tahap kemahiran “employability” banduan pra bebas di ... · ii universiti teknologi malaysia...
Post on 02-Sep-2019
24 Views
Preview:
TRANSCRIPT
i
TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI
KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR
FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
ii
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA ♦ ♦
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS JUDUL : TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR.
SESI PENGAJIAN: 2007-2008
Saya FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi. 4. ** Sila tandakan ( )
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau SULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD Disahkan oleh, ____________________ ______________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA) Alamat Tetap: 01-14 SRI PANGLIMA B DR. ZAINUDDIN ABU BAKAR BUKIT SAUJANA JLN BENDAHARA Nama Penyelia 80100 JOHOR BAHRU, JOHOR. Tarikh: ______________________ Tarikh:_______________________ CATATAN * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
iii
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)”.
Tandatangan : .....................................................
Nama Penyelia : DR. ZAINUDDIN ABU BAKAR
Tarikh : ......................................................
iv
TAHAP KEMAHIRAN “EMPLOYABILITY” BANDUAN PRA BEBAS DI
KOMPLEKS PENJARA KLUANG, JOHOR
FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN
Laporan Projek Dikemukakan Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugeraan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
v
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ........................................................
Nama Penulis : FARHANA SALWA BINTI SALIHHUDDIN
Tarikh : ........................................................
vi
DEDIKASI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian dan syukur kupanjatkan di atas nikmat dan limpah kurnia Allah S.W.T tuhan
sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
KU ABADIKAN HALAMAN INI ISTIMEWA BUAT…….
Ayahanda dan Ibunda yang tercinta..... Hj Salihhuddin Bin Dahlan & Hjh Hafsah Binti Hassan
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup
anakandamu ini. Harapanmu kini telah ku tunaikan jua. Semoga Allah sentiasa melimpahi
rahmat.
Buat Suami yang dihormati, Andik Mohamad Faiz Bin Bachok
Diri mu ibarat teman, sahabat dan kekasih yang banyak berkorban dan memberi sokongan
dalam melayari hidup ini tetap menjadi ingatan.
Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya untuk dirimu.
Bapa dan Ibu Mertua yang dikasihi, Hj Bachok Bin Andik Achok & Hjh Aishah Binti Chik
Segala dorongan dan bantuanmu tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah
sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya.
Adik-adik, Farhan, Adhwa, Syahirah, Diana & Nabiha
Semoga kejayaan ini dapat mendorong kalian mencapai kejayaan hingga ke menara gading.
Sekian, Wassalam.
vii
PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanirrahim.
Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat
saya menyempurnakan projek kajian ini dengan jayanya. Saya ingin mengambil
kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan
terima kasih buat Dr Zainuddin Abu Bakar selaku Pensyarah Pembimbing Projek
Sarjana Muda yang telah banyak memberi bimbingan, nasihat, buah fikiran dan tunjuk
ajar yang membina hingga membolehkan saya menyempurnakan projek ini.
Ucapan terima kasih juga kepada Jabatan Penjara Malaysia kerana memberi
kebenaran kepada saya menjalankan kajian ini. Disini saya juga ingin merakamkan
ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pertugas-pertugas di Kompleks Penjara
Kluang, Johor yang banyak memberi kerjasama sepanjang kajian ini dibuat.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4 SPE, dan tidak lupa juga kepada
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang banyak membantu
memberikan kerjasama dan idea bagi menjayakan projek penulisan ini.
viii
ABSTRAK
Penyelidikan ini bertujuan melihat tahap kemahiran “employability” banduan pra
bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor. Kemahiran yang dikaji ialah kemahiran
bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat penyesuaian dan
kemahiran bekerja dengan orang lain. Responden kajian seramai 40 orang terlibat
dalam penyelidikan ini. Mereka terdiri daripada banduan pra bebas di Kompleks
Penjara Kluang Johor. Data dikumpul dengan menggunakan instrument soal selidik
dan dianalisis dengan menggunakan perisian “ Statistical Package For the Social
Sciences” (SPSS 15.0). Kajian rintis telah dijalankan di kalangan 10 orang banduan
pra bebas di Penjara Simpang Rengam Johor. Darjah kebolehpercayaan bagi
instrumen yang digunakan dalam kajian ini ialah α = 0.679. Analisis data dilakukan
secara frekuensi, peratus dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
‘employability’ para banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang ini berada pada
tahap yang tinggi. Kemahiran tertinggi yang dicatatkan adalah kemahiran membuat
penyesuaian, diikuti dengan kemahiran bersikap positif, diikuti pula dengan kemahiran
bekerja dengan orang lain dan yang akhir sekali ialah kemahiran bertanggungjawab.
