tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan … · latihan atau kursus yang pernah disertai oleh...
Post on 08-Jun-2019
240 Views
Preview:
TRANSCRIPT
TAHAP KEBERKESANAN USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN OLEH
PENDUDUK KAMPUNG SEGAMAT, JOHOR BAGI MENINGKATKAN
SUMBER PENDAPATAN MEREKA MELALUI BIDANG PERTANIAN
MOHD DZULFADLI BIN MOHAMAD SALEH
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL :
SESI PENGAJIAN : 2007/2008
Saya MOHD DZULFADLI BIN MOHAMAD SALEH
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
4. ** Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972).
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan).
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap :
Tarikh: 30 April 2008 Tarikh: 30 April 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan ** Jenis tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai
SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana
Muda (PSM).
PSZ 19:16(Pind. 1/97)
TAHAP KEBERKESANAN USAHA-USAHA YANG
DIJALANKAN OLEH PENDUDUK KAMPUNG SEGAMAT,
JOHOR BAGI MENINGKATKAN SUMBER PENDAPATAN
MEREKA MELALUI BIDANG PERTANIAN
(HURUF BESAR)
PROF DR MUHAMMAD RASHID BIN
RAJUDDIN (NAMA PENYELIA)
E4 RUMAH KAKITANGAN FELDA
PALONG TIMUR 06, 85100 BATU
ANAM SEGAMAT, JOHOR
Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan
saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kuantiti untuk tujuan
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
Tandatangan : .
Nama Penyelia : PROF. DR MUHAMMAD RASHID BIN RAJUDDIN
Tarikh : APRIL 2008.
i
TAHAP KEBERKESANAN USAHA-USAHA YANG DIJALANKAN OLEH
PENDUDUK KAMPUNG SEGAMAT, JOHOR BAGI MENINGKATKAN SUMBER
PENDAPATAN MEREKA MELALUI BIDANG PERTANIAN
MOHD DZULFADLI BIN MOHAMAD SALEH
Laporan Projek Ini Dikemukakan
Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Elektrik)
JABATAN PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
April, 2008
ii
Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan : .
Nama Penulis : MOHD DZULFADLI BIN MOHAMAD SALEH.
Tarikh : APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah SWT Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat yang teristimewa,
Ayahanda dan bondaku yang dikasihi lagi disayangi
Mohamad Saleh bin Hj Isnin dan Fathilon bte Hj Othman,
Yang tidak kenal putus asa berdoa, memberikan dorongan dan semangat untukku,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan
hidup anakandamu ini.
Juga salam kasih sayangku untuk kakak dan adikku
Siti Nurfatiha Mohamad Saleh dan Mohd Dzulfahizi Mohamad Saleh
Yang sering memberikan teguran, pendapat dan contoh buatku.
Juga kepada saudara mara dan rakan seperjuangan
yang banyak membantu pengajianku,
Memenuhi dan menegur segala kekurangan,
Tidak dapatku ungkapkan diatas jasa-jasa kalian yang membantu,
Semoga ukhwafillah yang dibina antara kita berkekalan,
Menjadi manfaat bersama dihari-hari yang mendatang.
Terima kasih diatas segala sokongan dan pengorbanan kalian semua
Semoga Allah SWT sahaja yang akan membalasnya dengan sebaik-baik balasan
iv
PENGHARGAAN
``Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan Pemberi Rahmat sekelian alam,
selawat serta salam ke atas junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga
baginda, para sahabat juga sesiapa yang mengikuti ajaran mereka dengan ikhlas
sehingga ke akhirnya.
Sekalung budi saya ucapkan kepada pensyarah iaitu Profesor Dr.
Muhammad Rashid Rajuddin. Beliau telah banyak mencurahkan ilmu, nasihat,
dorongan dan bantuan. Tanpa bantuan beliau, Projek Sarjana Muda ini mungkin
mempunyai banyak masalah dan tidak berjalan dengan lancar. Beliau juga turut sama
membantu saya tentang cara untuk mendapatkan maklumat, membuat dan menyusun
tajuk di setiap bab sepanjang pertemuan saya dengan beliau.
Di samping itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
semua staff di UTM, Skudai kerana memberikan kerjasama dan bantuan secara
langsung atau tidak langsung. Semoga kehidupan kalian semua mendapat keberkatan
dan keredhaan Allah SWT.
Akhir kata, saya berharap agar kajian ini akan dapat menjadi panduan kepada
saya dan sesiapa sahaja yang membacanya untuk kegunaan pada masa hadapan.
Segala yang baik itu daripada Allah dan segala yang buruk itu datangnya dari saya
sendiri.
v
ABSTRAK
Kajian ini adalah berkenaan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan
oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan
mereka melalui bidang pertanian. Antara usaha-usaha yang difokuskan ialah
keberkesanan penggunaan teknologi dalam pertanian, usaha dalam menguruskan
kewangan mereka, usaha dalam pemasaran yang telah dilakukan dan usaha dalam
latihan atau kursus yang pernah disertai oleh mereka. Kajian ini adalah berbentuk
diskriptif yang menerangkan fenomena atau keadaan semasa. Instrumen kajian yang
digunakan ialah temuduga berstruktur yang diberikan kepada seramai 30 orang
petani di kampung-kampung Segamat, Johor. Data-data yang telah dikumpul
dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science
(SPSS) for Windows Version 12.0. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap
keberkesanan program latihan pertanian dan strategi pemasaran adalah berada di
tahap yang rendah. Tetapi, tahap keberkesanan pengurusan kewangan dan
penggunaan teknologi berada di tahap yang sederhana. Beberapa cadangan telah
dibuat seperti menggalakkan penggunaan bioteknologi dan terdapat juga model
pertanian yang dibuat oleh penyelidik untuk memudahkan usahawan tani ini berjaya
dalam bidang mereka. Hasil dapatan kajian dan model ini diharapkan dapat
membantu kajian-kajian lanjutan dan membantu menyelesaikan masalah-masalah
yang dihadapi oleh usahawan tani.
