sistem kalah mati sekali

Post on 01-Jul-2015

4.880 Views

Category:

Documents

47 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

SISTEM PERTANDINGAN

(Sistem Kalah Mati Sekali)

Pengurusan Gerko

Pengenalan Pertandingan Kalah Mati• Sistem pertandingan ini menyingkirkan terus peserta atau pasukan yang

kalah. • Proses ini akan berterusan sehingga hanya terdapat seorang atau

pasukan peserta yang tinggal.• Sistem pertandingan ini sesuai untuk bilangan pasukan yang besar di

mana keputusannya/pemenangnya perlu ditentukan dalam masa yang singkat.

• Pasukan yang menang dalam perlawanan pertamanya sahaja akan layak ke pusingan seterusnya.

• Pasukan yang kalah disingkir daripada pertandingan. • 2 pasukan yang menang dalam peringkat ini akan masuk ke Peringkat

Akhir di mana Johan dan Naib Johan akan dikenalpasti.• Dua pasukan yang kalah dalam Peringkat Separuh Akhir akan berlawan

untuk menentukan Tempat Ke 3 dan Ke 4.• Terdapat dua variasi pertandingan kalah mati; kalah mati sekali dan

kalah mati dua kali.

Sistem Kalah Mati Sekali• Pertandingan cara ini paling mudah dan ringkas

untuk dikelolakan.• Pemenang akan terus bertanding dan pihak yang

kalah akan tersingkir secara automatik.• Sistem ini sesuai dalam mengelolakan

pertandingan yang terdapat banyak penyertaan tetapi kekurangan masa, sumber kewangan, tempat, kemudahan, peralatan dan sumber manusia.

• Sistem ini bukan cara terbaik untuk mengukur keupayaan sesuatu pasukan atau peserta.

Kriteria Sistem

Kalah Mati Sekali

Bilangan perlawana

n

Bilangan peserta

menunggu/ bye

Penempatan petanding

pilihan (seeded)

a) Bilangan perlawanan Kiraan jumlah perlawanan yang diperlukan

untuk menyelesaikan sesuatu pertandingan. Dikira dengan cara menolak angka 1

daripada jumlah peserta atau pasukan.Formula : N – 1

N : Jumlah petanding

Contoh : 10 petanding

Kiraan Bilangan Perlawanan : N – 1 : 10 – 1 : 9 perlawanan

b) Bilangan peserta menunggu/ bye dikira menggunakan angka ganda dua (power

of two) iaitu angka 2, 4, 8, 16, 32 dan seterusnya.

Semua angka ganda dua ini tidak memerlukan ‘byes’.

Manakala semua angka yang lain perlukan ‘byes’.

Formula : N1 – N

N1 : angka ganda dua yang lebih besar drp bilangan petanding.

N : bilangan petanding.

Contoh 2 : 9 petanding

• N1 = X2 > 9 = 16• N = 9

• Formula : N1 – N : 16 – 9

: 7 byes

Contoh 1 : 8 petanding

• N1 = X2 > 8 = 8• N = 8

• Formula : N1 – N : 8 – 8 : 0 bye

b i) Kalah Mati Dengan “bye”

• “Bye” bermaksud kumpulan atau peserta perlu menunggu tanpa memasuki pusingan pertama.

• Ia boleh terus bertanding dalam pusingan kedua dan seterusnya.

• Jumlah pasukan atau penyertaan tidak mencukupi atau melebihi

….Kalah Mati dengan “bye”

JOHAN

B

C

D

E

F

G

H

I

A

J N : 10

Byes : 2

b ii) Kalah Mati Tanpa “bye”

• Jumlah pasukan atau peserta berasaskan lapan atau lebih.

• Contoh bilangan petanding : 8, 16, 24, 32 dan seterusnya.....

….Kalah Mati Tanpa “bye”

JOHAN

A

B

C

D

E

F

G

HN : 8

Byes : 0

Petanding pilihan merujuk kepada petanding yang terkenal atau sudah membuktikan kekuatan sebelum pertandingan bermula.

Petanding-petanding pilihan ditempatkan dalam kumpulan berasingan untuk mengelakkan mereka bertemu di pusingan awal.

Biasanya, mereka diberi ‘bye’ pada pusingan pertama.

c) Penempatan petanding pilihan (seeded)

c i) Cara menempatkan petanding pilihan

JOHAN

B

C

D

E

F

G

H

I

A (Bye pilihan 1)

J (Bye pilihan 2)

• Petanding pilihan 1 ditempatkan di (A).

• Petanding pilihan 2 ditempatkan di (J).

• Petanding pilihan 3 ditempatkan di (B).

• Petanding pilihan 4 ditempatkan di (I).

Kebaikan sistem

1. Pertandingan dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.

2. Tidak memerlukan kemudahan yang banyak.3. Menjimatkan kos.4. Banyak petanding dapat mengambil bahagian.5. Kurang memerlukan khidmat pengadil dan

pegawai.6. Banyak perlawanan dapat dijalankan serentak

sekiranya kemudahan mencukupi.

kelemahan• Seseorang pemain atau pasukan boleh disingkirkan pada awal

pertandingan setelah kalah cuma sekali sahaja.• Persediaan, latihan dan perbelanjaan seseorang pemain atau

pasukan amat merugikan sekiranya tersingkir pada awal pertandingan.

• Kemajuan dalam pertandingan mungkin bergantung pada nasib cabut undi.

• Naib johan pertandingan mungkin tidak layak menjadi Naib Johan kerana petanding yang lebih baik telah disingkirkan oleh Johan pada peringkat lebih awal.

• Petanding tidak didedahkan kepada pelbagai corak permainan.• Peluang untuk bersosiolisasi dengan petanding-petanding lain

agak terhad.

RUMUSAN

Sistem kalah mati ini boleh diaplikasikan dalam hampir semua permainan terutamanya pertandingan skuasy, ping pong, badminton dan tenis.

Dalam sistem ini, tidak wujud pengakhiran keputusan seri.

Setiap permainan mesti berkeputusan seorang petanding menang dan satu lagi kalah.

SEKIAN TERIMA KASIH

top related