanah air. Diharap penubuhan
pusat ini dapat mengembalikan semula kegemilangan
Terengganu sebagai pusat ilmu Serambi Madinah. Bagi
tujuan ini, sebanyak RM6 juta diperuntukkan.
27
ucapanBelanjawan 2020
43. Bagi mengembangkan Pusat Pendidikan Islam dan
meningkatkan kualiti pengurusannya, Kerajaan Negeri
telah bersetuju menambah peruntukan daripada RM3
juta pada tahun 2019 kepada RM5 juta pada tahun 2020
bagi bantuan per kapita kepada sekolah pondok, tahfiz, sekolah agama rakyat dan pusat pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama
Terengganu (JHEAT).
44. Manakala, bagi institusi pendidikan di bawah Kerajaan
Negeri, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah
menubuhkan enam (6) buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) melibatkan 290 orang pelajar di Ajil,
Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Wakaf Mempelam, Kota
Putera dan Buluh Gading. Bagi tahun 2020, sebanyak
tiga (3) buah SRIDI yang baharu akan ditubuhkan di Kijal,
Paka dan Permaisuri dengan anggaran kos keseluruhan
RM3.52 juta.
45. Adapun di peringkat pendidikan menengah, Kerajaan
Negeri telah menyasarkan penubuhan sebuah Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang pertama di
28
ucapanBelanjawan 2020
Terengganu. SMIDI ini akan ditubuhkan di Daerah Hulu
Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.
46. Lanjutan itu, bagi melengkapkan tahap pendidikan Islam
di Negeri Terengganu bermula dari tahap pendidikan
rendah sehingga tahap tertiari, maka Pihak Kerajaan
Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta sebagai
kerja-kerja awal dalam menubuhkan Kolej Universiti Quran Terengganu. Dalam masa yang sama, Kerajaan
Negeri juga akan memperkenalkan konsep wakaf
pendidikan bagi merealisasikan penubuhan kolej ini.
TERAS 2 : MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 1 : Mengukuhkan Industri Agrikultur
47. Agrikultur merupakan sektor ekonomi yang diceburi
oleh majoriti rakyat Terengganu. Sektor yang menjana
sumber makanan ini menyumbang 8.2% daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Meskipun kita
berhadapan dengan gelombang Revolusi Industri 4.0
29
ucapanBelanjawan 2020
dan era transformasi ekonomi digital, namun Kerajaan
Negeri tetap memberikan fokus utama kepada sektor
pertanian dengan menyalurkan peruntukan berjumlah
RM8 juta.
48. Peruntukan ini bertujuan untuk mengembangkan
industri berkaitan agrikultur, agroternak, akuakultur serta industri asas tani bagi menjamin sekuriti
bekalan makanan, menghasilkan peluang pekerjaan,
meningkatkan pendapatan rakyat dan mempelbagaikan
sumber pertanian baharu dengan memanfaatkan
teknologi terbaharu.
49. Terengganu mempunyai lebih kurang 12 ribu hektar
kawasan tanaman padi dengan 5,323 hektar berada di
dalam kawasan jelapang padi manakala bakinya berada
di luar jelapang padi dengan kemampuan pengeluaran
beras hanya 5,000 tan metrik setahun atau 53% daripada
keperluan sebenar beras Terengganu. Pengeluaran
hasil padi perlu mencapai 10,000 tan metrik setahun
secara konsisten untuk mencukupkan kadar sara diri
(self sufficient level) pengeluaran padi di Terengganu.
30
ucapanBelanjawan 2020
50. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan menaik taraf sistem
pengairan dan saliran sawah padi di luar jelapang agar
penanaman padi dua (2) kali setahun dapat dilaksanakan
serta masalah pengairan yang dihadapi pesawah padi di
luar jelapang dapat diatasi.
51. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan projek
pembangunan Kompleks Pertanian Ajil dan Kompleks Pertanian Sekayu. Selain itu, Bantuan Mekanisasi Pertanian turut diberikan seperti blower, pam racun,
pam air dan jentera pembajak. Semua perkara ini akan
dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.
52. Bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian,
Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek transformasi sistem tanaman tradisional kepada tanaman fertigasi. Projek-projek pembangunan penanaman seperti cendawan, sayur dan buah-buahan
juga akan dilaksanakan. Bantuan tampungan harga untuk
pembelian duku serta industri madu turut tidak diabaikan.
Bagi menjayakan semua perkara di atas, maka Kerajaan
Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM1.05 juta. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri dengan
31
ucapanBelanjawan 2020
kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam
Sekitar dan Perubahan Iklim telah menubuhkan Hab
Pengembangan dan Pemprosesan Cendawan (HPPC)
yang pertama di Malaysia bertempat di Kampung
Tempinis, Jabi dalam rangka untuk memperkasakan lagi
industri cendawan.
