tanaman sayur daun

Post on 20-Jun-2015

5.605 Views

Category:

Education

10 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

PENANAMAN SAYUR-SAYURAN DAUN

TANAMAN SAWI

PENYEDIAAN TANAH• Tanah perlu dibajak dan digembur sedalam

15-20cm. • Kemudian batas yang berukuran 1.2m lebar,

7.5m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan.

PENANAMAN• Biji benih sawi boleh ditanam terus ke atas

batas. Sebanyak 1.5kg biji benih digunakan untuk sehektar.

• Sebelum menanam, biji benih dirawat dengan racun kulat thiram dan digaulkan dengan pasir halus atau tanah peroi dan di tabur sama rata ke dalam jalur-jalur pada batas.

• Selepas 10-14 hari, penjarangan di buat mengikut ukuran yang disyorkan, iaitu 20cm antara baris (alur) dan 10cm antara pokok.

PEMBAJAAN• Bagi tanah mineral, baja organik digaulkan ke dalam batas

untuk menentukan kesuburan pokok. • Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut:-

Pusingan Masa Jenis baja Kadar/ batas Kadar/hektar

1. Sebelum menanam

Baja Organik 6 kg 4 tan

2. Minggu ke 2 NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan

3. Minggu ke 3 NPK 15:15:15 0.4 kg 0.25 tan

PEMUNGUTAN HASIL• Daun sawi boleh dikutip 28-30 hari selepas

menyemai. • Sayur ini dipungut dengan memotong pada

paras tanah. • Hasilnya boleh juga dipungut apabila pokok

mengeluarkan bunga. • Pengeluaran hasil adalah di antara 10-16

tan/ha. dan hasil purata ialah 14 tan/ha.

PENGAIRAN• Sawi memerlukan air yang banyak untuk

tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI• Kawalan rumpai dilakukan secara manual

dilakukan dua kali sepanjang umur pokok.• Racun glifosinate ammonium boleh digunakan

di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT• Di antara serangga dan penyakit utama yang menyerang tanaman

sawi ialah:

Jenis Serangga Penyakit Kawalan

Ulat Ratus (Army Worm) ( Spodoptera litura)

Sembur racun fenvalerate

Kumbang Kutu ( Phyliotera sinuata Ateph)

Sembur racun malathion

Ulat Pangkas (Cut Worm) ( Agrotis xpsilon)

Sembur racun fenvalerate

Ulat Plutela (Pluttel xylostella) Sembur racun Bacillus thuringiensis. Amalkan tanaman giliran.

Reput Lembut ( Erwina carotovora) Amalkan tanaman giliran dan saliran yang baik.

Bintik Daun (Leaf spot) (Cercospora spp.)

Rawat biji benih dengan thiram

Reput Daun ( Leaf Rot) (Corticum solani) Cabut dan buang pokok yang berpenyakit.

TANAMAN BAYAMPENGENALAN• Bayam adalah sejenis sayuran daun yang

mengandungi vitamin A, B dan C dan zat-zat galian seperti kalsium dan besi.

JENIS• Terdapat 2 jenis bayam iaitu:

1. Bayam berwarna hijau. Jenis ini berdaun lebar dan kadangkala berdaun bujur.2. Bayam berwarna hijau keunguan dan kemerahan.

TANAH• Bayam sesuai ditanam dipelbagai jenis tanah

terutama tanah gembur liat ringan dan tanah liat berpasir.

• Tanah yang kaya dengan bahan organik, mempunyai saliran yang baik dan mempunyai kemasaman tanah di antara 5.5 – 6.5 adalah paling sesuai.

PENANAMAN

A. Menyediakan Batas– Bajak dan gemburkan tanah sebelum

menyediakan batas. – Ukuran batas ialah 120 cm lebar, 20-30 cm tinggi

dan 760 cm panjang. – Jarak antara batas ialah 46 cm. – Buat tiga alur kecil memanjang di permukaan

batas.

PENANAMANB. Menanam

• Bayam ditanam terus dengan menggunakan biji benih. Oleh kerana biji benih bayam berkeadaan halus, gaulkan bijibenih dengan pasir atau tanah peroi sebelum disemai. Kemudian taburkan sama rata ke dalam alur-alur di atas batas.

