tinjauan terhadap punca fenomena ponteng · pdf filetinjauan terhadap punca fenomena ponteng...
Post on 06-Feb-2018
271 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG DAN KESANNYA
TERHADAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH MENENGAH
KEBANGSAAN PADANG TENGKU, KUALA LIPIS, PAHANG
NOOR AZAM BIN MAT HUSIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
i
TINJAUAN TERHADAP PUNCA FENOMENA PONTENG DAN KESANNYA
TERHADAP PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN EMPAT SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN PADANG TENGKU,
KUALA LIPIS, PAHANG
NOOR AZAM BIN MAT HUSIN
Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
FEBRUARI 2004
iii
DEDIKASI
Segala Pujian Bagi Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
............kerana dengan izin-Nya
Ibu dan Abah
Yang Sentiasa Mendoakan Kejayaanku
Isteriku, Zarinah bt Awang
Sesungguhnya....... Doa, Pengorbanan dan Ketabahanmu
Jadi Pendorong Kejayaanku
Anakku Nur Shuhada
Yang terpaksa memikul sebahagian tugas.....Sering kerinduan
Semoga kejayaan ini menjadi Perangsang Buat dirimu
Buat Mertua, Adik-adik dan Iparku
Serta Rakan-rakan Seperjuangan
Bantuan Material dan Sokongan Moral
Yang diberikan Tetap Di kenang
Jutaan Terima Kasih Buat Semua
iv
PENGHARGAAN
Bersyukur ke hadrat Allah S. W. T kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga
penulis menyiapkan projek sarjana muda ini dalam masa yang telah ditetapkan.
Dengan ikhlasnya penulis mengambil kesempatan untuk merakamkan setinggi-
tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada Prof. Dr. Abu Bakar bin Haji
Hashim selaku penyelia projek. Beliau telah banyak memberi pandangan dan tunjuk
ajar yang membina bagi menyiapkan projek penyelidikan ini. Segala bimbingan dan
nasihat yang diberikan amat bernilai bagi diri penulis.
Akhir sekali penulis ingin merakamkan ucapan berbanyak-banyak terima kasih
kepada semua pensyarah dan rakan-rakan seperjuangan yang telah membantu
memberikan pandangan serta kerjasama secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan projek penyelidikan ini. Semoga Allah memberkati atas segala jasa dan
bakti yang telah kalian curahkan itu.
v
ABSTRAK
Kajian berbentuk tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti punca fenomena
ponteng dan kesannya ke atas pelajar-pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah
Kebangsaan Pandang Tengku, Kuala Lipis, Pahang. Responden kajian terdiri daripada
52 orang pelajar Tingkatan Empat yang dikenal pasti terlibat dalam kes salah laku
ponteng. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini berbentuk soal selidik.
Kebolehpercayaan soal selidik ialah 0.8474. Dapatan kajian di analisis dengan
menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences (SPSS). Hasil analisis
data diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan pelajar ponteng kerana berpunca daripada faktor pengaruh rakan sebaya
dan faktor sikap. Pelajar-pelajar terbabit juga didapati terlibat dengan aktiviti menipu
ibu bapa dan guru, merokok dan budaya melepak. Penglibatan semua pihak termasuk
sekolah, ibu bapa dan masyarakat perlu untuk menangani fenomena yang tidak sihat ini
daripada terus berlarutan.
vi
ABSTRACT This research was conducted to identify the factors related to truancy problem
among Form Four students of Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala
Lipis, Pahang. This study also attempted to astablish the effect of playing truant on the
students’ behaviour. The respondents were 52 students identified as the problematic
students in school. Data for this survey were gathered through questionnaire. The
reliability index of the questionnaire was 0.8474 on the Cronbach’s alpha. The data
collected were analysed by using the Statistical Package For Social Sciences (SPSS).
Descriptive statistics of percentages, frequencies and means were used. The research
identified two major causes that contributed to truancy problem among students. They
were (i) peer group influence among the teenagers and (ii) students’ own attitudes.
