tanggungjawab menjaga kebersihan

Post on 07-Apr-2018

237 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 tanggungjawab menjaga kebersihan

    1/5

    tanggungjawab menjaga kebersihan

    Artikel Dari: Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my

    http://www.hanan.com.my/

    Tarikh: Isnin, 12 Januari 2004 @ 9:48:45Topik: Semasa

    assalamualaikum semua......saya menulis di sini kerana saya juga rasa terpanggil untuk

    menyumbang sesuatu demi kebaikan kita semua....walaupun isu yang saya bincangkan sudahterlalu kerap didengari....namun kita hanya manusia biasa,jika tidak diingatkan kita akan mudah

    lupa..oleh itu izinkan saya memberi pandangan saya mengenai isu kebersihan ini....insya'Allahkita akan dapat berkongsi pandangan...

    Sampah, apa yang kita maksudkan dengan sampah? Secara kasarnya sampah bermaksud benda

    yang kita tidak perlukan lagi atau lebih ringkas lagi tidak berguna.Jika kita gunakan perkataansampah ini dalam konteks kehidupan sekeliling, sampah bermaksud jijik, hina, dan sudah pasti

    masyarakat tidak mahu akannya. Oleh itu sampah juga dimaksudkan kepada manusia yangditolak oleh norma masyarakat seperti penagih dadah, pencuri, perogol dan sebagainya. Mereka

    ini dianggap sampah masyarakat. Tetapi saya tidak akan menyentuh tentang sampahmasyarakat ini, walaupun mungkin saya akan masukkan sedikit tentang mereka kerana mereka

    juga menghasilkan sampah setiap hari.

    Hari-hari kita mendengar mengenai kempen kebersihan tidak kira di dada akhbar, kaca tv,mahupun di corong radio. Masing-masing dengan cara yang tersendiri untuk menerima mesej

    kebersihan ini. Tetapi benarkah mereka mendengar seruan itu atau kempen itu juga sama sahajaseperti mendengar hiburan pada mereka? Jika benar, maka tidak hairan lah masih terdapat

    sampah bergelimpangan di jalan-jalan raya, taman rekreasi, atau di mana sahaja. Demi mengatasikekurangan pada mesej yang hendak disampaikan itu, bermacam-macam cara telah dipikirkan

    oleh pihak yang bertanggungjawap seperti kerajaan dan agensi yang menjalankan tugas menjagakebersihan di Bandar. Jika hendak disebutkan di sini memang sudah terlalu banyak sekali.Jadi

    adakah pembuangan sampah di merata tempat oleh masyarakat disebabkan kempen kebersihanyang kurang?Mungkin benar tetapi kesalahan bukan terletak pada kempen yang kurang tetapi

    terletak pada individu itu sendiri.

    Jika setiap anggota masyarakat mempunyai kesedaran kendiri, tidak perlu kerajaanmenghabiskan masa dan ruang untuk membuat kempen kebersihan ini.Bagaimana pula caranya

    untuk menimbulkan kesedaran ini?Perlu diingat di sini, sudah berkurun lamanya kitamemikirkan kaedah untuk memastikan tahap kebersihan berada pada tahap yang boleh

    dibanggakan. Saya amat pasti jika saya menyebut tentang cara-cara untuk menyedarkanmasyarakat tentang kebersihan, ia juga adalah perkara yang sama akan disebut oleh media

  • 8/6/2019 tanggungjawab menjaga kebersihan

    2/5

    massa, malah oleh pelajar sekolah semasa mereka mengadakan pertandingan pidato atausyarahan. Begitu juga semasa mereka membuat karangan untuk peperiksaan mereka, jika semasa

    pidato mereka sedap bercakap sehingga kita juga mengiakan apa yang mereka kata keranasemestinya benda itu betul, tetapi benarkah mereka juga mengamalkannya? Perlu diingat,

    mereka dalam pertandingan, tujuan mereka hanya untuk menang! Begitu juga dalam

    peperiksaan, tujuan pelajar hanyalah untuk mendapat markah seberapa tinggi yang boleh! Jadi disini dapatkah kita berfikir ada sesuatu yang tidak kena pada cara kita menyedarkan masyarakattentang kebersihan? Sedangkan sejak di bangku sekolah lagi mereka diajar tentang kebersihan

    tetapi jika dilihat dari aspek lain sebenarnya mereka diajar untuk menjadi mementingkan dirisendiri! Apa tidaknya, mereka masuk pertandingan untuk menang, mereka buat karangan tentang

    kebersihan pula semata-mata demi markah peperiksaan mereka.

