teori pneumatik spe4612
Post on 06-Aug-2015
385 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TEORI PNEUMATIK
OBJEKTIF
Selepas mempelajari unit ini, pelajar dapat :
i. Menyatakan kepentingan dan kegunaan sistem pneumatik dalam industri.
ii. Mengenalpasti kegunaan, fungsi serta simbol komponen pneumatik.
iii. Menerangkan serta menganalisis perjalanan dalam litar pneumatik mudah.
iv. Mengatasi masalah yang wujud dalam litar penumatik mudah.
PENDAHULUAN
Sistem pneumatik adalah sistem yang menggunakan gas termampat yang
lazimnya udara, untuk menghantar dan mengawal kuasa. Kos untuk menjana sistem
pneumatik ini sebenarnya jauh lebih murah kalau dibandingkan dengan sistem hidraulik.
Ini kerana udara yang digunakan oleh sistem ini boleh diperolehi dengan percuma.
Walau bagaimanapun, udara perlulah dimampatkan terlebih dahulu oleh pemampat.
Dalam sistem pneumatik, udara termampat digunakan sebagai tenaga. Udara dari
atmosfera dimampatkan oleh pemampat kepada tekanan yang tinggi dan disimpan dalam
tangki. Udara termampat ini digunakan untuk menghasilkan kerja yang digerakkan oleh
alatan pengerak linear atau putaran.
Secara amalinya, sistem pneumatik selalunya digunakan untuk kerja-kerja yang
ringan. Ini disebabkan oleh ketumpatan udara adalah jauh lebih rendah berbanding
minyak. Selain daripada itu, ia juga disebabkan oleh sifat udara yang boleh mampat. Ini
menyebabkan penghantaran beban bagi sistem pneumatik menjadi kurang tepat
berbanding dengan sistem hidraulik. Di samping itu juga, peralatan sistem pneumatik
lebih cepat menghaus. Ini disebabkan kurangnya pelinciran antara komponen sistem
tersebut yang bergesel. Untuk mengurangkan masalah ini, sistem pneumatik memerlukan
sedikit bahan pelincir.
Sistem pneumatik memerlukan udara termampat daripada 40 l/min sehingga
20 000 l/min hantaran udara bebas piawai. Hantaran udara bebas piawai (standard free air
delivery) merujuk kepada udara bebas di atmosfera yang berada pada tekanan atmosfera
1.013 bar (mutlak) dan suhu persekitaran pada 20oC yang telah dimampatkan oleh
pemampat dan ia disimpan di dalam penerima. Walau bagaimanapun, kadar alir udara
yang selalunya digunakan ialah 800 l/min hantaran udara bebas piawai. Kalau
dibandingkan dengan sistem hidraulik, bendalir kerja sistem hidraulik akan dipamkan
dari tangki menuju ke sistem. Bunyi bising akan keluar dari pam semasa beroperasi.
Walaupun sistem pneumatik ini mempunyai pemampat yang disimpan di tempat lain
(selalunya tidak diletakkan bersama dengan alat kerja) tetapi semasa operasinya, injap
atau komponen lain sistem pneumatik ini akan mengeluarkan bunyi akibat pelepasan
udara ke atmosfera. Walaupun begitu, penyenyap akan digunakan untuk mengurangkan
masalah bunyi bising ini.
Sistem pneumatik digunakan secara meluas dalam industri pembuatan yang
banyak menggunakan peralatan ringan atau seperti peralatan mesin canai mudah alih,
pemutar sepana soket, sistem automasi dalam industri pemasangan komponen elektronik
dan sistem robotik yang digunakan pada mesin larik CNC.
Kegunaan pneumatik
i. Mengangkat dan memindahkan objek.
ii. Memotong, mengecap, mengapit dan membentuk komponen.
iii. Membungkus.
iv. Memindahkan bahan atau barangan (ambil dan letak).
v. Menyusun peralatan.
vi. Sistem pintu bas.
vii. Penyemburan cat.
viii. Robot.
