t1a4 hbef3603
Post on 17-Jan-2016
68 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SMP PPG JANUARI 2015
HBEF 3603
AMALAN PROFESIONAL (SMP)
Aktiviti 4 ( T1A4) : Jurnal ReflektifPenyelia: En. Ng Kim Choy
NAMA PELAJAR : ALICIUS LUCAS
NO. MATRIKULASI : 780926125297001
NO. KAD PENGENALAN : 780926125297
NO. TELEFON : 019-8003700
E-MEL : aliciuslucas@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : OUM SANDAKAN
AKTIVITI 4 (T1A4) – Jurnal Reflektif
Bagi sesi praktikum ini, saya telah memilih untuk menjalankan aktiviti
praktikum di SK. Tampasak Tongod, Telupid iaitu kira-kira 80 km
dari Pekan Telupid. Pemilihan sekolah ini adalah disebabkan oleh
faktor tempat dan masa yang agak terhad. Memandangkan saya
adalah salah seorang tenaga pengajar di sekolah ini, pada perkiraan
saya, ia akan memudahkan untuk saya lebih fokus dalam
menjalankan kajian penyelidikan seumpamanya kerana sekolah
juga merupakan tempat saya bertugas. Saya telah memilih tajuk
“Penggunaan kaedah lattice dalam melakukan operasi mendarab nombor hingga enam
digit dengan nombor dua digit untuk murid Tahun 5”. Kelas ini terdiri daripada
lima murid lelaki dan sembilan murid perempuan. Di dalam kelas
ini, saya dapat simpulkan bahawa murid adalah bersifat srata iaitu
terdapatnya pelajar cerdas, sederhana dan lemah. Dalam aspek
disiplin, murid- murid kelas ini mempunyai tahap disiplin yang
sederhana.
Dalam tugasan pertama, saya dikehendaki untuk mengisi Borang Pemantauan
Praktikum yang mengandungi tarikh, masa, tahun dan kelas bagi murid yang diajar
tajuk pelajaran yang telah dipilih. Saya juga telah mencadangkan Cikgu Fadlly Maikal
sebagai Guru Pembimbing sepanjang tempoh praktikum berjalan. Cikgu Fadlly
mempunyai latar belakang sebagai guru Matematik yang telah bertugas melebihi 5
tahun. Kehadiran Cikgu Fadlly sedikit sebanyak telah banyak membantu saya
berkongsi idea, pendapat, teknik pengajaran dan berkongsi pengalaman mengajar
kerana pelajar tersebut pernah diajar oleh beliau sebelum ini. Beliau telah membuat
pencerapan kali pertama semasa saya mengajar tajuk pendaraban nombor 5-digit
dengan 2-digit nombor dengan menggunakan kaedah bentuk lazim. Semasa sesi
pengajaran ini, saya tidak menggunakan apa-apa bahan bantu belajar dan bergantung
hanya kepada rujukan buku teks dan pengalaman sedia ada murid dan guru.
Sebelum ujian pra dijalankan, saya telah menjalankan ujian lisan berkaitan
dengan pendaraban nombor sehingga lima digit dengan nombor dua digit, namun
didapati bahawa hampir 60% murid tersebut tidak dapat menjawab soalan yang
dikemukakan dengan betul. Pada hemat saya, murid-murid ini berkemungkinan tidak
1
meminati mata pelajaran Matematik. Langkah seterusnya, saya telah menjalankan
ujian pra namun hasilnya juga kurang memberangsangkan. Ini dapat dilihat bahawa
hanya 3 orang murid daripada 14 orang murid keseluruhannya menguasai topik ini.
Soalan ujian pra ini terdiri daripada soalan-soalan yang biasa
ditanya dalam ujian dan peperiksaan yang berkaitan tajuk
pendaraban nombor sehingga 6 digit dengan nombor 2 digit. Tujuan
ujian pra ini adalah untuk mengesan atau mengenal pasti
kelemahan murid dan kesilapan dalam menjawab soalan.
