tajuk 2 : pengajaran dan pembelajaran - …amaljaya.com/guru/pismp/edu 3103_murid dan alam...
Post on 31-Jan-2018
237 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAJUK : 4 TEORI-TEORI PEMBELAJARAN
(Kognitif, Konstruktivisme, Humanisme, Pendidikan
Dari Perspektif Islam Dan Impilkasi Teori
Pembelajaran) Nordin Tahir
IPG Kampus Ipoh
1/7/2012 Nordin Bin Tahir, IPIP 2
Teori Pembelajaran Unsur Berkaitan Tokoh Psikologi
Behavioris Tingakahlaku, Pelaziman klasik (emosi) ,(tabiat)
Pelaziman Operan, cuba-ralat dan peneguhan
Ivan Pavlov
Edward Thorndike
B.F. Skinner
Watson, Guthrie
Kognitif
Pemikiran, Celik akal, Penemuan, Kategori pembelajaran, Resepsi
Jean Piaget
Gagne, Bruner
Ausuble, Kohler
Sosial
(neo behavioris)
Prestasi
Permodelan
Bandura
Humanis Kemanusiaan ,Sempurna kendiri, Keperluan asas
Carl Rogers
Abraham Maslow
Pelbagai Teori Pembelajaran
Tokoh-Tokoh
• Jean Piaget
– Cognitive Development Stages
• Jerome Bruner
– Discovery Learning
• Richard Suchman
– Inquiry Method
• David Ausubel
– Expository Teaching
TEORI KOGNITIF
Psikologi Gestalt
– Max Wetheimer (1880 – 1943) – persepsi dan penyelesaian masalah
– Kurt Koffka (1886 – 1941) – hukum persepsi
– Wolfgang Kohler (1887 – 1959) – celik akal
– Kurt Lewin (1892 – 1947) – psikologi kognitif-lapangan
Celik Akal (insights), the sudden perception of the relationships among elements in a problem situation.
TEORI KOGNITIF
Psikologi kognitif-lapangan
– Konsep life space or psychological world in which the individual lives. It encompasses both himself and everything that psychologically influences him.
– Views learning behavior as a reorganization or restructuring
TEORI KOGNITIF
TEORI KOGNITIF
• Ahli-ahli kognitivis lebih menekankan kepada proses
mental.
• Antara aspek-aspek proses ini termasuklah membuat
keputusan, penyelesaian masalah, menganalisis,
menilai, dan mengingat.
Teori Pembelajaran Kognitif
Proses pembelajaran melibatkan pemprosesan maklumat: Proses ini bersifat aktif dan dipengaruhi oleh pengetahuan sedia ada murid-murid.
Pembelajaran kini berasakan pembelajaran sebelumnya: Murid-murid kita berbeza antara satu sama lain dari segi lataar belakang dan tahap motivasi masing-masing. Oleh itu, mereka biasanya akan membina makna yang berlainan walaupun pengalaman mereka adalah sama.
Andaian:
Pembelajaran yang bermakna melibatkan hubungan: Makna yang dibina berasaskan pengalaman menunjukkan hubungan antara pembelajaran lalu dan pembelajaran baru.
Pengajaran dan pembelajaran perlu menegaskan hubungan dan strategi: Penekanan lebih diberikan kepada pembelajaran bermakna berbanding dengan hafalan. Oleh itu, pengajaran dan pembeljaran bertujuan membantu murid-murid belajara cara belajar, dan bukannya memperoleh maklumat yang terasing.
Wolf Kohler
• Seorang ahli psikologi yang merupakan salah seorang pengasas psikologi Gestalt bersama Kurt Koffka.
• Hasil daripada kajian Kohler dalam bidang pemerosesan kognitif, khususnya proses penyelesaian masalah, beliau telah mengemukakan jenis pembelajaran celik akal.
• Antara cimpanzi yang digunakan sebagai subjek kajian Kohler termasuk Chica, Grande, Konsul, Rana dan Sultan.
• Pada tahun 1924, Kohler telah menerbitkan dapatan-dapatan kajian beliau dalam buku berjudul The Mentality of Apes.
• Antara dapatan beliau yang menarik ialah haiwan akan berusaha untuk mencari perkaitan yang menuju ke arah penyelesaian apabila berdepan dengan situasi yang bermasalah.
• Oleh itu, boleh dikatakan bahawa sama seperti manusia, haiwan juga berupaya memperoleh pembelajaran celik akal, iaitu penyelesaian “aha!” terhadap masalah yang mereka hadapi.
Kohler dan Pembelajaran Celik Akal
• Dalam satu eksperimen, Kohler telah meletakkan pisang di luar bersama dua batang buluh di dalam sangkar cimpanzi yang bernama Sultan.
• Tetapi, tiada satu daripada dua batang buluh mempunyai panjang yang mencukupi untuk membolehkan Sultan mencapai pisang tersebut.
• Tidak lama kemudian, Sultan pun menyambungkan kedua-dua buluh tersebut, lalu berjaya menjadikannya sebatang buluh untuk mencapai pisang yang terletak di luar sangkarnya.
Sultan telah berjaya mencari
satu hubungan yang kritikal serta
penting apabila ia berjaya untuk
menyambungkan kedua-dua
batang buluh yang dibekalkan
menjadi buluh yang cukup
panjang untuk mencapai pisang
yang terletak di luar sangkarnya.
Berdasarkan Eksperimen Di Atas, Terbukti Tiga Perkara Yang Berikut:
• Pembelajaran celik akal banyak bergantung kepada persepsi cimpanzi berkenaan terhadap penyelesaian yang sesuai.
• Pembelajaran celik akal tidak bergantung kepada ganjaran semata-mata.
• Setelah satu-satu masalah berjaya diselesaikan, maka ada lebih mudah untuk menyelesaikan masalah yang serupa di masa depan.
Prinsip Pembelajaran Celik Akal Kohler
• Kita sering memperoleh penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi melalui cara yang agak mendadak, iaitu apabila kita kurang menumpukan pemikiran terhadap masalah tersebut.
• Konsep berfikir ditakrifkan sebagai usaha mencari, dan seterusnya berpegang kepada hubungan antara dua perkara.
Teori pembelajaran Bruner.
Konsep pembelajaran ialah proses pengkategorian.
Merupakan kebalikan kepada pandangan Ausubel
yang berpusatkan pembelajaran atau pelajar dan
berbentuk induktif.
