sepak takraw
Post on 21-Oct-2015
468 Views
Preview:
DESCRIPTION
TRANSCRIPT
HALAMAN PENGAKUAN
“Kami akui karya ini adalah hasil kerja kami sendiri, kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah kami jelaskan sumbernya.”
Tandatangan 1:
(ZAINAL BIN HAZMI)
Tandatangan 2:
(ROSMAN BIN MUHAMAD AMIN)
Tandatangan 3:
(ALEX MADAIS)
9 SEPTEMBER 2011
1
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami
menyelesaikan Kerja Kursus Pendek bagi Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) bagi
Permainan Sepak Takraw ini. Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan ribuan
terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah terutama pensyarah mata
pelajaran kami, iaitu Encik Wan Mohd. Zil di atas segala tunjuk ajar, panduan dan
dorongan yang amat berguna dan bermakna yang dicurahkan kepada kami. Beliau
sememangnya seorang pensyarah yang berwibawa dalam menjalankan tugas dan
prihatin terhadap kebajikan kami; guru-guru pelatih.
Kami juga ingn mengucapakan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan
seperjuangan yang turut membantu kumpulan kami dalam melaksanakan tugasan ini.
Mereka banyak membantu kumpulan kami dari segi pemerolehan maklumat yang
berkaitan dengan tugasan yang diberikan ini. Mereka dengan sukarela bersama-
sama membantu kami mendapatkan maklumat, sama ada di perpustakaan mahupun
melayari laman web untuk memperoleh bahan rujukan tambahan yang berkaitan
dengan tajuk tugasan yang diberikan. Bantuan dari mereka amatlah dihargai. Hanya
Allah S.W.T. sahaja yang bisa membalas jasa mereka semua.
Dari segi kewangan pula, kami amat berterima kasih kepada ibu dan bapa
kami masing-masing dan ahli keluarga kami yang lain yang telah banyak
menghulurkan bantuan. Mereka juga banyak memberi motivasi dan dorongan kepada
kami supaya terus berusaha memperbaiki dan meningkatkan lagi pencapaian dalam
akademik. Sumbangan daripada mereka semua ini amat kami hargai dan dengan itu
sekali lagi kami ucapkan ribuan terima kasih atas segala bantuan yang dihulurkan.
Akhir sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada individu-
individu yang membantu dalam menyiapkan Kerja Kursus Pendek ini secara
2
langsung mahupun tidak langsung yang nama-nama mereka tidak kami nyatakan
disini.
Sekian, Terima Kasih
3
ISI KANDUNGAN
1.0 HALAMAN PENGAKUAN 1
2.0 PENGHARGAAN 2
3.0 ISI KANDUNGAN 4
4.0 PETA MINDA 1 (KESELURUHAN KERJA KURSUS PENDEK) 5
4.1 PETA MINDA 2 74.1.1 SEJARAH PERMAINAN SEPAK TAKRAW 9
4.2 PETA MINDA 3 114.2.1 PERATURAN SUKAN SEPAK TAKRAW 13
4.3 PETA MINDA 4 17 4.3.1 PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW 19
5.0 RUMUSAN 33
6.0 REFLEKSI 39
7.0 RUJUKAN 44
8.0 LAMPIRAN 46
8.1 BORANG KOLABORASI
8.2 BAHAN-BAHAN RUJUKAN
4
Peta Minda 1: (Keseluruhan Kerja Kursus Pendek):
Permainan Sepak Takraw
5
6
PERMAINAN
SEPAK TAKRAW
Sejarah Permainan Sepak Takraw
Peraturan Permainan Sepak Takraw
Pemain-PemainGelanggang
Bola Takraw Tiang
Kejohanan Berpasukan Jaring
Kejohanan Antara Regu
Tiang
Jaring
Bola Sepak Takraw
Gelanggang
Peralatan Sukan Sepak Takraw
Peralatan dan Pakaian
Sepak Mula
Gantian Pemain
Kelakuan Buruk Oleh Pegawai-Pegawai Pasukan
Permulaan Permainan
Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula
Pemain
Sistem Kiraan Mata
Undian dan Warm Up
Permainan Tergendala
Perkara-Perkara Batal Semasa Permainan
Tatatertib
Rehat
Hukuman yang Dikenakan
Peta Minda 2: Sejarah Permainan Sepak Takraw
7
Sejarah Permainan
Sepak Takraw
8
SEJARAH SEPAK TAKRAW
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan
Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga
menggemari permainan ini.Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja
Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat
terkena bola raga tendangan Tun Besar.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat
seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.Dalam permainan sepak
raga, beberapa pemain berdiri dan membentuk satu bulatan.Permainan ini dimulakan
dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan.
Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali,
sebelum menendangnya ke arah pemain lain.
Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-
giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi.Jika bola itu
jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.Permainan ini memerlukan
ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur
pergerakan.
Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran
bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin.Jangka masa
permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan
sebagai acara berpasukan.Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak
dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.
Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar nama
kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh
jaring, seperti dalam permainan badminton.Pasukan sepak takraw terdiri daripada
tiga pemain. Pemain-pemainnya ialah tekong, tugasnya ialah melakukan sepak mula
dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal
bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di
gelanggang lawan.
Di Malaysia permainan ini disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma
'chinlone', di Laos 'kator', dan di Thailand 'takraw'. Permainan sepak takraw yang ada 9
sekarang merupakan adaptasi permainan sepak raga dan badminton. Pada tahun
1940-an permainan ini telah dimainkan dengan menggunakan jaring dan mengikut
sistem kiraan mata seperti badminton. Undang-undang dan peraturan awal
permainan sepak raga jaring telahpun digubal dan disusun secara bertulis pada 15
April 1960 di Kuala Lumpur.
Sepak takraw mula dipertandingkan buat pertama kalinya di peringkat
antarabangsa pada tahun 1965 di Sukan SEAP yang telah diadakan di Malaysia.
Sebelum Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP menerima sukan ini, perbincangan
yang hangat telah berlaku di antara wakil-wakil Malaysia dan Singapura dengan
wakil-wakil dari Negara Thailand dan Burma bagi membincangkan mengenai nama
permainan ini.