Ini menunjukkan bahawa banduan pra bebas mempunyai kemahiran ’employability’
yang tinggi setelah menjalani latihan vokasional sepanjang menjalani hukuman di
penjara.
ix
ABSTRACT
The objective of this research is to identify the employability skills of the pre-released
inmates at Kluang Prison Complex, Johor. The skills investigated are responsibilities,
positive attitude, personal adjustment and work with others. A total of 40 respondents
involved in this study. There are pre-released imates that from the Kluang Prison. The
data is gathered by using and analysed by using the “Statistical Package for the Social
Science” (SPSS 15.0). A pilot study was conducted to 10 respondents from the
Simpang Rengam Prison Johor. The reliability of the instrument was α = 0.679. The
analysis is done in the form of frequency, percentage and average. The finding
indicates that the pre-released inmates of have high employability skills. The finding
also shows the higher skills is personal adjustment, followed by positive attitude,
responsibilities, , and work with others. These indicate that pre-release inmates have a
high employability rate after undergoing vocational training through out their stay in
prison.
x
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS ii
PENGESAHAN PENSYARAH iii
TAJUK KAJIAN iv
PENGESAHAN PELAJAR v
DEDIKASI vi
PENGHARGAAN vii
ABSTRAK viii
ABSTRACT ix
KANDUNGAN x
SENARAI RAJAH xv
SENARAI JADUAL xvi
SENARAI SINGKATAN xvii
SENARAI LAMPIRAN xviii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 4
1.3 Penyataan masalah 7
1.4 Objektif kajian 7
1.5 Persoalan kajian 8
1.6 Kepentingan Kajian 8
xi
1.6.1 Pihak Industri 9
1.6.2 Masyarakat 9
1.6.3 Pihak Kerajaan 9
1.6.4 Pusat Latihan Vokasional 10
1.7 Batasan Kajian 10
1.8 Definisi operasional 11
1.8.1 Banduan 11
1.8.2 Pra Bebas 11
1.8.3 Kemahiran Kebolehkerjaan “Employability” 12
1.8.4 Pemulihan 12
1.8.5 Latihan Vokasional 12
1.9 Penutup 13
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 14
2.2 Kepentingan Berkemahiran 14
2.3 Kemahiran Vokasional 15
2.4 Kemahiran Employability 16
2.5 Kepentingan Kemahiran Employability 19
2.6 Kemahiran Bertanggungjawab 20
2.6.1 Mencari sumber Kewangan 21
2.6.2 Memupuk Sokongan Sosial 21
2.6.3 Membina Identiti dan Harga Diri 21
2.6.4 Mencari Kedudukan 22
2.7 Perubahan Sikap 22
2.7.1 Menghapuskan “settler Mentality” 24
2.7.2 Mempertajamkan “Pioneer Mentality” 25
2.7.3 Komitmen Masa 25
xii
2.7.4 Meluaskan ufuk Pengetahuan 26
2.8 Kemahiran Membuat Penyesuaian 26
2.8.1 Mengurus Peluang 26
2.8.1.1 Memenuhi Minat 27
2.8.1.2 Menguji Keupayaan dan Kebolehan 28
2.8.1.3 Mencari Kepuasan 28
2.9 Kemahiran Interpersonal 30
2.9.1 Kemahiran Bekerja dengan Orang Lain 30
2.10 Model Kemahiran Insaniah 31
2.11 Konsep Kerjaya Mengikut Pandangan Islam 32
2.12 Penutup 35
BAB III METODOLOGI
3.1 Pengenalan 36
3.2 Reka bentuk Kajian 36
3.3 Populasi dan Sampel Kajian 37
3.4 Kerangka Operasi 39
3.5 Instrumen Kajian 40
3.5.1 Bahagian A 40
3.5.2 Bahagian B 40
3.6 Kajian Rintis 42
3.7 Penganalisisan Data Kajian 44
3.8 Jangka Masa Kajian 45
3.9 Penutup 45
BAB IV ANALISIS DATA
xiii
4.1 Pengenalan 46
4.2 Bahagian A- Latar Belakang Responden 46