Berpendapat pembelajaran konsep, pengamatan dan
penanggapan berlaku melalui proses kategori, dan
proses membuat keputusan yang melibatkan
pengkategorian.
Berpendapat manusia melihat persekitaran dunia
daripada sudut ciri – ciri persamaan dan perbezaan.
3 kategori konsep ialah :
i. Enaktif (perlakuan)
ii. Ikonik (imejan)
iii. Simbolik (bahasa)
Pembelajaran konsep hendaklah mengikut peringkat
iaitu daripada enaktif, iklonik dan ke simbolik.
Berpendapat setiap individu walaupun masih kecil
berkeupayaan untuk belajar sekiranya penyampaian
disusun atur dengan cara yang sesuai.
Pembelajaran Konsep Melalui Penemuan
Pembelajaran konsep ialah membezakan dan
mengkategori benda atau perkara yang mempunyai
ciri – ciri tertentu dan melibatkan proses mengingat
semula, membuat perkaitan dengan maklumat baru
dengan yang lama dan membuat subkategori.
Pembelajaran konsep ialah proses pembinaan
pengetahuan.
Membentuk teori pembelajaran konsep
melibatkan proses kognitif iaitu proses membuat
hipotesis dan melihat ciri-ciri yang perlu ada
untuk menentukan konsep.
Konsep dibentuk melalui pengkategorian yang
dibuat dengan mengelompokkan mengikut ciri –
ciri sama yang dimiliki.
Ciri-Ciri Sama Yang Dimiliki
Pembelajaran konsep secara induktif dan mengkategori melibatkan langkah – langkah seperti :
i. Sediakan data benda/maklumat berupa contoh positif.
ii. Sediakan data benda/maklumat mewakili contoh negatif.
iii. Buat perbandingan contoh positif dan negatif.
iv. Berdasarkan ciri persamaan buat pengelompokan / kategori.
v. Buat rumusan mengikut kategori yang dibentuk.
vi. Bina definisi konsep.
vii. Kukuhkan dengan contoh tambahan untuk menguji pemahaman.
Pembelajaran Penemuan.
Merupakan pembelajaran berbentuk inkuiri.
Proses inkuiri melibatkan situasi penyelesaian masalah
yang dilalui sendiri oleh pelajar.
Proses penyelesaian masalah mengaitkan pengalaman
lepas dengan pengetahuan semasa untuk menemukan
maklumat baharu yang sedang dipelajari.
Maklumat yang ditemukan sendiri/jawapan penyelesaian
yang dicari sendiri membolehkan maklumat baharu
mudah diingati.
Manusia berinteraksi dengan alam sekeliling
melalui penerokaan objek, penyelesaian
masalah dan membuat uji kaji.
Proses inkuiri dalam pembelajaran penemuan
memerlukan pelajar meninjau
masalah/fenomena, meneliti pelbagai alternatif
dan data, membuat hipotesis dan menguji
hipotesis sebelum membuat rumusan.
Maka, pembelajaran aktif berlaku.
Model Pembelajaran Penemuan
i. Model inkuiri
ii. Inkuiri berpandu
iii. Inkuiri Suchman
iv. Penyelesaian masalah
v. Pembelajaran berasaskan kajian kes.
R.M. Gagne
• Mengkategorikan pembelajaran ke dalam lima kelompok utama iaitu:
Kemahiran kecerdasan
Strategi kognitif
Maklumat berbahasa
Kemahiran motor dan
sikap
Terdapat susunan urutan pelbagai kemahiran kecerdasan dan tiap-tiap satunya adalah syarat mutlak untuk menguasai sesuatu kemahiran sebelumnya.
• Strategi Kognitif - Kebolehan memproses maklumat yang membolehkan pelajar:
Memikir
Menumpukan perhatian
Memilih
Mengingat
Menggunakan maklumat
Kemahiran Motor
• Melakukan pergerakan koordinasi dalam aktiviti fizikal.
• Memerlukan pemikiran dan penguasaan kemahiran kognitif.
• Berkait secara langsung dengan perasaan, tingkahlaku, minat dan kesediaan pembelajaran seseorang pelajar
Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel
• Mengambil kira pembelajaran individu dalam konteks sekolah atau kelas.
• Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui bahan bermakna.
• Pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada atau pun persembahan maklumat umum atau gabungan kedua-duanya.
• Pembelajaran akan berlaku apabila maklumat baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.
• Teori ini memberi penekanan kepada penyampaian pelajaran secara terancang oleh guru.
Advance Organiser (Pengurusan/ Pendedahan Awal)
• Konsep ini bukan merupakan rumusan atau maklumat umum pembelajaran.
• Menurut Ausubel, AO perlu diberikan lebih awal agar pelajar dapat maklumat atau pengetahuan yang perlu untuk membolehkan pelajar mengetahui sesuatu yang berkaitan dengannya.
Jenis Pengurusan Awal (AO)
Pengurusan Awal Perbandingan/Komparatif:
• Merujuk kepada pengetahuan sedia ada berkaitan
dengan isi pelajaran yang akan dipelajari.
• Pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif akan
digunakan untuk mempelajari maklumat baru.
• Penyusunan semula maklumat awal akan berlaku dalam
struktur kognitif sebagai persediaan menerima maklumat
baru.
Pengurusan Awal Ekspositori:
• Sekiranya pelajar belum mengetahui pengetahuan sedia ada yang berkait dengan isi pelajaran yang akan dipelajari, guru boleh memberikan maklumat awal dalam bentuk gambaran, teks dan lain-lain.
• Maklumat atau gambaran berperanan sebagai jambatan kepada maklumat baru yang bakal dipelajari.
• Maklumat awal itu dedahkan lebih awal agar pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari maklumat baru.
• Maklumat yang didedahkan akan menjadi asas kepada pembelajaran baru.
Jenis Pengurusan Awal (AO)
Pembelajan Konsep Melalui Penerimaan
• Menekankan penyampaian pengajaran guru dibuat
secara terancang bermula dengan mengaitkan
pengetahuan sedia ada dan disusun secara
berperingkat.
• Faktor yang paling penting ialah penyampaian guru
berasaskan laras bahasa yang sesuai dengan
penerimaan pelajar.
• Guru menyusun maklumat secara ansur maju iaitu
umum kepada khusus (secara deduktif).