• Selepas 2-3 hari anak benih akan bercambah. Jarakkan mengikut ukuran yang disyorkan iaitu 8-10cm antara pokok dan 2-3 cm antara barisan. Sebanyak 6-7 kg biji benih diperlukan untuk 1 hektar.

• Bayam boleh juga disemai di dalam tapak semaian sebelum di ubah ke batas. Sebelum menyemai, gaulkan biji benih dengan racun kulat seperti Thiram dengan kadar 3 gm Thiram dengan 1000 gm biji benih untuk mencegah penyakit melecuh. Lebih kurang 12 hari selepas menyemai, siram anak benih dengan baja larutan urea sebanyak 4 gm dalam seliter air.

• Sungkupan penuh dibuat 3 hari selepas selepas menyemai. Ubah dan tanam anak-anak benih ke atas batas yang telah disediakan selepas 3-4 minggu disemai.

PENJAGAANi. Membaja

• Baja organik seperti tahi ayam boleh digunakan sebagai baja asas. Baja ini digaul ke dalam batas. Lebih kurang 5 tan metrik baja ini diperlukan untuk sehektar.

• Sebagai panduan, kadar pembajaan yang disyorkan 100 kg N, 23 kg P2O5, 144 kg K2O sehektar.

• Pada hari ke-4 dan hari ke 10-14. Baja-baja ini digaul dan ditabur di antara lorong-lorong pokok.

ii. Menyiram• Bayam memerlukan air yang banyak untuk

pembesarannya. Dalam musim panas siram 2 kali sehari.

PENJAGAANiii. Sungkupan

• Sungkupan diletakkan di atas batas selepas manabur benih atau mengubah. Gunakan pelepah kelapa atau rumput – rumput kering sebagai bahan sungkupan.

• Sungkupan boleh mengawal kehilangan air, pertumbuhan rumput rampai serta memperbaiki struktur serta kesuburan tanah.

iv. Merumput• Kawalan rumput rampai dilakukan sepanjang

masa. Merumput boleh dilakukan dengan tangan.

MEMUNGUT HASIL• Bayam boleh dipungut 3-4 minggu selepas

ditanam atau apabila pokok mencapai 20-25 cm tinggi. Kutipan dibuat 3-7 hari sekali.

• Pokok dicabut atau dipotong batangnya.• Tanam di tanah yang mempunyai saliran yang

elok. Amalkan giliran. Elakkan menyiram berlebihan.

• Gaulkan 3 gm Thiram (80WP) dengan 100 gm biji benih sebelum menyemai.

MUSUH DAN PENYAKITNama Kerosakan Kawalan

Ulat pangkas (agrotis ypsilon rott.) Ulat memotong batang anak benih di paras permukaan

Sembur racun serangga seperti trichlorphon dengan kadar 0.1 % b.a. di sekeliling anak-anak benih.

Ulat Ratus (Prodenia litura F) Larvanya memakan daun Sembur dengan racun serangga seperti triclorphon dengan kadar 0.1% b.a.

Hawar Melecuh(Cystobus bliti)

Terdapat tompok-tompok putihpada daun. Bayam jenis daun bujuradalah lebih tahan kepada penyakitini.

Amalkan tanaman giliran. Tiada kawalankimia yang berkesan. Tanam bayam padakawasan baru yang bebas daripadapenyakit.

Lecuh anak benih(Phythium aphanidermatum)

Penyakit ini disebabkan kulitbahagian pangkal pokok menjadireput dan pokok akam mati.

Tanam di tanah yang mempunyai saliranyang elok. Amalkan giliran. Elakkanmenyiram berlebihan. Gaulkan 3 gmThiram (80WP) dengan 100 gm biji benihsebelum menyemai.

PENANAMAN KANGKUNG

PENYEDIAAN TANAH• Tanah perlu dibajak dan digembur dua kali

sedalam 15-20 cm. • Kemudian batas yang berukuran 1.2 m lebar,

7.5 m panjang dan 20-30 cm tinggi disediakan. • Alur dibuat merintangi batas dengan jarak

20cm dan sedalam 3cm untuk menabur benih.