Kelebihan dan kekurangan pneumatik
Pneumatik banyak digunakan kerana mempunyai kelebihan. Di antara kelebihan
menggunakan pneumatik ialah:
a. Sistem pneumatik dapat dikerjakan dan dipraktikkan. Kecekapannya
tinggi pada suhu bawah 120 o C.
b. Sistem ini bersih dan selamat, jika berlaku kebocoran paip, ia tidak
menimbulkan masalah pencemaran alam kerana ia hanya menggunakan
udara.
c. Pergerakan linear (linear actuator) dapat beroperasi dalam kelajuan yang
tinggi.
d. Injap pneumatik sesuai untuk fungsi logik dan digunakan untuk turutan
yang kompleks dan kombinasi mesin.
e. Elemen-elemen dan perkakasnya mudah dan ini menjadikannya ia murah
f. Mudah untuk diselenggarakan.
Namun begitu pneumatik mempunyai kekurangan. Di antara kelemahan sistem
pneumatik ialah:
i. Memerlukan kos yang tinggi untuk menghasilkannya.
ii. Memerlukan pembersihan udara.
iii. Daya angkat yang rendah iaitu 25 kN.
iv. Kedudukan perantaraan yang susah untuk diubah.
v. Pencemaran bunyi dan memerlukan penyerap bunyi.
Risiko menggunakan pneumatik.
Semua udara bertekanan adalah merbahaya. Udara yang bertekanan tinggi dan
nitrogen adalah beracun tetapi tidak mudah terbakar. Oleh itu ia perlulah dikendalikan
dengan penuh berhati-hati. Ada diantara sistem pneumatik yang beroperasi pada udara
yang mempunyai tekanan 3000 psi. Udara yang bertekanan tinggi ini boleh menyebabkan
kecederaan pada tubuh badan dan merosakkan harta benda. Beribu-ribu orang pekerja
telah sesak nafas dan buta mata kerana kecuaian semasa mengendalikan peralatan
pneumatik. Gas nitrogen yang terdapat didalam udara yang telah dimampatkan tidak
dapat membantu untuk pernafasan apabila ia dilepaskan pada udara sekeliling. Gas
nitrogen yang banyak akan menyebabkan 'asphyxia' iaitu kurangnya kandungan gas
oksigen dan bertambahnya kandungan gas karbon dioksida di dalam darah.
Langkah-langkah keselamatan
Kecederaan dan kemusnahan harta benda dapat dikurangkan semasa
menggunakan peralatan pneumatik dengan menitik beratkan langkah-langkah
keselamatan semasa mengendalikannya. Diantara langkah-langkah keselamatan yang
perlu dipatuhi ialah:
i. Jangan menggunakan udara bertekanan tinggi untuk membersihkan tubuh
badan dan pakaian.
ii. Jangan sesekali membaikpulih kebocoran semasa udara masih dalam keadaan
bertekanan tinggi. Sentiasa meletakkkan tag ‘bahaya’ pada alatan yang sedang
dalam pembaikan.
iii. Elakkan haba yang panas terkena pada sistem saliran paip atau komponen dan
elakkan mengalirkan udara yang bertekanan tinggi pada paip secara mendadak.
iv. Elakkan membuka injap dengan cepat. Haba yang terhasil daripada tekanan
yang mendadak pada saliran paip yang kosong boleh menyebabkan berlakunya
letupan jika terdapat minyak di dalam saliran paip. Injap sepatutnya dibuka
perlahan-lahan sehinggalah tekanan dikedua-dua belah bahagian seimbang.
Nilai purata tekanan udara sepatutnya dikekalkan pada 200 psi persaat jika
boleh. Selepas itu barulah injap dibuka sepenuhnya.
v. Jangan sesekali menyuntik gas nitrogen dengan banyak secara mendadak
ruang yang kosong.
vi. Jangan sesekali meletakkan selinder gas yang bertekanan tinggi pada suhu
melebihi 130˚F.
