skrip pengaca majlis perkahwinan arfan n pura
Post on 17-Jan-2016
104 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
Skrip pengaca majlis perkahwinan
Acara Skrip1. ketibaan pengantin
Hadirin dan hadirat sekalian- Mengumumkan ketibaan kedua mempelai diiringi oleh
kumpulan Big Bike Sibu masuk ke perkarangan Dewan- Untuk pengetahuan semua,
di luar dewan ini pada ketika ini, pasangan pengantin sedang disambut dengan tarian seni silat Melayu oleh Kumpulan dari Ku Seni Tari Sibu Group dibawah pimpinan Saudara Eddy Asyraf
Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari;Saudara Arfan Nizam Bin Mohd Hatta bersama buah hati pengarang jantungnya iaitu Nursaifura Binti Talib menuju ke singgah sana yang serba indah dan mewah.
Anak Cina memasang lukahLukah dipasang di Tanjung SelasihPasangan pengantin segak melangkahMara menuju mahligai kasih
Panas kering siapakan tahuHujan rintik di Pulau PandanBerjalan seiring bersentuh bahuSamalah cantik samalah padan
MEMPELAI BERADA DI PENTAS
Alu-aluan MC
Melayang serindit di atas permatangMerbah berkicau di hujung muaraPemanis kata selamat datangAwal BismilLah pembuka bicara
Dari Raup pergi ke Pontian, Terus pula ke Kuala Perlis,Harap semua berikan perhatian, Mohon saya mulakan majlis
Dengan lafaz Bismillah hirahmanirahim
Alhamdulillah hirab bil alaminWassala tuwassala mu ala asyrafil ambia iwal mursalinWaala alihi wasah bihi ajmain.........
Assalam mualaikum warah matullah hi wabarakatuhDan salam perpaduan
Yang berbahagia, Tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, Bersyukur kita bersama-sama ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNYA kita dapat hadir di majlis yang permai ini bagi mengimarahkan majlis persandingan di antara saudara Arfan Nizam Bin Mohd Hatta dan pasangan pilihan hati beliau iaitu Nursyaifura Binti Talib di mana majlis akad nikah pasangan ini telah disempurnakan pada petang semalam di rumah kediaman ayahanda dan bonda pengantin lelaki iaitu di Taman Bougenvilla Sibu
Hadirin yang dihormati,
Nasi putih nasi lemak, Sajian makanan di waktu pagi, Terima kasih banyak-banyak, Sudi bertandang ke majlis ini.
Tali belati pengikat kereta, Kereta diikat beroda besi, Di hujung pena menari kata, Merakam budi kenangan abadi.
Bagi pihak keluarga En. Mohd Hatta Bin Teh dan isteri Puan Amnah Binti Merdek serta En. Talib Bin .................................. bersama isteri Puan ................................................................, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada pagi yang mulia ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada hari ini.
BACAAN DOA
Burung Nuri hinggap di balaiBalai seri buatan Pak TuaTempat berehat rakan dan taulanDuduk tersenyum kedua mempelaiMenadah tangan memanjatkan doaMoga jodoh sentiasa berkekalan
Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh ………………………………………………………………..
Terima kasih diucapkan atas bacaan doa itu tadi
Ucapan Bapa pengantin lelaki
Tak molek jika ada alu tiada lesungnyaTak berguna jika ada dayung tiada perahunyaTak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara
Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Encik Mohd Hatta Bin Teh, ayahanda pengantin lelaki untukmenyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T.
Aduhai Arfan dan juga Nursyaifura, Janganlah risau jangan gundah, Ambik senang ambik mudah Pesan tok imam dalam khutbah nikah, Sentiasa waras dalam susahJgn seperti retak menunggu belahRahsia di rumah jgn di bawa ke tanahDidengar org jadi fitnahByk sabar byk tabahInsyaAllah rukun damai serumah-rumah
Persembahan Tarian Pembukaan
Bersarang merbah di Kuala LangatManis madunya pabila dimakanSuasana meriah bertambah hangatTarian tradisional kami persembahkan
Hadirin hadirat sekalian,
Kita teruskan majlis kita dengan persembahan tarian yang akan disampaikan oleh para penari dari kumpulan Ku Seni Tari Group di bawah pimpinan saudara Eddy Asyraf...... dipersilakan
Syabas dan tahniah diucapkan atas persembahan itu tadi.