4.3 Bahagian B – Jawapan kepda Persoalan Kajian 49
4.3.1 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 1 50
4.3.2 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 2 53
4.3.3 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 3 55
4.3.4 Hasil Dapatan Persoalan Kajian 4 58
4.4 Penutup 63
BAB V RUMUSAN
5.1 Pengenalan 64
5.2 Rumusan Kajian 65
5.3 Rumusan Dapatan Kajian 67
5.3.1 Rumusan Latar Belakang Responden 67
5.3.2 Rumusan Persoalan Kajian 69
5.4 Perbincangan Dapatan Kajian 70
5.4.1 Perbincangan Persoalan Kajian 1 71
5.4.2 Perbincangan Persoalan Kajian 2 73
5.4.3 Perbincangan Persoalan Kajian 3 74
5.4.4 Perbincangan Persoalan Kajian 4 74
5.5 Cadangan 75
5.5.1 Cadangan kepada Pihak Kerajaan 76
5.5.2 Cadangan kepada badan-badan bukan Kerajaan (NGO) 76
5.5.3 Cadangan kepada Pusat-Pusat Latihan Vokasional 77
5.5.4 Cadangan kepada Masyarakat Setempat 78
5.6 Cadangan untuk Kajian Lanjut 78
xiv
5.7 Penutup 79
RUJUKAN 80
LAMPIRAN 86
xv
SENARAI RAJAH
NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1 Model Pembangunan Kemahiran Insaniah 32
(SOFT SKILLS) untuk IPT Malaysia
3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 39
5.1 Sikap Tanggungjawab untuk Peroleh Pekerjaan 72
xvi
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
2.1 Kemahiran-Kemahiran yang Terdapat di dalam 18
Kemahiran Employability menurut Poole(1985)
3.1 Bilangan Responden Mengikut Kursus 38
3.2 Pembahagian Item Mengikut persoalan kajian 41
3.3 Skala Likert Berserta Dengan Markah Skor 42
4.1 Taburan Responden Mengikut Umur 47
4.2 Taburan Responden Mengikut Kesalahan 47
4.3 Taburan Responden Mengikut Kadar Hukuman 48
4.4 Taburan Responden Mengikut Kekerapan Masuk Penjara 48
4.5 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 50
bagi Kemahiran Bertanggungjawab
4.6 Min Keseluruha bagi Persoalan Kajian 1 52
4.7 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 53
bagi Kemahiran Bersikap Positif
4.8 Min Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 2 55
4.9 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 56
bagi Kemahiran Membuat Penyesuaian
4.10 Min Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 3 58
4.11 Taburan Responden Mengikut Peretusan, dan Frekuensi 59
bagi Kemahiran Bekerja dengan Orang Lain
4.12 Min Keseluruhan bagi Persoalan Kajian 4 61
4.13 Perbandingan Pembolehubah dengan Nilai Min 62
xvii
SENARAI SINGKATAN
SKM - Sijil Kemahiran Malaysia
CIDB - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia
Ins. - Inspektor
MLVK - Majlis Latihan Vokasional Malaysia
IPT - Institusi Pengajian Tinggi
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
NGO Non Government Officer
xviii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN A SET BORANG SOA SELIDIK 86
LAMPIRAN B AKUAN PENGESAHAN SOAL SELIDIK 91
LAMPIRAN C SURAT KEBENARAN MENJALANKAN 93
KAJIAN
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Hala tuju pembangunan sesebuah negara adalah berkait rapat dengan usaha
menghasilkan sumber tenaga manusia. Pembangunan ekonomi Malaysia yang
berteraskan kepada teknologi dan perindustrian, ia juga boleh dikatakan berkait rapat
dengan kemahiran vokasional. Ia merupakan bidang yang perlu diterapkan kepada
semua lapisan masyarakat.
