sesi 3 : 1.3 hak asasi kanak-kanak

Post on 07-Jan-2016

190 Views

Category:

Documents

9 Downloads

Preview:

Click to see full reader

DESCRIPTION

SESI 3 : 1.3 HAK ASASI KANAK-KANAK. KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK. PENGENALAN Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov. 1989 dan diterimapakai. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) TETAPKAN - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

SESI 3 :1.3 HAK ASASI KANAK-

KANAK

KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK

PENGENALAN

Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak (CRC) telah dibentang Dalam Perhimpunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke 44 pada 20 Nov. 1989 dan diterimapakai.

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) TETAPKANHAK-HAK ASASI MANUSIA

Pada Feb. 1995, Malaysia telah menerima Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak dengan beberapa reservasi

Konvensyen ini telah ditandatangani oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 Disember 1994

PENGENALAN

APAKAH KONVENSYEN HAK KANAK-KANAK ? Satu dokumen –

Memberi perlindungan kepada kanak-kanak daripada : Pengabaian Penderaan Eksploitasi Menjamin kanak-kanak mendapat

haknya.

Melalui Konvensyen ini, buat kali pertamanya kanak-kanak di akui sebagai individu dengan hak membesar secara fizikal, mental dan sosial dengan potensi yang ada pada mereka dan mengeluarkan pandangan mereka secara bebas.

KENAPA CRC DIPERLUKAN

Banyak negara tiada struktur perundangan bagi kanak-kanak. Perkembangan sihat kanak-kanak amat penting Kanak-kanak lemah berbanding orang dewasa Kanak-kanak mudah terjejas oleh apa yang dilakukan atau tidak dilakukan Kanak-kanak tidak berhak mengundi dan tidak mempunyai pengaruh politik dan ekonomi

CRC adalah unik kerana:-

COMPREHENSIVE UNIVERSAL UNCONDITIONAL HOLISTIC

PRINSIP-PRINSIP KONVENSYEN

Kanak-kanak tidak seharusnya didiskriminasikan.

Kanak-kanak mempunyai hak kepada kehidupan dan perkembangan.

Kepentingan terbaik kanak-kanak mesti diberi keutamaan.

Kanak-kanak harus diberi peluang melibat diri secara aktif dalam semua perkara yang menyentuh kehidupan mereka dan diberi kebebasan menyuarakan pendapat mereka.

PELAKSANAAN KONVENSYEN

Kerajaan-kerajaan negara, setelah menyokong Konvensyen, bertanggungjawab memastikan hak-hak asasi kanak-kanak direalisasikan.

Perkembangan akan dipantau oleh Jawatankuasa Hak Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu.

Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi-agensi khusus, seperti UNICEF telah diundang untuk mengemukakan pemerhatian dan pandangan mereka.

SIAPA KANAK-KANAK ?

UMUR BAWAH

18 TAHUN

PRINSIP AM

Hendaklah menhormati dan menjamin hak-hak kanak-kanak

- dari apa-apa jenis diskriminasi tanpa mengira warna kulit, jantina, bahasa, agama, pendapat politik atau lain-lain pendapat, asal-usul kebangsaan, kaum atau sosial, hartabenda, kecatatan, kelahiran atau lain-lain status kanak- kanak itu atau ibubapa atau penjaga sahnya.

STRUKTUR

Konvensyen ini mengandungi mukadimah dan 54 perkara 41 perkara merangkumi hal

yang berkaitan dengan hak kanak-kanak

4 perkara merangkumi hal penguatkuasaan 9 perkara meliputi pengesahan dan penguatkuasaan

Mukadimah dalam CRC

Memperakui setiap kanak-kanak mempunyai hak dan kebebasan tanpa mengira keturunan, warna kulit, jantina, bahasa, agama, fahaman politik, kenegaraan, kedudukan sosial, kecacatan dan lain-lain status.

Memberi penekanan yang khas kepada kanak-kanak dan mengesyorkan supaya keluarga memberi perlindungan dan bantuan yang perlu untuk mereka mampu menjalankan tanggungjawab mereka

Memperakui bahawa personaliti kanak-kanak hendaklah dibangunkan sepenuhnya. Ianya handaklah berlaku dalam persekitaran kekeluargaan yang gembira, kasih sayang dan persefahaman

Mengingati bahawa kanak-kanak itu belum matang dari segi fizikal dan mental, memerlukan pelindungan dan jagaan khas termasuklah perlindungan undang-undang yang sewajarnya

Mengiktiraf bahawa di seluruh dunia terdapat kanak-kanak yang tinggal dalam keadaan yang amat susah dan kanak-kanak ini memerlukan pertimbangan khas

Menekankan pentingnya nilai-nilai tradisi dan kebudayaan setiap orang bagi perlindungan dan perkembangan yang harmoni bagi kanak-kanak

Mengiktiraf pentingnya kerjasama antarabangsa bagi memperbaiki keadaan hidup kanak-kanak dalam tiap-tiap negara, khususnya negara membangun

TIGA PRINSIP UTAMA KONVENSYEN MENGENAI HAK KANAK-KANAK

Kanak-kanak ialah seseorang yang berumur di bawah 18 tahun

Semua hak meliputi semua kanak-kanak tanpa kecualian dan tiada diskriminasi

Semua tindakan yang diambil mestilah dilakukan berdasarkan kepada prinsip demi kepentingan terbaik bagi kanak-kanak (the best interest of the child )

HAK-HAK KANAK-KANAK

Hak KehidupanHak PerlindunganHak PerkembanganHak Penyertaan

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-

kanakHak Kehidupan Hak kehidupan didefinisikan dalam skop yang terhad untuk memastikan keperluan asas dalam peruntukan CRC ini merangkumi makanan, tempat tinggal, air minuman bersih dan jagaan kesihatan. Ini merangkumi hak untuk hidup dan hak untuk mendapat standard kesihatan dan perubatan yang tinggi.

