teori pemprosesan maklumat(pembentangan)

Post on 20-Jan-2016

59 Views

Category:

Documents

1 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

EXAM

TRANSCRIPT

TEORI PEMPROSESAN MAKLUMAT

• Miller, Baddely, Atkinson, dan Shiffrin adalah diantara oleh beberapa ahli psikologi yang telah mengkaji tentang teori ini.

• Dalam tahun 1968 Atkinson dan Shiffrin telah mengemukan satu model tentang ingatan manusia yang dipanggil teori pemprosesan maklumat.

• Teori ini menganalogi cara kita memproses ingatan seperti komputer.

• Iaitu, otak kita menerima, memproses, mengeluarkan maklumat bila perlu dan menghasilkan tindakan terhadap maklumat yang diterima.

• Justeru, pemprosesan melibatkan pengumpulan dan memberi makna yang dipanggil encoding, menyimpan maklumat dan mengeluarkan maklumat bila diperlukan yang dipanggil retrieval.

• Model ini mencadangkan maklumat diproses dan disimpan dalam tiga peringkat; ingatan sensori , ingatan jangka-pendek, dan ingatan jangka-panjang.

INGATAN SENSORI • Maklumat dalam bentuk rangsangan yang

pelbagai masuk ke dalam sistem pemprosesan manusia melalui pelbagai deria kita.

• Ingatan ini sekejap ( kurang daripada 0.5 saat bagi maklumat yang diterima daripada penglihatan; lebih kurang 3 saat bagi pendengaran).

• Jadi adalah amat penting bagi pelajar untuk memberi perhatian supaya maklumat ini dapat dipindahkan keperingkat seterusnya.

• Kandungan input yang boleh disimpan dalam ingatan sensori ini hanya sedikit.

• Mengikut kajian hanya terhad kepada lima hingga tujuh elemen atau ‘chunks’ sahaja pada satu-satu masa.

• Elemen atau ‘chunk’ adalah sesuatu unit yang bermakna. Contoh elemen seperti nombor, gambar atau muka seseorang.

• Maklumat ini disimpan selama 0.5 hingga 3 saat sahaja, selepas itu samada maklumat ini dihantar ke peringkat seterusnya atau pun dilupai.

• INGATAN JANGKA-PENDEK ATAU” INGATAN BEKERJA"

• Maklumat yang terdapat pada tahap ini boleh diproses lagi dan dihantar keperingkat seterusnya. Maklumat pada tahap ini merujuk kepada apa yang sedang kita fikirkan pada satu-satu masa. Diantara ciri-ciri maklumat pada tahap ini;

• Kapasiti : lebih kurang tujuh ‘chunks’maklumat (Miller, 1956)

• Tempoh: lebih kurang 18 hingga 20 saat (Peterson & Peterson, 1959)

• Maklumat yang masuk ke tahap ingatan ini akan cepat hilang sekiranya kita tidak memproses maklumat ini.

• Penyusunan (encoding) dan pengulangan adalah dua proses yang dapat mengekalkan maklumat pada tahap ini.

• Penyusunan boleh dilakukan secara urutan, kerelevanan, dan juga dengan mengelaskan maklumat secara kategori atau konsep.

• Pengulangan adalah satu teknik apabila kita ingin belajar sesuatu. Namun begitu, pengulangan itu hanya akan berkesan sekiranya ianya dilakukan selepas ianya dilupai.

• Pengkaji mencadangkan pelajar perlu mengulangi maklumat itu selepas beberapa minit.

• INGATAN JANGKA-PANJANG • Maklumat yanag disimpan pada tahap ini akan

kekal. Penyimpanan maklumat disini sama seperti komputer menulis maklumat pada cakra padat atau pita rekoder. Proses merekod dipanggil penyimpanan dan proses pengeluaran maklumat dipanggil retrieval.

• Ciri-ciri maklumat pada aras ini; • kapasiti: tiada had • tempoh: sepanjang hayat

• Kapasitinya tiada had bermakna kita tidak akan berhenti belajar.

• Maklumat baru akan senantiasa boleh disimpan dalam ingatan kita. Bila kita tidak ingat sesuatu adakah kerana kita ada masalah untuk mengesan lokasinya untuk dikeluarkan atau ianya telah hilang daripada sistem kita? Kadangkala kita tidak ingat seseorang yang kita jumpa, tapi setelah beberapa ketika, kita teringat semula siapa orang itu. Ini bermakna maklumat itu ada dalam ingatan jangka-panjang

• kita, cuma ada halangan untuk mengeluarkan maklumat itu dengan segera sebab sudah lama tidak jumpa.

• Kehilangan maklumat memang berlaku apabila kita mengalami kerosakan otak atau pun ianya hilang sebab kita telah lama tidak menggunakannya.

• Maklumat yang disimpan dalam ingatan jangka-panjang disusun mengikut satu atau lebih struktur: declarative, procedural, and/or imagery.

(i)Ingatan declarative terbahagi kepada dua jenis : a) Ingatan semantic – fakta dan maklumat am (konsep, prinsip, hokum, strategi penyelesaian masalah, strategi belajar) b) Ingatan episodic – pengalaman peribadi

(ii) Ingatan procedural – cara melakukan sesuatu (contoh cara memandu kereta)

(iii) Imagery – gambar-gambar

Rangsangan pemprosesan awal Penghuraian dan kodingLuar

Lupa

Pengulangan

Lupa

Ingatan sensori

Ingatan jangka-panjang

Ingatan jangka-pendek Tindakan

top related