sikap

Post on 26-Jan-2016

74 Views

Category:

Documents

2 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

SIKAP. DR. MA’ROF REDZUAN. Manusia sentiasa bermaklum balas terhadap sesuatu: benda dan bukan benda. Maklum balas tersebut adalah dalamm bentuk: Pengetahuan (kognitif) Perasaan suka atau benci (afektif) Tingkah laku (psikomotor) - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

SIKAPDR. MA’ROF REDZUAN

PENGENALAN

• Manusia sentiasa bermaklum balas terhadap sesuatu: benda dan bukan benda.

• Maklum balas tersebut adalah dalamm bentuk:– Pengetahuan (kognitif)– Perasaan suka atau benci (afektif)– Tingkah laku (psikomotor)

• Ini adalah berkaitan dengan sikap: suka atau benci terhadap sesuatu.

• Sikap merupakan salah satu tumpuan utama dalam psikologi sosial, kerana pengaruhnya yang kuat ke atas tingkah laku.

APA ITU SIKAP

• Sikap merupakan penilaian umum terhadap sesuatu objek (sasaran sikap); penilaian sama adalah dalam bentuk positif atau negatif.

• SIKAP MERUPAKAN PENILAIAN TERHADAP SESUATU.

• Sikap merupakan gabungan tiga unsur (kognitif, afektif dan psikomotor) yang ditujukan ke arah sesuatu sasaran.

• Objek – apa sahaja yang menjadi sasaran sikap, yang menimbulkan tindak/maklum balas.

• Sikap ini secara relatifnya tahan lama, dan bukan bersifat sementara.

What is your atttude towads cock-fighting

KOMPONEN SIKAP1. KOMPONEN KOGNITIF• Penilian mental terhadap objek• Dalam bentuk kepercayaan, pengetahuan, stereotaip2. KOMPONEN AFEKTIF• Penilaian perasaan terhadap objek• Dalam bentuk suka atau benci• Wujud apabila seseorang itu mengetahui tentang objek3. KOMPONEN PSIKOMOTOR• Kecenderungan tingkah laku• Bergerak balas terhadap sesuatu objek KETIGA-TIGA BERHUBUNGAN ANTARA SATU DENGAN LAIN.

CIRI-CIRI SIKAP

• Sikap merupakan elemen personaliti yang khusus, teguh dan berterusan (relatifnya tahan lama) terhadap objek.

• Sikap boleh dibezakan dengan unsur-unsur personaliti yang lain (mood etc.)

• Apakah ciri-cirinya

1. Perhuungan yang relatifnya stabil antara subjek dengan objek.

2. Hubungan tersebut merupakan hubungan bermotivasi

3. Tidak semulajadi

4. Relatifnya tahan lama

5. Mempunyai darjah valens

6. Mempunyai darjah kepelbagaian

7. Mempunyai darjah penonjolan

8. Antara sikap-sikap adalah berkaitan.

PEMBENTUKAN SIKAP

• Sikap adalah tidak semula – tidak diwarisi melalui genetik.

• Sikap adalah diperolehi.

• Pengalaman manusia membentuk sikap – pendedahan manusia kepada objek-objek sikap.

• Pelbagai cara sikap terbentuk: Boleh diterangkan melalui teori.

Faktor Genetik dalam Pembentukan Sikap?

Teori Pembelajaran: Pelaziman Klasik

• Perkaitan antara rangsangan dengan rangsangan dan rangsangan dengan gerak balas.

• Teori awal: Pelaziman klasik Ivan Pavlov.• Perkaitan antara rangsangan dengan rangsangan: bunga

dengan kekasih.• Gerakbalas emosi yang dihasilkan oleh objekmebawa

bangkitan fisiologi: perasan benci/marah membawa kepada degupan jantung, pernafasan tinggi, dan ini akhirnya mewujdukan perasaan yang kekal (benci /suka) tehadap objek.

• Bangkitan yang kuat akan menghasil/membentuk sikap.• Pelaziman ini boleh membentuk generalisasi rangsangan (sikap

terhadap objek-objek lain yang seumpama dengan objek asal sasaran sikap)

Teori Pembelajaran: Pelaziman operan

• Operan adalah tingkah laku.• Kesan / konsekuen sesuatu tingkah laku

menyebabkan tingkah laku itu cenderung untuk diulang kembali.

