ucapan belanjawanperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · belanjawan 2020...

67
UCAPAN BELANJAWAN 2020 oleh YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR MENTERI BESAR TERENGGANU

Upload: others

Post on 17-Jan-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

UCAPAN

BELANJAWAN 2020

oleh

YANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR

MENTERI BESAR TERENGGANU

Page 2: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

Dicetak oleh:

Syarikat Percetakan Yayasan Islam Terengganu Sdn. Bhd.Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu

Tel: 09-666 8611 / 6652 / 8601 Faks: 09-666 0611 / 0063

YAYASAN ISLAMTERENGGANU SDN. BHD.No. Pendaftaran 144692-D

Syarikat Percetakan

Page 3: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

UCAPAN BELANJAWAN TAHUN 2020

Oleh

YANG AMAT BERHORMATDATO’ SERI DR. AHMAD SAMSURI BIN MOKHTAR

MENTERI BESAR TERENGGANU

KETIKA MEMBENTANG RANG ENAKMEN PERBEKALAN 2020

DI DEWAN UNDANGAN NEGERI TERENGGANU

24 NOVEMBER 2019

“MEMBINA GENERASI TERENGGANU SEJAHTERA”

negeri terengganu darul iman

Page 4: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

4

ucapanBelanjawan 2020

Page 5: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

5

ucapanBelanjawan 2020

MUQADDIMAH

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

PENDAHULUAN

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

1. Marilah kita merafakkan setinggi kesyukuran ke hadrat

Allah SWT atas nikmat dan inayah yang telah dicurahkan

kepada kita semua. Selawat dan salam ke atas junjungan

mulia, Nabi Muhammad SAW. Seterusnya kepada

para sahabat baginda, para tabi’in dan mereka yang

telah berjuang untuk menegakkan Islam sehingga kita

mengecapi kemanisannya pada hari ini.

Page 6: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

6

ucapanBelanjawan 2020

2. Marilah kita menitipkan doa setulus keikhlasan kepada

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan

Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud

Al-Muktafi Billah Shah, Sultan dan Yang Di-Pertuan bagi

Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan

takluknya, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah

Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Semoga Allah

meluaskan kerahmatan, keberkatan dan petunjuk untuk

terus menaungi Negeri Terengganu Darul Iman yang

dikasihi ini.

3. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ahli-

ahli Yang Berhormat, para pegawai dan kakitangan

kerajaan serta para tetamu yang berada di dalam Dewan

Undangan Negeri yang mulia ini. Tidak dilupakan juga

kepada seluruh rakyat yang turut menyaksikan secara

langsung di atas talian untuk bersama-sama mengikuti

pembentangan Belanjawan Negeri Terengganu Tahun

2020.

4. Sebagai pembuka bicara, marilah kita sama-sama

menghayati tugas kita di bumi yang indah ini sebagai

mana firman Allah SWT dalam Surah Al-Baqarah ayat

ke-30.

Page 7: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

7

ucapanBelanjawan 2020

 

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada

Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan

seorang khalifah di bumi.” Mereka bertanya (tentang

hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah

Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu

orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan

darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa

bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”.

Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan

apa yang kamu tidak mengetahuinya.”

Page 8: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

8

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Menanam anggur di Daerah Marang,

Pemandangan indah udaranya nyaman,

Minta sabar dan minta bertenang,

Belanjawan 2020 saya bentangkan.

5. Sesungguhnya Negeri Terengganu Darul Iman ini telah

dikurniakan oleh Allah SWT dengan pelbagai khazanah

alam di daratan dan di lautan. Segenap pemberian

yang dianugerahkan ini mesti digembleng selari dengan

kehendak-Nya supaya seluruh manusia dan makhluk

yang lain merasai kemakmurannya. Justeru, KERAJAAN dan RAKYAT mestilah menggalas tanggungjawab

bersama.

6. MASA HADAPAN Negeri Terengganu yang mahu kita

lakarkan di atas kanvas kehidupan adalah indah sekali.

Rakyat yang menjiwai hidup bertuhan, menghayati

amalan keagamaan. Rakyat yang merasa aman, bebas

daripada kesengsaraan. Rakyat yang mengikat tali

Page 9: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

9

ucapanBelanjawan 2020

persaudaraan, benci kepada perpecahan. Rakyat yang

mencintai ilmu dan pendidikan, menghindari kejahilan.

Rakyat yang bersyukur dengan kecukupan, menjauhi

kekufuran. Rakyat yang sihat tubuh badan, menghijaukan

persekitaran.

7. Saya sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar memberi

taufik dan hidayah kepada kita semua, seluruh rakyat

Negeri Terengganu untuk menjayakan peta perancangan

ini. Insya-Allah.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

8. Saya mohon untuk membentangkan di dewan ini

Enakmen Perbekalan Tahun 2020 bagi menggunakan

sejumlah wang dari Kumpulan Wang Disatukan untuk

membiayai Perbelanjaan Bekalan, Perkhidmatan dan

Pembangunan Negeri pada tahun 2020. Pembentangan

lengkap dan perincian peruntukan Belanjawan 2020

ini terkandung dalam Buku Belanjawan Terengganu Tahun 2020.

Page 10: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

10

ucapanBelanjawan 2020

9. Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif sedia ada

yang telah dan sedang dilaksanakan, dengan melakukan

perubahan untuk disesuaikan dengan kekangan

kewangan negeri yang memuncak pada tahun 2020.

Manakala pembentangan pada hari ini memfokuskan

kepada sebahagian perkara-perkara baharu dan tertentu

yang ingin dilaksanakan pada tahun 2020.

10. Belanjawan Negeri Terengganu 2020 dirangka

berasaskan kepada perancangan negeri dan kepentingan

rakyat, di mana Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif

menganjurkan bengkel Cadangan Belanjawan Rakyat

Terengganu (CBRT) di setiap daerah dan melancarkan

laman sesawang e-CBRT. Ini merupakan saluran penting

bagi mengumpul cadangan daripada semua pemegang

taruh (stakeholders) yang berkaitan.

11. Susulan itu, sebanyak 1,367 cadangan telah

diperhalusi dalam Retreat Belanjawan 2020 Negeri

Terengganu bersama dengan agensi-agensi kerajaan

dan diterjemahkan mengikut keutamaan dalam

belanjawan kali ini. Hasilnya, 132 cadangan telah dipilih

untuk dilaksanakan dalam Belanjawan 2020 Negeri

Terengganu.

Page 11: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

11

ucapanBelanjawan 2020

PRESTASI DAN PROSPEK EKONOMI

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

12. Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

global berada pada tahap yang sederhana sekitar

3.2% pada Suku Kedua tahun 2019. Ia dipengaruhi

oleh kelembapan ekonomi beberapa buah negara maju

seperti Amerika Syarikat (2.3%), Jepun (1.2%), Kesatuan

Eropah (1.1%) dan United Kingdom (1.2%). Perang

perdagangan Amerika Syarikat yang menghadapi krisis

bersama Iran dan China, ketidaktentuan gerakan Brexit

yang masih berterusan dan krisis hutang Argentina

dengan International Monetary Fund menyebabkan

ekonomi global akan berhadapan dengan ‘serious risk

recession’ yang pertama sejak 10 tahun yang lalu.

13. Namun, indikator ekonomi negara menunjukkan

Malaysia masih berdaya tahan dan dijangka mencatatkan

pertumbuhan sederhana sekitar 4.7% pada tahun 2019.

Penggunaan swasta kekal menjadi pemacu utama

pertumbuhan. Sementara itu, pertumbuhan ekonomi

Page 12: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

12

ucapanBelanjawan 2020

Terengganu juga berada pada kadar yang perlahan iaitu

2.5% pada tahun 2018. Walau bagaimanapun, KDNK

per kapita bagi Negeri Terengganu telah meningkat

daripada RM29,855 pada tahun 2018 kepada RM30,216

pada tahun 2019.

14. Kerajaan Negeri memikul bebanan kewangan yang agak

besar setelah Jemaah Menteri membuat keputusan

drastik dengan memotong 25% amaun Bayaran Tunai

Petroleum (BTP) mulai tahun 2019 sebagai pembayaran

semula hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan

Persekutuan. Walaupun tindakan secara paksa ini telah

menyusutkan hutang Kerajaan Negeri Terengganu pada

nilai RM425 juta, tetapi ianya telah memberikan tekanan

terhadap kedudukan kewangan negeri. Tambahan

pula, kaedah pembayaran paksa ini akan melibatkan

baki hutang yang belum cukup tempoh matang

pembayarannya oleh Kerajaan Negeri. Pada masa yang

sama, Kerajaan Negeri juga mempunyai komitmen wajib

bagi pembayaran tertangguh dan berjadual berjumlah

RM403.48 juta sepanjang tahun 2020. Insya-Allah,

kesukaran yang akan kita semua hadapi tahun 2020 ini

Page 13: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

13

ucapanBelanjawan 2020

akan berkurang pada tahun 2021 nanti setelah semua

bayaran hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan

Persekutuan sepenuhnya selesai pada tahun 2020 ini.

