slide bkap 1 m rm100 2014

Post on 08-Aug-2015

82 Views

Category:

Documents

8 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

Kerajaan akan meneruskan pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan 1M ( RM100 ) kepada semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2014 melibatkan peruntukan sebanyak RM540 juta.

Untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan pada awal tahun yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga murid

Murid warganegara dan Bukan warganegara Malaysia.

Bagi Murid Bukan warganegara, salah seorang ibubapa/penjaga mestilah warganegara.

Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau setaraf dengannya bagi sesi persekolahan 2014.

Bersekolah di Sekolah Kerajaan, Sekolah Bantuan Kerajaan, Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Agama Negeri (SAN) dan Sekolah Swasta (tidak termasuk sekolah-sekolah antarabangsa/ekspatriat) yang berdaftar dengan Kerajaan.

Pembayaran bermula 15 JANUARI 2014 secara berperingkat-peringkat.

Kadar Bantuan = RM100.00 bagi setiap murid.

Peruntukan akan disalurkan terus ke Akaun KWK sekolah.

Memaklumkan kepada semua sekolah mengenai pelaksanaan bantuan ini.

Mengesahkan data maklumat sekolah dan murid.

Membuat pemantauan.

Melaporkan Rumusan Akuan Penerimaan / Penolakan Bantuan kepada KPM.

Memaklum dan memohon secara rasmi perkhidmatan eskot polis kepada Ketua Polis Negeri dalam urusan pengeluaran wang melebihi RM10,000.00

Mengenalpasti dan menyediakan senarai murid yang layak.

Menyemak dan merekod peruntukan.

Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat.

Mengeluarkan wang bantuan dari bank dan mengagihkan secara tunai kepada ibu bapa/penjaga/murid dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja daripada tarikh bantuan diterima oleh pihak sekolah.

Memastikan ibu bapa / penjaga / murid menandatangani Senarai Akuan Penerimaan / Penolakan Bantuan.

Menghantar Senarai Akuan Penerimaan / Penolakan Bantuan kepada PPD.

Pengeluaran wang tunai dari bank oleh pihak sekolah mestilah selamat dan mematuhi peraturan kewangan semasa.

Sebarang pembayaran kepada murid yang akan berpindah sekolah, pihak sekolah perlu mengecop “TELAH BAYAR BANTUAN KHAS RM100” pada borang perpindahan sekolah murid berkenaan.

Murid yang telah berpindah sekolah dan belum menerima bantuan ini, hendaklah menuntutnya di sekolah baharu.

Kekurangan Peruntukan

Pihak sekolah diminta mendahulukan peruntukan sedia ada sekolah.

Pihak sekolah hendaklah mengemukakan permohonan tambahan kepada KPM melalui PPD / JPN bersama Senarai Akuan Penerimaan / Penolakan Bantuan.

Lebihan Peruntukan  Lebihan perlu dikembalikan kepada Bahagian

Kewangan, KPM melalui cek atas nama “Ketua Akauntan, Kementerian Pendidikan Malaysia” selewat-lewatnya pada 31 MAC 2014

Semua pihak hendaklah mematuhi tatacara dan prosedur kewangan yang berkuat kuasa.

Semua dokumen bagi urusan terimaan dan bayaran Bantuan Khas hendaklah dikemaskini dan disimpan dengan teratur bagi tujuan pemantauan dan pengauditan.

Sebarang Pemotongan adalah Tidak dibenarkan.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan bantuan ini, boleh menghubungi Bahagian Kewangan, KPM di talian 03- 8884 7627 (En. Ibrahim bin Mamat) , 03- 8884 7642 (Puan Ramlah binti Mohamad Amin) dan 03- 8884 7091 (Encik Mohd Adyirwan bin Arshad)

atau e-mail:

ibrahim.mamat@moe.gov.my

ramlah.amin@moe.gov.my

adyirwan.arshad@moe.gov.my

Alamat:

Kementerian Pendidikan Malaysia,Bahagian Kewangan,Aras 6 & 7, Blok E12, Kompleks E,Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62604 Putrajaya

16

top related