suruhanjaya perkhidmatan awam (psc) tahun ini ... and events/sji in the news... · bapa encik...

Post on 12-Sep-2019

9 Views

Category:

Documents

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAPA Encik Mohammed Noor HaqeemZulkiflee meninggal dunia akibat barah pada2002, semasa beliau berusia enam tahun danbaru memasuki darjah satu.

Pemergian bapanya, Allahyarham Zulki-flee Mohamed, tidak menghambatnya men-capai kejayaan, malah mencekalkan hatinyamenghadapi pelbagai cabaran hidup.

Baru-baru ini, Encik Haqeem, 19 tahun,dianugerahi biasiswa berprestij SuruhanjayaPerkhidmatan Awam (PSC) bagi menerus-kan pengajian di menara gading.

“W`alau hidup tanpa bapa kandung, sayadibesarkan dalam keluarga besar, termasukibu, nenek dan datuk saya, yang mengajarsaya menghargai nilai pendidikan serta hidupberdikari,” ujarnya.

Encik Haqeem akan meneruskan penga-jian dalam bidang ekonomi dan statistik diUniversiti Nasional Singapura (NUS) tahunini.

Beliau menamakan ibunya, Cik WaheedaMohammad, guru Sekolah Menengah Ander-son, dan neneknya, Cik Rokiah Bidin, guruadjung di Sekolah Rendah Zhonghua, se-bagai sumber inspirasi yang membuat beliaumemilih kerjaya dalam perkhidmatan awam.

“Mereka mengajar saya tentang pentingn-ya mempunyai kerjaya bermakna. Saya jugaingin mengejar kerjaya bermakna sepertimereka, dan berharap dapat menyumbangkepada negara dan masyarakat menerusi ker-jaya dalam perkhidmatan awam,” ujar EncikHaqeem, yang mempunyai bapa tiri, EncikAhmad Effendy Ahmad Thani, 47 tahun, se-orang pereka grafik, yang turut mendo-rongnya belajar bersungguh-sungguh bagimengejar impiannya.

Mac lalu, akhbar ini memaparkan penca-paian cemerlang bekas pelajar St Joseph’s In-stitution (SJI) dan Maktab Rendah Temasek(TJC) itu dalam peperiksaan Sijil Am Pelaja-ran (GCE) peringkat ‘A’.

Beliau mendapat gred A bagi mata pelaja-ran Ekonomi serta Kertas Am (GP) dan gredB bagi Fizik, Kimia dan Matematik.

Encik Haqeem juga giat dalam pelbagaikegiatan kokurikulum termasuk menjadipresiden majlis pelajar di TJC.

Cik Waheeda, 47 tahun, pula percaya apayang dilalui anaknya itu juga mempengaruhipilihan kerjayanya.

“Mungkin kesukaran yang dilaluiHaqeem setelah kehilangan ayahnya semasakecil memberinya semangat membantu or-ang lain dan menyumbang kembali kepadamasyarakat,” ujarnya.

Menurut Cik Waheeda, beliau memberianak sulung empat adik-beradik itu kebe-basan memilih bidang pelajaran serta kerjayayang diminatinya.

“Sebagai ibu, saya berharap beliau akanterus berjaya dan menjadi kebanggaanmasyarakat,” kata beliau.

ANTARA kenangan paling manisEncik Hud Syafiq Herman semasakecil ialah kunjungan ke kedai bukuBorders di Orchard Road bersama ke-luarganya setiap Sabtu.

Anak sulung daripada empatadik-beradik itu gemar mem-belek-belek dan membaca terutamasekali buku sains.

Menerusi kunjungan ke kedaibuku dan perpustakaan, ibu bapa En-cik Syafiq memupuk tabiat membacadan sikap dahagakan ilmu dalam ke-luarga mereka.

Bapanya ialah pengetua Mad-rasah Al-Arabiah Al-Islamiah, EncikHerman Cher Main, 48 tahun, semen-tara ibunya adalah naib pengetuaSekolah Menengah Zhenghua, CikHartati Osman, 45 tahun.

Baru-baru ini, Encik Syafiq menja-di kebanggaan ibu bapanya apabilabeliau diberi biasiswa berprestij Suru-hanjaya Perkhidmatan Awam (PSC).