vi
ABSTRACT
This research is conducted to survey the efforts taken by Kampung Segamat
residents and its level of effectiveness to increase their source of income through
farming. Among the efforts focused is the effectiveness of technology usage in
farming, efforts in managing their finance, efforts in marketing and training or
courses attend by these residents. This research is in a descriptive form which
explains about the current phenomena or situation. Researcher used the questionnaire
to conduct an interview to the 30 respondents whom are farmers from villages at
Segamat, Johor. Data was analyzed using Statistical Package for Social Science
(SPSS) Version 12.0. The outcome of the research shows that the effectiveness in
farming training programmes and marketing strategy is at a low level. Despite that,
the level of effectiveness in finance managment and technology usage is at an
average level. Researcher proposed to encourage the usage of biotechnology and
researcher also came up with a farming Model to help farming entrepreneurs to
succeed in thier field. Researcher hopes that, the outcaome of this research and
Model can help in further research and solve problems faced by farming
entrepreneurs.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
PERAKUAN PENSYARAH
STATUS PENYELIDIKAN i
PERAKUAN PELAJAR ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
ISI KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI LAMPIRAN xiv
SENARAI SINGKATAN xv
viii
BAB PERKARA MUKA SURAT
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar belakang masalah 5
1.3 Pernyataan masalah 11
1.4 Objektif kajian 12
1.5 Persoalan kajian 13
1.6 Kepentingan kajian 14
1.7 Skop Kajian 15
1.8 Definisi istilah 15
1.8.1 Tahap 16
1.8.2 Keberkesanan 16
1.8.3 Usaha 16
1.8.4 Dijalankan 16
1.8.5 Penduduk 17
1.8.6 Kampung 17
1.8.7 Meningkatkan 17
1.8.8 Sumber 17
1.8.9 Pendapatan 17
1.8.10 Melalui 18
1.8.11 Bidang 18
1.8.12 Pertanian 18
ix
BAB PERKARA MUKA SURAT
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 19
2.2 Pengurusan kewangan 23
2.3 Latihan keusahawanan dan pertanian 26
2.4 Pemasaran 28
2.5 Penggunaan teknologi 29
BAB PERKARA MUKA SURAT
3 METODOLOGI PENYELIDIKAN
3.1 Pengenalan 31
3.2 Rekabentuk kajian 32
3.3 Tempat kajian 33
3.4 Populasi dan sampel 33
3.5 Instrumen kajian 34
3.5.1 Bahagian A 35
3.5.2 Bahagian B 36
3.6 Prosedur kajian 37
3.7 Kaedah temubual 38
3.8 Pengesahan isi soalan temubual 38
3.9 Analisis data 39
x
BAB PERKARA MUKA SURAT
4 DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 40
4.1.2 Penganalisaan temuramah berstruktur 41
4.2 Bahagian A ( Latar Belakang Responden ) 42
4.2.1 Jantina 42
4.2.2 Bangsa 43
4.2.3 Umur 43
4.2.4 Bidang pertanian 44
4.2.5 Tempat tinggal 45
4.2.6 Taraf perkahwinan 46
4.2.7 Pendapatan minimum sebulan 46
4.2.8 Pendapatan maksimum sebulan 47
4.2.9 Purata pendapatan 47
4.3 Bahagian B 48
4.3.1 Pengurusan kewangan 49
4.3.2 Penggunaan teknologi 51
4.3.3 Latihan keusahawanan dan pertanian 53
4.3.4 Strategi pemasaran 55
4.3.5 Pembahagian analisis mengikut umur 57
(Crosstabulation).
4.4 Kesimpulan 59
xi
BAB PERKARA MUKA SURAT
5 PERBINCANGAN, DAPATAN DAN CADANGAN
5.1 Pengenalan 61
5.2 Rumusan 62
5.3 Perbincangan 65
5.3.1 Latarbelakang responden 65
5.3.2 Persoalan kajian pertama 67
5.3.3 Persoalan kajian kedua 70
5.3.4 Persoalan kajian ketiga 73
5.3.5 Persoalan kajian keempat 75
5.3.6 Persoalan kajian kelima 77
5.4 Cadangan 79
5.5 Cadangan kajian lanjutan 89
5.6 Penutup 90
BIBLIOGRAFI 92
LAMPIRAN
xii
SENARAI JADUAL
NOMBOR TAJUK MUKA SURAT
JADUAL
3.1 Kriteria Penilai Skor 39
4.1 Pecahan item-item Bahagian B mengikut 42
persoalan kajian
4.2 Taburan responden mengikut jantina 42
4.3 Taburan responden mengikut bangsa 43
4.4 Taburan responden mengikut umur 43
4.5 Taburan responden mengikut bidang pertanian 44
4.6 Taburan responden mengikut tempat tinggal 45
4.7 Taburan responden mengikut taraf perkahwinan. 46
4.8 Taburan responden mengikut pendapatan 46
minimum sebulan
4.9 Taburan responden mengikut pendapatan 47
maksimum sebulan
4.10 Taburan responden mengikut purata pendapatan 47
4.11 Taburan pengurusan kewangan petani 49
4.12 Taburan responden mengikut penggunaan teknologi. 51
4.13 Taburan responden mengikut latihan pertanian 53
dan keusahawanan
4.14 Taburan responden mengikut strategi pemasaran 55
4.15 Analisis mengikut umur dan menjawab YA sahaja 57
pada item-item
4.16 Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian 59
xiii
SENARAI RAJAH
NOMBOR TAJUK RAJAH MUKA SURAT
RAJAH
3.1 Prosedur kajian 37
5.1 Model kajian Model Pertanian Berjaya 88
xiv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik
B Pengesahan Pakar : Dr Yahya bin Buntat
C Surat Akuan Pelajar
xv
SENARAI SINGKATAN
KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar
DPN 1 - Dasar Pertanian Negara Pertama
UPM - Universiti Pertanian Malaysia
MARDI - Institut Penyelidikan dan Kemajuan pertanian Malaysia
LPP - Lembaga Pertubuhan Peladang
LKIM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia
FAMA - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan
RMK-9 - Rancangan Malaysia Kesembilan
SSL - Self-Salary Life
LHDN - Lembaga Hasil Dalam Negeri
GAP - Good Agricultural Practices
NOSS - Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan
SALM - Skim Amalan Ladang Malaysia
ZIA - Zon Perindustrian Akuakultur
TAC - Kawasan Integrasi Ladang
WTO - Pertubuhan Perdagangan Dunia
AFTA - Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
TKPM - Taman Kekal Pertanian Makanan
HIP - High Impact Project
IAT - Industri Asas Tani
SPSS - Statistical Package for Science Social
NITF - National Implementation Task Force
FELDA - Federal Land Development Authority
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dari segi peningkatan
ekonominya. Menurut Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, sektor
pertanian merupakan salah satu sektor yang menyumbangkan pembentukan asas
ekonomi Malaysia didalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada Keluaran
Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 46% pada tahun 1957. Pada masa itu, aktiviti
ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada pertanian dan perlombongan. Bilangan
pekerja yang menceburi sektor ini pada tahun 1966 adalah 80.3%. Dasar Pertanian
Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi
penekanan kepada tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko. (Kementerian
Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Ogos 2004)
Jika kita melihat kepada sejarah pertanian tempatan, ianya bermula sejak lebih
100 tahun lalu atau lebih tepatnya 1905 iaitu ketika negara masih dijajah. Ketika itu,
tumpuan pertanian lebih kepada tanam-tanaman penting seperti buah-buahan, beras, ibu
kayu dan rempah yang menjadi minat penjajah Inggeris. Pada masa itu, pendidikan
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1Pengenalan
Malaysia adalah sebuah negara yang pesat membangun dari segi peningkatan ekonominya. Menurut Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, sektor pertanian merupakan salah satu sektor yang menyumbangkan pembentukan asas ekonomi Malaysia didalam era selepas merdeka dengan sumbangan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 46% pada tahun 1957. Pada masa itu, aktiviti ekonomi penduduk lebih tertumpu kepada pertanian dan perlombongan. Bilangan pekerja yang menceburi sektor ini pada tahun 1966 adalah 80.3%. Dasar Pertanian Negara Pertama (DPN1) (1984-1991) dilaksanakan pada tahun 1984 dengan memberi penekanan kepada tanaman komoditi seperti kelapa sawit dan koko. (Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, Ogos 2004)