PNEUMATIK
Definisi
Satu sistem kawalan yang menggunakan udara yang bertekanan tinggi dengan
injap tertentu melakukan kerja (pergerakan). Secara ringkasnya:-
Carta Alir 1 : Sistem Kawalan Pneumatik
Perbezaan antara pnuematik dan hidraulik
PNEUMATIK HIDRAULIK
1. Peralatan yang digunakan bersaiz kecil 1. Peralatannya besar dan berat
2. Tekanan rendah (2 – 10 bar) 2. Tekanan tinggi ( lebih daripada 10 bar)
3. Mengunakan udara mampat 3. Menggunakan bendalir hidraulik
4. Melakukan tugas ringan 4. Melakukan tugas berat
5. Pergerakan cepat 5. Pergerakan lambat / perlahan
6. Bersih 6. Berminyak
7. Kos yang lebih rendah 7. Kosnya mahal
8. Melakukan beban ringan & pertengahan 8. Mengangkat beban yang berat
Jadual 1 : Perbezaan Antara Pnuematik Dan Hidraulik
Udara mampat Injap Kerja
KOMPONEN SISTEM PNEUMATIK & FUNGSINYA
Sistem pneumatik terdiri daripada komponen seperti pemampat, penerima,
penapis, pengatur tekanan, pengering, penyenyap, injap kawalan berarah, injap kawalan
aliran dan silinder seperti dalam Rajah 2.
Komponen-komponen ini mempunyai kegunaan dan fungsinya yang tertentu
untuk memastikan supaya sesuatu sistem pneumatik dapat digunakan untuk melakukan
sesuatu kerja yang ditentukan.
Rajah 2 : Komponen asas dalam sistem pneumatik
1.2.1 Pemampat Udara
Dalam sistem pneumatik, pemampat udara berfungsi meningkatkan tekanan
udara atmosfera kepada udara termampat bertekanan tinggi. Rajah 3 menunjukkan
contoh sebuah pemampat udara jenis omboh. Pada pemampat udara jenis omboh, motor
elektrik digunakan untuk memutarkan aci engkol yang dipasang pada omboh bagi
menghasilkan gerakan turun dan naik omboh. Penghasilan udara termampat berlaku
apabila omboh bergerak ke bawah. Rajah 4 (a). Ketika ini, udara dari atmosfera disedut
masuk melalui injap sedutan.
Pada lejangan omboh ke atas, Rajah 4 (b) udara yang berada dalam silinder omboh
akan ditolak ke atas. Ini menyebabkan injap sedutan tertutup dan injap hantaran terbuka.
Seterusnya udara akan dihantar ke tangki tekanan tinggi. Proses ini berlaku berulang kali
dengan setiap putaran aci engkol sehingga menyebabkan udara termampat yang
dihasilkan mencapai nilai tekanan yang dikehendaki.
Rajah 3 : Pemampat omboh satu peringkat
Rajah 4 : Menunjukkan gerakan omboh pada lejangan
a) Rajah A - Gerakan omboh pada lejangan ke bawah
b)Rajah B - : Gerakan omboh pada lejangan ke atas
BA
Jenis 1: Pemampat satu omboh
Jenis 2: Pemampat 2 omboh
Rajah 4.1: Keratan rentas pemampat
Rajah 4.2: Pergerakan omboh
Jenis 3: Pemampat bilah kipas
Rajah 4.3: Keratan 2 omboh
Rajah 4.4: Pergerakan 2 Omboh
Jenis 4: Pemampat Helical
1.2.2 Penerima
Penerima udara termampat diperbuat daripada kepingan keluli yang tahan tekanan
Rajah 4.6: Pergerakan pemampat helical.pdf)
Rajah 4.5: Komponen pemampat bilah dan pusingannya
tinggi, dan dalam bentuk silinder dengan kedua-dua hujungnya ditutup dengan semisfera
seperti dalam Rajah 5.
Rajah 5 : Penerima dan bahagian utamanya
Fungsi utamanya adalah untuk menyimpan serta menstabilkan tekanan udara
termampat yang dihasilkan oleh pemampat. Penerima juga mengasingkan lembapan
dan minyak yang wujud akibat proses pemeluwapan semasa proses mampatan
udara dijalankan. Penerima dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan seperti injap
keselamatan, tolok tekanan, saliran keluar dan penutup yang digunakan untuk tujuan
pemeriksaan dan kerja kerja pembersihan dalaman tangki penerima.
1.2.3 Pengering
Fungsi utama pengering, Rajah 6, adalah untuk menyerap lembapan daripada
udara termampat. Lembapan yang ada dalam udara termampat boleh merosakkan
komponen-komponen dalam sistem pneumatik. Terdapat beberapa jenis operasi
pengering yang digunakan dalam sistem pneumatik yang beroperasi secara pengering
serapan dan proses serapan penyejukan.