“Ibu bapa saya menitikberatkanpendidikan dan memupuk sikap cin-ta ilmu, khususnya bidang sains, se-jak saya kecil.

“Walaupun dahulu saya tidak fa-ham sains, saya tertarik pada gam-bar-gambar dalam buku dan la-

ma-kelamaan mula membacanyadengan lebih mendalam,” ujar EncikSyafiq.

Beliau mempunyai tiga adik –berumur 17, 14 dan 11 tahun danmasing-masing belajar di MaktabRendah Victoria, Sekolah MenengahKranji dan di Sekolah Rendah YewTee.

Encik Syafiq adalah antara pelajardalam kumpulan pertama ProgramDiploma International Baccalaureate(IBDP) selama dua tahun di StJoseph’s Institution, selepas lulus SijilAm Pelajaran (GCE) peringkat ‘O’ diSekolah Menengah Tanjong Katong.

Beliau dipaparkan di akhbar iniJanuari lalu apabila muncul sebagaiantara pelajar terbaik IBDP denganmendapat 43 mata daripada markahpenuh 45 mata.

“Saya sedar bahawa mengambilprogram IB di SJI waktu itu satu risi-ko kerana kami kumpulan pertamadalam program itu, tetapi saya ter-tarik pada pendidikannya yangmenyeluruh.

“Saya juga menganggapnya se-bagai satu cabaran, dan saya tidakakan rugi apa-apa kalau mencuba,”ujar Encik Syafiq.

Beliau memanfaatkan saiz kecil

kelas IBDP di SJI – paling ramai 20pelajar – untuk banyak bertanya danmeminta penjelasan daripada guru.

Kini Encik Syafiq merancang men-dalami bidang kimia di UniversitiCambridge di England di bawah bia-siswa PSC itu.

Encik Herman berkata beliau danisterinya cuba memupuk nilai-nilaimemberi yang terbaik dalam apa sa-haja tugas yang diamanahkan, rasaempati pada mereka yang kurangmampu dan semangat berpegang teg-uh pada jati diri Melayu/Islam.

“Banyak contoh kejayaan dalammasyarakat Melayu/Islam di Singapu-ra diketengahkan semasa perbualankami bersama anak-anak kami.

“Kami juga sering berbincang ten-tang perlunya menyumbang kembalikepada masyarakat,” ujarnya.

Malah, beliau dan isterinya turutmenjadi contoh kepada anak merekadengan melakukan kerja ke-masyarakatan termasuk di masjiddan membimbing pelajar memerlu-kan.

“Oleh kerana kami berdua pen-didik, jangkaan kami juga tinggi bagipengajian dan kerja sekolahanak-anak kami,” kata Encik Her-man.

Galakan cinta ilmu,jangkaan tinggi ibubapa dorong jaya

Kehilangan bapacekalkan hati kejar kejayaan

HARAPAN KELUARGA: Encik Syafiq (tengah) bersama ibu bapanya Cik Hartati, seorang naib pengetua, dan Encik Herman,seorang pengetua. – Foto-foto M.O. SALLEH

KELUARGA TULANG BELAKANG: Encik Haqeem (kanan) bersama (dari kiri) bapa tirinya, EncikAhmad Effendy, ibunya Cik Waheeda dan neneknya, Cik Rokiah.

IKLANEncik Abdul Nasir Bin Allapitchay diminta hadir ke PejabatPendaftaran Pernikahan Singapura, 7 Canning Rise, Singapore179869 sebelum 1/08/2015 kerana mewalikan pernikahan anaksaudaranya Nabisah Begum Binte Md Ibrahim dengan Abdul JalilBin Abdul Razak. Jika tidak hadir pernikahan akan dijalankan secaraWali Hakim.

Encik Mohammed Noor Haqeem Zulkiflee dan Encik Hud Syafiq Herman berkongsi satu persamaan – keluarga menjadi pendorong mereka berazamkuat dalam pelajaran dan berbakti kepada masyarakat melalui kerjaya dalam perkhidmatan awam. Mereka antara 75 penerima biasiswa berprestij

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (PSC) tahun ini. NUR ADILAH MAHBOB (adilaham@sph.com.sg) menyelongkar kisah di balik kejayaan mereka.

beritaharian.sg/galeri-video

NOTIS

4 Berita Minggu | 26 Julai 2015

Berita SETEMPAT

top related