15. Komitmen wajib ini melibatkan dua (2) projek keutamaan

daripada pembayaran tertangguh (deferred payment)

iaitu Kerja-Kerja Membaik Pulih dan Menaik Taraf Loji

Rawatan Air di Bukit Sah, Kemaman dan Skim Bekalan

Air Kuala Terengganu Utara. Manakala, empat (4)

projek keutamaan daripada pembayaran berjadual

(scheduled payment) adalah Pembangunan Pusat

Pentadbiran Daerah Kuala Nerus, Pembangunan Muara

Sungai Terengganu, Asrama Atlet Majlis Sukan Negeri

Terengganu dan Pembangunan Bandar Baru Kijal Fasa

2.

16. Ironinya, Kerajaan Persekutuan juga masih berhutang

dengan Kerajaan Negeri sebanyak RM1.431 bilion

sebagaimana yang dinyatakan di dalam surat

Kementerian Kewangan pada Mac 2018 untuk

pembinaan Lebuh Raya Pantai Timur 2. Kita berharap

pembayaran hutang tersebut juga dapat dilangsaikan

oleh Kerajaan Persekutuan kepada Kerajaan Negeri

dengan kadar yang segera.

Page 14: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

14

ucapanBelanjawan 2020

17. Belanjawan Persekutuan 2020 yang diumumkan

pada 11 Oktober 2019 di Dewan Rakyat lalu tidak

memperuntukkan projek mega sebagai ‘catalyst’ untuk

memangkin perkembangan ekonomi Terengganu.

Namun, kita tidak akan kecewa, sebaliknya akan

berusaha lebih kuat untuk memakmurkan negeri yang

disayangi ini.

18. Kerajaan Negeri juga tetap optimis untuk menjalinkan

hubungan yang baik dengan Kerajaan Persekutuan

bahkan akan terus memperkukuhkannya demi

kepentingan rakyat dan kemajuan negeri. Konsep

Federalisme akan terus diperkasakan agar agihan

kemajuan dan infrastruktur di Negeri Terengganu dapat

dibangunkan seiring dengan negeri maju yang lain.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri akan terus

berusaha menerusi perbincangan dan perundingan

dengan agensi-agensi Kerajaan Pusat, Kementerian

dan Jabatan-Jabatan untuk memperolehi manfaat dari

Rancangan Malaysia ke-12 dan matlamat daripada

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Page 15: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

15

ucapanBelanjawan 2020

PERUNTUKAN BELANJAWAN 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Anggaran Belanjawan Kerajaan Negeri Terengganu 2020

19. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri telah menyediakan

dasar pengurusan bajet defisit 10% iaitu sebanyak

RM166 juta. Anggaran Perbelanjaan Mengurus dianggarkan sebanyak RM1.832 bilion berbanding

Anggaran Hasil yang bakal diperolehi sebanyak

RM1.666 bilion. Daripada jumlah Anggaran Hasil

tersebut, 85.41% adalah daripada Pemberian Kerajaan Persekutuan.

20. Bagi melaksanakan Belanjawan Tahun 2020, Kerajaan

mencadangkan peruntukan sebanyak RM1.832 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus, RM700 juta untuk

Perbelanjaan Pembangunan dan RM1.63 juta untuk

Kumpulan Wang Bekalan Air.

Page 16: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

16

ucapanBelanjawan 2020

21. Pendapatan daripada Hasil Cukai adalah sebanyak

RM66.93 juta, Hasil Bukan Cukai sebanyak RM170.37 juta dan Terimaan Bukan Hasil sebanyak RM1.43 bilion.

22. Bagi melaksanakan strategi Belanjawan Tahun

2020, Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan

sejumlah RM1.832 bilion untuk Perbelanjaan Mengurus. Daripada jumlah ini, sebanyak RM86.83 juta diperuntukkan bagi Perbelanjaan Tanggungan

sebagaimana yang diperuntukkan oleh undang-undang

dan sejumlah RM1.745 bilion untuk Perbelanjaan Bekalan.

23. Di bawah Perbelanjaan Bekalan pula sebanyak

RM277.59 juta untuk Emolumen, RM207.15 juta untuk

Perkhidmatan dan Bekalan, RM28.52 juta untuk Aset, RM1.23 bilion diperuntukkan untuk Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap dan RM1.16 juta untuk Lain-Lain Perbelanjaan.

24. Di bawah komponen Pemberian dan Kenaan Bayaran Tetap, sejumlah RM500 juta akan dicarumkan kepada

Page 17: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

17

ucapanBelanjawan 2020

Kumpulan Wang Pembangunan bagi menampung

baki semasa sehingga 31 Oktober 2019 iaitu berjumlah

defisit RM671 juta. Peruntukan ini adalah bagi tujuan

melaksanakan projek-projek pembangunan. Sebanyak

RM215 juta juga diperuntukkan bagi pemberian kepada

Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun dan pelbagai Agensi, RM145 juta bagi pemberian kepada

Jabatan-Jabatan Kerajaan dan RM370 juta bagi

pelbagai program di bawah kawalan Pejabat Setiausaha Kerajaan Vot B32 - Pelbagai Perkhidmatan.

25. Dari segi agihan di bawah Perbelanjaan Pembangunan,

sebanyak RM618.49 juta (88%) diperuntukkan untuk

Pembangunan Sosial merangkumi sektor Pendidikan,

Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pembangunan

Bandar & Luar Bandar, Sukan dan Perumahan. Sebanyak

RM40 juta (6%) pula diperuntukkan untuk Pentadbiran merangkumi Teknologi Maklumat, Pentadbiran Am,

Projek Khas dan Projek Penting Luar Jangka dan

sebanyak RM41.6 juta (6%) untuk Ekonomi merangkumi

Pertanian, Pelancongan dan Industri termasuk IKS.

Page 18: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

18

ucapanBelanjawan 2020

26. Setelah mengambil kira semua aspek di atas, izinkan

saya membentangkan Belanjawan 2020 bagi Negeri

Terengganu yang bertemakan “MEMBINA GENERASI TERENGGANU SEJAHTERA”. Belanjawan ini akan

didokong oleh lima (5) teras utama dan diperkukuhkan

dengan 25 strategi dan 134 inisiatif. Lima (5) teras utama

tersebut adalah:

Teras Pertama : Memartabatkan Pelaksanaan Islam

Teras Kedua : Menjana Pertumbuhan Ekonomi

Teras Ketiga : Membangun Modal Insan

Teras Keempat : Melestari Kehidupan Sejahtera

Teras Kelima : Memantapkan Penyampaian dan Tadbir Urus Negeri

Page 19: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

19

ucapanBelanjawan 2020

TERAS 1 : MEMARTABATKAN PELAKSANAAN ISLAM

Utaranya Besut, selatannya Kemaman,

Timurnya laut, baratnya hutan,

al-Quran bukan sekadar bacaan,

Suatu petunjuk panduan berkerajaan.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 1 : Merancakkan Program Keagamaan dan Penghayatan Syariat Islam

27. Sejarah Batu Bersurat pada tahun 1303 Masihi dan

penggubalan undang-undang tubuh Kerajaan Negeri,

Itqan Al-Muluk bi Ta’dil As-Suluk pada tahun 1911

membuktikan bahawa Islam sudah terpahat erat

dalam denyut nadi rakyat. Usaha penghayatan dan

memartabatkan Islam ini diteruskan oleh Kerajaan Negeri

Terengganu pada awal tahun 2000 dengan penggubalan

dan pindaan Enakmen Undang-Undang Syariah Islam.

Page 20: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

20

ucapanBelanjawan 2020

28. Lantaran itu, bagi meneruskan kesinambungan

pelaksanaan syariah dalam segenap aspek kehidupan

rakyat, Kerajaan Negeri dalam proses akhir menyediakan

beberapa polisi dan garis panduan patuh syariah seperti

Garis Panduan Hiburan, Pelancongan, Sukan, Persembahan Kebudayaan dan Kerajaan Tempatan.

29. Selari dengan penggubalan undang-undang dan

penguatkuasaan peraturan, Kerajaan Negeri juga

berusaha menyemarakkan penghayatan syariat Islam

dalam semua lapisan masyarakat di setiap DUN melalui

pelbagai aktiviti dan program yang bersesuaian seperti

Klinik Hukum Agama, Taman Syurga di Pasar, Tautan

Mahabbah Wanita dan Aktiviti Pelaksanaan Syariat iaitu

Skuad Amar Makruf Nahi Mungkar. Bagi menjayakan

agenda ini sebanyak RM1.9 juta diperuntukkan.

