tajuk 6 kertas cadangan kajian tindakan.ppt

Post on 21-Oct-2015

24 Views

Category:

Documents

4 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

FORMAT KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN

FORMAT KESELURUHAN•1.0 PENDAHULUAN Refleksi pengalaman yang lalu / Refleksi Sorotan Literatur

•2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINAN Tinjauan dan Analisis Masalah

• 3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

•4.0 KUMPULAN SASARAN

•5.0 TINDAKAN YANG DICADANGKAN

5.1 Perancangan Tindakan 5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data 5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data 5.4 Perancangan Pelaksanaan Tindakan•Jadual pelaksanaan•Kos kajian

•SENARAI RUJUKAN•LAMPIRAN

1.0 PENDAHULUAN REFLEKSI PENGALAMAN YANG LALU /

REFLEKSI SOROTAN LITERATUR•Menghurai pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus kajian amat jelas

• Menilai kembali pengalaman P&P yang berkaitan dengan fokus amat berkesan

•Membincangkan secara mendalam andaian, nilai dan kepercayaan terhadap P&P dalam refleksi pengalaman P&P

•Membincangkan secara amat terperinci jurang antara nilai dan kepercayaan yang dipegang dengan amalan P&P yang dilaksanakan

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

•Sewaktu saya menyemak karangan murid Tingkatan 4 Bestari, saya rasa sungguh terkejut kerana saya dapati walaupun mereka telah berada di menengah atas, tahap penguasaan kosa kata di kalangan murid ini sungguh terhad.• Isi yang ditulis juga tidak berkembang. Selain itu, masih ramai murid yang melakukan kesilapan ejaan. •Banyak ayat tergantung dibina oleh murid. Mereka menggunakan perkataan yang biasa mereka gunakan dan berulang-ulang apabila ingin menghuraikan tentang sesuatu perkara.

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

•Perlukah saya ajar semua kosa kata yang terdapat dalam Kamus Dewan untuk memperkaya kosa kata murid? •Adakah cara saya mengajar selama ini dapat membantu murid menambahkan kosa kata mereka? •Apakah yang boleh saya lakukan untuk menarik minat murid memperkaya kosa kata mereka? •Mampukah saya menjalankan aktiviti secara bersendirian untuk membantu murid saya? •Apabila saya membincangkan perkara ini dengan rakan-rakan dalam mesyuarat panitia, ada guru mengatakan yang murid hari ini malas membaca dan suka disuapkan apa-apa sahaja ilmu yang diperlukan untuk membolehkan mereka cemerlang apabila menjawab soalan. •Namun begitu, apakah tindakan yang boleh dilakukan bagi menangani masalah ini?

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

•Saya berpendapat lemahnya penguasaan kosa kata di kalangan mereka ialah disebabkan kurangnya penjelasan serta tumpuan terhadap pentingnya aspek kosa kata yang saya berikan sama ada semasa proses P&P atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah.

•Kelemahan ini juga merupakan rentetan daripada pengabaian guru termasuklah saya terhadap kepentingan penguasaan kosa kata.

•Sekiranya saya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid kelas ini tidak dapat menjawab dengan baik soalan karangan dan juga soalan membina ayat bagi kertas 2 yang akhirnya akan menyebabkan kemerosotan nilai GNP sekolah saya.

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINANTINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

•Mengenal pasti dan menghuraikan isu keprihatinan yang berkait dengan pengalaman pengkaji dan relevan kepada keperluan murid dengan amat baik dan jelas

•Menghuraikan cara pengumpulan data awal untuk membuktikan masalah / isu wujud secara amat terperinci

•Dapat menilai pemilihan fokus berdasarkan kriteria berikut:•Kebolehtadbiran•Kepentingan•Kebolehgunaan•kawalan •kolaborasi•kerelevanan kepada sekolah

2.0 FOKUS KAJIAN / ISU KEPRIHATINANTINJAUAN DAN ANALISIS MASALAH

•Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya, saya hanya akan fokuskan kajian ini kepada masalah penguasaan kosa kata.

•Murid saya mempunyai kosa kata yang sangat terhad.

•Mereka hanya mampu menggunakan perkataan yang biasa mereka temui dan gunakan semasa di sekolah rendah.

•Mereka melakukan banyak kesilapan apabila menulis ayat.

•Kesilapan yang sering dilakukan oleh murid ialah:

• Kesilapan penggunaan perkataan dalam ayat.

• Murid menggunakan kosa kata yang berulang-ulang dalam satu ayat menjadikan ayat itu tidak gramatis.