• AO akan membantu pelajar menggarap maklumat
dengan lebih cepat dan efektif.
• Langkah pengajaran atau penyampaian guru hendaklah
disusun secara sistematis apabila mengajar sesuatu
konsep.
• Pembelajaran konsep merujuk kepada keupayaan
melihat ciri-ciri persamaan sesuatu kategori objek atau
peristiwa.
• Konsep ialah kategori mental tentang objek, peristiwa
atau satu set idea yang memiliki ciri-ciri yang sama.
Pembelajaran Konsep Secara Penyusunan Umum Kepada Khusus Menggunakan AO
1. Persembahan AO
2. Kemukakan contoh positif
3. Kemukakan contoh negatif
4. Lihat ciri-ciri persamaan dan
perbezaan
5. Buat rumusan dan bina konsep
6. Minta pelajar memberikan
contoh tambahan
Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel
• Persembahkan maklumat umum tentang sesuatu topik
sebelum memberikan contoh khusus dan
membincangkan perincian topik berkenaan.
• Menggunakan bahan-bahan penyampaian pengajaran
yang ada kaitan dengan pengetahuan sedia ada pelajar
atau pembelajaran lepas.
• Bantu pelajar membuat perbandingan maklumat baharu dengan maklumat atau pengetahuan sEdia ada pelajar.
• Beri maklumat dalam bentuk yang sesuai dengan keupayaan pelajar untuk membolehkan pelajar memahami pembelajaran baharu, jika pelajar tidak ada pengetahuan terdahulu yang berkait dengan pembelajaran baharu.
• Susun atur penyampaian p&p secara teratur, langkah demi langkah serta gunakan bahan serta laras bahasa yang sesuai dengan peringkat umur pelajar.
Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel
• Sediakan dan gunakan ABM yang konkrit sesuai dengan
tahap pemikiran pelajar untuk membantu pemahaman
pelajar serta penyampaian guru.
Implikasi Teori Pembelajaran Penerimaan Ausubel
Apakah Konstruktivisme
• Konstruktivisme adalah satu pendekatan pengajaran
berdasarkan kepada penyelidikan tentang bagaimana
manusia belajar.
• Kebanyakan penyelidik berpendapat setiap individu
membina pengetahuan dan bukannya hanya menerima
pengetahuan dari orang lain.
( McBrien&Brandt,1997)
Konstruktivisme
● Berasal dari perkataan ‘ construct’ yang bermaksud
membina.
● Konstruktivisme ialah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri secara aktif pengetahuan atau
konsep berdasarkan kepada pengetahuan atau
pengalaman yang sedia ada dan tidak menerima
pengetahuan secara pasif dari persekitaran.
● Pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda pelajar
tetapi harus dibina dalam minda berdasarkan
pengalaman sebenar pelajar.
• Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid
membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif
berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada.
• Melalui pengalaman yang ada, pelajar akan
menyesuaikan pengetahuan yang dibina dengan
pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan
baru.
Prinsip Asas
• Pengetahuan di bina oleh pelajar-pelajar bukan tin
kosong sebaliknya organisma yang sering berusaha
mencari pengertian kepada perkara yang ditemuinya.
• Setiap pelajar memiliki idea dan pengetahuan asas-
pelajar membina pengetahuan baru berdasarkan
pengetahuan sedia ada pada dirinya.
Prinsip Asas
• Proses membina pengetahuan melibatkan aspek sosial-
ini bermakna seseorang pelajar akan berinteraksi dan
bertukar – tukar pendapat dgn pelajar dan individu lain
ketika membina pengetahuan.
• Komunikasi antara guru dengan pelajar mungkin
menimbulkan konflik / perselisihan faham- jawapan yang
diberikan pelajar merupakan pendirian pelajar (mungkin
berbeza daripada guru)
• Guru sebagai fasilitator dalam proses pembinaan
pengetahuan pelajar- hanya membimbing pelajar dalam
proses pembinaan pengetahuan dan bukan
memindahkan ilmu pengetahuan terus ke dalam otak
pelajar.
Prinsip Asas
Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme
• Persekitaran pembelajaran mesti bersifat kompleks dan
mencabar.
• Persekitaran pembelajaran seharusnya menggalakkan
perbincangan dan interaksi dalam kalangan pelajar.
• Pelbagai bahan pembelajaran perlu disediakan untuk
memudahkan pembinaan pembinaan pengetahuan.
• Refleksi perlu dilakukan oleh para pelajar. Mereka
digalakkan membuat peninjauan semula terhadap apa
yang telah dilakukan.
• Pengajaran berpusatkan pelajar.
• Pemikiran lateral pelajar-pelajar perlu diutamakan.
• Beberapa jawapan boleh diterima dalam penyelesaian
masalah asalkan sebab-sebab munasabah diberikan.
• Kemahiran KBKK dititikberatkan.
Syarat-syarat Pembelajaran Konstruktivisme
Ciri-ciri Pembelajaran Konstruktivisme
• 1. Pembelajaran berpusatkan murid.
• 2. Pelajar cari dan bina maklumat baru.
3. Fokus kepada pembelajaran bukan pengajaran.
4. Pembelajaran sebagai satu proses yang sama penting
dengan hasil pembelajaran.
5. Guru sebagai fasilitator.
6. Objektif tidak boleh ditentukan atau diramalkan.
7. Menggalakkan dan menerima daya usaha dan
autonomi murid.
8. Pembinaan pengetahuan baru menjadi objektif utama.
9. Bebas tidak berstruktur, fleksibel
10. Penilaian oleh pelajar
11. Penggunaan pelbagai media dan kaedah.
12. Pengetahuan dibina melalui pengalaman.
13. Interaksi dua hala
14. Kaedah koperatif, kolaboratif, pembelajaran anchor, pembelajaran dalam situasi,penyelesaian masalah, penemuan dan inkuri.
• 15. Memberi peluang kepada murid untuk membina
pengetahuan baru dengan memahaminya melalui
penglibatan murid dengan situasi dunia yang sebenar.
• 16. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog
dengan murid dan guru.
• 17. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian
dan eksperimen
• 18. Mengambil kira dapatan kajian tentang bagaimana
murid belajar sesuatu idea.
• 19. Mengambil kira kepercayaan dan sikap yang
dibawa oleh murid.
