servis asas kereta filebateri 7 langkah servisbateri 9 radiatorcoolant 10 langkah...
Post on 08-Apr-2019
229 Views
Preview:
TRANSCRIPT
SERVIS ASAS KERETA
http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah
DISCLAIMER
Untuk makluman anda, E-book ini dihasilkan berdasarkan pengalaman,pengetahuan dan kajian penulis sendiri. Anda dilarang sama sekaliuntuk mengeluar ulang mana-mana bahagian di dalam E-book inidengan apa cara sekalipun. E-book ini khas buat anda yang berminatuntuk mempelajari langkah bagi melakukan servis asas sebuah kereta.E-book ini juga amat sesuai bagi anda yang masih baru menggunakankereta dan tidak ada pengetahuan asas yang mencukupi mengenaikereta. Isi kandungan E-book ini lebih memfokuskan servis paling asasdimana langkah kerja yang disediakan adalah tersusun rapi dan mudahdifahami oleh semua lapisan usia. Objektif utama penghasilan E-bookini adalah untuk memberi pengenalan dan langkah servis yang perludilakukan dari semasa ke semasa untuk kereta anda. Kesemua langkahservis yang disediakan di dalam E-book asas ini amat penting bagimemastikan perjalanan anda lebih selamat dan meyakinkan.
AMARAN
1. E-book ini adalah hak cipta terpeliharahttp://servisasaskereta.com/ .
2. Anda dilarang sama sekali sama ada mengubah mana-manabahagian pada E-book ini, mengedar atau menjual E-book inikepada pihak lain.
3. Sebarang kegiatan yang menyalahi etika penerbitan bolehdikenakan tindakan undang-undang.
4. Oleh itu, menjadi tanggungjawab anda untuk melaporkankepada pihak adminhttp://servisasaskereta.com/ jika menerima E-book ini tanpamelalui laman web http://servisasaskereta.com/ .
5. Sikap tanggungjawab dan tindakan anda amatlah dihargai bagimembanteras segala bentuk kegiatan sebegini. E-book ini hanyakhas buat mereka yang membelinya secara sah daripada lamanweb http://servisasaskereta.com/ .
6. Jika anda memilikinya secara tidak sah, saya akan mengenakantindakan undang-undang dan ilmu yang saya sampaikan tidakakan saya halalkan di dunia mahupun akhirat.Ditulis oleh :
(Rafez Hamzah)http://servisasaskereta.com/
http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah
MENGENAI PENULIS
Rafez atau nama sebenar Muhamad Rafez adalahseorang private research assistant bagi seorang jurutera di syarikatswasta dan memiliki kelulusan di dalam bidang elektrik kuasa,teknologi automasi dan robotik. Beliau memulakan penulisan E-booksetelah menyedari akan kepentingan ilmu sebagai panduan asaskepada mereka yang baru menggunakan kereta. Beliau dibimbing olehbeberapa orang jurutera dan penulis untuk menyiapkan E-book iniagar ia bersesuaian dengan tahap intelek kesemua pengguna kereta diluar sana. Beliau menulis E-book “Servis Asas Kereta Sendiri” ini keranaterdapat golongan yang amat memerlukan bimbingan dan informasiseperti ini di dalam website. Kekurangan bahan rujukan dalam bahasamelayu turut mendorong penulis untuk mengambil inisiatif bagimenghasilkan satu bahan rujukan buat pemandu yangmemerlukannya. Setelah menilai beberapa faktor ini, akhirnya beliauberusaha menulis E-book berkenaan dengan gaya sendiri yang samasekali tidak membosankan para pembaca. Segala informasi dan teknikservis yang dikongsikan di dalam E-book ini adalah khas buat andabaru menggunakan kereta dan ingin mengenali bahagian-bahagianasas pada sebuah kereta. Jaminan dari beliau adalah “anda tidak akanmenyesal”.