• Murid tidak menjawab soalan bina ayat kerana tidak faham maksud perkataan yang diberi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / SOALAN KAJIAN

•Pernyataan objektif kajian tindakan dapat dinyatakan dengan amat jelas 3 perkara berikut •fokus•tindakan•pencapaian tindakan

•Soalan kajian amat relevan dengan objektif kajian

3.0 OBJEKTIF KAJIAN•Merancang dan melaksanakan tindakan untuk menambahbaik pembelajaran murid bagi :

• Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh murid. •Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para murid. •Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus bagi meningkatkan penguasaan kosa kata

mereka.

•Mencari bukti-bukti tentang kesan-kesan tindakan yang dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan kosa kata, •Membuat refleksi ke atas tindakan yang di laksanakan untuk

3.0 SOALAN KAJIAN •Apakah keprihatinan/ kebimbangan berkaitan amalan saya?•Apakah fokus kajian saya?•Apakah yang saya boleh lakukan untuk menambahbaik pengajaran saya?•Apakah bukti yang dapat dikumpul untuk membolehkan saya membuat keputusan pengajaran?•Bagaimanakah saya mengesahkan kesimpulan berasaskan bukti-bukti kajian?•Apakah tindakan yang boleh diambil untuk menambahbaik amalan saya dalam :

• Meningkatkan keupayaan mengaplikasikan perkataan baru dalam ayat yang dibina oleh murid.

Meningkatkan bilangan kosa kata baru yang diketahui dan difahami oleh para murid.

• Membantu murid menguasai kemahiran belajar dengan merujuk kamus

bagi meningkatkan penguasaan kosa kata mereka. ?

4.0 KUMPULAN SASARAN•Memerihalkan ciri-ciri respoden secara terperinci semua perkara berikut:•bilangan •jantina•nama kelas / jawatan•prestasi akademik•ciri-ciri unik yang lain

4.0 KUMPULAN SASARAN

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

(TINDAKAN YANG DICADANGKAN)• 5.1 Perancangan Tindakan•Memperincikan langkah-langkah/aktiviti tindakan (P&P) dengan amat jelas

•Memberi rasional terhadap tindakan yang dicadangkan dengan amat jelas

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

(TINDAKAN YANG DICADANGKAN)•Program “Sehari Selembar Benang” Cara Pelaksanaan:

a. Guru mengumumkan sepatah perkataan sehari berserta definisi dan contoh ayat dalam perhimpunan pagi.

b. Murid mencatat dalam buku catatan khas.

c. Guru menampal perkataan pada papan kenyataan.

d. Guru meminta murid mengaplikasikan penggunaan perkataan dalam karangan yang ditulis – 2 minggu sekali.

e. Guru menganalisis karangan murid.

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

(TINDAKAN YANG DICADANGKAN)•5.2 Perancangan Cara Mengumpul Data•Merancang kaedah pengumpulan data yang amat sesuai untuk menjawab soalan kajian tindakan •Instrumen kajian tindakan dijelaskan dengan amat terperinci dan dilampirkan

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN

(TINDAKAN YANG DICADANGKAN)

•5.3 Perancangan Cara Menganalisis Data•Kaedah analisis data amat tepat bagi jenis data yang dikumpul

•Perancangan kaedah analisis data dijelaskan dengan amat baik

5.4 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN

•Menyediakan jadual pelaksanaan/carta Gantt dengan lengkap

•Menyediakan anggaran kos kajian dengan amat terperinci

JADUAL PELAKSANAANBIL AKTIVITI TARIKH PELAKSANAAN1 Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data awal 5 Februari 2 Menulis proposal Kajian 13 Februari 3 Merancang Tindakan – (individu/panitia) 18 Februari 4 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 1 23 Februari 5 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 1

(dalam panitia) 27 Februari

6 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 2 5 Mac7 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 2

(dalam panitia 8 Mac

8 Melaksanakan tindakan – Aktiviti 3 10 Mac 9 Membincangkan masalah yang timbul dalam Tindakan 3

(dalam panitia) 12 Mac

10 Ujian untuk mengesan pencapaian murid 19 Mac 11 Refleksi kajian 20 Mac 12 Menulis laporan Kajian 21 Mac 13 Pembentangan dapatan kajian 28 Mac

TINJAUAN LITERATUR•Menghubungkait artikel-artikel penyelidikan dengan isu keprihatinan yang telah dikenal pasti dengan amat jelas •Penggunaan sedutan kata (Quotation) yang amat sesuai •Sorotan kajian tindakan mengandungi sekurang-kurangnya 5 sumber kajian lepas yang tepat dan releven

•Penulisan rujukan dan bibliografi yang betul (sistem APA)

top related