Jika kita melihat kepada sejarah pertanian tempatan, ianya bermula sejak lebih 100 tahun lalu atau lebih tepatnya 1905 iaitu ketika negara masih dijajah. Ketika itu, tumpuan pertanian lebih kepada tanam-tanaman penting seperti buah-buahan, beras, ibu kayu dan rempah yang menjadi minat penjajah Inggeris. Pada masa itu, pendidikan pertanian pula dimulakan dengan penubuhan Sekolah Pertanian Serdang oleh John Scott iaitu pegawai yang mentadbir Negeri-negeri Selat pada 21 Mei 1931 sehingga dinaik taraf kepada Kolej Pertanian Malaya oleh Gabenor Malayan Union, Edward Ghent pada 23 Jun 1942. Akhirnya, tertubuhlah Fakulti Pertanian Universiti Malaya pada 1960 sebelum penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Oktober 1971. Dekad tersebut juga menyaksikan penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang menunjukkan bahawa adanya kesungguahan kerajaan untuk memajukan sektor pertanian ketika itu. Menjelang 1980-an, sektor pertanian menerima suntikan baru dengan kewujudan Dasar Pertanian Negara, yang mempunyai strategi dan matlamat tertentu mengikut keperluan. Dasar Pertanian Pertama tamat pada 1991 digantikan pula dengan Dasar Pertanian Kedua.
Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha meluaskan kawasan penanamannya. Pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian negara. DPN3 mempunyai objektif khusus untuk meningkatkan keselamatan makanan, meningkatkan produktiviti dan merapatkan rantaian dengan sektor lain, mewujudkan sumber pertumbuhan baru dan mengguna serta memulihara sumber semulajadi secara lestari. Pengenalan ketiga-tiga dasar tersebut, jika diteliti matlamat dan hala tujuannya jelas masih meletakkan sektor pertanian di atas platform penting khususnya sebagai penggerak pembangunan di kawasan luar bandar.
Pada dekad ini juga iaitu pada Jun 2000 kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bidang bioteknologi kepada sektor pertanian. Walaupun bidang ini masih lagi di peringkat awal, akan tetapi jika kita melihat kepada sejarah pemakanan orang Melayu, bioteknologi sebenarnya telah lama wujud di dalam kehidupan kita seharian. Antaranya ialah pembuatan tapai, tempe dan jeruk. Makanan ini adalah berasaskan proses bioteknologi di peringkat awal dan maksud kerajaan untuk memperkenalkan bioteknologi ke dalam pertanian adalah seperti benih kacukan (hybrid), biopharming iaitu memperkenalkan ubat-ubatan di dalam sayur-sayuran dan makanan. Menurut Terry Medley daripada Animal & Plant Health Inspection Service US Department of Agriculture, mereka percaya bahawa peningkatan populasi dunia akan berlaku pada 40 tahun akan datang. Oleh itu, permintaan pada penghasilan makanan akan meningkat kepada 250%. Pada masa yang sama mereka telah melihat berlaku pengurangan sumber pada penghasilan makanan di masa ini. Oleh yang demikian, bioteknologi dengan kebolehan untuk mempertingkatkan penghasilan makanan dari segi kualiti dan nilai nutrisi akan membantu dunia dalam membekalkan makanan pada hari ini dan populasi akan datang.
Seterusnya, pertumbuhan positif sektor pertanian di Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah mendorong kerajaan memperhebatkan lagi bidang ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk menjadikan bidang pertanian satu jentera pertumbuhan ekonomi negara yang ketiga melalui kegiatan pertanian berskala besar, penggunaan teknologi moden, pengeluaran produk yang berkualiti dan sebagainya.
Seiringan dengan objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga wawasan oleh tampuk pimpinan negara, pendekatan pertanian baru ini adalah diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di negara kita pada akhirRancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini diharapkan berupaya mempertingkatkan kebolehan sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu jentera pertumbuhan ekonomi negara yang baik dan mapan. Bagi mencapai matlamat ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut:
1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar,
2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian produk,
3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global,
4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan, dan
5. Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.
(Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, 2004)
Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang telah ditetapkan oleh kerajaan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus iaitu menjanakan pertumbuhan nilai ditambah sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%, bagi mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion, mencapai pertumbuhan nilai tambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%, menarik pelaburan swasta sebanyak RM20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor makanan dan industri asas tani dan akhir sekali mencapai sasaran SSL (Self-Salary Life) bagi komoditi-komoditi seperti yang telah disasarkan.
Program-program dan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi seperti berikut:
1. Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan.
2. Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan.
3. Meningkatkan industri asas tani.
4. Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar.
5. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi.
6. Peningkatan Keupayaan Pemasaran.
7. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa.
8. Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
9. Penumpuan kepada Total Factor Productivity.
(Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, 2004)
Secara kesimpulannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan dan pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk meningkatkan lagi golongan petani, penternak dan nelayan moden secara komersial serta agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang private-sector driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka sekaligus dapat mengurangkan masalah kemiskinan di negara. Pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan negara untuk merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya saing di mata dunia.
1.2Latar Belakang Masalah
Dalam memajukan sektor pertanian negara kepada satu sektor yang moden, dinamik dan berdayasaing, isu-isu kritikal yang dihadapi oleh sektor pertanian perlulah ditangani terlebih dahulu. Antara masalah-masalahnya ialah dalam mempelbagaikan pulangan pelaburan. Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan, intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang mempunyai nilai yang ditambah yang tinggi.
(Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, 2004)
Kerajaan juga telah menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya. Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukan elaun 100% ke atas perbelanjaan modal untuk Projek-projek Pertanian yang telah diluluskan seperti diluluskan Menteri Kewangan. Ini meliputi perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam jangka masa tertentu untuk sebuah ladang yang menanam dan menggunakan keluasan ekar minimum tertentu seperti ditetapkan Menteri Kewangan.