http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah
ISI KANDUNGAN
Tajuk m/s
Pesanan ringkas 1
Peralatan yang anda perlukan 2
Peralatan asas servis kereta 3
Informasi dan servis bahagian asas sebuah kereta
Bateri 7
Langkah servis bateri 9
Radiator coolant 10
Langkah servis radiator coolant 12
Expansion tank 13
Langkah servis expansion tank 14
Brek reservoir 15
Langkah servis brek reservoir 16
Wiper 17
Langkah servis wiper tank 18
Langkah servis wiper blade 19
Minyak pelincir enjin 20
Langkah servis minyak pelincir enjin 21
Penapis udara (air filter) 23
Langkah servis penapis udara (air filter) 24
Tayar 25
Langkah servis tayar 26
Lampu 27
Langkah servis lampu 28
http://servisasaskereta.com/Rafez Hamzah
PESANAN RINGKASSalam sejahtera semua, diharapkan hari ini adalah hari yang indah buat anda. Disini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana anda telah berjayamendapatkan e-book ini secara sah di pasaran. Sebelum anda memulakan misiservis, ada beberapa perkara yang ingin saya sentuh. Perkara tersebut adalah:1. Keselamatan2. Servis asas yang dijalankanKeselamatan :Setiap servis yang mempunyai elemen bahaya akan diberi peringatan terlebihdahulu. Maka ia menjadi tanggungjawab anda untuk mematuhinya. Pihak kamitidak akan bertanggungjawab sekiranya anda menerima kecederaan akibatkelalaian anda sendiri.Servis asas yang dijalankan :Kesemua servis yang disediakan adalah berbentuk umum. Ini bermakna iabukanlah mewakili model kereta anda secara spesifik. Namun begitu, konsepdan design enjin adalah serupa di dalam industri automotif, tidak perlu risau.Anda dinasihatkan untuk membuat sedikit kajian mengenai enjin kereta anda dipusat servis bagi mendapatkan teknik terbaik untuk mengservis kereta anda.Dalam bahasa mudahnya, ada baiknya jika anda bertanya sedikit denganmekanik sewaktu di pusat servis. Ini bagi mengelakkan kekeliruan danmenjadikan anda selangkah lebih advance dalam menguruskan servis asaskereta anda. Di pusat servis nanti, jangan lupa tengok mekanik bekerja supayaskill anda menjadi lebih power!
http://servisasaskereta.com/ 1Rafez Hamzah
http://servisasaskereta.com/ 2Rafez Hamzah
No. Item Harga
1 Sarung tangan kanvas RM 10
2 Lebihan minyak enjin sewaktu servis terakhir RM -
3 Pam angin RM 50
4 Air bateri RM 2
5 Air paip RM -
6 Safety glasses (Goggle) RM 10
7 Corong plastik RM 17
8 Pemadam api untuk kebakaran kecil (jenis ABC) RM 60
9 Pembuka bolt tayar RM 22
10 Kabel jumper RM 30
11 Lampu suluh RM 20
12 Tyre pressure gauge (alat pengukur tekanan tayar) RM 35
13 Minyak brek (belilah daripada pusat servis) RM 20
14 Kain lap RM 2
15 Kon amaran (kon kecil) RM 20
16 Segi tiga kecemasan RM 30
17 Jack kereta RM 50
Jumlah Keseluruhan RM 378
Relaks ye,• Sila beli peralatan di atas secara berperingkat,takut nanti budget lari.•Harga bagi peralatan diatas mungkin berbeza antara satu kedai dengan
kedai yang lain, jadi survey dahulu sebelum membeli.
