travel log
Post on 08-Dec-2015
227 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Kami memulakan perjalanan bertolak dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim.
Perjalanan ke Melaka mengambil masa kira-kira 8 jam. Sepanjang perjalanan, kami
memasuki dua perhentian, iaitu perhentian Bukit Gantang dan perhentian Dengkil.
Setibanya kami di IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka, kami terus mendaftar
masuk untuk menginap di sana.
Tempat pertama yang kami lawati pada malam tersebut ialah Masjid Selat
Melaka. Guru pelatih yang beragama Islam menunaikan solat Maghrib serta bersama-
sama membaca surah Yasin di sana. Keunikan Masjid Selat Melaka ini ialah masjid ini
bercirikan seni bina Melayu dan Timur Tengah serta terletak di Pulau Melaka. Masjid ini
juga telah menjadi mercu tanda baru kerana memperlihatkan kecemerlangan dan
keagungan seni bina Islam moden Melaka.
Kemudian, kami bersantai dengan menaiki River
Cruise. Perkara menarik mengenai River Cruise ini ialah
ia membawa para pengunjung menyusuri Sungai Melaka.
Selain itu, pemandangan di sepanjang sungai sangat
menarik. Melalui cruise ini juga, kami dapat melihat
Kampung Morten, sebuah perkampungan tradisional
satunya-satunya terletak di tengah-tengah Bandaraya
Melaka. Kampung ini dinamakan sempena nama J.F
Morten, pesuruhjaya Tanah apabila suruhanjaya tersebut
ditubuhkan pada awal 1920an. Morten memainkan
peranan untuk membina perkampungan ini, yang
dahulunya hanya merupakan sebuah kawasan paya.
Hari Pertama(Khamis, 27 September 2012)
Kami mengadakan lawatan ke Bukit St. John dan meninjau
Gereja St. Paul. Gereja ini dibina oleh seorang kapten Portugis
iaitu Duate Coelho. Orang Portugis menamakannya Our Lady of
the Hill tetapi pihak Belanda kemudian menamakannya semula
sebagai Gereja St. Paul. Ia juga digunakan sebagai tempat
persemadian bangsawan Belanda.St. Francis Xavier yang
meninggal dunia di pantai Negara China pada tahun 1552 telah
disemadikan di sini buat seketika di dalam kubur yang terbuka
sebelum dipindahkan ke Goa, India. Patungnya yang dibina di Melaka tidak mempunyai
tangan kanannya yang menunjukkan bahawa mayat beliau di Goa tidak mempunyai
tangan kanan.
Kami turut mengadakan kajian di Stadthuys yang terdiri di dalamnya beberapa
muzium, antaranya ialah Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho,
Muzium Pendidikan, Muzium Sastera dan Muzium Yang di-Pertua Negeri. Bangunan
Stadthuys yang bermaksud Dewan Bandaran dibina oleh pemerintah Belanda pada
tahun 1650 setelah mengambil alih Melaka dari Portugis pada tahun 1641. Orang
Belanda menggunakannya sebagai kediaman rasmi Gabenor Belanda dan pegawai-
pegawainya. Warna asal bangunan ini ialah putih tetapi ia kemudiannya dicat merah
agar dapat dipadankan dengan Gereja Christ yang berdekatan.
Hari Kedua(Jumaat, 28 September 2012)
Lawatan kami diteruskan lagi ke Istana
Kesultanan Melaka. Istana Kesultanan Melaka
ini merupakan sebuah replika Istana Sultan
Mansur Shah yang memerintah Melaka dari
1456 hingga 1477. Muzium ini dibuka secara
rasminya pada 17 Julai 1986. Kini, muzium
ini mempunyai lebih kurang 1,350 item dalam
bentuk artifak, cetakan, gambar dan lukisan yang mewakili sejarah dan budaya
Kesultanan Melayu Melaka dan masyarakatnya yang menetap di Melaka pada tempoh
tersebut. Bangunan tiga tingkat ini dibahagikan kepada lapan bilik dan tiga galeri
termasuk bilik pancaragam Diraja, senjata, seni perhiasan, hadiah, dewan rekreasi,
balairung seri dan dewan Islam. Galeri-galeri pula menonjolkan pertempuran Hang
Tuah dan Hang Jebat, pakaian tradisional dan kamar diraja. Di antara barang pameran
di sini termasuk cetakan dan gambar Kesultanan Melaka, model Istana Sultan Mansur
Shah, senjata Melayu, pakaian perkahwinan tradisional Melayu, barangan kemas dan
barangan loyang.
Selain itu, kami tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Muzium
Samudera, Muzium TLDM dan Muzium Kastam.
Muzium Samudera merupakan replika kapal Flor de
La Mar yang dibina pada awal tahun 1990. Dibina
berdasarkan replika Kapal Portugis yang karam di
Selat Melaka sewaktu pelayaran balik ke Portugal,
berukuran 34 meter tinggi, 36 meter panjang dan 8
meter lebar.
Fokus utama muzium ini ialah sejarah kelautan Melaka dan zaman
kegemilangan Melaka sebagai Emporium Timur. Ia juga menyingkap pergolakan politik
maritim di Melaka yang membuktikan bahawa hilangnya kuasa politik maka hilanglah
segalanya. Pameran di muzium ini memaparkan perkembangan perdagangan dari
zaman kesultanan Melayu Melaka hingga ke zaman Kolonial Portugis, Belanda,
Inggeris dan era penaklukan Jepun di Tanah Melayu.
Muzium Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terletak berhadapan Muzium
Samudera (replika Kapal Flor De La Mar). Muzium yang dahulunya terletak di
pengkalan TLDM di Lumut kini telah dipindahkan ke Melaka supaya lebih ramai pelawat
dapat mengunjunginya bagi mendapatkan maklumat tentang peranan dan sumbangan
serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh pihak TLDM. Muzium ini memaparkan gambar
Panglima TLDM, pingat kebesaran, pangkat, alat-alat senjata, pakaian seragam,
peralatan komunikasi, peralatan keselamatan dan lambang yang diguna dalam
pelayaran. Turut diperagakan ialah aktiviti pembangunan Angkatan Tentera Laut
Malaysia.
Pada waktu malam, kami bersiar-siar di sekitar Bandar Melaka seperti di Jonker
Walk, Mahkota Parade, Dataran Pahlawan Melaka Megamall dan Menara Taming Sari.
Walaupun agak keletihan kerana banyak berjalan pada siang hari, kami berasa teruja
untuk terus bersiar-siar di kawasan Bandar Melaka kerana kawasan tersebut sangat
menarik dan lain dari yang lain.
Persiapan pulang ke IPGKSAH dilakukan. Tiba masa untuk mendaftar keluar
dari IPGK Perempuan Melayu Melaka. Ketika dalam perjalanan pulang, kami
mengadakan kuiz di dalam bas. Respons yang diterima sangat menggalakkan kerana
kebanyakan guru pelatih dapat menjawab soalan yang diaju dengan tepat. Seterusnya,
pensyarah pembimbing, Encik Mastor dan pengarah lawatan, Allery Jimmy memberikan
sedikit ucapan berkaitan sepanjang lawatan diadakan. Akhirnya, alhamdulillah kami
selamat tiba di IPGKSAH pada pukul 5 petang.
Hari Ketiga(Sabtu, 29 September 2012)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH
Nama : Ainul Asyifah binti Azmee
No. Kad Pengenalan : 931229-09-5040
Kursus : PPISMP Jun 2011
Kelas : F3C Bahasa Melayu SJKC
Nama Pensyarah : En. Mastor bin Hemdi
Travel Log
top related