task 7 cadangan memperbaharui bandar

Post on 05-Apr-2017

25 Views

Category:

Real Estate

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

TUGASAN 7 : CADANGAN MEMPERBAHARUI BANDAR

NAMA : NOR NAJWA BT RAZALIMATRIK : A155632

LMCP1532

SOALANKajang telah menjelma dari sebuah bandar kecil menjadi bandar besar dengan membina bandar-bandar baru seperti Bandar Baru Bangi dan Bandar Seri Putera serta melebarkan pusat bandarnya sehingga ke Sungai Chua. Akan tetapi pusat bandar yang asal tidak banyak berubah dan sebahagian besar penduduknya bekerja di Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan-kawasan luaran. Anda diminta mencadangkan satu perubahan besar untuk pusat bandar Kajang supaya Kajang boleh berdiri sendiri. Gunakan lukisan dan gambar-gambar yang sesuai.

KUALITI ALAM SEKITAR YANG BAIK DAN KONDUSIF

Kualiti alam sekitar sesebuah kawasan merupakan antara syarat utama yang menjadi pemangkin kepada kemampanan dan pembangunan sesebuah kawasan bandar.

Alam sekitar yang baik dapat menjamin kelancaran segala aspek yang diperlukan dalam pembangunan sesebuah bandar.

Bandar Kajang memerlukan lebih tumpuan dalam memastikan kebersihan persekitarannya.

Kualiti alam sekitar yang baik dapat menjamin kelancaran ekonomi, pendidikan, kehidupan seharian dan sebagainya.

SISTEM PENGANGKUTAN YANG FLEKSIBEL

Sebagaimana Pusat Bandar Kuala Lumpur, Kajang juga boleh menyamai tarafnya apabila mempunyai sistem pengangkutan yang baik dan fleksibel.

Kemudahan pengangkutan merupakan antara aspek penting dalam menjamin keberkesanan pembangunan sesebuah bandar.

Pihak bertanggungjawab boleh menaiktaraf sistem pengangkutan dengan penambahan stesyen keretapi di kawasan tumpuan masyarakat.

Perkhidmatan bas dan teksi juga boleh diperbanyakkan lagi sekaligus memudahkan pergerakan penduduk Kajang dari satu tempat ke satu tempat.

PEMBINAAN PUSAT TUMPUAN , PLAZA DAN TAMAN

Pembinaan pusat-pusat tumpuan masyarakat dapat menjadikan Bandar kajang setanding dengan bandar maju yang lain.

Hal ini bukan sahaja dapat menarik lebih ramai masyarakat luar, malah dapat meningkatk ekonomi Bandar Kajang.

Pembinaan Plaza, Pasaraya besar, pusat membeli-belah dan sebagainya dapat menarik kedatangan pengunjung luar.

Bukan itu sahaja, pembinaan taman tema air juga merupakan antara faktor penarik, malah dapat dijadikan sebagai penanda utama Bandar Kajang sebagaimana Bandar Baru Bangi yang kini mempunyai taman tema air nya yang tersendiri yakni “Bangi Wonderland”

RANGKAIAN JARINGAN LEBUHRAYA YANG LANCAR

Kajang atau lebih dikenali sebagai Bandar Sate sudah semestinya sering menjadi antara tumpuan pengunjung luar .

Beberapa artikel terdahulu ada menyatakan bahawa ketidakcukupan tapak parkir di Kajang merupakan antara isu utama kesesakan jalan di Kajang.

Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan melantik jururunding trafik bebas untuk menilai dan mengkaji penyelesaian kepada kesesakan lalu lintas di bandar Kajang, pembinaan kemudahan pengangkutan yang utama di tengah bandar bagi mengelakkan kemasukan kenderaan persendirian dan sebagainya.

PEMBINAAN UTC DI PUSAT BANDAR

Urban Transformation Centre atau UTC merupakan sebuah bangunan pusat yang menempatkan pelbagai kemudahan untuk masyarakat.

Antaranya ialah, Perkhidmatan,kesihatan,perkhidmatan keselamatan, pendidikan, perkhidmatan kewangan, perkhidmatan perniagaan dan pembangunan keusahawanan, perkhidmatan utiliti dan pelbagai lagi.

Pembinaan pusat UTC sekaligus akan menarik lebih ramai untuk mengunjungi Pusat Bandar Kajang

Pusat Bandar Kajang akan dilihat sebagai pusat bandar yang penting dengan adanya kemudahan yang sebegini.

KESIMPULANKesimpulannya, pelan dan strategi yang menyeluruh harus disusun bagi memperkasakan pembangunan Bandar Kajang.Hal atau isu yang menjadi permasalahan bagi Bandar Kajang haruslah diatasi terlebih dahulu sebelum melakukan apa-apa pembaharuan. Penambahbaikan harus dilakukan dalam aspek yang tertentu sebagai contoh, kesesakan jalan, masalah pencemaran alam sekitar, masalah kekurangan kemudahan dan sebagainya.

top related