• Tokoh: B.F. Skinner• Tingkah laku yang diberi ganjaran menyebabkan

tingkah laku itu cenderung untuk diulang kembali; dan sebaliknya.

• Sikap terbentuk akibat daripada sesuatu tingkah laku/kepercayaan etc itu diberikan ganjaran atau hukuman.

Teori pembelajaran: pemerhatian dan pemodelan

• Sikap diperolehi melalui pemerhatian dan peniruan sikap, tingkah laku, kepercayaan etc orang lain.

• Tokoh: Albert Bandura• Tingkah laku yang memperolehi ganjaran biasanya

ditiru.• Mereka yang sikapnya ditiru adalah dikenali sebagai

model yang biasanya terdiri daripada significant others, seperti ibu bapa, idola etc.

• Banyak sikap anak-anak dibentuk melalui pemerhatian dan peniruan.

Pembentukan Sikap Melalui Pembelajaran

Implikasi Teori Pembelajaran

• Sikap diperolehi tidak semestinya berlandaskan logik dan rasional – kadang kala tidak rasional / tidak logik (akibat peniruan, pelaziman klasik dan pelaziman operan)

• Akibat sikap diperolehi melalui pelaziman (dengan sejarahnya tersendiri) maka antara sikap-sikap tidak semestinya berkaitan (tekal).

• Oleh kerana sikap diperolehi melalui pembelajaran maka ianya boleh diubah (berdasarkan teori ini).

Teori Personaliti AutoritarianSikap dibentuk akibat daripada cara seseorang itu dibesarkan (pembentukan personaliti).Tokoh: ArdonoPersonaliti autoritarian: personaliti yang membenci kelompok lain.Ciri-cirinya: kelompok sendiri baik, orang lain jahat, akur pada kelompok sendiri/autoriti.Pembenukan personaliti: amalan pemeliharan anak yang autokratik melahirkan seseorang yang berpersonaliti autoritarian (yang membenci kelompok lain), sikap yang terlampau pada autoriti, sikap mempertahankan kelompok sendiri etc.Contoh: Adolf Hitler.

Teori Kesimpulan Logik: Menyimpulkan sikap daripada kepercayaan dan sikap-

sikap lain• Sikap kita terhadap sesuatu merupakan purata/keseluruhan

sikap-sikap kita terhadap aspek-aspek yang berkaitan dengan sesuatu itu.

• Di terangkan oleh model penjangkaan nilai oleh Marti Fishbein.

• Contoh: sikap kita terhadap wakil rakyat adalah purata kepada sikap-sikap kita terhadap perkara/aspek yang berkaitan dengan wakil rakyat itu, seperti para rupa, tingkah lakunya, kelulusannya, pegangan hidupnya etc.

• Untuk menentukan sikap kita, maka perlu diukur dengan cara mengemukakan pelbagai kenyataan yang berkaian dengan objek sikap itu. (guna skala likert)

• Ini seolah-olah seperti model metamaik.

Contoh: Sikap terhadap bakal calon

Pernyataan SS S TS STS

Beliau adalah pandai berpidato

Beliau mentingkan keluarganya sendiri

Beliau menyokong pemberian biasiswa

Beliau tidak demokratik

Beliau menonjol kendirinya begitu keterlaluan

ETC

Menyimpulkan sikap daripada tingkah laku

• Sikap kita terhadap sesuatu objek pada peringkat awalnya tidak jelas; maka kita boleh membentuk sikap kita terhadap objek itu dengan menganalisis tingkah laku berkaitan dengan objek tersebut.

• Tokoh: Daryl Bem (teori persepsi kendiri)• Kita menyimpulkan tingkah laku-tingkah laku yang berkaitan

dengan objek, dan akhirnya dapat membentuk sikap terhadap objek itu.

• Contoh: (anda mungkin pada peringkat awal tidak menyedari anda sukakan seorang gadis/jejaka – tetapi daripada beberapa tindakan anda yang ada kaitan dengan gadis tersebut, anda menyimpul bahawa anda suka/cintakannya)??????

Pembentukan Sikap

FUNGSI-FUNGSI SIKAP

• Penyesuaian• Ketahanan diri• Harga kendiri• Pengetahuan• Penyempurnaan kehendak• Penerimaan kelompok• Lambang personaliti• Pengutuhan personaliti• Memberi makna kepada pengalaman

HUBUNGAN ANTARA KOMPONEN SIKAP

• Pentingnya sikap dalam psikologi sosial kerana sikap (perasaan) mempengaruhi tingkah laku.