Akhirnya atas dasar bertolak ansur, Jawatankuasa Pengelola Sukan SEAP
telah memutuskan bahawa permainan ini hendaklah dinamakan permainan (SEPAK
TAKRAW), iaitu gabungan perkataan 'sepak' dan 'takraw' menjadi satu perkataan.
Dan kini permainan sepak takraw telahpun mengalami evolusi dimana permainan
bergu yang dimainkan oleh dua orang pemain bagi setiap pasukan telahpun
diperkenalkan.
10
Peta Minda 3: Peralatan Sukan Sepak Takraw
11
12
Tiang
Jaring
Bola Sepak
Takraw
Gelanggang
Peralatan Sukan Sepak Takraw
PERALATAN SUKAN SEPAK TAKRAW
1. Gelanggang
Ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan bebas dari sebarang halangan
setinggi 8 meter dari permukaan lantai (gelanggang pasir dan rumput tidak
digalakan). Lebar semua garisan gelanggang tidak boleh melebihi 0.04m dan dilukis
hala-dalam dari penjuru ukuran gelanggang.
Semua garisan hendaklah dilukis sekurang-kurangnya 3.0 meter dari sebarang
halangan. Garisan teras pula selebar 0.02 meter yang membahagikan gelanggang
kepada 2 bahagian yang. Garisan sama besar suku bulatan pada pertemuan silang
antara garisan tengah dengan setiap garisan tepi, garisan suku bulatan hendaklah
dilukis dari garisan tepi ke garisan tengah berjejari 0.9 meter diukur dan dilukis hala-
keluar dari jejari 0.9 meter.
Sepak mula bulatan berjejari 0.3 meter hendaklah dilukis pada petak kiri dan
kanan gelanggang, yang mana pusatnya adalah 2.45 meter dari garisan belakang
gelanggang, 4.25 meter dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 meter dari garisan
tepi. Garisan 0.04 meter ini hendaklah diukur dan dilukis hala keluar dari jejari 0.3
meter. Gelanggang pula mestilah bebas daripada sebarang halangan dalam jarak
tertentu.
13
Rajah 1: Ukuran gelanggang sepak takraw hendaklah sama bagi setiap kawasan..
2. Tiang
Ukuran tiang mestilah menpunyai ketinggi 1.55 meter (1.45meter untuk wanita)
dari permukaan gelanggang dan hendaklah cukup teguh untuk mengekalkan
ketegangan jaring. Ianya hendaklah diperbuat dari bahan yang teguh dan jejarinya
tidak boleh melebihi 0.04meter. Kedudukan Tiang hendaklah didirikan atau
ditempatkan 0.3 meter dari garisan tepi dan sebaris dengan garisan teras.
Rajah 2: Tiang Sepak Takraw perlulah memiliki ketinggian yang bersesuaian serta
teguh untuk mengekalkan ketegangan jaring.
3. Jaring
Jaring hendaklah diperbuat daripada tali biasa atau nylon yang halus dengan
siratan berukuran diantara 0.06 meter hingga 0.08 meter. Jaring hendaklah 0.7 meter
lebar dan tidak melebihi 6.10 meter panjang dan pada kedua-dua hujungnya
diletatkan pita 0.05 meter dari bahagian atas hingga kebawah dan hendaklah dalam
14
kedudukan sebaris dan menegak dengan garisan tepi. Pita ini dinamakan pita
sempadan. Dibahagian atas dan bawah jaring hendaklah dilapik dengan pita 0.05
meter yang diperkuat dengan benang atau nylon. Pita ini berfungsi sebagai
pengampu tali regangan. Setelah diregang, bahagian atas jaring hendaklah 1.52
meter (1.42meter untuk wanita) tinggi dibahagaian tengah gelanggang 1.55 meter
(1.45meter untuk wanita) ditiang ukuran ditepi tiang 1.52 meter (1.45 untuk wanita)
ukuran dibahagian tengah jaring.
Rajah 3: Jaring sepak takraw. (Pita berwarna putih itu berfungsi sebagai pengampu
tali regangan)
4. Bola Sepak Takraw
Berbentuk bulat dan mempunyai 12 lubang dengan 20 pertemuan silang. Ianya
diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Jika ianya perbuat dari rotan, lapisan
tersebut mestilah mengandungi diantara 9 hingga 11 urat. Ukuran galis lilitnya
mestilah diantara 0.42 meter hingga 0.44 meter (0.43meter hingga 0.45 meter untuk
Wanita). Berat bola sebelum dimainkan hendaklah diantara 170 gram hingga 180
gram (150 gram hingga 160 gram untuk Wanita).
15
Rajah 4: Bola sepak takraw yang diperbuat daripada fiber sintetik.
16
Peta Minda 4: Peraturan Permainan Sepak
Takraw
17
PERATURAN PERMAINAN SEPAK TAKRAW18
Peraturan Permainan Sepak Takraw
Pemain-PemainGelanggang
Bola Takraw Tiang
Kejohanan Berpasukan Jaring
Kejohanan Antara Regu Peralatan dan Pakaian
Sepak Mula
Gantian Pemain
Kelakuan Buruk Oleh Pegawai-Pegawai Pasukan
Permulaan Permainan
Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula
Pemain
Sistem Kiraan Mata
Undian dan Warm Up
Permainan Tergendala
Perkara-Perkara Batal Semasa Permainan
Tatatertib
Rehat
Hukuman yang Dikenakan
1. Gelanggang
Luas gelanggang dalam satu pertandingan yang sering digunakan ialah 13.4 m
x 6.1m, bebas dari sebarang rintangan sehingga 8 m tinggi dari permukaan lantai
gelanggang.Lebar semua garisan gelanggang tidak melebihi 0.04 m diukur ke dalam
dari penjuru ukuran gelanggang.Manakala garisan sempadan pula hendaklah diukur
3.0 m dari garisan tepi gelanggang dan bebas dari sebarang rintangan.
Garisan tengah gelanggang selebar 0.02 m yang membahagikan gelanggang
kepada dua bahagian yang sama besar. Garisan sukuan bulatan pula hendaklah
digaris dari tepi ke garisan tengah yang berukuran jejari 0.9 m ukuran dari tanda
pertemuan garisan tepi dengan garisan tengah. Bagi bulatan sepak mula pula ukuran
jejarinya ialah 0.3 m dan hendaklah digariskan ditengah-tengah kiri dan kanan petak
gelanggang yang mana pusatnya adalah 2.45 m dari garisan belakang gelanggang,
4.25 m dari garisan tengah gelanggang dan 3.05 m dari garisan tepi.