Students who played truant were normally involved in negative activities such as
cheating their parents and teachers, smoking and loafing. Recommendations were put
forward to parents and also the community in combating this problem.
vii
KANDUNGAN BAB PERKARA MUKA SURAT PENGESAHAN STATUS TESIS PENGESAHAN PENYELIA JUDUL i PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi SENARAI RAJAH xiii SENARAI SINGKATAN xiv SENARAI LAMPIRAN xv BAB I PENGENALAN
1.1 Pendahuluan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 3
1.3 Pernyataan Masalah 7
1.4 Objektif Kajian 7
viii
1.5 Persoalan Kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Batasan Kajian 9
1.8 Definisi Istilah 9
1.8.1 Ponteng 9
1.8.2 Pelajar 10
1.8.3 Fenomena 10
1.8.4 Keluarga 10
1.8.5 Persekitaran 11
1.8.6 Sekolah 11
1.8.7 Rakan Sebaya 11
1.9 Metodologi Kajian 11
1.10 Kerangka Kajian 13
1.11 Rumusan 14
BAB II SOROTAN PENULISAN
2.1 Pendahuluan 15
2.2 Punca-punca Fenomena Ponteng 15
2.2.1 Sikap Pelajar 16
2.2.2 Latar Belakang Keluarga 16
2.2.3 Persekitaran Sekolah 18
2.2.4 Pengaruh Rakan Sebaya 20
2.3 Kesan-kesan Fenomena Ponteng 20
2.4 Rumusan 23
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pendahuluan 24
3.2 Reka Bentuk Kajian 24
3.3 Populasi Dan Sampel Kajian 25
3.4 Instrumen Kajian 25
3.5 Kajian Rintis 28
ix
3.6 Prosedur Kajian 29
3.7 Analisis Data 29
3.8 Rumusan 30
BAB IV ANALISIS DATA
4.1 Pendahuluan 31
4.2 Bahagian A : Latar Belakang
Responden
32
4.2.1 Jantina 32
4.2.2 Keturunan 32
4.2.3 Penjaga Responden 33
4.2.4 Pekerjaan Ibu Bapa Atau
Penjaga
33
4.2.5 Pekerjaan Ibu 34
4.2.6 Jumlah Pendapatan Ibu
Bapa Atau Penjaga
35
4.2.7 Cara Datang Ke sekolah 35
4.2.8 Jumlah Hari Tidak Hadir Ke Sekolah 36
4.3 Bahagian B : Punca Fenomena
Ponteng
36
4.3.1 Faktor Sikap 37
4.3.2 Faktor Latar Belakang Keluarga 38
4.3.3 Faktor Persekitaran Sekolah 40
4.3.4 Faktor Pengaruh Rakan Sebaya 43
4.4 Bahagian C : Kesan Fenomena
Ponteng
44
4.41 Kesan Kepada Moral 45
4.4.2 Kesan Kepada Pelajaran 50
4.5 Rumusan
52
x
BAB V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan 54
5.2 Perbincangan 55
5.2.1 Latar Belakang Responden 55
5.2.2 Punca Fenomena Ponteng 56
5.2.2.1 Faktor Sikap 56
5.2.2.2 Faktor Latar
Belakang Keluarga
57
5.2.2.3 Faktor Persekitaran Sekolah 58
5.2.2.4 Faktor Pengaruh Rakan
Sebaya
60
5.2.3 Kesan Fenomena Ponteng 62
5.2.3.1 Kesan Fenomena
Ponteng Kepada
Moral
62
5.2.3.2 Kesan Kepada
Pelajaran
64
5.3 Rumusan 65
5.4 Cadangan 66
5.4.1 Ibu Bapa 66
5.4.2 Sekolah 67
5.2.3 Guru 68
5.4.4 Masyarakat 68
5.45 Cadangan Kajian Lanjutan 69
5.5 Penutup 70
RUJUKAN 71
LAMPIRAN 76
xi
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
1.1 Pembahagian kes salah laku di sekolah mengikut
kategori dan peratusan kes
4
1.2 Kes ponteng pelajar Tingkatan Empat dan Lima
SMK Padang Tengku tahun 2002
4
3.1 Bilangan populasi dan sampel 25
3.2 Skala Likert 26
3.3 Taburan soalan Bahagian B 27
3.4 Taburan soalan Bahagian C 27
3.5 Item-item yang berbentuk pernyataan negatif 28
3.6 Nilai Alfa 28
3.7 Tahap min 30
4.1 Jantina 32
4.2 Keturunan 32
4.3 Penjaga responden 33
4.4 Pekerjaan ibu bapa atau penjaga 33
4.5 Pekerjaan ibu 34
4.6 Jumlah pendapatan ibu bapa atau penjaga 35
4.7 Cara datang ke sekolah 35
4.8 Jumlah hari tidak hadir ke sekolah 36
4.9 Sikap 37
4.10 Latar belakang keluarga 48
xii
4.11 Persekitaran sekolah 40
4.12 Pengaruh rakan sebaya 43
4.13 Merokok dan menghisap benda khayal 45
4.14 Melepak 46
4.15 Bergaduh 47
4.16 Perbuatan sumbang atau lucah 48
4.17 Jenayah 49
4.18 Kesan kepada pelajaran 50
4.19 Punca fenomena ponteng 52
4.20 Kesan fenomena ponteng 53
xiii
SENARAI RAJAH NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT 1.1 Kerangka kajian 13