53. Sebagai rekod, sejak dilancarkan pada 29 Januari
2019 sehingga bulan September 2019, sebanyak 118
permohonan telah diluluskan melalui Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) meliputi pelbagai bidang perusahaan
dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan
dan industri asas tani dengan jumlah keseluruhan
mencecah RM2.46 juta. Ekoran sambutan hangat dan
menggalakkan daripada pelbagai lapisan rakyat, masih
banyak lagi berbaki permohonan SBMT bagi tahun 2019
yang sedang diproses oleh Jawatankuasa Induk SBMT
berjumlah kira-kira RM1.46 juta. Melihat keberkesanan
SBMT dalam membantu rakyat menyelesaikan masalah
modal untuk menceburi sektor pertanian, maka Kerajaan
Negeri akan terus memperuntukkan skim pinjaman patuh
syariah tanpa faedah ini dengan jumlah sebanyak RM5 juta pada tahun 2020.
32
ucapanBelanjawan 2020
54. Memahami akan bebanan dan ancaman yang dihadapi oleh para petani dan nelayan ketika musim tengkujuh, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Tabung Bencana Petani bagi meringankan bebanan tersebut. Sebanyak RM500 ribu akan diperuntukkan untuk tabung ini.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 2 : Mengembangkan Sektor Agroternak
55. Dua (2) fokus utama akan diberikan untuk mengembangkan sektor penternakan di Terengganu. Pertama, menaik taraf infrastruktur penternakan seperti Ladang Informasi Veterinar Terengganu, Ladang Integrasi Veterinar Dungun, Projek Homplot Rakyat, Pasar Ternakan, Padang Ragut Awam dan Pusat Pemprosesan Arnab. Sejumlah RM2.6 juta diperuntukkan untuk menyiapkan semua infrastruktur tersebut.
56. Fokus yang kedua pula ialah membangunkan projek penternakan seperti projek hab penternakan lembu sado, lembu tenusu, projek kambing komersial, kambing
33
ucapanBelanjawan 2020
tenusu, arnab pedaging dan unggas. Semua projek
tersebut akan diperuntukkan sebanyak RM1.25 juta.
57. Selain itu, projek transformasi ternakan yang memfokuskan kepada menaik taraf projek penternakan skala kecil dan sederhana ke arah yang lebih berdaya saing akan turut dilaksanakan. Kerajaan Negeri mahu kesemua projek agroternak ini akan memberikan manfaat kepada rakyat Terengganu selaras dengan slogan ‘Mu Buat Kami Bantu’.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 3 : Memperkaya Sektor Akuakultur
58. Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan untuk memperkaya sumber perikanan. Pada tahun 2019, sebanyak 50 unjam tiruan dan 23 unit tukun seberat 15 tan telah dilabuhkan di sekitar perairan Terengganu. Tukun tiruan yang dilabuhkan ini disamping menjadi ‘rumah ikan’ yang akan memperkayakan lagi sumber perikanan, ia juga mampu menjadi penampang kepada pencerobohan pukat tunda. Justeru, pada tahun 2020, lebih banyak unjam dan tukun tiruan akan dilabuhkan.
34
ucapanBelanjawan 2020
59. Manakala, bantuan benih ikan akan disalurkan kepada penternak kecil untuk meningkatkan tahap pengeluaran
mereka. Sebagai tambahan, benih ikan juga akan terus
dilepaskan ke perairan umum demi memperkayakan
sumber perikanan yang menjadi rezeki kepada nelayan
darat.
60. Kerajaan Negeri juga akan memberi bantuan kepada
para nelayan untuk membeli pukat dan bubu. Di
samping itu, bagi meningkatkan kemahiran kepada
para pemain sektor akuakultur, maka program seperti
kursus, seminar dan latihan kemahiran berterusan
akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Semua aktiviti
akuakultur ini akan diperuntukkan sebanyak RM1 juta.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 4 : Menggalakkan Pelaburan, Memantapkan Perdagangan
61. Kerjasama erat antara East Coast Economic Region
Development Council (ECERDC) dan Kerajaan Negeri
Terengganu juga telah merealisasikan pelaburan swasta
35
ucapanBelanjawan 2020
berjumlah RM3.59 bilion sepanjang 2019; iaitu 12
syarikat di sektor pembuatan, masing-masing satu (1)
syarikat di sektor pertanian, pendidikan dan minyak &
gas; tiga (3) syarikat di sektor perkhidmatan dan tujuh
(7) syarikat di sektor pelancongan dan hartanah.
62. Kerajaan Negeri juga telah menawarkan insentif-
insentif pelaburan yang menarik seperti diskaun ke atas
premium tanah antara 10% hingga 50%, pembayaran
premium tanah secara ansuran selama setahun dan
rebat 30% ke atas premium tanah bagi pelabur yang
melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan.
Dengan ini, Kerajaan Negeri akan terus berusaha
untuk meningkatkan lagi promosi pelaburan di Negeri
Terengganu dengan kerjasama agensi–agensi yang
berkenaan.
63. Infrastruktur di kawasan perindustrian akan dinaik
taraf dengan peruntukan sebanyak RM2 juta. Beberapa
kawasan perindustrian akan mendapat manfaat
antaranya Kawasan Perindustrian Perasing, Bukit
Labohan, Kerteh, Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai
dan Kawasan Perindustrian Batu 7, Dungun.