• MENANAM• Biji benih kangkung boleh ditanam terus ke atas

batas. Sebanyak 46 g biji benih sebatas (30 kg biji benih sehektar) ditabur jarang-jarang ke dalam alur-alur.

• Selepas 10 – 14 hari, penjarangan dibuat mengikut ukuran yang di syorkan, iaitu 20 cm antara baris (alur) dan 10 cm antara pokok.

• PEMBAJAAN• Bagi tanah mineral, baja organan digaulkan ke

dalam batas untuk menentukan kesuburan pokok.

PEMBAJAAN• Pembajaan yang disyorkan:

Bil. Pusingan Masa

Jenis baja Kadar/ batas (7.5m x 1.2m)

Kadar/hektar

1. Sebelum menanam

Baja Organik 6 kg 4 tan

2. minggu ke2 NPK 15:15:15

0.4 kg 0.25 tan

3. minggu ke3 NPK 15:15:15

0.5 kg 0.25 tan

PENGAIRAN• Kangkung memerlukan air yang banyak untuk

tumbesarannya. Penyiraman air dua kali sehari dalam musim panas, secara manual atau sistem pengairan renjis adalah disyorkan.

KAWALAN RUMPAI• Kawalan rumpai dilakukan secara manual

dengan kadar dua kali sepanjang umur pokok. Racun glufosinate ammonium boleh digunakan di keliling batas dan parit.

KAWALAN SERANGGA DAN PENYAKIT• Kangkung jarang diserang oleh serangga.• Penyakit utama yang menyerang adalah:-

– Karat Putih (Albugo pomoeae aquaticae) – Amalkan tanaman giliran. – Sembur racun mancozeb.

PEMUNGUTAN HASIL• Kangkung boleh dipungut hasilnya 30 hari selepas

ditanam. • Pokok dicabut bersama akar dan dibasuh dalam air. • Pengeluaran hasil adalah di antara 10-15 tan/ha. • Purata hasil dianggarkan sebanyak 12 tan/ha.

KAWALAN PENYAKIT DAN SERANGGA• Untuk kawalan ulat pengorek buah sembur jika perlu

dengan racun serangga seperti carbaryl, 0.1 % bahan aktif.

• Untuk kawalan bintik berpusar, sembur dengan mancozeb, 0.1 % b.a.

PANDUAN MENANAM BAWANGPENGENALAN• Bawang merah ( Alium cepa) adalah salah satu bahan penting

dalam masakan harian negara ini dan sejenis tanaman yang cepat berhasil. Pada masa sekarang, bawang merah dan bawang putih keseluruhannya diimpot dari luar negara seperti Thailand, Filipina dan India.

• Mengikut data yang dikeluarkan oleh Kementerian Pertanian, sebanyak 194,300 mt bawang merah diimpot bernilai Rm 267.2 juta iaitu kira-kira 33% daripada jumlah impot negara.

• Di Malaysia, tanaman bawang mula diperkenalkan di sekitar tahun 80an dan berjaya mengeluarkan hasil tetapi sehingga kini, penanaman bawang secara besar-besaran belum lagi diusahakan di negara ini.

• Faktor harga yang terlalu rendah, hasil yang sederhana, kos yang tinggi berbanding dengan bawang yang diimpot menyebabkan penanaman bawang tidak ekonomik untuk diteruskan.

PENGENALAN• Dalam usaha mengurang impot bahan makanan semasa negara

menghadapi masalah kegawatan ekonomi dan kejatuhan nilai matawang minat terhadap penanaman bawang bagi maksud penggantian impot telah timbul. Beberapa percubaan menanam bawang merah dilakukan bertujuan untuk melihat potensi tanaman tersebut khususnya dari segi agro-ekonomik dan menggantikan bawang yang diimpot.

• Berdasarkan percubaan yang dijalankan oleh Jabatan Pertanian di beberapa tempat, didapati bawang sesuai ditanam di tanah berpasir dan tanah mineral asalkan mengandungi bahan organan dan tahap kesuburan yang tinggi. Pengairan yang mencukupi dalam masa lima minggu selepas menanam dan kering setelah pokok berumur 8 minggu adalah penting.

