teknik tanaman
Post on 02-Jul-2015
322 Views
Preview:
TRANSCRIPT
INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA,
KAMPUS DARULAMAN, 06000 BANDAR DARUL
AMAN JITRA, KEDAH DARUL AMAN
ISL 8(TANAMAN
HIDROPONIK)
NAMA : ZAINAB BT ZAKARIA
KELAS : PISMP PENDIDIKAN KHAS 2
SEMESTER : EMPAT
PENSYARAH : ENCIK AZMI BIN ABU BAKAR
Soalan
Jelaskan dengan terperinci serta teknik tanaman yang anda pilih. Penjelasan
anda perlu ditunjukkan dengan grafik yang sesuai.
Pengenalan
Hidroponik merupakan dua ungkapan Greek ia itu hidro yang berarti air dan
phonos bearti kerja. Ia membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan
dengan menggunakan air sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah
digunakan sejak tamadun awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung
Babyloon antara sistem tanaman secara hidroponik yang masyur diikuti dengan
Tamaddun Aztez di Mexico di mana masyarakat Indian menanam secara
terapung di permukaan tasik yang cetek atau dapat di katakan sebagai sistem
rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya mencatatkan bahawa terdapat
penduduk di negara China menanam secara hidroponik. Dalam Tamaddun
Mesir juga terdapat aktiviti penanaman secara hidroponik dijalankan.
Pada 1699, Woodward saintis England telah menjalankan kajian menanam
dengan menggunakan air sebagai medium, garam mineral dilarutan kedalam air
dengan dimasukkan sedikit tanah. Keputusannya pokok tumbuh dengan baik
dan tanah yang dicampur didapati tidak berkurang. Pada 1930an saintis Amerika
, Gerice dari Universiti California telah berjaya menanam tomato dengan kaedah
hidroponik yang mana tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan
Teknologi Greenhouse di negara barat telah membantu perkembangan
hidroponik, yang mana aktiviti pertanian hidroponik dalam greenhouse dapat
dijalankan sepanjang tahun.
Pada awal 70an, saintis England Dr. Allen Cooper telah berjaya
memperkenalkan teknik NFT yang merupakan sistem hidroponik terbaik. Dalam
kaedah ini larutan baja dari tangki hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam
palung, larutan ini dikembalikan semula kedalam tangki. Teknik ini telah
berkembang selaras dengan perkembangan teknologi digital yang mana terdapat
operasi sistem ini yang dikawal dengan komputer.
Kebaikan Hidroponik
kawalan sepenuhnya keatas tanaman.
Tumbuhan dapat di tanam dengan kepadatan tinggi dengan kadar
penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja tidak di larut resap kedalam
tanah.
Tanaman lebih cepat matang, tanpa kerosakan akibat gangguan cuaca,
penggunaan racun makhluk perosak yang minima pasti mengurangkan
kos pengeluaran.
Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional.
Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5
hingga 10 tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara
hidroponik.
Tanaman Yang Sesuai
Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan
sebagainya
Bunga - ros, orkid, marigold dsb.
Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.
Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.
Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain
SISTEM HIDROPONIK
Terdapat sistem hidroponik pasif.sistem hidroponik aktif
Sistem hidroponik pasif di mana air yang digunakan kekal statik dala takung
atau kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran
daun seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang
besar dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun bolih dijalankan secara
komersial. contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem
hidroponik rakit.
Sistem hidroponik aktif merupakan sistem dimana larutan baja dibekalkan
melalui tangki dan dipumkan keakar tanaman, kemudian larutan berkenaan akan
dikembalikan semula kedalam tangki. Proses ini akan berpusing sehinggalah
tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah seperti
tomato, cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah DFT,
NFT, Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.
Pembahagian Lain
Boleh juga dibahagikan kepada sistem tertutup dan sistem terbuka
Sistem Tertutup
Sistem yang menggunakan air sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT),
kultur air dalam (DFT) dan modifikasi NFT.
Sistem Terbuka
Sistem ini menggunakan bahan pengganti tanah seperti rockwool, gambut
hancur, habuk papan, sabuk kelapa, perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman
dalam pasu tetapi tidak menggunakan tanah.
KAEDAH HIDROPONIK
Sistem Pengaliran Nutrien
Kaedah hidroponik memerlukan perbelanjaan agak rendah jika dibandingkan
dengan kaedah biasa bagi mendapatkan alat-alat seperti berikut:
i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-
bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan
plastik yang tebal). iii) Tangki untuk larutan nutrien. iv) Tenaga elektrik. v) Pasu
plastik kecil (jika perlu).
Rajah 1 : Sistem Pengaliran Nutrien
Sistem Takung
Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:i) Takung
tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik). iii) Pasu plastik kecil (jika
perlu).
Rajah 2 : Sistem Takung
KAEDAH PENANAMAN
Kedua-dua sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman
seperti berikut:-
Cara Mengubah:
Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih
untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air
sahaja.)
Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong
pokok
Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai
kepekatan penuh
Cara Semaian terus
Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu
Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
*Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil
dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman.
Larutan Nutrien
Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan
sendiri adalah seperti berikut :-
BAJA BERAT (g) UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat75 N 300
Kalium fosfat40 P 80
Kalium nitrat32 K 230
Kalsium klorida55 Ca 200
Magnesium sulfat18 Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA)3.29 Fe 5
Boron0.56 B 1.0
Manganous chloride0.18 Mn 0.5
Kuprum sulfat0.04 Cu 0.1
Zingkam sulfat0.05 Zn 0.1
Ammonium molybatetrace Mo trace
Baja komersil (Gred)
Pertanian atau industri
Gred teknikal
Keperluan Untuk Pertumbuahan
Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti
teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya
matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosentisis. Cahaya
tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi.
Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi
pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh
digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum
digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi.
Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang
sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga
serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan
racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari
semburan.
Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate
mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah
menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan
nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang
oleh pihak berkuasa.
Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.
Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman.
Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-
lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.
Tanaman Hidroponik
Peralatan
Takung mestilah tidak telus cahaya
matahari dan berukuran 21inci x
16inci x 5inci.
Penutup takung diletak diatas bakul-
bakul semaian.
Biji benih diletakkan didalam bakul
yang diisi sabut kelapa. Kira-kira 1/4
bahagian bakul semaian mesti
terendam dalam larutan baja.
Masukkan 2 atau 3 butir biji benih
dalam satu bakul
Sabut kelapa dimasukkan ke dalam
bakul tanaman hingga menutupi
lubang dibahagian dasar bakulSelain
sabut anda boleh guna bebenang,
span,perca dan kain kapas.
Baja yang sesuai dengan sayuran
yang ditanam boleh didapati di
Institusi Pertanian atau kedai jual
peralatan pertanian.
Penapis ini digunakan untuk
mengeluarkan lumut dari takung
tanaman
PENYEDIAAN LARUTAN BAJA
Penyediaan Larutan Pekat:
Serbuk baja (500g) dijadikan larutan pekat dalam 5 liter air.
Penyediaan Larutan Tipis:
25 ml larutan pekat dijadikan larutan tipis dalam 1 liter air.
LANGKAH PENANAMAN
Gunting bebenang kepada setengah saiz bakul
semaian . Selain bebenang anda boleh meggunakan
lain-lain bahan yang telap air.
Masukkan bebenang kedalam bakul kecil dan tarik
dari lubang bawah bakul supaya berkeadaan berjuntai
2-3cm. Ratakan permukaan bebenang untuk
memudahkan benih disemai. Keadaan bebenang
hendaklah tidak terlalu padat. Basahkan bebenang
sebelum menyemai biji benih.
Semaikan 3-5 biji benih dalam bakul kecil. Tutup
bakul-bakul kecil dengan suratkhabar selama 3-5 hari
untuk mengelakkan bakul dan bebenang dihinggapi
algae. Buang lindungan suratkhabar setelah semua
biji benih bercambah.
Selepas 2-4 hari benih bercambah, tuang air bersih
sehingga paras 10-12 cm dan tutup dengan penutup
takung. Masukkan bakul-bakul semaian yang
mengandungi anak benih kedalam lubang pada
penutup lubang. Pastikan bebenang mencecah
air pada takung. Jika tidak tarik sehingga mencecah
air
Selepas 2-4 hari anak benih dalam takung, tuang baja
campuran khas yang disediakan. Kacau sehingga
campuran baja larut dan serata
LANGKAH PENGAWALAN
1. Letakkan alat hidroponik di bahagian patio atau balkoni rumah yang terlindung
dari hujan.
2. Pastikan ia menerima sinaran matahari sekurang-kurangnya separuh hari.
3. Pastikan air hujan tidak masuk ke dalam takung supaya larutan baja tidak
menjadi cair.
4. Kawal serangga perosak dengan menyembur racun perosak. Elakkan
menyembur
racun kimia sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum memungut hasil
TEMPOH TANAMAN
SALAD 28-30 HARI
SAWI JEPUN 25-30 HARI
BAYAM HIJAU 25-30 HARI
KAILAN 35-45 HARI
SAWI KERITING 20-30 HARI
TANAMAN SALAD HIDROPONIK SISTEM TAKUNG PLASTIK
Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah
takung plastik, penutup takung, cawan atau
bakul hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan
larutan), ph meter (ukur ph larutan)
Stok baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam
takung yang telah diisi dengan air bersih.
Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara
5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada
5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna
untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph
bagi dapat bacaan yang sesuai. Jika ph tinggi
daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air
bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula
hingga dapat bacaan yang sesuai
PPM diukur bagi menentukan kepekatan
larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok.
Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika
bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok baja,
sebaliknya tambah air bersih sekiranya
kepekatan lebih tinggi.
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang
telah sedia
untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik
Masukkan anak benih bersama medium
percambahan kedalam bakul atau cawan
hidroponik.
Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak
benih kedalam lubang pada penutup takung
untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok
bersentuh dengan larutan baja dalam takung
Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga
ke paras yang sesuai kerana pokok
memerlukan air dalam pembesarannya. Pada
hari ke 30 salad sedia untuk dituai
TAMBAHAN :
Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio atau balkoni yang
terlindung dari hujan serta menerima cahaya matahari Air hujan hendaklah
dipastikan tidak masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi cair.
Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil.
Sebahagian Kailan dan salad Webb Wonderful merupakan salad yang ditanam
dikawasan beriklim sederhana. bersaiz besar apabila matang, mempunyai rasa
yang enak. Teknik hidroponik telah mebolehkan spesis ini ditanam ditanah
rendah di Malaysia.
Suatu hari nanti kita akan menjadi negara pengekspot salad yang biasa ditanam
dikawasan sederhana. Gambar menunjukan salad jenis Lollo Rosse talah
berjaya ditanam ditanah rendah di sini dengan teknik hidroponik takung !.
Tanam, tunggu dan tuai, begitulah mudahnya teknik hidroponik dalam
menghasilkan sayur yang berutu tinggi dan bebas racun serangga
Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara
ini sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem
taking
Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan dan satu era baru dalam
indusrti tani di Malaysia
top related