tajuk 6

Post on 04-Dec-2015

226 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

teknologi dalam pendidikan

TRANSCRIPT

TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (EDU3053)

Pembentangan Tajuk 6

Disediakan oleh: GOH LI HUI

Tajuk Pembentangan:

“Kepelbagaian aras pengetahuan murid merupakan lumrah di

dalam sesebuah bilik darjah. Bagi memastikan hasil

pembelajaran tercapai guru seharusnya bijak menangani

situasi ini. Dengan pelbagai kemudahan

yang ada bagaimana anda dapat menyelesaikan masalah tersebut”

Kepelbagaian Aras Pengetahuan Murid

• Kepelbagaian aras pengetahuan murid terjadi disebabkan perbezaan individu.

• Perbezaan individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat.

• Ketidaksamaan ini memberi pengalaman dan pengetahuan sedia ada murid yang berbeza-beza dalam kelas.

• Oleh itu, guru-guru perlu memahami bahawa perkara ini akan mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

• Bagi mengatasi masalah ini, guru perlu menggunakan pelbagai kemudahan yang ada serta disesuaikan dengan kaedah pengajaran yang selaras dengan setiap aras pengetahuan murid.

Alat Bantu Mengajar (ABM)

• Alat bantu mengajar adalah alat yang dapat membantu seseorang guru dalam proses pengajaran.

• Alatan mengajar ini merangkumi segala benda yang digunakan dalam pelajaran yang dapat dilihat, didengar, dipegang, dibaca, dikisahkan, dirasai, dihidu, digunakan dan sebagainya.

Matlamat Penggunaan ABM

• Mempersamakan pengalaman• memastikan pelajar mengikuti

pembelajaran• memberikan pelajar kefahaman yang

berkesan • menarik minat mereka terhadap mata

pelajaran yang diajarkan.• Mengatasi keterbatasan ruang

Kategori ABM

Bahan bantu mengajar

bukan elektronik

Bahan bantu mengajar

elektronik

Bahan-bahan bercorak

pengalaman dan bahan sebenar

Bahan bantu mengajar bukan elektronik

Papan Hitan Buku Teks Papan

PamerBahan Bacaan

Gambar Kad Imbasan Carta Grafik

Papan Pengajaran Model 3D Boneka Diorama

Bahan bantu mengajar elektronik

Overhead Projektor

(OHP)

Transparensi OHP Pita Slaid

Radio Televisyen dan VCR

Alatan Rakaman

Filem Tayang Komputer

Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar

Lakonan Pantomin Lawatan

Projek Bahan Maujud

Pengaplikasian Alat Bantu

Mengajar

CONTOH 1

ABM : Carta/ Kad Imbasan/ Gambar

KAEDAH : Menerang

• ABM haruslah ditunjukkan di suatu tempat yang sesuai supaya semua murid boleh melihatnya dengan mudah.

• guru haruslah membimbing murid-murid meneliti perkara yang penting supaya tidak membazirkan masa murid-murid serta boleh mencapai hasil pembelajaran yang dikehendaki.

• Jika ABM itu mengandungi beberapa bahagian, guru boleh menutupnya terlebih dahulu, kemudian menunjukkan kepada murid-murid bahagian demi bahagian mengikut urutan penerangan guru.

• Cara ini boleh menarik minat murid serta membangkitkan daya pemikiran mereka.

CONTOH 2

ABM : Bahan maujud/ Model 3D/ Boneka/ Rakaman

KAEDAH : Aktiviti kumpulan/ Projek/ Permainan (Pembelajaran Koperatif dan Kolaboratif)

• Sebelum ABM diedarkan kepada murid-murid untuk menjalankan kerja praktik, guru harus memberi arahan yang tegas dan jelas supaya aktiviti pembelajaran itu dapat dijalankan dengan tepat, berdisiplin dan mengikut masa yang ditetapkan.

• Guru memecahkan murid-murid kepada kumpulan-kumpulan yang mengandungi murid-murid pintar dan lemah

• Di sini murid-murid akan saling membantu dalam menyelesaikan tugasan atau masalah.

CONTOH 3

ABM : Gambar/ Kad Imbasan/ Slaid

KAEDAH : Soal Jawab

• Tunjukkan ABM kepada murid-murid hanya pada ketika yang perlu.

• Guru menanyakan soalan mengenai kandungan ABM untuk mencetus pemikiran murid.

• Guru boleh meminta murid yang pandai untuk memberi pendapat mereka.

• Daripada itu barulah guru membimbing murid-murid yang lemah

CONTOH 4

ABM : Papan Pamer/ Papan Pengajaran/ Video

KAEDAH : Perbincangan

• Bahan pengajaran mesti berkaitan dengan pengalaman umum setiap kanak-kanak.