30. Pada bulan Ramadan yang lalu, Kerajaan Negeri telah

berjaya melaksanakan Program Madinah Ramadan

selama sebulan di Padang Taman Awam Batu Buruk,

Kuala Terengganu. Program ini telah memberi manfaat

kepada ribuan pengunjung yang datang dan dihidangkan

dengan pelbagai pengisian seperti iftar perdana, solat

Page 21: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

21

ucapanBelanjawan 2020

tarawih berjemaah, tazkirah, bicara ilmu dan fiqh wanita.

Menyedari akan kepentingan program ini, Kerajaan

Negeri telah bersetuju untuk meneruskan Program

Madinah Ramadan pada tahun 2020. Selain itu, Kerajaan

Negeri juga akan meneruskan Bantuan Berbuka Puasa kepada seluruh masjid dan surau di Negeri Terengganu.

Justeru itu, bagi merealisasikan hasrat ini sebanyak

RM2.05 juta diperuntukkan.

31. Bagi memastikan semua kelompok masyarakat dapat

meningkatkan kefahaman Islam, pihak Kerajaan

Negeri akan membangunkan Modul Itqan Insani yang

menggabungkan aspek fizikal, intelektual dan spiritual

yang melibatkan pelajar sekolah, belia, MPKK, penjawat

awam dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan

untuk memahami dasar-dasar Islam yang dibawa oleh

Kerajaan Negeri.

Page 22: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

22

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 2 : Menyemarakkan Kecintaan Terhadap al-Quran

32. Menyedari peri penting penghayatan al-Quran dalam

sistem pendidikan, Kerajaan Negeri berhasrat untuk

melahirkan lebih ramai lagi rakyat yang mencintai

dan celik al-Quran. Justeru, bagi Program Skim Mus’ab Bin Umair, Kerajaan Negeri bercadang untuk

menambahkan peruntukan pada tahun 2020 kepada

RM7.85 juta. Peruntukan ini dijangka akan memberikan

manfaat kepada 1,924 guru al-Quran di seluruh Negeri

Terengganu.

33. Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan Program Kembara Menghayati al-Quran bersama Dai di

samping akan meneruskan pemberian sagu hati atau

elaun khas kepada guru agama dan tokoh ulama.

Page 23: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

23

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 3 : Mengembangkan Dakwah Islam

34. Memahami bahawa dakwah itu merupakan satu tuntutan,

pada tahun 2019 Kerajaan Negeri telah menubuhkan

Akademi Didik Ulama Amilin Terengganu (DUAT) sebagai agensi yang akan bertanggungjawab melatih

para pendakwah dan merangka program-program

pembangunan dakwah seiring dengan hasrat Terengganu

Maju, Berkat dan Sejahtera.

35. Kerajaan Negeri juga akan menubuhkan Pusat Dakwah Ummah yang pertama di Pulau Redang yang

akan dibangunkan bagi melahirkan pendakwah dan

mewujudkan masyarakat yang cintakan ilmu dan celik

agama di kalangan penduduk setempat. Sasaran utama

pelatih Pusat Dakwah Ummah adalah anak-anak remaja

Pulau Redang dan Pulau Perhentian yang berusia

13-18 tahun. Sekaligus, menjadikan kedua-dua pulau ini

sebagai lokasi Pelancongan Islam.

Page 24: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

24

ucapanBelanjawan 2020

36. Di samping itu, Kerajaan Negeri akan mewujudkan

Program Smart Ukhuwwah sebagai platform

menyantuni golongan bukan Islam. Program ini adalah

bertujuan untuk merapatkan jurang antara kaum. Program

ini juga akan menjadi wadah untuk menyampaikan mesej

perpaduan sekaligus menjadikan bumi Terengganu

sentosa sejahtera.

37. Bagi menambah nilai dan kualiti para pendakwah,

Kerajaan Negeri bercadang untuk mengadakan

Himpunan Pendakwah Nusantara dan Ijtima’ Sukarelawan Dakwah yang melibatkan pendakwah dari

dalam dan luar negara.

38. Media sosial telah menjadi sumber rujukan bagi

kebanyakan rakyat. Menyedari perkembangan ini,

Kerajaan Negeri berhasrat untuk memanfaatkan saluran

ini demi kepentingan dakwah. Oleh itu, satu Program Dakwah Kreatif akan dilancarkan untuk melahirkan para

pendakwah maya yang mampu untuk membangunkan

kandungan dakwah kreatif. Program ini adalah kerjasama

dengan Urus Setia Penerangan Darul Iman dan pihak

Page 25: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

25

ucapanBelanjawan 2020

TD1303. Demi menyokong usaha dakwah ini, sebanyak

RM1.8 juta diperuntukkan.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 4 : Mengimarahkan Institusi Masjid

39. Masjid bukan sekadar syiar bahkan jantung, hati

dan nadi ummah. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri

akan memperuntukkan sebanyak RM17.5 juta untuk

membina empat (4) buah masjid baharu di beberapa

lokasi terpilih seluruh Negeri Terengganu.

40. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan

sebanyak RM4 juta untuk kerja-kerja membaik pulih dan menyelenggara masjid sedia ada. Manakala,

kos sebanyak RM2 juta akan diperuntukkan untuk

membaik pulih Masjid Pulau Perhentian di Besut bagi

kemudahan rakyat di sana.

41. Di samping pembangunan fizikal masjid, Kerajaan

Negeri juga menyediakan Bantuan Pengurusan

Page 26: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

26

ucapanBelanjawan 2020

Jawatankuasa Masjid yang berjumlah RM1.01 juta

melalui Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT).

Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan kecekapan

pengurusan 514 buah masjid yang ada di seluruh Negeri

Terengganu.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 5 : Membangunkan Institusi Pendidikan Islam

42. Kerajaan Negeri akan menubuhkan Pusat Tafaqquh Fi Din Tok Syeikh Duyung yang berkonsepkan

Edu-Tourism di Taman Tamadun Islam yang akan

dibangunkan dengan seni bina kayu tradisional

Terengganu. Pondok ini akan menjadi pusat bagi

melahirkan ulama serta guru yang mampu menguasai

Kitab Turath. Selain itu, pusat ini juga akan menjadi

pusat pengajian lanjutan kepada pelajar lepasan

madrasah moden, Pondok Darul Iman serta pusat

pengajian pondok serata tanah air. Diharap penubuhan

pusat ini dapat mengembalikan semula kegemilangan

Terengganu sebagai pusat ilmu Serambi Madinah. Bagi

tujuan ini, sebanyak RM6 juta diperuntukkan.

Page 27: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

27

ucapanBelanjawan 2020

43. Bagi mengembangkan Pusat Pendidikan Islam dan

meningkatkan kualiti pengurusannya, Kerajaan Negeri

telah bersetuju menambah peruntukan daripada RM3

juta pada tahun 2019 kepada RM5 juta pada tahun 2020

bagi bantuan per kapita kepada sekolah pondok, tahfiz, sekolah agama rakyat dan pusat pendidikan yang berdaftar dengan Jabatan Hal Ehwal Agama

Terengganu (JHEAT).

44. Manakala, bagi institusi pendidikan di bawah Kerajaan

Negeri, pada tahun 2019, Kerajaan Negeri telah

menubuhkan enam (6) buah Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) melibatkan 290 orang pelajar di Ajil,

Pengkalan Berangan, Bukit Besi, Wakaf Mempelam, Kota

Putera dan Buluh Gading. Bagi tahun 2020, sebanyak

tiga (3) buah SRIDI yang baharu akan ditubuhkan di Kijal,

Paka dan Permaisuri dengan anggaran kos keseluruhan

RM3.52 juta.

45. Adapun di peringkat pendidikan menengah, Kerajaan

Negeri telah menyasarkan penubuhan sebuah Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) yang pertama di

Page 28: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

28

ucapanBelanjawan 2020

Terengganu. SMIDI ini akan ditubuhkan di Daerah Hulu

Terengganu dengan peruntukan sebanyak RM30 juta.

46. Lanjutan itu, bagi melengkapkan tahap pendidikan Islam

di Negeri Terengganu bermula dari tahap pendidikan

rendah sehingga tahap tertiari, maka Pihak Kerajaan

Negeri memperuntukkan sebanyak RM5 juta sebagai

kerja-kerja awal dalam menubuhkan Kolej Universiti Quran Terengganu. Dalam masa yang sama, Kerajaan

Negeri juga akan memperkenalkan konsep wakaf

pendidikan bagi merealisasikan penubuhan kolej ini.

