tatabahasa spm usm

Post on 07-Aug-2015

222 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Ejaan

• se-Malaysia kuetiau• antidadah mi goreng• prokerajaan sosioekonomi• 50-an Aidilfitri• anti-Rusia juruukur

• 3(a)BINA AYAT (6 MARKAH)

• 3(b)SINTAKSIS (6 MARKAH)

• 3( c) BETULKAN EJAAN DAN IMBUHAN (6 MARKAH)

• 3(d)BETULKAN TATABAHASA DAN ISTILAH/KOSA KATA (6 MARKAH)

• 3(e)PERIBAHASA (6 MARKAH)

• Tulis dua ayat daripada perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya.anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan,menggunakan perkataan sebagai peribahasa dan kata nama khas.

Diam

Tanggal

Tawar

i. Masyarakat orang asli kebanyakannya diam di kawasan hutan.

ii. Semua pelajar yang sedang berbual-bual itu diam apabila mendengar pengumuman melalui pembesar suara.

iii. Adik diam apabila emak datang.

iv. Tolong diam!

√X

X

Analisis Soalan Bina Ayat

Kata majmuk2005 Imbuhan pinjaman sanskrit2006 Kata dasar dan sisipan2007 Kata terbitan – muka2008 Kata ganda berentak bebas dan frasa2009(u)2009 2010(u)

Kata majmukKata ganda berimaKata pinjaman asing (Inggeris)

• Sambung ayat• Pisahkan /cerakinkan ayat• Tukar ayat cakap ajuk• Tukar ayat cakap pindah• Tukar ayat pasif• Analisis ayat (jenis-jenis ayat)• dll

• Bina satu ayat bagi setiap ayat perintah berikut:

• i- ayat suruhan

• ii- ayat silaan

• iii-ayat permintaan (6 markah)» Spm ulangan 07

• i- ayat suruhanAwak siapkan kerja itu sekarang.

• ii- ayat silaanSila buat laporan tentang peristiwa itu di sini.

• iii-ayat permintaanTolong hantarkan kerja sekolah kamu esok.

Analisis soalan sintaksis(3b)2004 Tukar ayat cakap ajuk

2005 Tukar ayat pasif kepada ayat aktif

2006 Cerakinkan ayat majmuk kepada ayat tunggal

2007 Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif

2008(u) Tukar ayat biasa kepada ayat songsang

2008 Pola Ayat FN/FK/FA/FS2009(u)

20092010 (u)

Sambung 2 ayat menggunakan kata hubung yang sesuaiSubjek dan predikatCakap ajuk kepada cakap pindah

3(b)Tukar ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah

maksudnya

(i) Kanak-kanak berumur lima tahun itu sungguh petah bercakap.

Sungguh petah bercakap kanak-kanak berumur lima tahun itu.

(ii) Masyarakat kita terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa.

Terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa masyarakat kita.

(iii) Sektor hartanah mencatatkan perkembangan positif setelah mendapat galakan daripada kerajaan.

Setelah mendapat galakan daripada kerajaan , mencatatkan perkembangan positif sektor hartanah .

3(b)Kenal pasti jenis-jenis ayat berikut.Tentukan sama ada ayat tersebut ialah ayat penyata,ayat

tanya,ayat perintah atau ayat seru. (i) Istana di atas bukit itu cantik? ayat tanya (ii) Wah,hebatnya nyanyian awak malam ini! ayat seru(iii) Tengoklah barang-barang antik yang baru kami beli. Ayat perintah(iv) Para pemain bola sepak itu sedang beraksi di padang. ayat penyata(v) Sekarang jugakah ayah hendak membaca akhbar semalam? ayat tanya

(vi) Dana PNB dijangka mencecah RM100 bilion tiga tahun lagi. ayat penyata

Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan .Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula .

• (i) Munir berasa kecewa kerana nombor talipon yang didailnya tidak didapati dalam perkhidmatan .• (ii)Kerajaan hendak mengehadkan kemasukan buroh asing ke negara ini demi mensejahterakan rakyat dan kestabilan ekonomi.• (iii)Pamiran artifak budaya yang menganjurkan oleh Muzium Negara Malaysia . [ 6 markah ]

3(c)Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah.Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.Anda tidak perlu menyalin ayat-ayat itu semula.