Senarai Peralatan Yang Diperlukan
http://servisasaskereta.com/ 3Rafez Hamzah
Peralatan Asas Servis Kereta
Sarung tangan kanvas Pam anginAir bateriPam angin
Safety glasses (Goggle) Pembuka bolt tayarCorong plastikPemadam api
Kabel jumper Minyak brekTyre pressure gauge Lampu suluh
Kain lap Segi tiga kecemasan Kon amaran Jack kereta
http://servisasaskereta.com/ 4Rafez Hamzah
http://servisasaskereta.com/ 5Rafez Hamzah
“Malas lah nak bukak hood kereta, lagipun kereta baru, mestisemuanya ok je, hantar servis 3 bulan sekali dah cukup, lagipun aku nibukan tau pape sal kereta, bawak kereta aku tau la”….Pemandu Yang Tak Sayang Kereta
Dari 10 orang yang memiliki kereta, hanya 2 orang yang akan tahumengenai kereta yang mereka beli. 3 orang hanya tahu bagaimanauntuk buka “hood” kereta mereka. Lagi 5 hanya buka hood bila beradadi pusat servis, itupun mekanik yang buka. Kita menghabiskan purataRM50,000 untuk sebuah kereta. Anda tak sayang ke kereta anda?.Mestilah sayang kan, oleh itu, luangkanlah sedikit masa untukmelakukan “basic service” untuk kereta anda. Hanya dengan,meluangkan masa selama 1 jam bersama enjin kereta anda, andadapat memanjangkan jangka hayat kereta anda. Lagipun seperti manayang anda tahu, kalau kereta anda dalam keadaan baik, nak “trade in”pun senang. Kalau anda nak mengelak daripada sebarang kerosakanyang serius pada enjin kereta anda, mari kita ke muka surat seterusnyadimana saya akan sediakan info dan bimbingan untuk anda melakukanservis asas sebuah kereta. Senang sahaja, marilah .
http://servisasaskereta.com/ 6Rafez Hamzah
I N F O A S A S : BATERI
Salam sejahtera semua, mari kita mulakan misi servis ini
dengan sedikit info mengenai bateri kereta. Bateri kereta
adalah salah satu bahagian untuk menghidupkan dan
mengecas sistem enjin. Voltan bagi sebuah bateri kereta adalah
12 volt. Terdapat 2 jenis bateri kereta di pasaran:
1. Bateri sel kering
2. Bateri sel basah.
Kedua-duanya memainkan peranan yang sama,
cuma harga dan penjagaan yang agak berbeza sedikit. Pendek
kata, kedua-dua bateri ini “sama, tetapi tidak serupa” . Harga
bagi bateri sel kering agak tinggi sedikit berbanding harga
bateri sel basah kerana bateri sel kering tidak memerlukan
penjagaan yang teliti daripada pemandu. Baiklah, fungsi sebuah
bateri kereta adalah untuk menyimpan tenaga elektrik. Tenaga
elektrik tersebut akan digunakan sewaktu kita ingin
menghidupkan enjin kereta. Bateri hanya akan memberi
percikan api bagi pembakaran awal campuran bahan api dan
oksigen di dalam silinder.
Bateri Sel Kering. Bateri Sel Basah.
http://servisasaskereta.com/ 7Rafez Hamzah
I N F O A S A S : BATERI
Jika penjagaan bateri tidak sempurna, anda akan
mengalami kesukaran untuk menghidupkan enjin kerana bateri
tidak mempunyai cas yang secukupnya bagi menghasilkan
percikan api. Setelah enijn dihidupkan, alternator pula akan
menghasilkan tenaga elektrik disamping mengecas semula
bateri kereta. Di dalam buku ini, saya akan sampaikan teknik
untuk servis bateri sel basah sahaja memandangkan bateri sel
kering tidak memerlukan penjagaan rapi. Kedudukan bateri
mungkin sedikit berbeza antara satu kereta dengan kereta yang
lain. Namun begitu, asalkan anda tahu rupa bentuk bateri, anda
tidak mempunyai masalah lagi untuk mencarinya. Di bawah,
saya sediakan 2 contoh kedudukan bateri di dalam sistem enjin
anda:
Baiklah, di muka surat seterusnya kita akan lihat
langkah-langkah servis bateri kereta, mari .
Contoh Kedudukan Bateri Di Dalam Sistem Enjin Anda.
http://servisasaskereta.com/ 8Rafez Hamzah
- L a n g k a h S e r v i s : Bateri -
Servis paras air bateri:
1. Kenalpasti dahulu di manakah letaknya bateri kereta
anda.
2. Cuba lihat tanda “MAX” pada bateri kereta anda.
3. Jikalau paras air bateri di bawah tanda “MAX” ,
tambahkan air bateri.
4. Sewaktu menambah air bateri, pastikan anda tidak
tergesa-gesa, ini kerana air bateri perlu ditambah
sehingga tanda “MAX” sahaja.