xiv
SENARAI SINGKATAN BIL - Bilangan
BPPDP - Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan
P&P - Pengajaran Dan Pembelajaran
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPSS - Statistical Package For Social Sciences
xv
SENARAI LAMPIRAN LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT A Borang Soal Selidik 76
B Nilai Alfa 83
C Surat-surat Rasmi 86
D Keratan Akhbar 93
BAB I
PENGENALAN
1.1 Pendahuluan
Sekolah adalah sebuah institusi yang berperanan untuk memberikan pendidikan
kepada anak bangsa agar menjadi insan yang terdidik dan berjaya. Semua ibu bapa
menghantar anak -anak mereka ke sekolah dengan harapan mendapat seberapa banyak
ilmu dan kemahiran-kemahiran yang diperlukan. Tugas guru amatlah berat selain
mengajar mata pelajaran, guru juga menggantikan ibu bapa untuk membentuk pelajar-
pelajar supaya menjadi insan yang berakhlak dan berjaya pada masa hadapan.
Menurut Abdullah Ishak (1995), pendidikan juga membentuk tabiat dan sikap
seorang pelajar dalam pelbagai aspek kehidupan sama ada jasmani, rohani, akal, akhlak,
mahupun sosial pelajar supaya dapat mengabdikan diri kepada Allah. Begitu juga
dengan pendapat Mohd Salleh (2000) yang mengatakan bahawa dalam Falsafah
Pendidikan Negara disebut dengan jelas di mana pendidikan adalah untuk melahirkan
masyarakat yang berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah akan berjalan dengan lancar
sekiranya tiada penghalang. Antara perkara-perkara yang menjadi penghalang kepada
kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran ialah kurangnya kemahiran guru dalam
menyampaikan ilmu, masalah disiplin di kalangan pelajar, kekurangan kemudahan di
dalam kelas dan sebagainya. Disiplin atau tingkah laku pelajar yang baik merupakan
salah satu syarat untuk membolehkan proses penerimaan ilmu yang berkesan berlaku.
2
Ponteng adalah salah satu salah laku yang menyumbang kepada masalah disiplin di
kalangan pelajar sekolah. Sehubungan dengan itu, Ibrahim Saad (1982) telah
mengkategorikan ponteng kepada 3 kategori iaitu :
a. Kanak-kanak dalam peringkat umur persekolahan yang tidak didaftarkan dan
tidak hadir ke sekolah.
b. Kanak-kanak yang mahu datang ke sekolah tetapi tidak dapat berbuat
demikian disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan perbelanjaan, terpaksa
menolong ibu bapa bekerja, keuzuran dalam keluarga dan terpaksa menjaga
rumah, adik-adik dan sebagainya.
c. Mereka yang sengaja tidak datang ke sekolah. Mereka keluar dari rumah
dengan pakaian sekolah dan beg berisi buku-buku sebaliknya pergi ke kebun-
kebun, memancing ikan, mandi di lombong atau berfoya-foya di panggung
atau kompleks membeli belah.
Ponteng sekolah yang memberi kesan negatif kepada akhlak atau moral dan pelajaran
pelajar ialah sebagaimana ditakrifkan oleh Ibrahim Saad dalam kategori ( c ) di atas iaitu
mereka yang keluar dari rumah dengan berpakaian sekolah tetapi tidak sampai ke
sekolah. Fenomena ponteng akan mendedahkan pelajar kepada kegiatan yang tidak
bermoral iaitu kegiatan yang meruntuhkan akhlak dan mengelapkan masa hadapan
mereka.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Peningkatan masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia tidak pernah kurang
malah meningkat dari setahun ke setahun. Keadaan ini telah menimbulkan tanda tanya
kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlaku fenomena ini. Kes ponteng
sekolah terutamanya telah mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes
disiplin yang lain. Fenomena ponteng sekolah di kalangan pelajar terus bertambah
dengan kadar yang serius walaupun berbagai langkah telah dilaksanakan bagi
menanganinya.