Rajah 6 : Keratan rentas pengering.
1.2.4 Penapis Udara
Sistem pneumatik menggunakan udara persekitaran sebagai sumber udara untuk
menghasilkan udara termampat. Udara atmosfera mengandungi bendasing dan habuk.
Oleh itu, penapis, Rajah 7(a), digunakan untuk menapis bendasing dan habuk atau
butiran pasir daripada memasuki sistem pneumatik kerana ia boleh mengakibatkan
kerosakan pada komponen-komponen pneumatik. Rajah 7(b) menunjukkan keratan
rentas penapis yang dilengkapi dengan elemen penapis yang mampu menapis bendasing
bersaiz sehingga lima mikron.
a) : Penapis b) : Keratan rentas penapis.
Rajah 7 : Menunjukkan penapis dan keratannya
1.2.5 Pengatur Tekanan dan Tolok
Tekanan udara termampat perlu dilaraskan pada had yang betul dan sesuai
bagi memastikan sistem pneumatik dapat berfungsi dengan sempurna. Tekanan
yang terlalu rendah mengakibatkan sistem pneumatik tidak dapat beroperasi dengan
berkesan. Pengatur tekanan perlu digunakan untuk melaraskan serta mengimbangi
tekanan yang hendak digunakan dalam sistem. Skru pelaras [Rajah 8(a)] akan
dilaraskan bagi membuka injap utama untuk membenarkan tekanan udara termampat
yang dikehendaki sahaja masuk kedalam sistem pneumatik [Rajah 8(b)] . Tolok
tekanan digunakan bagi menunjukkan nilai tekanan yang dilaraskan oleh pengatur
tekanan untuk kegunaan dalam sistem.
Rajah 8 (a) : Pengatur tekanan dan tolok tekanan
Rajah 8 (b) : Keratan rentas pengatur tekanan
1.2.6 Alat Pelincir
Kebanyakan komponen dalam sistem pneumatik memerlukan pelincir untuk
membolehkannya berfungsi dengan lancar serta memanjangkan hayatnya. Alat
pelincir, Rajah 9, berfungsi dengan menyembur pelincir dalam bentuk kabus kepada
udara termampat. Ini berlaku apabila udara termampat dialirkan masuk ke dalam
balang alat pelincir, seterusnya memberikan tekanan kepada cecair pelincir dalam balang.
Pelincir akan mengalir naik melalui tiub suapan dan keluar melalui pendikit minyak. Di
sinilah aliran pelincir akan bertukar kepada semburan kabus dan bercampur dengan udara
termampat.
Walau bagaimanapun, tidak semua sistem pneumatik yang memerlukan
penggunaan pelincir. Atas sebab-sebab kebersihan, industri pengeluaran makanan dan
ubatan tidak menggunakan pelincir dalam sistem pneumatiknya.
Rajah : Keratan rentas alat pelincir
Rajah 9 : Alat Pelincir
1.2.7 Injap Kawalan Berarah
Kegunaan injap kawalan berarah, Rajah 10, adalah sama seperti injap kawalan
berarah pada sistem hidraulik (mengawal arah aliran). Perbezaannya adalah dari segi
fizikal iaitu saiz injap kawalan berarah pneumatik lebih kecil berbanding injap kawalan
berarah hidraulik.
Rajah 10 : Injap kawalan berarah 3/2.
Rajah 11 menunjukkan bagaimana injap kawalan berarah 3/2 berfungsi. Pada
kedudukan pertama, liang aliran masuk udara (P) ditutup oleh kili. Pada kedudukan ini,
tiada udara termampat yang dapat melalui injap, manakala pada kedudukan kedua (kili
ditolak ke kanan) liang laluan P ke A akan terbuka dan seterusnya membenarkan udara
termampat masuk ke sistem. Kedudukan kili boleh digerakkan dengan mengenakan daya
pada hujung kili. Kedudukan kili tersebut boleh digerakkan secara insani (cth: Push
Button, Lever, Pedal dsb) atau gerakan solenoid. Penyambungan aliran pada sistem
pneumatik dikenalpasti dengan tandaan huruf-huruf besar seperti:
A dan B untuk aliran operasi atau bekalan aliran ke silinder
P untuk sumber tekanan udara termampat.
