teori dual coding
Post on 18-Jun-2015
386 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Teori Dual Coding.
Teori Pengenkodan Dedua Paivio(Dual Coding Theory) merupakan satu teori yang memodelkan
pemikiran manusia ke dalam dua sistem pemprosesan yang dominan iaitu verbal dan bukan
verbal.Siatem bukan verbal menguruskan pemprosesan maklumat visual.Apabila gambar
dienkodkan,adalah dipercayai ianya dienkodkan secara visual dan verbal.Andaian teori ini adalah
terdapat dua subsistem kognitif , satu untuk perwakilan dan pemprosesan objek atau kejadian
bukan verbal(imagery),dan satu lagi yang dikhususkan untuk bahasa.
Paivio (1986) juga mencadangkan dua jenis unit perwakilan yang berbeza iaitu
“imagens” untuk imej mental dan”loggens” untuk entity verbal.”Loggens” diorganisasi dalam
bentuk perkaitan dan hierarki sementara “imagens”diorganisasikan dalam bentuk hubungan
bahagian-seluruh (part-whole relationships).Teori ini meramalkan tiga jenis pemprosesan
berlaku antara dan dalam kedua-dua sistem ini iaitu pemprosesan perwakilan, pemprosesaan
rujukan dan pemprosesan sekutuan.
Pemprosesan perwakilan merupakan pengaktifan langsung perwakilan verbal atau non-
verbal.Perwakilan rujukan merupakan pengaktifan sistem verbal oleh sistem bukan verbal atau
sebaliknya.Perwakilan sekutuan merupakan pengaktifan perwakilan dalam sistem verbal atau
bukan verbal yang sama.Sesuatu tugas memerlukan salah satu atau ketiga-tiga jenis
pemprosesan.Teori Pengenkodan Dedua ini sebenarnya digunakan untuk menerangkan
signifikan kebolehan spatial dalam teori-teori kecerdasan(Guilford,1982),pemproses bilingual
dan sebagai rangka am bagi psikologi (Clark & Paivio,1991).Seterusnya penggunaan audio dan
visual akan dapat membantu para pelajar dengan lebih berkesan kerana usaha membina imej
mental boleh dibantu oleh imej-imej yang dipaparkan di skrin komputer ketika pelajar mengikuti
sesuatu perisian pembelajaran(Jonassen & Hanunum,1987). Contohnya,seorang guru yang
mengajar murid Tahun 1 di dalam bilik darjah akan mengajar dengan menyebut (verbal) ‘A’,B’,
‘C’ dan ‘D’.Dalam masa yang sama,guru akan membantu pelajar menulis(visual) di papan putih
untuk menunjukkan huruf-huruf abjad tersebut.Menurut Paivio(1986),maklumat diproses di
dalam otak manusia menerusi dua saluran.Satu saluran yang memproses maklumat verbal seperti
teks dan audio yang dinamakan ‘logoggens’ dan satu lagi saluran yang memproses maklumat
bukan verbal seperti gambar,animasi,ilustrasi dan bunyi yang dinamakan ‘imagens’.Teori dual
coding juga mengenalpasti tiga bentuk pemprosesan maklumat iaitu
1.represenational (perwakilan) :Pengaktifan terus perwakilan verbal atau bukan verbal.
2.referential (rujukan) : Pengaktifan perwakilan verbal oleh perwakilan bukan verbal atau
sebaliknya.
3.associative (gabungan) :Pengaktifan perwakilan oleh sistem yang sama, sama ada
verbal oleh verbal atau bukan verbal oleh bukan verbal.
Menurut Paivio (1986) lagi,pengaktifan kedua-dua saluran verbal dan bukan verbal iaitu
melalui pemprosesan hubungan rujukan (refrential) boleh berfungsi mengekalkan sesuatu
maklumat itu dalam ingatan.Dengan itu,koswer multimedia yang dibangunkan dengan pelbagai
media yang digunakan saling berkait antara satu sama lain boleh menjadi elemen yang
membantu pelajar mengingati sesuatu maklumat yang disampaikan.
top related