sumber pengajaran

Post on 14-Jun-2015

3.808 Views

Category:

Documents

3 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Terdapat dua jenis media sumber pengajaran / pembelajaran iaitu:

(i) Media Cetakan

(ii) Media Bukan Cetak

Media cetakan

Merujuk kepada sebarang Media yang berasaskan teknologi cetakan seperti buku , majalah , gambar, risalah , surat khabar , carta dan peta .

Media Bukan Cetakan

• Terdiri dari dua bahan :• 1. Bahan tayang : bahan audio atau visual

Seperti slaid , fotografi , transparent video dan perisian komputer .

2. Bahan bukan tayang (model, diagram dan papan pengajaran )

Peranan media elektronik

Menurut Md. Ashraf Mohamed (2000), antara kepentingan media dalam proses pengajaran ialah:

1. alat atau bahan teknologi dapat membantu pencapaian sesuatu objektif Pengajaran dan pembelajaran secara tidak langsung, ia menjadikan tugas mengajar menjadi lebih berkesan.

2. Dapat meningkatkan daya ingatan murid. Berdasarkan kajian Hemstead(1973) dalam Harulnizam(2002) mendapati murid lebih cenderung untuk menggunakan media dalam pembelajaran dan ingatan serta sikap mereka semakin baik.

3. Media memainkan peranan yang penting dalam proses komunikasi. Antara kepentingan yang utama menurut Syarifah Alwiyah(1986) ialah tahap interaktif yang tinggi, pengajaran berdasarkan kebolehan murid. Murid dapat mengawal sendiri pembelajarannya serta dapat menarik dan mengekalkan minat murid terhadap pelajaran.

Objektif pembelajaran berbantukan media cetak dan elektronik

1. Menarik, menyeronokkan dan bermakna2. Mudah alih3. Menggalakkan pembelajaran individu4. Pengajaran berulang kali5. Interaktif

6. Merangsang penggunaan pelbagai deria

Rumusan

Menurut Hiebert, Wearner dan Taber, (1991;Kozma 1991), sumber pembelajaran dapat membantu menerangkan sesuatu konsep dengan lebih jelas.Manakala menurut Abdul Rahim Abdul Rashid (2002), sumber pembelajaran dapat memenuhi potensi diri pelajar dengan sepenuhnya.

Kesimpulannya, pembelajaran yang berkesan bergantung kepada sumber pembelajaran yang sesuai bagi membantu mencapai keberkesanan.

top related