Projek-projek pertanian diluluskan adalah projek-projek untuk penanaman sayur-sayuran, buah-buahan (papaya, pisang, makisar, belimbing, jambu dan manggis), ubi, akar herba, rempah, tanaman untuk makanan haiwan dan produk berasaskan hidroponik, pembiakan ikan hiasan, pemeliharaan ikan dan udang (pembiakan berkolam, pembiakan bertangki, pembiakan sangkar marin, dan pembiakan sangkar marin pesisir); kerang, tiram, kepah dan pembiakan rumput laut; penetasan udang kecil, udang dan ikan; dan peladangan hutan spesis tertentu.
Insentif ini membolehkan seseorang yang mengusahakan sebuah projek sedemikian memilih supaya dipotong perbelanjaan modal yang layak ditanggung untuk projek itu daripada pendapatan agregatnya, termasuk pendapatan daripada sumber-sumber lain. Dimana pendapatan agregat tidak mencukupi, perbelanjaan yang tidak diserap boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun taksiran berikutnya. Apabila pilihan ini dibuat, mereka tidak lagi layak mendapat mana-mana elaun modal atau elaun pertanian ke atas perbelanjaan modal yang sama. Perbelanjaan modal yang layak diberikan potongan termasuk perbelanjaan yang ditanggung ke atas:
Pembersihan dan penyiap-sediaan tanah;
Penanaman tanaman;
Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman atau perikanan laut dalam, dan usaha-usaha pertanian atau pastoral lain;
Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan (termasuk yang disediakan untuk kebajikan orang atau tempat tinggal), dan penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan untuk penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman dan usaha-usaha pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan, penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain hendaklah di atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan untuk penanaman tanaman, peladangan haiwan, perikanan pedalaman dan usaha-usaha pertanian atau pastoral sedemikian yang lain;
Tuntutan-tuntutan boleh dikemukakan kepada LHDN.
Orang perseorangan atau sebuah syarikat yang mengusahakan aktiviti pertanian boleh menuntut elaun modal dan elaun bangunan perindustrian khas di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk perbelanjaan modal tertentu.Sebuah syarikat akan terus menerima elaun ini selama mana ia menanggung perbelanjaan, tidak kira sama ada ia telahpun menikmati Taraf Perintis.
Seterusnya ialah transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi, otomasi dan teknologi bagi mengurangkan kos pengeluaran yang tinggi. Negara dalam usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem ternakan ayam secara tertutup (closed house system).
Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest akibat daripada tiada perancangan yang teliti ketika melakukan pengutipan hasil pertanian . Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut tuntuan yang dibuat oleh para petani. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke pasaran.
Selain itu juga, program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi memastikan peladang atau petani diperbekalkan dengan kemahiran teknikal dan teknologi bagi meningkatkan produktiviti, manakala pakar-pakar dan pekerja-pekerja pengembangan yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan yang dilengkapi pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat usahawan tani. Dalam mencapai tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan sasar di ladang sebenar. Dalam pengurusan ladang yang moden, Amalan Pertanian Baik (Good Agricultural Practices GAP)juga perlu diterapkan. Amalan pertanian yang baik amat penting dalam pengeluaran produk pertanian. Ia merupakan satu langkah untuk mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam mengamalkan langkah pengurusan tanaman yang betul bagi mengeluarkan hasil yang berkualiti seperti pengurusan persekitaran sawah, pengurusan ladang, penyimpanan rekod ladang, mengamalkan teknik pertanian secara persis/tepat, dan sebagainya.Amalan pertanian yang baik ini bukan sahaja dapat meningkatkan hasil pengeluaran tetapi juga dapat membekalkan makanan yang selamat kepada pengguna. Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mengakui kurang daripada lima peratus petani dan penternak berjaya memperoleh sijil Skim Amalan Ladang Malaysia (SALM) sejak kempen Amalan Pertanian Baik yang dilancarkan tahun lalu. Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana tahap keprihatinan petani terutamanya di kalangan pengusaha ladang bersaiz sederhana untuk mendapatkan sijil tersebut masih terlalu rendah. Bagaimanapun katanya, ini bukan bermakna produk pertanian daripada pengusaha yang tidak memperoleh sijil tersebut tidak berkualiti. Produk pertanian mereka tetap berkualiti tetapi jika diperbaiki akan memudahkan lagi proses menanda aras untuk produk itu dieksport ke luar negara. Kebanyakan negara pengimport minta diadakan sijil tersebut (SALM) dan kita juga banyak bekerjasama dengan mereka supaya peraturan itu sama standard, katanya
(Sumber:Utusan Malaysia, 21 Julai 2007)
Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk, pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman, zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC). Penwujudan zon-zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga membolehkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.
Dari segi pemasaran produk pertanian pula, menurut L.DeVere Burton dan Elmer L. Cooper dalam bukunya Agriscience Fundamentals & Applications, seseorang pengusaha boleh menjual produk mereka melalui jualan langsung kepada pembeli. Cara ini ada beberapa kelebihan yang mana ianya dapat mengurangkan kos pengeluaran sesuatu produk. Ini kerana pengusaha atau petani tersebut tidak perlu menggunakan orang tengah atau agen penjual produk mereka. Mereka juga haruslah mengadakan kerjasama berkumpulan diantara petani-petani yang berhampiran atau sama produk.
Masalah semasa yang berlaku ke atas produk pertanian ialah kualiti produk yang rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di pasaran global kerana sebelum sesuatu produk pertanian ingin dipasarkan, ianya mestilah digred mengikut piawaian makanan yang telah ditetapkan oleh negara. Dengan harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA), hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang lebih tinggi. Sehubungan dengan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian yang berkualiti sahaja dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara.
Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan, stesen kuarantin dan pintu masuk ke dalam negara. Masalah kualiti ini juga mungkin berpunca daripada sasaran pasaran para usahwan tani di Malaysia hanya tertumpu kepada dalam negara sahaja. Oleh yang demikian, kualiti produk yang dihasilkan adalah khas untuk rakyat Malaysia sahaja yang mana kurangnya pesaing-pesaing yang mempunyai kualiti produk seperti produk luar negara.
Menurut L. DeVere Burton dan Elmer L. Cooper lagi, terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira apabila membuat keputusan dalam pasaran produk pertanian. Ianya adalah dari segi permintaan untuk produk tersebut dihasilkan, pembekal produk tersebut sudah sedia ada, jenis dan kebolehan pasaran dalam kawasan terebut, persaingan daripada penghasilan produk yang sama, kekuatan pembelian pada pelanggan yang disasarkan dan musim-musim yang pelbagai dalam permintaan. Semua ini perlulah diambilkira oleh para peladang dan petani bagi menjamin tiada pembaziran dan kerugian berlaku dalam penjualan hasil pertanian mereka. Jika mereka tidak membuat perancangan yang teliti dan tidak meneliti pasaran semasa, mereka mungkin menghadapai masalah yang besar ketika memasarkan produk pertanian mereka.