36
ucapanBelanjawan 2020
64. Kerajaan Negeri juga ingin berterima kasih kepada
Kerajaan Persekutuan yang akan meneruskan projek-
projek ECERDC seperti Taman Biopolimer Kerteh Fasa
2 & 3, Pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu
(KTCC) dan Pembinaan Jalan dari Lapangan Terbang
Sultan Mahmud Kuala Terengganu ke KTCC.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 5 : Merancakkan Pelancongan dan Kebudayaan
65. Negeri Terengganu sememangnya berpotensi dan
terkenal dengan anugerah khazanah alam semulajadi,
seni, budaya dan warisan yang mengandungi
kepelbagaian produk dan destinasi pelancongan.
Ini menjadikan Negeri Terengganu antara destinasi
pelancongan utama negara yang menyaksikan
peningkatan kehadiran pelancong sebanyak 9.8% dalam
tempoh Januari hingga Ogos tahun 2019 berbanding
tempoh yang sama pada tahun 2018.
37
ucapanBelanjawan 2020
66. Kerajaan Negeri juga akan mempromosikan pelancongan dengan lebih agresif dan berimpak
tinggi menerusi pelbagai saluran domestik serta
antarabangsa. Untuk tujuan itu, sejumlah RM4.5 juta
akan diperuntukkan.
67. Kerajaan Negeri juga optimis dengan potensi ekonomi
sektor pelancongan dengan menganjurkan acara
berprestij yang berkonsepkan keunikan Negeri
Terengganu. Pelbagai ‘signature events’ akan dirangka
dengan partisipasi masyarakat setempat. Kerajaan
Negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi
penganjuran acara sehingga ke taraf antarabangsa.
68. Pulau Bidong yang turut dikenali sebagai “The Little
Saigon” merupakan khazanah warisan sejarah Negeri
Terengganu. Peninggalan sejarah ini akan dimajukan
dan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan
budaya (Culture Tourism) dengan peruntukan RM1 juta.
69. Kita patut berbangga kerana Tasik Kenyir mendapat
pengiktirafan tasik buatan manusia terbesar di Asia
Tenggara yang mencatatkan kehadiran pelancong
38
ucapanBelanjawan 2020
sebanyak 776 ribu orang pada tahun 2018. Dengan
keluasan 260 kilometer persegi, Tasik Kenyir
menempatkan lebih 380 buah pulau dan lebih 14 buah
air terjun dan jeram. Tasik ini juga boleh diisytiharkan
sebagai “Kenyir Hornbills Valley” kerana 10 daripada
12 spesies burung kenyalang telah ditemui. Lantas, bagi
meningkatkan mutu pengurusan di tasik ini sebanyak
RM3 juta telah diperuntukkan.
70. Selain daripada meneruskan Program Pekan Budaya, Kerajaan Negeri juga turut mengambil inisiatif baharu
dengan mewujudkan sebuah Perkampungan Budaya
di perkarangan Muzium Negeri sebagai salah satu pakej
warisan (heritage trail) yang boleh dilawati oleh pelancong
yang berkunjung ke Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri
yakin dengan inisiatif yang diperuntukkan sebanyak
RM1 juta ini akan dapat terus mengekalkan identiti dan
warisan serta budaya masyarakat Negeri Terengganu.
71. Sebagai insentif untuk memastikan segala perancangan
aktiviti pelancongan dan kebudayaan berjalan dengan
lancar, maka Kerajaan Negeri akan memperuntukkan
sejumlah RM1 juta kepada badan pengurusan
39
ucapanBelanjawan 2020
rasmi pelancongan dan kebudayaan. Insentif ini
akan meningkatkan produktiviti secara optimum dan
mampu mempotretkan Terengganu sebagaimana
yang diungkapkan “negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik”.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 6 : Menyediakan Latihan Keusahawanan dan Kemahiran Perniagaan
72. Menurut buku Tinjauan Ekonomi 2020 yang diterbitkan
oleh Kementerian Kewangan Malaysia, antara punca
pengangguran adalah disebabkan kekurangan kemahiran
interpersonal dan ketidakpadanan antara kemahiran
yang diperlukan oleh industri dengan kelayakan yang
diperoleh oleh graduan.
73. Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah
RM1.9 juta bagi meningkatkan kemahiran rakyat.
Salah satu inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan
Negeri adalah Program Keusahawanan Digital (Zero to Hero) yang akan melatih rakyat Negeri Terengganu
40
ucapanBelanjawan 2020
untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan
sebagai salah satu sumber pendapatan. Program ini
akan dilaksanakan oleh pihak TD1303 dan Yayasan
Pembangunan Usahawan.
74. Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan pelbagai
aktiviti bermanfaat untuk membantu usahawan seperti
klinik usahawan, latihan start-up perniagaan dan latihan
pengembangan perniagaan. Bagi tujuan mempromosikan
produk usahawan pula, program Halal Fest, Minggu
PKS, Malaysian Festival, Terengganu Showcase dan
Ekspo Usahawan akan turut dianjurkan.
75. Bagi menjenamakan dan mempromosikan usahawan
Food Truck di Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri
akan memperuntukkan sebanyak RM150 ribu untuk
menyediakan Hot Spot Food Truck di kawasan yang
terpilih.
