slide panduan membuat rumusan

Post on 26-May-2015

2.956 Views

Category:

Education

14 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

Pelajar-pelajar sila aplikasi dalam peperiksaan anda nanti

TRANSCRIPT

JABATAN BAHASA MELAYU 2012MRSM PENGKALAN HULU

1. Pendahuluan2. Isi Tersurat3. Isi Tersirat4. Kesimpulan

Petikan membincangkan + Kata kunci ( tukar perkataan sinonim) + F1 (isi tersurat) + Frasa khusus ( di Malaysia)

# Pendahuluan ditulis dalam sebaris ayat# Pendahuluan ditulis berdasarkan kata

kunci pertama#Pelajar tidak boleh menyalin kata kunci

pertama dalam arahan soalan sebagai pendahuluan

# Pelajar perlu menukar kata kunci pertama dalam arahan soalan dengan perkataan sinonim

# Markah diperuntukkan sebanyak 2 markah

#Jumlah perkataan tidak melebihi 14 patah perkataan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian buat satu rumusan tentang faedah penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik (F1) dan sebab-sebab penubuhannya (F2)

Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 perkataan

Petikan membincangkan(PK) manfaat (KK) penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik(F1) di Malaysia (FK)

Petikan membincangkan kebaikan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik

Petikan membincangkan kepentingan penubuhan badan khas bagi membantu pesakit kronik

Soalan sinonim

Sebab-sebab Faktor-faktorPunca-punca

Usaha-usaha Cara-caraLangkah-langkah

Perubahan PeralihanTranformasirevolusi

Faedah Manfaat, kepentinganKebaikan

Isi tersurat ialah isi yang terdapat dalam petikan

Isi tersurat ditulis berdasarkan kata kunci pertama dalam arahan soalan

Biasanya terdapat lebih daripada 7 isi dalam sesuatu petikan

Satu isi tersurat bersamaan 2 markah Jumlah maksimum isi yang perlu ditulis

sebanyak 6 isi ( 12 markah) Untuk memulakan isi tersurat, mulakan

dengan kata kunci arahan soalan seperti langkah-langkah + F1 ialah…., kesan-kesan + F1 ialah….

Isi tersurat biasanya terdapat dalam setiap perenggan (biasanya perenggan di tengah)

Isi tersurat biasanya dapat diketahui apabila menggunakan imbuhan meN-, MeN…i, atau meN….kan.

Isi tersurat sebaik-baiknya ditulis mengikut tertib

Ayat isi tersurat perlu ditulis tanpa memasukkan unsur huraian atau contoh ( isi penting sahaja)

Seboleh-bolehnya tulis 6 isi tersurat bagi membantu pelajar mendapat markah yang baik

Isi tersurat sebaik-baiknya ditulis berdasarkan ayat di dalam petikan

Jangan terlalu mengubah ayat asal yang digunakan di dalam petikan

Sebaik-baiknya tulislah satu ayat mewakili satu isi untuk memudahkan semakan

1. Ayat isi biasanya menggunakan kata bantu

Contohnya: Remaja ini biasanya berusaha untuk

mengelakkan pengalaman atau trauma emosi

……akan menyebabkan….……hendaklah mengadakan………perlu mengambil kira…..

2. Ayat tersurat biasanya menggunakan kata kerja

Contohnya: - Hal ini disebabkan berlakunya ancaman

pencemaran laut. - Perpustakaan elektronik merupakan

perpustakaan alternatif bagi menyediakan sumber maklumat

3. Ayat yang menunjukkan ada dua isiContohnya: - Selain didikan secara tradisi, kaedah yang

lebih berkesan adalah dengan memberikan pemahaman kepada mereka tentang sebarang perlakuan yang melibatkan persoalan moral.

- ……………………dan………………………

Selain itu,…..Di samping itu,….Pada masa yang sama,…..

@ Isi tersirat ditulis berdasarkan kata kunci kedua (F2) dalam arahan soalan

@ Setiap satu isi tersirat diberikan 2 markah@ Jumlah isi tersirat yang perlu ditulis

mestilah berdasarkan jumlah isi tersurat yang ditulis.

( biasanya 2 atau 3 isi)

Isi tersirat ditulis berdasarkan pendapat pelajar sendiri. (mesti ada kaitan dengan keseluruhan)

Dicadangkan agar pelajar menulis isi tersirat dengan menyentuh tiga pihak iaitu individu, masyarakat dan kerajaan

Isi tersirat ditulis dengan perenggan yang berasingan. (perenggan ketiga)

Kita boleh memulakan perenggan isi tersirat dengan kata kunci kedua, misalnya kesan-kesan + F2 ialah…. Langkah-langkah + F2 ialah……

Langkah-langkahnya…

Kesimpulan ditulis dalam sebaris ayat sahaja

Ayat dalam kesimpulan tidak menggunakan ayat yang sama seperti ayat isi tersurat atau isi tersirat

Kesimpulan mestilah mengandungi dua unsur, iaitu cadangan dan kesan cadangan

Ayat cadangan mestilah ada kaitan dengan isu dalam petikan rumusan

Markah yang diberi ialah 2 markah

Kesimpulannya, semua pihak perlulah bekerjasama menyokong penubuhan badan khas (KK1)tersebut ( cadangan) agar membolehkan nasib pesakit kronik dibela dengan segera. ( kesan cadangan)

Kesimpulannya ( perkataan khusus) + Pelaksana + perlulah/ hendaklah/ mestilah + Cadangan/harapan/ (F1)+ agar/supaya + sesuatu yang positif yang ada kaitan dengan isu petikan( kesan)

PK (kesimpulannya) + P (pelaksana) + C/H/T (tema – F1)+ KH ((agar/supaya) + K (kesan)

Ayat mestilah gramatis.Ayat mestilah mempunyai

Pelaksana

Contoh Kerajaan mestilah menyediakan

prasarana yang mencukupi kepada pelancong.

Sekian Terima kasih

JABATAN BAHASA MRSM PENGKALAN HULU

2012

top related