teks ucapan pengarah program annual dinner
Post on 14-Jun-2015
6.734 Views
Preview:
TRANSCRIPT
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih kepada saudari pengerusi majlis. Yang saya hormati dif-dif jemputan,
dekan fakulti, para pensyarah. Yang diraikan pelajar Program Dakwah dan Pengurusan Islam
Tahun 4 dan hadirin hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya, dapat kita sama-
sama berhimpun pada Majlis yang gilang-gemilang di Hotel Singgahsana ini untuk meraikan
para pelajar Tahun 4 yang bakal menyelesaikan pembelajaran mereka di Universiti Sains Islam
Malaysia, pada tahun yang terakhir ini.
Firman Allah: Innaddina indAllahil Islam.
Sesungguh agama yang diredhai Allah hanyalah Islam.
Menjadi pelajar program Dakwah dan Pengurusan adalah satu amanah buat
kami para pelajar kursus ini. Menggalas harapan Universiti Sains Islam Malaysia ini sendiri, agar
dapat menjadi salah seorang yang berjaya dibentuk menjadi generasi al-abrar yang meneruskan
legasi perjuangan baginda Nabi S.A.W berdasarkan metod dakwah bil hal wa dakwah bil hikmah
secara khususnya adalah tanggungjawab dan amanah yang besar yang dipikul oleh semua
pelajar program Dakwah dan Pengurusan Islam.
Kami di pihak penganjur, sangat berbesar hati, untuk meraikan kegembiraan para
seniour Tahun 4, yang telah bertungkus lumus, berjuang menuntut ilmu dari mula hinggalah ke
tahun yang terakhir ini. Semangat para pelajar tahun 4, semestinya menjadi azimat kami, warga
pelajar kursus Dakwah dan Pengurusan Islam untuk menjalankan amanah menuntut ilmu,
seperti mana yang dilakukan oleh para seniour kami.
Besarlah harapan kami di pihak penganjur, agar usaha kecil kami, dalam meraikan para
seniour pada Majlis “Annual Dinner Daieman” memberikan seribu satu makna sebagai tanda
penghargaan kami buat para seniour yang merupakan abang kakak buat kami adik-adik
Program Dakwah dan Pengurusan Islam. Mudah-mudahan majlis ini dapat mengeratkan lagi
silaturrahim semasa kita, seterusnya menjadi azimat buat kita semua untuk meneruskan
perjuangan hingga menggenggam bukan sekadar segulung ijazah, namun menggenggam dunia
di tangan dan akhirat di hati. InsyaAllah, semoga Allah redha.
Sebelum mengakhiri ucapan ini, kami di pihak penganjur ingin mengucapkan jutaan
terima kasih atas kerjasama semua pihak yang sudi bekerjasama sama ada secara langsung atau
tidak langsung dalam menjayakan program ini. Kami di pihak penganjur sentiasa mendoakan
para seniour agar Berjaya bergraduasi sebagai Mahasiswa Gemilang Kelas Pertama. InsyaAllah.
Biar ditempuh menah tribulasi,
Tatkala mengejar impian dan cita.
Biar masa berlalu pergi,
Ukhuwah terjalin tak akan di lupa.
Sekalian, saya akhiri ucapan saya yang mewakili pihak penganjur “Annual Dinner
Daieman dengan lafaz salam, Assalamualaikum w.b.t
top related