76. Selari dengan manifesto PRU Ke-14 yang lalu,
Kerajaan Negeri menyediakan dana yang berjumlah
RM10 juta dalam Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) pada tahun 2019. Tabung ini melibatkan Skim
41
ucapanBelanjawan 2020
Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu
(SP3T), Tabung Siti Khadijah (TSK), Skim Pembiayaan
Atas Talian Terengganu (SPINT), Dana Usahawan
dan Industri Mikro Terengganu (DUIT), Dana Prihatin
Terengganu – OKU (D-HATI), Skim Pembiayaan Mobile
Truck (SPMT), Terengganu Capacity Enhancement
Programme (T’CAP), Skim Bantuan Usahawan Mualaf
dan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan 2019.
Bagi tahun 2020, Dana TUGAS ini akan diteruskan
dengan penambahan satu lagi skim bantuan iaitu Dana Usahawan Industri Asas Tani (DUNIA). Semoga dana
yang besar ini dapat dimanfaatkan secara optimum oleh
seluruh rakyat Terengganu.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 7 : Membangunkan Negeri Sejajar Revolusi Industri 4.0
77. Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif untuk
menjayakan satu Pelan Pembangunan Industri Digital dengan peruntukan awal sebanyak RM500 ribu. Projek
ini diutamakan supaya selari dengan penjajaran trend global Revolusi Industri 4.0.
42
ucapanBelanjawan 2020
78. Selain itu, dalam mentransformasikan Terengganu berkonsepkan Smart City, Kerajaan Negeri akan melaksanakan beberapa inisiatif secara berperingkat seperti smart traffic lights, automatic boom gate, face recognition, Artificial Intelligence Park dan AI-CCTV dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.
79. Pelaksanaan inisiatif ePembayaran melalui penjenamaan Terengganu Pay adalah merupakan satu pendekatan kerajaan dalam mewujudkan persekitaran cashless society di kalangan rakyat Negeri Terengganu. Pada tahun 2020, gerbang pembayaran Terengganu Pay akan diperkenalkan dengan anggaran kos pembangunan sistem aplikasi sebanyak RM390 ribu.
80. Pada masa hadapan, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mewujudkan banyak lagi cashless zone seperti di pulau-pulau peranginan, Pasar Payang, premis perniagaan, restoran dan sebagainya selain turut berhasrat memperkenalkan inisiatif Terengganu Digital eWallet (KOCEK).
43
ucapanBelanjawan 2020
Teras 3 : Membangun Modal Insan
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 1 : Menyediakan Bantuan Sokongan Pendidikan
81. Bagi mengekalkan kecemerlangan pendidikan di Negeri
Terengganu, kerajaan telah merangka beberapa program
sokongan pendidikan, antaranya adalah Tuisyen Rakyat Terengganu, Kursus Motivasi Peperiksaan Awam di setiap DUN, pemerkasaan Schoolwide Enrichment Model (SEM), bantuan pelajar sekolah premier, elit, imtiaz dan sekolah agama bantuan kerajaan. Kesemua
program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta.
82. Sokongan secara langsung juga telah dilakukan
oleh kerajaan untuk pihak sekolah mencetak bahan
kecemerlangan melalui Program Kecemerlangan Pendidikan. Bahkan program ini juga menekankan
kepada aktiviti penguasaan Bahasa Inggeris sekaligus
meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar
terutamanya apabila di alam pekerjaan nanti. Sejumlah
RM5.3 juta akan diperuntukkan untuk program ini.
44
ucapanBelanjawan 2020
83. Bagi menambah baik kaedah pembelajaran kanak-kanak,
Kerajaan Negeri mewujudkan TS Brilliant Kids dengan
kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang
melibatkan 70 buah taska. Selain itu, Kerajaan Negeri
juga berhasrat menganjurkan Kids Coding Programme bagi tujuan menarik minat dan mencari bakat muda
di kalangan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun
dengan kerjasama pihak TD1303. Kedua-dua program
ini akan diperuntukkan sebanyak RM1 juta.
84. Kerajaan Negeri sangat prihatin dan menitikberatkan
pendidikan anak-anak Terengganu. Oleh itu, Kerajaan
Negeri akan mewujudkan Tabung Siswa Pelajar dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Tabung ini
bertujuan untuk menyediakan pinjaman pembiayaan
yuran pengajian untuk ijazah pertama dalam dan luar
negara.
85. Pada tahun 2019, seramai 123 orang pelajar peringkat
sarjana muda telah mendapat manfaat melalui program
Biasiswa Pelajar Cemerlang untuk melanjutkan
pelajaran di dalam dan luar negara. Peruntukan
pada tahun 2020 dinaikkan kepada RM10 juta untuk
membiayai seramai 250 orang mahasiswa.
45
ucapanBelanjawan 2020
86. Manakala, bagi Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, Kerajaan
akan memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta untuk
125 orang siswazah dalam negara. Untuk rekod pada
tahun ini, seramai 38 siswazah telah mendapat manfaat
melalui skim ini.
