terencat akal ringan
Post on 27-Jun-2015
782 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TERENCAT AKAL RINGAN
Syahidah bt Jasman
Siti Qatrunnada Hanis bt Shariff
DEFINISI Individu yang mempunyai had tertentu dari segi
fungsi mental, disamping kemahiran yang rendah
dari aspek tingkah laku penyesuaian. Tingkah laku
penyesuaian melibatkan kemahiran penjagaan diri
seperti kebolehan memakai pakaian, makan atau
mengemas diri. Individu yang dikesan mengalami
kerencatan akal ada kalanya tidak dapat menjaga
diri sendiri atau hidup secara berdikari. Kecacatan
ini lazimnya dikesan sebelum usia 18 tahun.
TIGA KRITERIA UTAMA:
1. Kefungsian intelek di bawah purata
2. Lemah tingkah laku suaian
3.Kelihatan semasa zaman kanak-
kanak sehingga usia 18 tahun.
1. Kefungsian intelek di bawah purata
• Kefungsian intelek di bawah purata ditunjukkan
melalui kecerdasan intelek (IQ) melebihi
daripada satu sisihan piawai di bawah min
mengikut umur tertentu, iaitu dalam lingkungan
85 atau 85 bergantung kepada jenis ujian
kecerdasan yang digunakan.
2. Lemah tingkah laku suaian
• Tingkah laku suaian bermaksud keupayaan individu
untuk mencapai kehendak sosial dalam masyarakat
bersesuaian dengan umur kronologinya. Kanak-kanak
yang mempamerkan masalah dalam penyesuaian
tingkah laku dikatakan mengalami terencat akal. Kriteria
kemahiran yang termasuk dalam tingkahlaku suaian
adalah seperti berikut:
Komunikasi - keupayaan bertukar-tukar idea, mesej,
atau maklumat dengan orang lain sama ada secara
lisan, isyarat, atau cara-cara lain.
Urus diri - keupayaan untuk mengurus kebersihan diri,
makan, dan perkara lain yang berkaitan.
Kemahiran sosial - kebolehan berinteraksi dengan
baik/sesuai dengan orang lain.
Kehidupan di rumah/domestik- kebolehan mengurus
aktiviti harian kehidupan di rumah.
Bagi kanak-kanak kecil, tingkah laku suaian
termasuklah belajar merangkak, berjalan, dan
belajar bercakap.
Di peringkat sekolah rendah, tingkah laku suaian
termasuk mengambil giliran, mengikut arahan, dan
bergerak bebas dan selamat di kawasan sekolah.
.
Murid sekolah menengah pula, mereka
berupaya pergi ke pusat membeli belah,
makan bersama rakan, dan
membuatpersediaan untuk bekerja. Pelajar
yang terencat akal minima mungkin
mengalami kelewatan dalam beberapa
bidang tingkah laku.
3. Kelihatan Semasa Zaman Kanak-Kanak Sehingga Usia 18 Tahun
Ketidakupayaan intelek hendaklah ditunjukkan atau
dikesan semasa zaman kanak-kanak sehingga umur 18
tahun. Oleh itu, kurang upaya intelek yang berlaku
akibat daripada kecederaan atau penyakit selepas
perkembangan awal kanak-kanak tidak dianggap
sebagai terencat akal.
PENGKELASAN TERENCAT AKAL
UKURAN IQ
ARASPENGKELASA
N
STANFORDBINET
(SP=16)
WESCHLER(SD=15)
SISIHANPIAWAI
DIBAWAH MIN
Ringan 52 – 68 55 – 70 2 hingga 3
Sederhana 36 – 52 40 – 55 3 hingga 4
Teruk (severe) 20 – 36 25 – 40 4 hingga 5
Sangat teruk(profound)
bawah 20 bawah 25 melebihi 5
CIRI-CIRI INDIVIDU TERENCAT AKALMARILYN FRIEND (2005)
1. Ciri Kognitif
Ingatan Kanak-kanak terencar akal mempunyai masalah ingatan seperti kerap terlupa perkara yang sepatutnya dilakukan/ lupa perkara yang baru diajar.
Generalisasi Kebolehan mempelajari sesuatu perkara dan menggunakannya pada situasi yang lain dikatakan sebagai generalisasi. Kanak-kanak terencat akal menghadapi masalah membuat generalisasi dalam akademik, tingkah laku, dan interaksi sosial.
Metakognisi Kebolehan "berfikir tentang berfikir". Sekiranya menghadapi sesuatu masalah dalam rutin harian, mereka akan menghadapi kesukaran menyelesaikannya
Motivasi Mengalami masalah motivasi yang rendah seperti tidak mahu meneruskan sesuatu tugasan dan mudah berputus asa.
Bahasa Kebanyakannya lewat dalam perkembangan bahasa. Misalnya mereka mengambil masa yang lama hanya untuk memahami konsep mudah seperti konsep atas, bawah, tepi, dansebagainya.
2. Ciri Akademik
Dalam proses pembelajaran, murid terencat akal
selalunya perlu bekerja lebih keras, membuat
latihan yang banyak, dan memerlukan masa
yang lama berbanding murid-murid normal yang
lain Selain itu pencapaian akademik mereka
adalah rendah.