1.3Pernyataan Masalah
Pertanian adalah salah satu bidang yang semakin berkembang pesat di Negara Malaysia dengan kepelbagaian penggunaan teknologi dan pengurusan dalam melaksanakannya. Selaras dengan itu juga, kerajaan Malaysia telah merancang beberapa strategi dan peruntukan kepada bidang bidang pertanian dalam Rancangan Malaysia ke-9. Beberapa insentif dan transformasi telah dirancang untuk memajukan sektor pertanian ini. Antaranya ialah transformasi daripada penggunaan tenaga buruh kepada penggunaan teknologi dan strategi dwi-pertanain yang dijangka dapat menjana pendapatan usahawan tani dengan lebih baik.
Bidang pertanian dilihat dapat mengurangkan masalah pengangguran dan masalah rakyat yang miskin. Ini jelas dengan laporan yang dikeluarkan oleh Kementerian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang menunjukkan bahawa bidang pertanian ini adalah salah satu jentera kepada pendapatan negara. Rakyat Malaysia seharusnya sedar bahawa peluang ini perlu diambil dan berhenti dengan sifat bermalasan dalam bekerja yang hanya memikirkan bahawa kerja makan gaji sudah cukup untuk mereka dan yang terbaik bagi mereka.
Oleh yang demikian dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji apakah tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan:
1.4.1 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam pengurusan kewangan oleh penduduk Kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
1.4.2 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam penggunaan teknologi bagi meningkatkan sumber pendapatan melalui bidang pertanian.
1.4.3 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam latihan yang diikuti oleh penduduk Kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
1.4.4 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam strategi pemasaran produk pertanian bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
1.4.5 Mengenalpasti tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian mengikut umur para petani.
1.5Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap keberkesanan bagi pengurusan kewangan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian?
1.5.2 Apakah tahap keberkesanan dalam penggunaan teknologi bagi meningkatkan sumber pendapatan penduduk kampung Segamat, Johor melalui bidang pertanian?
1.5.3 Apakah tahap keberkesanan program latihan pertanian dalam meningkatkan pendapatan penduduk kampung Segamat,Johor melalui bidang pertanian?
1.5.4 Apakah tahap keberkesanan dalam strategi pemasaran bagi meningkatkan pendapatan penduduk kampung Segamat.Johor melalui bidang pertanian?
1.5.5 Apakah tahap keberkesanan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian mengikut umur para petani?
kopiah hitamBAB 1 - TTP.doc
pertanian pula dimulakan dengan penubuhan Sekolah Pertanian Serdang oleh John Scott
iaitu pegawai yang mentadbir Negeri-negeri Selat pada 21 Mei 1931 sehingga dinaik
taraf kepada Kolej Pertanian Malaya oleh Gabenor Malayan Union, Edward Ghent pada
23 Jun 1942. Akhirnya, tertubuhlah Fakulti Pertanian Universiti Malaya pada 1960
sebelum penubuhan Universiti Pertanian Malaysia (UPM) pada Oktober 1971. Dekad
tersebut juga menyaksikan penubuhan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian
Malaysia (MARDI), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Ikan
Malaysia (LKIM) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang
menunjukkan bahawa adanya kesungguahan kerajaan untuk memajukan sektor pertanian
ketika itu. Menjelang 1980-an, sektor pertanian menerima suntikan baru dengan
kewujudan Dasar Pertanian Negara, yang mempunyai strategi dan matlamat tertentu
mengikut keperluan. Dasar Pertanian Pertama tamat pada 1991 digantikan pula dengan
Dasar Pertanian Kedua.
Dasar Pertanian Kedua (DPN2) (1992-1998) dilaksanakan dengan memberi
penekanan kepada meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Tanaman
ladang seperti kelapa sawit diberi perhatian dengan usaha-usaha meluaskan kawasan
penanamannya. Pada tahun 1999, Kerajaan telah melancarkan Dasar Pertanian Negara
Ketiga (DPN3) (1998-2010) yang menentukan halatuju pembangunan sektor pertanian
negara. DPN3 mempunyai objektif khusus untuk meningkatkan keselamatan makanan,
meningkatkan produktiviti dan merapatkan rantaian dengan sektor lain, mewujudkan
sumber pertumbuhan baru dan mengguna serta memulihara sumber semulajadi secara
lestari. Pengenalan ketiga-tiga dasar tersebut, jika diteliti matlamat dan hala tujuannya
jelas masih meletakkan sektor pertanian di atas platform penting khususnya sebagai
penggerak pembangunan di kawasan luar bandar.
Pada dekad ini juga iaitu pada Jun 2000 kerajaan Malaysia telah
memperkenalkan bidang bioteknologi kepada sektor pertanian. Walaupun bidang ini
masih lagi di peringkat awal, akan tetapi jika kita melihat kepada sejarah pemakanan
orang Melayu, bioteknologi sebenarnya telah lama wujud di dalam kehidupan kita
seharian. Antaranya ialah pembuatan tapai, tempe dan jeruk. Makanan ini adalah
berasaskan proses bioteknologi di peringkat awal dan maksud kerajaan untuk
memperkenalkan bioteknologi ke dalam pertanian adalah seperti benih kacukan
(hybrid), biopharming iaitu memperkenalkan ubat-ubatan di dalam sayur-sayuran dan
makanan. Menurut Terry Medley daripada Animal & Plant Health Inspection Service
US Department of Agriculture, mereka percaya bahawa peningkatan populasi dunia
akan berlaku pada 40 tahun akan datang. Oleh itu, permintaan pada penghasilan
makanan akan meningkat kepada 250%. Pada masa yang sama mereka telah melihat
berlaku pengurangan sumber pada penghasilan makanan di masa ini. Oleh yang
demikian, bioteknologi dengan kebolehan untuk mempertingkatkan penghasilan
makanan dari segi kualiti dan nilai nutrisi akan membantu dunia dalam membekalkan
makanan pada hari ini dan populasi akan datang.
Seterusnya, pertumbuhan positif sektor pertanian di Malaysia dalam tempoh
Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) telah mendorong kerajaan memperhebatkan lagi
bidang ini dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) untuk menjadikan
bidang pertanian satu jentera pertumbuhan ekonomi negara yang ketiga melalui kegiatan
pertanian berskala besar, penggunaan teknologi moden, pengeluaran produk yang
berkualiti dan sebagainya.