• 20. Menggalakkan soalan / idea yang dimulakan oleh
murid dan menggunakannya sebagai panduan
merancang pengajaran.
Peranan Murid
• Murid selalu berbincang dengan guru dan sesama
mereka.
• Perbincangan itu akan membantu murid mengubah atau
mengukuhkan idea-idea mereka.
• Jika murid berpeluang mengemukakan pendapat
mereka dan mendengar idea orang lain, murid tersebut
dapat asas pengetahuan yang mereka bina.
Murid mencabar hipotesis yang telah dibuat dan digalak berbincang untuk membuat ramalan.
Murid diberi banyak ruang dan peluang untuk menguji hipotesis mereka terutamanya melalui perbincangan dalam kumpulan.
Murid menggunakan data dan bahan-bahan fizikal, manipulatif atau interaktif untuk menolong mereka menjana idea dan pengetahuan.
Peranan Murid
Murid mengambil inisiatif mengemukakan soalan-
soalan dan isu kemudian dengan sendiri membuat
analisis dan menjawab soalan-soalan itu.
Mereka bertanggungjawab terhadap pembelajaran
mereka sendiri dan boleh menyelesaikan masalah.
Peranan Murid
Peranan Guru
Menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta
menghargai pandangan mereka.
Menstruktur pelajaran untuk mencabar persepsi murid.
Menggalakkan murid membuat tugasan yang
berbentuk penyelesaian, menganalisis, meramal,
meneroka dan membuat hipotesis.
Menggalakkan murid menerangkan lebih lanjut jawapan
mereka.
Menggalakkan penemuan oleh murid melalui pertanyaan
soalan bercapah dan menggalakkan murid menyoal
murid yang lain.
Memberi masa secukupnya kepada murid untuk
menjawab soalan setelah soalan dikemukakan.
Peranan Guru
Kelebihan Pembelajaran
Secara Konstruktivisme
Lebih Seronok
Lebih Faham
Lebih Berfikir Lebih Ingat
Lebih Yakin
Lebih Berkemahiran
Sosial
1. Guru merasa mereka tidak mengajar.
2. Amalan yang dimajukan dalam pembelajaran secara konstruktivisme tidak realistik.
3. Guru merasa bahawa penerangan mereka tidak penting lagi.
4. Kawalan kelas agak merosot.
5. Cabaran utama ialah bagaimana proses p&p berkonsepkan konstruktivisme ini dapat diperkembangkan.
6. Guru yang sedang menukar cara mengajar kepada pendekatan ini memerlukan sokongan serta pengukuhan keyakinan daripada pihak sekolah.
Cabaran Guru Kontruktivis
Jean Piaget
- Teorinya berasaskan kepada premis bahawa kanak-
kanak yang sedang membesar sering membina struktur
kognitif, iaitu peta mental, skema atau jaringan konsep
yang bertujuan untuk memahami dan memberi respon
yang sesuai.
- Struktur kognitif kanak-kanak akan bertambah kompleks
selaras dengan perkembangan yang mereka lalui.
• Teori Piaget berasaskan anggapan bahawa perkembangan kognitif manusia berlaku dalam peringkat urutan yang ketara.
• Menurut Jean Piaget, perkembangan pemikiran kanak-kanak dapat dibahagikan kepada empat peringkat seperti berikut:
1. Sensori motor 2. Operasi logik/abstrak
3. Operasi konkrit 4. Operasi formal
Jean Piaget
Prinsip asas teori pembelajaran
konstruktivis kognitif Piaget merangkumi
dua aspek.
Proses yang kita lalui untuk mengetahui
sesuatu
Peringkat yang dilalui sambil kita
memperoleh kebolehan tersebut.
Teori Konstruktivisme Teori Konstruktivisme
Psikologi/ individu/ kognitif Sosial
Jean Piaget ( 1896- 1980) Lev Vygotsky
(1896- 1934),
Teori Pembelajaran Konstruktivisme
Teori
Konstruktivisme
Psikologi/ Individu/
Kognitif
Proses membina
pengetahuan
berlaku mengikut
peringkat.
Struktur asas
dalam organisasi
mental ini
dinamakan
skema.
Keupayaan
mengurus
maklumat secara
berperingkat. Dikemukakan
oleh Jean Piaget
(1986- 1980)
Piaget
membahagikan
adaptasi kepada 2
proses iaitu
asimilasi dan
akomodasi Maklumat baru diserap
masuk atau disesuaikan
dalam struktur kongnitif
melalui proses adaptasi
Asimilasi
• Apabila maklumat baharu mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada dalam skema, maklumat tersebut akan dapat diserap dengan mudah ke dalam struktur kognitif.
• keseimbangan ( equilibrasi) berlaku.
• Apabila maklumat baharu tidak mempunyai ciri-ciri
persamaan dengan maklumat dalam skema, akan
berlaku ganguan atau ketidakseimbangan dalam struktur
kongnitif.
• Proses ini dinamakan disequilibrasi.
• Maklumat baru tidak dapat diserap masuk.
• Maklumat akan terawang-awang sehingga skema
berubah.
• Apabila skema berubah, melalui pembacaan,
perbincangan atau seumpamanya, maklumat baharu
akan diserap masuk.
• Struktur Kognitif akan mencapai equilibrasi.
Akomodasi
Skema Prinsip Sedia Ada
Adaptasi Proses Penyesuaian
Disequilibrasi
Akomodasi Ubah Suai Skema Sebelum Maklumat Baharu Dapat
Diserap
Asimilasi Serap Masuk
Maklumat Serupa Skema
Equilibrasi
• Melalui proses adaptasi, iaitu asimilasi dan akomodasi, maklumat dalam struktur kognitif diorganisasi untuk disimpan dan digunakan.
• Proses ini membolehkan pembinaan pengetahuan dibuat sepanjang hayat individu.
Proses Equilibrasi
Teori Konstruktivisme Sosial
Dipelopori oleh Lev Vygotsky ( 1896- 1934), seorang ahli psikologi Belarus, Rusia.
Vygotsky terlibat dalam mengkaji perkembangan kognitif di Institute of Psychology di Moscow.
Menurut Vygotsky, kanak-kanak berkembang secara sistematik, logik dan rasional.
Teori Konstruktivisme Sosial
Dalam konteks sosio budaya, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru.
Interaksi dengan orang lain membolehkan pelajar menilai dan meningkatkan pengetahuan diri dan dapat berkongsi pemikiran dan membina pemahaman.