TERAS 2 : MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMI

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 1 : Mengukuhkan Industri Agrikultur

47. Agrikultur merupakan sektor ekonomi yang diceburi

oleh majoriti rakyat Terengganu. Sektor yang menjana

sumber makanan ini menyumbang 8.2% daripada

Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Meskipun kita

berhadapan dengan gelombang Revolusi Industri 4.0

Page 29: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

29

ucapanBelanjawan 2020

dan era transformasi ekonomi digital, namun Kerajaan

Negeri tetap memberikan fokus utama kepada sektor

pertanian dengan menyalurkan peruntukan berjumlah

RM8 juta.

48. Peruntukan ini bertujuan untuk mengembangkan

industri berkaitan agrikultur, agroternak, akuakultur serta industri asas tani bagi menjamin sekuriti

bekalan makanan, menghasilkan peluang pekerjaan,

meningkatkan pendapatan rakyat dan mempelbagaikan

sumber pertanian baharu dengan memanfaatkan

teknologi terbaharu.

49. Terengganu mempunyai lebih kurang 12 ribu hektar

kawasan tanaman padi dengan 5,323 hektar berada di

dalam kawasan jelapang padi manakala bakinya berada

di luar jelapang padi dengan kemampuan pengeluaran

beras hanya 5,000 tan metrik setahun atau 53% daripada

keperluan sebenar beras Terengganu. Pengeluaran

hasil padi perlu mencapai 10,000 tan metrik setahun

secara konsisten untuk mencukupkan kadar sara diri

(self sufficient level) pengeluaran padi di Terengganu.

Page 30: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

30

ucapanBelanjawan 2020

50. Oleh itu, Kerajaan Negeri akan menaik taraf sistem

pengairan dan saliran sawah padi di luar jelapang agar

penanaman padi dua (2) kali setahun dapat dilaksanakan

serta masalah pengairan yang dihadapi pesawah padi di

luar jelapang dapat diatasi.

51. Kerajaan Negeri juga akan meneruskan projek

pembangunan Kompleks Pertanian Ajil dan Kompleks Pertanian Sekayu. Selain itu, Bantuan Mekanisasi Pertanian turut diberikan seperti blower, pam racun,

pam air dan jentera pembajak. Semua perkara ini akan

dilaksanakan dengan peruntukan sebanyak RM1.2 juta.

52. Bagi meningkatkan pengeluaran hasil pertanian,

Kerajaan Negeri akan melaksanakan projek transformasi sistem tanaman tradisional kepada tanaman fertigasi. Projek-projek pembangunan penanaman seperti cendawan, sayur dan buah-buahan

juga akan dilaksanakan. Bantuan tampungan harga untuk

pembelian duku serta industri madu turut tidak diabaikan.

Bagi menjayakan semua perkara di atas, maka Kerajaan

Negeri akan memperuntukkan sebanyak RM1.05 juta. Sukacita dimaklumkan bahawa Kerajaan Negeri dengan

Page 31: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

31

ucapanBelanjawan 2020

kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam

Sekitar dan Perubahan Iklim telah menubuhkan Hab

Pengembangan dan Pemprosesan Cendawan (HPPC)

yang pertama di Malaysia bertempat di Kampung

Tempinis, Jabi dalam rangka untuk memperkasakan lagi

industri cendawan.

53. Sebagai rekod, sejak dilancarkan pada 29 Januari

2019 sehingga bulan September 2019, sebanyak 118

permohonan telah diluluskan melalui Skim Bantuan Modal Tani (SBMT) meliputi pelbagai bidang perusahaan

dalam sektor pertanian, perikanan, penternakan

dan industri asas tani dengan jumlah keseluruhan

mencecah RM2.46 juta. Ekoran sambutan hangat dan

menggalakkan daripada pelbagai lapisan rakyat, masih

banyak lagi berbaki permohonan SBMT bagi tahun 2019

yang sedang diproses oleh Jawatankuasa Induk SBMT

berjumlah kira-kira RM1.46 juta. Melihat keberkesanan

SBMT dalam membantu rakyat menyelesaikan masalah

modal untuk menceburi sektor pertanian, maka Kerajaan

Negeri akan terus memperuntukkan skim pinjaman patuh

syariah tanpa faedah ini dengan jumlah sebanyak RM5 juta pada tahun 2020.

Page 32: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

32

ucapanBelanjawan 2020

54. Memahami akan bebanan dan ancaman yang dihadapi oleh para petani dan nelayan ketika musim tengkujuh, Kerajaan Negeri akan mewujudkan Tabung Bencana Petani bagi meringankan bebanan tersebut. Sebanyak RM500 ribu akan diperuntukkan untuk tabung ini.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 2 : Mengembangkan Sektor Agroternak

55. Dua (2) fokus utama akan diberikan untuk mengembangkan sektor penternakan di Terengganu. Pertama, menaik taraf infrastruktur penternakan seperti Ladang Informasi Veterinar Terengganu, Ladang Integrasi Veterinar Dungun, Projek Homplot Rakyat, Pasar Ternakan, Padang Ragut Awam dan Pusat Pemprosesan Arnab. Sejumlah RM2.6 juta diperuntukkan untuk menyiapkan semua infrastruktur tersebut.

56. Fokus yang kedua pula ialah membangunkan projek penternakan seperti projek hab penternakan lembu sado, lembu tenusu, projek kambing komersial, kambing

Page 33: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

33

ucapanBelanjawan 2020

tenusu, arnab pedaging dan unggas. Semua projek

tersebut akan diperuntukkan sebanyak RM1.25 juta.

57. Selain itu, projek transformasi ternakan yang memfokuskan kepada menaik taraf projek penternakan skala kecil dan sederhana ke arah yang lebih berdaya saing akan turut dilaksanakan. Kerajaan Negeri mahu kesemua projek agroternak ini akan memberikan manfaat kepada rakyat Terengganu selaras dengan slogan ‘Mu Buat Kami Bantu’.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 3 : Memperkaya Sektor Akuakultur

58. Kerajaan Negeri akan memberi tumpuan untuk memperkaya sumber perikanan. Pada tahun 2019, sebanyak 50 unjam tiruan dan 23 unit tukun seberat 15 tan telah dilabuhkan di sekitar perairan Terengganu. Tukun tiruan yang dilabuhkan ini disamping menjadi ‘rumah ikan’ yang akan memperkayakan lagi sumber perikanan, ia juga mampu menjadi penampang kepada pencerobohan pukat tunda. Justeru, pada tahun 2020, lebih banyak unjam dan tukun tiruan akan dilabuhkan.

Page 34: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

34

ucapanBelanjawan 2020

59. Manakala, bantuan benih ikan akan disalurkan kepada penternak kecil untuk meningkatkan tahap pengeluaran

mereka. Sebagai tambahan, benih ikan juga akan terus

dilepaskan ke perairan umum demi memperkayakan

sumber perikanan yang menjadi rezeki kepada nelayan

darat.

60. Kerajaan Negeri juga akan memberi bantuan kepada

para nelayan untuk membeli pukat dan bubu. Di

samping itu, bagi meningkatkan kemahiran kepada

para pemain sektor akuakultur, maka program seperti

kursus, seminar dan latihan kemahiran berterusan

akan dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Semua aktiviti

akuakultur ini akan diperuntukkan sebanyak RM1 juta.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 4 : Menggalakkan Pelaburan, Memantapkan Perdagangan

61. Kerjasama erat antara East Coast Economic Region

Development Council (ECERDC) dan Kerajaan Negeri

Terengganu juga telah merealisasikan pelaburan swasta

Page 35: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

35

ucapanBelanjawan 2020

berjumlah RM3.59 bilion sepanjang 2019; iaitu 12

syarikat di sektor pembuatan, masing-masing satu (1)

syarikat di sektor pertanian, pendidikan dan minyak &

gas; tiga (3) syarikat di sektor perkhidmatan dan tujuh

(7) syarikat di sektor pelancongan dan hartanah.

62. Kerajaan Negeri juga telah menawarkan insentif-

insentif pelaburan yang menarik seperti diskaun ke atas

premium tanah antara 10% hingga 50%, pembayaran

premium tanah secara ansuran selama setahun dan

rebat 30% ke atas premium tanah bagi pelabur yang

melaksanakan projek dalam tempoh yang ditetapkan.

Dengan ini, Kerajaan Negeri akan terus berusaha

untuk meningkatkan lagi promosi pelaburan di Negeri

Terengganu dengan kerjasama agensi–agensi yang

berkenaan.

63. Infrastruktur di kawasan perindustrian akan dinaik

taraf dengan peruntukan sebanyak RM2 juta. Beberapa

kawasan perindustrian akan mendapat manfaat

antaranya Kawasan Perindustrian Perasing, Bukit

Labohan, Kerteh, Kawasan Perindustrian Wakaf Tapai

dan Kawasan Perindustrian Batu 7, Dungun.