Seiringan dengan objektif Dasar Pertanian Negara Ketiga (DPN3) dan juga
wawasan oleh tampuk pimpinan negara, pendekatan pertanian baru ini adalah
diharapkan dapat mencetuskan arus perindustrian pertanian di negara kita pada
akhir Rancangan Malaysia Kesembilan. Revolusi ini diharapkan berupaya
mempertingkatkan kebolehan sektor pertanian dan seterusnya menjadikannya salah satu
jentera pertumbuhan ekonomi negara yang baik dan mapan. Bagi mencapai matlamat
ini, pembangunan sektor pertanian dalam Rancangan Malaysia Kesembilan akan
dilaksanakan berdasarkan teras dasar seperti berikut:
1. Meningkatkan pengeluaran pertanian termasuk penerokaan sumber pertumbuhan
baru dengan penyertaan sektor swasta yang lebih besar,
2. Mengembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan pertanian dan kepelbagaian
produk,
3. Memperkukuhkan pemasaran dan rangkaian global,
4. Meningkatkan pendapatan pekebun kecil, petani dan nelayan, dan
5. Menambahbaik sistem penyampaian perkhidmatan.
(Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, 2004)
Berdasarkan teras dasar pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan, perancangan dan pelaksanaan projek dan program akan
dibuat bagi mencapai 5 sasaran khusus iaitu menjanakan pertumbuhan nilai ditambah
sebanyak 7.6% berbanding dengan sumbangan sektor perladangan sebanyak 3.2%, bagi
mencapai imbangan perdagangan dalam makanan sebanyak RM 1.2 billion, mencapai
pertumbuhan nilai tambah bagi industri asas tani sebanyak 5.2%, menarik pelaburan
swasta sebanyak RM20.1 bilion bagi mengkomersialkan pengeluaran sektor makanan
dan industri asas tani dan akhir sekali mencapai sasaran SSL (Self-Salary Life) bagi
komoditi-komoditi seperti yang telah disasarkan.
Program-program dan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia
Kesembilan bakal dilaksanakan adalah selaras dengan strategi seperti berikut:
1. Menambahkan kawasan pengeluaran agro-makanan.
2. Memajukan sumber pertumbuhan baru seperti tangkapan ikan laut dalam dan
tuna, rumpai laut, ikan hiasan dan bunga-bungaan.
3. Meningkatkan industri asas tani.
4. Mempelbagaikan sumber pendapatan golongan sasar.
5. Memanfaatkan Agro-bioteknologi dan Marin Bioteknologi.
6. Peningkatan Keupayaan Pemasaran.
7. Pematuhan Piawaian dan Kualiti Antarabangsa.
8. Penyediaan Pinjaman dan Insentif.
9. Penumpuan kepada Total Factor Productivity.
(Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, 2004)
Secara kesimpulannya, sasaran utama pembangunan pengeluaran agro-makanan
dan pemprosesan hiliran di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk
meningkatkan lagi golongan petani, penternak dan nelayan moden secara komersial serta
agro-entrepreneurs untuk menerajui pembangunan agro-makanan yang private-sector
driven tanpa mengabaikan petani tradisional yang akan ditingkatkan kapasiti dan
keupayaan pengeluaran mereka agar dapat diserapkan dalam proses transformasi ini
supaya dapat meningkat produktiviti dan pendapatan mereka sekaligus dapat
mengurangkan masalah kemiskinan di negara. Pelaksanaan Rancangan Malaysia
Kesembilan ini adalah selari dengan harapan tampuk pimpinan negara untuk
merevolusikan dan mengindustrikan sektor pertanian ini supaya menjadi lebih moden,
dinamik dan berdaya saing di mata dunia.
1.2 Latar Belakang Masalah
Dalam memajukan sektor pertanian negara kepada satu sektor yang moden,
dinamik dan berdayasaing, isu-isu kritikal yang dihadapi oleh sektor pertanian perlulah
ditangani terlebih dahulu. Antara masalah-masalahnya ialah dalam mempelbagaikan
pulangan pelaburan. Masalah pulangan terhadap pelaburan yang rendah dan lambat
dapat diatasi dengan memberi tumpuan kepada aktiviti integrasi tanaman-ternakan,
intercropping, mixed farming dan juga marinovasi. Aktiviti pemprosean hiliran juga
merupakan satu usaha untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi masyarakat tani dan
menambahkan pendapatan mereka dalam mengeluarkan produk yang diproses yang
mempunyai nilai yang ditambah yang tinggi.
(Sumber: Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Malaysia, 2004)
Kerajaan juga telah menyediakan insentif istimewa bagi projek pengeluaran
makanan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Di bawah
insentif ini, syarikat-syarikat yang mengusaha atau melabur dalam projek pengeluaran
makanan layak mendapatkan insentif khas selain daripada insentif-insentif lain seperti
taraf perintis, insentif untuk menggalakkan eksport dan sebagainya. Akta Cukai
Pendapatan 1967 memperuntukan elaun 100% ke atas perbelanjaan modal untuk Projek-
projek Pertanian yang telah diluluskan seperti diluluskan Menteri Kewangan. Ini
meliputi perbelanjaan modal yang layak ditanggung dalam jangka masa tertentu untuk
sebuah ladang yang menanam dan menggunakan keluasan ekar minimum tertentu
seperti ditetapkan Menteri Kewangan.
Projek-projek pertanian diluluskan adalah projek-projek untuk penanaman sayur-
sayuran, buah-buahan (papaya, pisang, makisar, belimbing, jambu dan manggis), ubi,
akar herba, rempah, tanaman untuk makanan haiwan dan produk berasaskan hidroponik,
pembiakan ikan hiasan, pemeliharaan ikan dan udang (pembiakan berkolam, pembiakan
bertangki, pembiakan sangkar marin, dan pembiakan sangkar marin pesisir); kerang,
tiram, kepah dan pembiakan rumput laut; penetasan udang kecil, udang dan ikan; dan
peladangan hutan spesis tertentu.