2. Tiang
Ketinggian tiang jaring ialah 1.55 m (1.45 m bagi wanita) diukur dari
permukaan gelanggang dan ianya teguh dan kukuh untuk regangan jarring. Jejari
tiang tidak melebihi 0.04 m. Kedudukan tiang hendaklah didirikan 0.3 m jaraknya dari
garisan tepid an sebaris dengan garisan tengah gelanggang.
Rajah 1: Ukuran gelanggang bagi sukan sepak takraw.
19
3. Jaring
Jaring hendaklah diperbuat daripada nylon yang halus dan siratnya berukuran
0.06 m hingga 0.08 m manakal lebarnya pula berukuran 0.7 m dan panjang jaring
tidak kurang dari 6.10 m selari dengan garisan tengah gelanggang. Di kedua-dua
hujung jaring dilekatkan pita 0.05 m sebagi sempadan dari atas ke bawah dan
kedudukannya sebaris menegak dengan garisan tepi. Dibahagian atas dan bawah
jarring hendaklah dilapik dengan pita 0.05 m yang di perkuat dengan benang atau
nylon.Pita ini berfungsi sebagai pengampu tali regangan diatasparas tiang.Ketinggian
jarring di bahagian tepi setelah diregang ialah 1.55 m (1.45 m bagi wanita1.45 m bagi
wanita), manakala bahagian tengah jarring 1.52 m (1.42 m bagi wanita) dari
permukaan gelanggang.
Rajah 2: Contoh jaring yang digunakan dalam sukan sepak takraw
4. Pemain-Pemain
Sukan sepak takraw ini dimainkan oleh dua regu yang mana setiap regu
mempunyai tiga oang pemain sahaja.Salah seorang pemain hendaklah berada di
belakang yang dinamakan tekong, manakala dua orang pemain lagi perlu berada di
hadapan.Pemain yang berada di bahagian kiri dipanggil apit kiri dan pemain yang
berada di bahagin kanan dipanggil apit kanan.
20
Rajah 3: Posisi pemain semasa memulakan permainan.
5. Bola Takraw
Bola takraw merupakan peralatan penting dalam sukan ini. Antara ciri-ciri bola
takraw yang digunakan semasa pertandingan ialah
i. Mempunyai 12 lubang
ii. Mempnyai 20 pertemuan silang
iii. Ukuran lilitnya mestilah diantara 0.41 m hingga 0.43 m untuk pemain lelaki dan
0.42 m hingga 0.44 m untuk wanita.
iv. Berat bola pula iaitu sebelum digunakan di antara 170 g hingga 180 g untuk
pemain lelaki dan 150 g hingga 160 g bagi kegunaan wanita.
Bola takraw boleh mempunyai satu warna, pelbagai warna dan warna terang
asalkan tidak mengganggu prestasi pemain. Selain itu, bola takraw juga boleh
diperbuat daripada getah sintetik atau pun bahan lembut tahan lama bagi membalut
permukaan bola dan ianya tidak akan mencederakan pemain.
Rajah 4: Warna yang pelbagai bagi bola takraw dibenarkan selagi tidak mengganggu
prestasi pemain21
6. Kejohanan Berpasukan
Dalam kejohanan berpasukan, setiap pasukan hendaklah mempunyai
minimum Sembilan orang pemain (tiga regu dalam pasukan tersebut, tiga orang satu
pasukan) dan maksimum 15 orang pemain.Namun hanya 12 orang pemain sahaja
yang didaftarkan untuk setiap perlawanan.Semasa perlawanan, Sembilan orang
pemain perlu berada di kawasan gelanggang. Sekiranya terdapat pasukan yang
kurang bilangan pemainnya, pasukan tersebut akan dikira kalah.
7. Kejohanan Antara Regu
Dalam kejohanan ini pula setiap regu perlulah mempunyai minimum tiga
orang pemain dan maksimum lima orang pemain dimana dalam pasukan tersebut
mempunyai tiga orang pemain dan dua orang pemain simpanan. Kesemua pemain
tersebut perlulah didaftarkan.Tiga orang pemain mestilah berada didalam gelanggang
semasa pertandingan dijalankan. Sekiranya bilangan merek tidak mencukupi, regu
tersebut tidak akan dibenarkan bermain di kejohanan ini dan dianggap tersingkir
daripada kejohanan tersebut kecuali pemain terebut dikenakan kad merah atau
diarahkan keluar gelanggang. Regu tersebut boleh bermain dengan dua orang
pemain sahaja tanpa perlu melakukan pertukaran.
8. Peralatan dan pakaian pemain
Semua pemain perlulah memakai pakaian yang bersesuaian dengan
kejohanan sepak takraw. Peralatan yang boleh membantu mempercepatkan
pergerakan pemain atau menolong melajukan bola dan boleh mencederakan kepada
pemain adalah dilarang sama sekali. Bagi mengelakkan kekeliruan, pasukan yang
bertanding hendaklah memakai warna jersi yang berbeza,.
Setiap pasukan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya dua set jersi yang
berwarna gelap dan terang. Sekiranya pasukan yang bertanding memakai warna jersi
yang sama, maka pasukan tuan rumah perlu menukar jersi. Jika pasukan dari Negara
yang berlainan maka mana-mana Negara yang dinama dahulu dalam pendaftaran
hendaklahmenukar jersi.
22
Rajah 5: Warna jersi yang berbeza bagi dua pasukan yang sedang bertanding bagi
mengelakkan kekeliruan.
Setiap pemain perlu memakai jersi(t-shirt), seluar pendek, stoking, dan kasut
sukan bertapak getah dan tidak bertumit tinggi.Semasa bermain, pemain perlu
memasukkan jersi ke dalam seluar.Sekiranya cuaca sejuk pemain dibenarkan
memakai track-suit.
Rajah 6: Kasut sukan yang bertapak getah dan tidak bertumit tinggi serta stoking
adalah antara peralatan sukan sepak takraw.