87. Bagi meringankan bebanan persiapan pengajian anak-
anak, Bantuan Persediaan IPT akan diteruskan sebagai
pemberian one-off persediaan kepada anak Terengganu
yang melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat
pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Bagi tahun 2019, seramai 16,471 orang pelajar telah
menerima manfaat.
88. Biasiswa Program ACCA (Association of Chartered
Certified Accountants) juga akan diteruskan pada
tahun 2020 dengan penambahan peruntukan sebanyak
RM1.26 juta yang akan melibatkan pembiayaan kepada
30 orang anak Negeri Terengganu dalam bidang ini.
46
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 2 : Memperkasakan Pengetahuan dan Kemahiran Rakyat
89. Marcapada ini, dunia berkembang pesat dengan
pelbagai teknologi yang mengubah kehidupan harian.
Namun, untuk memastikan kita tidak ketinggalan
dengan perkembangan semasa, kerajaan mengambil
pendekatan mempersiap rakyat dengan kursus, latihan
dan program pembangunan sumber manusia.
90. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM1.2 juta
diperuntukkan untuk Program Kelas Maya dan Pelbagai Latihan Pendigitalan bagi memastikan rakyat
Negeri Terengganu bersedia dalam menghadapi Ekonomi
Digital dan Revolusi Industri 4.0.
91. Manakala, bagi tujuan pengurusan dan juga program-
program pembangunan sumber manusia negeri,
Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada Pusat Pembangunan Sumber Manusia
47
ucapanBelanjawan 2020
Terengganu (T-HRDC). Dalam masa yang sama, satu
sistem data perangkaan maklumat sumber manusia akan
disediakan bagi mengenal pasti program pembangunan
yang bersesuaian dengan sumber yang ada di Negeri
Terengganu.
92. Selain itu, latihan dalam bidang kemahiran yang lain
juga turut menjadi fokus Kerajaan Negeri. Pada tahun
2019, Terengganu Skills Enhancement Program for School Leavers, (TSEP-S) telah dilaksanakan dengan
penyertaan daripada 26 orang peserta siri pertama dan
13 orang siri kedua. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri
akan meneruskan program ini dengan peruntukan
sebanyak RM1 juta.
93. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kursus penternakan bagi golongan belia Terengganu, latihan kemahiran berkaitan ECRL dan program Train & Place Scaffolder yang akan melibatkan kos sebanyak
RM1.6 juta.
48
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 3 : Membangunkan Institusi Insani
94. Bagi melunaskan janji manifesto PRU-14, Kerajaan
Negeri akan menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah bagi merawat penagih dadah di Negeri
Terengganu. Bagi memastikan pusat ini dibina dengan
jayanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak
RM4 juta untuk tujuan kajian, kerja-kerja infrastruktur
dan pengurusan pusat pemulihan.
95. Selangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri bercadang
untuk mewujudkan Pengajian Tahfiz Mandarin
supaya dapat melahirkan para pelajar yang bukan
hanya mampu menguasai pengajian Islam, tetapi juga
kemahiran kepelbagaian bahasa yang menjadi kekuatan
sebagaimana dimiliki oleh ulama-ulama terdahulu.
49
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 4 : Meneruskan Kecemerlangan Sukan
96. Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu telah melahirkan
ramai atlet negeri yang mampu bersaing di peringkat
negara dan antarabangsa. Bagi memastikan lebih
ramai atlet dilahirkan dari semasa ke semasa, Kerajaan
Negeri bersetuju menyediakan sejumlah RM300 ribu untuk menguruskan keperluan serta kemudahan sukan
berkaitan.
97. Kerajaan Negeri turut mendokong seruan Kerajaan
Persekutuan ke arah negara sihat dengan menjadikan
sukan sebahagian gaya hidup. Oleh itu, RM4.5 juta diperuntukkan bagi mengadakan kembali pertandingan liga sukan utama dan memajukan sukan massa serta akar umbi seperti bola sepak, sepak takraw dan
badminton di antara daerah, termasuklah pelaksanaan
Liga Darul Iman serta kejohanan sukan-sukan teras
yang lain.
50
ucapanBelanjawan 2020
98. Penubuhan Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) telah berjaya direalisasikan
menerusi ucapan Belanjawan 2019. Bagi memastikan
urus setia ini terus bergerak seiring dengan perkembangan
semasa, peruntukan sebanyak RM4.2 juta akan
disediakan merangkumi peruntukan untuk pengurusan
dan program-program sukan, pembangunan belia dan
NGO. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Fit
is Sunnah (FITS), Bengkel Garis Panduan Sukan dan
Kejohanan Badminton Belia.
99. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil
cakna terhadap fasiliti dan kemudahan sukan. Dalam
memastikan fasiliti ini dapat digunakan secara optimum,
Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah
RM13.2 juta bagi tujuan membaik pulih dan menaik
taraf gelanggang-gelanggang futsal dan pembangunan
Kompleks Sukan Menembak Terengganu serta membina
sebuah bangunan skuasy tertutup di Kompleks Sukan
Negeri Terengganu.