Page 36: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

36

ucapanBelanjawan 2020

64. Kerajaan Negeri juga ingin berterima kasih kepada

Kerajaan Persekutuan yang akan meneruskan projek-

projek ECERDC seperti Taman Biopolimer Kerteh Fasa

2 & 3, Pembangunan Pusat Bandar Kuala Terengganu

(KTCC) dan Pembinaan Jalan dari Lapangan Terbang

Sultan Mahmud Kuala Terengganu ke KTCC.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 5 : Merancakkan Pelancongan dan Kebudayaan

65. Negeri Terengganu sememangnya berpotensi dan

terkenal dengan anugerah khazanah alam semulajadi,

seni, budaya dan warisan yang mengandungi

kepelbagaian produk dan destinasi pelancongan.

Ini menjadikan Negeri Terengganu antara destinasi

pelancongan utama negara yang menyaksikan

peningkatan kehadiran pelancong sebanyak 9.8% dalam

tempoh Januari hingga Ogos tahun 2019 berbanding

tempoh yang sama pada tahun 2018.

Page 37: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

37

ucapanBelanjawan 2020

66. Kerajaan Negeri juga akan mempromosikan pelancongan dengan lebih agresif dan berimpak

tinggi menerusi pelbagai saluran domestik serta

antarabangsa. Untuk tujuan itu, sejumlah RM4.5 juta

akan diperuntukkan.

67. Kerajaan Negeri juga optimis dengan potensi ekonomi

sektor pelancongan dengan menganjurkan acara

berprestij yang berkonsepkan keunikan Negeri

Terengganu. Pelbagai ‘signature events’ akan dirangka

dengan partisipasi masyarakat setempat. Kerajaan

Negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi

penganjuran acara sehingga ke taraf antarabangsa.

68. Pulau Bidong yang turut dikenali sebagai “The Little

Saigon” merupakan khazanah warisan sejarah Negeri

Terengganu. Peninggalan sejarah ini akan dimajukan

dan dijadikan sebagai salah satu produk pelancongan

budaya (Culture Tourism) dengan peruntukan RM1 juta.

69. Kita patut berbangga kerana Tasik Kenyir mendapat

pengiktirafan tasik buatan manusia terbesar di Asia

Tenggara yang mencatatkan kehadiran pelancong

Page 38: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

38

ucapanBelanjawan 2020

sebanyak 776 ribu orang pada tahun 2018. Dengan

keluasan 260 kilometer persegi, Tasik Kenyir

menempatkan lebih 380 buah pulau dan lebih 14 buah

air terjun dan jeram. Tasik ini juga boleh diisytiharkan

sebagai “Kenyir Hornbills Valley” kerana 10 daripada

12 spesies burung kenyalang telah ditemui. Lantas, bagi

meningkatkan mutu pengurusan di tasik ini sebanyak

RM3 juta telah diperuntukkan.

70. Selain daripada meneruskan Program Pekan Budaya, Kerajaan Negeri juga turut mengambil inisiatif baharu

dengan mewujudkan sebuah Perkampungan Budaya

di perkarangan Muzium Negeri sebagai salah satu pakej

warisan (heritage trail) yang boleh dilawati oleh pelancong

yang berkunjung ke Negeri Terengganu. Kerajaan Negeri

yakin dengan inisiatif yang diperuntukkan sebanyak

RM1 juta ini akan dapat terus mengekalkan identiti dan

warisan serta budaya masyarakat Negeri Terengganu.

71. Sebagai insentif untuk memastikan segala perancangan

aktiviti pelancongan dan kebudayaan berjalan dengan

lancar, maka Kerajaan Negeri akan memperuntukkan

sejumlah RM1 juta kepada badan pengurusan

Page 39: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

39

ucapanBelanjawan 2020

rasmi pelancongan dan kebudayaan. Insentif ini

akan meningkatkan produktiviti secara optimum dan

mampu mempotretkan Terengganu sebagaimana

yang diungkapkan “negeri cantik, budaya menarik, orangnya baik-baik”.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 6 : Menyediakan Latihan Keusahawanan dan Kemahiran Perniagaan

72. Menurut buku Tinjauan Ekonomi 2020 yang diterbitkan

oleh Kementerian Kewangan Malaysia, antara punca

pengangguran adalah disebabkan kekurangan kemahiran

interpersonal dan ketidakpadanan antara kemahiran

yang diperlukan oleh industri dengan kelayakan yang

diperoleh oleh graduan.

73. Oleh itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah

RM1.9 juta bagi meningkatkan kemahiran rakyat.

Salah satu inisiatif yang ditawarkan oleh Kerajaan

Negeri adalah Program Keusahawanan Digital (Zero to Hero) yang akan melatih rakyat Negeri Terengganu

Page 40: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

40

ucapanBelanjawan 2020

untuk menceburkan diri dalam bidang keusahawanan

sebagai salah satu sumber pendapatan. Program ini

akan dilaksanakan oleh pihak TD1303 dan Yayasan

Pembangunan Usahawan.

74. Kerajaan Negeri juga akan menganjurkan pelbagai

aktiviti bermanfaat untuk membantu usahawan seperti

klinik usahawan, latihan start-up perniagaan dan latihan

pengembangan perniagaan. Bagi tujuan mempromosikan

produk usahawan pula, program Halal Fest, Minggu

PKS, Malaysian Festival, Terengganu Showcase dan

Ekspo Usahawan akan turut dianjurkan.

75. Bagi menjenamakan dan mempromosikan usahawan

Food Truck di Negeri Terengganu, Kerajaan Negeri

akan memperuntukkan sebanyak RM150 ribu untuk

menyediakan Hot Spot Food Truck di kawasan yang

terpilih.

76. Selari dengan manifesto PRU Ke-14 yang lalu,

Kerajaan Negeri menyediakan dana yang berjumlah

RM10 juta dalam Tabung Usahawan Sejahtera (TUGAS) pada tahun 2019. Tabung ini melibatkan Skim

Page 41: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

41

ucapanBelanjawan 2020

Pembiayaan Peningkatan Perniagaan Terengganu

(SP3T), Tabung Siti Khadijah (TSK), Skim Pembiayaan

Atas Talian Terengganu (SPINT), Dana Usahawan

dan Industri Mikro Terengganu (DUIT), Dana Prihatin

Terengganu – OKU (D-HATI), Skim Pembiayaan Mobile

Truck (SPMT), Terengganu Capacity Enhancement

Programme (T’CAP), Skim Bantuan Usahawan Mualaf

dan Skim Pembiayaan Khas Bazar Ramadan 2019.

Bagi tahun 2020, Dana TUGAS ini akan diteruskan

dengan penambahan satu lagi skim bantuan iaitu Dana Usahawan Industri Asas Tani (DUNIA). Semoga dana

yang besar ini dapat dimanfaatkan secara optimum oleh

seluruh rakyat Terengganu.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 7 : Membangunkan Negeri Sejajar Revolusi Industri 4.0

77. Kerajaan Negeri akan mengambil inisiatif untuk

menjayakan satu Pelan Pembangunan Industri Digital dengan peruntukan awal sebanyak RM500 ribu. Projek

ini diutamakan supaya selari dengan penjajaran trend global Revolusi Industri 4.0.

Page 42: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

42

ucapanBelanjawan 2020

78. Selain itu, dalam mentransformasikan Terengganu berkonsepkan Smart City, Kerajaan Negeri akan melaksanakan beberapa inisiatif secara berperingkat seperti smart traffic lights, automatic boom gate, face recognition, Artificial Intelligence Park dan AI-CCTV dengan peruntukan sebanyak RM3 juta.

79. Pelaksanaan inisiatif ePembayaran melalui penjenamaan Terengganu Pay adalah merupakan satu pendekatan kerajaan dalam mewujudkan persekitaran cashless society di kalangan rakyat Negeri Terengganu. Pada tahun 2020, gerbang pembayaran Terengganu Pay akan diperkenalkan dengan anggaran kos pembangunan sistem aplikasi sebanyak RM390 ribu.

80. Pada masa hadapan, Kerajaan Negeri juga berhasrat untuk mewujudkan banyak lagi cashless zone seperti di pulau-pulau peranginan, Pasar Payang, premis perniagaan, restoran dan sebagainya selain turut berhasrat memperkenalkan inisiatif Terengganu Digital eWallet (KOCEK).