Kesemua jersi hendaklah bernombor dibahagian depan dan belakang. Setiap
pemain hendaklah memakai nombor jersi yang sama untuk keseluruhan kejohanan.
Nombor yang dibenarkan dari nombor 01 sehingga nombor 15 dan ukuran nombor
pula ialah 19 cm tinggi dibahagian belakang dan berukuran 10 cm di bahagian depan.
Ketua regu hendaklah memakai arm band di lengan kiri.Mana-mana pakaian yang
tidak menepati spesifikasi yang dinyatakan di dalam undang-undang permainan ini
hendaklah mendapatkan kelulusan dari pihak teknikal ISTAF.
23
Rajah 7: Jersi pemain perlulah memiliki nombor diantara nombor 01 sehingga nombor
15.
9. Gantian pemain
Mana-mana pemain yang telah bermain atau telah disenaraikan sebagai
peman simpanan dalam mana-mana regu tidak dibenarkan bermain dalam regu yang
lain didalam pertandingan yang sama. Pertukaran pemain dilakukan pada bila-bila
masa dengan permintaan pengurus pasukan atau jurulatih rasmi kepada pengadil
semasa bola tidak di dalam permainan.
Dalam acara regu, setiap regu boleh menamakan dua orang pemain simpanan
bagi setiap perlawanan disamping tiga pemain yang sedia ada. Setiap regu boleh
melakukan pertukaran hanya dua kali bagi setiap set.
Dalam acara berpasukan pula, setiap regu hanya boleh menamakan seorang
pemain bagi setiap perlawanan di samping tiga orang pemain yang sedia ada. Sama
seperti acara regu, setiap regu hanya boleh melakukan dua kali pertukaran bagi
setiap set. Semasa pertukaran pula, pengadil rasmi perlu lah dimaklumkan terlebih
dahulu.Pertukaran pemain pula hendaklah dilakukan di tepi gelanggang di mana
pengadil bertugas dapat melihat pertukaran pemain dilakukan. Satu atau lebih
pertukaran pemain boleh dilakukan dalam masa yang sama namun ini hanya dalam
acara regu sahaja. Sekiranya regu memulakan set kedua perlawanan dengan pemain
baru, maka regu tersebut dianggap telah melakukan pertukaran pemain dalam set
yang baharu.
Setiap regu dibenarkan melakukan pertukaran pemain di atas sebab
kecederaan sekiranya regu tersebut melakukan pertukaran sebanyak dua kali. Jika
pertukaran pemain telah dilakukan sebanyak dua kali, permainan akan diberhentikan
dan regu tersebut akan dikira kalah.Regu yang mempunyai kurang daripada tiga
pemain semasa perlawanan tidak dibenarkan meneruskan perlawanan dan
24
dianggap kalah.Jika pemain diperintah keluar gelanggang, maka regu tersebut boleh
melakukan pertukaran sekiranya kedua-dua pertukaran pemain belum dilakukan. Jika
kedua-dua pertukaran telah dilakukan permainan ekan diberhentikan dan regu yang
kurang pemain akan dianggap kalah.
10. Undian Dan Warm Up
Sebelum perlawan dilakukan, pengadil akan membuat undian dengan
kehadiran ketua-ketua regu. Ketua regu yang memenangi undian akan memilih sama
ada sepak mula atau petak gelanggang. Manakala ketua regu yang kalah perlu
memilih baki pilihan ketua regu yang menang tadi. Regu yang memenangi undian
akan melakukan pemanasan selama dua minit diikuti oleh regu yang satu lagi.
Semasa pemanasan badan dilakukan, hanya lima orang pemain yang dibenarkan
bergerak bebas didalam gelanggang dengan menggunakan bola rasmi.
11. Kedudukan Pemain Semasa Sepak Mula.
Semasa permainan hendak dimulakan, semua pemain hendaklah berada di
dalam petak gelanggang masing-masing dalam keadaan bersedia.Sebelah kaki
tekong hendaklah berada di dalam bulatan sepak mula.Kedua-dua apit kiri dan kanan
berada di dalam suku bulatan masing-masing.Regu yang menerima bola pula bebas
berada di mana-mana kawasan di dalam petak gelanggangnya.
Rajah 8: Posisi pemain semasa memulakan permainan.
25
12. Permulaan Permainan Dan Sepak Mula
Perlawanan dikendalikan oleh seorang pengadil rasmi yang berada di salah
satu hujung jaring, seorang pembantu pengadil yang berada bertentangan dengan
pengadil, seorang pengadil rasmi yang berada di belakang pengadil, seorang
pengadil garisan dipenjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan pengadil dan
seorang lagi pengadil garisan di penjuru belakang garisan gelanggang sebelah kanan
pembantu pengadil. Para pengadil akan dibantu oleh pengadil rasmi bagi memantau
keadaan diluar gelanggang.
Rajah 9: Kedudukan para pengadil semasa mengadili sesuatu perlawanan.
Regu yang memulakan sepak mula akan melakukan tiga kali sepakan berturut-
turut dan disambung pula oleh ragu lawan dengan tiga kali sepakan juga. Pertukaran
sepak bergilir-gilir selepas tiga mata, tanpa mengira mana pihak yang mendapat
mata.pada mata dius (apabila kedua-dua regu pada mata 14-14) servis akan bertukar
pada setiap mata. Regu yang menerima servis akan melakukan servis yang
seterusnya dan petak gelanggang akan ditukar sebelum memulakan setiap set.
Campakan hendaklah dilakukan oleh apit setelah pengadil mengumumkan
mata. Sekiranya campakan dilakukan sebelum pengadil mengumumkan mata,
campakan hendaklah dilakukan semula oleh apit dan amaran lisan akan diberi oleh
pengadil kepada apit tersebut. Sekiranya pemain melakukan pebuatan itu, maka
campakan tersebut dianggap batal.Sebaik sahaja tekong menyepak bola, semua
pemain bebas bergerak di dalam gelanggang masing-masing. Sepak mula dianggap
sah jika bola melepasi atas jaring sama ada menyentuh jaring ataupun tidak, melalui
26
antara dua pita sempadan gelanggang dan jatuh di dalam gelanggang pasukan
lawan. Dalam pertandingan kalah mati, regu ketiga tidak perlu bermain jika keputusan
telah diperolehi.Dalam pertandingan sistem liga pula, ketiga-tiga regu perlu bermain.