    Adakah saya juga akan sama seperti mereka jika saya juga mengupas isi-isi karangan dan jugapidato yang mereka bincangkan? Sudah pasti saya tiada pilihan lain kerana sememangnya itu lah

    cara kita hendak menggalakkan cara hidup sihat. Saya ambil beberapa contoh isi-isi yangdikupas oleh mereka seperti memupukkan keinsafan di dalam diri tentang kebersihan melalui

    keagamaan, membanyakkan kempen-kempen kebersihan, mengajar pelajar sekolah tentangkebersihan, mengadakan gotong-royong, menyediakan lebih banyak tong sampah untuk

    kegunaan setempat, kitar semula, pertandingan syarahan dan pidato, penglibatan ibu bapa untukmengajar anak-anak mereka di rumah, penguatkuasaan undang-undang dan banyak lagi. Terlalu

    banyak caranya untuk kita menggalakkan kebersihan. Saya tidak kata cara-cara itu salah, malahsaya juga berpendapat itu lah cara yang ada buat masa kini. Di masa akan datang mungkin kita

    akan mengharapkan pada robot-robot untuk mengutip sisa-sisa sampah yang kita tinggalkan ataumelalui kecanggihan sains dan teknologi kita juga mampu mengitar semula sampah sendiri di

    rumah!

    Saya akan cuba menerangkan isi-isi yang saya sebutkan di atas tetapi dengan menyelitkankelemahan cara-cara tersebut. Berkenaan memupuk kesedaran di peringkat sekolah seperti

    melalui pidato dan karangan telah pun saya bincangkan di awal tadi.Semasa saya di peringkatsekolah dulu juga sudah diadakan minggu gotong-royong di mana kelas tertentu dikehendaki

    membersihkan kawasan sekolah mengikut jadual mingguan. Pengawas juga dikehendakimencatitnama pelajar yang didapati membuang sampah di merata tempat. Tetapi bagaimana pula

    dengan pelajar yang samseng? Selalunya mereka ini tidak akan melibatkan diri dalam aktivitiseperti ini. Tidak kira sama ada mereka curi tulang atau pun melarikan diri ketika pelajar lain

    sibuk menjalankan tugas. Benarkah pelajar samseng sahaja yang membuang sampah di meratatempat?Jika kita lihat di persekitaran kita pada hari ini, contohnya di lebuh raya, pernah kah kita

    mengalami fenomena sampah melayang keluar dari kereta yang di pandu laju?Adakah merekaini samseng atau tidak berpelajaran?Atau adakah itu diri anda sendiri?Jadi adakah anda

    berpelajaran? Jika kita lihat di tandas sekolah, kita pasti akan dapat melihat puntung rokok dimangkuk tandas atau di lantainya, begitu juga jika di tandas awam, nyatalah perbuatan itu

    bermula sejak di bangku sekolah! Merokok di dalam tandas sekolah sudah menjadi kesalahandisiplin apatah lagi membuang puntung rokok di mangkuk tandas.Pernah melalui pengalaman

    saya diugut oleh senior kerana mengadu aktiviti merokok mereka di tandas, kebetulan gurudisiplin terlihat kejadian itu, saya terselamat ketika itu. Tetapi beberapa hari kemudian saya

    nampak dengan mata kepala saya sendiri guru tersebut juga merokok di kawasan sekolah secarasembunyi-sembunyi! Jadi pemilihan guru disiplin yang sesuai juga penting, bukan hanya dilihat

  • 8/6/2019 tanggungjawab menjaga kebersihan

    3/5

    pada luaran mereka yang nampak garang sudah boleh diiktiraf menjadi guru disiplin.

    Tidak dinafikan kesedaran melalui keagamaan adalah paling penting, semua agama menitikberatkan kebersihan kerana kebersihan asas kepada rohani yang bersih. Tidak ada di dunia ini

    seorang yang alim berpakaian selekeh kecuali lah jika kurang kemampuan seperti di negara yang

    berperang atau sebab-sebab lain. Jika di sekolah sudah ada subjek pendidikan moral yangmenyebut tentang kebersihan, jika di rumah ibu bapa akan memarahi kita jika alatan kitabersepah-sepah. Bagaimana pula dengan rumah yang ada orang gaji?Tanggungjawap menjaga

    kebersihan terletak pada amah, kasihan pada anak-anak yang tidak dididik untuk menjagakebersihan sendiri, kesudahannya mereka tidak ada rasa tanggungjawap untuk membuang

    sampah di tempat yang betul kerana ada amah yang akan mengutipnya. Ibu bapa yang sibuk jugatidak ada masa untuk memberi didikan agama kepada anak-anak, tetapi bukan semua ibu bapa

    begitu. Jika kita mendapat didikan agama yang cukup dari ibu bapa kita pun, adakah kita akanmewarisi cara ibu bapa kita mendidik anak-anaknya?

