teknik bermain kompang

Post on 22-Oct-2015

763 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

prm3104

TRANSCRIPT

TEKNIKBERMAINKOMPANG

• Pegang kompang dengan sebelah tangan sementara sebelah tangan lagi memukulnya. Kompang boleh dimainkan secara berdiri atau duduk.

• Kompang menghasilkan dua bunyi iaitu bunyi “pak” dan bunyi “bung”.

• Bunyi ‘pak’ dihasilkan apabila bahagian tengah kompang dipalu dengan tapak tangan sambil jari tangan terbuka. Kekuatan bunyi adalah hasil daripada pukulan tapak jari. Untuk menghasilkan bunyi yang tepat, sentuh tapak ibu jari dan jari anak mendahului jari yang lain semasa memukul.

• Bunyi ‘bung’ dihasilkan apabila bahagian tepi permukaan kompang iaitu 1/3 daripada permukaan dipukul dengan jari.

• Manakala kesemua jari berkeadaan tertutup semasa membuat pukulan.

• Sila rujuk posisi dan cara memegang kompang.

POSISI PEMAIN KOMPANG

• Permainan ini dipersembahkan secara beramai-ramai atau ensembel. Biasanya dimainkan oleh kira-kira 10 hingga 20 orang.

• Posisi pemain semasa persembahan kompang adalah sama ada secara duduk atau berjalan sambil berarak.

SUSUNAN PEMAIN KOMPANG

• Dalam satu ensemble kompang.

• Terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan paduan bunyi yang berharmoni.

• Tiga kumpulan paluan tersebut dipanggil Melalu, Meningkah dan Menyilang.

Fungsi paluan ini adalah seperti berikut

• Kumpulan Melalu memainkan rentak asas.

• Kumpulan Menyilang memainkan rentak silihan (up beat) kepada pukulan Melalu.

• Kumpulan Meningkah menjadi penghias rentak yang dimainkan paluan antara kumpulan Melalu dan Menyilang.

• Setiap persembahan kompang terdiri dari tiga bahagian pukulan iaitu;• Pukulan ‘Mula’ untuk memainkan sesebuah lagu• Pukulan lagu dan• Pukulan ‘Mati’ untuk mengakhiri sesebuah lagu.

• Pesembahan kompang diketuai oleh seorang pemimpin. Tugas pemimpin ialah untuk memula dan menamatkan suatu permainan dengan arahan atau lakuaan tertentu.

top related