27
PERKARA-PERKARA BATAL SEMASA PERMAINAN
1. Pihak Sepak Mula
i. Apit yang membuat campakan memain-mainkan bola seperti menghempas-
hempas, mencampak dan lain-lain cara selepas pengadil mengumumkan
mata.
ii. Mana-mana apit mengangkat kaki atau memijak garisan, garisan tengah atau
melintasi atau menyntuh jarung semasa membuat campakan untuk servis.
iii. Tekong melompat semasa melakukan sepak mula atau memijak garisan
bulatan sepak mula sebelum atau semasa melakukan sepak mula.
iv. Tekong atau server tidak menyepak bola yang dicampak kepadanya
v. Bola menyentuh pemain regunya terlebih dahulu sebelum melepasi ke
gelanggang lawan.
vi. Bola tidak melepasi gelanggang lawan.
vii. Pemain menggunakan tangan atau lain-lain bahagian tangan semasa
melakukan sepakan walaupun tangan tidak menyentuh bola tetapi menyentuh
lain objek bagi mambantu melakukannya.
viii. Apit yang melakukan campakan melakukan campakkan sebelum pengadil
mengumumkan mata buat kali keduanya.
2. Pihak Sepak Mula Dan Penerima Sepak Mula
Melakukan tingkah-laku yang boleh menganggu, membuat bising atau
menengking pihak lawan.
Kedua-Dua Pihak Semasa Berlawan
i. Mana-mana pemain menyentuh bola di kawasan pihak lawan.
ii. Mana-mana bahagian anggota badan pemain memasuki gelanggang lawan
kecuali semasa ‘follow-through’.
iii. Menyepak bola melebihi tiga kali dan menyentuh bola debgan tangan
semasa permainan
iv. Memberhentikan bola atau mengepit bola di bawah lengan atau antara
kedua paha, kaki atau badan.
28
v. Sebarang anggota atau peralatan pemain menyentuh jaring , tiang , kerusi
pengadil, atau jatuh ke kawasan lawan.
vi. Bola terkena siling, bumbung, dinding atau lain-lain benda.
vii. Mana-mana pemain memegang atau menyentuh objek bagi membantu
melakukan sepakan.
29
3. Sistem Kiraan Mata
Apabila perkara batal dilakukan oleh pihak sepak mula atau penerima sepak
mula, satu mata akan diberi kepada pihak lawan. Setiap set dimenangi oleh pihak
yang mendapat mata 15 dengan kelebihan mata sekurang-kurangnya 2 mata.
Apabila kedua-dua regu terikat dengan mata 14-14, maka set tersebut akan
dimenangi oleh ihak yang mendapat kelebihan minimum dua mata.
Setiap perlawanan regu dan double dijalankan dalam set 5 dua minit rehat
antara setiap set di mana regu yang memenagi 3 set pertama akan dikira menang.
Dalam perlawanan berpasukan ia akan dijalankan dalam 3 set sahaja dengan dua
minit rehat bagi antara set. Pasukan yang menang dua set berturut-turut dikira
menang. Dalam set kelima, dan ketiga bagi perlawanan berpasukan, pertukaran
gelanggang akan dilakukan apabila salah satu regu mendapat lapan mata.
4. Rehat (Time-Out)
Setiap regu berhak meminta satu minit masa rehat bagi setiap satu set. Masa
rehat boleh diminta oleh pengurus pasukan atau jurulatih kepada pengadil semasa
bola tiada di dalam gelanggang perlawanan. Cuma empat orang sahaja pemain yang
dibenarkan berada dibelakang garisan gelanggang semasa satu minit rehat untuk
acara double, lima orang pemain bagi acara regu dan enam orang bagi acara
berpasukan. Tiada lagi masa rehat automatik selepas itu.
5. Permainan Tergendala
Pengadil boleh memberhentikan permainan jika berlaku halangan, gangguan
atau pemain tercedera dan memerlukan rawatan segera. Pemain yang tercedera
akan diberikan masa rehat selama lima minit untuk mendapatkan rawatan. Sekirabya
selepas lima minit pemain masih tidak berupaya maka gantian pemain hendaklah
dilakukan. Jika terdapat gangguan pula, hanya pengadil rasmi sahaja yang bolaeh
memberhentikan permainan dengan kebenaran jawatankuasa pertandingan. Semasa
permainan diberhentikan pula,semua pemain tidak dibenarkan keluar dari gelangang.
30
6. Tatatertib (Disiplin)
Semua pemain hendaklah mematuhi pertandingan yang telah
ditetapkan.Semasa permainan berlangsung, hanya ketua regu shaja yang dibenarkan
berjumpa pengadil jika terdapat sebarang pertanyaan.Pengurus atau jurulatih rasmi
dan pegawai dilarang membantah keputusan pengadil semasa pertandingan sedang
berjalan.Ini boleh menjejaskan kelancaran pertandingan dan tindakan disilin boleh
diambil terhadap individu berkenaan.
Kesalahan-kesalahan semasa perlawanan
Kad Kuning
Kesalahan yang boleh dikenakan kad kuning.
i. Tidak menunjukkan semangat kesukanan dan melakukan perkara yang
bertentangan dengan etika sukan yang boleh menjejaskan keseluruhan
petandingan.
ii. Memaki atau mengeluarkan kata-kata kesat kepada pasukan lawan.
iii. Berulang kali melanggar peraturan pertandingan.
iv. Melambatkan permainan setelah diberi amaran lisan oleh pengadil.
v. Masuk dan keluar gelanggang tanpa kebenaran pengadil.
vi. Dengan sengaja meninggalkan gelanggang kerana tidak setuju dengan
keputusan pengdil.
Kad Merah
Kesalahan-kesalahan yang boleh menyebabkan kad merah diberikan.
i. Masih berdegil melakukan kesalahan dan berkelakuan buruk walaupun
telah diberikan amaran oleh pengadil.
ii. Berkelakuan ganas dengan niat mencederakan pihak lawan.
iii. Meludah kepada pihak lawan, penonton atau pengadil
iv. Memaki dan mengeluarkan kata-kata kesat.
v. Menerima kad kuning yang kedua dala perlawanan yang sama.