Latihan dalam bidang vokasional yang berkesan akan dapat menyediakan
sumber tenaga manusia yang boleh menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal dan
sentiasa mempelajari sesuatu yang baru dalam pekerjaan. Menurut Ramlee (2000),
para majikan bersetuju bahawa kemahiran teknik dan vokasional dapat membantu
menyediakan pekerja mahir dan separa mahir. Sehubungan itu, kerajaan dan juga
sektor swasta telah bersama-sama berganding bahu memperkenalkan pendidikan
teknik dan vokasional diserata tempat termasuk di penjara.
Penjara merupakan institusi yang melaksanakan hukuman seperti yang
diketahui umum, ianya berbeza dengan institusi atau organisasi lain yang terdapat
dalam masyarakat kita pada hari ini. Perbezaan yang jelas bukan sahaja dapat dilihat
daripada penampilan fizikal malahan ianya merupakan satu kumpulan pekerja yang
telah terlatih berkhidmat untuk menjaga, mengurus, mengelola serta memberi
pendidikan kemahiran kepada sekumpulan manusia yang bergelar banduan.
Di penjara, proses pemulihan yang dijalankan adalah untuk memulihkan dan
melatih para banduan melalui aktiviti perusahaan vokasional, spiritual dan mental
para banduan supaya mereka lebih bersedia menjalani kehidupan baru selepas
mereka dibebaskan. Selain daripada itu, para banduan juga dapat mencungkil bakat
dan potensi diri mereka sekaligus dapat menanamkan sikap menghargai diri sendiri,
berdisiplin dan bertanggungjawab sejajar dengan konsep kemahiran kebolehkerjaan
yang lebih dikenali sebagai kemahiran “Employability”.
Pendidikan Vokasional merupakan program yang disediakan kepada banduan
bagi tujuan membantu mereka berdikari selepas dibebaskan. Selain daripada itu, para
banduan juga berpeluang menerima gaji hasil daripada aktiviti-aktiviti vokasional
yang dijalankan. Antara latihan Vokasional yang disediakan ialah bengkel jahitan,
mencanting batik, katering, ukiran kayu, dan lain-lain lagi.
Tujuan asas latihan vokasional ini diadakan adalah untuk melatih banduan-
banduan bagi membantu mereka kembali hidup dalam masyarakat apabila bebas
kelak. Dengan adanya program ini pihak penjara dapat memantau tahap kebolehan
para banduan dan ia dapat dikategorikan kepada empat kelasifikasi banduan iaitu :
a) Penghuni Mahir – Menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
b) Penghuni Separuh Mahir – Kerja dibengkel tanpa sijil
c) Penghuni Tidak Mahir – Kerja di dobi, dapur dan bahagian kebersihan
d) Penghuni yang cermerlang dalam bidang sukan.
(Hamzah Hassan, 2005)
Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
Pihak penjara juga telah menghantar pegawai mereka untuk menjalani latihan
insentif daripada pihak CIDB (Contruction Industrial Development Board) untuk
menjadi tenaga pengajar kepada para banduan. Pihak Lembaga Pembangunan
Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) juga akan memberi sijil pengiktirafan kepada
para banduan yang layak.
“ Mana-mana banduan yang terpilih menyertai program ini, akan
dilatih dalam bidang industri pembinaan dan apabila selesai menjalani
kursus itu, mereka akan diberi sijil sebagai pengiktirafan”
(Hamzah Hassan, 2005)
Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
Selain daripada itu juga pihak CIDB, akan memberi kad hijau dengan
perlindungan insurans yang sah laku untuk dua tahun kepada banduan yang
mendaftarkan diri.
Menurut Pengawai Perusahaan Penjara Kajang, Inspektor Muhamad Yusof
Saad, Pihak penjara juga turut mengadakan Progran Sijil Kemahiran Malaysia
(SKM) dibawah kelolaan Majlis Latihan Vokasional Malaysia (MLVK). Kedua-dua
sijil ini boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan disemua industri yang
berkaitan dengan kemahiran yang dipelajari.
