kaedah penanaman sayur daun …...gambar 5 6. selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk...

5
KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN MENGGUNAKAN BARANGAN KITAR SEMULA Gambar 1 1. Sebelum memulakan penanaman, peralatan yang diperlukan hendaklah disediakan seperti pada Gambar 1. * Botol minuman 1.5 L * Tanah kompos / Tanah campuran (Premix) *Gunting *Pisau lipat *Gam UHU * Sudip kecil * Anak pokok sayur (7-14 Hari lepas tanam) 2. Langkah pertama adalah, kita sediakan bekas tanaman dengan menggunakan botol air terpakai. Gunting dan buang separuh sahaja permukaan sisi botol air supaya mudah untuk diletakkan anak pokok ke dalam botol air 1.5L. Gambar 2

Upload: others

Post on 31-Dec-2019

28 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN …...Gambar 5 6. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk memudahkan perpindahkan anak pokok sayur ke dalam petak tanaman. Berdasarkan pada

KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN MENGGUNAKAN

BARANGAN KITAR SEMULA

Gambar 1

1. Sebelum memulakan penanaman, peralatan yang diperlukan hendaklah disediakan

seperti pada Gambar 1.

* Botol minuman 1.5 L * Tanah kompos / Tanah campuran (Premix) *Gunting *Pisau lipat *Gam UHU * Sudip kecil * Anak pokok sayur (7-14 Hari lepas tanam)

2. Langkah pertama adalah, kita sediakan bekas tanaman dengan menggunakan botol air terpakai. Gunting dan buang separuh sahaja permukaan sisi botol air supaya mudah untuk diletakkan anak pokok ke dalam botol air 1.5L.

Gambar 2

Page 2: KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN …...Gambar 5 6. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk memudahkan perpindahkan anak pokok sayur ke dalam petak tanaman. Berdasarkan pada

3. Gambar 3 menunjukan sisi permukaan botol air yang telah dipotong dan dibuang. Dan seterusnya buat lubang-lubang kecil pada dasar bawah botol air. Ini bertujuan untuk mengelakkan air bertangkung semasa menyiram.

Gambar 3

4. Isikan tanah kompos / Tanah campuran (Premix) kedalam botol air berkenaan sehingga pada paras 10mm dari permukaan atas. Tanah yang diletakkan janganlah terlampau padat didalam botol air.

Gambar 4

5. Pada permukaan botol air yang telah dipotong sebelum ini, boleh digunakan semula sebagai sokongan pada tapak tanaman. Kaedahnya, gunting separuh pada bahagian berkenaan dan lekatkan bahagian tersebut dibawah tapak permukaan media tanaman mengunakan pelekat UHU.

Page 3: KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN …...Gambar 5 6. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk memudahkan perpindahkan anak pokok sayur ke dalam petak tanaman. Berdasarkan pada

Gambar 5

6. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk memudahkan perpindahkan anak pokok sayur ke dalam petak tanaman. Berdasarkan pada saiz botol air 1.5L, amat sesuai melakukan lubang sebanyak 1-3 sahaja.

Gambar 6

7. Ambil anak pokok sayur (sawi seperti pada gambar 7) daripada bekas semaian. Semasa memindah, pastikan tanah pada anak pokok tidak terlerai dari akarnya. Ini bertujuan untuk mengelakkan anak pokok layu atau akar terkejut selepas dipindahkan ke tempat baharu.

Gambar 7

Page 4: KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN …...Gambar 5 6. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk memudahkan perpindahkan anak pokok sayur ke dalam petak tanaman. Berdasarkan pada

8. Letakkan anak pokok berkenaan ke dalam lubang tanaman yang telah disediakan dengan berhati-hati. Kambus tanah perlahan-perlahan selepas anak pokok dipindahkan. Pastikan cuma hanya 1 anak pokok sahaja untuk 1 lubang. Ini bertujuan untuk mengurakan persaingan antara pokok dari segi ruang, air dan nutrien tanah.

Gambar 8

9. Seterusnya, siram anak pokok yang telah dipindah ke tapak tanaman baharu. Kadar siraman hendaklah pada kadar melembapkan kesemua permukaan tanah. Gunakan penyiram pori kecil semasa siraman dan elakkan menyiram sehingga air bertakung dalam petak tanaman.

Gambar 9

Page 5: KAEDAH PENANAMAN SAYUR DAUN …...Gambar 5 6. Selepas itu, buat lubang pada bahagian tanaman untuk memudahkan perpindahkan anak pokok sayur ke dalam petak tanaman. Berdasarkan pada

10. Tanaman yang telah siap boleh diletakkan pada mana-mana permukaan asalkan boleh menerima cahaya matahari dan elakkan meletak tanaman pada kawasan yang mudah terdedah pada hujan lebat.

Gambar 10

SELAMAT MENCUBA DAN BERAMAL