R dan S untuk arah aliran keluar tekanan.
Rajah 11 : Cara injap kawalan berarah 3/2 berfungsi
1.2.7.1 Injap Kawalan Berarah Gerakan Insani
Gerakan insani ialah kawalan yang dikenakan ke atas kili injap kawalan berarah
secara manual. Kili injap akan digerakkan menggunakan samaada butang tekan, tombol
berputar, tuil atau kunci. Contoh kili injap kawalan berarah insani dengan butang tekan
adalah seperti dalam Rajah 12(a), dan Rajah 12(b) menunjukkan keratan rentas injap
kawalan berarah 5/2.
Rajah 12 (a) : Injap kawalan berarah gerakan insani
Rajah 12 (b) : Keratan rentas injap kawalan berarah 5/2
1.2.7.2 Injap Kawalan Berarah Gerakan Solenoid
Injap kawalan berarah gerakan solenoid [Rajah 5.29(a)] menggunakan kuasa
elektrik untuk menggerakkan kili dalam injap. Kuasa elektrik yang dibekalkan ke
lingkaran solenoid akan membentuk daya medan magnet. Daya medan magnet yang
terhasil akan menarik atau menolak angker yang disambungkan ke kili yang berfungsi
membuka atau menutup liang laluan udara termampat seperti dalam Rajah 5.29(b).
Rajah 13 (a) : Injap kawalan berarah gerakan solenoid
Rajah 13(b) : Keratan rentas injap kawalan berarah 3/2 gerakan solenoid tunggal
1.2.8 Penyenyap
Aliran udara termampat yang mengalir dalam saluran paip dan melalui
komponen-komponen sistem pneumatik seperti injap kawalan berarah, silinder, alat
pelincir dan pengering adalah dalam kadar halaju yang tinggi. Kelajuan ini menghasilkan
bunyi yang kuat dan bising. Oleh itu, penyenyap dipasangkan pada sistem tersebut bagi
mengurangkan bunyi bising yang mengganggu pengguna. Rujuk Rajah 14(a) dan (b).
Rajah 14 (a) : Penyenyap Rajah 14 (b) : Keratan rentas penyenyap
1.2.9 Injap Kawalan Aliran
Injap kawalan aliran Rajah 15(a) berfungsi mengawal kadar aliran udara
termampat yang memasuki silinder pneumatik. Rajah 15(b) menunjukkan skru
pendikit yang boleh dilaraskan bagi mengawal kemasukan udara termampat ke dalam
silinder bagi mengawal kelajuan gerakan silinder pneumatik.
Rajah 15 (a) : Injap kawalan aliran
Rajah 15 (b) : Keratan rentas injap kawalan aliran
1.2.9 Silinder
Bagi sistem pneumatik, kerja yang dilakukan oleh penggerak berlaku dengan cara
gerakan linear atau berputar. Silinder biasanya digunakan untuk penggerak gerakan
linear. Silinder boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
Silinder tindakan searah (Single Acting Cylinder)
Silinder tindakan dua arah (Double Acting Cylinder)
1.2.10.1 Silinder Tindakan Searah
Silinder ini mempunyai satu liang masukan udara termampat [Rajah 16(a)].
Udara termampat yang memasuki liang tersebut akan menghasilkan daya yang bertindak
menolak omboh ke depan. Situasi ini berlaku apabila daya yang terhasil mengatasi daya
pegas di bahagian hadapan omboh. Untuk mengembalikan omboh ke kedudukan asal (ke
belakang), bekalan udara termampat mestilah dihentikan. Daya pegas akah menolak
omboh ke kedudukan asalnya.
Rajah 16 (a) : Silinder tindakan searah
Rajah 16 (b) : Keratan rentas silinder tindakan searah
1.2.10.2 Silinder Tindakan Dua Arah
Silinder tindakan dua arah mempunyai dua liang aliran udara bagi
menghasilkan daya lejangan keluar dan masuk [Rajah 17(a)]. Jika udara termampat
dialirkan ke liang hadapan melalui A, omboh rod akan bergerak ke luar. Apabila udara
termampat dialirkan ke liang B, omboh akan bergerak masuk [Rajah 17(b)]. Rajah 17(c)
pula menunjukkan gerakan silinder yang bergantung pada aliran udara termampat yang
dialirkan ke liang silinder.