Vygotsky beranggapan pembelajaran berlaku secara bermain, penyampaian secara formal atau kerjasama antara pelajar dan pelajar yang berpengalaman.
PANDANGAN KONSTRUKTIVISME
Pelajar ialah individu unik, berlainan latar
belakang dan keperluan. Latar belakang,
pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat
mempengaruhi pelajar.
Pelajar bertanggungjawab kepada pembinaan pengetahuan dan
pemahaman sendiri.
Pengalaman berjaya dan
keyakinan diri memberi motivasi.
Guru sebagai
fasilitator
Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial
aktif.
Kolaborasi dan
interaksi guru,
bahan dan pelajar
penting.
Pembelajaran berasaskan
konteks penting untuk memudahkan pembelajaran.
• Suasana P&P yang sesuai untuk pembinaan pengetahuan pelajar.
• P&P mengalakkan uji kaji, penerokaan, penyelesaian masalah supaya pembinaan pengetahuan dapat berlaku.
• Interaksi dan pertukaran idea antara pelajar memudahkan pembinaan pengetahuan mereka.
Implikasi Teori Konstruktivis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
• Prosedur penilaian perlu diubah daripada penekanan terhadap ingatan kembali fakta-fakta kepada penumpuan terhadap pemahaman.
• Penggunaan bahan bantu mengajar seperti komputer dan perisiannya.
• Penyesuaian terhadap iklim bilik darjah yang menggalakkan pergerakan pelajar dan tahap kebisingan tertentu.
Implikasi Teori Konstruktivisme Dlm P&P
• Bilik darjah perlu disediakan dengan pelbagai bahan dan
media pembelajaran yang boleh menggalak dan
meransang pembelajaran.
• Bahan-bahan pembelajaran yang mencukupi dan
mencabar akan memudahkan pelajar membina
pengetahuan.
Implikasi Teori Konstruktivisme Dlm P&P
Lahir 4 Disember
1925 di Kanada
Seorang profesor
psikologi Universiti
Stanford, 1953
Ijazah Sarjana Muda
Psikologi,Universiti
British,Columbia 1949
Menerima PHD di
Universiti Lowa 1952
Buku Adolescent
Aggression, 1959
Menjadi Presiden APA 1973
& menerima anugerah APA
Distinguished Scientific
Contributions 1980.
Proses Pemerhatian /Peniruan
Pembentukan asas tingkah laku manusia
Menggabungkan teori peneguhan behavorius
dengan psikologi kognitif tetapi menekankan
faktor sosial.
Manusia berfikir dan bertingkah laku melalui
pemerhatian dan peniruan yang memberi
manfaat.
Ini berikutan daripada kajiannya
1963 –
membuktikan kanak-kanak
agresif setelah menonton model
yang agresif menerusi televisyen.
Kajian I:
Kanak-Kanak Meniru Tingkahlaku Agresif
Subjek terdiri daripada kanak-kanak pra
sekolah.
Subjek dalam kumpulan eksperimental
didedahkan kepada model manusia sebenar,
katun atau model dalam filem yang terlibat
dengan tingkah laku agresif terhadap patung
(doll) plastik yang besar.
• Subjek-subjek itu mungkin memukul dengan kayu, menendang atau menumbuk patung plasktik itu.
• Manakala dalam kumpulan kawalan, subjek melihat model-model yang sama tidak melakukan apa-apa pun terhadap patung plastik.
Kanak-kanak dalam kumpulan
Eksperimental mempamerkan
tingakahlaku agresif apabila dibiarkan
bersama patung plastik berkenaan.
Hasil Kajian
Kajian II:
Individu Meniru Tingkahlaku Agresif Yang Diberi Ganjaran oleh Bandura (1963)
kanak-kanak dalam kumpulan eksperimental
melihat model yang berkelakuan agresif
diberi ganjaran
kumpulan kawalan melihat tidak
mempamerkan tingkah laku agresif.
• Hasil Kajian
Kanak- kanak dalam
kumpulan eksperime ٍ memiliki
sifat-sifat agresif yang lebih
ketara berbanding kanak-
kanak dalam kumpulan
kawalan
Unsur-unsur pembelajaran utama ialah
pemerhatian dan peniruan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada
kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan
akan menguasai kemahiran itu jika dia
memperoleh kepuasan dan peneguhan yang
berpatutan.
Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa , misalan dan teladan.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan demonstrasi guru sebagai model dan akan menguasai kemahiran itu jika dia memperoleh kepuasan dan peneguhan yang berpatutan.
Ciri-ciri Teori Permodelan Bandura
Prinsip Pembelajaran Melalui Pemerhatian/ Permodelan
Pemerhatian
Mengingat
Peneguhan/
Motivasi
Reproduksi
1
4
3
2
• Belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan perhatian.
• Kanak- kanak kecil mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guru- guru.
Pemerhatian
Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan sebaya yang popular dan artis pujaan.
Faktor- faktor yang mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur, jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian.
Pemerhatian
Pemerhatian harus mengekalkan tingkah laku yang diperhatikan dalam ingatan.
Butir- butir tingkah laku boleh dikekalkan dalam ingatan dengan menggunakan bahasa dan imaginasi.
Mengingat
Pemerhatian harus berupaya melakukan semula tingkah laku yang ditirunya.
Kecekapan mengulangi tingkah laku org lain bergantung-keupayaan fizikal, kemahiran tiruan, motor, pemerhatian & mengingat dgn tepat.
Reproduksi
• Meniru tingkah laku yg diperhatikan jika mendatangkan kepuasan, peneguhan positif @ ganjaran.
• Tidak akan mengulangi jika di denda.
• Lima jenis peneguhan : secara langsung, tidak langsung, proses elisitasi, sekat lakuan dan tak sekat lakuan.
Peneguhan/Motivasi
Peniruan
Secara
Tak Langsung
Peniruan Melalui
Proses Elistasi.
Peniruan Sekat
Lakuan.
Peniruan
Secara Langsung
Peniruan Tak
Sekat Lakuan
Implikasi Dalam P&P
1.Guru menunjukan pengajaran dengan baik.
2.Guru menjadi model yang boleh dicontohi.
3.Penerangan guru mesti jelas.
4.Memastikan tayangan filem atau video tiada unsur
ganas.