Biodata pengantin
Orang jauh dikenang-kenangHanya terkenang pada yang satuMula berkenalan kemudian bertunangAkad dilaksana sama bersatu
Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir.
(baca teks enna)
Menurut pengantin, detik perkenalan mereka adalah ketika ...................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Upacara memotong kek
Tetamu di jemput makan
Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan kedua-dua mempelai untuk menyempurnakan upacara memotong kek perkahwinan.....dipersilakan
Untuk pengetahuan semua, kek perkahwinan ini telah ditempah khas dari ............................................
Seterusnya,
Dipersilakan pasangan pengantin kita ini untuk turun ke meja yang telah dikhaskan untuk bersalaman dengan kedua-dua ibubapa dan seterusnya menjamah hidangan yang telah disediakan bersama-sama para keluarga dan juga para tetamu untuk majlis makan beradap
Dipersilakan
Hadirin-hadirat sekalian dipersilakan untuk menjamu selera dengan hidangan yang telah disediakan
Untuk pengetahuan semua, makanan dan minuman kita pada hari ini telah disediakan oleh Khudhrat Jaya Katering’Perhiasan pelamin dan juga Andaman pengantin pula adalah hasil kreativiti Impiana Wedding manakala kumpulan kompang pula dijemput khas dari Kampung Jeriah, Sibu
Persembahan tarian penutupan
Sementara kita semua menjamu selera, dipersilakan sekali lagi kumpulan penari dari Ku Seni Tari group untuk menghiburkan kita dengan satu lagi persembahan tarian
Dipersilakan............
Semoga hadirin semua terhibur
Pengantin dan keluarga ke pintu utama
Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhanUmpama berkayuh telah sampai di muaraUmpama berjalan telah sampai di destinasiTiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
Tuan puteri tersenyum-senyumMelihat laksamana bermain rodatSenyum-senyum jangan tak senyumSudah sempurna segala adat
Oleh yang demikian, majlis mempersilakan pasangan pengantin kita pada hari ini diiringi oleh kaum keluarga yang terdekat untuk berangkat ke pintu utama bagi mengiringi keberangkatan pulang para tetamu dan seterusnya bersalam-salaman dengan para tetamu tanda rasa berbesar hati atas kehadiran semua (dipersilakan)
Tuan/puan yang masih makan, dipersilakan terus menikmati juadah yang telah disediakan
Bersurai Tuan/puan / hadirin yang dihormati sekalian,
Degn kesempatan ini sekali lagi kami mengucapkan terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yg telah sudi menunaikan hajat alhakirin memeriahkan suasana majlis persandingan anakanda mereka. Hanya Allah S.W.T. sahajalah tempat berserah membalas budi baik tuan/puan. Semoga persuraian kita ini dipelihara oleh Allah S.W.T. dan akan diberkati dgn pertemuan selanjutnya pada masa ketika yg diizinkanNYA.
Memang pipit memakan padi, Telah lagik diberik beras, Bukan sedikit tuan/puan berbudi, Budimu tuan/puan sukar dibalas
Saya selaku pengacara majlis pada hari ini, ingin merakamkan setinggi penghargaan kerana diberi kepercayaan untuk mengacarakan majlis ini. Jutaan kemaafan juga ingin saya ungkapkan sekiranya sepanjang pengacaraan saya ini, terdapat kepincangan dan kekalutan bahasa yang digunakan
Semua yang baik datangnya dari Allah swt dan yang buruk datangnya dari
kekurangan dan kealfaan saya sendiri
Wabillahi taufik........ & salam sejahtera
top related