Insentif ini membolehkan seseorang yang mengusahakan sebuah projek
sedemikian memilih supaya dipotong perbelanjaan modal yang layak ditanggung untuk
projek itu daripada pendapatan agregatnya, termasuk pendapatan daripada sumber-
sumber lain. Dimana pendapatan agregat tidak mencukupi, perbelanjaan yang tidak
diserap boleh dibawa ke hadapan ke tahun-tahun taksiran berikutnya. Apabila pilihan ini
dibuat, mereka tidak lagi layak mendapat mana-mana elaun modal atau elaun pertanian
ke atas perbelanjaan modal yang sama. Perbelanjaan modal yang layak diberikan
potongan termasuk perbelanjaan yang ditanggung ke atas:
Pembersihan dan penyiap-sediaan tanah;
Penanaman tanaman;
Penyediaan loji dan jentera yang digunakan di Malaysia bagi maksud penanaman
tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman atau perikanan
laut dalam, dan usaha-usaha pertanian atau pastoral lain;
Pembinaan jalan akses termasuk jambatan, pembinaan atau pembelian bangunan
(termasuk yang disediakan untuk kebajikan orang atau tempat tinggal), dan
penambahbaikan struktur tanah atau struktur-struktur lain yang digunakan untuk
penanaman tanaman, peladangan haiwan, akuakultur, perikanan pedalaman dan
usaha-usaha pertanian atau pastoral lain. Jalan, jambatan, bangunan,
penambahbaikan struktur ke atas tanah dan struktur-struktur lain hendaklah di
atas tanah yang merupakan sebahagian daripada tanah yang digunakan untuk
penanaman tanaman, peladangan haiwan, perikanan pedalaman dan usaha-usaha
pertanian atau pastoral sedemikian yang lain;
Tuntutan-tuntutan boleh dikemukakan kepada LHDN.
Orang perseorangan atau sebuah syarikat yang mengusahakan aktiviti pertanian
boleh menuntut elaun modal dan elaun bangunan perindustrian khas di bawah Akta
Cukai Pendapatan 1967 untuk perbelanjaan modal tertentu. Sebuah syarikat akan terus
menerima elaun ini selama mana ia menanggung perbelanjaan, tidak kira sama ada ia
telahpun menikmati Taraf Perintis.
Seterusnya ialah transformasi tenaga buruh kepada penggunaan mekanisasi,
otomasi dan teknologi bagi mengurangkan kos pengeluaran yang tinggi. Negara dalam
usaha meningkatkan tahap dan proses pengeluaran daripada yang bergantung berat
kepada tenaga buruh kepada berintensifkan modal, teknologi dan berasaskan ilmu
pengetahuan. Program pemindahan teknologi dan cara tanaman yang baru bagi
meningkat produktiviti telah dilaksanakan. Ini termasuk program inkubator dan belia
tani bagi melahirkan usahawan tani, program fertigasi tanaman pertanian, dan sistem
ternakan ayam secara tertutup (closed house system).
Di dalam pembangunan perikanan pula, usaha bagi meningkatkan tahap
teknologi dilaksanakan melalui program pen culture, akuakultur secara nukleus, open
sea cage culture dan mengurangkan kehilangan hasil akibat post harvest akibat
daripada tiada perancangan yang teliti ketika melakukan pengutipan hasil pertanian .
Sebagai usaha untuk meningkatkan khidmat sokongan kepada sektor pertanian, kerajaan
juga sedang berusaha meningkatkan kemudahan infrastruktur serta khidmat sokongan di
sektor pertanian. Dalam hal ini, kemudahan-kemudahan seperti saliran dan pengairan
serta jalan ladang akan diperbaiki dan dipertingkatkan dari masa ke semasa mengikut
tuntuan yang dibuat oleh para petani. Selain daripada itu, kemudahan pemasaran seperti
pusat pengumpulan dan pengedaran produk pertanian juga disediakan. Tujuannya ialah
untuk meningkatkan keberkesanan rangkaian pemasaran produk pertanian dari ladang ke
pasaran.
Selain itu juga, program latihan dan kemudahan akan dipertingkatkan bagi
memastikan peladang atau petani diperbekalkan dengan kemahiran teknikal dan
teknologi bagi meningkatkan produktiviti, manakala pakar-pakar dan pekerja-pekerja
pengembangan yang terlibat dalam aktiviti bimbingan dan latihan yang dilengkapi
pengetahuan dan kepakaran bagi membantu masyarakat usahawan tani. Dalam mencapai
tujuan ini, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang berusaha meningkatkan
khidmat pengembangan dan khidmat nasihat teknikal. Inkubator-inkubator bagi
memberi latihan tambahan juga telah dibina untuk memberi latihan kepada golongan
sasar di ladang sebenar. Dalam pengurusan ladang yang moden, Amalan Pertanian Baik
(Good Agricultural Practices GAP) juga perlu diterapkan. Amalan pertanian yang baik
amat penting dalam pengeluaran produk pertanian. Ia merupakan satu langkah untuk
mewujudkan rasa bertanggungjawab dalam mengamalkan langkah pengurusan tanaman
yang betul bagi mengeluarkan hasil yang berkualiti seperti pengurusan persekitaran
sawah, pengurusan ladang, penyimpanan rekod ladang, mengamalkan teknik pertanian
secara persis/tepat, dan sebagainya. Amalan pertanian yang baik ini bukan sahaja dapat
meningkatkan hasil pengeluaran tetapi juga dapat membekalkan makanan yang selamat
kepada pengguna. Pusat Latihan Pertanian Negara dipertanggungjawabkan bagi
merancang, menyelaras dan menilai program latihan kemahiran selaras dengan Standard
Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) bagi melahirkan pekerja dan usahawan tani
yang berpengetahuan dan berkemahiran.
Selain daripada itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga sedang
membina Kolej Pertanian di Kedah di samping meningkatkan taraf 40 institusi sedia ada
supaya dapat memberikan latihan yang lebih baik kepada golongan sasar. Kementerian
Pertanian dan Industri Asas Tani mengakui kurang daripada lima peratus petani dan
penternak berjaya memperoleh sijil Skim Amalan Ladang Malaysia (SALM) sejak
kempen Amalan Pertanian Baik yang dilancarkan tahun lalu. Menterinya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin berkata, ini kerana tahap keprihatinan petani terutamanya di kalangan
pengusaha ladang bersaiz sederhana untuk mendapatkan sijil tersebut masih terlalu
rendah. Bagaimanapun katanya, ini bukan bermakna produk pertanian daripada
pengusaha yang tidak memperoleh sijil tersebut tidak berkualiti. Produk pertanian
mereka tetap berkualiti tetapi jika diperbaiki akan memudahkan lagi proses menanda
aras untuk produk itu dieksport ke luar negara. Kebanyakan negara pengimport minta
diadakan sijil tersebut (SALM) dan kita juga banyak bekerjasama dengan mereka supaya
peraturan itu sama standard, katanya
(Sumber:Utusan Malaysia, 21 Julai 2007)
Selaras dengan pendekatan pembangunan pertanian berasaskan produk,
pembangunan secara sektoral melalui pengezonan kawasan pengeluaran pertanian akan
dilaksanakan. Ini bertujuan bagi membolehkan pembangunan pertanian secara kelompok
dapat dihasilkan supaya faedah perbandingan (comparative advantage) diperolehi. Zon-
zon pengeluaran ini termasuklah zon perindustrian akuakultur (ZIA), zon-zon tanaman,
zon-zon pengeluaran ternakan dan kawasan integrasi ladang (TAC). Penwujudan zon-
zon ini akan membolehkan para pengusaha meningkatkan hasil mereka kerana keadaan
agro-klimatik yang sesuai untuk aktiviti tertentu. Selain daripada itu, ia juga
membolehkan Kerajaan menumpukan khidmat sokongan mengikut jenis aktiviti
pertanian yang dilaksanakan di kawasan tertentu.