5.Memuji atau memberi ganjaran kepada tingkah-laku
yang diingini
6.Melakukan simulasi/lakonan.
Implikasi P&p Untuk Kanak-kanak
Berkeperluan Khas
Memberi Lebih Tumpuan
Tidak Mengambil Hati
Tunjukkan Kepercayaan
Berikan Penghargaan
Biarkan Kesalahan Pelajar Jika Patut
Tidak Mengaibkan Pelajar
Memberi Teguran Secara Umum
Guru sebagai
role model
dan model simbolik
Contoh dan hasil
kerja yang baik
Rakan sebaya
sebagai model
Peniruan tidak
lansung
Modifikasi
tingkah laku
Permainan dan
simulasi
1
4
6 5
3
2
Pengenalan
• menekankan keunikan dan individualiti seorang murid.
• Setiap individu unik dan mempunyai emosi, cita-cita peribadi serta perhubungan yang khusus dengan orang lain.
• memfokus kepada kehendak afektif dan perbezaan individu dalam pembelajaran.
• pembelajaran manusia bergantung kepada emosi dan perasaannya.
• strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza.
• Guru - menjaga kendiri pelajar dan memberi bimbingan.
Objektif Teori Humanis
• Meningkatkan arah kendiri dan kebebasan pelajar.
• Membantu pelajar agar lebih bertanggungjawab dalam keinginan untuk belajar.
• Meningkatkan daya cipta kanak-kanak.
• Memperkembangkan minat dalam bidang seni.
• Meningkatkah naluri ingin tahu kanak-kanak.
Carl Rogers • Dilahirkan pada 8 Januari di Oak Park,
Ilinois 1902 dan meninggal dunia pada 4 Febuari 1987 di California
• Menerima BA Sejarah dari University of Wisconsin
• MA dari Columbia University Teachers College
• Psychotherapy and Personality Change diterbitkan bersama rakan-rakan.
• Menerima anugerah pertama APA Distinguished Contribution
• Terkenal sebagai pengasas teori kaunseling
terapi berpusatkan klien.
• Belajar teologi kemudian beralih kepada
psikologi klinikal serta psikologi pendidikan.
• Beliau beranggapan bahawa manusia pada
dasarnya adalah baik dan mempunyai motivasi
yang tinggi untuk mencapai potensi diri.
• Berfikiran terbuka terhadap pengalaman dunia. Dapat
membuat tanggapan yang betul tentang
pengalamannya.
• Menerima hidup seadanya. Mengutamakan perkara
yang ada pada hari ini, bukan semalam atau esok.
• Mempercayai pemikiran dan perasaan sendiri sebagai
sesuatu yang tepat.
Menurut Rogers, seorang insan yang sempurna memiliki kualiti berikut:
• Menghargai kebebasan diri dan
bertanggungjawab ke atas tindakan sendiri.
• Kreatif dan melibatkan diri dalam aktiviti sosial
serta menyumbang khidmat kepada masyarakat
mengikut kemahiran masing-masing.
• Pada Rogers, semua insan mempunyai daya dan
keinginan yang tinggi untuk belajar.
• Jika seseorang itu gagal belajar, puncanya ialah
suasana pembelajaran yang kurang sesuai, bukan
ketidakupayaan pelajar berkenaan.
• Mengkategorikan pembelajaran kepada dua, iaitu
pembelajaran kognitif yang dianggapnya tidak bermakna
dan pembelajaran pengalaman.
Dalam Bidang Pendidikan, Rogers Terkenal Dengan Teori Pembelajaran Pengalaman
• Melibatkan aplikasi pengetahuan, mengambil kira
keperluan dan kehendak pelajar, melibatkan
perkembangan personal, motivasi, daya usaha,
penilaian kendiri dan mempunyai kesan jangka panjang.
• Belajar melalui proses membuat. Pelajar akan terlibat
secara aktif dalam pembelajaran , merancang, membuat
kajian, menghasilkan sesuatu yang pasti akan ada hasil
dan kesan yang merangsangkan.
• Pelajar meneroka, mencari jalan penyelesaian, membuat
uji kaji, kajian dan sebagainya .
Pembelajaran Pengalaman
• Pelajar akan belajar bekerjasama , berfikir , merancang,
menghayati nilai dan memupuk sikap yang baik. Belajar
mengambil tanggungjawab ke atas pembelajaran sendiri
• Rogers memberikan penekanan kepada hubungan
personal antara guru sebagai fasilitator dengan pelajar.
• Teori humanisme mengutamakan pembelajaran
berpusatkan pelajar dan penerimaan tanpa syarat.
• Kita tidak boleh mengajar seseorang secara langsung, tetapi kita hanya dapat membimbing pembelajarannya.
• Struktur dan organisasi diri seseorang menjadi lebih rigid jika dia merasakan dirinya terancam . Dia akan menjadi tenang jika tiada ancaman.
• Pembelajaran berkesan akan terhasil jika pelajar berasa tenang dan bebas daripada ancaman serta perbezaan individu dan pengalaman pelajar diambil kira dalam menentukan tahap layanan yang sewajarnya.
• Rogers menyarankan penerimaan semua pelajar sebagai individu yang ada potensi dan yang sedang berkembang.
Prinsip Umum Yang Dikemukakan Rogers
ada kecenderungan dan hasrat sendiri
- mencapai kesempurnaan kendiri.
Pengalaman = fenomena- logikal
membentuk konsep kendiri yang unik
- sistem nilai dan kepercayaan diri
yang berbeza.
Tingkah laku selaras dengan konsep
kendiri dan kepercayaannya.
Kefahaman tingkah laku diperolehi -
proses komunikasi.
Ciri Teori
Pembelajaran
Carl Rogers
Mengutamakan
pendidikan
berpusatkan
pelajar
( Learner- Centered
Education )
Prinsip
pembelajaran
yang
berasaskan
kebebasan
( freedom to learn )
Prinsip- Prinsip Pembelajaran
Carl Rogers
Pembelajaran-
jenis naluri ingin tahu
(curiosity)
Bahan pelajaran
Pendidikan yang kurang
kondusif.