• Penggunaan sungkupan seperti jerami padi dapat mengekalkan kelembapan dan mengawal suhu tanah. Kawalan rumpai dibuat pada peringkat awal pertumbuhan dan semasa penyediaan tanah.

BENIH BAWANG• Benih yang bermutu adalah penting. • Percubaan yang dijalankan menggunakan benih dari

bebawang jenis Thailand, Filipina, China dan India. • Pemerhatian menunjukkan penggunaan bebawang

sebagai benih tanaman menimbulkan masalah seperti peratus percambahan yang tidak menentu ( antara 60-70 % ) dan tidak serentak, pertumbuhan yang tidak sihat (vigorous) serta melibatkan kos yang tinggi.

• Walaubagaimanapun bawang jenis India adalah lebih baik dari jenis yang lain dari segi pertumbuhan, ketahanan dari gejala ‘White Tip’ (kekeringan bahagian hujung daun) dan penghasilan bawang.

HASIL• Dari segi hasil bawang, pemerhatian yang dijalankan oleh Bahagian

Pengurusan Tanah Jabatan Pertanian mendapati hasil adalah diantara 2.8 – 4.2 mt/ha bawang bersih yang telah dkeringkan.

• Hasil bawang ini boleh dipertingkatkan dengan penggunaan benih bawang yang lebih bermutu.

• Dari segi kos pengeluaran bawang, kos keseluruahan ( menggunakan tenaga buruh upah ) dianggarkan RM12,690 sehektar. Berasaskan hasil bawang sebanyak 3.5 mt/ha dan harga jualan sebanyak RM4.00/kg, pendapatan kasar bawang merah semusim ialah sebanyak RM 14,000. Ini memberikan pulangan bersih sebanyak RM 1,310/ha/musim, manakala nisbah kos-faedah 1:1.10.

• Melihat kepada kos pengeluaran, hasil dan nisbah kos-faedah, kita dapati aktiviti pengeluaran bawang dengan teknologi yang ada sekarang tidak begitu memberangsangkan berbanding dengan aktiviti pengeluaran lain-lain sayuran seperti kacang panjang atau cili yang memberikan pulangan yang lebih baik.

HASIL• Bagi membolehkan aktiviti penanaman bawang menjadi

lebih menarik dan menguntungkan, beberapa strategi pengeluaran perlu dilakukan.

• Antara strategi-strategi ini adalah:

• Mengurangkan kos pengeluaran1. Salah satu cara mengurangkan kos pengeluaran ialah penggunaan biji benih sebagai bahan tanaman. Analisis menunjukkan kos penggunaan bebawang sebagai bahan tanaman adalah 30-45% daripada kos pengeluaran.

• Penggunaan biji benih sebagai bahan tanaman boleh

mengurangkan kos benih sebanyak 90 % atau 25 -40% kos pengeluaran.

• Meningkatkan hasil bawang– Percubaan penanaman bawang yang dijalankan masih

belum memberikan potensi hasil sebenar bawang. Peningkatandalam teknik-teknik penanaman dan penggunaan benih tanaman yang bermutu boleh memberikan hasil sehingga 6 mt/ha/musim.

• Penanaman secara kecil-kecilan– Perlu diperkenalkan dan digalakkan kepada petani-

petani kecil kerana kerana pendekatan ini mampu mengurangkan kos disamping memberi peluang yang lebih baik berdasarkan penjimatan kos oleh sebab penggantian kos tanaga upah kepada kos tenaga keluarga.

• Berasaskan fakta yang dibincangkan diatas, penanaman bawang merah di Malaysia mempunyai potensi yang baik. Kita telah mempunyai teknologi yang mampu mengeluarkan hasil bawang merah. Kejatuhan nilai ringgit menjadikan bawah merah import mahal dan bawang merah tempatan menjadi lebih kos kompetitif.

• Apa yang perlu dilakukan ialah meningkatkan produktiviti pengeluaran bawang merah supaya ia lebih menarik untuk diusahakan oleh pihak swastadan juga petani-petani.

top related