• Guru harus membimbing murid-murid membincang fakta-fakta penting yang terkandung dalam ABM.

• Murid-murid digalakkan menyuarakan pandangan masing-masing di samping mendapat maklumat baharu daripada rakan sekumpulan.

Alternatif lain dalam mengatasi kepelbagaian

murid dengan kemudahan yang ada

Pengajaran bebas dan menggunakan Bilik Sumber

• Pengajaran bebas bermaksud memberi kebebasan kepada murid dalam masa tertentu untuk belajar atau membuat kerja-kerja latihan di sudut-sudut bacaan atau bilik sumber secara bersendirian atau berkumpulan.

• Bilik-bilik yang dimaksudkan itu perlu mengandungi pelbagai sumber seperti buku, majalah, akhbar dan komputer.

• Kanak-kanak digerakkan dalam pembelajaran mereka dengan mengetahui apa yang dibuatnya dan dengan memulakan kegiatannya sendiri ke arah mencapai sesuatu peringkat.

• Tugas guru hanyalah sekadar membimbing murid yang ingin mendapatkan bantuan.

Aktiviti pemulihan dan pengayaan

• Aktiviti ini boleh dilaksanakan sebaik sahaja guru mengenal pasti peringkat-peringkat pencapaian murid.

• Murid yang cerdas diberi beberapa latihan pembelajaran yang mencabar. Contohnya, penggunaan komputer atau pusat sumber untuk mencari maklumat tambahan.

• Manakala, murid yang lemah, latihan yang lebih mudah diberikan. Contohnya, penggunaan gambar dan kad imbasan untuk merangsang pemikiran murid dalam menjawab latihan

• Aktiviti ini dapat menolong para guru merancang beberapa strategi pengajaran yang sesuai dengan tahap kemampuan murid yang berbeza-beza.

Progran berunit mengikut kecepatan sendiri murid

• guru menyediakan beberapa unit kecil untuk diagihkan kepada semua pelajar.

• Rancangan ini membantu para pelajar meningkatkan lagi pencapaian mengikut kecepatan mereka sendiri.

• Melalui kaedah ini, pelajar digerakkan terlebih dahulu tentang apa yang patut dilakukan.

• Mereka juga bebas untuk memilih aktiviti pembelajaran yang disukai.

• Contohnya, mereka boleh memilih samada menggunakan komputer, video, bahan bacaan atau model 3D untuk membantu pembelajaran mereka mengikut gaya pembelajaran masing-masing.

Kaedah garak balas• Kaedah ini bermaksud melatih murid membuat aktiviti

sama ada secara persendirian atau berkumpulan. • Kaedah memerlukan penglibatan aktif kanak-kanak

dalam situasi belajar dan bukannya penerima yang pasif daripada guru.

• Aktiviti ini boleh dilakukan dengan cara penyelidikan, lawatan, demonstrasi dan juga kerja-kerja projek.

• Bagi memenuhi objek tersebut, guru harus menyediakan alat bantu mengajar yang cukup kepada murid.

• Guru juga boleh menggalakkan murid memilih bahan atau alat sendiri, iaitu sesuai dengan aktiviti yang hendak dilakukan.

Rasional penggunaan pelbagai kemudahan

dalam pengajaran

1) Pengetahuan sedia ada murid dapat dikaitkan dengan isi pelajaran. Dengan itu, mereka dapat memahami dan menerima ilmu baharu dengan lebih tersedia.

2) Menarik minat murid untuk belajar dengan menepati naluri ingin tahu dalam hati murid. Contohnya, ABM yang berwarna-warni

3) ABM menyediakan satu dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran, oleh itu ia mengurangkan berbagai-bagai gerak balas lisan daripada murid

4) Pelajar akan dapat memahami sesuatu konsep, fakta atau idea dengan lebih jelas.

5) Pelajar dapat menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

6) Pelajar akan dapat terus mengikuti setiap perkembangan proses pengajaran yang dijalankan kerana ABM telah mempertingkatkan keghairahan murid untuk belajar.

7) Aktiviti pengajaran dan pembelajaran dapat dipelbagaikan dengan pelbagai jenis kemudahan yang ada

8) Aktiviti pembelajaran akan lebih menarik dan seronok kerana pembelajaran melalui pelbagai deria dialami oleh murid.

9) Konsep, fakta dan idea yang diterima akan lebih kekal dalam ingatan kerana murid mengalami pengalaman yang sebenar.

10)Melahirkan satu interaksi dan kerjasama antara murid dengan murid atau murid dengan guru melalui pembelajaran koperatif dan kolaboratif.

11)Idea dan pendapat baharu dikongsi bersama.12)Dengan itu, hasil pembelajaran dapat

dicapai.

Sekian, Terima Kasih…

top related