tutorial kenapa memilih institusi berdaftar
Post on 24-Jan-2016
25 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Berikan hujah anda mengapa anda memilih institusi berdaftar untuk menjaga anak anda
sewaktu anda bekerja?
Salah satu sebab mengapa memilih institusi berdaftar ialah kerana susah
memberikan kepercayaan kepada seseorang. Apatah lagi terhadap orang yang baru kita
kenal. Pada 25 November 2014 yang mana seorang kanak-kanak yang berusia dua tahun
telah di tendang oleh pengasuh sendiri. Kes ini menyebabkan hilangnya kepercayaan ibu
bapa terhadap pengasuh.
Seterusnya, bagi kedua ibu bapa yang menghantar anak mereka ke pusat asuhan
TASKA mereka tidak perlu risau kerana pusat asuhan ini merupak satu institusi islamik,
bereputasi baik dan bersistematik. Menurut akta 308 seorang guru hanya dibenarkan
menjaga tidak lebih dari 3 orang bayi (2-12 bulan) dalam satu masa. Maksimum jumlah bayi
yg diambil dalam satu-satu masa adalah 10 orang. Keadaan ini menjadikan kebajikan
kanak-kanak tersebut tidak akan terabai.
Selain itu juga, institusi berdaftar ini mempunyai undang-undang tersendiri.
Tambahan pula, dari aspek keselamatan amat dititikberatkan. Menurut Akta dan Peraturan
Pusat Asuhan Kanak-kanak setiap ruang yang disediakan hendaklah mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang sudah ditetapkan sama ada oleh pihak pengurusan TASKA atau agensi
yang terlibat dengan pendaftaran sesebuah TASKA.
Bagi pendaftaran institusi berdaftar ini sangat berbaloi. Yang mana bagi TASKA
bayaran pendaftaran dikenakan sebanyak RM50.00 bagi TASKA di rumah
dan RM250.00 bagi TASKA Institusi, tempat kerja dan komuniti. Bagi penjaga yang berkerja
di Bandar yuran sebanyak ini sangat lah berpatutan kerana penjagaan kanak-kanak sangat
sempurna.
Akhir sekali, apabila menghantar anak ke pusat asuhan ini ibu bapa tidak perlu
meminta cuti apabila terdapat kes kecemasan seperti pengasuh berbayar seperti bibik
mengambil cuti. Ini mampu meringakan beban penjaga dan penjaga tidak perlu risau apabila
meninggalkan anak-anak mereka ke pusat asuhan yang berdaftar.
top related