Keberkesanan
pembelajaran
Membimbing pelajar Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Prinsip pembelajaran yang
berasaskan
kebebasan ( freedom to learn )
Membentuk suasana bilik darjah yang kondusif
Memupuk nilai penghargaan kendiri di kalangan pelajar
Merancang aktiviti pengajaran mengikut
kebolehan pelajar
Memupuk nilai motivasi diri melalui bimbingan
Membantu pelajar mengambil bahagian dalam
pembelajaran koperatif
Mengimbangkan komponen intelek dan emosi
• 1 April 1908 di Brooklyn, New York. • Menuntut di City College of New York (CCNY) dalam
jurusan undang-undang • Bertukar ke University of Wisconsin dan lebih
berminat dalam jurusan psikologi • Menerima MA pada 1931, and his PhD pada 1934,
dalam bidang psikologi, dari University of Wisconsin • Menjadi ‘The chair of the psychology department di
Brandeis dari 1951 hingga 1969 • Menulis buku The Organism (1934).
** Keperluan-keperluan itu adalah mengikut hierarki, bermakna
keperluan penting mesti dipatuhi sebelum keperluan di peringkat
bawah dapat dipenuhi.
Penghar gaan
kendiri
Keperluan kasih sayang
Keperluan keselamatan
Keperluan fisiologi
Sempurna kendiri
Estetika
Penghormatan Diri
Kesempurnaan Diri
Kasih Sayang
Keselamatan
Fiziologikal
Hierarki keperluan Maslow
Keperluan
Asas
Keperluan
Sekunder
Estetika
Keperluan untuk mengetahui
Keperluan untuk kesedaran diri
Keperluan untuk harga diri
Keperluan untuk kasih sayang dan rasa
kepunyaan
Keperluan untuk keselamatan
Keperluan fisiologi
Pendekatan Humanis Abraham Maslow
Hieraki keperluan Maslow. Maslow menggunakan teori
untuk menerangkan motivasi manusia.
Beliau berkata bahawa jika kita mengalami keperluan
yang belum memuaskan, maka kita akan terasa
tegang.
Rasa tegang ini akan menyebabkan kita mencapai
matlamat kita supaya kita dapat mengurangkan
ketegangan kita.
Berdasarkan kepercayaan ini, Maslow
mengembangkan suatu hieraki tujuh keperluan.
Empat Keperluan Pertama
Setiap manusia
mengalami
keperluan
tersebut.
Jika tidak
dipenuhi-
motivasi
boleh
dihad
secara
besar.
Kesukaran
memenuhi
keperluan
pengetahuan,
estetik dan
penyempurnaan
kendiri.
Tiga Keperluan Terakhir
Klasifikasi
sebagai
hidup atau
keperluan
pertumbuhan
Motivasi
bertambah untuk
memuaskan
keperluan hidup.
Keperluan
hidup tidak
boleh
dipuaskan
sepenuhnya.
Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW
Estetika
keperluan untuk mengalami dan memahami keindahan
Keperluan untuk mengetahui
Rasa ingin tahu, keperluan untuk diambil perhatian
Keperluan untuk kesedaran
diri
Keperluan untuk harga diri
Berusaha untuk menggunakan secara penuh dan
mengeksploitasikan bakat dan keupayaan
Hormat diri, rasa kecukupan kecekapan
Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW
Keperluan untuk kasih sayang
dan rasa kepunyaan
Keperluan untuk keselamatan
Kasih sayang dan rasa diperlukan.
Keinginan untuk keselamatan
Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW
Keperluan Fisiologi
Makanan, minuman, tidur, seks dan perlindungan.
Pendekatan Humanis
ABRAHAM MASLOW
Keperluan Fisiologi
perlindungan, makanan
dan
minuman, udara,
keselesaan dan lain-lain.
Keperluan keselamatan
mengelakkan individu
daripada perkara-perkara
yang menjejaskan masa
depan seperti kesihatan,
keamanan
penerimaan kumpulan atau
masyarakat terhadap
seseorang individu seperti
persahabatan, kasih sayang
Keperluan kasih
sayang
Keperluan Penghormatan
Diri
ketiga-tiga keperluan di atas
Dipenuhi mewujudkan
penghargaan diri,
penghormatan.
Keperluan kesempurnaan
Diri
pencapaian seseorang individu
seperti potensi diri, bebas,
kreativiti dan lain-lain.
Keperluan estetik Keperluan untuk kecantikan,
Kebaikan, dan kebenaran
Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Guru-guru harus sentiasa mewujudkan suasana
pembelajaran yang selesa, selamat, dan terjamin.
Guru-guru harus berpegang pada kepercayaan bahawa
setiap orang kanak-kanak boleh belajar dengan baik di sekolah
Guru-guru tidak harus terlalu menekan motivasi luaran
Guru-guru harus sentiasa menggunakan
motivasi dalaman dalam pengajaran mereka
Aktiviti pembelajaran haruslah distruktrukan dengan
cara mudah supaya murid dapat mengikutinya
Guru-guru harus juga selalu melayani keperluan murid
Implikasi Pendekatan Humanis Terhadap Pengajaran Dan Pembelajaran
Aspek Pendidikan Rasulullah s.a.w
• Rasulullah s.a.w bersabda:
• “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada usia tujuh tahun dan pukul mereka sekiranya tidak bersembahyang pada usia 10 tahun dan pisahkan antara mereka tempat tidur” (Riwayat Al-Hakim dan Abu Daud).
• Berdasarkan daripada hadis ini, maka kita sepatutnya membiasakan anak-anak dengan amal ibadat wajib sedari kecil lagi.
• Hal ini adalah wajar bagi menanamkan rasa cinta akan Allah, mensyukuri nikmat-Nya, menyucikan jiwa anak, kesihatan fizikal dan akhlak, iaitu perbuatan dan perkataannya.
Pandangan Saidina Omar
• Kata-kata Saidina Umar Al-Khattab yang masyhur tentang mendidik anak iaitu “bermainlah dengan anak kamu selama 7 tahun, umur 7 ke 14 tahun masa untuk mendisiplinkan anak dan apabila berusia 14 ke 21 tahun, berkawanlah dengan mereka”.
• Didik anak ikut zamannya.
• Saidina Ali juga berpesan supaya kita mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya:
• Pada tujuh tahun yang pertama, bermain dengan anak kamu, didik anak kamu pada tujuh tahun berikutnya serta berkawan dengannya pada tujuh tahun selepas itu.