Page 43: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

43

ucapanBelanjawan 2020

Teras 3 : Membangun Modal Insan

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 1 : Menyediakan Bantuan Sokongan Pendidikan

81. Bagi mengekalkan kecemerlangan pendidikan di Negeri

Terengganu, kerajaan telah merangka beberapa program

sokongan pendidikan, antaranya adalah Tuisyen Rakyat Terengganu, Kursus Motivasi Peperiksaan Awam di setiap DUN, pemerkasaan Schoolwide Enrichment Model (SEM), bantuan pelajar sekolah premier, elit, imtiaz dan sekolah agama bantuan kerajaan. Kesemua

program ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1 juta.

82. Sokongan secara langsung juga telah dilakukan

oleh kerajaan untuk pihak sekolah mencetak bahan

kecemerlangan melalui Program Kecemerlangan Pendidikan. Bahkan program ini juga menekankan

kepada aktiviti penguasaan Bahasa Inggeris sekaligus

meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris para pelajar

terutamanya apabila di alam pekerjaan nanti. Sejumlah

RM5.3 juta akan diperuntukkan untuk program ini.

Page 44: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

44

ucapanBelanjawan 2020

83. Bagi menambah baik kaedah pembelajaran kanak-kanak,

Kerajaan Negeri mewujudkan TS Brilliant Kids dengan

kerjasama Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) yang

melibatkan 70 buah taska. Selain itu, Kerajaan Negeri

juga berhasrat menganjurkan Kids Coding Programme bagi tujuan menarik minat dan mencari bakat muda

di kalangan kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun

dengan kerjasama pihak TD1303. Kedua-dua program

ini akan diperuntukkan sebanyak RM1 juta.

84. Kerajaan Negeri sangat prihatin dan menitikberatkan

pendidikan anak-anak Terengganu. Oleh itu, Kerajaan

Negeri akan mewujudkan Tabung Siswa Pelajar dengan peruntukan sebanyak RM10 juta. Tabung ini

bertujuan untuk menyediakan pinjaman pembiayaan

yuran pengajian untuk ijazah pertama dalam dan luar

negara.

85. Pada tahun 2019, seramai 123 orang pelajar peringkat

sarjana muda telah mendapat manfaat melalui program

Biasiswa Pelajar Cemerlang untuk melanjutkan

pelajaran di dalam dan luar negara. Peruntukan

pada tahun 2020 dinaikkan kepada RM10 juta untuk

membiayai seramai 250 orang mahasiswa.

Page 45: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

45

ucapanBelanjawan 2020

86. Manakala, bagi Biasiswa Skim Pelajar Cemerlang Peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah, Kerajaan

akan memperuntukkan sebanyak RM2.6 juta untuk

125 orang siswazah dalam negara. Untuk rekod pada

tahun ini, seramai 38 siswazah telah mendapat manfaat

melalui skim ini.

87. Bagi meringankan bebanan persiapan pengajian anak-

anak, Bantuan Persediaan IPT akan diteruskan sebagai

pemberian one-off persediaan kepada anak Terengganu

yang melanjutkan pelajaran di pelbagai peringkat

pendidikan dengan peruntukan sebanyak RM20 juta. Bagi tahun 2019, seramai 16,471 orang pelajar telah

menerima manfaat.

88. Biasiswa Program ACCA (Association of Chartered

Certified Accountants) juga akan diteruskan pada

tahun 2020 dengan penambahan peruntukan sebanyak

RM1.26 juta yang akan melibatkan pembiayaan kepada

30 orang anak Negeri Terengganu dalam bidang ini.

Page 46: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

46

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 2 : Memperkasakan Pengetahuan dan Kemahiran Rakyat

89. Marcapada ini, dunia berkembang pesat dengan

pelbagai teknologi yang mengubah kehidupan harian.

Namun, untuk memastikan kita tidak ketinggalan

dengan perkembangan semasa, kerajaan mengambil

pendekatan mempersiap rakyat dengan kursus, latihan

dan program pembangunan sumber manusia.

90. Bagi tujuan tersebut, sebanyak RM1.2 juta

diperuntukkan untuk Program Kelas Maya dan Pelbagai Latihan Pendigitalan bagi memastikan rakyat

Negeri Terengganu bersedia dalam menghadapi Ekonomi

Digital dan Revolusi Industri 4.0.

91. Manakala, bagi tujuan pengurusan dan juga program-

program pembangunan sumber manusia negeri,

Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM2 juta kepada Pusat Pembangunan Sumber Manusia

Page 47: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

47

ucapanBelanjawan 2020

Terengganu (T-HRDC). Dalam masa yang sama, satu

sistem data perangkaan maklumat sumber manusia akan

disediakan bagi mengenal pasti program pembangunan

yang bersesuaian dengan sumber yang ada di Negeri

Terengganu.

92. Selain itu, latihan dalam bidang kemahiran yang lain

juga turut menjadi fokus Kerajaan Negeri. Pada tahun

2019, Terengganu Skills Enhancement Program for School Leavers, (TSEP-S) telah dilaksanakan dengan

penyertaan daripada 26 orang peserta siri pertama dan

13 orang siri kedua. Bagi tahun 2020, Kerajaan Negeri

akan meneruskan program ini dengan peruntukan

sebanyak RM1 juta.

93. Kerajaan Negeri juga akan melaksanakan kursus penternakan bagi golongan belia Terengganu, latihan kemahiran berkaitan ECRL dan program Train & Place Scaffolder yang akan melibatkan kos sebanyak

RM1.6 juta.

Page 48: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

48

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 3 : Membangunkan Institusi Insani

94. Bagi melunaskan janji manifesto PRU-14, Kerajaan

Negeri akan menubuhkan Pusat Pemulihan Penagih Dadah bagi merawat penagih dadah di Negeri

Terengganu. Bagi memastikan pusat ini dibina dengan

jayanya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak

RM4 juta untuk tujuan kajian, kerja-kerja infrastruktur

dan pengurusan pusat pemulihan.

95. Selangkah ke hadapan, Kerajaan Negeri bercadang

untuk mewujudkan Pengajian Tahfiz Mandarin

supaya dapat melahirkan para pelajar yang bukan

hanya mampu menguasai pengajian Islam, tetapi juga

kemahiran kepelbagaian bahasa yang menjadi kekuatan

sebagaimana dimiliki oleh ulama-ulama terdahulu.

Page 49: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

49

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 4 : Meneruskan Kecemerlangan Sukan

96. Sekolah Sukan Bukit Nenas, Setiu telah melahirkan

ramai atlet negeri yang mampu bersaing di peringkat

negara dan antarabangsa. Bagi memastikan lebih

ramai atlet dilahirkan dari semasa ke semasa, Kerajaan

Negeri bersetuju menyediakan sejumlah RM300 ribu untuk menguruskan keperluan serta kemudahan sukan

berkaitan.

97. Kerajaan Negeri turut mendokong seruan Kerajaan

Persekutuan ke arah negara sihat dengan menjadikan

sukan sebahagian gaya hidup. Oleh itu, RM4.5 juta diperuntukkan bagi mengadakan kembali pertandingan liga sukan utama dan memajukan sukan massa serta akar umbi seperti bola sepak, sepak takraw dan

badminton di antara daerah, termasuklah pelaksanaan

Liga Darul Iman serta kejohanan sukan-sukan teras

yang lain.

Page 50: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

50

ucapanBelanjawan 2020

98. Penubuhan Urus Setia Belia, Sukan dan NGO Terengganu (UBSNT) telah berjaya direalisasikan

menerusi ucapan Belanjawan 2019. Bagi memastikan

urus setia ini terus bergerak seiring dengan perkembangan

semasa, peruntukan sebanyak RM4.2 juta akan

disediakan merangkumi peruntukan untuk pengurusan

dan program-program sukan, pembangunan belia dan

NGO. Antara aktiviti yang dijalankan adalah seperti Fit

is Sunnah (FITS), Bengkel Garis Panduan Sukan dan

Kejohanan Badminton Belia.

99. Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dan mengambil

cakna terhadap fasiliti dan kemudahan sukan. Dalam

memastikan fasiliti ini dapat digunakan secara optimum,

Kerajaan Negeri bersetuju memperuntukkan sejumlah

RM13.2 juta bagi tujuan membaik pulih dan menaik

taraf gelanggang-gelanggang futsal dan pembangunan

Kompleks Sukan Menembak Terengganu serta membina

sebuah bangunan skuasy tertutup di Kompleks Sukan

Negeri Terengganu.

Page 51: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

51

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 5 : Mempersiap Generasi Belia Masa Hadapan

Sesungguhnya bangsa itu akan kekal selagi mana

akhlak yang baik ada, dan apabila hilangnya

akhlak itu bangsa itu akan hilang.

(Ahmed Shawqi, Penyair Arab)

100. Dalam merangka pembangunan belia yang mapan dan

mampu bersaing di peringkat negara dan antarabangsa,

Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sebanyak

RM3 juta kepada Persatuan dan Aktiviti Belia Negeri

Terengganu.