31
7. Hukuman Yang Dikenakan
Bagi pemain yang mendapat kad kuning pertama, amaran lisan akan diberikan
oleh pengadil.
Seterusnya mendapat kad kuning yang kedua dalam perlawanan yang lain
tetapi di dalam kejohanan yang sama pemain itu akan di gantung satu
perlawanan.
Seterusnya, mendapat kad kuning yang ketiga dalam satu kejohanan tetapi di
dalam perlawanan yang berlainan akan dikenakan denda US $100 dan
digantung dua perlawanan.
Bagi pemain yang mendapat kad kuning keempat dalam stu kejohanan,
hukuman yang dikenakan ialah digantung serta merta dalam permainan
seterusnya sehingga lembaga disiplin membuat keputusan.
Pemain yang mendapat kad kuning dalam satu perlawanan akan digantung
dua perlawanan, didenda US $100 dan diberi kad merah sekiranya melakukan
kesalahan disiplin ketiga dalam mana-mana perlawanan dinkejohanan yang
sama.
Mana-mana pemain yang diperintah keluar gelanggang oleh pengadil sama
ada kesalahan didalam atau di luar gelanggang, terhadap pihak lawan, rakan
sepasukan, pengadil, pembantu pengadil pengadil garisan atau mana-mana
pegawai, kad merah akan diberikan serta merta.
8. Kelakuan Buruk Oleh Pegawai-Pegawai Pasukan
Tindakan perlu diambil terhadap pegawai-pegawai pasukan yang berkelakuan
buruk atau menimbulkan kekacauan semasa kejohanan dijalankan sama ada didalam
atau diluar gelanggang. Mana-mana pegawai yang berkelakuan buruk dan
menganggu kelancaran pertandingan, akan diiringi keluar gelanggang oleh pegawai
pertandingan dari gelanggang perlawanan. Pengadil akan memberhentikan
perlawanan seketika sehingga pegawai pertandingan atau lembaga disiplin persatuan
sepak takraw member isyarat meneruskan perlawanan.
32
RUMUSAN
33
Rumusan
Oleh: Rosman Bin Muhamad Amin
Sepak takraw merupakan sejenis permainan di antara dua pasukan atau regu
yang dianggotai oleh tiga orang pemain bagi setiap regu. Di Malaysia permainan ini
disebut 'sepak raga', di Filipina 'sipa', di Burma 'chinlone', di Laos 'kator', dan di
Thailand 'takraw'. Pada awalnya sepak takraw tidak dimainkan seperti cara bermain
yang ada pada hari ini. Undang-undang dan peraturan awal permainan sepak raga
jaring telah pun digubal dan disusun secara bertulis pada 15 April 1960 di Kuala
Lumpur.
Permainan ini memerlukan peralatan tertentu untuk dimainkan dan alatan -
alatan tersebut pula mestilah mempunyai ukuran yang bersesuaian serta mempunyai
ciri keselamatan. Hal ini demikian kerana, sekiranya ukuran peralatan tersebut tidak
betul dan tidak mempunyai ciri keselamatan yang baik, ramai pemain akan
mengalami masalah ketika bermain dan cedera. Justeru, terdapat pertubuhan atau
lembaga yang menetapkan dan memberi kelulusan kepada pengeluar alatan tersebut
supaya bertepatan dengan piawaian.
Antara alatan-alatan yang digunakan dalam sukan ini ialah gelanggang, tiang,
jaring dan yang paling penting sekali ialah bola sepak takraw. Kesemua alatan ini
perlulah menepati ukuran yang telah ditetapkan. Permainan ini akan diadili oleh
beberapa orang pengadil serta terdapat pegawai-pegawai dari lembaga pertubuhan
sepak takraw akan meninjau sepanjang perlawanan berlangsung.
Sistem kiraan mata bagi sukan ini telah ditukar iaitu permainan akan tamat sekiranya
salah satu regu mendapat 15 mata dahulu berbanding regu lawan dengan
berkelebihan dua mata. Kalau dahulu sistem kiraan mata menggunakan kiraan mata
sama dengan permainan badminton iaitu sebanyak 21 mata perlu dikutip untuk
membolehkan salah satu regu ditentukan sebagai pemenang.
Dalam permainan ini, sekiranya terdapat pemain yang berkelakuan tidak sopan
dan bertindak ganas dengan sengaja mencederakan pihak lawan, pemain tersebut
akan dikenakan denda sama ada dikeluarkan dari gelanggang atau diberi amaran.
Permainan ini sangat memerlukan disiplin yang tinggi dalam diri setiap peserta.
34
Selain itu, setiap pemain juga perlu mempunyai ketahanan dari segi mental dan fizikal
semasa berada dalam perlawanan. Sekiranya pemain itu tidak memiliki ciri-ciri
tersebut, sudah pasti dia akan mudah berasa gemuruh kerana para penyokong dari
kedua belah pihak akan menyebabkannya berasa gemuruh seterusnya menjejaskan
prestasinya.
35
Rumusan
Oleh : Alex Madais
Melalui kerja kursus ini banyak yang saya ketahui mengenai sepak takraw.
Sepak takraw sebenarnya adalah sejenis permainan trasdisional. Sebelum ini
dipanggil sepak raga dan telah ditukar kepada sepak takraw yang berasal daripada
dua buah negara iaitu Malaysia dengan Thailand yang mana Malaysia menyebut
sepak raga dan di Thailand menyebut permainan ini takraw seterusnya digabungkan
kepada ‘sepak takraw’. Sebelum ini juga sudah dimainkan di peringkat bangsawan
mahupun rakyat jelata pada kesultanan Melayu Melaka lagi.
Seterusnya, kerja kursus ini juga dapat sedikit sebanyak tentang ukuran
gelanggang dan jaring yang digunakan sewaktu bermain yang selama ini saya
memang tidak mengetahuinya. Asas sebenarnya seseorang untuk belajar cara
bermain sepak takraw adalah dapat menguasai sepak sila. Apabila seseorang dapat
menguasainya individu boleh mengaplikasikan dalam permainan lain seperti
merejam, mengumpan, dan membuat sepak mula ataupun “servis”.