Sufean Hussin (1993) berpendapat, salah laku ponteng masih berlaku walaupun
Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) telah dilaksanakan. Manakala
Yaakob Hj Yusuf (1997) pula menyatakan 50 peratus pelajar yang mempunyai masalah
di rumah atau di sekolah terlibat dalam kes ponteng. Pelajar yang terlibat akan mencari
jalan keluar untuk mengatasi masalah mereka iaitu keluar dari sekolah atau ponteng dan
terlibat dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah seperti merokok, mencuri,
melepak, dan melakukan pelbagai kegiatan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai
seorang pelajar.
Dalam kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia (1999), masalah ponteng sekolah merupakan antara kes yang tertinggi
peratusnya berbanding dengan kes-kes salah laku yang lain iaitu sebanyak 38,053 di
mana ia menyumbang 38.65 peratus daripada keseluruhan kes salah laku pelajar.
(rujuk Jadual 1.1).
4
Jadual 1.1 : Pembahagian kes salah laku di sekolah mengikut kategori dan
peratusan kes
Bil Kategori Jumlah Peratus (%)
1
2
3
4
5
6
7
8
9
Tingkah Laku Jenayah
Tingkah Laku Lucah
Tiada Kekemasan Diri
Tidak Menghargai Masa
Kurang Sopan
Tingkah Laku Musnah
Tidak Jujur
Ponteng
Lain-lain (salah laku yang tidak diberi kod dalam
Buku Rekod Salah Laku)
16,215
2,384
7,693
8,804
20,844
2,304
1,394
38,053
758
16.47
2.42
7.81
8.94
21.17
2.34
1.42
38.65
0.77
Jumlah 98,449 100
Kes-kes salah laku yang di tunjukkan dalam kertas kerja tersebut adalah selari
dengan laporan Hal Ehwal Murid (HEM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)
Padang Tengku, Kuala Lipis Pahang (rujuk Jadual 1.2) didapati bilangan pelajar yang
terlibat dalam kes ponteng sentiasa ada setiap bulan dan tidak pernah kurang, terutama
pelajar Tingkatan Empat. Keadaan ini amat membimbangkan pihak sekolah dan banyak
pihak.
Jadual 1.2 : Kes ponteng pelajar tingkatan empat dan lima SMK Padang
Tengku tahun 2003
Bulan
Tingkatan
Januari Febuari Mac April Mei Jun
Empat 15.65% 16.07% 24.4% 23.17% 27.91% 23.00%
Lima 4.60% 9.14% 6.49% 9.02% 7.67% 8.48%
5
Kajian Mustaza Abu Amin (1994), mendapati 171 kes daripada 613 kes
perlanggaran disiplin yang dilaporkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Jasin adalah kes
ponteng. Ini menunjukkan bahawa salah laku ponteng telah menyumbang sebanyak 27.9
peratus daripada kes-kes yang lain. Dalam kajian itu Mustaza telah meneliti beberapa
faktor sebagai punca yang menyebabkan berlaku fenomena ponteng iaitu:
a. faktor sikap
b. faktor keluarga
c. faktor persekitaran sekolah
d. faktor rakan sebaya
Sikap pelajar terhadap kepentingan sekolah merupakan faktor penting yang
menentukan mereka minat bersekolah atau tidak. Pelajar yang bersikap negatif akan
menganggap belajar itu suatu yang tidak berfaedah, bagi mereka lebih baik mereka
menghabiskan masa di tempat lain daripada berada di sekolah atau dalam kelas.
Menurut Ruhiyati Idayu (1978), sebab-sebab pelajar ponteng kerana sikap mereka yang
negatif terhadap pelajaran dan masa depan. Pelajar-pelajar ini menganggap pelajaran itu
tidak penting kepada mereka.
