sinopsis bab 12

Post on 25-Jul-2015

383 Views

Category:

Education

0 Downloads

Preview:

Click to see full reader

TRANSCRIPT

BAB 12

Laksamana hang tuah dan raja melaka

TAJUK PELAJARAN:

SINOPSIS Bab 12 mengisahkan Laksamana Hang Tuah sangat

dikasihi oleh Raja Melaka sehingga kata-kata dialah dianggap sebagai “kata-kata raja”. Puteri Raden Galuh Emas Ayu hamil tujuh bulan dan terlalu idamkan Nyiur Gading yang tumbuh tinggi melanggit dan tengah-tengah pohon tersebut sudah reput dimakan anai.

Raja Melaka menitahkan pembesar-pembesar istana untuk memajat pohon niur gading itu namun tidak disanggupi oleh mereka kerana mereka yakin bahawa pohon nyiur itu akan patah jika dipanjat. Maka, tiada sesiapa pun yang berani memanjat pokok Niyur Gading ini kecuali Laksamana Hang Tuah.

Setiba diatas, Laksamana Hang Tuah memarang setandan kelapa gading. Sepeti yang diramal, pohon itu patah di tenagh lalu tumbang ke tanah. Sejurus sebelum memecah ke tanah, Laksamana Hang Tuah melompat lalu berdiri terpacak di tanah, sebelah tangan memegang parang manakala sebelah lagi memegang tandan nyiur.

• Semua yang melihat berasa hairan dan, kagum dan tidak percaya. Kejayaan ini menambatkan lagi perasaan keercayaan Raja Melaka terhadap Laksamana Hang Tuah.

• Puteri Raden Galuh Emas Ayu selamat melahirkan seorang putera yang dinamakan Raden Bahar. Berita kelahiran ini disampaikan kepada ayahanda Betara Majapahit. Lalu Betara Majapahit telah menghadiakan kuda tezi kepada cucuanda baginda itu.

• Kuda tezi itu sangat liar dan garang.semua pembesar tidak berani menunggang kuda itu. Hanya Laksamana Hang Tuah yang dapat menjinakkan kuda itu.

• Ini menyebabakan hubungan antara Laksamana Hang Tuah dengan Raden Bahar adalah sangat rapat apabila laksamana telah menunjukkan kehandalannnya menaiki kuda tersebut di hadapan Raja Melaka dan Raden Bahar,

• Kemudian, Raden Galuh Emas Ayu melahirkan putera yang kedua iaitu Raden Bajau. Para pembesar istana cuba menaikkan kuda tezi itu yang jatuh kedalam telaga tahi. tapi tidak Berjaya.

• Pada peristiwa ini, Laksamana Hang Tuah telah memperlihatkan kesetiaanya terhadap Raja Melaka apabila Laksamana sanggup memasuki telaga tahi untuk menyelamatkan Kuda Tezi iaitu kuda kesayangan kedua-dua putera baginda.

• Kejayaan ini telah menambahkan lagi kasih baginda terhadap Laksamana tetapi menimbulkan perasaan dengki di kalangan pembesar-pembesar istana negeri.

top related