suprasegmental bmz
Post on 14-Apr-2016
440 Views
Preview:
TRANSCRIPT
NAMA KUMPULAN : SNOW WHITE1) MUNIRAH BINTI MOHD NOR2) NURUL SABRINA BINTI MOHAMMAD FATHIL3) NOOR SYAFIQAH BINTI DAHLAN4) NURUL ASYIQIN BINRI MOHAMAD ASROR
FONETIK DAN FONOLOGI 1.FONEM SEGMENTAL
2.FONEM SUPRASEGMENTAL
Unit penggalan bahasa yang terkecil yang dapat membezakan makna .
Banyak bunyi boleh diujarkan oleh alat artikulasi yang digolongkan kepada beberapa bunyi yang penting sahaja .
Fonem dapat dibahagi kepada dua :
Fonem segmental
Fonem suprasegmen
tal
FONEM
-Bunyi segmental ialah bunyi yang dihasilkan oleh pernafasan , alat ucap dan pita suara . -Terdiri daripada 3 bahagian :1. Vokal 2. Konsonan3. Konsonan pinjaman
FONEM SEGMENTAL
FONEM VOKAL
Enam vokal dalam bahasa Melayu standard , iaitu /a/ , /e/ , /i/ , /o/ , /u/ dan /ₔ/ .
HURUF FONEMa /a/e /e/i /i/o /o/u /u/e /ₔ/
Huruf ‘e’ digunakan untuk melambangkan dua fonem iaitu :
a) fonem e pepet yang ditulis secara fonetik /ₔ/ b) Fonem e taling yang ditulis secara fonetik /e/ .
/ₔ/ juga sering digunakan bagi menggantikan bunyi vokal bagi perkataan yang berakhir dengan huruf /a/ .
FONEM VOKAL
FONEM KONSONAN
Dalam bahasa Melayu terdapat 17 konsonan asli . Antara huruf konsonan asli ialah :
- b , c , d , g , h , j , k, l , m , n , p , r , s , t , w , y , ng , ny
Jadual fonem konsonan asli Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan.
HURUF FONEM PENGGUNAAN FONEM KONSONAN AWAL TENGAH AKHIR
b /b/ batuk lambat sebabc /c/ cantik benci Macd /d/ datuk ladang abadg /g/ gagal ligat monologh /h/ hapak sahabat telahj /j/ jamu sejuk garajk /k/ kilas sakit tapakl /l/ lama Melayu kebal
FONEM KONSONAN ASLI MELAYU
HURUF FONEM CONTOH PENGGUNAAN FONEM KONSONAN
AWAL TENGAH AKHIRm /m/ manis taman sekamn /n/ nanti tanda makinng /ᵑ/ nganga tangkup belangny /ɲ/ nyanyuk senyap -p /p/ panas papan kudupr /r/ rasa arus luhurs /s/ senak ansur derast /t/ tamat pantun sukatw /w/ warisan sawah takrawy /j/ yuran wayang -
KONSONAN PINJAMAN
Konsonan V dipinjam daripada bahasa Inggeris .Konsonan sy dipinjam lebih awal daripada bahasa Arab.Contohnya : squasy
sepuluh konsonan pinjaman
Berasal daripada bahasa Arab , bahasa Inggeris atau bahasa selain bahasa Melayu .
Jadual konsonan pinjaman dalam bahasa Melayu dan contoh penggunaannya dalam perkataan .
HURUF FONEM CONTOH PENGGUNAAN
f /f/ filemv /v/ variasith /Ɵ/ mithal(misal)dh /ð/ dharab(darab)z /z/ zamansy /š/ mesyuaratkh /x/ khatgh / ghaib
FONEM SUPRASEGMENTAL
DEFINISI PROSODI
Prosodi menjelaskan segala perkara yang berkait bentuk bunyi bahasa yang dapat didengar di telinga , iaitu yang tidak dapat dijelaskan hanya dengan melihat simbol-simbol tulisan.
Istilah prosodi juga dikenali sebagai fonologi ‘suprasegmental’.
Prosodi berfokus pada ujaran , iaitu yang ada kaitannya dengan intonasi dan rima.
Prosodi melihat perubahan pada kepanjangan suku kata , kelantangan , nada dan beberapa perkara lain yang berhubung dengan struktur bunyi ujaran yang dilafazkan.
Contoh
TULISAN• Tanda baca seperti tanda
noktah, tanda koma, tanda seru, tanda soal, dan sebagainya.