51
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 5 : Mempersiap Generasi Belia Masa Hadapan
Sesungguhnya bangsa itu akan kekal selagi mana
akhlak yang baik ada, dan apabila hilangnya
akhlak itu bangsa itu akan hilang.
(Ahmed Shawqi, Penyair Arab)
100. Dalam merangka pembangunan belia yang mapan dan
mampu bersaing di peringkat negara dan antarabangsa,
Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak
RM3 juta kepada Persatuan dan Aktiviti Belia Negeri
Terengganu.
101. Bagi mengatasi masalah akhlak dalam kalangan pelajar
sekolah dan mengikat hati remaja kepada Institusi Masjid
melalui pelbagai aktiviti patuh syariah, satu Program Sahabat Remaja Rabbani (Sahabat) akan dilaksanakan
dengan peruntukan sebanyak RM290 ribu.
52
ucapanBelanjawan 2020
102. Dalam masa yang sama, bagi melahirkan kepimpinan
pelajar di peringkat sekolah, Kerajaan Negeri merintis
sebuah platform baharu yang disebut sebagai Protégé. Program ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak
RM500 ribu untuk dilaksanakan di pelbagai institusi
pendidikan khususnya sekolah menengah di Negeri
Terengganu. Golongan pelapis ini akan diberikan latihan
secukupnya bagi meningkatkan kualiti kepimpinan setiap
peserta.
TERAS 4 : MELESTARI KEHIDUPAN SEJAHTERA
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 1 : Menyediakan Sistem Sokongan Keluarga
103. Keluarga yang bahagia datangnya dari jiwa yang
sejahtera. Kerajaan Negeri melihat kepentingan untuk
mengurangkan bebanan dan tekanan kepada ibu bapa
dalam menguruskan keperluan anak-anak. Oleh itu,
Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian bantuan pakaian dan alatan kepada pelajar sekolah dengan
memperuntukkan sebanyak RM10 juta. Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 89,000 pelajar.
53
ucapanBelanjawan 2020
104. Selain itu, empat (4) buah taska baharu akan diwujudkan di pejabat-pejabat jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan demi manfaat rakyat Negeri Terengganu. Inisiatif ini diharap dapat memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan anak-anak.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 2 : Menitikberatkan Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan
105. Kerajaan Negeri akan terus merancakkan Kempen Terengganu Bersih dengan sokongan penuh semua pihak supaya menjadi nilai tambah yang akan menarik kedatangan pelancong ke negeri ini. Justeru, pada tahun hadapan Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM70 juta berbanding RM50 juta pada tahun 2019, bagi menjalankan kerja-kerja dan aktiviti berkaitan kebersihan di seluruh Negeri Terengganu termasuk
pulau-pulau peranginan.
54
ucapanBelanjawan 2020
106. Bagi meningkatkan kecekapan pelupusan sisa buangan
pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk menjalankan kerja-kerja fasa pertama pembinaan Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan 2. Kos keseluruhan projek berkeluasan 34.863 hektar ini
dianggarkan berjumlah RM43 juta.
107. Program Saringan Pap Smear dan Mamogram secara
percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri telah
mendapat sambutan oleh hampir 4,400 orang wanita.
Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan
memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi
meneruskan program ini sebagai salah satu kaedah
pencegahan terhadap kanser payudara dan kanser
pangkal rahim.
108. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan
sebanyak RM3 juta untuk menubuhkan satu lagi pusat dialisis bagi meringankan beban kewangan penduduk
negeri ini yang mempunyai masalah buah pinggang
untuk menjalani rawatan hemodialisis.
55
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 3 : Menyediakan Kediaman Mampu Milik untuk Rakyat
Nabi Muhammad SAW bersabda mafhumnya,
“Antara perkara yang membahagiakan anak Adam
itu ialah jiran yang baik, kenderaan yang baik dan
tempat tinggal yang selesa.”(Riwayat Ahmad)
109. Berdasarkan petunjuk Nabi Muhammad SAW ini,
Kerajaan Negeri komited bagi memenuhi keperluan
dan permintaan terhadap rumah dalam kalangan rakyat
terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan
sederhana. Rumah adalah salah satu aspek penting
yang menjamin kesejahteraan hidup seseorang.
110. Oleh itu, projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di Tajin, Hulu Terengganu dan Tok Jembal, Kuala Nerus yang dilancarkan pada bulan Julai 2019
melibatkan 410 unit rumah diteruskan pada tahun 2020
dengan peruntukan sebanyak RM14 juta.
56
ucapanBelanjawan 2020
111. Projek perumahan ini juga diteruskan di Tempinis, Besut yang dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan
Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) melibatkan 100 unit rumah. Manakala projek perumahan di Gong Chengal, Kemaman melibatkan 200 unit rumah. Kedua-dua
projek perumahan ini akan mendapat peruntukan
sebanyak RM15.5 juta dan dijangka siap dalam tempoh
dua tahun.
112. Dasar Perumahan Baharu yang mesra pelabur dan patuh
syariah telah kita lancarkan demi mewujudkan lebih
banyak rumah mampu milik untuk rakyat Terengganu
melalui peranan syarikat dan swasta. Bagi tahun 2020,
Kerajaan Negeri menyasarkan 4,000 unit Rumah Mampu Milik akan dibina melalui kerjasama kerajaan
dan swasta.