Rajah 17 (a) : Silinder tindakan dua arah
Rajah 17 (b) : Aliran udara melalui B menyebabkan omboh dan rod masuk
Rajah 17 (c) : Aliran udara termampat melalui A menyebabkan omboh dan rod keluar
PENGALIRAN ASAS PNEUMATIK
Penggerak (Actuator)
Gambarajah Pengaliran Asas Pneumatik
Fungsi setiap bahagian
Pemampat (Compressor)
i. Punca bekalan kuasa pneumatik iaitu dengan memampatkan udara.
Terbahagi kepada 2 jenis iaitu :-
a. Displesment - terdiri daripada jenis piston dan diafram.
b. Dynamic - terdiri daripada linear compressor dan
compressor (pemampat).
Elemen Masukan (Input Element)
i. Elemen yamg mula-mula sekali menerima arahan atau
maklumat kepada sistem kawalan.
Elemen keluaran (Output element)
Elemen Proses (Processing Element)
Pemampat
(Compressor)
Elemen Masukan (Input Element)
c. Contohnya ialah punat tekan (push button), suis had (limit switch),
niddle, roller (pengelek, pengguling, penggulung),
sensor (penderia) dan lain-lain.
Elemen Proses (Prosessing Element )
i. Bertanggungjawab memproses maklumat yang diterima dari elemen
masukan (input element).
ii. Contoh bagi bahagian ini ialah :-
a. Injap
pengatur
laluan
(Flow
control
valve)
b. Injap dua tekanan (Flow two pressure valve)
c. Injap olak-alik (Shuttle valve)
d. Injap ekzos cepat (Quick exhaust valve)
e. Injap sehala (One way valve)
Elemen Keluaran (Output Element)
i. Elemen yang menentukan atau mengeluarkan arahan bagi tindakan
seterusnya.
ii. Contohnya ialah injap kawalan aras (Directional Control Valve).
DCV terbahagi kepada dua :-
b. Single pilot
c. Double pilot
ii. Jenis-jenisnya terbahagi kepada 4 iaitu :
a. 5 / 2 control valve
b. 4 / 2 control valve
c. 3 / 2 control valve
d. 2 / 2 control valve
Penggerak (Actuator)
i. Elemen yang melakukan kerja
ii. Contoh penggerak ialah motor udara dan piston. Bahagian ini
menukarkan tekanan mampat kepada kerja.
1. Pergerakkan pneumatik adalah secara linear dan berputar. Pergerakkan linear ini
adalah hasil tindakan omboh (piston). Terbahagi kepada dua jenis iaitu :-
a. Selinder satu tindakan (single action) - Mempunyai satu lubang udara
masuk dan menghasilkan lejang kuasa dalam satu arah.
b. Selinder dua tindakan (double action) - Mempunyai dua lubang udara
masuk dan menghasilkan lejang kuasa dalam dua arah. Mempunyai kuasa
yang lebih tinggi dan sesuai untuk semua kegunaan.
1. Injap digerakkan untuk mengawal dan memindahkan pergerakan tekanan udara
atau bendalir. Injap didaftarkan di bawah ISO 1219.
Contoh jenis-jenis Injap:-
a. 5 / 2 way valve
b. 4 / 2 way valve
c. 3 / 2 way valve
d. 2 / 2 way valve
Actuator
bergerak
Injap (valve)
Simbol bagi Injap
CONNECTION ISO 1219 ISO 5599 FUNGSI
Supply port P 1 Membekalkan udara mampat dari punca
udara mampat
Outlet port A,B 2,4 Saluran yang mengeluarkan udara
mampat kepada actuator untuk
membolehkan pergerakan.
Exhaust port R,S 3,5 Ekzos - saluran yang mengeluarkan udara
yang tidak diperlukan
Control port Y,Z 12,14 Saluran yang berfungsi sebagai penanda
arah kawalan sesuatu injap,udara yang
dibekalkan dimampat.