Selain itu, peraturan dan undang-undang dalam sepak takrawjuga saya
ketahui. Sistem kiraan mata pula menghadapi perubahan yang mana dahulu hanya
lima belas untuk pasukan yang telah menang dan hanya tiga set sahaja perlawanan.
Pada masa ini pula menghadapi perubahan yang mana lima kali set perlawanan bagi
setiap pasukan dan sistem dikiraan mata pula sehingga dua puluh satu.
Sepak takraw pada masa ini pula bukan hanya dimainkan oleh lelaki sahaja
tetapi telah dimainkan oleh wanita. Ia mula dipertandingkan pada sukan Sea 1965
yang mana tidak mendapat sokongan yang mengalakkan. Tetapi pada masa
sekarang banyak negara sudah menguasai dan telah menandingi negara Malaysia
yang selama ini jaguh sepak takraw.
Akhir sekali, melalui kerja ini juga saya dapat sedikit sebanyak tentang
perkembangan sepak takraw yang sedang giat dipertandingkan di peringkat
Antarabangsa. Selain itu saya dapat mengaplikasikan kerja ini untuk digunakan
dalam permainan di gelanggang. Ini kerana kerja kursus ini banyak memberikan cara
sepak takraw dimainka
36
Rumusan
Oleh: Zainal Bin Hazmi
Permainan sepak takraw atau dahulunya dikenali dengan nama sepak raga
sememangnya popular di Tanah Melayu. Pada masa sekarang, permainan ini
dimonopoli oleh negara Thailand. Hal ini demikian kerana negara tersebut banyak
mencipta teknik atau gaya-gaya permainan yang baru dan sukar untuk ditandingi oleh
negara-negara lain, termasuklah Malaysia.
Permainan takraw melibatkan enam orang pemain utama. Pemain-pemain
memainkan peranan yang berbeza dan diberi gelaran berdasarkan peranan masing-
masing. Pemain yang diberi gelaran tekong berperanan melakukan sepak mula dan
mengawal bahagian belakang gelanggang. Pemain apit kiri pula berperanan
mengawal bahagian hadapan gelanggang dan mematikan bola di gelanggang lawan.
Dalam usaha memenangi sesuatu perlawanan, kesemua pemain-pemain ini haruslah
memainkan peranan masing-masing dengan baik.
Terdapat empat peralatan utama yang diperlukan dalam permainan takraw ini,
iaitu gelanggang, tiang, jaring dan bola sepak takraw. Setiap daripada peralatan ini
memerlukan ukuran panjang dan lebar yang tertentu mengikut standard yang
ditetapkan. Sebagai contoh, ukuran gelanggang berukuran 13.4 x 6.1m dan tanpa
sebarang halangan setinggi 8 meter dari permukaan lantai. Ukuran tiang mestilah
menpunyai ketinggi 1.55 meter, bagi wanita 1.45 meter dari permukaan gelanggang.
Jaring hendaklah 0.7 meter lebar dan tidak melebihi 6.10 meter panjang dan
diperbuat dari tali biasa atau tali nylon. Bola takraw mempunyai 12 lubang dengan 20
pertemuan silang. Ianya diperbuat dari satu lapis rotan atau fiber sintetik. Terdapat
pelbagai lagi ukuran-ukuran lain yang perlu diambil kira dalam semua peralatan yang
digunakan.
Setiap permainan mempunyai peraturan dan undang-undang yang tersendiri,
begitu juga dalam permainan takraw. Undang-undang yang dititikberatkan adalah
ukuran gelanggang, ketinggian tiang, panjang dan lebar jaring dan saiz serta ukur lilit
bola sepak takraw. Selain itu, tingkah laku baik pemain semasa sesuatu permainan
berlangsung juga dituntut. Undang-undang semasa sesuatu kejohanan berpasukan,
dan kejohanan antara regu berlangsung serta sistem pengiraan markah juga diambil
kira selain pelbagai lagi undang-undang lain yang terdapat dalam permainan ini.
37
Akhirnya, permainan sepak takraw tidak seharusnya hilang akibat peralihan
zaman dan waktu. Pada satu ketika dahulu, permainan ini pernah popular di negara
kita, jadi adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk kita kembali mengecapi zaman
kegemilangan sepak takraw tersebut di negara kita pada waktu sekarang. Harap-
harap pihak yang bertanggungjawab akan menjalankan usaha-usaha bagi
memastikan impian ini menjadi kenyataan disamping penggemblengan usaha oleh
pelbagai pihak yang lain.
38
REFLEKSI
39
Refleksi
Oleh: Rosman Bin Muhamad Amin
Secara keseluruhannya melalui kerja kursus ini saya dapat memahami serba
sedikit mengenai sejarah permainan sepak takraw, peralatan yang digunakan dalam
sukan ini dan undang-undang pemainan sukan ini. Secara tidak langsung ianya dapat
memberikan saya pandangan dan persepsi yang baharu berkaitan cara sukan ini
dimainkan serta cara pengadilannya.
Pada awalnya saya berpendapat bahawa sukan sepak takraw ini merupakan
sukan yang senang untuk dimainkan serta mudah untuk dipelajari. Namun sangkaan
saya ternyata meleset sama sekali apabila mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Selain itu selepas menyiapkan kerja kursus ini saya baru memahami bahawa tiada
cara yang mudah untuk menyelesaikan masalah meskipun hanya masalah kecil.
Namun segala halangan dan rintangan itu berjaya dihadapi berkat kesabaran
dan dorongan daripada rakan-rakan . Selepas berbincang dengan rakan dan
bertukar-tukar pendapat berkaitan cara melaksanakan tugasan ini, saya terus
mencari maklumat yang berkaitan dengan tugasan yang diberikan. Pencarian
maklumat saya lakukan dengan menggunakan internet dan membuat rujukan di
perpustakaan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut.Saya bersyukur
kerana mempunyai rakan sekelas yang begitu memahami serta banyak membantu
dengan menyumbangkan idea dan sokongan kepada saya.
Saya juga tidak segan untuk berjumpa dengan pensyarah pembimbing saya
iaitu Encik Wan Mohamad Zil untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut dan
berbincang mengenai tugasan ini agar apa yang akan saya hasilkan nanti bertepatan
dengan kehendak soalan.Setelah semua maklumat dipecahkan kepada bahagian-
bahagian tertentu, saya membuat kerja dengan begitu tekun dan sabar. Kami saling
merujuk antara satu sama lain untuk memantapkan lagi kerja kursus ini.