• Kita boleh menjangkakan tingkah laku seseorang berdasarkan kepada sikapnya.

• Walaupun ketiga-tiga komponen itu berkait rapat/berhubungan – namun hubungannya tidak semestinya jelas.

• Perasan seseorang terhadap sesuatu objek tidak semestinya selari dengan tindakanya terhadap objek tersebut.

• Dengan demikian, bilakah kedua-duanya selari?

Hubungan Sikap dan Tingkah laku: Kajian Richard T. Lapiere

ADAKAH SIKAP BOLEH MERAMALKAN TINGKAH LAKU?

Teori Tindakan Munasabah

• Dikemukakan oleh Martin Fishbein dan Icek Ajzen.• Sikap boleh meramalkan tingkah laku dengan melihat

hasrat / intention untuk bertingkah laku.• Hasrat pula dipengaruhi oleh:

– Sikap terhadap objek– Norma subjektif seseorang mengenai tingkah laku

• Hasrat bertingkah lau seharusnya selari dengan sikap dan juga norma subjektif

• Contoh: sikap anda membenci rokok dan orang lain tidak suka dengan rokok (norma) maka ini mempengaruhi hasrat anda untuk tidak merokok.

Teori Tingkah Laku berencana

• Teori diubah oleh Ajzen• Beliau menambah satu pembolehubah iaitu

Kawalan tingkah laku.• Walaupun sikap membenci rokok, dan norma

menghalang daripada menmghisap rokok, namun mampu atau tidak seseorang itu berhenti daripada menghisap rokok?

• Sekiranya tidak mampu mengawal tingkah laku maka kemungkinan sikap dan tingkap laku tidak selari.

Model Proses Hubungan Sikap dan Tingkah laku

• Model oleh Russel Fazio.• Keselarian di antara sikap dengan tingkah laku

bergantung kepada sejauh mana sikap tersebut diingat kembali apabila seseorang itu berhadapan dengan objek sikap.

• Sikap mempengaruhi tingkah laku bergantung kepada persepsi terhadap objek sikap.

• Persepsi ini mempengaruhi seseorang untuk bertindak terhadap objek sikap.

• Ingatan mempengaruhi persepsi dan persepsi itu memandu/mempenagruhi seseorang untuk bertindak terhadap objek sikap.

• Bagaimana manusia memproses maklumat?

1. Pemprosesan kognitif automatik: secara spontan – nampak hidangan daging ular, kita terus rasa jijik (benci).

2. Pemerosesan kognitif terkawal: memikirkan dahaulu sebelum bertindak – tingkah laku berrgantung kepada sejauh mana pemerosesan maklumat (memikirkan dengan mendalam sebelum bertindak)

• Hubungan sikap-tingkah laku kuat apabila sikap adalah ddiperolehi melalui pengalaman langsung, dianuti dan penting.

Ketekalan antara sikap dan Tingkah laku

• Russel Fazio: Sikap dengan tingkah laku adalah tekal/konsisten apabila seseorang itu menyedari sikap ketika bertingkah laku.

• So, bila kita menyedari sikap kita itu?1. Sedar kendiri2. Sikap adalah menonjol3. Isu sikap penting4. Bertindak berlandaskan sikap yang

mempunyai implikasi yang khusus5. Apabila sikap didasarkan kepada

pengalaman langsung.

Ketaktekalan Antara Sikap Dengan Tingkah Laku

• Bilakah sikap dan tingkah laku tidak tekal?1. Sikap-sikap kita bersaing antara satu dengan lain2. Kita berasa tidak mampu untuk mengawal

tingkah laku3. Kita berasa tidak mempunyai pilihan lain.4. Terdapat norma menyatakan bagaimana harus

bertingkah laku dalam keadaan tertentu5. Kesan-kesan daripada tingkah laku adalah

negatif6. Bertindak berdasarkan kepada tekanan

kebiasaan

RUMUSAN

• Sikap merupakan elemen penting personaliti – kuat pengaruhnya kepada tingkah laku

• Ia diperolehi melalui berbagai cara (pembelajaran)

• Sikap adalah berfungsi kepada individu.• Sikap adalah selari dengan tingkah laku,

namun dalam kes tertentu ianya tidak selari/konsisten.

• Sikap yang negatif seharusnya diubah.

top related