Dengan ini dapatlah kita lihat pelbagai cara dan kaedah yang telah disediakan
oleh pihak kerajaan mahupun swasta bagi membantu para banduan dalam
membentuk pengukuhan sahsiah yang merupakan kesinambungan daripada
penbentukan fizikal dan ia mampu membentuk jati diri serta prinsip hidup yang baik
selaras dengan saranan negara iaitu pembentukan pembangunan insan pada semua
lapisan masyarakat.
1.2 Latar Belakang Masalah
Peluang masa depan untuk golongan banduan pra bebas ini nampak terbatas
dari segi peluang kerjaya, kekeluargaan, sosial dan kemasyarakatan.
“Dari masyarakat mereka diletakkan didalam tembok batu dan tirai besi,
maka kepada masyarakat jualah mereka akan dikembalikan. Maka
terima, bentuk, dan bimbinglah mereka supaya menjadi masyarakat yang
berguna kepada agama, bangsa dan negara”
(Ahmad Bashah, 2006)
Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
Banduan juga perlu diberi peluang kali kedua untuk membuktikan
kesanggupan mereka menebus kesilapan yang terdahulu. Hari ini, boleh dikatakan
hanya Jabatan Penjara sahaja yang begitu prihatin dengan nasib banduan-banduan.
"Sebagai manusia biasa sesiapa saja boleh melakukan kesilapan. Apa
yang penting ialah memberi peluang kedua untuk mereka kembali ke
pangkuan masyarakat,"
(Jamilah Abu Hassan, 2007)
Sumber Portal Rasmi Jabatan Penjara Malaysia
Menurut Penolong Pegawai Perusahaan Penjara Kajang, Inspektor Muhamad
Yusof Saad, terdapat banduan yang berjaya membina hidup baru dengan membuka
perniagaan tetapi stigma penjara yang membuatkan mereka tidak bersedia untuk
tampil berkongsi pengalaman mereka.
Fenomena berulangkali masuk penjara merupakan suatu pekara yang biasa
terjadi. Ia turut diperakui oleh beberapa warden penjara yang sudah lama berkhidmat.
Hal ini terjadi kerana kebanyakan daripada mereka tidak diberi peluang oleh
masyarakat untuk bekerja semula.
Menurut Rencana Bernama bertajuk Berulang Kali Masuk Penjara Kerana
Sukar Dapat Kerja bertarikh 10 Oktober 2006, yang ditulis oleh Melati Mohd Arif,
mendapati bahawa faktor utama yang meyebabkan dirinya berulang kali masuk ke
penjara bukanlah kerana sikapnya tidak mahu berubah tetapi dia merasakan
masyarakat tidak memberi peluang kepadanya untuk menjalani kehidupan baru.
Dia juga mengakui setiap kali keluar dari penjara kesukaran mendapatkan
pekerjaan merupakan jalan keluar mengapa dia kembali melakukan jenayah. Selain
daripada itu, kesempitan hidup keluarga juga membuatkan dia terjerumus dalam
kegiatan jenayah. Menurutnya, dengan melakukan jenayah sahaja dia dapat
memperoleh wang dengan segera dan dengan wang tersebut jugalah dia menyara
keluarga.
Banduan ini juga pernah bekerja sebagai penyelia dengan sebuah syarikat
pencuci bangunan di Putrajaya, namun setelah sebulan bekerja dia diberhentikan
atas sebab pihak majikan mendapat tahu bahawa beliau merupakan bekas banduan.
Adakah stigma ini perlu ditanggung oleh para banduan sepanjang hidup mereka
walaupun mereka cuba untuk memperbaiki diri mereka ?.
Menurut rencana ini juga, banduan tersebut sudah hampir lima kali keluar
masuk penjara. Hidup di dalam penjara adalah lebih elok daripada hidup diluar
penuh dengan tekanan, dengan kata-kata itu dapatlah dirumuskan bahawa hanya
dipenjara sahaja diri mereka rasa dihargai dan digauli tanpa rasa sebarang prasangka.
