slide al qabisi

Post on 12-Dec-2014

148 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BIOGRAFI AL-QABISI Nama lengkapnya Abu Hasan Ali bin Muhammad bin Khalaf al-Muafiri al-Qairawani. Gelaran nama al-Qabisi yang diambil daripada perkataan Qabis bersempena dengan nama salah sebuah bandar di Tunisia. Dilahirkan di Qairawan pada tahun 935 Masihi. Bergurukan Abu al-Abbas, al-Qabisi berkeyakinan bahawa beliau mampu memberi sumbangan dengan melibatkan dirinya dalam bidang pengajaran setelah selesai menuntut ilmu.

Beliau berjaya membuka sebuah sekolah iaitu sekolah Fiqh dan Hadis. Pada abad ke-4, ramai anak bangsa Afrika dan Sepanyol berhijrah ke Qairawan semata-mata mahu berguru dengan beliau. Antara pelajar al-Qabisi yang termasyhur ialah Abu Imran al-Faasi, Abu al-Qasim al-Labidi, dan Abu Bakar Atiq al- Susi.

KURIKULUM PENDIDIKAN AL-QABISI

Berdasarkan kepada kitab beliau yang bertajuk Al-Risalah al-Mufassilah li Ahwal al-Muta’allimin wa Ahkam al-Mua’allimin wa al-

Muta’allimin

ILMU-ILMU ASASI

Al-Quran Fiqh Akhlak Tulis baca Bahasa Arab

ILMU-ILMU PILIHAN

Ilmu Hisab Pelajaran Sejarah Syair dan Pidato

ILMU-ILMU ASASI

1) Al-Quran merupakan ciri utama pengajaran di al-

Kuttab dan menjadi mata pelajaran asasi yang harus dipelajari oleh kanak-kanak.

pengajaran al-Quran sebagai satu ‘uruf dan adat kebiasaan dalam membentuk akhlak dan peribadi anak-anak mereka.

Hal ini demikian kerana, al-Quran merupakan sumber perundangan utama bagi umat Islam dalam melaksanakan ibadat dan muamalah.

Melalui Kalamullah ini jugalah umat Islam dapat mengetahui hukum syarak yang sahih. Oleh sebab itu, ibu bapa disarankan agar mengajar anak-anak mereka berdasarkan kaedah dan saranan yang terkandung dalam al-Quran.

2) Fiqh kanak-kanak juga perlu mempelajari

bidang fiqh yang meliputi prinsip-prinsip asas iaitu wajib, sunat, harus, makruh, dan haram.

Hal ini demikian kerana, pelajaran ini dapat membantu mereka menunaikan kewajipan-kewajipan agama.

Sebagai contoh, pendidik perlu menyuruh kanak-kanak mendirikan solat setelah usia mereka mencecah tujuh tahun dan memukul mereka apabila mencapai sepuluh tahun.

3) Akhlak Dalam manhaj ini, al-Qabisi menyeru guru-guru agar beriltizam dengan pendidikan akhlak kanak-kanak kerana ini merupakan kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh mereka kerana Allah. Pendidikan ini mestilah berterusan agar kanak-kanak terlatih dengan contoh-contoh yang baik, mengamalkan tingkah laku yang betul dan tertib adab tatasusilanya. Pendidikan akhlak tidak hanya dinilai melalui pembelajaran teori tetapi juga melalui pemerhatian tingkah-laku dan mengawal muamalah sesama mereka.

4) Tulisan, Ejaan dan Bacaan Al-Qabisi menegaskan tulisan, ejaan dan bacaan menjadi perkara pokok dalam dunia pendidikan ketika mempelajari al-Quran. Kemahiran ini merupakan suatu kemestian bagi pelajar kerana mereka perlu mencatat setiap pengajaran dalam buku. Semasa mengajar al-Quran, guru perlu menunjukkan kepada mereka prinsip-prinsip bacaan. Hal ini bagi memastikan mereka membaca al-Quran mengikut prinsip-prinsip tersebut dan berupaya membacanya dengan waqaf-waqaf yang betul dan tartil yang baik.

5) Bahasa Arab Manhaj ini juga turut menitikberatkan supaya kanak-kanak mengetahui prinsip-prinsip ilmu nahu tanpa mendalaminya.

Tujuannya adalah supaya kanak-kanak mempunyai kemampuan membaca dengan baik agar mereka dapat mengelakkan kesalahan dalam pembacaan al-Quran.

ILMU-ILMU PILIHAN Antara ilmu pilihan yang diperkenalkan oleh al-Qabisi ialah Ilmu Hisab dan Pelajaran Sejarah. Syair dan pidato juga turut tergolong dalam mata pelajaran pilihan. Al-Qabisi menegaskan bahawa guru boleh mengajar mereka bersyair tanpa mencampuradukkan perkataan yang keji dan berpidato jika mereka mahu mempelajarinya.

KAEDAH PENDIDIKAN AL-QABISI

FOKUS KEPADA MATA PELAJARAN

AL-QURAN AKHLAK

TALQIN DAN HAFALAN

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENDIDIKAN AL-QURAN

INDIVIDU DAN KUMPULAN

PENYERTAAN PELAJAR DALAM

PENDIDIKAN

KAEDAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENDIDIKAN AKHLAK

QUDWAH TUNJUK CARA

KEFAHAMAN DAN KEPUASAN HATI

top related