    Beralih pula pada penguatkuasaan undang-undang, jika di Singapura rakyatnya akandikompaun

    jika dilihat membuang sampah merata tempat. Kita juga perlu melakukan sebegitu malahmungkin lebih hebat lagi seperti di tahan reman, disenarai hitamkan namanya buat seketika, di

    suruh bekerja membersihkan sampah buat sementara ketika cuti dan sebagainya. Jika di sekolahmemang sudah lama ada undang-undang ini, dan sudah ada yang melanggarnya, maka sudah

    pasti jika diamalkan sebagai undang-undang negara ada yang akan masuk penjara! Di rumahjuga ibu bapa boleh menetapkan undang-undang kebersihan. Undang-undang kebersihan tidak

    hanya melibatkan individu bagi kerajaaan, ia juga melibatkan syarikat-syarikat besar di manamasalah yang lebih besar mesti di atasi. Pembuangan sisa-sisa toksik di kawasan terpencil amat

    membimbangkan, kejadian ini akan membawa kepada penyakit dan boleh berlaku mutasi padagen jika terkena sisa toksik ini seperti barah dan sebagainya. Syarikat yang menjalankan kegiatan

    kebersihan juga harus dipantau kerana tempat pelupusan sampah mereka juga adalah satu tempatyang tercemar! Banyak rungutan telah dibuat oleh penduduk setempat kerana tempat pelupusan

    sampah yang tidak terurus ini.Maka nyatalah pihak yang menguruskan tentang kebersihansendiri tidak tahu menjaga kebersihan.

    Dalam hal menjaga kebersihan ini memang lah terlalu rumit, banyak fakor harus di ambil kira,

    masalah kebersihan bukan masalah kita sahaja, ia masalah sejagat. Negara-negara maju sepertiAmerika juga ada masalah dalam menjaga kebersihan.Oleh itu mereka sedar melalui teknologi

    mereka dapat mengatasi masalah ini.Kita juga harus berusaha untuk memajukan sains danteknologi kita bukan sahaja untuk menjaga kebersihan tetapi dalam semua aspek

    kehidupan.InsyaAllah.

    Sudahkah Anda Mencuci Tangan Sebelum Makan?

  • 8/6/2019 tanggungjawab menjaga kebersihan

    4/5

    Banyak orang yang menyepelekan dan melupakan aktivitas mencuci tangan setelah melakukansuatu pekerjaan atau sebelum makan.Padahal mencuci tangan bisa membunuh kuman yang

    menempel pada tangan dan mengurangi resikoterserang beragam penyakit.

    Mencuci tangan adalah kegiatan membersihkan bagian telapak, punggung tangan dan jari agar

    bersih dari kotoran dan membunuh kuman penyebab penyakit yang merugikan kesehatanmanusia serta membuat tangan menjadi wangi. Banyak cara yang bisa dilakukan dalam mencucitangan, dengan penggunaan antiseptik, sabun cuci serta penggunaan tisu basah maupun kering.

    Untuk hasil yang maksimal disarankan mencuci tangan dengan baik, tidak terburu-buru, serius

    dan teliti yaitu minimal dilakukan selama 20 detik.Dengan mencuci tangan yang bersih danteratur, kuman dan virus penyakit yang umumnya menyerang sistem pencernaan tubuh seperti

    diare dan lainnya menjauh.

    Adapun proses langkah atau tahap mencuci tangan dengan sabun antiseptik yang baik:

    1. Basahi sampai bersih dan rata tangan dengan air bersih yang mengalir.

    2. Sabuni telapak tangan sampai berbusa dengan sabun batang atau cair yang dapat membunuhkuman.

    3. Usap-usap kedua telapak tangan hingga rata.

    4. Usap kedua bagian punggung tangan hingga merata.

  • 8/6/2019 tanggungjawab menjaga kebersihan

    5/5

    5. Bersihkan jari dan kuku jari hingga bersih.

    6. Bilas dengan air bersih yang mengalir sampai busa sabun tidak ada yang tersisa.

    7. Lap tangan dengan lap tangan atau tisu yang bersih sampai kering.

    Mencuci tangan adalah salah satu tindakan sanitasi dengan membersihkan tangan dan jari jemari

    dengan menggunakan air ataupun cairan lainnya oleh manusia dengan tujuan untuk menjadibersih, sebagai bagian dari ritual keagamaan, ataupun tujuan-tujuan lainnya.

    Mencuci tangan baru dikenal pada akhir abad ke 19 dengan tujuan menjadi sehat saat perilaku

    dan pelayanan jasa sanitasi menjadi penyebab penurunan tajam angka kematian dari penyakitmenular yang terdapat pada negara-negara kaya (maju). Perilaku ini diperkenalkan bersamaan

    dengan ini isolasi dan pemberlakuan teknik membuang kotoran yang aman dan penyediaan airbersih dalam jumlah yang mencukupi

top related