KESALAHAN EJAAN DAN IMBUHAN

• (i) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen jana kuasa kecil di situ.

• (ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampai mesej dalam beberapa saat sahaja.

• (iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

• (spm 2006)

SALAH BETUL

Rakyat rakyat

mensyorkan mengesyorkan

e-mail e-mel

menyampai menyampaikan

anti-dadah antidadah

dilancar dilancarkan

CONTOH MEMBETULKAN KESALAHAN

Contoh kesalahan ejaan dan imbuhan

naskah

pelancung

progrem

gantirugi

ketrampilan

profesyen

efisyen

eko-pelancongan

sendiket

naskhah

pelancong

program

ganti rugi

keterampilan

profesion

efisien

ekopelancongan

sindiket

3(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.Bagi setiap ayat,anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

• (i) Sebagai intensif kepada para atlet negara yang berjaya di peringkat antarabangsa, mereka akan diberi ganjaran yang setimpal berdasarkan pada pencapaian mereka.

• (ii) Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Bayu berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar ceramah pengetua pada hari persaraan beliau.

• (iii)Oleh kerana dia memandu keretanya terlalu laju , keretanya terhempas ke dalam longkang.

[ 6 markah ]

• (i) Sebagai intensif kepada para atlet negara yang berjaya di peringkat antarabangsa, mereka akan diberi ganjaran yang setimpal berdasarkan pada pencapaian mereka.

• (ii) Semua pelajar-pelajar Sekolah Menengah Seri Bayu berkumpul di dewan sekolah bagi mendengar ceramah pengetua pada hari persaraan beliau.

• (iii)Oleh kerana dia memandu keretanya terlalu laju , keretanya terhempas ke dalam longkang.

[ 6 markah ]

KESALAHAN PENGGUNAAN KATA ATAU ISTILAH DAN KESALAHAN TATABAHASA

• (i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.

• (ii) Stesen minyak-stesen minyak di bandar-bandar utama negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.

• (iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.

• (spm 2006)

Contoh kesalahan istilah dan tatabahasaSalah

i.Selain daripada kelulusan

perlawanan

ii.Stesen minyak-stesen minyak

layan sendiri

iii.di dalam

menambahkan

Betul

i.Selain kelulusan

persaingan

ii.Stesen minyak

layan diri

iii.dalam

meningkatkan

• Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.

Semangat kerjasama telah menjadi budaya dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisi. Dalam kenduri-kendara misalnya, jiran tetangga lebih diharapkan untuk membantu daripada saudara-mara yang tinggal berjauhan . Semangat kerjasama dan saling membantu ini dapat menjadikan sesuatu kerja yang sukar itu menjadi mudah dan hubungan mesra dapat dijalin . Dalam hal ini , anggota masyarakat yang suka membantu dengan ikhlas , sentiasa bersedia melakukan sesuatu pekerjaan tanpa diminta ,sangat dihormati oleh orang lain.Sumbangan orang yang seperti ini sentiasa dihargai oleh anggota masyarakat. Namanya menjadi sebutan orang ramai sepanjang masa.

• i.Bagai aur dengan tebing

• ii.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing

• iii.Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama.

• Baca dialog di bawah dengan teliti,kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.

Amir: Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.

Sofea: Yalah,bukan itu sahaja!Media massa pun sering mengabaikan penggunaan bahasa yang betul. Amir: Jika kita sayang akan bahasa,kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana ____________(i)__________ Sofea: Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh- sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik,bak kata pepatah __________(ii)_____________ Amir : Saya bersetuju dengan pendapat kamu.Media massa menyalurkan idea dan kritikan dengan lebih berkesan kerana _________(iii)______

(spm 2006)

Jawapan peribahasa

• i-bahasa jiwa bangsa

• ii-hendak seribu daya tak hendak seribu dalih• iii-mata pena lebih tajam daripada mata pedang

Jawaban

• (i)sementara menunggu yang lebih baik,yang kurang baik pun berguna.

• (ii)mendedahkan aib sendiri.

• (iii) orang percaya selagi kita menepati janji

SEKIAN TERIMA KASIH

top related