Jaafar (1977), menyatakan keluarga yang bertaraf sosioekonomi yang rendah dan
sikap ibu bapa yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak merupakan antara faktor
yang boleh mendorong pelajar ponteng sekolah. Kesimpulan yang boleh dibuat
mengenai faktor latar belakang keluarga ialah, sosioekonomi dan sikap ibu bapa
terhadap pendidikan anak-anak juga boleh menyumbang kepada berlakunya salah laku
di kalangan pelajar.
Pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang lain juga akan melakukan salah
laku ponteng. Mereka akan bersembunyi atau keluar dari kawasan sekolah untuk
mengelak daripada ditangkap oleh guru disiplin. Keadaan ini boleh di katakan sebagai
faktor persekitaran sekolah, di mana guru disiplin dan peraturan sekolah sebagai
elemennya. Menurut Ismail Darus (1981), peraturan dan disiplin yang ketat boleh
6
mengakibatkan berlaku fenomena ponteng. Corak kawalan yang membenarkan
“Hukuman Fizikal” boleh menyebabkan pelajar tidak suka terhadap sekolah dan ini juga
mendorong kepada ponteng.
Tugas guru selain mengajar, mereka juga sebagai tempat pelajar mengadu dan
mendapatkan nasihat, di sini kemahiran guru dalam berkomunikasi dengan pelajar
amatlah penting. Matsumoto (1982), menyatakan bahawa komunikasi guru yang lemah,
layanan yang tidak adil dan menyisihkan pelajar, sedangkan pelajar bergantung kepada
guru untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Keadaan seperti ini menyebabkan
pelajar merasa bosan ketika berada di sekolah.
Selain daripada itu pengaruh rakan sebaya juga boleh menyebabkan berlaku
fenomena ponteng di kalangan pelajar. Sebagai contoh sekumpulan pelajar telah datang
lewat ke sekolah kerana sebab-sebab yang munasabah seperti bas rosak, hujan yang
lebat dan sebagainya. Oleh kerana terpengaruh dengan ajakan rakan sebaya yang
mengatakan sekiranya masuk ke sekolah pada waktu itu nanti akan ditangkap oleh guru
dan akan dikenakan hukuman.
Bakhtiar Mansor (1977), pula berpendapat rakan sebaya boleh membawa
seseorang pelajar itu untuk mengenal dunia kebaikan dan keburukan terutama pada diri
sendiri . Rakan sebaya banyak memberi pendapat serta komen terhadap diri pelajar itu
sendiri. Maka rakan sebaya yang banyak membantu mengajar seseorang pelajar itu
untuk melakukan kebaikan atau keburukan.
Fenomena ponteng juga turut meninggalkan kesan yang negatif terhadap tingkah
laku pelajar, di mana didapati pelajar yang terlibat dalam salah laku ini turut terlibat
dalam kegiatan yang tidak bermoral yang lain seperti berjudi, hidu gam dan minim arak
(Berita Harian 20 Februari , 2004)
7
1.3 Pernyataan Masalah
Apakah punca dan kesan fenomena ponteng di kalangan pelajar Tingkatan Empat
Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang?
1.4 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:
1.4.1 Mengenal pasti adakah faktor sikap menjadi punca fenomena ponteng.
1.4.2 Mengenal pasti adakah faktor latar belakang keluarga menjadi punca fenomena
ponteng.
1.4.3 Mengenal pasti adakah faktor persekitaran sekolah menjadi punca fenomena
ponteng.
1.4.4 Mengenal pasti adakah faktor pengaruh rakan sebaya menjadi punca fenomena
ponteng.
1.4.5 Mengenal pasti kesan fenomena ponteng terhadap moral atau tingkah laku
pelajar.
1.4.6 Mengenal pasti kesan fenomena ponteng kesan terhadap prestasi akademik
pelajar.
8
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas, beberapa persoalan telah dibentuk iaitu:
1.5.1 Adakah sikap pelajar menjadi punca berlaku fenomena ponteng ?
1.5.2 Adakah latar belakang keluarga pelajar menjadi punca berlaku fenomena
ponteng ?
1.5.3 Adakah persekitaran sekolah menjadi punca berlaku fenomena ponteng ?
1.5.4 Adakah pengaruh rakan sebaya menjadi punca berlaku fenomena ponteng ?
1.5.5 Adakah fenomena ponteng memberi kesan kepada moral atau tingkah laku
pelajar ?
1.5.6 Adakah fenomena ponteng memberi kesan kepada prestasi akademik pelajar ?
top related