(Perkara 6 dan 12)

Hak Kehidupan

Memastikan keperluan asas :-

makanan tempat tinggal air minuman bersih jagaan kesihatan

Hak Perlindungan

Perkara ini termasuk perlindungan dari diskriminasi, penderaan dan pengabaian, perlindungan untuk kanak tanpa keluarga dan perlindungan kepada kanak-kanak pelarian.

(Perkara 16, 19, 20, 22, 32, 34, 35 dan 36)

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-

kanak

Hak Perlindungan

Perlindungan daripada :- penderitaan seksual , fizikal dan exsploitasi pengabaian penyalah gunaan Dadah diskriminasi

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-

kanakHak Perkembangan

Ini termasuk semua jenis pendidikan (formal dan non-formal) dan hak kepada ‘standard of living’ yang mana meliputi fizikal, mental, kerohanian, moral dan sosial melalui pendidikan formal, penjagaan kesihatan yang baik, peluang untuk turut serta (opportunity to participate) dalam aktiviti sosial, ekonomi, keagamaan dan politik dan bebas dari diskriminasi(Perkara 6, 7, 12, 13, 14, 17, 24, 28 dan 29)

Hak Perkembangan

persekitaran yang selamat pendidikan constructive play kemudahan kebebasan daripada diskriminasi

Kategori hak kanak-kanak dalam Konvensyen Mengenai Hak Kanak-

kanak

Hak Penyertaan

Ini merangkumi hak kanak-kanak kepada maklumat, mengemukakan pandangan dalam semua hal yang melibatkan / memberi kesan kepada mereka, bertemu dengan kawan-kawan dan menyertai atau menubuhkan pertubuhan

(Perkara 12, 13, 15, 17 dan 18)

Hak Penyertaan

Semua Kanak-kanak berhak :-

berjumpa dengan kanak-kanak lain dan berkawan ,

menyertai kelab atau persatuan,memberi pandangan mereka ,Konvensyen ini mengiktirafkan

kanak-kanak sebagai individu dengan hak untuk berkembang secara mental, fizikal dan sosial.

HAK KANAK-KANAK BERDASARKAN PANDANGAN

ISLAM

33

HADIS NABI S.A.W.

”كل مولود يولد على يهودانه الفطرة، فأبواه

أو ينصرانه أو يمجسانه“ “Setiap orang anak itu dilahirkan dalam keadaan

fitrah (bersih), maka kedua ibubapanyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi”.

PERINGKAT UMUR 2 – 6 TAHUN

Kesuburan aqal yang pantasBerkembangnya paru-paru dengan meluasPotensi menerima latihan amat tinggiKanak-kanak cepat terpengaruh dengan apa yang dilihatMuncul naluri ingin tahu, sekiranya dia tidak menemui sesuatu yang boleh memuaskannya, maka naluri ini akan pudar dan padam yang akhirnya menjadi punca kepada sikap liar.

35

CARA-CARA UNTUK MENERAPKAN AQIDAH

Memahami dan mempercayaiMenimbulkan minat dan kecenderungan

Melatih dan membiasakan diri

36

HADIS NABI SAW.

”مروا أوالدكم بالصالة وهم أبناء عليها وهم أبناء سبع واضربوهم

عشر، وفرقوا بينهم في المضاجع“ “Suruhlah anak-anak kamu sembahyang ketika

mereka berumur tujuh tahun, pukullah mereka kerananya dalam usia sepuluh tahun dan

asingkan tempat tidur mereka”.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM

1- “Pilihlah tempat meletak benih kamu kerana keturunan itu berjangkit” , ‘Elakkan perempuan

cantik yang dibesarkan di tempat kotor” (Hadis)

2- Menyampaikan kepada kanak-kanak suara iman ketika dia dilahirkan.

3- Mengkhatan dan menyembelih aqiqah untuknya pada hari ketujuh dia dilahirkan.

4- Memilih nama untuknya kerana nama ditujukan kepada tuannya.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM

5- Penyusuan penting kerana ia mampu mengubah perangai si anak.

6- Memberi didikan akhlak dan membekalkannya dengan adat kebiasaan yang baik.

7- Tidak membebankannya dengan sesuatu yang tidak mampu ditanggung olenya.

8- Berlaku adil dengan anak-anak.

9- Melatih anak dengan kebersihan dan kesihatan tubuh badan.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM

10- Berbelanja dengan murah hati terhadap mereka.

11- Memilih guru-guru dari kalangan orang yang baik-baik.

12- Percayakan kanak-kanak dan menghormatinya.

13- Menyediakn keperluan hidup seberapa yang mampu.

14- Memberi pelajaran yang benar kepada mereka.

15- Memberi perhatian terhadap kesihatan anak-anak dan merawat mereka.

HAK PENDIDIKAN KANAK-KANAK - PANDANGAN ISLAM

16- Bergembira mendapat anak perempuan dan jangan bersedih dengan kelahirannya.

17- Membenarkan anak-anak bermain dan mewujudkan tempat-tempat yang sesuai untuk mereka.

18- Mendorong kanak-kanak melakukan kebaikan.

19- Mendidik anak-anak bercakap benar.

20- Mengajar anak-anak apa yang boleh mendatangkan faedah untuknya.

Aktiviti : Analisis Video

Tugasan : Berdasarkan video yang ditayangkan,

kenal pasti dan bincangkan Hak Asasi Kanak-kanak yang diabaikan.

Video “Hak Asasi Kanak-kanak” (pilihan klip 1 atau klip 2)

41

top related