Dari segi pemasaran produk pertanian pula, menurut L.DeVere Burton dan
Elmer L. Cooper dalam bukunya Agriscience Fundamentals & Applications,
seseorang pengusaha boleh menjual produk mereka melalui jualan langsung kepada
pembeli. Cara ini ada beberapa kelebihan yang mana ianya dapat mengurangkan kos
pengeluaran sesuatu produk. Ini kerana pengusaha atau petani tersebut tidak perlu
menggunakan orang tengah atau agen penjual produk mereka. Mereka juga haruslah
mengadakan kerjasama berkumpulan diantara petani-petani yang berhampiran atau sama
produk.
Masalah semasa yang berlaku ke atas produk pertanian ialah kualiti produk yang
rendah dan tidak seragam menyebabkan hasil pertanian negara tidak dapat bersaing di
pasaran global kerana sebelum sesuatu produk pertanian ingin dipasarkan, ianya
mestilah digred mengikut piawaian makanan yang telah ditetapkan oleh negara. Dengan
harga yang tinggi di pasaran domestik dan jangkaan lambakan hasil pertanian dari luar
negara yang lebih murah berikutan pembukaan pasaran di bawah pelaksanaan
Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
(AFTA), hasil pertanian negara akan menghadapi persaingan yang lebih tinggi.
Sehubungan dengan itu, hasil pertanian negara perlu berkualiti dan mematuhi piawaian
keselamatan makanan antarabangsa bagi membolehkan hasil pertanian yang berkualiti
sahaja dieksport mahupun dipasarkan di dalam negara.
Konsep jaminan kualiti daripada ladang ke meja hidang akan diamalkan secara
meluas melalui skim akreditasi serta kawalselia dan pemeriksaan veterinar yang ketat di
ladang ternakan, kilang makanan haiwan, rumah penyembelihan, kilang pemprosesan,
stesen kuarantin dan pintu masuk ke dalam negara. Masalah kualiti ini juga mungkin
berpunca daripada sasaran pasaran para usahwan tani di Malaysia hanya tertumpu
kepada dalam negara sahaja. Oleh yang demikian, kualiti produk yang dihasilkan adalah
khas untuk rakyat Malaysia sahaja yang mana kurangnya pesaing-pesaing yang
mempunyai kualiti produk seperti produk luar negara.
Menurut L. DeVere Burton dan Elmer L. Cooper lagi, terdapat beberapa faktor
yang perlu diambilkira apabila membuat keputusan dalam pasaran produk pertanian.
Ianya adalah dari segi permintaan untuk produk tersebut dihasilkan, pembekal produk
tersebut sudah sedia ada, jenis dan kebolehan pasaran dalam kawasan terebut,
persaingan daripada penghasilan produk yang sama, kekuatan pembelian pada
pelanggan yang disasarkan dan musim-musim yang pelbagai dalam permintaan. Semua
ini perlulah diambilkira oleh para peladang dan petani bagi menjamin tiada pembaziran
dan kerugian berlaku dalam penjualan hasil pertanian mereka. Jika mereka tidak
membuat perancangan yang teliti dan tidak meneliti pasaran semasa, mereka mungkin
menghadapai masalah yang besar ketika memasarkan produk pertanian mereka.
1.3 Pernyataan Masalah
Pertanian adalah salah satu bidang yang semakin berkembang pesat di Negara
Malaysia dengan kepelbagaian penggunaan teknologi dan pengurusan dalam
melaksanakannya. Selaras dengan itu juga, kerajaan Malaysia telah merancang beberapa
strategi dan peruntukan kepada bidang bidang pertanian dalam Rancangan Malaysia ke-
9. Beberapa insentif dan transformasi telah dirancang untuk memajukan sektor pertanian
ini. Antaranya ialah transformasi daripada penggunaan tenaga buruh kepada penggunaan
teknologi dan strategi dwi-pertanain yang dijangka dapat menjana pendapatan usahawan
tani dengan lebih baik.
Bidang pertanian dilihat dapat mengurangkan masalah pengangguran dan
masalah rakyat yang miskin. Ini jelas dengan laporan yang dikeluarkan oleh
Kementerian Dan Industri Asas Tani Malaysia yang menunjukkan bahawa bidang
pertanian ini adalah salah satu jentera kepada pendapatan negara. Rakyat Malaysia
seharusnya sedar bahawa peluang ini perlu diambil dan berhenti dengan sifat bermalasan
dalam bekerja yang hanya memikirkan bahawa kerja makan gaji sudah cukup untuk
mereka dan yang terbaik bagi mereka.
Oleh yang demikian dalam kajian ini, penyelidik ingin mengkaji apakah tahap
keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk kampung Segamat, Johor
bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini adalah bertujuan:
1.4.1 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam pengurusan kewangan oleh penduduk
Kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka
melalui bidang pertanian.
1.4.2 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam penggunaan teknologi bagi
meningkatkan sumber pendapatan melalui bidang pertanian.
1.4.3 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam latihan yang diikuti oleh penduduk
Kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka
melalui bidang pertanian.
1.4.4 Mengenalpasti tahap keberkesanan dalam strategi pemasaran produk pertanian
bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang pertanian.
1.4.5 Mengenalpasti tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan oleh penduduk
kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui
bidang pertanian mengikut umur para petani.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah tahap keberkesanan bagi pengurusan kewangan oleh penduduk kampung
Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka melalui bidang
pertanian?
1.5.2 Apakah tahap keberkesanan dalam penggunaan teknologi bagi meningkatkan
sumber pendapatan penduduk kampung Segamat, Johor melalui bidang
pertanian?
1.5.3 Apakah tahap keberkesanan program latihan pertanian dalam meningkatkan
pendapatan penduduk kampung Segamat,Johor melalui bidang pertanian?
1.5.4 Apakah tahap keberkesanan dalam strategi pemasaran bagi meningkatkan
pendapatan penduduk kampung Segamat.Johor melalui bidang pertanian?
1.5.5 Apakah tahap keberkesanan tahap keberkesanan usaha-usaha yang dijalankan
oleh penduduk kampung Segamat, Johor bagi meningkatkan sumber pendapatan
mereka melalui bidang pertanian mengikut umur para petani?
top related