Lantaran daripada permasalahan tersebut, saya telah
menggunakan inovasi saya iaitu penggunaan kaedah lattice dalam melakukan
operasi mendarab nombor hingga enam digit dengan nombor dua digit bagi tujuan
membantu murid-murid yang mempunyai masalah menyelesaikan
soalan pendaraban. Pada sesi kedua praktikum, saya telah
menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk menilai
keberkesanan kaedah inovasi pengajaran dan pembelajaran yang
digunakan. Kesemua responden dapat memberi kerjasama yang
sangat baik, dapat melibatkan diri dalam semua aktiviti secara aktif,
menunjukkan minat yang sangat mendalam serta telah berjaya
mendapat keputusan yang sangat baik selepas menjalani ujian pos
di akhir pengajaran dan pembelajaran. Pemantauan kedua telah
dibuat oleh guru pembimbing serta memberikan indikator yang
positif dengan perubahan yang berlaku di kalangan responden.
Saya berasa sangat bersyukur saya telah mendapat markah yang
agak baik dan cemerlang sepanjang sesi pemantauan dengan
beliau. Borang Laporan Pemantauan telah diisi oleh guru
pembimbing dan disahkan oleh guru besar. Saya tidak mempunyai
masalah untuk menghantar secara dalam talian (online) Borang
Laporan Pemantauan tersebut.
Peranan rakan sekerja yang lain banyak membantu dari
sudut teknikal dan khidmat nasihat serta sokongan. Semasa
menjalani sesi kedua tersebut, saya tidak mengalami sebarang
masalah ketika membuat rakaman. Namun, masalah timbul apabila
memuat naik video yang mempunyai durasi 40 minit ke laman EPIC
2
OUM tersebut. Saya ada membuat perkongsian pengalaman dengan
rakan melalui aplikasi whatsapp tentang kaedah terbaik memuat
naik video tersebut. Saya telah mencuba sendiri menukarkan video
rakaman saya daripada format MP4 kepada FLV iaitu dapat
mengecilkan file supaya mudah dimuat naik. Kami dikehendaki
mengedit rakaman video yang telah dibuat dan dimuat turun
melalui internet.
Sebaik sahaja tugasan kedua selesai, saya telah mula membuat tugasan ketiga
iaitu Laporan Inovasi. Pada mulanya saya mengalami masalah untuk memahami
kehendak tugasan namun akhirnya berkat perbincangan, pendapat, sumbangan idea
dan pengalaman rakan-rakan, saya dapat menyelesaikan tugasan ini dengan baik. Saya
juga berpeluang untuk membuat rujukan contoh-contoh laporan inovasi dan tesis-tesis
daripada pelajar-pelajar IPG dan OUM sendiri. Secara tidak langsung saya telah
belajar dan memahami apa itu kajian tindakan dan keperluannya untuk mengatasi
sesuatu masalah atau isu secara sistematik.
Peranan perbincangan secara dalam talian seperti WhatsApp telah banyak
memberi info dan perkongsian idea di kalangan kami. Dari sini, saya telah memahami
bahawa tanggungjawab seorang guru bukan sahaja menyampaikan ilmu, tapi
bertanggungjawab membuat kajian dan penambahbaikan dalam pengajaran dan
pembelajaran seharian. Pengajaran yang berinovasi bukan sahaja dapat mengubah
pembelajaran menjadi lebih bermakna, malah mampu mengubah tingkah laku murid
ke arah lebih positif dan berjaya dalam peperiksaan. Umumnya, melalui pemerhatian
saya, murid-murid akan berminat untuk belajar sekiranya mereka berpeluang untuk
terlibat secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran.
Tugasan terakhir pula adalah membuat jurnal reflektif. Tugasan ini meminta
saya supaya membuat refleksi semula tentang emosi dan perasaan yang wujud
sepanjang membuat tugasan pertama hingga keempat. Sepertimana juga dengan
tugasan yang lain, dengan perbincangan dan sumbangan idea rakan-rakan banyak
menolong saya dalam mendapatkan pencerahan untuk membuat sesuatu tugasan
dengan lebih baik. Dalam menyiapkan tugasan ini, perasaan positif dan negatif yang
timbul sejak awal tugasan hinggalah ke akhir tugasan kerana kekangan masa dan
kesibukkan tanggungjawab sebagai pendidik. Namun, itu bukanlah alasan penghalang
bagi saya untuk menyiapkan kesemua tugasan yang telah diberi.
3
Di akhir tugasan ini, saya sangat berterima kasih kepada rakan-rakan guru,
murid-murid dan pihak pentadbir di sekolah yang banyak memberi kerjasama,
bantuan dan khidmat nasihat sepanjang saya menjalankan praktikum ini. Saya juga
mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan di dalam kumpulan whatsapp
kerana sentiasa bersedia membantu saya, terutamanya semasa memuat naik rakaman
praktikum tersebut.
4
top related