• Hal ini bermakna kita hendaklah bermesra, bermain dan bergurau dengan anak yang berusia di bawah tujuh tahun. Selepas usianya tujuh tahun, kita wajar mendidik dan mendisiplinkan mereka serta diajarkan cara beribadah secara betul. Ketika ini juga hendaklah diajarkan menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua.
• Selepas usianya 14 tahun, kita perlu menjadi kawan mereka supaya mereka dapat merujuk masalah dan mengadu kepada kita jika berhadapan dengan masalah. Kebiasaannya pada usia ini, mereka akan mencari kawan lain sekiranya kita tidak menjadi kawan kepada mereka. Sekali mereka mencari kawan di luar, agak susah untuk kita menasihati mereka.
Pandangan Saidina Ali
Imam Al-Ghazali
Dilahirkan pada
Tahun 1058 Masihi
Pernah mengajar
di Universiti Nizemi
Hasilkan 70 buah
kitab dan antara
yang terkenal ialah
Al-Ihya’ Ulumudin
Murid kepada
Imam al-Kharmin Abu
Maali al-Juini,
Imam Mazhab Syafii
• Pandangan Iman Al-Ghazali:
Bayi jangan diberi kepada orang lain untuk menjaganya kecuali orang-orang tertentu. Kanak-kanak hendaklah diajar al-Quran, al-Hadis dan ulama-ulama besar agar kanak-kanak mengenal dan mengasihi mereka. Kanak-kanak hendaklah dijauhkan daripada pergaulan kawan-kawan yang nakal.
• Kanak-kanak hendaklah diberi peluang untuk bermain dan bersukan.
• Kanak-kanak hendaklah dibiasakan yang baik dan budi pekerti yang mulia.
• Sekiranya kanak-kanak tersebut melakukan kesalahan jangan dirotan atau dipukul.
• Tahap umur mereka mula mengerti tentang sesuatu perkara, mereka hendaklah diajar tentang kewajipan mereka tentang kewajipan sebagai umat
Dalam Mendidik Kanak-kanak:
• Pengasuh : wanita, kuat pegangan agama.
• Kanak-kanak jangan dibiarkan tidur pada waktu siang (malas).
• Ajar adab-adab makan.
• Ajar supaya kikis sikap angkuh.
• Jangan galakkan mengadu jika dimarahi guru.
Implikasi Terhadap Guru
• Menunjukkan kasih sayang terhadap pelajar
• Menjauhi diri daripada mengharapkan ganjaran
• Memperbaiki akhlak pelajar secara lembut
• Mengajar mengikut aras kebolehan
• Mengamalkan apa yang diajarinya
Masalah penglihatan
Berikan gambaran yang jelas tentang bilik darjah dan sekolah
Gunakan tulisan yang kasar-kasar apabila menulis di papan tulis
Biarkanlah kanak-kanak itu menggunakan caranya
untuk belajar tetapi guru perlulah mengawasinya
Apabila guru bersama kanak-kanak ini, bercakaplah
dengannya –tidak sedar orang-orang yang berhampiran
dengannya
Masalah Pendengaran
guru perlulah mengajar mereka cara-cara untuk
menyampaikan buah fikiran, menyatakan keperluan,
dan melepaskan perasaan
Mereka patut diajar mendengar dan bercakap dengan baik
Mereka sukar menumpukan perhatian pada sesuatu perkara.
Guru perlulah kreatif - mewujudkan suasana pembelajaran
yang menyeronokkan.
Guru perlu mengajar murid bacaan bibir supaya
mereka mudah membaca pertuturan bibir.
Masalah Pembelajaran
bahan-bahan, teknik, kaedah, teknologi pengajaran dan
Pembelajaran perlu disedia dan diubahsuai mengikut
keperluan individu.
Setiap aktiviti perlu digred berpadanan dengan keupayaan
individu dengan merujuk kepada Rancangan
Pengajaran Individu (R.P.I).
Mewujudkan kerjasama dan interaksi yang baik antara
guru dan murid – tingkatkan usaha-usaha pemulihan.
Kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran
biasanya memerlukan aktiviti berstruktur
ENGAGE
Stimulate learner’s curiosity
assign a task / topic / concept
create interest
generate curiosity
raise questions
1
EXPLORE
To satisfy curiosity :
Use inquiry to explore and investigate
Do experiment
Encourage students to work tegether
Ask probing questions
2
EXPLAIN
The concept and define the terms:
define and explain the concept
question other’s explanation
ask for justification (evidence) and
clarification
3
ELABORATE
Extend the concept into other content areas:
♣ make connections and see relationships
of the concept / topic in other content areas
♣ Make connections of concept / topic
to real world situation
4
EVALUATE
Examine the learner’s understanding
♫ demonstrate understanding or knowledge
of the concept or skill
♫ assess student’s knowledge and skills
♫ ask open-ended questions :
- why do you think…?
- what evidence do have…?
- what do you know about…?
5
Guru mempamerkan dua pakaian seragam sekolah
(sepasang pakaian berlengan pendek & sepasang
baju kurung).
Guru bersoal jawab dengan pelajar berkaitan gambar
tersebut.
Soalan yang boleh dikemukakan :
Pakaian ini untuk siapa?
Dimanakah ia sesuai untuk dipakai?
Manakah pilihan kamu antara kedua-duanya?
Guru mengaitkan jawapan murid dengan tajuk
pelajaran yang akan diajar
Boleh dijadikan sebagai langkah 1 dalam P&P
Guru boleh menggunakan kaedah perbincangan.
Guru memberikan pelajar kepada beberapa kumpulan.
Guru memberikan soalan / tajuk perbincamgan kepada
pelajar (Guru meminta murid menyenaraikan adab-adab
dan tujuan menjaga adab berpakaian).
Guru membimbing sesi perbincangan (fasilitator).
Murid membentangkan hasil
perbincangan.
Guru membuat ulasan daripada
pembentangan pelajar (Hasil
perbincangan).
Guru membuat kesimpulan / rumusan.
Guru menerangkan tentang ciri-ciri berpakaian
yang betul kepada pelajar serta tujuan menjaga
adab berpakaian.
Guru memaparkan gambar berbagai-bagai
jenis pakaian yang menutup aurat.
Guru mengaitkan jenis-jenis pakaian dengan
tempat dan aktiviti yang sesuai.
Merupakan aktiviti peneguhan untuk pelajar.
Guru dapat menilai hasil pembelajar-an yang
dapat dicapai oleh pelajar.
top related