Masyarakat secara am dan khususnya pihak majikan perlu memainkan
peranan dan harus faham, mereka yang dimasukkan ke dalam penjara bukan
semuanya jahat dan tidak mempunyai etika diri tetapi mereka hanya tergelicincir dari
landasan hidup yang betul disebabkan pengaruh-pengaruh luar. Mereka juga perlu
diberi peluang bekerja mencari nafkah kehidupan setelah sekian lama berada didalam
penjara.
Selain daripada kemahiran vokasional yang diberikan kepada para banduan,
pihak penjara juga turut menerapkan kemahiran-kemahiran generik sepanjang latihan
dijalankan bagi memastikan peluang mereka bersaing untuk mendapatkan pekerjaan
adalah saksama dengan mereka diluar.
1.3 Penyataan Masalah
Berdasarkan latarbelakang masalah di atas, penyelidik ingin mengkaji apakah
tahap kemahiran “Employability” banduan pra bebas di Kompleks Penjara Kluang,
Johor. Kajian ini memfokuskan kepada aspek adakah tahap kemahiran yang
diperolehi banduan mampu bersaing untuk mendapatkan pekerjaan dan seterusnya
diterima masyarakat.
Aspek –aspek yang dikaji termasuklah kemahiran bertanggungkawab, sikap
banduan, kemahiran membuat penyesuaian dan kemahiran bekerja dengan orang
lain.
1.4 Objektif Kajian
Objektif kajian ini adalah :
1. Mengenal pasti tahap kemahiran bertanggungjawab banduan Pra
bebas di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan vokasional
yang diperolehi.
2. Mengenal pasti tahap sikap banduan pra-bebas di Komplek Penjara
Kluang Johor terhadap latihan vokasional yang diperolehi.
3. Mengenal pasti tahap kemahiran membuat penyesuaian banduan pra
bebas di Kompleks Penjara Kluang, Johor terhadap latihan vokasional
yang diperolehi.
4. Mengenal pasti tahap kemahiran bekerja dengan orang lain banduan
pra bebas di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan
vokasional yang diperolehi.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif-objektif kajian, beberapa persoalan diutarakan seperti
berikut :
1. Apakah tahap kemahiran bertanggungjawab banduan Pra bebas
vokasional di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan
vokasional yang diperolehi?.
2. Apakah tahap sikap banduan pra-bebas di Komplek Penjara Kluang
Johor terhadap latihan vokasional yang diperolehi?.
3. Apakah tahap kemahiran membuat penyesuaian banduan pra bebas di
Kompleks Penjara Kluang, Johor terhadap latihan vokasional yang
diperolehi?.
4. Apakah tahap kemahiran bekerja dengan orang lain banduan pra
bebas di Komplek Penjara Kluang Johor terhadap latihan vokasional
yang diperolehi?.
1.6 Kepentingan Kajian
Hasil daripada kajian ini, penyelidik berharap dapat memberi manfaat kepada
pihak-pihak yang berkaitan seperti pihak industri, pihak masyarakat, badan-badan
yang berkaitan seperti pihak kerajaan, badan-badan bukan kerajaan (NGO), pusat-
pusat latihan vokasional.
1.6.1 Pihak Industri
Menimbulkan kesedaran di kalangan pihak industri mengenai kebolehan
golongan banduan pra bebas yang mana sebelum ini bersikap mendiskriminasikan
golongan ini. Selain itu, pihak industri juga boleh merancang dan menyediakan serta
memberi peluang pekerjaan yang sesuai dengan golongan ini.
1.6.2 Masyarakat
Mewujudkan kesedaran dan sikap keprihatinan terhadap kebolehan dan
kemahiran yang dimiliki oleh golongan ini. Kajian ini diharap dapat merubah
tanggapan negatif terhadap golongan ini.
1.6.3 Pihak Kerajaan
Kajian ini amat berguna kepada pihak kerajaan dalam merangka kurikulum
dan pendidikan serta latihan vokasional yang sesuai untuk golongan ini sejajar
dengan keperluan dan kehendak pihak industri. Perkara ini dapat mengatasi masalah
pengangguran hari ini yang bukan sahaja melibatkan golongan graduan malah
golongan seperti banduan juga perlu diberi perhatian.