113. Dasar Perumahan Baharu ini sudah pun berjalan di mana
sebanyak 348 buah rumah mampu milik yang sedang
dibina di Pasir Akar, Besut dan yang akan dibina di Mak Lagam, Kemaman melibatkan 1,959 unit rumah.
57
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 4 : Menjamin Kebahagiaan Keluarga
114. Bagi memudahkan pengurusan keluarga Islam, Kerajaan
Negeri akan membangunkan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan
peruntukan sebanyak RM450 ribu.
115. Program Walimatulurus Perdana yang dianjurkan
oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan
Keluarga (YPK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal
Agama Terengganu (JHEAT) diteruskan dengan
peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Kerajaan Negeri juga
menjemput dan menggalakkan bapa dan ibu tunggal
untuk turut sama menyertai program ini.
116. Sebagai sagu hati atas setiap kelahiran anak
Terengganu, Kerajaan Negeri akan meneruskan Skim Permata Sejahtera yang akan disumbangkan ke akaun
Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan
peruntukan berjumlah RM1 juta.
58
ucapanBelanjawan 2020
117. Bagi menjayakan penubuhan Raudhatul Jannah yang
merupakan pusat transit untuk melindungi golongan
wanita dan kanak-kanak daripada pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi, Kerajaan Negeri
akan mengorak langkah bersama-sama dengan pelbagai
NGO berkaitan untuk menjayakan penubuhan pusat
transit ini.
118. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak
RM100 ribu dengan kerjasama Lembaga Penduduk
dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi
mengadakan Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) di semua taska milik
kerajaan dan swasta yang akan memberikan manfaat
kepada 30,000 kanak-kanak di seluruh negeri ini.
119. Bagi menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan warga
emas agar lebih terurus dan berdikari, Kerajaan
Negeri memperuntukkan sebanyak RM320 ribu untuk
menjalankan aktiviti peringkat komuniti kepada golongan ini.
59
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 5 : Mengupayakan Pelbagai Segmen Masyarakat
120. Dalam memastikan keberkesanan fungsi NGO
kepada masyarakat di Negeri Terengganu, Kerajaan
Negeri memperuntukkan sejumlah RM200 ribu bagi
menyokong pengurusan dan aktiviti NGO termasuk persatuan pesara.
121. Di Negeri Terengganu, terdapat lebih daripada 800 orang
pemandu teksi yang merupakan duta pelancongan
yang penting dalam sektor pengangkutan awam di
negeri ini. Oleh itu, bagi melindungi dan menjaga
kebajikan pemandu teksi, Kerajaan Negeri bersetuju
untuk memperuntukkan sebanyak RM200 ribu sebagai
bantuan Skim Keselamatan Sosial Pemandu Teksi.
122. Mengambil kira sambutan yang sangat baik daripada
para remaja dan belia terhadap Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera yang memberi manfaat kepada 25,000 orang pada tahun 2019, Kerajaan
Negeri akan meneruskan program ini pada tahun 2020.
60
ucapanBelanjawan 2020
Semoga inisiatif ini dapat membantu urusan kehidupan
seharian mereka.
123. Penubuhan Tabung Darul Iman menjadikan
penyelarasan bantuan-bantuan berkaitan penyakit kronik
dan kebajikan sosial lebih sistematik dan efisien. Setakat
hari ini, seramai hampir 6,000 penerima telah mendapat
manfaat setiap tahun. Pada tahun 2020, tabung ini akan
diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM5 juta.
124. Demi memperkasakan perpaduan rakyat masa kini
yang kian terhakis, pelbagai program akan dirangka
bagi memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum.
Sementara itu, aktiviti berbentuk komuniti bersama
masyarakat orang asli juga akan dilaksanakan. Oleh itu,
Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM500 ribu bagi memastikan perpaduan masyarakat di negeri kita
terjamin.
61
ucapanBelanjawan 2020
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 6 : Menambah Baik Infrastruktur & Projek Pembangunan Awam
125. Untuk menghadapi masalah banjir yang berlaku saban
tahun akibat limpahan air sungai dan sistem saliran yang
berkeupayaan rendah, Kerajaan Negeri menyediakan
peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan
Projek Menambah Baik Sistem Perparitan di Chendering, Kuala Terengganu.
126. Perkhidmatan bekalan air bersih juga akan ditambah
baik dengan penggantian paip-paip agihan yang baharu
di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di seluruh
negeri. Sejumlah RM14.8 juta di bawah peruntukan Bekalan Air Negeri disediakan bagi tujuan ini.
127. Sejumlah RM65 juta akan disalurkan menerusi Projek Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Projek Pembangunan skala kecil di peringkat DUN. Ini bagi
memastikan projek pembangunan yang dirancang dapat
dilaksanakan dengan baik ke arah kelestarian kehidupan
sejahtera.