3. Sosial
Kebanyakan murid terencat akal menghadapi
kesukaran dalam hubungan sosial. Kebiasaannya
mereka kurang diterima oleh rakan sebaya dan
mungkin diketepikan langsung. Keadaan ini
disebabkan murid ini berkelakuan tidak matang,
tidak dapat menyesuaikan diri dalam situasi sosial,
dan mereka mempunyai masalah menguasai kiukiu
sosial vana halus sehingga mereka kerap kali salah
tafsir aksi-aksi murid lain.
4. Ciri Tingkah Laku Tambahan
Terdapat sesetengah kanak-kanak terencat akal
mempunyai tingkah laku yang khusus. Di
antaranya adalah seperti mahukan ganjaran
tertentu, menarik rambut, menggigit, atau tabiat
suka mencederakan diri.
5. Emosi
Memerlukan perhatian akibat daripada perasaan
kesunyian, kemurungan, dan juga kemahiran sosial.
6. Ciri Fizikal dan Kesihatan
Mempunyai masalah kesihatan sampingan selain
kecacatan yang dialami. Misalnya kanak-kanak
sindrom down menunjukkan ciri-ciri kelainan pada
muka, jari, dan badan serta penyakit penyakit seperti
jantung berlubang dan paru-paru.
7. Tumpuan
Tumpuan atau fokus dalam proses pembelajaran
sangat penting untuk memahami sesuatu tugasan
yang diberikan sebelum proses pembelajaran
berlaku. Kebanyakan kanak-kanak sukar untuk
menumpukan perhatian terhadap sesuatu atau sukar
memberi tumpuan dalam tempoh masa yang lama.
Kanak-kanak ini juga tidak dapat menyelesaikan
masalah kerana tidakupayaan untuk berfikir secara
logik.
8. Ingatan
Kajian menunjukkan kanak-kanak terencat akal
menghadapi masalah untuk mengingat maklumat
yang diterima. Ketidakupayaan untuk mengingat
maklumat yang disampaikan menghadkan
kemampuan mereka untuk belajar. Keadaan ini
merupakan halangan utama dalam proses
pembelajaran di sekolah.
9. Ingatan
Kebolehan mengingat merupakan proses
pembelajaran yang kompleks dan memerlukan
kaedah yang sesuai. Kanakkanak terencat akal
menghadapi kesukaran untuk mengingat konsep
serta perkara-perkara yang berkaitan teori
tentang sesuatu perkara.
10. Perkembangan Bahasa
Bahasa digunakan seawal usia kanakkanak
untuk keperluan komunikasi, menyampaikan
kehendak dan perasaan dalam sesuatu
persekitaran (Hatton,1998).
Kelewatan perkembangan bahasa merupakan
antara bukti jelas yang dapat dilihat pada kanak-
kanak terencat akal (Warren & Abbeduto, 1992).
Masalah pertuturan seperti masalahartikulasi biasa
boleh dikesan pada kanak-kanak terencat akal.
Umumnya, bagi kanak-kanak yang mengalami
kerencatan akal ringan, perkembangan bahasa
mereka adalah selari dengan kanak-kanak normal,
namun kemajuan perkembangan bahasa mereka
agak perlahan sekiranya kategori yang dialami
terencat akal teruk.
Kelewatan perkembangan bahasa dalam kalangan
kanak-kanak terencat akal mempunyai hubung
kait dengan keyakinan diri. Kanak-kanak terencat
akal sukar untuk menyampaikan bahasabahasa
berasaskan linguistik dan menyebabkan
penguasaan bahasa yang lemah.
11. Pencapaian Akademik
Kanak-kanak terencat akal lazimnya mempunyai
pencapaian akademik yang rendah berbanding
rakan sebaya normal yang lain. Kanak-kanak
terencat akal juga sering mempunyai jangkaan
pencapaian yang rendah disebabkan tahap
kemampuan intelek yang dimiliki (mac millan,
1982).
12. Perkembangan Sosial
Kanak-kanak terencat akal lazimnya lebih sensitif
dan emosional. Kanak-kanak ini juga menghadapi
masalah dalam berkomunikasi dengan rakan sebaya.
Kemahiran sosial kanak-kanak dipelajari sewaktu
menerima pengajaran di sekolah. Namun begitu,
kanak-kanak terencat akal ini tidak dapat memahami
peranan menunggu giliran seperti menunggu giliran
apabila seseorang selesai bercakap sebelum
memulakan topik perbualan.
13. Perkembangan Sosial
Kanak-kanak terencat akal juga menghadapi masalah
untuk memahami konsep-konsep sosial. Sebagai
contoh, konsep wang. Mereka menghadapi masalah
untuk memahami fungsi wang serta kegunaan wang
dalam kehidupan harian. Kanak-kanak terencat akal
juga sukar memahami kesan dan akibat sesuatu
perhubungan. Contohnya, mengenal pasti bahawa
terdapat kesan daripada setiap tindakan yang
dilakukan.
top related