1.6.4 Pusat Latihan Vokasional
Hasil dapatan kajian ini juga akan dapat membantu pusat-pusat latihan
vokasional merangka pendidikan dan latihan vokasional serta menawarkan kursus-
kursus yang bersesuaian dengan kehendak industri agar golongan ini diterima
bekerja dengan mudah oleh pihak industri. Selain itu, pusat latihan vokasional juga
dapat mengambil tindakan yang sewajarnya dalam menyediakan perkhidmatan dan
latihan yang baik kepada golongan ini.
1.7 Batasan Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk meninjau tahap kemahiran kebolehkerjaan
golongan banduan yang di kategorikan dalam kategori pra pembebasan setelah
menerima latihan vokasional di Kompleks Penjara Kluang Johor.
Responden kajian ini hanya terhad kepada satu kategori banduan iaitu Pra
Bebas sahaja. Oleh itu, kaedah persampelan yang digunakan adalah sampelan tidak
rawak jenis bertujuan.
Penyelidik hanya menumpukan dimensi kajian ini kepada empat elemen
kemahiran kebolehkerjaan iaitu kemahiran bersikap positif, kemahiran membuat
penyesuaian, kemahiran bekerja dengan orang lain dan kemahiran
bertanggungjawab.
1.8 Definasi Operasional
Di dalam bahagian ini akan diperjelaskan beberapa istilah dan konsep yang
menjadi asas yang menyokong tema kajian yang diusahakan. Definisi istilah-istilah
dan konsep-konsep yang diterangkan di bahagian ini merupakan istilah-istilah dan
konsep yang bersesuaian dengan konteks kajian ini sahaja.
1.8.1 Banduan
Orang yang melakukan kesalahan dan dihukum mengikut perintah mahkamah
(Kamus Dewan, 2006). Dalam Kajian ini, banduan merujuk kepada banduan Pra
Bebas.
1.8.2 Pra Bebas
Bebas membawa maksud tidak terhalang, lepas daripada kewajiban dan lebih
mudah disebut merdeka. Manakala perkataan pra pula membawa makna sebelum.
Mengikut konteks kajian, penyelidik merujuk kepada para banduan yang hampir
selesai menjalani hukuman dan akan keluar dari penjara dalam jangka masa tertentu.
(Kamus Dewan, 2006).
1.8.3 Kemahiran Kebolehkerjaan “Employability”
Terdapat beberapa definisi yang dapat menjelaskan definisi kemahiran
“employability”. Kebanyakkan definisi tersebut memberi tumpuan ke atas elemen
yang berkaitan dengan personaliti, sikap, tabiat, tingkah laku, cara berkomunikasi,
cara menyelesaikan masalah, kemahiran membuat keputusan serta proses mengurus
organisasi. Definisi lain bagi kemahiran “employability” adalah kebolehan bukan
teknikal (non technical abilities).
Bagi tujuan kajian ini, penyelidik mendefinisikan kemahiran ‘employability’
sebagai kemahiran bertanggungjawab, kemahiran bersikap positif, kemahiran
menyesuaikan diri dan kemahiran berkerja dengan orang lain.
1.8.4 Pemulihan
Berpandukan Kamus Pelajar Terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi
Digital (2007), pemulihan membawa maksud hal atau perbuatan memulihkan
sesuatu; pusat atau tempat utk memulihkan sesuatu.
1.8.5 Latihan Vokasional
Berpandukan takrif kamus Dewan Edisi Ketiga (1997), latihan merupakan
pelajaran atau didikan untuk memahirkan ajaran yang diterima. Manakala vokasional
pula membawa erti berkenaan yang berkaitan tentang pekerjaan tertentu; berkenaan
kursus-kursus pendidikan amali yang menitik beratkan kemahiran yang diperlukan
untuk sesuatu pekerjaan.
1.9 Penutup
Dalam bab ini pengkaji menerangkan pendahuluan kajian yang mengandungi
pelbagai aspek termasuklah latarbelakang masalah, penyataan masalah, objektif
kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, batasan kajian, tempat kajian dan
definasi konsep. Di dalam bab ini ianya lebih menerangkan tentang kajian yang akan
dilakukan bagi memenuhi kehendak penyelidik.
top related