62
ucapanBelanjawan 2020
128. Memahami keperluan masyarakat di Hulu Terengganu
yang memerlukan satu dewan serbaguna untuk
melakukan pelbagai aktiviti, maka kerajaan bersetuju
untuk memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi
membina Dewan Serbaguna Hulu Terengganu yang
mampu menampung kapasiti 3,000 orang.
TERAS 5 : MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN DAN TADBIR URUS NEGERI
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 1 : Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Maklumat
129. Pada era kepantasan maklumat tanpa sempadan dan ditambah dengan kecanggihan pelbagai peralatan serta aplikasi, penyampaian maklumat berkenaan dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri secara tepat, pantas dan komprehensif adalah amat penting. Justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri akan membangunkan studio dan bilik berita TV Darul Iman (TVDI) serta Radio ManisFM dengan peruntukan
berjumlah RM500 ribu.
63
ucapanBelanjawan 2020
130. Bagi mengembangkan fungsi dan peranan UPDI ke
arah menjadikan ia lebih berwibawa sebagai lidah rasmi
Kerajaan Negeri, penubuhan dan pengoperasian UPDI di setiap daerah akan dijayakan dengan peruntukan
sebanyak RM1 juta.
131. Selain itu, diperuntukkan juga sebanyak RM300 ribu bagi
memastikan berita-berita mengenai Negeri Terengganu
mendapat perhatian di akhbar dan portal berita arus perdana serta di media sosial supaya capaian
penerimanya lebih luas.
132. MPKK pula selaku nadi jentera Kerajaan Negeri di
peringkat komuniti perlu diperkasakan dalam aspek
komunikasi massa, kemahiran tadbir urus dan
kemampuan daya kepimpinan. Justeru, Kerajaan Negeri
akan mengadakan kursus komunikasi berkesan dan pembangunan jati diri untuk semua anggota MPKK di
seluruh negeri dengan peruntukan berjumlah RM240 ribu.
64
ucapanBelanjawan 2020
133. Selain itu juga, Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) yang
telah dilancarkan pada Ogos 2019 akan digerakkan
secara berperingkat di kalangan kakitangan dan
pentadbir negeri dengan peruntukan RM2.1 juta. Ini
bagi menjadikan Terengganu sebuah negeri yang
mencapai standard integriti terbaik dan membentuk
“good governance” melalui konsep Amalan Tadbir Urus
Rabbani (ATUR), sekaligus mengukuhkan kepercayaan
dan keyakinan kepada Kerajaan Negeri.
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
Strategi 2 : Menaik Taraf Prasarana Teknologi
134. Bagi memastikan rakyat Negeri Terengganu mendapat
manfaat sepenuhnya daripada kewujudan Internet of
Things (IoT) dan kehadiran teknologi 5G ini, Kerajaan
Negeri memperuntukkan sebanyak RM3.85 juta bagi
menaik taraf Projek Terengganu Wi-Fi dan meluaskan lagi lokasi jalur lebar percuma.
65
ucapanBelanjawan 2020
135. Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) merupakan
usaha untuk membantu masyarakat memperoleh
capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang
yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan. Pada
April 2019 yang lalu, PINTAR Alor Limbat telah
selesai dijenamakan semula dan kembali beroperasi.
Seterusnya, Kerajaan Negeri juga akan menaik taraf 15 buah PINTAR dengan peruntukan sebanyak RM5.6 juta.
PENUTUP
Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,
136. Cabaran sedang menunggu kita di gerbang tahun 2020.
Namun, saya yakin dengan semangat muafakat yang
ada dalam diri rakyat Terengganu, kita akan bersama-
sama membangunkan negeri ini ke arah mencapai
Negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.
137. Setelah pengamalan Budaya Politik Matang dan
Sejahtera dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, kini
66
ucapanBelanjawan 2020
kita sedang menyaksikan kuntuman bunga sedang
harum mekar dalam taman yang dinamakan Muafakat Nasional.
Daratan menghijau langit membiru,
Indahnya alam ciptaan tuhan,
PAS UMNO dahulunya seteru,
Kini kita saling bergandingan.
138. Alhamdulillah, PAS dan UMNO sudah menjalin kerjasama
menerusi Muafakat Nasional untuk membangunkan
negara dan Negeri Terengganu yang kita cintai ini atas
dasar Islam. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan Negeri
berbesar hati mengumumkan penyaluran bantuan am
sebanyak RM250 ribu yang akan diberikan kepada
setiap ADUN bukan kerajaan.
139. Inilah komitmen dan keseriusan pihak Kerajaan Negeri
yang mahu melihat suasana politik di Negeri Terengganu
dan Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan
harmoni. Insya-Allah.
67
ucapanBelanjawan 2020
140. Sebagai mengakhiri ucapan pembentangan Belanjawan
2020, Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada penjawat awam yang
berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Negeri
Terengganu antara negeri yang terbaik di Malaysia.
Sebagai menghargai kerja keras dan kesetiaan penjawat
awam, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan
sumbangan sejahtera kepada penjawat awam negeri
yang berjumlah RM500.
141. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT
melimpahkan lagi rahmat dan keberkatan-Nya ke atas
Negeri Terengganu Darul Iman:
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Walillahil Hamd
Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua,
Saya mohon mencadangkan.
top related