tanah native semporna tergadai lagi

Post on 19-Jun-2015

373 Views

Category:

Documents

5 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Tanah Pekebun kecil

TRANSCRIPT

ARASAD 44 TAHUN MEMPERJUANGKAN HAK BUMIPUTERA SEMPORNA.

Arasad Kibtiani @ Imam Lauhari – Waris PANBeliau meminta supaya pihak Jabatan Tanah dan Ukur Sabah mengambalikan Hak mereka seperti mana yang diputuskan oleh Mahkamah terhadap kes Saudara Hasanar Ibrahim di Sandakan tempoh hari.Hak Bumiputra harus kembali kepada bumiputera.

Pada 19hb. Jan 1966 Kerajaan Sabah mengeluarkan satu KELULUSAN kepada PEGAGAU ANAKNEGERI ( PAN ) & SYARIKAT KERJASAMA PERKEBUNAN ANAK NEGERI BERHAD ( SKPANB )sebidang Tanah dengan pemilikan Status NATIVE TITLE atau NT (Native Title) kepada Keluarga Saudara ARASAD BIN KIBTIANI @ IMAM LAUHARI dengan Rujukan Bil : MNR 119 /3/4/106.

Setelah 44 tahun berlalu para waris masih memperjuangkan hak mereka untuk mendapatkan HAKtanah berkenaan. Dalam satu pertemuan petang ini saya dan 3 orang wakil Waris berkenaan, mereka melahirkan rasa kesal terhadap tindakan dan ‘prosedure’ jabatan tanah Negeri Sabah yang tidak habis habis mengelirukan hak rakyat terhadap dilema yang timbul KHASnya hak Tanah Adat.

Diantaranya Saudara Arasad Kibtiani @ Imam Lauhari, Saudara Ramli Hj Saraman dan seorang Mantan Yang Berhormat dari kawasan berkenaan, saya difahamkan Kes ini telah dibawah ke Mahkamah untuk penyelesaian dan menunggu keputusan Pembicaraan Muktamad terhadap HAK TANAH ADAT yang telah diselewengkan itu dari pihak Mahkamah walaupun mereka telah dimaklumkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur Sabah.

Intipati kepada persoalan ini adalah PERTANGGUNGJAWABAN penyelasaian oleh pihak Kerajaan khasnya Wakil Rakyat Semporna terhadap TANAH ADAT yang jatuh kepada pihak asing.

Dimanakah tanggungjawab wakil wakil rakyat dari Semporna seperti Datuk Shafie Afdal , Datuk Nasir Tun Sakaran , Datuk Ramli Marhaban dan Datuk Haji Harman terhadap masalah Tanah tanah Adat yang tergadai di Semporna ini?.

Datuk Basalie Hj. Abdul HamidMantan Wakil Rakyak DUN Bugaya Salah Seorang Waris PAN,beliau berjanji akan terus berjuang untuk Rakyat Sabah mempertahankan Hak Peribumi Negeri ini dengan pengalaman yang ada sebagai seorang Peguam dan penasihat kepada Waris PAN di Semporna.

Mengikut laporan yang diterimah ada diantara Wakil Rakyat ini yang tidak pernah hadir mesyuarat L.U.C (Mensyuarat Tanah) dan membiarkan kepada pihak Jabatan Tanah sendiri untuk membuat keputusan terhadap hak rakyat dikawsan berkenaan.

Budaya dan ‘trend’ mereka yang suka memberikan gula gula dan membiarkan masalah rakyat menjadi masalah sendiri amat dikesali oleh mesyarakat Daerah ini khasnya para Waris PEGAGAU ANAKNEGERI ( PAN ) yang telah menduduki tanah berkenaan sejak kita mencapai kemerdekaan.

Tun Sakaran Dandai yang pernah menjadi Wakil Rakyat Semporna sejak 1967 – 1995 dan disambung oleh anaknya hingga hari ini 2010, amat memahami Permasalahan ini dan tahu sangat apa yang berlaku terhadap TANAH ADAT ini.

Selaku Anak Semporna, saya amat terkilan dan tertanya-tanya, apakah yang mereka selesaikan selamat 44 tahun menjadi Wakil Rakyat dikawasan berkenaan, mengapakah Wakil wakil rakyat ini yang pernah menjadi TYT, Ketua Menteri, Menteri Tanah & Koperasi dan macam macam jawatan dalam kabinet tidak mampu untuk menyelasaikan masalah rakyat dikawasan yang mereka wakili?.

Pada masa yang sama wakil wakil rakyat ini berjaya selesaikan isu pemilikan tanah BUKAN BUMIPUTERA dikawasan berkenaan seperti Tanah milik Dolton Sdn.Bhd ( Bukan Bumiputera ), Tanah Milik Pulau Bajau ( Bukan Bumiputera ), Isu Tanah PJ Nagus ( Bukan Bumiputera ) dan lain lain yang tiada kepentingan Bumiputera atau Tanah Native.