5. Menambah lebih daripada tanda “MAX” tidak akan
membawa maksud bateri kereta akan lebih bertenaga.
Jadi cukuplah sekadar di tanda “MAX”.
6. Jika anda terlebih sedikit daripada takat “MAX” , ia
adalah normal, sebagai manusia biasa, ralat boleh
berlaku.
7. Mungkin anda akan tertumpah sedikit air bateri pada
bahagian enjin sewaktu mengisi semula air bateri tadi.
Air bateri tersebut bersifat menghakis, jadi jangan lupa
untuk jiruskan dengan air paip dan lapkan ia dengan kain
bersih.
8. INGAT! Gunakan “ safety glasses ” sebagai langkah
keselamatan kerana sedikit gas akan terbebas sewaktu
anda membuka penutup bateri.
9. Elakkan daripada merokok kerana gas yang terbebas
semasa membuka penutup bateri boleh terbakar.
Air Paip.
http://servisasaskereta.com/ 9Rafez Hamzah
I N F O A S A S : RADIATOR COOLANT
Kini kita beralih pula ke radiator. Ramai yang tahu mengenai
radiator, akan tetapi masih was-was tentang fungsi utama, dan
betapa pentingnya penjagaan radiator. Mari kita hayati info
ringkas yang saya sediakan agar anda dapat fahami,
mengapakah radiator amat penting untuk sistem enjin kereta.
Begini, radiator berfungsi untuk menyebarkan haba yang
terhasil sewaktu enjin sedang beroperasi. Ini adalah penting
bagi mencegah enjin dari “overheating” dan ia tercapai melalui
reka bentuk radiator itu sendiri. Berikut adalah 2 contoh
sebuah radiator:
Di dalam sebuah radiator terdapat cecair yang
dipanggil sebatian coolant (50% coolant fluid dan 50% air).
Sewaktu enjin beroperasi, coolant akan mengalir dari enjin ke
radiator. Seterusnya radiator akan menyejukkan coolant dan
mengalirkannya semula ke enjin. Untuk pengetahuan anda,
coolant ada berbagai warna yer. Dibawah adalah salah satu
contoh radiator coolant:
Contoh Radiator.
Contoh Radiator Coolant (Berwarna Hijau).
http://servisasaskereta.com/ 10Rafez Hamzah
I N F O A S A S : RADIATOR COOLANT
Proses penyejukan enjin ini akan berulang di
dalam sistem enjin kereta anda. Anda sepatutnya memantau
kandungan coolant di dalam radiator sekurang-kurangnya sekali
pada setiap minggu. Ia tidak susah, tetapi jika diabaikan,
kerosakan daripada enjin “overheat” boleh mengakibatkan
kerugian beribu-ribu ringgit. Disamping itu juga, anda akan
mengganggu trafik yang sedang berjalan lancar, gara-gara
kereta anda “overheat” dan tersadai di tengah-tengah jalan
Ingin saya memberi amaran kepada anda
mengenai radiator. INGAT! Jangan sesekali membuka
penutup/cap radiator sewaktu enjin sedang panas, stim yang
sangat panas akan keluar dari radiator anda, lihat gambar
sebelah. Jika enjin masih panas, biarkanlah ia menyejuk
secukupnya. Elakkan kemalangan, anda mampu mengubahnya
. Berikut saya sediakan gambar contoh nota amaran yang
terdapat pada penutup / cap radiator dan tangan yang melecur
disebabkan terkena wap panas yang keluar daripada radiator:
Tentang penjagaan radiator ni, kita tidak boleh
nak tangguhkan pemeriksaannya ye. Kalau kandungan coolant
tidak mencukupi, enjin akan “overheated” dan perjalanan anda
akan bertukar menjadi penderitaan. Tetapi jika anda prihatin
dengan kandungan coolant di dalam radiator, tidak ada apa nak
dirisaukan, nak memecut pun lebih “confident”. Baiklah, di
muka surat seterusnya kita akan lihat langkah-langkah servis
radiator kereta, mari .