Sebelum kerja kursus ini disiapkan dan dibukukan, saya telah membuat
penyemakan terhadap kerja kursus ini untuk kali terakhir agar setiap kesalahan dan
kelemahan dapat diperbaiki sebelum dihantar. Setelah semua aspek dinilai oleh ahli
kumpulan dan rata-rata hasil kerja kami ini memuaskan hati kami, kerja membukukan
pun telah kami lakukan. Akhirnya terhasillah kerja kursus yang di tugaskan kepada
kami ini dalam masa yang telah ditetapkan.
40
Refleksi
Oleh : Alex Madais
Terlebih dahulu saya mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan kerana telah
memberikan kekuatan serta kesihatan dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semasa
menyiapkan kerja kursus ini, kami telah dibahagikan dalam kumpulan kecil yang
terdiri daripada Rosman Bin Mohamad Amin, Zainal bin Hazmi, dan saya sendiri Alex
Madais.
Semasa mendapat tugasan ini, kami merasa bahang kesukaran yang bakal
kami hadapi kerana pertama kali membuat kerja kursus sedemikian. Setelah
pensyarah kami Encik Wan Mohd. Zil Wan Salleh memberikan penerangan tentang
cara pembuatan tugasan ini, ia tidaklah sesukar seperti yang kami sangkakan. Kami
telah membahagikan tugas masing-masing dalam setiap tajuk bagi memudahkan dan
penjimatan masa.
Kami telah menggunakan beberapa cara atau kaedah dalam pencarian
maklumat tugasan ini. Kaedah pertama ialah bertanya. Kami telah bertanya kepada
guru-guru pelatih ‘senior’ dan pensyarah di Jabatan kokurikulum. Seterusnya kami
menggunakan kaedah rujukan buku di perpustakaan. Kami merujuk daripada buku
rujukan mengenai sepak takraw dan buku-buku yang berkaitan dengan tugasan.
Tidak lupa juga dengan pencarian maklumat melalui internet. Dengan adanya
pencarian ini, maka proses pencarian kami menjadi lebih mudah.
Dalam pencarian kajian dengan merujuk nota yang diberikan sebelum ini pula
memudahkan lagi dalam penyiapan kerja kursus ini. Setelah semua maklumat itu
telah ada, barulah kami menyusun dan memulakan kerja tersebut. Dalam
menyiapkan kerja ini kami sentiasa merujuk antara satu sama lain dan bertukar
pendapat supaya kerja yang dihasilkan memenuhi kehendak soalan.
Seperti tugasan lain, kami perlu membuat perbincangan dengan pensyarah.
Sesi perbincangan ini dinamakan kolaborasi. Kolaborasi ini membuatkan hubungan
silaturahim antara kumpulan kami dengan pensyarah lebih erat. Kolaborasi ini juga
membuatkan kerja pendokumentasian kerja kami lebih baik dan dapat menepati
kehendak soalan.
41
Akhir sekali,kerja terakhir adalah penyemakan terakhir kerja yang telah siap. Setelah
siap dalam penyemakan dan mengubah ejaan-ejaan yang salah barulah kerja yang
siap dihantar. Berterima kasih kepada kumpulan kerana memberikan kerjasama
dalam menyiapkan kerja kursus dan dapat disiapkan tepat pada masanya.
42
Refleksi
Oleh: Zainal bin Hazmi
Bismillahhirahmannirahim,
Mafhum firman Allah S.W.T. dalam al-Quran, “Sesungguhnya kami jadikan manusia itu
sentiasa dalam perjuangan.” ( Surah al-Balad, ayat 4 ). Berdasarkan firman Allah S.W.T. ini,
kami telah berusaha untuk menyiapkan Kerja Kursus Pendek bagi Gerko Sepak Takraw ini
dengan sebaik yang mungkin.
Usaha ini sudah semestinya diiringi dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Seperti
bakal-bakal guru yang lain, pada masa tugasan Gerko Sepak Takraw ini diserahkan kepada
kami, Kerja-Kerja Kursus Pendek yang lain masih banyak yang belum disiapkan atas faktor
kekurangan masa disebabkan aktiviti-aktiviti IPG yang pelbagai dan agak padat disamping
sibuk dengan latihan-latihan Gimnasrada untuk mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Kesannya, kami perlu tidur akhir pada waktu malam untuk menyiapkan tugasan-tugasan ini.
Cabaran seterusnya ialah mempelajari selok-belok penggunaan komputer kerana
sebelum ini saya amat jarang menggunakan komputer. Syukur ke hadrat Ilahi kerana ada
seorang daripada hambaNya yang sudi memberi tunjuk ajar kepada saya mengenai selok-
belok penggunaan komputer. Saya tidak malu bertanya kepada individu lain jika saya tidak
memahami sesuatu perkara, contohnya penggunaan komputer, kerana saya sedar, hanya
dengan bertanya sahaja kita boleh menjawab persoalan-persoalan yang timbul dalam fikiran
kita dan seterusnya membolehkan kita melakukan kerja-kerja kita dengan lebih baik.
Selain itu, saya mengalami sedikit percelaruan perasaan apabila terpaksa berjauhan
dengan ahli keluarga demi menuntut ilmu. Rasulullah S.A.W. ada bersabda, “Menuntut ilmu
itu diwajibkan ke atas setiap muslim lelaki dan perempuan,’’(Riwayat Bukhari). Walau
bagaimanapun, saya cuba ketepikan perasaan itu dan menetapkan fokus minda untuk
menyiapkan tugasan ini. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Alhamdulillah,
saya dapati apabila menyibukkan diri dengan membuat kerja, lama kelamaan perasaan itu
berkurangan.
Syukur sekali lagi saya rafakkan kepada Allah S.W.T. kerana berkat pertolongan dari-
Nya, maka siaplah Kerja Kursus Pendek yang pertama untuk mata pelajaran Gerko Permainan
Sepak Takraw ini.43
RUJUKAN
44
45
LAMPIRAN
46
GAMBAR-GAMBAR LATIHAN SEPAK SILA DALAM PERMAINAN
SEPAK TAKRAW
47
48
49
50
top related