Jadual 2 : Simbol-simbol Bagi Injap
PENYATAAN/ TEORI BERKAITAN PNEUMATIK
Bagi memudahkan penerangan fungsi, komponen dan simbol sistem pneumatik, ia boleh
dikelompokkan kepada empat bahagian utama iaitu :-
i) Bahagian perkhidmatan pembekalan
ii) Bahagian pengawalan pneumatik
iii) Bahagian penggerak atau penukar
iv) Bahagian pemindahan tenaga / penghantar
Bahagian perkhidmatan pembekalan
Bahagian ini berfungsi menyediakan udara mampat daripada sumber udara di
atmosfera. Udara ini kemudiannya dimampatkan oleh pemampat dan disimpan dalam
tangki penerima udara. Isipadu dan tekanan udara mestilah mampu menampung
keseluruhan litar pneumatik.Komponen utama bahagian ini adalah :-
a) Motor elektrik
b) Pemampat
c) Penyejuk
d) Penapis minyak dan air
e) Tangki (penerima udara)
f) Pengering
g) Penapis udara
h) Pelicin
i) Tolok tekanan
j) Alat atur tekanan
Bahagian pengawalan pneumatik
Bahagian ini berfungsi mangawal tekanan, kadar aliran dan arah udara termampat.
Kawalan ini dilakukan oleh injap tertentu. Komponen yang digunakan bahagian ini
adalah :-
simbol Function Aliplkasi
3/2 Normal Closed (N.C)
memberi tekanan atau
buangan kepada bahagian
luaran A
Silinder satu
tindakan (Jenis
Tolakan), signal
pneumatik
3/2 Normal Open (N.O)
memberi tekanan atau
buangan kepada bahagian
luaran A
Silinder satu
tindakan (jenis
Tarikan), signal
pneumatik
songsang
5/2 ; Penukaran antara
output A dan B, tanpa
exhaut berbeza
Silinder dua
tindakan
Bahagian penggerak atau penukar
Penggerak dinamakan juga penukar iaitu bahagian yang menukar tenaga
pneumatik menjadi tenaga mekanikal. Beban yang dipasang pada penggerak bagi
melakukan kerja. Mengangkut, menolak, atau memutar seperti motor.
Komponen yang digunakan ialah :-
a) Silinder satu tindakan (Single Acting Cylinder). Berfungsi mengerakkan beban
satu arah. Silinder ini mempunyai satu spring kembali (pegas)
b) Silinder dua tindakan (Double Acting Cylinder). Berfungsi mengerakkan beban
dua arah. Silinder ini mempunyai satu rod, dua liang tanpa pegas
Bahagian Pemindahan Tenaga
Bahagian ini memindahkan udara termampat yang terdapat dibahagian
perkhidmatan bekalan yang dialihkan ke dalam litar perpaipan. Paip ini lazimnya
diperbuat daripada besi khas. Semakin kecil paip itu bererti semakin kecil tenaga
dihasilkan dan ianya sesuai digunakan jika tekanannya sederhana. Komponen yang
digunakan bahagian ini adalah :-
a) Secara insani (langsung) melalui anggota manusia iaitu punat tekan (push
button). Berfungsi dengan kawalan paling mudah dengan menekan punat tekan.
b) Secara mekanik iaitu limiting switch.Berfungsi berupa roda yang
mudah berputar.
PERPAIPAN SISTEM PNEUMATIK
GAMBARAJAH & SIMBOL-SIMBOL BERKAITAN PNEUMATIK
Rajah 3.1: Sistem hujung mati
Rajah 3.2: Sistem bercabang
PENGGERAK PNEUMATIK
INJAP PNEUMATIK
Rajah 6.0: Komponen penggerak (Actuator) pneumatik
Rajah Simbol Penggerak (Actuator)
INJAP KAWAL KADARALIR BOLEH LARAS
Rajah Komponen injap
Rajah Aliran udara di dalam injap
INJAP PENGATUR ARAH
Rajah Simbol dan aliran udara di dalam injap
SIMBOL SUIS INJAP PENGGERAK
Rajah Simbol injap pengatur arah
SIMBOL-SIMBOL PNEUMATIK
Rajah Simbol suis injap penggerak (actuator)
CONTOH LITAR ASAS
Rajah 12: Control of Single Acting Cyclinder
top related