AWAS !
http://servisasaskereta.com/ 11Rafez Hamzah
- L a n g k a h S e r v i s : Radia tor Coo lant -
Pemeriksaan paras air “ radiator coolant ” :
1. Mula-mula, tekankan penutup radiator ke bawah dan
pusingkan ia arah lawan jam.
2. Perhatikan paras “ coolant ”.
3. Tambahkan air sehingga ia menjadi hampir penuh.
Jangan tergesa-gesa yer, lakukanlah secara “slow and
steady”.
4. Jika daripada pemerhatian anda terdapat karat, bawa
kereta anda ke bengkel kereta. Terangkan mengenai karat
berkenaan dan minta mekanik “flush” radiator kereta
anda.
5. AWAS! Pemeriksaan kandungan coolant di dalam
radiator mesti dilakukan sewaktu enjin sejuk. Termasuk
kali ni, dah 2 kali saya bagi amaran, kalau tak ikut jugak,
haih, tak tau la nak kata ape . Jika enjin panas, beri
masa untuk enjin menyejuk kerana stim yang sangat
panas akan keluar dari cap/penutup radiator. Mencegah
adalah lebih baik daripada mengubati kerana ia tidak
menyakitkan.
6. Berikut adalah 2 contoh kedudukan penutup/cap radiator
pada enjin:
Contoh Kedudukan Penutup/Cap Radiator Pada Enjin.
http://servisasaskereta.com/ 12Rafez Hamzah
I N F O A S A S : EXPANSION TANK
Kini kita ke bahagian “expansion tank”. Saya rasa, mungkin
anda belum mengetahui mengenai expansion tank, tidak
mengapa. Masih belum terlambat lagi untuk anda
mengubahnya. Baiklah, mari kita lihat apakah yang dilakukan
oleh expansion tank. Begini, expansion tank diibaratkan seperti
adik kepada radiator. Tugasnya adalah untuk mengekalkan
kandungan coolant di dalam radiator. Sewaktu anda memandu
kereta, tekanan enjin akan sentiasa meningkat, dan ini secara
tidak lansung meningkatkan suhu sistem penyejuk.
Apabila tekanan di dalam sistem penyejuk
terlalu tinggi, penutup radiator akan mengalirkan stim dari
radiator ke expansion tank melalui satu tiub kecil bewarna
hitam. Kebanyakan coolant akan kembali semula daripada
expansion tank ke coolant reservoir (radiator) setelah enjin
menyejuk. Tanpa expansion tank, coolant yang dilepaskan
sewaktu tekanan tinggi akan jatuh ke jalan. Jika anda harus
menambah air ke dalam expansion tank atau radiator setiap
hari, ada kemungkinan terdapat kebocoran(getah pada
penutup telah mengeras) pada penutup expansion tank atau
radiator. Anda dinasihatkan ke pusat servis berdekatan untuk
membeli penutup expansion tank atau radiator yang baru.
Sama seperti radiator, INGAT! Anda mesti elakkan daripada
membuka penutup expansion tank sewaktu enjin masih panas.
Baiklah, di muka surat seterusnya kita akan lihat langkah-
langkah servis expansion tank kereta, mari .
http://servisasaskereta.com/ 13Rafez Hamzah
- L a n g k a h S e r v i s : Expans ion Tank -
Pemeriksaan paras air “expansion tank”:
1. Tekankan penutup “expansion tank” ke bawah dan
pusingkan ia arah lawan jam.
2. Lihat takat coolant, Ia sepatutnya berada pada takat
“MAX” atau ¾ daripada takat penuh expansion tank.
3. Jika ia kurang, tambahkan air sehingga ke takat “MAX”.
4. INGAT! Jangan sesekali melakukan aktiviti ini sewaktu
enjin masih panas untuk mengelakkan kemalangan.
5. Berikut saya sediakan gambar untuk membantu anda
mengenal dengan lebih jelas, rupa bentuk expansion tank
dan kedudukannya:
Contoh Posisi Radiator Yang Bersambung Dengan Expansion Tank.
Contoh Expansion Tank.
http://servisasaskereta.com/ 14Rafez Hamzah
top related