101. Bagi mengatasi masalah akhlak dalam kalangan pelajar

sekolah dan mengikat hati remaja kepada Institusi Masjid

melalui pelbagai aktiviti patuh syariah, satu Program Sahabat Remaja Rabbani (Sahabat) akan dilaksanakan

dengan peruntukan sebanyak RM290 ribu.

Page 52: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

52

ucapanBelanjawan 2020

102. Dalam masa yang sama, bagi melahirkan kepimpinan

pelajar di peringkat sekolah, Kerajaan Negeri merintis

sebuah platform baharu yang disebut sebagai Protégé. Program ini dianggarkan melibatkan kos sebanyak

RM500 ribu untuk dilaksanakan di pelbagai institusi

pendidikan khususnya sekolah menengah di Negeri

Terengganu. Golongan pelapis ini akan diberikan latihan

secukupnya bagi meningkatkan kualiti kepimpinan setiap

peserta.

TERAS 4 : MELESTARI KEHIDUPAN SEJAHTERA

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 1 : Menyediakan Sistem Sokongan Keluarga

103. Keluarga yang bahagia datangnya dari jiwa yang

sejahtera. Kerajaan Negeri melihat kepentingan untuk

mengurangkan bebanan dan tekanan kepada ibu bapa

dalam menguruskan keperluan anak-anak. Oleh itu,

Kerajaan Negeri akan meneruskan pemberian bantuan pakaian dan alatan kepada pelajar sekolah dengan

memperuntukkan sebanyak RM10 juta. Bantuan ini dijangka akan memberi manfaat kepada 89,000 pelajar.

Page 53: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

53

ucapanBelanjawan 2020

104. Selain itu, empat (4) buah taska baharu akan diwujudkan di pejabat-pejabat jabatan dan agensi kerajaan serta syarikat berkaitan kerajaan demi manfaat rakyat Negeri Terengganu. Inisiatif ini diharap dapat memudahkan ibu bapa yang bekerja untuk menguruskan anak-anak.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 2 : Menitikberatkan Penjagaan Kebersihan dan Kesihatan

105. Kerajaan Negeri akan terus merancakkan Kempen Terengganu Bersih dengan sokongan penuh semua pihak supaya menjadi nilai tambah yang akan menarik kedatangan pelancong ke negeri ini. Justeru, pada tahun hadapan Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM70 juta berbanding RM50 juta pada tahun 2019, bagi menjalankan kerja-kerja dan aktiviti berkaitan kebersihan di seluruh Negeri Terengganu termasuk

pulau-pulau peranginan.

Page 54: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

54

ucapanBelanjawan 2020

106. Bagi meningkatkan kecekapan pelupusan sisa buangan

pula, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM3 juta untuk menjalankan kerja-kerja fasa pertama pembinaan Pusat Pelupusan Sampah Sungai Ikan 2. Kos keseluruhan projek berkeluasan 34.863 hektar ini

dianggarkan berjumlah RM43 juta.

107. Program Saringan Pap Smear dan Mamogram secara

percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri telah

mendapat sambutan oleh hampir 4,400 orang wanita.

Oleh yang demikian, Kerajaan Negeri akan

memperuntukkan sebanyak RM300 ribu bagi

meneruskan program ini sebagai salah satu kaedah

pencegahan terhadap kanser payudara dan kanser

pangkal rahim.

108. Selain itu, Kerajaan Negeri juga memperuntukkan

sebanyak RM3 juta untuk menubuhkan satu lagi pusat dialisis bagi meringankan beban kewangan penduduk

negeri ini yang mempunyai masalah buah pinggang

untuk menjalani rawatan hemodialisis.

Page 55: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

55

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 3 : Menyediakan Kediaman Mampu Milik untuk Rakyat

Nabi Muhammad SAW bersabda mafhumnya,

“Antara perkara yang membahagiakan anak Adam

itu ialah jiran yang baik, kenderaan yang baik dan

tempat tinggal yang selesa.”(Riwayat Ahmad)

109. Berdasarkan petunjuk Nabi Muhammad SAW ini,

Kerajaan Negeri komited bagi memenuhi keperluan

dan permintaan terhadap rumah dalam kalangan rakyat

terutamanya untuk golongan berpendapatan rendah dan

sederhana. Rumah adalah salah satu aspek penting

yang menjamin kesejahteraan hidup seseorang.

110. Oleh itu, projek pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) di Tajin, Hulu Terengganu dan Tok Jembal, Kuala Nerus yang dilancarkan pada bulan Julai 2019

melibatkan 410 unit rumah diteruskan pada tahun 2020

dengan peruntukan sebanyak RM14 juta.

Page 56: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

56

ucapanBelanjawan 2020

111. Projek perumahan ini juga diteruskan di Tempinis, Besut yang dibangunkan oleh Perbadanan Memajukan

Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) melibatkan 100 unit rumah. Manakala projek perumahan di Gong Chengal, Kemaman melibatkan 200 unit rumah. Kedua-dua

projek perumahan ini akan mendapat peruntukan

sebanyak RM15.5 juta dan dijangka siap dalam tempoh

dua tahun.

112. Dasar Perumahan Baharu yang mesra pelabur dan patuh

syariah telah kita lancarkan demi mewujudkan lebih

banyak rumah mampu milik untuk rakyat Terengganu

melalui peranan syarikat dan swasta. Bagi tahun 2020,

Kerajaan Negeri menyasarkan 4,000 unit Rumah Mampu Milik akan dibina melalui kerjasama kerajaan

dan swasta.

113. Dasar Perumahan Baharu ini sudah pun berjalan di mana

sebanyak 348 buah rumah mampu milik yang sedang

dibina di Pasir Akar, Besut dan yang akan dibina di Mak Lagam, Kemaman melibatkan 1,959 unit rumah.

Page 57: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

57

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 4 : Menjamin Kebahagiaan Keluarga

114. Bagi memudahkan pengurusan keluarga Islam, Kerajaan

Negeri akan membangunkan Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia (SPPIM) dengan

peruntukan sebanyak RM450 ribu.

115. Program Walimatulurus Perdana yang dianjurkan

oleh Kerajaan Negeri melalui Yayasan Pembangunan

Keluarga (YPK) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal

Agama Terengganu (JHEAT) diteruskan dengan

peruntukan sebanyak RM1.5 juta. Kerajaan Negeri juga

menjemput dan menggalakkan bapa dan ibu tunggal

untuk turut sama menyertai program ini.

116. Sebagai sagu hati atas setiap kelahiran anak

Terengganu, Kerajaan Negeri akan meneruskan Skim Permata Sejahtera yang akan disumbangkan ke akaun

Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dengan

peruntukan berjumlah RM1 juta.

Page 58: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

58

ucapanBelanjawan 2020

117. Bagi menjayakan penubuhan Raudhatul Jannah yang

merupakan pusat transit untuk melindungi golongan

wanita dan kanak-kanak daripada pengabaian,

penderaan, keganasan dan eksploitasi, Kerajaan Negeri

akan mengorak langkah bersama-sama dengan pelbagai

NGO berkaitan untuk menjayakan penubuhan pusat

transit ini.

118. Kerajaan Negeri juga memperuntukkan sebanyak

RM100 ribu dengan kerjasama Lembaga Penduduk

dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bagi

mengadakan Program Pendidikan Keselamatan Keluarga dan Anak (PEKA) di semua taska milik

kerajaan dan swasta yang akan memberikan manfaat

kepada 30,000 kanak-kanak di seluruh negeri ini.

119. Bagi menjamin kualiti hidup dan kesejahteraan warga

emas agar lebih terurus dan berdikari, Kerajaan

Negeri memperuntukkan sebanyak RM320 ribu untuk

menjalankan aktiviti peringkat komuniti kepada golongan ini.

Page 59: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

59

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 5 : Mengupayakan Pelbagai Segmen Masyarakat

120. Dalam memastikan keberkesanan fungsi NGO

kepada masyarakat di Negeri Terengganu, Kerajaan

Negeri memperuntukkan sejumlah RM200 ribu bagi

menyokong pengurusan dan aktiviti NGO termasuk persatuan pesara.

121. Di Negeri Terengganu, terdapat lebih daripada 800 orang

pemandu teksi yang merupakan duta pelancongan

yang penting dalam sektor pengangkutan awam di

negeri ini. Oleh itu, bagi melindungi dan menjaga

kebajikan pemandu teksi, Kerajaan Negeri bersetuju

untuk memperuntukkan sebanyak RM200 ribu sebagai

bantuan Skim Keselamatan Sosial Pemandu Teksi.