• Menandakan sesuatu supaya pembaca terhadap keperluan tertentu dalam teks yang dibaca.
LISAN• Menggunakan bunyi-bunyi
tertentu pada kata , frasa , klausa dan ayat untuk mendapatkan perhatian pendengar.
CIRI – CIRI PROSODI
Bagi satu unit ujaran sama ada perkataan , suku kata , frasa atau klausa lazimnya dinamakan ciri-ciri suprasegmental.
Antaranya : 1) Tekanan dan kelantangan2) Intonasi3) Tempo4) Ritma5) Mora6) Jeda
TEKANAN DAN KELANTANGAN
Merujuk kepada bunyi kata yang diucapkan lebih lantang daripada yang lain atau pengucapan kata yang dikuatkan.
Contohnya , penggunaan tekanan suara bagi menyampaikan sesuatu maksud seperti rasa marah , hairan dan menerima desakan.
Merupakan satu cara untuk menyebut perkataan frasa atau ayat dengan memberikan tekanan pada tempat-tempat tertentu .
Biasanya , tekanan dilakukan pada suku kata dan bertujuan untuk menandakan keras atau lembut sesuatu pengucapan itu.
Dalam bahasa Melayu tekanan tidak membezakan makna. Bertujuan untuk menyedapkan percakapan atau bacaan , mialnya bacaan sajak atau
menandakan tempat atau aspek yang perlu diberi perhatian.
INTONASI DAN NADA
Intonasi merupakan merupakan turun naik bunyi atau tinggi rendah suara semasa percakapan.
Dalam bahasa Melayu, intonasi berperanan dalam menentukan jenis ayat yang diujarkan.
Ada penutur yang menggunakan intonasi berbentuk penyataan untuk membuat permintaan dan ada juga yang menggunakan intonasi pertanyaan tanpa bermaksud untuk bertanya.
Intonasi dan tekanan ialah dua elemen yang penting dalam prosodi linguistik. Terdapat bahasa yang menggunakan nada tinggi atau rendah untuk membezakan
perkataan-perkataan dan ini dikenali sebagai ton bahasa.
Contohnya, sebutan ‘ma’ dalam bahasa Cina bermaksud emak, kuda, jerami dan marah bergantung pada nada perkataan itu dilafazkan.
Antara intonasi yang digunakan dalam ujaran ialah:a) Intonasi menaik = nada suara dinaikkan mengikut masa.b) Intonasi menurun= nada suara diturunkan mengikut masa.c) Intonasi puncak= nada suara daripada naik kepada turun.d) Intonasi dipping= nada suara daripada turun kepada naik.
Tinggi nada dan intonasi ditandai oleh angka 1, 2, 3 dan 4.Angka 1 – nada yang paling rendah.Angka 2 – nada permulaan ujaran.Angka 3 – nada tekanan dalam ujaran.Angka 4 – nada yang paling tinggi.
TEMPO
Merujuk kepada kadar cepat atau lambat sesuatu percakapan untuk tujuan atau sebab-sebab tertentu.
Dalam keadaan tertentu tempo memberi kesan kepada sesuatu makna, iaitu untuk memberi rangsangan dan mendapatkan perhatian.
MORA
Mora atau panjang pendek ialah kadar sesuatu bunyi itu diucapkan.
Konsepnya sama dengan harakat dalam bahasa Arab.
Lambang = [:] bermaksud mora.
Lambang = [.] bermaksud setengah mora.
Mora tidak berperanan dalam bahasa Melayu dan sekiranya ada tidak membezakan makna.
JEDA
Disebut sebagai persendirian iaitu ciri atau unsur hentian (senyap) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan, ayat atau rangkai kata.
Dalam ujaran, jeda digunakan sebagai hentian sebentar. Lambang jeda = [#] jeda pada ayat Jeda boleh membawa makna yang berbeza. Contoh jeda dalam ayat :i. [#saya membaca buku kakak#](Bermaksud orang yang bercakap itu memberi tahu dia membaca buku kakak)ii. [#saya membaca buku#kakak](Bermaksud orang yang bercakap itu memberi tahu orang yang dilawan bercakap, iaitu kakak bahawa dia sedang membaca buku)
Lambang jeda yang digunakan bagi menunjukkan pemisahan antara suku kata atau perkataan
ialah [+].
Lambang ini juga memberikan makna yang berbeza.
Berikan - ber + ikan ( mempunyai ikan )
- beri + kan ( menyerahkan )
SEKIAN, TERIMA KASIH.
top related