Disamping itu mereka juga berjaya menyelesaikan tanah tanah milik kepentingan peribadi masing masing yang mempunyai masalah yang sama dengan bumiputera yang lain.

sebagai contoh SYARIKAT KERJASAMA PERKEBUNAN ANAK NEGERI BERHAD ( SKPANB )yang mendapat kelulusan pada tarikh dan masa yang sama 1966 itu tidak mempunyai masalah dimana kawasan tanah ini termasuklah Tanah LADANG SABDI yang menjadi hak keluarga Tun Sakaran danDatuk Nasir di Daerah Semporna dan Tanah Adat LADANG LAPA yang menjadi milik keluarga Shafie Afdal.

Adakah kepimpinan mereka di Daerah Semporna ini hanya tahu menyelasaikan masalah Tanah adat yang mereka sendiri ada kepentingan dan tidak tahu menyelasaikan masalah Tanah Adat yang mereka tidak mempunyai kepentingan?.

Apakah Wakil Wakil Rakyat dari Semporna ini hanya tahu berkerja untuk diri sendiri?.

Dalam kes Tanah Adat Pegagau Anak Negeri ( PAN ) yang dipohon oleh Tuan Haji Saraman bin Lauhari bersama Tuan Haji Geddek dan Saudara Ismail pada tahun 1966 dan dimiliki oleh Keluarga Saudara Arasad bin Kiblani dan peserta amat dikesali kerana berlakunya kes seperti ini.

En. Ramli Bin Hj. Saraman Ketua Kampung Kg.Simunul, Semporna.Waris tuan Haji Saraman Bin Lauhari yang menjadi ketua kumpulan mesyarakat pada masa itu berjanji akan terus memperjuangkan hak waris keturunanya dan tidak rela Hak Native jatuh ketangan orang lain.

pada tahun 23hb. Jan 2002, Satu Kumpulan Syarikat yang dikenali sebagai SYARIKAT KERJASAMA PERKEMBANGAN PEGAGAU (SKPP) , PT N0. 9212004419 telah memohon tanah yang sama yang telah diluluskan kepada pekebun pekebun kecil PAN pada 1966 dan seterusnya mengadakan kerjasama dengan satu Syarikat lain iaitu Pelenting Jernih Sdn Bhd atau PJ Nagus sebaik sehaja memperolehi Title Geran C.L nya pada 2006 untuk memajukan Tanah berkenaan.

Persoalannya siapa dibelakang Pelenting Jernih atau PJ Nagos pada hari ini yang telah membiarkan Pekebun Pekebun Kecil dibiarkan kehilangan HAK TANAH ADAT yang memaksa mereka miliki sejak 1966 itu?, mengapa mereka kehilangan hak dan status tanah berkenaan dan seterusnya dihalau dari tanah yang mereka miliki sekian lama.

Siapakah Wakil rakyat dan Ketua Menteri yang berkuasa antara 2002-2006?, kerana tarikh ini lah menjadi menjadi tarikh yang amat penting untuk kita melihat siapa dalang terhadap permasalahan HAK TANAH BUMIPUTERA jatuh ketangan BUKAN BUMIPUTERA ?.

Mengapapakah? Tanah Adat Hak Native ini boleh bertukar STATUS kepada Tanah C.L atau Tanah Perdagangan pada 2006?. Hinggakan Wakil rakyat berkenaan gagal untuk menjaga kepentingan Tanah Bumiputera atau Tanah Native bertukar STATUS?.

Peranan Wakil rakyat adalah amat penting untuk hadir dalam setiap mesyuarat L.U.C ( Mesyuarat Tanah yang diadakan 4 kali setahun ) , supaya HAK RAKYAT , HAK BUMIPUTERA dan HAK NATIVE tidak tergadai dan menjadi bahan dagangan bangsa lain atau mereka yang rakus dan berkepentingan.

Kerajaan Perikatan USNO yang berkuasa 1967 -1976, Kerajaan Berjaya 1976-1985,Kerajaan PBS 1985 – 1994 tidak tergamak untuk menidakan Hak Tanah Adat ini, Namum tanah adat yang dimiliki sejak 1966 itu telah bertukar status pada tahun 1996 dibawah kerajaan yang ada 2 tahun selepas dia memerintah Negeri Sabah, itulah yang diluahkan oleh Waris PAN Saudara Arasad Bin Kibtiani semasa mengadakan perjumpaan dengan pihak saya.

Jesteru itu kami anak anak dari Daerah Semporna menginggatkan Wakil Rakyat Daerah Semporna, supaya lebih berhati-hati dan bertanggungjawab terhadap masalah rakyat di kaawasan itu, jangan hanya tahu memberi gula-gula dan menjaga kepentingan diri sendiri tanpa melihat masalah rakyat.

Selamat Memimpin Rakyat wahai wakil Rakyat Semporna.

Abdullah Sani Hj Abdul Salleh.

top related