122. Mengambil kira sambutan yang sangat baik daripada

para remaja dan belia terhadap Program Lesen Motosikal Terengganu Sejahtera yang memberi manfaat kepada 25,000 orang pada tahun 2019, Kerajaan

Negeri akan meneruskan program ini pada tahun 2020.

Page 60: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

60

ucapanBelanjawan 2020

Semoga inisiatif ini dapat membantu urusan kehidupan

seharian mereka.

123. Penubuhan Tabung Darul Iman menjadikan

penyelarasan bantuan-bantuan berkaitan penyakit kronik

dan kebajikan sosial lebih sistematik dan efisien. Setakat

hari ini, seramai hampir 6,000 penerima telah mendapat

manfaat setiap tahun. Pada tahun 2020, tabung ini akan

diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM5 juta.

124. Demi memperkasakan perpaduan rakyat masa kini

yang kian terhakis, pelbagai program akan dirangka

bagi memastikan perpaduan rakyat berbilang kaum.

Sementara itu, aktiviti berbentuk komuniti bersama

masyarakat orang asli juga akan dilaksanakan. Oleh itu,

Kerajaan Negeri akan memperuntukkan RM500 ribu bagi memastikan perpaduan masyarakat di negeri kita

terjamin.

Page 61: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

61

ucapanBelanjawan 2020

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 6 : Menambah Baik Infrastruktur & Projek Pembangunan Awam

125. Untuk menghadapi masalah banjir yang berlaku saban

tahun akibat limpahan air sungai dan sistem saliran yang

berkeupayaan rendah, Kerajaan Negeri menyediakan

peruntukan sebanyak RM1 juta bagi melaksanakan

Projek Menambah Baik Sistem Perparitan di Chendering, Kuala Terengganu.

126. Perkhidmatan bekalan air bersih juga akan ditambah

baik dengan penggantian paip-paip agihan yang baharu

di kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti di seluruh

negeri. Sejumlah RM14.8 juta di bawah peruntukan Bekalan Air Negeri disediakan bagi tujuan ini.

127. Sejumlah RM65 juta akan disalurkan menerusi Projek Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Projek Pembangunan skala kecil di peringkat DUN. Ini bagi

memastikan projek pembangunan yang dirancang dapat

dilaksanakan dengan baik ke arah kelestarian kehidupan

sejahtera.

Page 62: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

62

ucapanBelanjawan 2020

128. Memahami keperluan masyarakat di Hulu Terengganu

yang memerlukan satu dewan serbaguna untuk

melakukan pelbagai aktiviti, maka kerajaan bersetuju

untuk memperuntukkan sebanyak RM4.5 juta bagi

membina Dewan Serbaguna Hulu Terengganu yang

mampu menampung kapasiti 3,000 orang.

TERAS 5 : MEMANTAPKAN PENYAMPAIAN DAN TADBIR URUS NEGERI

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 1 : Meningkatkan Kecekapan Penyampaian Maklumat

129. Pada era kepantasan maklumat tanpa sempadan dan ditambah dengan kecanggihan pelbagai peralatan serta aplikasi, penyampaian maklumat berkenaan dasar dan inisiatif Kerajaan Negeri secara tepat, pantas dan komprehensif adalah amat penting. Justeru, bagi merealisasikan hasrat ini, Kerajaan Negeri akan membangunkan studio dan bilik berita TV Darul Iman (TVDI) serta Radio ManisFM dengan peruntukan

berjumlah RM500 ribu.

Page 63: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

63

ucapanBelanjawan 2020

130. Bagi mengembangkan fungsi dan peranan UPDI ke

arah menjadikan ia lebih berwibawa sebagai lidah rasmi

Kerajaan Negeri, penubuhan dan pengoperasian UPDI di setiap daerah akan dijayakan dengan peruntukan

sebanyak RM1 juta.

131. Selain itu, diperuntukkan juga sebanyak RM300 ribu bagi

memastikan berita-berita mengenai Negeri Terengganu

mendapat perhatian di akhbar dan portal berita arus perdana serta di media sosial supaya capaian

penerimanya lebih luas.

132. MPKK pula selaku nadi jentera Kerajaan Negeri di

peringkat komuniti perlu diperkasakan dalam aspek

komunikasi massa, kemahiran tadbir urus dan

kemampuan daya kepimpinan. Justeru, Kerajaan Negeri

akan mengadakan kursus komunikasi berkesan dan pembangunan jati diri untuk semua anggota MPKK di

seluruh negeri dengan peruntukan berjumlah RM240 ribu.

Page 64: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

64

ucapanBelanjawan 2020

133. Selain itu juga, Dasar Integriti Darul Iman (DIDI) yang

telah dilancarkan pada Ogos 2019 akan digerakkan

secara berperingkat di kalangan kakitangan dan

pentadbir negeri dengan peruntukan RM2.1 juta. Ini

bagi menjadikan Terengganu sebuah negeri yang

mencapai standard integriti terbaik dan membentuk

“good governance” melalui konsep Amalan Tadbir Urus

Rabbani (ATUR), sekaligus mengukuhkan kepercayaan

dan keyakinan kepada Kerajaan Negeri.

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

Strategi 2 : Menaik Taraf Prasarana Teknologi

134. Bagi memastikan rakyat Negeri Terengganu mendapat

manfaat sepenuhnya daripada kewujudan Internet of

Things (IoT) dan kehadiran teknologi 5G ini, Kerajaan

Negeri memperuntukkan sebanyak RM3.85 juta bagi

menaik taraf Projek Terengganu Wi-Fi dan meluaskan lagi lokasi jalur lebar percuma.

Page 65: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

65

ucapanBelanjawan 2020

135. Pusat Internet Akses Rakyat (PINTAR) merupakan

usaha untuk membantu masyarakat memperoleh

capaian internet dan mampu memanfaatkan peluang

yang tersedia dalam dunia tanpa sempadan. Pada

April 2019 yang lalu, PINTAR Alor Limbat telah

selesai dijenamakan semula dan kembali beroperasi.

Seterusnya, Kerajaan Negeri juga akan menaik taraf 15 buah PINTAR dengan peruntukan sebanyak RM5.6 juta.

PENUTUP

Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian,

136. Cabaran sedang menunggu kita di gerbang tahun 2020.

Namun, saya yakin dengan semangat muafakat yang

ada dalam diri rakyat Terengganu, kita akan bersama-

sama membangunkan negeri ini ke arah mencapai

Negeri yang Maju, Berkat dan Sejahtera.

137. Setelah pengamalan Budaya Politik Matang dan

Sejahtera dalam pentadbiran Kerajaan Negeri, kini

Page 66: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

66

ucapanBelanjawan 2020

kita sedang menyaksikan kuntuman bunga sedang

harum mekar dalam taman yang dinamakan Muafakat Nasional.

Daratan menghijau langit membiru,

Indahnya alam ciptaan tuhan,

PAS UMNO dahulunya seteru,

Kini kita saling bergandingan.

138. Alhamdulillah, PAS dan UMNO sudah menjalin kerjasama

menerusi Muafakat Nasional untuk membangunkan

negara dan Negeri Terengganu yang kita cintai ini atas

dasar Islam. Oleh yang demikian, pihak Kerajaan Negeri

berbesar hati mengumumkan penyaluran bantuan am

sebanyak RM250 ribu yang akan diberikan kepada

setiap ADUN bukan kerajaan.

139. Inilah komitmen dan keseriusan pihak Kerajaan Negeri

yang mahu melihat suasana politik di Negeri Terengganu

dan Malaysia berlangsung dalam keadaan aman dan

harmoni. Insya-Allah.

Page 67: UCAPAN BELANJAWANperbendaharaan.terengganu.gov.my/images/pnt/news/teks2019.pdf · BELANJAWAN 2020 Dato’ Yang Dipertua dan Ahli-Ahli Yang Berhormat sekalian, Menanam anggur di Daerah

67

ucapanBelanjawan 2020

140. Sebagai mengakhiri ucapan pembentangan Belanjawan

2020, Kerajaan Negeri ingin merakamkan setinggi-

tinggi penghargaan kepada penjawat awam yang

berdedikasi dan komited sehingga meletakkan Negeri

Terengganu antara negeri yang terbaik di Malaysia.

Sebagai menghargai kerja keras dan kesetiaan penjawat

awam, Kerajaan Negeri telah bersetuju memberikan

sumbangan sejahtera kepada penjawat awam negeri

yang berjumlah RM500.

141. Marilah kita sama-sama berdoa agar Allah SWT

melimpahkan lagi rahmat dan keberkatan-Nya ke atas

Negeri Terengganu Darul Iman:

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Allahuakbar!

Walillahil Hamd

Yang Berhormat Dato’ Yang Dipertua,

Saya mohon mencadangkan.